You are on page 1of 2

PROSES PENULIS KARANGAN BERPANDU (BAHAGIAN A) 1) CARA MENULIS PENDAHULUAN AYAT 1 AYAT 2 AYAT 3 AYAT RANGSANGAN (AR) Dibina

daripada bahan rangsangan. AYAT SOKONGAN (AS) Dibina daripada bahan rangsangan/isu semasa /contoh AYAT ARAHAN (AR) Dibina daripada ayat arahan soalan.

Lihat contoh perenggan pendahuluan bahagian A: SOALAN SPM 2005 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usahausaha yang perlu dilakukan untuk menangani gejala vandalisme. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan. AYAT RANGSANGAN AYAT SOKONGAN Marcapada gejala vandalisme yang berlaku di negara kiita agak berleluasa dan semakin berleluasa dan semakin sukar dibenteras. Menconteng dinding bangunan, merosakan telefon awam dan memecahkan tong sampah adalah antara contoh kejadian vandalism yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, pelbagai tindakan yang drastik dan berkesan perlu diambil bagi mengelakkan negara terus menanggung kerugian.

AYAT ARAHAN

2) CARA MENGOLAH DAN MENGEMBANGKAN ISI (FAKTA) Setiap perenggan isi hendaklah mengandungi 5 unsur utama: 1. Isi utama (Ayat Isi ) 2. Huraian (Ayat Huraian)(apa/mengapa/siapa/bila/di mana dan bagaimana) 3. Contoh (Ayat Contoh) 4. Ungkapan (Ungkapan Menarik) 5. Kesimpulan (Ayat Kesimpulan Isi)

Contoh: Banjir Kilat : Langkah-langkah mengatasi banjir kilat. BINAAN AYAT 1. AYAT ISI 2. AYAT HURAIAN (Apa tujuan?) (Mengapa penting) 3.AYAT CONTOH 4. UNGKAPAN MENARIK 5. AYAT KESIMPULAN ISI BENTUK AYAT Kerajaan hendaklah menambah peruntukan khas bagi mengatasi masalah kejadian banjir kilat di Negara kita. Peruntukan yang disedikan oleh kerajaan penting untuk membina pelbagai projek tebatan banjir seperti kerjakerja pendalaman semula sungai. Projek tebatan banjir penting dilakukan agar kawasankawasan rendah dan sering berlaku banji kilat tidak lagi ditimpa bencana tersebut. Sebagai contoh,kerja-kerja tebatan banjir di Kuala Lumpur dan Shah Alam perlu dilakukan segera kerana banjir kilat yang berlaku menjejaskan kehidupan penduduk. Oleh sebab itu, kerajaan seharusnya beringat sebelum terkena. Jelas, menambah peruntukan khas sememangnya dapat mengatasi masalah kejadian banjir kilat yang sering melanda bandar-bandar utama di Malaysia.

3. CARA MENULIS PERENGGAN PENUTUP Contoh menulis penutup karangan: Usaha-usaha mengatasi gejala vandalisme pelajar Secara tuntasnya, gejala vandalism perlu ditangani segera oleh pihak berkuasa daripada terus berleluasa dan menjadi tidak terkawal. Satu jawatankuasa yang dianggotai oleh pelbagai pihak hendaklah ditubuhkan bagi merancang dan mengambil pendekatan berkesan bagi membenteras gejala tersebut. Kerjasama yang bersepadu dan berterusan penting agar negara tidak terus kerugian dan imej negara terus tercalar di mata pelancong-pelancong.

1.AYAT PENUTUP 2. AYAT CADANGAN

3. AYAT HARAPAN

You might also like