You are on page 1of 18

SELOKA

Definisi
Za’ba :

Perkataan seloka diambil daripada perkataan


sanskrit, dipakai dlm bahasa Melayu dgn
pengertian : karangan bersajak yang tiada
tetap sajaknya atau perkataan menyindir atau
mengejek dikatakan dgn cakap yg berangkap
atau percakapan gurau-senda dan jenaka
semata-mata; istimewa jika bercampur dgn
rangkap atau sajak
Harun Mat Piah

Kata pinjaman daripada bahasa sanskrit iaitu


shloka atau anustubh yg bermakna suatu bentuk
puisi yg terdiri drpd dua baris atau dua kerat atau
dua hemistichs, yg mana tiap2 satunya
mengandungi enam belas suku kata, tersusun dlm
empat unit; unit trakhirnya selalunya berbentuk
diambus sementara unit2 yg lain dlm bentuk2 yg
digemari, drpd susunan suku kata yg panjang &
pendek serta disampaikan secara berguru &
berlagu
Hj. Shamsuddin

Seloka adalah ceraian atau yg berhias dgn


kias ibarat dan / atau prkataan yg cantik
manis & sedap bunyinya dan terkadang di
blkgnya ada pula sindiran yg tajam atau
pujuk cumbu yg menyukakan &
memberangsangkan hati dan meninggikan
perasaan kasih-sayang

(Kamus Melayu)
Rumusan

Seloka membawa maksud karangan


berangkap yg memakai pertentangan bunyi
rima hujung yg bebas. Dlm bentuknya yg
berangkap bebas itu disampaikan perkataan2
yg berunsurkan sindiran & ejekan selain drpd
berisikan unsur2 jenaja atau gurau-senda
Bentuk-bentuk Seloka

1) bentuk pantun empat kerat

2) bentuk pantun berkait

3) bentuk syair

4) bentuk bebas
1) Bentuk pantun empat kerat
Baris pertama & kedua = pembayang maksud
Baris ketiga & keempat = maksud
Rima a,b,a,b
Contoh :
Cuba-cuba membeli bayam
Daunnya muda berlemak kurang
Pura-pura mencari ayam
Ekor mata di anak orang
2) Bentuk pantun berkait
Mempunyai ciri2 yg = dgn pantun empat kerat
Satu rangkap berkait dgn rangkap seterusnya (baris kedua dlm
rangkap diambil semula utk baris pertama dlm rangkap kedua)
Contoh :
Pasang bendera bunyikan tabuh
Anak gadis berkain merah
Supaya cedera jangan tumbuh
Mulut manis kecindan murah
Anak gadis berkain merah
Ambil bakul bawa ke pasar
Mulut manis kecindan murah
Pandai bergaul sesama besar
3) Seloka berbentuk syair
Mempunyai empat baris dlm serangkap

Tiap2 rangkap tidak dpt berdiri sendiri

Memerlukan beberapa rangkap utk lengkapkan


satu idea / cerita

Mempunyai rima yang sama di hujung baris


Aduhai badan nasib yang malang
Kepada siapa hendak dibilang
Tanam padi menjadi lalang
Balam di tangan disambar helang

Ya Allah Ilahi Tuhanku


Apalah nasib badannya aku
Haram tak sangka demikian laku
Masakan salji tidak beku

Nasib badan tidak beruntung


Tanam pisang tak keluar jantung
Batangnya habis dikoyak lotong
Kepada siapa hendak bergantung
4) Seloka berbentuk bebas

Tidak tentu jumlah barisnya dlm serangkap

Tidak tentu jumlah perkataannya dlm sebaris

Tidak tentu pola rimanya


Contoh : Seloka Emak Si Randang

Baik budi emak Si Randang


Dagang lalu ditanakkan
Tiada berkayu rumah diruntuhkan
Anak pulang kelaparan
Anak dipangku diletakkan
Kera di hutan disusui
Dagang pergi awak berhutang
Beras habis padi tak jadi
Kritikan Sosial Dalam Seloka
Berperanan sbg alat kawalan sosial dlm masy.
Melayu

Bersesuaian dgn sikap org Melayu (teguran /


kritikan dlm bentuk halus)

Alat berkesan sampaikan mesej

Contoh : Seloka Emak Si Randang, Seloka Pak


Kaduk, Seloka Pandai Pak Pandir
Contoh : Seloka Emak Si Randang

Baik budi emak Si Randang


Dagang lalu ditanakkan
Tiada berkayu rumah diruntuhkan
Anak pulang kelaparan
Anak dipangku diletakkan
Kera di hutan disusui
Dagang pergi awak berhutang
Beras habis padi tak jadi
Bentuk Kritikan :
- Menabur budi tanpa gunakan akal-fikiran
- Mementingkan org lain (sanggup bersusah payah)
- Membelakangkan kepentingan diri & keluarga

Padanan maksud pada setiap baris begitu tepat - >


membentuk satu maksud yg menyeluruh utk difahami.
Dua baris seloka yg pertama – menggambarkan satu
padanan gambaran atau peristiwa
Contoh : Seloka Pak Kaduk

Aduhai malang Pak Kaduk


Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
Bentuk Kritikan :
- Sikap terburu-buru dlm sesuatu pekerjaan
- Kebodohan yg melampau
- Sikap takbur mendtgkan kesusahan / kerugian /
kepapaan
- Hendaklah gunakan fikiran & berhati-hati ketika
mengerjakan sesuatu pekerjaan

Dalam konteks zaman moden, seloka ini boleh membawa


pengertian ttg kesusahan dtg bertimpa-timpa kerana
kekurangan ilmu (kekurangan pengetahuan menjadikan kita
bertindak tanpa usul periksa / bertindak mengikut perasaan
sahaja)
Rumusan
Seloka mencerminkan pelbagai persoalan yg berkait-rapat
dgn kehidupan masy zaman dahulu khususnya.

Penonjolan ttg akal-budi, etika kehidupan & kemanusiaan yg


disampaikan secara halus, sinis & menarik

Setiap lapisan anggota masy. ditegur/dikritik agar tidak


melakukan perbuatan yg boleh merugikan diri sendiri.

You might also like