You are on page 1of 1

Guru Disiplin, SM Islamiah Tawau, 91000 Tawau, Sabah. _________________________________________________________________________________ Pengetua, SM Islamiah Tawau, 91000 Tawau, Sabah.

20 JANUARI 2014

Tuan,
MAKLUMAN TENTANG KHIDMAT BANTU BAGI PELAJAR YANG MELAKUKAN KES DISIPLIN

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan berkaitan dengan cadangan Unit Kekemasan Diri dari Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) SM Islamiah Tawau untuk mengenakan khidmat bantu bagi pelajar yang melakukan kesalahan dari segi pemakaian dan telah melanggar etika sahsiah rupa diri yang telah ditetapkan. 3. Tujuan pihak kami mengenakan khidmat bantu untuk mengurangkan masalah kes disiplin sekolah di samping dapat mendidik pelajar supaya sentiasa berdisiplin dalam mematuhi etika berpakaian di sekolah. Seterusnya, kami berharap hukuman denda ini akan dapat menjadikan SM Islamiah Tawau sebagai sekolah yang cemerlang bukan sahaja dari aspek akademik malah dari aspek sahsiah para pelajarnya. 4. Sehubungan dengan itu, khidmat bantu bagi pelajar yang melakukan kes disiplin ini akan berkuatkuasa mulai minggu hadapan pada hari Isnin bersamaan 20 Januari 2014. 5. Untuk makluman tuan, berikut adalah senarai terperinci kesalahan dan bayaran denda yang dicadangkan. KESALAHAN PELAJAR Tudung pendek Kuku panjang Stokin pendek (Muslimah) Tiada kain dalam (Muslimah) Tiada tali leher Tiada lencana Tiada pin tudung (Muslimah) Tiada tanda nama BAYARAN (RM) PELAJAR BIASA PENGAWAS 0.50 1.00 0.20 0.40 0.50 1.00 1.00 2.00 0.50 1.00 1.00 2.00 0.10 (sebatang) 0.20 (sebatang) 1.00 2.00 TINDAKAN Menyewakan tudung labuh Menyewakan pengetip kuku Menyewakan stokin panjang Menyewakan kain dalam Menyewakan tali leher Meminjamkan lencana Memberikan pin tudung Memberikan tanda nama

6. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian. Terima kasih. Yang benar,

............................................... (MOHD FAHMY BIN OTHMAN) Guru Disiplin, SM Islamiah Tawau, Sabah.

You might also like