You are on page 1of 1

6.

0 Rumusan dan Kesimpulan

Kajian ini telah mengumpulkan data bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian ini akan merumuskan hasil dapatan.

6.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar terlibat dalam sukan futsal di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat didapati bahawa faktor-faktor yang mendorong pelajar terlibat dalam sukan futsal di SMK Mutiara Rini adalah seperti yang dibincangkan iaitu sukan futsal ialah permainan yang menyeronokkan, sukan futsal memerlukan kemahiran, minat sukan dalaman , guru memberi pendedahan tentang sukan futsal, Liga Arena Futsal peringkat kebangsaan mendorong untuk bermain futsal, maklumat yang terlalu banyak, gelanggan futsal yang terhad, kekurangan peralatan , pengaruh rakan sebaya, sikap malu bermain dengan kaum lain, pendedahan awal ibu bapa dan waktu bermain yang sangat fleksibel. Berdasarkan faktor futsal ialah permainan yang menyeronokkan, didapati ia sememangnya merupakan faktor yang mempengaruhi pelajar terlibat dalam sukan futsal. Hal ini kerana, segala permainan memberi keseronokkan sekiranya sukan itu diminati dengan sepenuhnya. Seterusnya, sukan futsal memerlukan kemahiran. Hal ini kerana, maysarakat sekarang lebih berkemahiran dalam sukan dan sentiasa bersedia untuk menunjukkannya. Sekolah memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran sukan futsal. Faktor seterusnya, sukan dalaman menarik minat.Hal ini kerana, Masyarakat kini lebih suka untuk menjalankan sukan dalam keadaan terlindung daripada cahaya matahari. Dengan adanya gelanngang futsal yang tertutup, pelajar lebih suka untuk bermain sukan futsal. Di samping itu, pendedahan yang diberi oleh guru tentang sukan futsal. Hal ini kerana, guru bertindak pemberi pendedahan kepada pelajar pelajar mengenai sukan futsal seperti mengajar sejarah sukan futsal dan memaparkan video-video perlawanan futsal antarabangsa. Hal ini telah mendorong mereka untuk bermain permainan futsal. Selain itu, Liga Arena Futsal peringkat kebangsaan mendorong pelajar terlibat dalam sukan futsal. Pelajar yang kelak menonton perlawanan Liga Arena Futsal peringkat kebangsaan telah melibatkan dirinya dalam sukan futsal. Hal ini disebabkan, aksi dan gaya permainan futsal menarik minat penontonya untuk mencubanya. Berdasarkan faktor maklumat mengenai sukan futsal terlalu banyak, ia didapati faktor yang

You might also like