You are on page 1of 7

SEJARAH PERGERAKAN PANDU PUTERI MALAYSIA

1916 Kepanduan diperkenalkan di Kuala Lumpur (Malaya) oleh Cik Gertrude Ballard. 1917 Pasukan Pandu Puteri pertama telah ditubuhkan di SM(P) Methodist, K.Lumpur dan didaftarkan dengan rasmi di Ibu Calcutta, India. 1919 Pergerakan mula berkembang di Pulau Pinang. Puan A.Cavendish telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tadbir. 1920 Pek Brownie pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur. Pasukan Kadet Pandu Puteri pertama ditubuhkan di Pulau Pinang. 1924 Ibu Pejabat Pandu Puteri berlokasi di Bangunan Hongkong & Shanghai, K.L. 1924 Unit Renjer pertama ditubuhkan dan P.M Robinson dilantik sebagai Ketua Renjer. 1929 Perkhemahan Pandu Puteri Malaya pertama diadakan di Port Dickson. 1930 Pasukan Pandu Puteri aliran Bahasa Melayu ditubuhkan. 1932 Kegiatan Pandu Puteri bermula di Johor dan Kedah. 1932 Perkhemahan seluruh Malaya diadakan di Melaka. 1934 Lawatan Ketua Pengakap dan Ketua Pandu Puteri ke Malaya. 1934 Ketua Pesuruhjaya Malaya yang pertama Puan P.M.Robinson dilantik. 1938

Ulangtahun ke 21 Kepanduan di Malaya. 1942 - 1945 Pergerakan Pandu Puteri terhenti kerana Pemerintahan Jepun. 1946 Aktiviti Pandu Puteri disambung semula. 1947 Puan A.W Pinnick dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya. 1948 - 1960 Keadaan dharurat.Aktiviti kepanduan diteruskan. 1950 Mula penglibatan di peringkat antarabangsa. Perwakilan dihantar untuk menyertai Jambori Antarabangsa di Australia. (Peserta termasuk DYMM Raja Perempuan Perlis). 1950 Jurulatih dari U.K diundang di mana Cik A.Wilson yang kemudiannya diganti oleh Cik Mary Bowers. 1953 Majlis kaunsil bersetuju untuk mengasingkan Kaunsil bagi Malaya dan Singapura. 1953 Unit Renjer Udara yang pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur. 1955 Sebuah bangunan telah didirikan sebagai Ibu Pejabat baru di Kuala Lumpur dan dinamakan Agnes Pinnick Hut bagi mengenang jasa beliau memimpin Pandu Puteri. 1955 Puan R.C. Heath dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya baru. 1957 DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung dirasmikan sebagai Penaung DiRaja dan Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid sebagai Yang DiPertua. 1958 Lady Baden-Powell melawat Malaysia dalam rangka lawatannya ke negara-negara Timur. 1958

Puan L.Navaratnam menjadi orang tempatan pertama dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya. 1960 Malaysia diterima sebagai Ahli Tenderfoot oleh WAGGGS. 1960 Persidangan Renjer Kebangsaan yang pertama diadakan di Kuala Lumpur dari 8 hingga 13 Disember. 1962 Malaysia menjadi tuan rumah bagi Persidangan Pemimpin Kebangsaan Rantau Asia National Leaders of the Asia Area of the World Association. 1964 Persatuan Pandu Puteri Malaysia termasuk Sabah,Sarawak dan Singapura didaftarkan pada 8 Disember. 1965 Singapura telah keluar dari Malaysia. 1966 Malaysia diterima sebagai Ahli Penuh WAGGGS. 1967 Tahun Jubli Emas Kepanduan di Malaysia. 1973 DPU Renjer diterjemahkan ke Bahasa Malaysia sempena Kursus Pentadbiran dari 9 hingga 13 April. 1974 Malaysia menjadi tuan rumah bagi Seminar Renjer bagi Rantau Asia-Pasifik; Negara-negara New Zealand, Filipina, Singapura , Thailand turut serta. 1977 Tahun Jubli Intan Kepanduan di Malaysia. 1982 Seminar Renjer diadakan di Kangar,Perlis dari 7-11 Ogos. 1985

Pertukaran rekabentuk pakaian Brownies Malaysia yang bertukar gelaran menjadi Tunas Puteri dan lambangnya ditukarkan daripada pari-pari kepada bunga-bunga tempatan. 1987 70 Tahun Kepanduan di Malaysia. 1987 Persidangan Renjer Kebangsaan di Sekolah Tun Fatimah,Johor Bahru dari 12 hingga 17 April. 1990 Persidangan Ketua-Ketua Pesuruhjaya Negara-negara Komanwel di U.P.M Serdang dari 4 - 8 Jun. 1990 Persidangan Dunia di Singapura. 1991 Penubuhan Majlis Renjer Puteri Kebangsaan di Sek.Tun Fatimah,Johor Bahru. 1991 Seminar Pesuruhjaya dan Mesyuarat Agung Tahunan di Tropical Inn,J.Bahru. 1992 Perayaan 75 Tahun Kepanduan di Malaysia dimeriahkan dengan Larian Kepanduan di Seremban, Negeri Sembilan dan Ekspedisi Muhibah berkereta menjelajah Semenanjung Malaysia. 1993 Lawatan tinjauan oleh Jan Holt, Pengarah Biro Dunia dan Mokoma Ngapodiso, AJK Lembaga Dunia, ke Malaysia. 1996 Skim Jurulatih PPPM diikhtirafkan oleh WAGGGS. 1996 Kem Cabaran di Ulu Bendul, N.Sembilan sebagai kem latihan CC 98. 1997 Perayaan 80 Tahun Kepanduan di Malaysia. 1997 Acara Kemuncak Kuiz Kepanduan sempena Majlis Renjer Puteri di Meru, Selangor. 1998

Perjumpaan OBPS (Olave Baden-Powell Society) diadakan di K.Lumpur. 1998 Pengarah Biro Dunia, Lesley Bulman, melawat Wisma Pandu Puteri. 1998 Perkhemahan Komanwel 98 di Taman Rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Beberapa peserta negara Komanwel dan bukan Komanwel menyertai bersama peserta tempatan. 1999 Program Lima Tahun Kepanduan dilaksanakan di sekolah-sekolah. 1999 Perancangan Strategik 1999 2003 bagi Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentangkan. 1999 Pelancaran Khidmat Titian Emas di Wisma Pandu Puteri. 1999 Majlis Menjunjung Kasih untuk DYMM Raja Permaisuri Agung Tuanku Najihah. 1999 Persembahan Selepang Penaung Di Raja kepada DYMM Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah. 1999 Pelancaran Laman Web PPPM di MAT Kuantan, Pahang oleh Tengku Mahkota Pahang. 1999 Majlis Renjer Puteri Kebangsaan di Sabah. 1999 Pelayaran Antara Abad. 2000 Pesta Tunas Puteri Antarabangsa di Shah Alam, Selangor. 2000 Anugerah Sri Kandi Kepanduan kali pertama di Hotel Singgahsana. 2000 Petaling Jaya, Selangor. 2001

Kem Integrasi 2001 untuk Pandu Puteri di Mersing, Johor. 2001 Persidangan Majlis Renjer Kebangsaan di Kelantan. 2002 Karnival 85 Tahun Kepanduan di Malaysia di Melaka. 2002 Karnival Renjer Puteri Kebangsaan di MPPM, Durian Daun 2002 Seminar dan Persidangan Pesuruhjaya di Orchid Hotel. 2002 Pertandingan Bakat Kepanduan di SM Teknik. 2002 Anugerah Sri Kandi Kepanduan kali kedua di Lake Club, Kuala Lumpur. 2002 Persidangan Jurulatih Kebangsaan Pertama diadakan di Hotel Cititel, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. 2003 Seminar Pesuruhjaya dan MAT di Kuching, Sarawak. 2003 MRPK di Kota Bahru, Kelantan. 2004 Seramai orang ahli Pandu Puteri mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu. 2004 Seminar Pesuruhjaya dan MAT di Alor Setar, Kedah. 2005 Seminar & MAT di Kota Bharu, Kelantan. 2006 Seminar Signature Program for Volunteers anjuran bersama United Parcel Service (UPS), WAGGGS dan PPPM telah diadakan di Wisma Pandu Puteri, KL dari 2 hingga 6 April,2006 disertai

wakil dari Mexico, China (Hong Kong) dan Rep.Afrika Selatan. Turut hadir Ms.Lesley Bulman-Lever, Pengarah Biro Dunia.

You might also like