You are on page 1of 10

1

KULIAH 7: KECACATAN DERIA: MASALAH PENGLIHATAN Hasil Pembelajaran: Pada akhir kuliah, pelajar dapat: 1. menjelaskan definisi dan konsep buta dan rabun; 2. mengenal pasti jenis masalah penglihatan; 3. menerangkan ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah penglihatan; dan 4. membincangkan pendidikan untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan Latihan 7 1. Jelaskan definisi buta daripada segi undang-undang dan pendidikan 2. Terangkan jenis masalah penglihatan yang boleh dialami oleh seseorang. 3. Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan? 4. Bincangkan jenis perkhidmatan pendidikan yang diperlukan oleh kanak-kanak yang buta atau rabun. SISTEM PENGLIHATAN DAN STRUKTUR MATA

MASALAH PENGLIHATAN Masalah penglihatan merujuk kepada keadaan masalah yang melibatkan fungsi sebagai deria penglihatan. Secara umumnya, masalah penglihatan boleh dikategorikan kepada dua kategori yang utama, iaitu buta dan rabun atau berpenglihatan terhad (Asiah, 2012). Mereka yang dikategorikan sebagai buta biasanya tidak mempunyai penglihatan langsung, dan jika mempunyai penglihatan sekalipun, keadaannya amat terhad untuk digunakan sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat apatah lagi untuk tujuan pembelajaran. Justeru, mereka memerlukan Braille sebagai media bacaan ataupun khidmat pembaca untuk mendapatkan maklumat daripada bahan bercetak. Istilah buta boleh didefinisikan secara undang-undang atau pendidikan. Definisi undang-undang (legally blind): Secara undang-undang, buta didefinisikan sebagai kehilangan penglihatan sepenuhnya ataupun mempunyai ketajaman penglihatan 6/60 (20/200) atau kurang daripada itu pada mata yang lebih baik setelah diadakan pembetulan optik (pakai kanta pembetulan). Selain itu seseorang dikatakan buta jika dia mempunyai medan/lapangan/sempadan penglihatan (visual field) yang terbatas kepada 20 darjah ataupun kurang yang hanya ditentukan oleh doktor atau pakar mata.

Definisi pendidikan:

Individu yang dikatakan buta ialah mereka yang mengalami kecacatan yang begitu teruk sehingga mereka mesti belajar membaca Braille atau menggunakan kaedah aural (deria pendengaran).

Sharifah Zaharah (1985): Kanak-kanak cacat penglihatan ialah mereka yang mempunyai penglihatan terhad ataupun rabun. Seorang yang rabun itu tidak buta tetapi tidak boleh melihat dengan terang dan jelas.

Snellen Chart: Carta Snellen merupakan carta mata (eye chart) yang digunakan oleh ahli profesional
dalam bidang penjagaan mata untuk mengukur akuiti (ketajaman) visual seseorang. Carta ini mengambil nama penciptanya iaitu seorang optamologis berbangsa Belanda yang bernama Herman Snellen yang mencipta carta tersebut pada tahun 1862. Simbol yang terdapat dalam carta disebut sebagai optotaip atau optotypes. Carta Snellen tradisi mengandungi 11 baris abjad yang dicetak dengan huruf besar. Abjad tersebut disusun mengikut saiz huruf yang berbeza iaitu daripada saiz yang besar kepada saiz yang lebih kecil. Orang yang diuji daya penglihatan dikehendaki membaca abjad tersebut dari baris atas ke baris bawah dengan menggunakan mata yang berbeza. Baris huruf yang terkecil yang boleh dibaca dengan tepat menunjukkan akuiti visual seseorang.

Carta Snellen untuk orang yang tidak mengenal huruf Cara mengukur tahap penglihatan M Kaki 60 buta 200 36 100 24 rabun 70 18 50 9 40 6 30 5 normal 20 Contoh tafsiran bacaan 20/70: apa yang boleh dilihat oleh orang lain dalam jarak 70 kaki hanya dapat dilihat dalam 20 kaki oleh orang yang diuji penglihatan. MENGENAL PASTI MASALAH DERIA: PENGLIHATAN Kecacatan penglihatan diukur dengan Ujian Snellen - Penglihatan normal : 20/20 atau 6/6 - Rabun (low vision) : 20/70 - Buta : 20/70 hingga 20/200 atau 6/60 (hanya nampak huruf pd baris pertama) Cara lain untuk mengesan masalah penglihatan: rupa mata, perlakuan, pengaduan

Tanda-tanda masalah penglihatan:

1. Ciri fizikal mata: mata merah, mata tertutup, tiada anak mata, biji mata terkeluar, inflamasi pelupuk mata, mata berair, juling, anak mata putih, dan mata kelihatan normal tetapi tidak bertindak balas terhadap benda-benda dalam persekitaran atau tidak melihat melihat tepat ke arah orang yang bercakap dengannya. 2. Perlakuan: selalu menggosok mata mencondongkan mata mengelipkan mata

pegang bahan bacaan terlalu dekat dgn mata selalu menangis, gelisah atau marah ketika buat kerja yang memerlukan tumpuan penglihatan tidak tunjuk minat kpd pelajaran yang menggunakan tulisan menonjolkan kepala ke hadapan bila nak melihat sesuatu yang jauh selalu melanggar objek ketika berjalan keliru dengan huruf yang dibaca kerap tukar jarak antara bahan bacaan dgn mata

3. Aduan individu seperti: merasa pening atau loya, panas, sakit di kepala, penglihatan kabur, penglihatan berganda Jenis Masalah penglihatan atau kebutaan Miopia rabun jauh L 1 : 12 Hiperopia rabun dekat P 1 : 200 Astigmatisme kekaburan penglihatan Albinisme mata sensitif Strabismus mata juling Nistagmus pergerakan mata yang tidak dapat dikawal Diplopia satu objek lihat sebagai dua (double vision) Buta warna - merah vs jingga; hijau vs biru (sel kon tak - lebih serius: semua nampak hitam, putih, & kelabu menerima/hantar isyarat) PUNCA MASALAH PENGLIHATAN Pembiasan Cahaya (Refrective Error)

Penyakit Kencing manis (diabetic retinopathy), penyakit demam denggi yang teruk, jangkitan daripada demam campak dan demam panas, dan sawan boleh merosakkan sarap optik. Coloboma kemerosotan kawasan pusat retina yang tidak dibentuk dengan baik Retinitis pigmentosakemerosotan retina akibat penyakit keturunan Cataracts kekaburan lensa mata (congential cataracts bagi kanak-kanak) Retinopathy of prematurity juga dikenali sbg retrolental fibroplasia, terjadi akibat konsentrasi oksigen yang berlebihan ketika kelahiran tak cukup bulan, mengakibatkan pembentukan tisu parut di belakang lensa mata. Retinal blastoma (barah mata) Glaukoma (Glaucoma) tekanan bendalir (tersekat) yang berlebihan pada bola mata (sakit mata dan kepala), menyebabkan kerosakan pada retina dan sarap optik, masalah hilang ketajaman visual dan sempadan visual, dan buta. Punca buta warna: kecederaan, dadah yang toksik, alkohol, jangkitan kuman, & kelainan sel optik. Masalah otot dan saraf mata: puncamata juling dan anak mata yang sering bergerakgerak (nystagmus) Punca masalah penglihatan lain: tumour, kelumpuhan otak, kekurangan zat makanan, kemalangan, dan sebagainya.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK CACAT PENGLIHATAN 1. Perkembangan bahasa Pada keseluruhannya tiada perbezaan dengan kanak-kanak normal kecuali pd peringkat awal, penggunaan bahasa dihadkan kpd pengalaman visual dan lebih bersifat egosentrik. Kecacatan tidak jejas mereka memahami dan menggunakan bahasa Guna auditory sebagai deria pembelajaran bahasa (kemahiran mendengar bahasa kekadang lebih daripada kanak-kanak normal) Mungkin lebih bermotivasi utk menggunakan bahasa kerana pertuturan merupakan cara yang paling utama utk berkomunikasi. 2. Keupayaan intelek (IQ) IQ seperti kanak-kanak normal sekiranya tiada mengalami kecacatan kognitif. IQ boleh diuji dgn menggunakan ujian IQ non-verbal: (a) Blind Learning Aptitude Test (b) Intelligence Test for Visually Impaired Children 3. Keupayaan konseptual Berbeza dgn kanak-kanak normal dari segi cara membuat persepsi yang berpunca dpd perbezaan dalam pengalaman belajar (orang cacat penglihatan bergantung kpd pengalaman tactual dan pengalaman audio utk mempelajari sesuatu). Orang cacat penglihatan belajar melalui jari dan lebih berhati-hati dalam menerima maklumat daripada persekitaran. Oleh itu cacat penglihatan perlu lebih berusaha dan keupayaan belajar bergantung kpd strategi yang pelbagai.

Mengalami masalah pembelajaran sebab tidak dapat melihat rangsangan yang digunakan utk pembelajaran konsep.

4. Keadaan Fizikal dan Pergerakan/mobiliti Fizikal berkeadaan normal daripada aspek kesihatan, ramai yang tidak mempunyai postur yang betul, kelihatan kaku dan terlalu lurus apabila berdiri atau berjalan. Mungkin mengalami kegemukan kerana kurang melakukan aktiviti fizikal. Bergerak dengan perlahan kerana takut terlanggar objek. Pergerakan (bergerak dlm persekitaran) merupakan satu keupayaan yang penting bagi kejayaan dlm kemahiran penyesuaian. Kemahiran ini bergantung kpd keupayaan spatial. 2 cara yg digariskan utk memperoleh maklumat spatial bagi kanak-kanak buta: peta/jalan/laluan yang berurutan yg. menggambarkan hubungan berbagai-bagai tumpuan dlm persekitaran peta kognitif (cognitive mapping) 5. Deria halangan (Obstacle sense) salah satu kemahiran pergerakan ialah keupayaan mengesan halangan fizikal dalam persekitaran. Dongengan tentang ketajaman deria: orang buta ada deria tambahan (sebenarnya mereka menggunakan deria-deria lain secara optimum). orang buta ada bakat muzik secara automatik Orang buta boleh mengesan perubahan-perubahan yang halus dlm persekitaran melalui nada atau gema yang berfrekuensi tinggi ketika mereka mendekati sesuatu objek (doppler effect). Deria halangan ini penting tetapi tidak menjadikan orang buta itu cekap, ia Cuma satu bentuk bantuan sahaja dan mudah diganggu oleh deria pendengaran. 6. Penyesuaian sosial Masalah personaliti: bukan masalah yang semula jadi, tetapi disebabkan oleh reaksi masyarakat yang tidak sesuai terhadap golongan ini kerana ketidakbiasaan mereka dengan orang buta. Kemahiran sosial agar sukar dicapai oleh orang buta. (contoh: senyum) 7. Perlakuan steorotaip Pengulangan pergerakan spt body rocking, gosok mata, menggerenyot muka KEPERLUAN KHAS DALAM PENDIDIKAN: CACAT PENGLIHATAN PL 94-142 bertujuan memastikan semua kanak- kanak cacat menerima pendidikan percuma dan bersesuaian. Wujudkan RPI Pendidik perlu ada kefahaman tentang pembelajaran kanak-kanak cacat penglihatan Kanak-kanak normal: 80% - penglihatan 20% - deria lain

Kanak-kanak buta: Peratusan pembelajaran melalui penglihatan dikurangkan dan peratusan melalui deria lain ditingkatkan (contoh: pendengaran dan sentuhan) Guru perlu melatih penggunaan penglihatan yg. masih ada ke tahap optimum (tidak benar jika dikatakan penggunaan deria penglihatan yang kerap boleh merosakkan mata) Ibu bapa, ahli keluarga, guru dan rakan sebaya adalah sumber penting utk memberi perkhidmatan bantuan dan galakan di bidang pelajaran utk membantu kanak-kanak ini mencapai matlamat hidup berdikari

PENDEKATAN PENGAJARAN: CACAT PENGLIHATAN 1. Braille dicipta oleh louis Braille di Perancis pada abad ke-19 menggantikan raised-line letters Pada 1930an, Standard English Braille dicipta sbg kod, mengizinkan semua orang buta boleh membaca, tidak kira siapa yang melatih mereka Unit asas: quadrangular cell yg mengandungi 6 titik 2 cara tulis Braille: 1. Perkins Brailler 2. Slate & Stylus penting bagi pelajar buta utk hidup berdikari merupakan alat tulis utk orang buta di seluruh dunia utk menulis dgn mudah, cepat dan tepat

Kelebihan: membolehkan pelajar mencari bahagian tertentu dalam teks / skimming, mencatat nota, membaca ucapan, mencari pkt dlm kamus. Boleh digunakan utk menulis formula Sains, Maths, muzik dan bahasa asing. Guru khas membantu murid buta dlm kelas biasa utk belajar braille (boleh ajar contraction sejak awal program. Murid tahun satu sudah mula diperkenalkan kpd braille.

2. Pengajaran menggunakan daya penglihatan yg masih ada (remaining sight/rabun) Kaedah: 1. alat pembesar (kanta pegang, tv skrin) 2. buku cetakan besar (10 pt type - 30 pt, 18 pt paling popular) 3. Guna teleskop ketika guru mengajar 4. Large-faced typewriter 5. Projector Alat bantu mengajar belajar hendaklah besar, berwarna, kontras, dan bilik hendaklah terang 3. Guna kemahiran mendengar dan deria lain Sasaran: kanak-kanak buta Perlu ada kemahiran mendengar yg. baik Dongeng: orang buta tajam dlm pendengaran Sumber pelajaran: bahan rakaman & khidmat pembaca, alatan yg berpusatkan deria (sentuhan, bau, rasa, menjilat, dll). Con: mengira: pembilang spt abakus, manik dekak, dll) Kaedah: perbincangan, kooperatif, dll. 4. Latihan mobiliti Keupayaan kanak-kanak buta menghadapi ketidakupayaan bergantung kpd sebaik mana mereka dapat bergerak di persekitaran. Kemahiran mobiliti mempengaruhi darjah kebebasan / berdikari seseorang (buta) itu. 4 kaedah: tongkat, anjing, panduan manusia, alat elektronik (laser cane, sonicguide) 5. Kemahiran hidup merangkumi pengurusan diri, perlakuan di meja makan, kemahiran di rumah (kemahiran domestic), kemahiran di dapur. Pendekatan tactile (tactile approach) Kemahiran tactile kontak melalui sentuhan merupakan satu-satunya cara kanak-kanak buta belajar tentang bentuk, tekstur (texture-con: jalinan benang pada tenunan)

10

Dengan kemahiran tactile, kanak-kanak ini dapat mengenali objek-objek di rumah melalui sentuhan, manipulasi dan penerokaan yang terbimbing dgn bahasa sokongan, contoh: membina konsep tentang kasar, licin, keras, lembut, besi, plastik, kecil atau besar dll. (Bahasa - faktor utama). Cara-cara atau strategi tactual: Menapis (scanning) dgn tapak tangan dan manipulasi dgn jari. Contoh: tugasan domestik Objektif: keupayaan menjelaskan prosedur mencuci setiap jenis pakaian Teknik: persepsi tactual kanak-kanak diberi sekumpulan pakaian kanak-kanak diminta membezakan jenis pakaian dan meletakkan pakaian itu dalam kategori mengikut jenis supaya pakaian itu dicuci mengikut cara yang sesuai. Jenis: - kain kapas yg berwarna putih & cerah - fabrik sutera/synthetic - woollens - item yang halus dan lembut - item yg. perlu dicuci secara berasingan spt langsir, pembalut kerusi, pakaian kerja dll. Apabila diberi tuala, kanak-kanak buta akan menerokai permukaan tuala itu untuk mengesan kawasan yg. sangat kotor (Contoh: kawasan yang basah akan rasa lebih tebal dan keras).

RUJUKAN Asiah Hj. Ahmad (2012). Mengenal dan menangani orang kurang upaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Heward, W.L. (1996). Exceptional children: an introduction To special education (5th ed). Englewood Cliffs, N.J.: American Psychological Association. Kirk, S.A., Gallagher, J.J., & Anatasiow, N.J. (1993). Educating exceptional children (7thed.). Boston: Allyn and Bacon. Sacks, S. Z., & Silkerman, R. K. (Eds) (1998). Educating students who have visual impairments with other disabilities. Baltimore: Paul H. Brookes Pub.

You might also like