You are on page 1of 22

Oleh: Natasya Puteri

Sebelum itu, mari kita lihat antara insan-insan istimewa yang telah diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Esa..

Mereka semua kelihatan gembira, kita yang Allah kurniakan sempurna fizikal ini pula..

Mari baca sajak ini!

Rangkap 1

Dia tidak pernah meminta untuk lahir sebegitu rupa namun kecilnya diri menyanggah takdir Yang Maha Esa sebuah suratan tertulis sudah sebuah kehidupan tetap harus diteruskan. Seorang insan istimewa menapak dalam reda menggalas payah dalam senyum terpaksa betapa pun simpati mata memandang pasti tiada bandingan dengan derita diri menempuh cabaran.

Rangkap 2

Rangkap 3

Seorang insan istimewa anugerah suatu ujian amanah suatu tuntutan biar sukar mesti disempurnakan luas buana mereka tetap punya ruang meneruskan kehidupan selagi Tuhan mengizinkan.

Rangkap 3

Bantulah, bimbinglah seikhlas hati setulus budi Tuhan pasti merestui.

Maksud Sajak

Insan istimewa, atau juga dipanggil kurang upaya atau kelainan upaya menjadi demikian bukan atas kemahuan sendiri, namun tetap menerima dengan reda suratan takdir Ilahi (nasib yang tertulis sejak azali). Hakikat kelahiran mereka yang demikian diterima seadanya bagi menjalani kehidupan.

Insan istimewa menanggung segala derita dalam kegembiraan yang dibuat-buat. Simpati dan belas kasihan masyarakat tidak sama dengan derita diri dan kesusahan yang mereka sendiri alami.

Kewujudan insan istimewa menjadi ujian kepada institusi keluarga, masyarakat dan negara. Mereka menjadi amanah yang pelu dijaga walaupun bukan mudah untuk dikendalikan. Insan istimewa mempunyai hak dalam kehidupan bermasyarakat selagi masih bernyawa. Mereka tidak boleh diabaikan.

Masyarakat diseru supaya membantu dan membimbing insan istimewa dengan tulus ikhlas. Orang yang berbuat baik akan dikasihi dan direstui oleh Tuhan.

Tema sajak ini ialah dugaan yang perlu dilalui oleh golongan kurang upaya dalam meneruskan kelansungan hidup

Ketabahan dalam menempuh dugaan

Simpati dan bantuan kepada golongan kurang upaya

Persoalan
Hak golongan orang kurang upaya perlu diberikan dan dihormati

Pasrah menerima ketentuan atau takdir Ilahi

Nada
~Melankolik

Terdiri daripada 4 rangkap Rangkap pertama mempunyai 6 baris, rangkap kedua mempunyai 7 baris, rangkap ketiga mempunyai 8 baris, dan rangkap keempat mempunyai 3 baris Bilangan katanya 2-5 patah kata sebaris Terdiri daripada 5-15 suku kata sebaris Rima akhir rangkap 1 ialah aabacd, rima akhir rangkap 2 ialah aaabcdc, rima akhir rangkap 3 ialah abbbacbb, dan rima akhir rangkap 4 ialah abb.

(perulangan vokal a) Contohnya: menapak

Asonansi

dalam reda, pasti tiada bandingan

(perulangan konsonan d) Contohnya: dengan

Aliterasi

derita diri

Anafora (perulangan kata pada awal baris). Contohnya, perkataan sebuah pada rangkap 1 baris 5 dan 6
Responsi (perulangan kata di tengah ayat). Contohnya: anugerah suatu ujian amanah suatu tuntutan

GAYA BAHASA

Perulangan. Contohnya, ayat Seorang insan istimewa pada baris pertama rangkap 2 dan 3
Inversi (ayat sonsang). Contohnya, biar

sukar, mesti disempurnakan

N I L A I

PENGAJARAN
a) Kita perlulah reda atau pasrah menerima ketentuan Tuhan. b) Kita hendaklah membantu golongan kurang upaya dengan bersungguh-sungguh. c) Kita hendaklah memberikan hak-hak golongan kurang upaya. d) Golongan kurang upaya janganlah berasa rendah diri atau tersisih kerana kekurangan diri. e) Kita janganlah menyisihkan golongan kurang upaya

Berbuatlah baik kepada golongan kurang upaya!

You might also like