You are on page 1of 29

GURINDAM

Pengenalan
▪ Perkataan gurindam berasal drpd bahasa
Tamil (bahasa India tua)

▪ Teknikal -> istilah bersifat luaran ttp dari segi


bentuk & idea berbeza dgn sumber asal

▪ Dlm genre2 puisi Melayu, gurindam ( juga


seloka, teka-teki, talibun atau sesomba dan
mantera) dikatakan sbg genre puisi yg tidak
tertentu bentuk & sifatnya (berbanding pantun
& syair)
▪ Spt puisi pantun & syair, pd peringkat
awal gurindam disampaikn secara lisan

▪ Digunakan sbg panduan hidup (byk


mesej & pengajaran terungkap di
dlmnya)

▪ Bersesuaian dgn fungsi gurindam ->


memberi nasihat, pengajaran & petunjuk
kpd anggota sesebuah masyarakat
Definisi
▪ Pemakaian istilah gurindam sbg istilah teknis
kpd suatu bentuk puisi dimulakan oleh Raja Ali
Haji

▪ Menurutnya :
“Gurindam ialah satu btk puisi Melayu, terdiri
dari dua baris berpasangan, bersajak atau
berima & memberikan ideayg lengkap atau
sempurna dlm pasangannya. Baris pertama
dpt dianggap sbg syarat (protasis) & baris
kedua sbg jawab (apodosis)”
Contoh :

Persimpangan yang indah-indah


Ia itulah yang memberi faedah

Aku hendak bertutur


Akan gurindam yang beratur
▪ Zuber Usman :

“Gurindam…isinya mengatakan suatu nasihat


atau kebenaran & biasanya terdiri atas dua
baris yg bersajak ; kalimat yg pertama berisi
semacam perjanjian dan kalimat yg kedua
akibat atau jawab dari perjanjian itu, misalnya :

Kalau banyak berkata-kata


Di sanalah boleh terjadi dusta
▪ Za’ba :
“Gurindam ialah suatu jenis syair melarat yg tiada tetap
sukatnya atau rangkapnya; isinya mengandungi
fikiran2 yg bernas dgn bahasa yg riang & suka sbg
nyanyian”

▪ A.Bakar Hamid :
“Sejenis puisi lama yg mengandungi unsur2 pengaruh
Hindu. Ia mempunyai dua baris, berskima rima a,a &
keistimewaannya ialah isinya berupa nasihat atau
petua. Jika disebutkan kedua-dua baris sekali, ia boleh
menjadi satu ayat majmuk & jika diasingkan kpd baris
pertama ia menunjukkan sbb kpd satu akibat yg
dikemukakan dlm baris kedua”
Ciri-ciri dan Bentuk Gurindam
▪ Ciri-ciri gurindam menurut Za’ba :

i. bahasanya spt bahasa menyanyi /


sekurang2nya membawa imbas2 menyanyi,
serta menunjukkan ada kesempatan boleh
melengah2kan masa & menyuka2kan hati

ii. Perkataannya menggambarkan keindahan


alam & mengambil perbandingan drpd
keindahan itu seolah2 utk melukiskan isinya
dgn warna yg cantik
iii. Perasaan di dlmnya kebanyakan perasaan
suka dan terkadang perasaan bermain-main &
jenaka

iv. Isi dan maksudnya terus-menerus sahaja


spt syair, tidak ada apa-apa yg boleh dikatakan
pembayang maksud

v. Gurindam tua-tua yg telah tetap tersusun


semenjak beberapa lama telah jadi seolah-olah
bidalan iaitu diketahui dan lancar di mulut
orang ramai
Bentuk Gurindam :
▪ Terbahagi kpd 2 bentuk : terikat dan bebas

▪ Bentuk terikat:
- 2 baris yg berpasangan dan berima
- Baris pertama = syarat; baris kedua =
jawapan kpd baris pertama

- Contoh : Gurindam 12 RAH


Apabila banyak berlebih-lebihan suka
Itulah tanda hampirkan duka
▪ Bentuk bebas :

- Tidak mempunyai pasangan atau berangkap

- Jika berangkap, tidak tentu jumlah barisnya,


jumlah perkataan dlm sebaris

- Memakai rima / tidak

- Ada gurindam sebaris (pepatah/bidalan)

- Ada gurindam berlapis (lebih dari 2 baris)


▪ Contoh gurindam sebaris :

Bersatu teguh bercerai roboh


Bermuafakat, bertambah berkat
Bersatu, bertambah mutu
Alah bisa, tegal biasa
Berbahasa, kita berbangsa
Membunuh, akan dibunuh
Ikut rasa, binasa
Ikut hati, mati
Ikut nafsu, lesu
Ikut sedap, mengidap
Ikut marah, parah
▪ Gurindam dua baris :

Jika pandai menggunakan masa


Rezeki datang tidak terasa

▪ Gurindam berlapis tiga baris :

Kalau suka hisap rokok


Kalau suka duduk di tembok
Tentu akal susah tokok
▪ Gurindam berlapis empat baris :
Jika benihnya moleh
Jika tanahnya cantik
Jika bajanya baik
Tentu pokok cepat naik

▪ Gurindam berlapis lima baris :


Jika hutang sudah melekat
Resah risau selalu menyakat
Langkah panjang menjadi singkat
Kaki dan tangan akan terikat
Perjalanan anda akan tersekat
▪ Gurindam berlapis lapan baris :

Pabila mata sudah kabur


Pabila kulit sudah kendur
Pabila uban sudah bertabur
Pabila gigi sudah gugur
Pabila telinga tak paham ditegur
Pabila badan selalu uzur
Pabila selalu disuap bubur
Itulah tanda akan ke kubur
Jenis-jenis Gurindam
▪ Terbahagi kpd 4 jenis :

a) gurindam yg memakai pertentangan bunyi

b) tiada pertentangan bunyi hujung

c) gurindam tidak bersukat

d) gurindam yg memakai perenggan atau


kerat-kerat tertentu
a) Gurindam yg memakai pertentangan
bunyi

▪ Rima akhir sama bunyinya


▪ Jumlah sukukata pada setiap baris tidak
sama
▪ Contoh :

Wahai harap – ghairah


Pengharapan yang beralaskan hasrat
Ringanlah bumi, maksudku berat

Aduh! Kalau tak rahim jadi mudarat


Hanyutlah kelak ke timur ke barat
Dilambung ombak surat sarat
Terhempas terbentang – pecah berkerat-kerat
Akhirnya hancur binasa masuk ke jirat.

Tanjung Darat Padang Seringan


Dekat taman raja berjuntai
Harapku berat langit nan ringan
Mati kempunan lamun tak sampai
b) Gurindam tiada pertentangan bunyi
hujung

▪ Mempunyai baris2 pendek

▪ Sukukata pada setiap baris hampir sama

▪ Kadang2 menyerupai syair

▪ Ada kata2nya yg dimabil drpd perbilangan


orang tua-tua
▪ Contoh :

Kelebihan nabi dengan mukjizat


Kelebihan umat dengan muafakat
Bulat air kerana pembentung
Air melurut dengan bandarnya
Benar melurut dengan muafakatnya
c) Gurindam tiada bersukat

▪ Baris-baris yang pendek

▪ W’pun ringkas tetapi perkataannya


bernas

▪ Seakan-akan terdapat persamaan bunyi


di hujungnya.
▪ Contoh :

Duduk berpelasaran
Dekat rumah dekat kampung
Halaman satu permainan
Seperigi sepermandian
Segayung sepergiliran
Sejamban setepian
Muafakat tak berubah
Rahsia tak bertukar

Ibarat labu menjalar ke hulu


Ibarat kundur menjalar ke hilir
Pangkalnya sama dipupuk
Pucuknya sama digetis
Buahnya sama ditarik

d) Tidak memakai perenggan atau kerat-
kerat tertentu

▪ Mengandungi kias ibarat

▪ Seperti prosa biasa

▪ Boleh juga dinamakan sbg puisi melarat


▪ Contoh :

Maka beredarlah kalam yang runcing di atas


kertas yang putih ditemani oleh setitik dakwat
lalu bergurindam membukakan pintu mengalu-
alukan sekalian yang sudi datang berulit
dengan lukisannya. Yang demikian ialah pada
ketika malam yang masih gelap dan udara
pelajaran dan pengetahuan di antara kaum
Melayu masih mengerang dengan kesemputan
Peranan Gurindam Dalam
Masyarakat Melayu

▪ Berperanan memberi pendidikan melaui


nasihat & mesej yg disampaikan
▪ Nasihat dgn cara berhikmah
▪ Juga memberi hiburan kepada
masyarakat
▪ Mengandungi sindiran yg tajam kpd
sesiapa yg melakukan penyelewengan
etika dalam kehidupan
# Memberi nasihat kpd golongan kanak2,
golongan remaja & dewasa

- Kata2 yg bernas & berfalsafah digunakan utk


menyampaikan mesej
- Contoh :
Dengan bapa jangan derhaka
Supaya Allah tiada murka

Dengan ibu hendaklah hormat


Supaya badan dapat selamat
▪ #Pendidikan agama membentuk
masyarakat

▪ Agama menjadi pedoman hidup

▪ Dgn agama ketamadunan umat dpt


dicapai

▪ Pengarang menggunakan gurindam yg


berunsur keagamaan utk tujuan tersebut
▪ Contoh : Gurindam 12 (Fasal 2)

Barang siapa meninggalkan sembahyang


Seperti rumah tiada bertiang

Barang siapa meninggalkan puasa


Tidaklah mendapat dua termasa

Barang siapa meninggalkan zakat


Tiadalah hartanya beroleh berkat

Barang siapa meninggalkan haji


Tiadalah ia menyempurnakan janji
Kesimpulan
▪ Gurindam adalah puisi yang istimewa & unik

▪ Bentuknya ringkas, berirama dlm pelbagai


bentuk, sarat dgn falsafah & pemikiran yg
tinggi

▪ Pelbagai mesej dpt disampaikan -> manfaat


kpd masyarakat (untuk generasi tersebut)

▪ Pengaplikasian nilai akhlak & moral dlm


kehidupan masyarakat

You might also like