You are on page 1of 22

GAMELAN MELAYU

ASAL-USUL GAMELAN
Wujud di Indonesia sejak kurun ke-8 (Candi Borobudur, Jawa Tengah) Terdapat ukiran alat muzik di candi tersebut.

Ukiran di Candi Borobudur

Pengenalan
Perkataan gamel iaitu dalam bahasa Jawa bererti dipukul, diketuk atau ditabuh. Orkestra yang mengandungi alat-alat muzik seperti gong, kenong, bonang, gambang, saron, gendang dan slenthem yang diperbuat daripada gangsa dan alat-alat ini dipukul, diketuk atau ditabuh untuk mengeluarkan bunyi. Alat-alat tersebut digunakan bagi memainkan lagu-lagu gamelan yang dipilih mengikut kesesuaian majlis.

Pengenalan
Persembahan gamelan diadakan dalam bentuk : Tarian dan drama yang dipetik daripada repertoire yang sememangnya sudah dicipta sejak dahulu lagi seperti Tarian Timang Burung, Geliong, Lantai Lima, Togok, Selang Arak, Topeng dan lain-lain.

Dalam tradisi kesenian gamelan, wujudnya pantang larang yang harus dipatuhi oleh penaripenari dan para pemain gamelan bagi memastikan acara yang diadakan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan gangguan.

Pengenalan
Dipersembahkan sempena merayakan pertabalan, majlis perkahwinan, berkhatan, bertindik, ulangtahun keputeraan, majlis-majlis jamuan yang istimewa dan hiburan raja dan permaisuri bersama kaum kerabat dan rakanrakan baginda.

Kegunaan gamelan
Dahulu
Sebagai persembahan hiburan diraja. Dr. Randus telah menyatakan bahawa kesenian Gamelan pada suatu masa dahulu hanya berpatronkan raja berdasarkan dokumentari Majalah 3 yang disiarkan di TV3 pada 12 November 2011. Hanya golongan istana sahaja yang dapat menyaksikan persembahan gamelan.

Kegunaan gamelan
Kini
Dimainkan dikhalayak ramai selepas mendapat kebenaran daripada Tengku Mariam pada 1970. Masih dimainkan dalam istiadat istana. Dipersembahkan dalam majlis-majlis rasmi seperti majlis konvokesyen, majlis perkahwinan dan majlis penyampaian anugerah. Sebagai muzik iringan ketibaan tetamu kehormat.

GAMELAN MELAYU

KRONOLOGI PERKEMBANGAN GAMELAN MELAYU


PERKAHWINAN antara SULTAN AHMAD & PUTERI kerajaan RIAU-LINGGA

ALAT GAMELAN dibawa ke PAHANG

TENGKU AMPUAN & CHE ZUBEDAH Mengembangkan MUZIK GAMELAN di PAHANG

PUTERI SULTAN AHMAD (TENGKU AMPUAN MARIAM) AMAT MEMINATI MUZIK GAMELAN

TENGKU AMPUAN MARIAM BERKAHWIN DENGAN SULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SYAH DARI TERENGGANU

1914 SULTAN AHMAD MANGKAT

CHE ZUBEDAH BERANGKAT KE TERENGGANU TINGGAL BERSAMA TENGKU AMPUAN MARIAM

1915 SET GAMELAN DI PAHANG DIBAWA KE ISTANA MAZIAH ATAS ARAHAN T.A.M PEMUDA PEMUDI TERENGGANU TELAH DIAJAR BERMAIN DAN MENARI GAMELAN

1920 SULTAN SULAIMAN DIMAHKOTAKAN BEKAS PENARI PAHANG, YANG KHOJA & CIK MERIAM DIBAWA KE TERENGGANU UNTUK MELATIH TARI GAMELAN DITERAJUI T.A.M PEMAIN GAMELAN PAHANG DIBAWA KE TERENGGANU UNTUK MELATIH CARA BERMAIN GAMELAN DINAUNGI SULTAN SULAIMAN

1936 BEBERAPA LAGU DAN TARIAN BERJAYA DIGUBAH (GELIONG, LAMBANG SARI, DLL)

T.A.M TELAH MENULIS SEBUAH MANUSKRIP MENGENAI TARIAN GAMELAN

TARI JOGET PAHANG TELAH DIUBAH NAMA KEPADA JOGET GAMELAN TERENGGANU OLEH SULTAN SULAIMAN

1941 JEPUN MENAKLUK TANAH MELAYU

1942 SULTAN SULAIMAN MANGKAT

GAMELAN TERENGGANU MENGALAMI ZAMAN KEJATUHAN

T.A.M BERPINDAH KE ISTANA KOLAM BERSAMA 2 ORANG PENARI GAMELAN

1973 SET GAMELAN DIPINDAH KE PAHANG DAN DIPAMERKAN DI MUZIUM PEKAN

ALAT GAMELAN
Terdiri dari 8 alat utama
1. BONANG
aka Keromong Diistilahkan sebagai gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'. Merupakan alat melodi utama.

2. GAMBANG
Terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur diatas kotak kayu yang berfungsi sebagi Kotak Gema (resonator). Menggunakan 2 bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi.

3. SARON PEKING
aka saron penerus. Pembawakan Jawa Sebagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok. Dalam permainan ini teknik perdam dan cincang sering digunakan dan mampu menghasilkan suara yang lantang dan nyaring. Alat pemukul diperbuat daripada tanduk kerbau.

4. SARON BARON
Mempunyai bentuk yang hampir sama dengan saron penerus. Juga berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan cincang. Alat pemukul diperbuat dari jenis kayu yang lembut.

5. SARON DEMONG
Mempunyai bentuk yang hampir sama dengan saron baron.

6. KENONG
Diperbuat daripada perunggu dan sebagai alat kolotomik yang dominan dalam rangkaian Gamelan Melayu di Malaysia. Asasnya hanya 3 canang sahaja namun hasil pembawakan Jawa terhasil 5 canang.

7. GENDANG
Berperanan sebagai penyokong irama. Merupakan jenis gendang dua muka seperti tempayan. Ia dipukul dengan kedua belah tangan dan mampu menghasilkan bunyi seperti "doh" pada permukaan besar dan cak pada permukaan kecil.

8. GONG
Dalam Muzik Gamelan Melayu terdapat 2 buah gong digunakan iaitu gong Agung dan gong Suwukan.

You might also like