You are on page 1of 29

UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH, JABATAN PENDIDIKAN DAERAH KUALA TERENGGANU

PENDIDIKAN PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH SEKOLAH MENGAH RENDAH

SENARIO MASALAH DADAH


Dadah pembawa derita kepada penagih sejak awal ke akhir hayat. Di Malaysia seramai 209 orang telah menjalani hukuman mati dan 296 orang sedang menunggu hukuman mati di bawah Sesyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

SENARIO MASALAH DADAH


Lebih 40% daripada 21,000 orang banduan di penjara adalah banduan yang terlibat dengan kes pengedaran dadah. Hampir 95% pesakit AIDS adalah berpunca daripada kegiatan penyalahgunaan dadah.

TAHAP KESERIUSAN KES


Masih diwartakan sebagai Musuh Nombor Satu Negara. Lebih 80% penagih berusia di antara 15 hingga 40 tahun. 82% penagih berbangsa Melayu. Ancaman terbesar kepada pendidikan bangsa.

Di Terengganu Tiada Kampung Bersih Dari Dadah. Seramai 70-80 orang penagih baru dikesan setiap hari. 87% penagih mula menagih ketika di alam pekerjaan. 96% penagih Malaysia mempunyai kelayakan akademik.

PROFIL PENAGIH
98.74 % Penagih lelaki. 72.82% Berketurunan Melayu. 78.91% Berumur 20 hingga 39 79% Terlibat pengaruh kawan & ingin tahu. 84.83% pada awalnya ada pekerjaan tetap.

Taburan Penagih Mengikut Sektor Pekerjaan


19.48% 13.16 % 10.85% 9.34% 9.21% 7.89% 6.57% Sektor Buruh Am Sektor Jualan & Pemasaran. Sektor Perkhidmatan. Sektor Binaan. Sektor Pertanian Sektor Pengangkutan. Sektor Pengeluaran.

BAGAIMANA DADAH MENJADI ANCAMAN KEPADA PENDIDIKAN BANGSA.


DESIGNER DRUG boleh dibuat di mana-mana. Di dunia hari ini, perniagaan kedua menguntungkan ialah penjualan dadah. Kecanggihan teknologi dan ICT memboleh dadah dikeluarkan dan diniagakan dengan lebih banyak, meluas dan pantas.

Jenis-jenis Dadah OPIAT - heroin, morfin, candu dan kodein)


KANABIS- ganja, hashis) DEPRESS- sedatif-hipnotik jenis barbiturat & bukan barbiturat serta tranquilizer. STIMULAN- amfetamin dan kokain HALUSINOGEN- Lysergic acid diethylamide (LSD), meskalin, psilosibin.

SENARIO KES DADAH DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH


Lebih 400 orang pelajar sekolah dikesan oleh ADK terlibat dengan dadah pada tahun 2000. 420 orang pelajar Terengganu dikesan terlibat dengan kes dadah dari tahun 1990 hingga tahun 2000. 941 orang telah mengaku pernah menggunakan dadah pada tahun 1999. 751 orang pelajar sekolah Terengganu tinggal bersama ahli keluarga yang menjadi penagih tegar.

DAPATAN KAJIAN JABATAN


Mula mengambil dadah ketika Tahap 2 sekolah rendah. Terjebak kerana pengaruh rakan sebaya dan sikap melepaskan geram. Lebih serius penggunaan dadah semasa tingkatan 3 dan 4 Sumber utama bekalan dadah adalah dari rakan sekampung. Amalan agama yang tidak sempurna. 100% pelajar terbabit dadah adalah perokok tegar.

DATA PELAJAR POSITIF DADAH


TAHUN POSITIF PERINGKAT KERTAS JALUR POSITIF PERINGKAT MAKMAL MENGAKU PERNAH MENCUBA DADAH AMAT TERDEDAH KEPADA PENGGUNAA N DADAH

1998 1999

146 123

33 23

954

791

2000

90

600

531

CIRI-CIRI PELAJAR BERPONTENSI TERLIBAT DENGAN DADAH Kuat merokok. Kerap ponteng sekolah dan kelas. Kerap tidak hadir ke sekolah. Selalu meminta duit belanja yang banyak. Berkawan dengan rakan sebaya perokok atau kutu embun. Berada di lokasi penagihan dadah

CIRI-CIRI PELAJAR BERPONTENSI TERLIBAT DENGAN DADAH


Pada hari minggu selalu ke bandar tanpa tujuan. Bercakap bohong. Berpakaian samseng, selekeh dan tidak terurus. Tidak lagi mendengar dan menghormati ibu bapa. Kerap tidak pulang rumah pada waktu malam.

CIRI-CIRI PELAJAR BERPONTENSI TERLIBAT DENGAN DADAH


Kerap keluar malam. Terlibat dengan kes vandalism, juvana, lumba haram dan penipuan. Prestasi akademik merosot teruk. Tidak aktif dalam aktiviti kokurikulum. Berada di tempat strategik pengedaran dadah seperti di rumah-rumah kosong, semak samun, tepi sungai, pondok menunggu bas dan setesen bas. Tubuh badan menjadi semakin bermaya.

PERANCANGAN STRATEGIK NEGARA MENANGANI DADAH


KELUARGA BEBAS DADAH. SEKOLAH BEBAS DADAH 2012. ORGANISASI KERJA BEBAS DADAH. MASYARAKAT BEBAS DADAH 2025. ASIAN BEBAS DADAH 2015.

Dasar & Strategi


Negara Memerangi Dadah
a) b) c) d) e) Pencegahan; Pemulihan; Pembangunan tenaga manusia Kerjasama antarabangsa; Penyelarasan.

Strategi Pertama: Pencegahan


Pencegahan adalah siri strategi menyeluruh
Awalan (Primary Prevention) Kemasukan (Primary Enforcement). Strategi jangka panjang bertujuan melindungi seseorang dari terlibat dengan penggunaan dadah sebelum ia bermula. Untuk itu, seseorang perlu mempunyai kefahaman / kesedaran yang boleh mencegahnya dari dipengaruhi / terperangkap dengan dadah. Strategi ini dianggap paling berkesan dalam membenteras masalah dadah (Kekuatan Diri)

CEGAHAN AWALAN
Membentuk pemikiran generasi muda supaya membenci dadah. Membina dan memupuk sikap dan nilai-nilai positif di kalangan kanakkanak melalui sistem pendidikan formal dan tidak formal didikan dan asuhan yang diberi oleh ibu bapa dan masyarakat.

CEGAHAN AWALAN
Mengubah sikap & persepsi Masyarakat terhadap kegiatan dadah
Masyarakat tidak mengambil berat mengenai masalah dadah sekiranya tiada mempunyai ahli keluarga yang terlibat dengan penagihan dadah. Sikap sedemikian perlu dikikis dan penglibatan masyarakat dalam usaha pencegahan diperluas dan

CEGAHAN AWALAN
Menyediakan Aktiviti Alternatif Untuk Menyekat Individut Terlibat Dengan Dadah.
Ini penting ISI masa lapang dengan berfaedah seperti BERSUKAN, KEBUDAYAN,PENDIDIKAN, KEAGAMAAN, RIADAH, REKREASI

CEGAHAN KEMASUKAN Pencegahan Kemasukan (Primary Enforcement)


Strategi ini menguat dan menyokong langkah penguatkuasaan awalan untuk mencegah kemasukan dan bekalan dadah melalui pintu-pintu msuk dan kawasankawasan sempadan.

MENGAPA GERAKAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERLU DIMANTAPKAN DI SEKOLAH?


A. Dikesan sudah terdapat di kalangan murid sekolah hidup berjiran dengan penagih dadah tahu cara dan taktik mengambil dadah. B. Lokasi sekolah berada di dalam kawasan berisiko tinggi dadah. C. Ramai pelajar tinggal di kalangan ahli keluarga yang menjadi penagih tegar.

MENGAPA GERAKAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERLU DIMANTAPKAN DI SEKOLAH?


D. Fenomena hari ini menunjukkan bahawa tidak ada kampung bebas dari dadah. F. Trend pengedar dadah masa kini menggunakan pelajar sekolah sebagai penjual atau pengedar dadah secara kecilkecilan. G. Kajian menunjukkan ramai murid dan pelajar sekolah merokok dan minum arak.

APAKAH TUGAS KITA?


MENGEPUNG PELAJAR YANG BELUM TERLIBAT SUPAYA TIDAK TERLIBAT DENGAN DAN MEMBINA GENERASI YANG MEMPUNYAI KETAHANAN DIRI TINGGI.

KESIMPULANNYA
1.
Membina pemikiran

Bencikan Najis Dadah.


2. Memberi kemahiran mengatakan TIDAK kepada najis dadah. 3. Menyampaikan mesej bahana dadah. 4. Pendedahan pengalaman buruk akibat penyalhgunaan dadah. 5. Menggalakkan pelajar menceburi dalam aktiviti pendidikan pencegahan dadah.

KESIMPULANNYA
6. Jadikan kawasan asrama Bebas Dari Rokok Dan Dadah. 7. Peka kepada kes merokok di kalangan penghuni asrama. 8. Peka kepada kes penghuni asrama yang lewat lapor diri.

KESIMPULANNYA
9. Program / Aktiviti PPDa di asrama sekurang-kurang setahun sekali. 10. Jalinkan hubungan erat dengan agensi yang berkaitan dengan program pencegahan dadah. 11. Laporkan segera kes dadah kepada pihak pengurusan sekolah. 12. Lakukan Spot Check dari semasa ke semasa, jangan tunggu ketika ada kes.

RENUNGAN
KENAPA KITA PERLU BERSUSAH PAYAH MENGHAPUSKAN DADAH ? Kita wajib menegakkan hukum Allah. Kita mesti menyelamatkan umma Muhammad. Kita harus mempastikan generasi kita hidup dalam kehidupan lebih sentosa.

SEKIAN

You might also like