You are on page 1of 5

DASAR ETIKA DAN INTEGRITI PENERBITAN DAN PENULISAN Universiti Kebangsaan Malaysia

(Telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 5/2011 bertarikh 2 Jun 2011)

1.0

Pengenalan
Universiti Kebangsaan Malaysia menekankan kepada iklim budaya akademik yang mampu menghasilkan ilmu yang berkualiti dan yang boleh dipercayai. Budaya akademik dan integriti kesarjanaan tersebut akan terhakis sekiranya warga universiti khususnya pensyarah dan pelajar universiti terlibat dalam perbuatan memplagiat, pemalsuan dan fabrikasi data serta maklumat. Plagiarisme, pemalsuan dan fabrikasi merupakan fenomena dunia dan dalam konteks akademik ialah ketidakjujuran dalam akademik yang dilakukan oleh pelajar dan pensyarah. Plagiarisme, pemalsuan dan fabrikasi juga merupakan tingkahlaku yang melanggar etika dalam penerbitan.

2.0

Penyata Dasar
Dasar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai plagiarisme, pemalsuan dan fabrikasi dalam kalangan pensyarah dan pelajar di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah. Dasar ini juga merupakan garis panduan bagi membantu mengelakkan perbuatan memplagiat, pemalsuan dan fabrikasi serta menggariskan implikasi ke atas pelajar dan pensyarah yang terlibat dalam perbuatan-perbuatan ini.

3.0

Definisi 3.1 Definisi Plagiarisme


3.1.1 Secara umumnya plagiarisme ialah perbuatan meniru karya, maklumat atau idea orang lain tanpa memperakui sumbernya (sama ada pengarang mahupun karyanya) serta memperakukan bahawa karya atau maklumat tersebut merupakan hasil kerja sendiri. Definisi dan contoh amalan plagiarisme yang lebih khusus telah digariskan untuk pelajar dan pensyarah UKM dalam dua dokumen: a. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2009 Kaedah-kaedah Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999 Etika dan Amalan Cemerlang Akademik

3.1.2

b.

3.2

Definisi Pemalsuan
Perbuatan pemalsuan merujuk kepada tindakan memanipulasikan bahan, data dan proses penyelidikan bagi menggambarkan atau mengelakkan hasil tertentu dalam penyelidikan.

3.3

Definisi fabrikasi
Fabrikasi merujuk kepada perakuan penyelidik mengenai data yang diperolehi daripada sesuatu keadah penyelidikan di mana pada hakikatnya penyelidik tersebut tidak menjalankan penyelidikan berkenaan. Dengan kata lain, data yang dipersembahkan adalah bukan daripada sebarang hasil penyelidikan. Fabrikasi data juga merujuk kepada data sedia ada yang telah diubahsuai.

3.4

Contoh amalan plagiarisme, pemalsuan dan fabrikasi berkaitan dengan penerbitan seperti dalam lampiran A.

4.0

Peranan Kakitangan
Kakitangan boleh memainkan peranan untuk mengelakkan perbuatan memplagiat, memalsu dan menfabrikasi dalam kalangan pelajar. Antaranya adalah kakitangan: 4.1. Perlu tahu dan faham mengenai polisi universiti mengenai etika dan integriti dalam penerbitan dan implikasi polisi ke atas pelajar dan pensyarah sendiri. Perlu menjadi contoh kepada pelajar dengan pensyarah sendiri mengelakkan daripada melakukan perbuatan memplagiat, memalsu dan menfabrikasi dalam tugas sebagai seorang kakitangan akademik iaitu dalam penyelidikan, penulisan dan penghasilan bahan pengajaran. Memastikan pelajar diberikan maklumat bagaimana hendak mengelak daripada perbuatan memplagiat, memalsu dan menfabrikasi. Memastikan polisi mengenai etika dan integriti dalam penerbitan mudah diperolehi oleh pelajar. Mengadakan, dengan bantuan fakulti dan institut, ruang dan peluang untuk pelajar mengikuti kursus penulisan akademik agar pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran untuk mengelakkan perbuatan plagiarisme, pemalsuan dan fabrikasi. Memastikan penyerahan tugasan, kertas projek dan tesis dilampirkan bersama surat perakuan pelajar bahawa pelajar memahami maksud plagiarisme, pemalsuan dan fabrikasi dan semua rujukan dalam tugasan telah diberi kredit yang sewajarnya. Membuat pelaporan kes etika dan integriti dalam penerbitan kepada pihak Kedekanan. Memastikan semua makalah yang akan diterbitkan disemak dengan menggunakan perisian anti-plagiat untuk menyemak kewujudan unsur-unsur plagiarisme. 2

4.2

4.3

4.4 4.5

4.6

4.7 4.8

5.0

Peranan pelajar
Adalah menjadi tanggungjawab semua pelajar bahawa hasil penyelidikan, tesis, makalah dan tugasan mereka adalah bebas daripada perbuatan memplagiat, memalsu dan menfabrikasi. Antara peranan pelajar adalah: 5.1 Membaca, memahami dan mematuhi polisi etika dan integriti dalam penerbitan Sentiasa peka terhadap plagiarisme, pemalsuan dan fabrikasi Menguasai kemahiran penulisan akademik melalui kursus ditawarkan fakulti atau melalui proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan. Mendapatkan bantuan daripada pensyarah sekiranya ragu sama ada wujudnya unsur perbuatan memplagiat, pemalsuan dan fabrikasi dalam tugasan sendiri. Melaporkan kes etika dan integriti dalam penerbitan, sekiranya berlaku dalam kalangan rakan pelajar, kepada pihak Kedekanan. Pelajar dimestikan mengguna perisian anti-plagiat untuk menyemak kewujudan unsur-unsur plagiarisme dalam penerbitan, tesis dan tugasan.

5.2 5.3

5.4

5.5

5.6

6.0

Akibat perbuatan melanggar etika dan integriti dalam penerbitan


Sekiranya disabitkan kesalahan, jawatankuasa boleh memberi perakuan dan/atau cadangan tindakan tatatertib seperti berikut:

6.1

Untuk pelajar
Selaras dengan Hukuman Tatatertib dalam Kaedah-Kaedah Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999, seseorang pelajar itu boleh dikenakan mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih huluman yang sesuai yang berikut, a) Amaran; b) Denda tidak melebihi dua ratus ringgit; c) Dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti bagi tempoh yang ditetapkan; d) Digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yang ditetapkan; e) Dipecat dari Universiti.

6.2

Untuk pensyarah
6.2.1 Tindakan seperti yang terkandung dalam kaedah-kaedah tatatertib kakitangan

6.2.2

Membekukan permohonan geran penyelidikan untuk tempoh yang ditetapkan oleh jawatankuasa tatatertib atau jawatan-jawatankuasa lain yang setara.

7.0

Penutup
Dasar ini perlu disemak semula selewat-lewatnya dalam tempoh 3 tahun.

Disediakan oleh Pusat Pembangunan Akademik

Lampiran A
Antara perilaku yang melanggar etika dan integriti dalam penerbitan yang turut melibatkan amalan plagarisme, pemalsuan dan fabrikasi.

Plagiarisme (i) (ii) Memetik maklumat dalam sesuatu rujukan tanpa menyatakan rujukan Memetik kata-kata atau pendapat seseorang penulis daripada sesuatu rujukan tanpa menulis tanda petikan. Memparafrasakan bahan daripada sesuatu sumber teks tanpa melakukan dokumentasi yang sepatutnya.

(iii)

(iv) Menyalin hasil kerja orang lain dan mengatakan sebagai hasil kerja sendiri (v) Menggunakan petikan atau ayat yang disalin daripada pendidik lain atau laman web sebagai bahan pengajaran tanpa menyatakan sumber

Pemalsuan
Mengubah suai data atau pengukuran dalam sesuatu eksperimen atau kaedah penyelidikan agar keputusan yang diperolehi adalah mirip kepada data teori atau yang diharapkan.

Fabrikasi
(i) (ii) Menggunakan data atau maklumat yang dicipta dalam sebarang penulisan akademik. Mengubahsuai atau memalsukan rujukan dalam senarai rujukan tugas

You might also like