You are on page 1of 12

63 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah

UNIT 5
TINJAUAN LITERATUR

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Mengetahui kepentingan tinjauan literatur dalam penyelidikan
2. Mengenalpasti sumber primer dan sekunder kajian literatur
3. Menilai secara kritikal tinjauan literatur
4. Menjalankan tinjauan literatur

PETA KONSEP


PENGENALAN
Unit ini menjelaskan kepada pelajar tentang kepentingan tinjauan literatur dalam
penyelidikan, perbezaan tinjauan literatur kuantitatif dan kualitatif serta langkah-
langkah yang perlu diambil kira semasa mengendalikan tinjauan literatur.





TinjauanLiteratur
Apaitutinjauan
literatur?
PerbezaanTinjauan
Literatur
Langkahlangkah
mengendalikan
tinjauanliteratur

64 Unit 5 Tinjauan Literatur


ISI KANDUNGAN

Apa itu Tinjauan Literatur?

Tinjauan literatur merupakan ringkasan atau ulasan dari artikel jurnal, buku,
prosiding dan lain dokumen yang menjelaskan makumat lepas dan terkini berkaitan
yang diperlukan bagi kajian yang dicadangkan. Proses in juga bertujuan mengenal
pasti samada sesuatu kajian yang hendak dijalankan pernah dilakukan oleh
penyelidik lain sebelum ini. Di samping itu juga, tinjauan literatur dibuat bertujuan:

1. Memperjelaskan masalah kajian
2. Melihat justifikasi masalah yang dikaji
3. Mengenal pasti kaedah kajian yang akan digunakan
4. Mengenalpasti teori atau dapatan kajian lepas
5. Membina hipotesis kajian
6. Mempelajari pengetahuan baru

Perbezaan Tinjauan Literatur Kuantitatif dengan Tinjauan
Literatur Kualitatif

Jadual 5.1: Perbezaan antara tinjauan literatur kuantitatif dengan literatur kualitatif

Perbezaan
Penyelidikan
kuantitatif
Penyelidikan kualitatif
J umlah literatur yang
dirujuk di permulaan kajian
Banyak dan menyeluruh Minima dan hanya sekadar yang
diperlukan
Kegunaan literatur di awal
kajian
Hanya yang diperlukan
sahaja dalam kajian
Menyediakan rasional
kepada kajian (i.e.
matlamat kajian dan
persoalan kajian atau
hipotesis)
Hanya yang diperlukan sahaja dalam
kajian
Kegunaan literatur di akhir
kajian
Menyokong atau menolak
pernyataan yang telah dibuat
dalam kajian literatur
sebelum ini
Menyokong atau mengubahsuai
dapatan dalam kajian literatur

65 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah



Langkah-langkah dalam mengendalikan tinjauan literatur

1. Kenalpasti kata kunci yang digunakan dalam kajian.
2. Dapatkan sumber lokasi bahan literatur dengan merujuk pelbagai bahan serta
pengkalan data.
3. Mengumpul dan menilai secara kritikal bahan literatur yang dipilih untuk kajian.
4. Membuat ringkaskan atau nota ringkas literatur yang telah dikenal pasti.
5. Menulis kajian literatur.
(Creswell, 2008)
1) Kenalpasti kata kunci yang digunakan dalam kajian.

Mulakan tinjauan literatur dengan mengenal pasti beberapa kata kunci topik
kajian. Pemilihan kata kunci perlu dibuat dengan teliti bagi memudahkan
pencarian literatur di perpustakaan atau pencarian di internet. Berikut adalah
beberapa strategi bagi mengenal pasti kata kunci yang sesuai:

a) Tuliskan tajuk-tajuk utama dalam kajian dan pilih dua atau tiga kata kunci
yang merupakan idea utama kajian.
b) Tuliskan secara umum persoalan kajian yang hendak dijawab. Pilih dua atau
tiga perkataan dalam persoalan ini yang benar-benar menjurus kepada
matlamat utama kajian.
c) Gunakan perkataan, istilah-istilah atau ayat-ayat yang telah digunakan oleh
penyelidik lain penyelidikan mereka sebagai kata kunci untuk memulakan
pencarian literatur.
d) Rujuk katalog istilah bagi mendapatkan perkataan yang sesuai dengan topik
kajian. Lawati pengkalan data seperti Education Resources Information
Center (ERIC) atau EBSCO Information Servives serta yang terdapat di kolej
atau universiti untuk mencari artikel yang sesuai.

66 Unit 5 Tinjauan Literatur



Rajah 5.1: Laman web ERIC

e) Semak isi kandungan jurnal di rak buku dalam perpustakaan kolej atau
universiti dan lihat kata kunci tajuk pada setiap artikel.

2) Dapatkan sumber lokasi bahan literatur dengan merujuk pelbagai bahan
serta pengkalan data termasuk internet.

Setelah memperolehi istilah yang dikehendaki, proses pencarian literatur yang
sesuai boleh dimulakan.

a) Gunakan kedua-dua sumber primer dan sekunder
Kajian literatur selalunya mengandungi kedua-dua sumber primer dan
sekunder. Sumber primer literatur mengandungi kajian yang ditulis oleh
penyelidik yang melakukan sendiri penyelidikan tersebut atau yang
mencetuskan sendiri idea berkenaan. Artikel dari jurnal merupakan salah satu
contoh sumber primer. Manakala sumber sekunder literatur pula,
merupakan literatur yang merumuskan sumber utama. Ianya bukan
merupakan bahan utama dari penyelidik asal atau pencetus idea asal. Antara
sumber sekunder adalah ensklopedia, buku panduan dan ulasan jurnal.


67 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah


b) Carian menggunakan pelbagai sumber literatur

Sumber Literatur Kandungan
J urnal Rujukan utama yang baik dan terkini.
Buku Prinsip, teori, konsep dan penyelidikan lepas.
Ensklopedia Menjadi rujukan awal penyelidik yang mempunyai pengetahuan
yang terhad dalam sesuatu bidang.
Kamus dan Glossari Mengandungi banyak istilah semasa.
Buku Panduan Memberi panduan kepada penyelidik terutama buku panduan
yang membincangkan topik-topik berkaitan penyelidikan.
Pengkalan Data Mempunyai pelbagai sumber artikel jurnal yang mudah diperolehi
terutama pengkalan data elektronik seperti ERIC dan EBSCO.
Tesis atau Disertasi Laporan kajian pelajar di peringkat Sarjana dan PhD.
Prosiding Seminar Kertas kerja berdasarkan kajian yang dibentangkan di seminar.
Sumber Internet Artikel terkini yang boleh menjadi rujukan awal penyelidik.

Rajah 5.2: Sumber literatur



3) Mengumpul dan menilai secara kritikal bahan literatur yang dipilih untuk
kajian.

Setiap literatur yang telah dikenal pasti, tidak semestinya datang dari sumber
yang baik dan sesuai dengan penyelidikan yang hendak dibuat. Oleh itu
penyelidik perlu melihat kembali kesesuaian kajian literatur yang telah diperolehi.

a) Adakah sumber baik dan tepat?
Antara perkara yang perlu diberi perhatian semasa pemilihan literatur adalah
AKTIVITI 5.1

Selain daripada sumber literatur yang disenaraikan seperti di atas, apakah lagi
sumber lain yang boleh membantu anda di dalam menjalankan tinjauan literatur.
Sila bincangkan.

68 Unit 5 Tinjauan Literatur


i) Dapat sumber dari artikel jurnal yang telah diterbitkan terutama yang
mempunyai sidang editor dan dinilai secara kritikal sebelum boleh
diterbitkan.
ii) Pilih sumber mengikut keutamaan bermula dengan artikel jurnal berwasit
(refereed journal), artikel jurnal yang tidak berwasit (nonrefereed journal)
buku, disertasi dan tesis dan kertas persidangan.
iii) Mengabungkan sumber dari kajian kualitatif dan kuantitatif.

b) Adakah sumber sesuai?
Berikut adalah kriteria yang perlu diambilkira semasa memilih literatur untuk
digunakan:
i) Topik ada kaitan atau sama dengan cadangan penyelidikan yang hendak
dibuat.
ii) Sampel kajian dan lokasi kajian relevan.
iii) Masalah dan persoalan kajian relevan.
iv) Capaian yang relevan.

4) Membuat ringkaskan atau nota ringkas literatur yang telah dikenal pasti.

Proses ini melibatkan membuat salinan, memuat turun, pengumpulan serta
membuat nota ringkas dan abstrak penyelidikan lepas, dan membentuk
pemetaan literatur.

a) Membuat salinan, memuat turun dan pengumpulan
Selepas mengenal pasti sumber literatur samada buku, jurnal serta lain-lain
dokumen, proses berikut adalah melibatkan kerja-kerja membuat salinan atau
mencetak bahan yang telah dikenal pasti oleh penyelidik. Meletakkan bahan
ke dalam fail mengikut abjad merupakan salah satu kaedah mudah bagi
mengurus maklumat atau bahan. Selain dari itu, bahan tersebut juga boleh
dikumpulkan mengikut topik, kata kunci atau sumber diperolehi bagi
memudahkan pencarian kelak.


69 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah


b) Membuat nota ringkas dan abstrak penyelidikan lepas
Semasa proses membaca sumber literatur, penyelidik akan membuat nota
ringkas serta rumusan bertujuan mengenal pasti idea penting yang di
tampilkan dalam bahan atau artikel tersebut. Antara perkara yang perlu diberi
perhatian adalah (a) persoalan kajian yang dikemukakan, (b) pengumpulan
data, dan (c) dapatan penyelidikan.

c) Membentuk pemetaan literatur
Semasa proses membuat nota ringkas dan abstrak penyelidikan lepas,
penyelidik akan mula memahami kandungan tinjauan literatur dan seterusnya
boleh melihat gambaran konseptual yang akan membantu dalam membentuk
pemetaan literatur. Pemetaan literatur adalah gambarajah atau lukisan yang
menunjukkan perkaitan kandungan literatur yang telah dikenal pasti dengan
topik-topik penyelidikan.


Rajah 5.3: Pemetaan literatur diadaptasi daripada http://m-gordon.blogspot.com
/2012/02/literature-map.html.

70 Unit 5 Tinjauan Literatur


5) Menulis tinjauan literatur.

Penulisan tinjauan literatur meliputi penulisan rujukan literatur serta format
penulisan yang sesuai.

a) Penulisan rujukan
Mengikut The Publication Manual ofThe American Psychological Association
edisi ke 6 (APA 6
th
), terdapat 3 cara dalam penulisan rujukan iaitu; (i) rujukan
di penghujung teks, (ii) rujukan di dalam teks, dan (iii) judul.

i) Rujukan di penghujung teks
Merupakan senarai rujukan yang digunakan dalam penyelidikan. Contoh
penulisan rujukan mengikut format APA.
J urnal

Kertas persidangan

Buku

ii) Rujukan di dalam teks
Merupakan cara penulisan rujukan yang ringkas serta member
penghormatan kepada penulis asal.
Merujuk kepada seorang penulis
Rogers, E. M. (2003). Diffusion of innovations (5
th
ed.). New York: Free
Press.

Wangpipatwong, S. (2008). Student perception and intention to use e-
learning: A full online course perspective. In K. McFerrin et al. (Eds),
Proceeding of Society for Information Technology & Teacher
Education International Conference 2008, 791-797.

Pena-Shaff, J ., Altman, W., & Stephenson, H. (2005). Asynchronous online
discussions as tool for learning: Students attitudes, expectation,
and perceptions. Journal of Interactive Learning Research,
16(4).409-430.

71 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah




Merujuk kepada beberapa orang penulis


Merujuk kepada beberapa sumber oleh penulis yang berbeza


iii) J udul
Dalam penulisan literatur, jumlah judul serta subjudul penting dalam
membantu pembaca memahami sesuatu penyelidikan. Manakala
pemeringkatan judul pula bergantung kepada jumlah judul dan subjudul
dalam sesuatu tinjauan literatur. Kebanyakan penulisan tinjauan literatur
hanya mempunyai dua atau tiga judul.



Rajah 5.4: Contoh aras judul pertama, kedua dan ketiga mengikut format APA 6th.


Kajian tahap kesediaan guru (Siti Salbiah, 2010;Nor Hafiza Azne, 2010;
Akma Nurashikin et al., 2011;Shamsuddin, 2011) mendapati....
Mohd Izham, Saiful, dan Rusnah (2007) telah menjalankan kajian untuk
melihat kesan atau hubungan kepimpinan teknologi dengan pentadbiran
Bheam (2006) mengkaji tentang perspektif pentadbir sekolah terhadap
peranan mereka....

72 Unit 5 Tinjauan Literatur


b) Format penulisan
Semasa menulis tinjauan literatur, terdapat beberapa elemen tambahan yang
perlu diberi perhatian: keluasan tinjauan, jenis tinjauan, dan rumusan
pernyataan tinjauan literatur.

i) Keluasan tinjauan literatur
Sebenarnya tidak ada jawapan yang khusus tentang jumlah bilangan
perkataan bagi sesuatu tinjauan literatur. Namun apa yang penting ialah
tinjauan literatur tersebut hendaklah meliputi keseluruhan rangka kerja
penyelidikan dan juga isu yang dibangkitkan dalam permasalahan
penyelidikan.

ii) J enis tinjauan literatur
Terdapat dua jenis model yang digunakan dalam tinjauan literatur iaitu
bertema di mana penyelidik akan menulis secara ringkas bahan bacaan
yang berkaitan berdasarkan tema yang telah dikenal pasti dalam tinjauan
literatur yang telah dibuat seperti contoh di bawah:



Manakala mengikut kajian demi kajian penulisan tinjauan literatur akan
memperincikan setiap kajian yang telah dikumpul mengikut tema yang
telah disusun dan diringkaskan mengikut subtopik seperti contoh di
bawah:


Sikap guru adalah salah satu daripada faktor yang mempengaruhi penerimaan
teknologi. Davis (1989) dan Mc Donald (2004) mendapati bahawa penerimaan guru
dipengaruhi oleh aspek, sejauh mana kepercayaan mereka terhadap kelebihan
teknologi itu melebihi daripada teknologi yang sedia ada, keserasian dengan
amalan-amalan biasa, kebergunaanya dan mudah. Manakala Becker dan Watt
(1996) mendapati bahawa guru sukar mengubah gaya PdP dan ianya disokong oleh
Arbaat (2008), yang mendapati guru tidak berani mengambil risiko, takut untuk
mencuba inovasi.

73 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan DalamPendidikan Sekolah Rendah




iii) Rumusan pernyataan tinjauan literatur
Dalam tinjauan literatur, rumusan hendaklah berfokus kepada kesimpulan
idea utama yang telah dikenalpasti, dibincangkan dan dirujuk. Sekiranya
perbincangan dalam tinjauan literatur telah dibuat berdasarkan tema-tema
yang telah dikenal pasti, maka rumusan setiap tema perlulah dibuat.



RUMUSAN

Tinjauan literatur merupakan salah satu komponen yang penting dalam
penyelidikan. Di samping memberi maklumat yang betul berkaitan topik yang dikaji,
ianya juga membantu di dalam mengenal pasti permasalah kajian, teori dan model
AKTIVITI 5.2

Dengan merujuk kepada laman web https://owl.english.purdue.edu/owl/,
Sila dapatkan bentuk penulisan rujukan di penghujung teks bagi jenis rujukan
berikut:
sumber elektronik
senarai penulis yang melebihi tujuh orang
dua atau lebih artikel atau buku oleh penulis yang sama


Kajian Noraini (2012) mendapati kekerapan Guru Perpustakaan Media (GPM)
menggunakan bahan video daripada EduwebTV sebagai bahan untuk set induksi,
pengembangan pembelajaran, penilaian dan aktiviti pengayaan adalah pada
tahap rendah. Ini di sebabkan GPM tidak kreatif dalam memilih, menyunting dan
membina semula bahan pengajaran daripada bahan-bahan sedia ada dalam
EduwebTV. Kajian beliau juga mendapati 72.4% daripada GPM yang dikaji,
kurang berpengetahuan untuk mengubahsuai bahan sumber daripada Internet
mengikut kreativiti sendiri. Manakala kajian oleh Sulaiman dan Azizah (2008)
juga mendapati bahawa bahan sahaja tidak dapat menentukan kejayaan
penggunaanya

74 Unit 5 Tinjauan Literatur


kajian, metodologi serta menjadi panduan dalam membuat perbincangan hasil
dapatan dan rumusan kajian.

PENILAIAN KENDIRI

1. Mengapakah tinjauan literatur penting dalam menjalankan penyelidikan?
2. Apakah perbezaan antara sumber primer dan sumber sekunder?
3. Apakah langkah yang perlu diambil dalam mengenalpasti sumber literatur
yang baik dalam penyelidikan?

RUJUKAN

American Psychological Association (2010). Publication manual of the American
Psychological Association (6
th
ed.). Washington: Author.

Creswell, W. J . (2008). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research (3
rd
ed). New J ersey: Pearson Prentice
Hall.

Kumar, J . (2005). Research Methodology: A Step-By-Step Guide for Beginners (2
nd

ed). London: SAGE Publications.

Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill.

You might also like