You are on page 1of 2

Taksonomi Bloom Taksonomi bermaksud satu set pengelasan yang disusun dan disesuaikan atas dasar yang konsisten

(Bloom, 1964). Ia ialah set yang disusun daripada konsep yang ringkas kepada yang kompleks. Ahli psikologi di Mmerika membahagikan objektif pendidikan kepada tiga bahagian iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Objektif domain kognitif menjadi penting dalam penilaian untuk murid walaupun dimasukkan objektif afektif dan psikomotor. Bloom telah mengelaskan domain kognitif kepada 6 bahagian iaitu bermula pengetahuan, kefahaman, aplikasi , analisis, sintesis dan penilaian

Taksonomi Yang DiUbah Suai

Lorin Anderson pada tahun 2001 telah menerbitkan hasil penyelidikan yang mengutarakan perubahan dalam tiga kategori iaitu istilah, struktur dan penekanan (Forehand, 2004). Beliatu telah mengubah taksonomi bloom ke istilah yang baru iaitu bermula dari mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Perubahan ini adalah berdasarkan pendapat bahawa taksonomi ini merupakan satu proses aktif. Oleh itu kata kerja adalah lebih sesuai digunakan kerana cirinya yang menjelaskan tentang tindakan yang dibuat Kekuatan versi baharu taksonomi Bloom ini ialah : 1. Mempunyai dua dimensi iaitu dimensi Pengetahuan dan Dimensi Proses Kognitif. Dimensi Pengetahuan memfokuskan kepada jenis pengetahuan yang dipelajari yang dibahagikan kepada empat bentuk iaitu pengetahuan fakta, konsep, prosedur dan metakognitif. Dalam hal ini, metakognitif merujuk kepada kesedaran terhadap kefahaman diri dan mampu memperbaiki kefahaman tersebut jika berlaku kesalahfahaman. Sementara Dimensi Proses Kognitif memfokuskan proses yang digunakan untuk belajar iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. 2. Penekanan lebih kepada semua tahap pelajar iaitu sekolah rendah , menengah, pelajar di univeriti dan kolej. 3. Alat yang lebih tulen untuk merancang kurikulum, penyampaian instruksional dan pentaksiran (oz-TeacherNet, 2001) (dalam Forehand, 2004).

Perbandingan Taksonomi Bloom dengan Taksonomi SOLO Taksonomi Bloom 1. Membahagikan salah satu objektif pendidikan iaitu domain kognitif kepada 6 bahagian iaitu dari pengetahuan ke penilaian. 2. Taksonomi Bloom digunakan untuk mengukur pencapaian hasil belajar pelajar berdasar pada proses kognitif pelajar dalam memahami suatu masalah. Pencapaian hasil belajar pelajar diukur berdasar pada kemampuan pelajar menjawab masalah (instrumen penilaian) yang sesuai proses kognitif yang akan diukur. Seorang pelajar dipandang telah mencapai proses kognitif yang diinginkan apabila telah menjawab dengan benar masalah matematika yang sesuai dengan proses kognitif tersebut. Taksonomi Bloom sering digunakan guru untuk menentukan hasil belajar yang diinginkan, menentukan proses pembelajaran yang akan dilakukan, dan menentukan alat evaluasi yang sesuai dengan tujuan pembelajaran yang telah dirumuskan 3. Taksonomi Bloom berperanan dalam menentukan tujuan pembelajaran, kemudian dari tujuan tersebut dapat disusun alat penilaian (masalah) yang sesuai dengan tujuan tersebut. Taksonomi SOLO 1. Mengelompokkkan tingkat kemampuan pelajar pada 5 bahagian dan bersifat hiraki iaitu prestructural, unistruktural, multistruktural, relation, extended abstract 2. Taksonomi SOLO direka sebagai satu alat penilaian tentang kualiti maklumbalas pelajar terhadap sesuatu tugasan. 3. Membandingkan jawapan pelajar dengan jawapan benar optima atau jawapan sepatutnya. 4. Mengukur kualiti jawapan pelajar untuk menentukan ketercapaian proses kognitif yang ingin diukur.

You might also like