You are on page 1of 147

Edisi Pertama 2008 YUSOF BOON, ASHA HASNIMY MOHD HASHIM & HALIJAH IBRAHIM 2008 Hak cipta

a terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Ta'zim, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Adaptasi latihan dan kecederaan / editor Yusof Boon, Asha Hasnimy Mohd Hashim, Halijah Ibrahim. Mengandungi indeks ISBN 978-983-52-0510-1 1. Physical fitness. 2. Athletes. I. Yusof Boon. II. Asha Hasnimy Mohd Hashim. III. Halijah Ibrahim. IV. Judul. 613.711 Pereka Kulit: MOHD. NAZIR MD. BASRI &
MOHD ASMAWIDIN BIDIN YUSOF BOON & RAKAN-RAKAN

Diatur huruf oleh / Typeset by

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 81310 Skudai Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA. Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
PENERBIT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

34 38, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA. (PENERBIT UTM anggota PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA/ MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION dengan no. keahlian 9101) Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
UNIVISION PRESS

Lot 47 & 48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9 Jln. Serdang Raya, Tmn Serdang Raya 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan MALAYSIA

KANDUNGAN

Prakata

ix

Pengaruh Panjang Tangan dan Lilitan Otot Lengan Terhadap Kepantasan Kayuhan Kayak Zainal Abidin Zainuddin, Ong Ay Shin & Halijah Ibrahim Kekuatan Otot Bahagian Atas Badan : Kesan Latihan Pliometrik dan Latihan Bebanan Hafizah Harun & Rohana Hashim Latihan Kekuatan Otot Rectus Abdominis Untuk Atlet Hoki Asha Hasnimy Mohd Hashim & Norhafizah Ismail

15

27

Kandungan

vi

Tindak Balas Kadar Nadi Semasa Perlawanan Bola Jaring Berdasarkan Posisi Pemain Syahrul Ridhwan Morazuki & Khalifah Mastura Hassan Perbandingan Kapasiti Anaerobik antara Pemain Futsal dan Pemain Bolasepak Menggunakan Ujian Wingate Zainal Abidin Zainuddin & Mohd Redzuan Mohd Intensiti Perlawanan Mengikut Kumpulan Posisi Pemain Bola Jaring Syahrul Ridhwan Morazuki & Ida Haryati Satibi Perbandingan Intensiti Latihan dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m bagi Pelumba Basikal Peringkat Negeri Syahrul Ridhwan Morazuki & Ruziyanti Ibrahim Ketidakselesaan Jari Atlet Memanah Berdasarkan Bilangan dan Jarak Lepasan Anak Panah Asha Hasnimy Mohd Hashim & Hariaty Hamid Pola Kecederaan Atlet Memanah Asha Hasnimy Mohd Hashim, Kamal Talib Zainal Abidin Zainuddin & Halijah Ibrahim Pola Kecederaan Atlet Silat Olahraga Asha Hasnimy Mohd Hashim & Mat Azmin Bakar

39

52

64

78

90

99

10

106

Kandungan

vii

11

Aktiviti Gelombang Otak Semasa Rehat, Bermain Sudoku dan Selepas Simulasi Perlawanan Taekwando Zainal Abidin Zainuddin & Izwyn Zulkapri Latih Tubi dan Tahap Kebimbangan Bagi Pemain Boling Padang Hafizah Harun & Norashida Abdul Rahman

111

12

125

Indeks

136

PRAKATA

Buku ini merupakan hasil daripada pengumpulan bahan-bahan kajian yang telah dijalankan oleh beberapa orang penyelidik di dalam bidang Sains Sukan. Ia merangkumi pelbagai aspek yang secara tidak langsung menyentuh bagaimana sesuatu latihan itu dapat diadaptasikan dalam situasi permainan yang sebenar dan seterusnya dapat membantu seseorang atlet tersebut dalam meningkatkan prestasinya. Aspek yang dikaji merangkumi aspek fizikal, fisiologikal dan psikologikal. Buku ini juga memaparkan kajian-kajian mengenai faktorfaktor yang menyumbang kepada kecederaan dan pola kecederaan yang sering dialami oleh seseorang atlet di dalam sesuatu sukan. Melalui buku ini, diharap pembaca dapat memahami dengan lebih mendalam dan mengaplikasikan latihan tertentu bagi mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi atlet.

Prakata

Yusof Boon Asha Hasnimy Mohd Hashim Halijah Ibrahim Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 2008

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

PENGARUH PANJANG TANGAN DAN LILITAN OTOT LENGAN TERHADAP KEPANTASAN KAYUHAN KAYAK
Zainal Abidin Zainuddin Ong Ay Shin Halijah Ibrahim
PENGENALAN

Kayak didefinisikan sebagai satu jenis kenderaan air yang kecil, biasanya terbuka kepada udara dan boleh dijana oleh angin, jentera atau tenaga manusia. Seseorang atlet kayak memerlukan kekuatan otot dan mental yang tinggi. Dalam faktor kekuatan otot, ramai menghubungkaitkan bentuk tubuh badan seseorang dengan kekuatan individu serta prestasinya. Menurut Sodhi (1991), terdapat kenyataan yang mengatakan bahawa bentuk tubuh badan merupakan salah satu faktor yang penting dalam usaha mencapai prestasi yang tingi. Anthropometri merupakan salah satu cabang ilmu sains juga dikenali sebagai pengukuran manusia yang mengklasifikasikan badan dan bentuk tubuh badan manusia. Anthropometri membekalkan kuantiti antara muka pada struktur manusia dan fungsi. Ia juga didefinisikan sebagai kajian pada saiz manusia, bentuk, komposisi,nisbah tubuh badan, kematangan dan fungsi kasar dimana untuk memahami tumbesaran, latihan, persembahan dan nutrisi. Acara kayak memerlukan kekuatan otot untuk menghasilkan kayuhan yang kuat kerana lakuan mengayuh menjadi berat dan memerlukan tenaga semasa berada dalam air memandangkan teori mengayuh adalah menentang arah aliran arus. Kekuatan otot yang rendah akan merendahkan prestasi kayuhan. Ketangkasan otot diperlukan untuk mempersembahkan pusingan

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

kayuhan secara berturutan seberapa cekap dan pantas yang boleh. Semakin banyak pusingan yang dapat dihasilkan dalam masa singkat boleh mempercepatkan lagi proses kemajuan. Panjang tangan atlet iaitu dari bahagian Acromion Process di bahu hingga Carpals (pergelangan tangan) dan lilitan otot Biceps Brachii dan Triceps di bahagian lengan atlet mempengaruhi prestasi kayuhan dalam sukan kayak. Acromion process adalah tulang seperti Protuberance yang terdapat di pinggir bahu manakala otot Biceps Brachii dan Triceps merupakan bahagian otot lengan yang terbanyak terlibat dalam pergerakan mengayuh. Kebanyakkan kajian yang telah dijalankan biasanya menumpu pada ketahanan, ketangkasan dan kekuatan otot mempengaruhi prestasi kayak tetapi kurang diperhatikan kajian yang dijalankan menfokuskan pada mengkaji pengaruh panjang tangan dan lilitan otot mungkin boleh memberi kesan pada kayuhan. Melalui kajian lepas yang dinyatakan oleh Lerner (2007a), didapati tulang femur atlet lumba basikal Lance Armstrong yang berjaya memegang tujuh rekod dunia dalam perlawanan lumba basikal paling berprestij di dunia, Tour de France lebih panjang berbanding dengan lelaki biasa yang mempunyai ketinggian sama dengannya. Pernyataan ini menunjukkan aspek fizikal seperti panjang tulang mungkin juga merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi prestasi atlet. Sehubungan itu kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh panjang tangan dari bahagian Acromion Process hingga Carpals (pergelangan tangan) atlet terhadap prestasi kayuhan dalam kayak dan mengenalpasti pengaruh lilitan otot Biceps Brachii dan Triceps atlet terhadap prestasi kayuhan dalam kayak.

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini adalah berbentuk eksperimental yang menggunakan reka bentuk ujian, latihan dan kumpulan untuk mendapat perbandingan prestasi pencapaian antara kumpulan dalam sukan kayak.

Pengaruh Panjang Tangan dan Lilitan Otot Terhadap Kepantasan Adaptasi Latihan danLengan Kecederaan Kayuhan Kayak

Pengukuran dilakukan pada atlet sebelum dan selepas menjalani latihan selama 6 minggu. Ujian yang akan digunakan adalah ujian pra dan pos. Setiap ujian yang dijalankan dilakukan sebanyak 3 kali dan bacaan purata diambil untuk mendapatkan keputusan yang tepat dan mengurangkan ketidaktepatan data yang diambil pada panjang tangan dari bahagian Acromion Process hingga Carpals (pergelangan tangan) dan lilitan otot Biceps Brachii danTriceps. Bahagian ini berupaya mempengaruhi prestasi kayuhan atlet dalam kayak sebelum dan selepas menjalani latihan. Tiga fasa telah dirancang untuk proses pengumpulan data . Fasa tersebut adalah Fasa Ujian Klasifikasi Subjek dimana subjek akan menjalankan tiga ujian iaitu Pengukuran Lipatan Kulit (Skinfold Measurement), Pengukuran Panjang Tangan dan Pengukuran Pergelangan Lengan (Girth Measurement). Ujian ini dipilih kerana senang dipelajari dan mampu dikendalikan dengan lebih praktikal. Ketiga-tiga ujian ini tidak memerlukan masa yang panjang untuk enjalankannya dan merupakan satu cara yang jimat untukmendapatkan peratusan lemak tubuh badan. Fasa kedua ialah Fasa Pengukuran yang melibatkan pengukuran sampel iaitu Pengukuran Lipatan Kulit (Skinfold Measurement), Pengukuran Panjang Tangan dan Pengukuran Pergelangan Lengan (Girth Measurement) akan dijalankan sekali lagi untuk menentukan adakah perubahan dari segi data selepas atlet melalui tempoh latihan berbanding dengan sebelum latihan. Fasa ketiga pula ialah Fasa Ujian Kemahiran yang bertujuan untuk menguji prestasi pencapaian iaitu ujian kayuhan maksimum 50 dan 100 meter. Instrumen yang akan digunakan adalah Constant Tension Tape / Pita Pengukur, Pengukur Lipatan Kulit (Skinfold Caliper), Pita Pengukur Jarak (meter), Jam Saintifik (Stopwatch), Borang Skor Ujian Klasifikasi, Borang Rekod Kecergasan Diri, Borang Skor Ujian Prestasi Pencapaian. Subjek akan menjalani tiga fasa, iaitu fasa ujian klasifikasi subjek, fasa pengukuran dan fasa ujian prestasi pencapaian. Dalam fasa pertama, iaitu fasa ujian klasifikasi subjek, sampel telah menjalankan tiga ujian untuk mengenalpasti dan mengelaskan sampel. Ujian tersebut termasuk Ujian Pengukuran Lipatan Kulit

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

(Skinfold Measurement), Ujian Pengukuran Panjang Tangan dan Ujian Pengukuran Pergelangan Lengan (Girth Measurement).

PENGANALISAAN DATA Selepas pengumpulan data, data mentah yang diperolehi telah diproses dan dianalisis. Dalam bab ini, tumpuan telah diberikan kepada penganalisaan data-data yang telah diperolehi daripada hasil pengujian prestasi yang telah dilakukan oleh penyelidik ke atas atlet-atlet pasukan kayak. Selain itu, data-data yang telah diperolehi daripada profail sampel yang telah dilakukan oleh penyelidik juga dianalisis. Analisis diskriptif dibuat dengan membincangkan dapatan dari data-data yang diperolehi. Bagi memudahkan analisis, semua maklumat dinyatakan dalam bentuk rajah agar hasil dapatan penyelidikan lebih mudah dan jelas untuk difahami.

Pengaruh Panjang Tangan dan Latihan Lilitan Otot Terhadap Kepantasan Adaptasi dan Lengan Kecederaan Kayuhan Kayak

Rajah 1: Prestasi Atlet Kumpulan Jarak 50 Meter

Berdasarkan dapatan, subjek 5 merupakan individu paling cepat dalam kumpulan dimana masa kayuhannya ialah 17.8 saat manakala subjek 3 tergolong sebagai individu paling lambat dimana prestasinya mencapai 20.20 saat. Ukuran panjang tangan subjek 5 adalah paling panjang dalam kumpulan iaitu 60 cm manakala ukuran lilitan lengannya menunjukkan nilai yang sangat rendah dalam kumpulan iaitu 25.5 cm. Di samping itu, subjek 3 mempunyai ukuran panjang tangan sebanyak 57 cm dan ukuran lilitan lengan sederhana tinggi dalam kumpulan iaitu 28.5 cm.

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Rajah 2: Nilai Ukuran Panjang Tangan dan Lilitan Lengan Atlet


Kumpulan Jarak 50 Meter

Pengaruh Panjang Tangan dan Lilitan Otot Terhadap Kepantasan Adaptasi Latihan dan Lengan Kecederaan

Kayuhan Kayak

Rajah 3: Prestasi Atlet Kumpulan Jarak 100 Meter

Perubahan ketara dapat dilihat apabila sampai ke garisan penamat dimana Subjek 9 telah melintasi rakan seperjuangannya dan merupakan individu paling cepat dalam kumpulan dengan masa kayuhan 31.20 saat manakala subjek 3 masih tergolong sebagai individu paling lambat iaitu 34.70 saat. Walau bagamanapun ukuran panjang tangan subjek 9 adalah paling pendek dalam kumpulan iaitu 53 cm manakala ukuran lilitan lengannya menunjukkan nilai agak tinggi dalam kumpulan iaitu 31 cm. Di samping itu, subjek 3 mempunyai ukuran panjang tangan sebanyak 57 cm dan ukuran lilitan lengan sederhana tinggi dalam kumpulan iaitu 28.5 cm.

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Rajah 4: Nilai Ukuran Panjang Tangan dan Lilitan Lengan bagi Atlet Kumpulan Jarak 100 Meter

Data juga mendapati menunjukkan ukuran lipatan kulit bagi subjek 9 bertempat kedua tinggi dalam kumpulan secara umum dimana bahagian Abdomen 14 mm, Suprailium 14.50 mm, ukuran Thigh dan Calf masing-masing 15 dan 7 mm manakala ukuran Triceps 13 mm dan bahagian Chest 8 mm. Berbanding dengan subjek 9, ukuran lipatan kulit bagi subjek 3 lebih rendah dimana ukuran pada bahagian Abdomen dan Suprailium adalah 7 dan 5.5 mm, bahagian Thigh dan Calf masing-masing 7 dan 5.50 mm manakala ukuran Triceps dan Chest adalah 7.80 dan 5 mm.

Pengaruh Panjang Tangan dan Lilitan Otot Lengan Terhadap Kepantasan Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Kayuhan Kayak

Rajah 5: Nilai Ukuran Lipatan Kulit (Skinfold) pada Enam Bahagian Badan bagi Atlet Kumpulan Jarak 100 Meter

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN Berdasarkan data yang diperolehi melalui ujian sebenar, dapatan secara kasarnya juga boleh dikategorikan kepada dua kumpulan besar iaitu kumpulan yang berada dalam nilai atas purata dan kumpulan bawah nilai purata. Secara umumnya,keputusan menunjukkan peningkatan dalam prestasi atlet jika dibandingkan dengan ujian rintis tetapi menunjukkan penurunan pada taburan dan bilangan atlet dalam kumpulan bawah nilai purata. Latihan dan senaman memainkan peranan penting dalam memberi kesan positif terhadap prestasi pada atlet dalam semua jenis sukan dan

10

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

permainan. Ini bersesuaian dengan pendapat Sprague (1996) yang mengatakan kekuatan dan saiz tulang boleh ditingkatkan melalui tekanan dari latihan bebanan seterusnya menuju kearah meningkatkan prestasi atlet dimana latihan bebanan (weight training) diwujudkan untuk pembentukan tulang. Sehubungan dengan itu, peningkatan dari segi saiz dan kekuatan tulang adalah berkait rapat dengan adaptasi dari tekanan luar yang dikenakan pada badan dan otot. Dari analisis data dapat disimpulkan dimana subjek terpantas dalam jarak 50 meter empunyai ukuran panjang tangan tertinggi manakala pada jarak 100 meter, perbezaan ketara berlaku dimana subjek didapati telah berubah orangnya dan atlet terpantas mempunyai ukuran panjang tangan paling rendah dalam kumpulan ini. Keputusan ini agak berbeza dengan pernyataan yang dinyatakan oleh Sara Stinson et al. (2000) dimana individu berbadan kecil dan rendah sentiasa dianggap sebagai kumpulan kurang produktiviti terutama dalam aktiviti memerlukan penglibatan fizikal yang banyak. Selain itu, keputusan ini juga agak bercanggah dengan keputusan yang dinyatakan dalam ujian terhadap Lance Armstrong dimana johan pemegang tujuh rekod dunia ini mempunyai tulang femur yang lebih panjang berbanding lelaki biasa dan ini menyumbangkan lebih daya dan kekuatan dalam setiap lakuan kayuhan. Faktor kemahiran dan teknik yang betul memainkan peranan penting untuk mempengaruhi prestasi atlet dalam jarak jauh kerana kemahiran motor harus bekerjasama dengan kecergasaan fizikal untuk mencapai potensi yang maksimum walaupun penyelidik tidak menjalani pengujian terhadap kriteria ini. Subjek yang paling lewat dalam jarak 50 meter dan 100 meter mempunyai ukuran skinfold terkecil dalam kumpulan manakala subjek terpantas dalam jarak 100 meter mempunyai ukuran skinfold yang lebih tinggi dan mempamerkan saiz badan yang lebih besar berbanding dengan subjek terpantas dalam jarak 50 meter. Keputusan yang diperolehi didapati mempunyai persamaan dengan pernyataan yang dinyatakan oleh Harris (1997) dimana kekuatan otot berkait rapat dengan ketumpatan badan,

Pengaruh Panjang Tangan dan Latihan Lilitan Otot Terhadap Kepantasan Adaptasi dan Lengan Kecederaan Kayuhan Kayak

11

individu yang lebih berat dalam semua peringkat umur secara umumnya dikategorikan dalam kumpulan yang lebih kuat terutama untuk mempersembahkan dalam ujian kekuatan. Dapatan ini juga memenuhi pernyataan Sprague (1996) yang menyatakan semakin banyak otot dapat menghasilkan kekuatan dan mampu menjanakan daya serta kuasa yang lebih tinggi. Berhubungan dengan itu, individu yang berbadan besar menjangka dapat menunjukkan tahap ketahanan yang lebih tinggi serta lebih cepat dalam aktiviti yang memerlukan kekuatan fizikal. Di samping itu, terdapat tiga orang atlet tergolong dalam kumpulan bawahnilai purata. Berdasarkan pada keputusan menunjukkan subjek terpantas dalam jarak 50 meter dan 100 meter mempunyai ukuran panjang tangan dan lilitan lengan paling rendah dalam kumpulan manakala subjek terlambat mempunyai ukuran panjang tangan dan lilitan lengan paling tinggi. Keputusan yang ditunjukkan agak berbeza dengan pernyatan Lerner (2007a) yang menyatakan struktur yang berbeza boleh mempengaruhi kekuatan dan potensi untuk membina otot di kalangan atlet sama jantina seterusnya menjelaskan rangka tulang yang lebih besar mampu menampung lebih banyak otot. Berdasarkan keputusan, penyelidik berpendapat bahawa faktor jenis fiber otot dimana otot fast-twitch dan slow twitch mungkin merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi prestasi atlet. Pendapat penyelidik dijanakan berdasarkan keputusan ujian yang dijalankan ke atas Lance Armstrong. Berdasarkan keputusan, didapati hubungan fiber slowtwitch dan fast-twitch dalam badannya merupakan salah satu faktor mampu memberi kesan dan menyumbangkan kepada beliau untuk menjadi atlet lumba basikal. Beberapa kesimpulan dapat dibuat berdasarkan data yang dikumpul. Analisis data mendapati panjang tangan dan lilitan lengan mampu memberi kesan positif terhadap prestasi atlet dimana atlet terpantas mempunyai ukuran panjang tangan dan lilitan lengan yang paling tinggi. Ini menunjukkan faktor fizikal seperti panjang tangan dan lilitan lengan memang mampu mempengaruhi prestasi atlet. Perbezaan unik dapat dikesan dimana panjang tangan yang lebih rendah mampu memberi kesan terhadap

12

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

prestasi atlet dalam jarak jauh. Ini menunjukkan keputusan yang diperolehi mempunyai persamaan dengan pernyataan yang dinyatakan di atas dimana rangka tulang yang lebih besar mampu menampung lebih banyak otot seterusnya menjanakan lebih tenaga dan kuasa pada otot untuk bekerja. Keputusan menunjukkan terdapat hubungan antara panjang tangan dan lilitan lengan terhadap prestasi atlet. Selain itu, data juga menunjukkan ukuran lipatan kulit (skinfold) tidak memberi kesan yang besar dalam mempengaruhi prestasi seseorang atlet secara keseluruhannya. Ini menunjukkan ukuran lipatan kulit tidak mempunyai hubungan dengan prestasi atlet. Faktor fizikal hanya merupakan salah satu faktor yang dapat memberi kesan dan mempengaruhi prestasi atlet dalam sukan kayak. Terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi prestasi atlet. Faktor latihan merupakan faktor utama yang mampu memberi kesan terhadap prestasi atlet dimana melalui data yang diperolehi, prestasi atlet mengalami peningkatan dari segi masa selepas melibatkan diri dalam sesi latihan selama enam minggu. Sara Stinson et al. (2000) dalam kajiannnya menyatakan senaman dan latihan dapat meningkatkan saiz otot rangka. Dapatan ini bersesuaian dengan dapatan kajian ini yang menunjukkan peningkatan dari segi prestasi ke atas atlet yang menjalani latihan selama enam minggu. Di samping itu, jumlah mineral dalam tulang rangka (bone mineral content), densiti mineral dalam tulang (bone mineral density), saiz tulang dan komposisi badan akan mengalami perubahan sekiranya seseorang individu itu menjalankan latihan dalam tempoh masa yang lama dan mengekalkan kadar intensiti latihan yang dijalankan. (Sara Stinson et al. 2000) Di samping itu, faktor fisiologi seperti stamina, taburan fiber otot, ketahanan aerobik dan anaerobick, kekuatan dan ketahanan otot badan seperti yang dinyatakan sebelum ini juga mampu mempengaruhi prestasi seseorang atlet. Selain itu, faktor kemahiran dan biomekanik seperti pergerakan, teknik dan kemahiran motor juga memainkan peranan penting dalam mengoptimakan prestasi seseorang atllit seperti yang dinyatakan oleh Lerner (2007b) dimana kemahiran motor seperti lakuan dan teknik harus bekerjasama dengan

Pengaruh Panjang Tangan dan Latihan Lilitan Otot Terhadap Kepantasan Adaptasi dan Lengan Kecederaan Kayuhan Kayak

13

kecergasaan fizikal badan seseorang individu untuk mengahsilkan potensi yang maksima.

RUJUKAN A. Wittich et al. (1998). Professional Football (Soccer) Players Have a Markedly Greater Skeletal Mineral Content, density and Size Than Age- and BMI Matched Controls. Journal of Calcified Tissue International, 112 117. Azizi Yahaya et al. (2007) Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan : Teori, Analisis dan Interpretasi Data. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Coyle, Edward F. (2005). Improved Muscular Efficiency Displayed as Tour de France Champion Matures. Journal of Applied Physiology, 2191 2196. Harris, Tamara. (1997). Muscle Mass and Strength : Relation to Function in Population Studies. Journal of Nutrition, 1004S 1006S. Jackson, Ted A. Baungartner and Andrew S. (1999). Measurement For Evaluation In Physical Education And Exercise Science. New York : McGraw-Hill Companies. Jasmine Ling Chiu Hung. (2006). Perbandingan Prestasi Pencapaian merejam Lembing di Kalangan Kumpulan Mesomorf dan Endomorf. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Lerner, K. Lee and Brenda Wilmoth. (2007a). World of Sport Science. (Vol A L). United State : Thosom Corporation. Lerner, K. Lee and Brenda Wilmoth. (2007b). World of Sport Science. (Vol M Z). United State : Thosom Corporation. Liow, D. K., & Hopkins, W. G. (1998). Velocity specificity of heavy weight training for kayak sprint performance. Medicine and Science in Sports and Exercise,30(5), Supplement abstract 621. Marieb, Elaine N. (1994). Essentials of Human Anatomy & Physiology. Canada : The Benjamin / Cummings Publishing Company Inc.

14

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Mead, Robert Douglas. (1989). The Canoers Bible. New York : Bantan Doubleday Dell Publishing Group. Inc. Miller, David K. (2006). Measurement by the Physical Educator : Why and How. New York : McGraw Hill Companies. Montoye, Henry J. (1978). An Introduction to Measurement in Physical Education. Boston : Allyn and Bacon, Inc. Sara Stinson et al. (2000). Human Biologi : An Evolutionary and Biocultural Perspective. Canada : Wiley-Liss, Inc. Sodhi, H.S. (1991). Sports Anthropometry. India : Anova Publications. Sprague, Ken. (1996). More Muscle. United State : Human Kinetics, Inc. Stephard RJ : Science and Medicine of Canoeing and Kayaking. Sport Medicine 1987 Jan; 4(1) : 19-3. Vrijens, J. Bourgois a J. (1997). Metabolic and Cardiorespiratory Responses in Young Oarsmen during Prolonged Exercise Tests on a Rowing Ergometer at Power Outputs Corresponding to Two Concepts of Anaerobic Threshold. Journal of Applied Physiology, 164 169. Walker, Richard. (2005). E.Explore Human Body. London : Dorling Kindersley Limited.

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

15

2 KEKUATAN OTOT BAHAGIAN ATAS BADAN: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK DAN LATIHAN BEBANAN
Hafizah Harun Rohana Hashim
PENGENALAN

Bagi atlet prestasi tinggi, kejayaan dalam sukan bersifat kompetetif bergantung pada kekuatan dan kuasa eksplosif otot. Oleh itu, keperluan kekuatan dan kuasa eksplosif otot bagi sukan yang bersifat pasukan seperti bola keranjang, bola tampar, ragbi, bola sepak dan lain-lain merupakan tunjang untuk mencapai kejayaan (Kroon, 2000; Rahimi & Behpur 2005). Kemampuan atlet menghasilkan kelajuan pergerakkan otot adalah mekanisme penting untuk mendapatkan potensi kerja otot. Di dalam konteks ini, kekuatan otot dan kelajuan pergerakkan memainkan peranan penting untuk menghasilkan kuasa otot (Asmadi, 2007). Kuasa boleh ditakrifkan sebagai kekuatan untuk melakukan sesuatu perlakuan atau kerja dalam masa yang paling singkat diambil untuk melakukan sesuatu pergerakkan. Kuasa ialah jumlah kerja yang dilakukan dibahagikan dengan perubahan masa. Kerja (work) pula terhasil daripada daya (force) yang bertindak dengan jarak (Hall, 2004). Kuasa juga boleh ditakrifkan sebagai tindakan kekuatan dan kelajuan dalam pergerakkan (Croxdale & Morris, 2007). Gabungan antara komponen kecergasan fizikal iaitu kelajuan dan kekuatan otot akan menghasilkan kuasa otot. Manakala kuasa eksplosif gerakan pula dapat diaplikasikan daripada kerja otot menentang kelajuan rintangan (Bompa, 1999).

16

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Menurut Wilmore dan Costill (2004), kekuatan merupakan faktor penting dalam setiap aktiviti pergerakkan yang melibatkan penggunaan otot. Kekuatan otot dalam aktiviti fizikal berperanan dalam melaksanakan keupayaan melompat, merejam, melontar, menyepak dan aktiviti yang melibatkan lari pecut. Kuasa dan kekuatan eksplosif adalah atribut yang perlu ada pada setiap atlet supaya bola yang dipukul, tendang atau baling dapat dijaringkan dan tidak mudah dihalang oleh pihak lawan. Atribut ini dapat dilatih-tubi oleh atlet dari itu penggunaan kaedah latihan yang berkesan dapat meningkatkan kerja kuasa eksplosif otot dengan lebih efisien. Kunci kejayaan seseorang jurulatih melahirkan atlet terbaik adalah dengan melatih kekuatan otot (Hooks, 1974).Hasil daripada kajian lampau menunjukkan bahawa terdapat beberapa kaedah latihan yang boleh digunakan untuk meningkatkan kuasa otot antaranya ialah latihan bebanan dan latihan pliometrik (Zatsiorsky, 1995; Hewet, 1996; Scott, 1999; Rimmer & Slievert, 2000). Tanpa asas yang kuat pada tubuh badan, atlet tidak mampu beradaptasi dengan bentuk latihan kelajuan atau kuasa yang berintensiti tinggi. Berdasarkan pernyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa kekuatan otot adalah merujuk kepada kemampuan otot atau sekumpulan otot untuk mengatasi jumlah beban yang dikenakan bagi menghasilkan daya (Asmadi, 2007). Kekuatan adalah salah satu komponen yang penting dalam program latihan hoki. Walaubagaimanapun, pemain hoki hanya memerlukan kuasa dalam pecutan serta kelajuan dan kepantasan dalam perubahan arah. Kekuatan bahagian atas membenarkan pemain untuk memukul bola dengan lebih berkuasa dan menghantar bola kepada pemain lain pada julat jarak yang lebih jauh (Sports Fitness Advisor, 2007). Di dalam permainan hoki, kekuatan anggota bahagian bawah (kaki) dan anggota atas (tangan) mestilah seimbang bagi menghasilkan prestasi yang baik. Ini kerana, kedua-dua bahagian tersebut digunakan iaitu kekuatan bahagian bawah badan untuk pergerakkan dan kekuatan bahagian atas badan untuk melakukan hantaran dan pukulan semasa dalam permainan.

Kekuatan Otot Bahagian Atas Badan: Latihan Pliometrik dan Adaptasi LatihanKesan dan Kecederaan

17

Latihan Bebanan

METODOLOGI KAJIAN

Subjek Seramai 33 orang wanita yang juga pemain hoki iaitu 19 orang pemain Sukma (Sukan Malaysia) Johor yang sedang mengikuti program latihan untuk menghadapi pertandingan di Sukma 2008 di Trengganu dan 14 orang pemain hoki UTM (Universiti Teknologi Malaysia) yang sedang mengikuti program latihan untuk menghadapi kejohanan MASUM (Majlis sukan universiti universiti Malaysia). Subjek UTM berumur di antara 21.9 2.4 tahun dan pemain Sukma Johor 18.1 1.3 tahun. Sampel kajian dibahagikan secara rawak kepada tiga kumpulan latihan; kumpulan satu melakukan latihan pliometrik (hantaran sisi menggunakan medicine ball), kumpulan dua melakukan latihan bebanan (bench-press menggunakan alat S3.45 Strength MultiStation) dan kumpulan tiga bertindak sebagai kumpulan kawalan yang hanya menjalani latihan fizikal biasa seperti yang telah dirancangkan oleh jurulatih masing-masing mengikut kejohanan yang bakal disertai.

INSTRUMEN DAN REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini dijalankan secara eksperimental yang melibatkan dua ujian bagi menguji tahap kekuatan bahagian atas badan iaitu; Pengujian 1RM arm-curl menggunakan alat S3.45 Strength MultiStation yang terdapat di Makmal Kecergasan Sains Sukan, UTM. Ujian ini dijalankan ke atas pemain hoki wanita UTM.Pengujian 1RM biceps-curl menggunakan free weight yang terdapat di Dewan Serbaguna, Kolej Tun Fatimah, UTM. Pengujian ini dijalankan ke atas pemain hoki wanita Sukma Johor. Kedua-dua pengujian yang dijalankan adalah bagi mengukur tahap kekuatan otot bahagian atas badan selepas 6 minggu melakukan latihan pliometrik (hantaran sisi menggunakan

18

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

medicine ball) dan latihan bebanan (bench-press). Alat S3.45 Strength Multi-Station dan barbell (free weight) dijadikan alat pengukur peningkatan tahap kekuatan otot bahagian atas pemain berdasarkan jenis latihan yang diberikan. Data pra diambil sebelum pemain menjalankan latihan yang telah ditetapkan sementara data pos diperolehi selepas pemain menjalankan latihan yang ditetapkan selama 6 minggu latihan. Keberkesanan latihan tersebut dapat dikenalpasti melalui perbandingan data pra dan pos selepas 6 minggu latihan. Ujian dalam kajian ini mengambil masa selama 6 minggu dan subjek merupakan kumpulan eksperimen dimana terdiri daripada 33 orang pemain hoki wanita (19 pemain Sukma Johor dan 14 pemain UTM) yang sedang menjalani program latihan yang telah diberikan disamping mengikuti latihan yang telah ditetapkan oleh jurulatih masing- masing.

Kekuatan Otot Bahagian Atas Badan: Latihan Pliometrik dan Adaptasi LatihanKesan dan Kecederaan

19

Latihan Bebanan Jadual 1: Perbezaan ujian bagi dua kumpulan sampel UTM dan SUKMA

20

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

ANALISIS DATA

Data dianalisis dalam bentuk purata dan sisihan piawai (x SD). Semua data yang telah dikumpulkan dan diperolehi dimasukkan ke dalam komputer untuk dianalisis bagi mendapatkan keputusan kajian. Proses analisis data dilakukan menggunakan program Microsoft Office Excel 2003 dan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5. Ujian-t berpasangan digunakan untuk menguji hipotesis dalam kajian ini dan keberkesanan latihan dapat dikenalpasti melalui perbandingan data pra dan pos.Kajian ini dijalankan selama 6 minggu bagi subjek UTM dan 12 minggu bagi subjek Sukma Johor untuk mendapatkan data bagi melihat keberkesanan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan. Data inferensi dianalisis menggunakan ujian-t untuk menentukan nilai signifikan pada aras p<0.05 yang bertujuan untuk menguji hipotesis kajian. Ujian-t digunakan untuk melihat keberkesanan latihan pliometrik bahagian atas badan (hantaran sisi menggunakan medicine ball) dan latihan bebanan (bench-press menggunakan alat S3.45 Strength Multi-Station) terhadap kekuatan otot bahagian atas badan bagi pemain hoki wanita. DAPATAN KAJIAN

Analisis data mengikut umur menunjukkan bahawa umur pemain Sukma Johor (18.1 1.3 tahun) adalah lebih muda berbanding pemain UTM (21.9 2.4 tahun). Ini kerana, majoriti pemain Sukma Johor terdiri daripada pemain yang masih belajar di sekolah menengah dan lepasan SPM jika dibandingkan dengan pemain UTM yang lepasan matrikulasi, STPM dan pengajian tahun akhir di UTM. Dari segi faktor berat pula, pemain Sukma Johor (53.3 8.2 kg) menunjukkan skor min lebih tinggi bebanding pemain UTM (52.4 7.3 kg). Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh faktor pemakanan oleh pemain Sukma Johor kerana majoriti pemain dilahirkan daripada Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor.

Kekuatan Otot Bahagian Atas Badan: Kesan Latihan Pliometrik dan Adaptasi Latihan dan Kecederaan

21

Latihan Bebanan

Hasil analisis mengikut ketinggian pula mendapati bahawa pemain Sukma Johor (158.5 6.5 cm) lebih tinggi daripada pemain UTM (156.5 6.9 cm). Faktor ini mungkin disebabkan oleh genetik ibubapa masing-masing yang mempunyai ketinggian yang sama atau mungkin juga disebabkan penjagaan yang teliti oleh ibubapa sewaktu tahap tumbesaran mereka. Keputusan ujian t-sampel berpasangan bagi kumpulan latihan pliometrik bagi subjek UTM menunjukkan skor min sebelum latihan (8.0 1.2 kg) adalah lebih rendah dan berbeza secara signifikan berbanding dengan skor min selepas latihan (10.0 1.2 kg), t(6) = 3.28, p = 0.017 selepas 6 minggu latihan pliometrik (hantaran sisi menggunakan medicine ball)9. Keputusan kumpulan latihan bebanan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan tetapi ia menunjukkan peningkatan diantara skor min sebelum dengan skor min selepas latihan. Bagi subjek Sukma pula, keputusan ujian-t berpasangan bagi kedua-dua kumpulan, iaitu latihan pliometrik (hantaran sisi menggunakan medicine ball) dan latihan bebanan (bench-press menggunakan alat S3.45 Strength Multi-Station) menunjukkan nilai perbezaan yang signifikan diantara skor min sebelum dengan skor min selepas latihan selepas 12 minggu latihan yang diberikan. Keputusan ujian t-sampel berpasangan bagi kumpulan latihan pliometrik menunjukkan skor min sebelum latihan (22.5 4.3 kg) adalah lebih rendah dan berbeza secara signifikan berbanding dengan skor min selepas latihan (28.8 3.5 kg), t(5) = 15.78, p = 0.000. Begitu juga bagi kumpulan latihan bebanan yang menunjukkan skor min sebelum latihan (17.8 2.2 kg) adalah lebih rendah dan berbeza secara signifikan berbanding dengan skor min selepas latihan (23.9 2.0 kg), t(4) = 10.18, p = 0.001

22

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Jadual 2: Dapatan kajian mengikut kumpulan kajian (x SD)

LP = Latihan Pliometrik, LB = Latihan Bebanan, K = Kawalan * Statistik signifikan pada aras p< 0.05

Secara kesimpulannya, subjek Sukma Johor menunjukkan nilai yang signifikan bagi kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan latihan pliometrik dan kumpulan latihan bebanan. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa latihan pliometrik dan latihan bebanan memberi kesan dalam meningkatkan kekuatan otot bahagian atas badan bagi pemain hoki wanita.

Kekuatan Otot Bahagian Atas Badan: Kesan Latihan Pliometrik dan Adaptasi Latihan dan Kecederaan Latihan Bebanan

23

Rajah 1:

Perbandingan ujian 1RM biceps-curl mengikut kumpulan kajian bagi subjek Sukma Johor

Rajah 2: Perbandingan ujian 1RM arm-curl mengikut kumpulan kajian bagi subjek UTM

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Daripada pengujian yang dijalankan, keberkesanan setiap latihan iaitu latihan pliometrik dan latihan bebanan dapat dikenalpasti

24

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

melalui perbandingan diantara data pra (sebelum subjek melakukan latihan) dan data pos (selepas subjek melakukan latihan). Hasil kajian yang dijalankan ke atas subjek UTM membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p=0.017) terhadap kekuatan otot atas badan selepas menjalani latihan pliometrik (hantaran sisi menggunakan medicine ball) selama 6 minggu. Keputusan ini menyerupai kajian yang dilakukan oleh Newton dan McEvoy (1994) yang menunjukkan bahawa latihan pliometrik dapat meningkatkan kekuatan tetapi bukan kelajuan balingan dalam permainan baseball. Peningkatan tahap kekuatan otot bahagian atas badan bagi kumpulan latihan pliometrik adalah sebanyak 25% dan ia bukan disebabkan oleh faktor luaran tetapi program latihan yang diberikan kepada subjek kerana tiada perbezaan skor min antara data pra dan pos bagi kumpulan kawalan. Kumpulan latihan bebanan pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p=0.102) terhadap kekuatan otot bahagian atas badan tetapi ia menunjukkan peratus peningkatan sebanyak 18.1%. Tiada peratus perubahan berlaku dalam kumpulan kawalan tetapi ia hanya meningkat dari segi ulangan angkatan. Ini disebabkan oleh faktor beban yang besar iaitu 5 pound (2.25 kg) yang ditetapkan pada alat S3.45 Strength Multi-Station untuk peningkatan atau penambahan beban. Oleh kerana subjek kumpulan kawalan hanya seorang, maka data diambil berdasarkan purata ulangan yang berjaya dilakukan oleh subjek. Bagi subjek Sukma Johor pula, keputusan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) terhadap kekuatan otot atas badan bagi kedua-dua kumpulan, iaitu kumpulan latihan pliometrik (p=0.000) dan kumpulan latihan bebanan (p=0.001) setelah 12 minggu latihan. Walaubagaimanapun, kumpulan latihan bebanan menunjukkan peratus peningkatan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 34.3% berbanding kumpulan latihan pliometrik sebanyak 28%.

Kekuatan Otot Bahagian Atas Badan: Kesan Latihan Pliometrik dan Adaptasi Latihan dan Kecederaan

25

Latihan Bebanan

RUJUKAN

Asmadi Ishak. (2007). Kesan Periodisasi Model Non-Linear Latihan Pliometrik dan Latihan Bebanan Terhadap Kuasa Otot Kaki Pada Atlet Bola Tampar Universiti. http://ppp.upsi.edu.my/eWacana/KesanPeriodisasi.htm Baechle, T.R. (1994). Essentials of Strength Training and Conditioning: National Strength and Conditioning Association. Champaign: Human Kinetics. Bompa, T.O. (1999). Periodization: Theory and Methodology of Training (4th Ed.). Champaign: Human Kinetics. Boyle, P.M., Mahoney, C.A., Wallace, W.F. The Competitive Demands of Elite Male Hockey. J. Sports Med. Phys. Fitness. 1994 Sep; 34(3), 235-241 Coleman, A.E. (2002). 15 Basic Training Principles for all Sport. Journal Coach and Athletic Director, 72(3), 57-63. Foran, B. (2001). High-Performance Sports Conditioning. Human Kinetics. Fox, E.L., Mathews, D.K. (1981). The Physiology Basic of Physical Education and Athletics (3rd Ed.). Philadelphia: Saunders co. Glashan, L. M. (2004). Power Up with Plyometric Trining. Muscle and Fitness International Websites. Hall, S. J. (2004). Basic Biomechanics (4 Ed.). McGraw-Hill Hewett, T., Stroupe, A., Nance, T., & Noyes, F. (1996). Plyometric Training in Female Athletes. The American Journal of Sport Medicine, 24(6), 765-775. Hom, J. (1999). Plyometric: Building Explosive Strength, Part III, Upper Body Exercises Build Power Punches and Throws. Stadion Publishing. Hooks, G. (1974). Weight Training in Athletics and Physical Education. New Jersey: Prentice Hall Pub. Jones, K., Hunter, G., Fleisig, G., Escamilla, R., Lemak, L. The Effects of Compensatory Accelaration on Upper Body Strength and Power in Collegiate Football Player. The

26

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Journal of and Conditioning Research, 13 (2), 99-105 Newton, R.U., McEvoy, K.I. (1994). Baseball Throwing Velocity: A Comparison of Medicine Ball Training and Weight Training. The Journal of Strength and Conditioning Research, 8 (3), 198-203. Rahimi, R., Behpur, N. (2005). The Effect of Plyometric, Weight and Plyometric- Weight Training on Anaerobic Power and Muscular Strength. Physical Education and Sport, 3(1), 81-91. Rimmer, E., & Slievert, G. (2000). Effective of a Plyometrics Intervention Program on Sprint Performance. The Journal of Strength and Conditioning Research, 14(3), 295-301 Sports Fitness Advisor. (2007). Conditioning for the Physical Demand of Field Hockey. Sporting Excellence Ltd.

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

27

3 LATIHAN KEKUATAN OTOT RECTUS ABDOMINIS UNTUK ATLET HOKI


Asha Hasnimy Mohd Hashim Norhafizah Ismail
PENGENALAN

Kekuatan otot-otot tertentu mengikut keperluan sukan perlu dititikberatkan untuk mencapai prestasi yang optimum. Ini disebabkan setiap sukan mempunyai keunikkannya yang tersendiri dan nature permainan yang berbeza antara satu sama lain. Begitu juga dalam permainan hoki di mana kekuatan bahagian abdomen amat penting memandangkan sukan hoki memerlukan atletnya untuk membongkok hampir sepanjang permainan. Ini tentu sekali akan melibatkan kekuatan dan daya tahan otot rectus abdominis. Sehubungan itu, banyak latihan-latihan kekuatan / daya tahan rectus abdominis diperkenalkan seperti bangkit tubi, crunches dan curl-up Namun, adakah latihan-latihan ini sesuai untuk sukan hoki? Ini kerana otot rectus abdominis agak besar dan ia dibahagikan kepada lapan subunit / quadran dan sudah pasti kontraksi subunit/quadran otot ini berbeza pada sudut pergerakkan tertentu. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk membandingkan kontraksi otot rectus abdominis mengikut subunit/quadran semasa membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dengan tiga jenis latihan kekuatan / daya tahan rectus abdominis iaitu, bangkit tubi crunches dan curlup. Melalui dapatan kajian ini, diharap ia dapat memberi gambaran mengenai jenis latihan kekuatan / daya tahan otot rectus abdomins yang sesuai.

28

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

METODOLOGI KAJIAN Bentuk kajian: Ekperimental Subjek: Terdiri daripda empat orang atlet hoki wanita yang mewakili sebuah negeri untuk pertandingan peringkat kebangsaan. Atlet mempunyai Body Mass Index (BMI) yang ideal. Prosedur: Setiap subjek dikehendaki melakukan aktiviti 1 iaitu membongkokkan badan untuk melakukan kemahiran menggelecek/ membawa bola dalam permainan hoki, aktiviti 2 (bangkit tubi), aktiviti 3 (crunches) dan aktiviti 4 (curl-up). Bacaan kontraksi subunit/quadran atas (1) dan tengah (3) otot rectus abdominis bagi keempat-empat aktiviti diambil dan dicatatkan dari Biopac Student Lab: Lesson 1 (Electromyography).

ANALISA DATA

Kontraksi otot bagi setiap subunit/quadran 1 dan 3 otot rectus abdominis direkodkan dan dianalisa menggunakan Statistical Package for Social Science versi 14.0 (SPSS 14.0). Berikut merupakan data-data yang telah dianalisa oleh penyelidik.

Adaptasi Latihan dan Kecederaan Latihan Kekuatan Otot Rectus Abdominis untuk Atlet Hoki

29

Rajah 1:

Bacaan purata nilai min (mV) aktiviti otot rectus abdominis semua subjek bagi subunit / quadrant 1

Terdapat empat aktiviti otot rectus abdominis yang dikaji iaitu lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola, bangkit tubi, crunches dan curl-up. Berdasarkan Rajah 1 dapat dilihat bacaan purata min aktiviti-aktiviti otot rectus abdominis pada quadrant 1 bagi empat orang subjek. Bacaan purata min lakuan membongkokkan badan adalah 0.043 (mV). Bagi aktiviti bangkit tubi, bacaan purata min ialah 0.189 (mV) manakala crunches sebanyak 0.158 (mV). Aktiviti curl-up pula menunjukkan bacaan purata min sebanyak 0.162 (mV). Di antara keempat-empat aktiviti otot rectus abdominis ini, aktiviti bangkit tubi menunjukkan bacaan purata min yang paling tinggi di mana secara tidak langsung ia merupakan aktiviti yang paling sesuai untuk meningkatkan kekuatan/daya tahan otot bagi subunit/quadran 1 otot rectus abdominis.

30

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Rajah 2:

Bacaan purata nilai min (mV) aktiviti otot rectus abdominis semua subjek bagi quadrant 3

Rajah 2 menunjukkan purata bacaan nilai min aktiviti-aktiviti kontraksi otot rectus abdominis pada bahagian subunit /quadran 3 bagi empat orang subjek. Terdapat empat aktiviti otot rectus abdominis yang dikaji sama seperti quadran 1 iaitu lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola, bangkit tubi, crunches dan curl-up. Daripada graf didapati untuk lakuan membongkokkan badan menunjukkan bacaan purata sebanyak 0.055 (mV) manakala aktiviti bangkit tubi menunjukkan bacaan purata dengan nilai 0.108 (mV). Bagi aktiviti crunches pula, purata ialah 0.070 (mV) dan curl-up sebanyak 0.099 (mV). Oleh itu, aktiviti bangkit tubi menunjukkan bacaan purata min yang paling tinggi di antara keempat-empat aktiviti kontraksi subunit / quadran otot rectus abdominis yang dikaji.

Adaptasi Latihan dan Kecederaan Latihan Kekuatan Otot Rectus Abdominis untuk Atlet Hoki

31

Secara kesuluruhan melalui kedua-dua rajah ini, dapat disimpulkan bahawa aktiviti bangkit tubi menunjukkan purata min yang paling tinggi bagi aktiviti kontraksi bagi kedua-dua subunit/ quadran 1 dan 3 berbanding dua latihan yang lain. Walaubagaimanapun, analisis inferensi dibuat untuk membuat

Analisa Inferensi
Jadual 1: Menunjukkan perkaitan bagi lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dengan ketiga-tiga aktiviti kekuatan / dayatahan otot- otot rectus abdominis iaitu bangkit tubi, crunches dan curl-up bagi quadran 1 dan quadran 3.
Mean Pair 1 Pair 2 Pair 3 Lakuan bongkok badan - bangkit tubi Lakuan bongkok badan - crunches Lakuan bongkok badan - curl-up .04325 .18900 .04325 .15825 .04325 .16150 Std. Deviation .033728 .091005 .033728 .046306 .033728 .042067 t df Sig. (2tailed) 0.095

-2.413

-3.710

0.034

-3.239

0.048

Keputusan ujian-t sampel berpasangan bagi quadrant 1 dapat dilihat berdasarkan Jadual 4.1. Pasangan pertama menunjukkan skor min lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola (M = 0.04, SD = 0.03) adalah lebih rendah dan tidak berbeza secara signifikan berbanding dengan skor min aktiviti bangkit tubi (M = 0.19, SD = 0.09), t(3) = -2.413, p = 0.095. Pasangan kedua pula menunjukkan skor min lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola (M = 0.04, SD = 0.03) adalah lebih rendah dan berbeza

32

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

secara signifikan berbanding dengan skor min aktiviti crunches (M = 0.16, SD = 0.05), t(3) = -3.710, p = 0.034 dan pasangan ketiga menunjukkan skor min lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola (M = 0.04, SD = 0.03) adalah lebih rendah dan berbeza secara signifikan berbanding dengan skor min aktiviti curl-up (M = 0.16, SD = 0.04), t(3) = 3.239, p = 0.048. Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pasangan pertama iaitu lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dengan bangkit tubi. Ini kerana nilai signifikan (2-tailed) yang diperolehi daripada analisis adalah lebih besar daripada aras signifikan iaitu 0.05 dan ia menunjukkan ke arah tidak signifikan. Oleh yang demikian hipotesis nol adalah diterima pada aras keertian 0.05.

Jadual 2:

Perbandingan bacaan nilai min empat orang subjek bagi lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dengan bangkit tubi, crunches dan curl-up bagi quadrant 3
Mean Std. Deviation .008221 .022708 .008221 .002160 .008221 .036060 t df Sig. (2tailed) 0.015

Pair 1 Pair 2 Pair 3

Lakuan bongkok badan - bangkit tubi Lakuan bongkok badan - crunches Lakuan bongkok badan - curl-up

.05525 .10750 .05525 .07000 .05525 .09850

-5.050

-3.571

0.038

-2.311

0.104

Signifikan pada aras keertian 0.05

Bagi pasangan kedua dan ketiga pula iaitu lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dengan

Adaptasi Latihan dan Kecederaan Latihan Kekuatan Otot Rectus Abdominis untuk Atlet Hoki

33

crunches dan curl-up menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan. Kedua-dua nilai signifikan (2-tailed) yang diperolehi daripada analisis adalah kurang daripada aras signifikan iaitu 0.05 dan ia menunjukkan ke arah signifikan. Oleh yang demikian, hipotesis nol adalah ditolak pada aras keertian 0.05. Jadual 2 menunjukkan keputusan ujian-t sampel berpasangan bagi quadrant 3. Skor min bagi pasangan pertama menunjukkan lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola (M = 0.06, SD = 0.01) adalah lebih rendah dan berbeza secara signifikan berbanding dengan skor min aktiviti bangkit tubi (M = 0.10, SD = 0.02), t(3) = -5.050, p = 0.015. Skor min bagi pasangan kedua pula menunjukkan lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola (M = 0.06, SD = 0.01) adalah lebih rendah dan berbeza secara signifikan berbanding dengan skor min aktiviti crunches (M = 0.07, SD = 0.00), t(3) = -3.571, p = 0.038 dan skor min bagi pasangan ketiga pula menunjukkan skor min lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola (M = 0.06, SD = 0.01) adalah lebih rendah dan tidak berbeza secara signifikan berbanding dengan skor min aktiviti curl-up (M = 0.10, SD = 0.04), t(3) = -2.311, p = 0.104. Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi pasangan pertama dan kedua iaitu lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dengan bangkit tubi dan crunches. Kedua-dua nilai signifikan (2-tailed) yang diperolehi daripada analisis bagi pasangan pertama dan kedua adalah kurang daripada aras signifikan iaitu 0.05 dan ia menunjukkan ke arah signifikan. Oleh itu hipotesis nol adalah ditolak pada aras kebarangkalian 0.05. Bagi pasangan ketiga pula iaitu lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dengan curlup menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Ini kerana nilai (2-tailed) yang diperolehi daripada analisis adalah lebih besar daripada aras signifikan iaitu 0.05 dan ia menunjukkan

34

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

ke arah tidak signifikan. Oleh yang demikian, hipotesis nol adalah diterima pada aras kebarangkalian 0.05.

PERBINCANGAN, RUMUSAN

Rectus abdominis yang dikaji ialah quadrant 1 dan quadrant 3. Kontraksi otot yang paling tinggi bagi quadrant 1 dan quadrant 3 ialah bangkit tubi dan kontraksi otot yang paling rendah ialah crunches. Perbezaan ini terjadi kerana kadar flexion of the lumbar supine adalah berbeza. Latihan-latihan yang dilakukan adalah lebih baik mengikut keperluan otot yang digunakan dalam permainan hoki.

Hasil Kajian Hasil daripada penganalisaan data mentah mendapati kajian ini telah menerima hipotesis nol dan menolak hipotesis alternatif bagi pasangan pertama quadrant 1 iaitu lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dengan bangkit tubi dan pasangan ketiga quadrant 3 iaitu lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dengan curlup. Pasangan kedua dan ketiga bagi quadrant 1 iaitu lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dengan crunches dan curl-up dan pasangan pertama serta kedua bagi quadrant 3 iaitu lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dengan bangkit tubi dan crunches telah menolak hipotesis nol dan menerima hipotesis alternatif. Atlet biasanya melakukan latihan yang telah diprogramkan untuk mereka walaupun sebenarnya mereka tidak tahu fungsifungsi latihan yang diberikan. Ini disokong dengan pernyataan McMillian (2005) yang menyatakan bahawa banyak atlet

Adaptasi Latihan dan Kecederaan Latihan Kekuatan Otot Rectus Abdominis untuk Atlet Hoki

35

menghabiskan masa latihan mereka dengan melakukan beberapa latihan mudah untuk otot rectus abdominis iaitu otot besar pada bahagian tengah hadapan. Atlet-atlet beranggapan bahawa melakukan latihan abdominal seperti crunches sahaja telah memadai untuk merangkumi keseluruhan otot rectus abdominis padahal ia hanya untuk quadrant tertentu sahaja manakala quadrant yang lain mungkin perlu menggunakan latihan abdominal yang lain seperti bangkit tubi, curl-up dan sebagainya. Melalui hasil dapatan kajian yang dijalankan, dalam permainan hoki kontraksi otot rectus abdominis quadrant 1 adalah paling hampir dengan aktiviti curl-up manakala untuk quadrant 3 pula paling hampir dengan aktiviti crunches. Oleh itu latihan rectus abdominis yang perlu dititikberatkan dalam permainan hoki ialah latihan curl-up dan crunches. Ini berbeza dengan hasil kajian Peiring et al. (1993) yang mengkaji empat latihan abdominal yang popular iaitu long lying crunch, bent knee crunch, leg raise dan vertical leg crunch di mana hasil kajiannya menyatakan tiada latihan abdominal yang dikaji tersebut spesifik untuk menguatkan quadrant tertentu dalam otot rectus abdominis. Perbezaan ini adalah mungkin disebabkan oleh latihan-latihan yang dibuat dalam kedua-dua kajian adalah berbeza. Menurut Petrosky et al. (2005) di dalam Mohd Shafie (2007) menyatakan kekuatan otot-otot utama pada bahagian abdomen melalui latihan bangkit tubi, crunches, curl-up atau latihan abdominal lain boleh berfungsi untuk meningkatkan fungsifungsinya. Ini bermakna sebagai seorang atlet hoki, atlet tidak akan hanya menumpukan kepada satu latihan abdominal sahaja kerana ia hanya tertumpu kepada quadrant tertentu sahaja dalam otot rectus abdominis seperti yang telah dinyatakan di atas bahawa latihan curl-up sesuai untuk quadrant 1 dan latihan crunches untuk quadrant 3. Perbezaan kontraksi quadrant 1 dan quadrant 3 ini adalah disebabkan kedudukan quadrant itu sendiri yang berbeza iaitu atas dan bawah dan aktiviti bangkit tubi, crunches dan curl-up yang dilakukan juga adalah berbeza pada ketika mengangkat bahagian kepala dan badan. Ini menyebabkan berlaku kontraksi otot yang

36

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

berbeza untuk setiap aktiviti rectus abdominis dengan quadrant yang berbeza. Ini disokong dengan kajian Vera-Gracia et al. (2000) yang menyatakan tentang latihan curl-up on labile surface menunjukkan peningkatan aktiviti otot kerana ia mungkin menyebabkan peningkatan keperluan untuk menambah kestabilan tulang belakang dan kestabilan seluruh badan bagi mengurangkan ancaman falling off labile surface. Selain itu Kera dan Maruyama (2005) di dalam kajiannya membuat kesimpulan bahawa perbezaan aktitviti-aktiviti abdominal yang dilakukan adalah berbeza kerana perbezaan antomi otot abdominal itu sendiri dan dipengaruhi oleh graviti. Aktiviti bangkit tubi, crunches dan curl-up adalah di antara aktiviti otot rectus abdominis yang dilakukan untuk menguatkan otot abdominal. Walaupun lakuan di antara ketiga-tiga aktiviti otot rectus abdominis yang dikaji ini berbeza, tetapi kesannya adalah hampir sama kerana berlaku trunk flexion. Menurut Escamilla et al. (2005), trunk flexion berlaku semasa latihan abdominal tradisional seperti curl-up atau latihan sit-up iaitu seseorang mengangkat kepala dan bahu dari lantai dalam posisi baring terlentang kepada posisi duduk. Di antara aktiviti bangkit tubi, crunches dan curl-up, pemain hoki boleh memilih aktiviti yang paling mudah seperti tidak berlaku hip flexor yang tinggi tetapi memberi kesan yang sama terhadap otot abdominal.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kontraksi otot rectus abdominis semasa lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dengan aktiviti otot rectus abdominis seperti bangkit tubi, crunches dan curl-up. Kemudian perbandingan tahap kontraksi otot semasa lakuan membongkokkan badan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dilakukan dengan setiap

Latihan Kekuatan Otot Rectus Abdominis untuk Atlet Hoki Adaptasi Latihan dan Kecederaan

37

aktiviti otot rectus abdominis yang dikaji untuk melihat kontraksi otot manakah yang hampir sama. Hasil ujian-t yang diperolehi menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan semasa lakuan membongkokkan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dengan bangkit tubi bagi quadrant 1 dan dengan curl-up bagi quadrant 3, manakala terdapat perbezaan yang signifikan semasa lakuan membongkokkan untuk kemahiran menggelecek/ membawa bola dengan crunches dan curl-up bagi quadrant 1 dan bangkit tubi dengan crunches bagi quadrant 3. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa dalam permainan hoki atlet tidak boleh hanya menumpukan kepada satu jenis sahaja latihan abdominal tetapi pelbagai kerana setiap satu latihan hanya menumpukan kepada quadrant tertentu sahaja dalam otot rectus abdominis. Dalam kajian ini latihan curl-up perlu untuk quadrant 1 dan latihan curl-up perlu untuk quadrant 3. Ini bermakna setiap jurulatih hoki perlu merancang satu program latihan otot rectus abdominis yang khusus untuk atlet hoki dengan melibatkan semua quadrant dengan otot rectus abdominis yang sesuai.

RUJUKAN Escamilla, R. F., Babb, E., DeWitt, R., Jew, P., Keheller, P., Burnham, T. (2005). Electromyographic Analysis of Traditional and Nontraditional Abdominal Exercises: Implications for Rehabilitation and Training. Physical Therapy. 86 (5), 656-671. American Physical Therapy Association. Kera, T. and Maruyama, H. (2005). The Effect of Posture on Respiratory Activity of The Abdominal Muscles. Journal of Physiological Anthropology and Applied Human Science. 24 (4), 529-265. Japan Science and Technology Agency. McMillan, C. (2005). Boot Camp Abs. Gloucester: Fair Winds Press.

38

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Mohd Shafie bin Abdul Rahman (2007). Perbandingan Aktiviti Otot bagi Rectus Abdominis Semasa Melakukan Aktiviti Abdominal Breathing dan Abdominal Crunches. Ijazah Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Piering, A.W., Janowski, A. P., Moore, M. T., Snyder, A. C. and Wehrenberg, W. B.(1993). Electromyography Analysis of Four Popular Abdominal Exercises. Journal of Electromyography and Kinesiology. 28 (2), 120-126. Elsevier Science Ltd. Vera-Garcia, F. J., Grenier, S. G. and McGill, S. M. (2000). Abdominal Muscle Response During Curl-ups on Both Stable and Labile Surfaces. Physical Therapy. 80 (6), 564569. American Physical Therapy Association.

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

39

4 TINDAK BALAS KADAR NADI SEMASA PERLAWANAN BOLA JARING BERDASARKAN POSISI PEMAIN
Syahrul Ridhwan Morazuki Khalifah Mastura Hassan
PENGENALAN

Bola jaring merupakan permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan di mana setiap pasukan mempunyai tujuh orang pemain. Matlamat utama dalam permainan ini adalah menjaringkan seberapa banyak gol lebih daripada pasukan lawan. Permainan ini mempunyai sedikit persamaan dengan permainan bola keranjang seperti penggunaan tangan untuk membuat hantaran dan menjaringkan gol. Walaubagaimanapun, salah satu perbezaan di antara dua permainan ini ialah dalam permainan bola jaring, pemain tidak boleh berlari dengan membawa bola seperti dalam permainan bola keranjang. Secara umumnya permainan ini bukan sahaja memerlukan ketepatan dalam melakukan hantaran, malah pemain perlu tangkas, pantas dan pada masa yang sama mematuhi peraturan permainan. Dalam permainan ini, setiap posisi pemain mempunyai peranan tersendiri dan bermain di dalam kawasan-kawasan tertentu. Posisi-posisi tersebut ialah Center (C), Goal Attack (GA), Goal Defence (GD), Goal Shooter (GS), Wing Attack (WA), Wing Defence (WD) dan Goal Keeper (GK). Permainan bola jaring memerlukan kemahiran yang tinggi termasuklah berlari, menghantar bola, menangkap bola serta menjaringkan gol (Steele dan Chad, 1987). Penyelidik tersebut turut menyatakan permainan bola jaring memerlukan pecutan yang

40

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

berulang kali untuk mengelakkan diri daripada pihak lawan secara tiba-tiba, melakukan perubahan eksplosif dalam arah larian, menggabungkan keupayaan lompatan yang tinggi bagi mendapatkan hantaran yang tinggi dan memintas atau melambung bola selepas pihak lawan cuba menjaringkan gol. Kesemua lakuan atau aktiviti yang dilakukan di sepanjang perlawanan menyumbang kepada tahap kerja yang dilakukan oleh setiap pemain tanpa mengira posisi mereka. Bagi mengukur tahap kerja atau intensiti seseorang pemain, ia boleh diukur berdasarkan tindakbalas kadar nadi yang terhasil di sepanjang perlawanan. Sebagai contoh, terdapat kajian yang telah dijalanakan bagi mengkaji intensiti perlawanan bola keranjang berdasarkan kadar nadi (Alonso, 2003). Penyelidik tersebut juga mengkaji analisis perlawanan berdasarkan konsentrasi asid laktik. Selain itu, Ghosh (1975) dalam penyelidikannya menyatakan intensiti perlawanan pada amnya terbentuk daripada fisiologi iaitu penggunaan oksigen, kadar nadi dan konsentrasi asid laktik. Ghosh turut menyatakan bahawa kadar nadi memainkan peranan yang penting bagi menentukan keupayaan atlet dalam sesuatu acara yang disertai. Maklumat tentang tahap kerja atau intensiti berdasarkan kadar nadi perlawanan adalah sangat penting kepada jurulatih kerana ia dapat membantu pelaksanaan latihan yang sekurang-kurangnya berkadaran dengan intensiti semasa perlawanan sebenar.

METODOLOGI

Seramai tujuh orang pemain bola jaring yang mewakili universiti terlibat dalam kajian ini. Kesemua subjek kajian ini berumur di antara 21 dan 22 tahun dan mereka berpengalaman bertanding di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Memandangkan sepasukan bola jaring terdiri daripada tujuh pemain yang bermain pada posisi yang berbeza, kajian ini membahagikan posisi-posisi

Tindakbalas Kadar Nadi Semasa Perlawanan Bola Jaring Mengikut Posisi Adaptasi Latihan dan Kecederaan

41

Pemain

tersebut kepada tiga kumpulan utama iaitu kumpulan Penyerang bagi GS dan GA, Tengah bagi C, WA dan WD, dan Pertahanan bagi GD dan GK. Dalam kajian ini, subjek dikehendaki bermain dalam perlawanan simulasi bola jaring menentang pasukan bola jaring yang hampir sama kemampuan di mana pemain-pemain pasukan lawan juga berpengalaman bertanding sekurang-kurangnya di peringkat kebangsaan. Perlawanan dijalankan selama 30 minit (15 minit bagi setiap separuh masa) dan diselangi rehat selama tiga minit di antara separuh masa pertama dan kedua. Perlawanan simulasi ini dirakamkan bagi tujuan mengenalpasti rekod kadar nadi ketika menjaring dan dijaringkan gol pada masa tertentu. Bagi menentukan kadar nadi ketika menjaringkan dan dijaringkan gol, penyelidik mengambil kira kadar nadi bermula dari bola melepasi garisan tengah sehingga bola dijaringkan. Di sepanjang perlawanan simulasi dijalankan, kadar nadi subjek direkodkan dengan menggunakan Polar Heart Rate Monitor (S720i, Finland). Data yang direkodkan kemudian dipindahkan ke perisian Polar precision PerformanceTM Software untuk mengkaji kadar nadi bagi setiap posisi pemain. Data tersebut turut digunakan untuk analisis statistik ANOVA sehala bagi membandingkan purata kadar nadi bagi setiap kumpulan posisi pemain ketika menjaringkan dan dijaringkan gol menerusi perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.0.

DAPATAN KAJIAN

Analisis Perlawanan Simulasi

Rajah 1 menunjukkan tindak balas kadar nadi bagi kesemua posisi pemain di sepanjang 30 minit perlawanan simulasi. Kajian mendapati kadar nadi bagi WD adalah yang tertinggi berbanding kadar nadi bagi posisi-posisi lain dengan purata 198.3 8.8 bpm.

42

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Catatan purata kadar nadi tertinggi bagi pemain C ialah 188 bpm iaitu pada minit ke-13 perlawanan. Selain itu, kajian turut mendapati terdapat penurunan kadar nadi yang mendadak bagi subjek di posisi GA dari minit ke-10 (177 bpm) hinnga minit ke-15 (107 bpm). Keseluruhannya, purata kadar nadi bagi semua pemain semasa perlawanan berlangsung ialah 171.4 12.9 bpm.
220 210 200

Kadar Denyutan Jantung (bpm)

190 180 170 160 150 140 130 120 110 100 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

GD GK

GA GS

WA WD

Masa (minit)

Rajah 1 Tindak balas kadar nadi setiap posisi pemain semasa perlawanan bola jaring

Tindakbalas Kadar Nadi Semasa Perlawanan Bola Jaring Mengikut Posisi Adaptasi Latihan dan Kecederaan

43

Pemain

Berdasarkan tindak balas kadar nadi mengikut kumpulan posisi semasa perlawanan simulasi selama 30 minit (Rajah 2), didapati tindak balas kadar nadi bagi kumpulan penyerang adalah rendah berbanding dengan kumpulan posisi yang lain. Perbezaan yang ketara dapat dilihat pada tindak balas kadar nadi bagi kumpulan posisi penyerang yang menurun daripada 173 bpm pada minit ke-9 sehingga 121 bpm pada minit ke-14. Manakala bagi kumpulan posisi tengah dan pertahanan didapati purata kadar nadi pada minit ke-18 hampir sama iaitu bagi kumpulan posisi tengah dan posisi pertahanan masing-masing dengan 179.4 19.7 bpm dan 178.0 1.6 bpm.
200

190

Kadar Denyutan Jantung (bpm)

180

170

160

150

140

130

Tengah Penyerang Pertahanan

120

110 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Masa (minit)

Rajah 2

Tindak balas kadar nadi mengikut kumpulan posisi pemain semasa perlawanan bola jaring

44

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

220 210 200 190 180 170 160 150 140 130 120 110 100

Separuh Masa Pertama

Separuh Masa Kedua

Kadar Denyutan jantung (bpm)

GD GK

GA GS

WA WD

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28

Jaringan

Rajah 3

Tindak balas kadar nadi setiap posisi pemain semasa menjaringkan gol

Di samping itu, kajian turut mendapati terdapat perbezaan kadar nadi bagi setiap posisi pemain serta kumpulan posisi pemain semasa menjaringkan dan dijaringkan gol. Ketika melakukan jaringan (Rajah 3), didapati purata kadar nadi bagi posisi WD adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar nadi posisi-posisi yang lain. Posisi WD mencapai purata kadar nadi maksimum 207 bpm pada jaringan ke-10. Bagaimanapun, purata kadar nadi untuk pemain posisi C bagi kedua-dua separuh masa agak konsisten dengan bacaan di antara 174 bpm hingga 184 bpm semasa perlawanan ketika menjaringkan gol.

Tindakbalas Kadar Nadi Semasa Perlawanan Bola Jaring Mengikut Posisi 45 Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Pemain
Kadar Nadi mengikut Kumpulan Posisi Pemain Ketika Menjaringkan Gol 190.0 180.0 Kadar Nadi (bpm) 170.0

160.0 150.0 140.0 130.0 TENGAH PENYERANG PERTAHANAN SEMUA

Kumpulan Posisi

Rajah 4

Purata kadar nadi bagi setiap kumpulan posisi pemain semasa menjaringkan gol

Seperti yang ditunjukkan pada Rajah 4, purata kadar nadi semasa menjaringkan gol bagi kumpulan posisi tengah adalah 179.1 7.1 bpm, lebih tinggi berbanding dengan purata kadar nadi bagi kumpulan posisi penyerang (157.5 15.5 bpm) dan pertahanan (172.7 12.1 bpm). Keseluruhannya, purata kadar nadi bagi semua kumpulan posisi pemain ialah 169.7 11.5 bpm. Tindak balas kadar nadi yang hampir sama turut diperhatikan bagi setiap posisi pemain ketika pasukan dijaringkan gol. Merujuk kepada Rajah 5, purata kadar nadi bagi posisi WD adalah yang tertinggi berbanding posisi yang lain ketika dijaringkan gol dengan 198.9 8.8 bpm manakala posisi GS menunjukkan purata kadar nadi terendah dengan hanya 151.6 13.5 bpm. Pemain posisi C pula mencatatkan purata kadar nadi 178.1 8.8 bpm.

46

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

220 210 200

Separuh Masa Pertama

Separuh Masa Kedua

Kadar Denyutan Jantung (bpm)

190 180 170 160 150 140 130 120 110 100 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22

GD GK

GA GS

WA WD

Jaringan

Rajah 5

Tindak balas kadar nadi bagi setiap posisi pemain semasa dijaringkan gol

Berdasarkan pada Rajah 6, kadar nadi semasa dijaringkan gol bagi kumpulan posisi penyerang didapati kekal lebih rendah berbanding kumpulan posisi tengah dan pertahanan kecuali ketika jaringan ke2 pihak lawan dilakukan. Di sepanjang perlawanan simulasi, secara purata kumpulan posisi tengah merekodkan kadar nadi sebanyak 178.3 10.5 bpm manakala kumpulan posisi pertahanan merekodkan purata kadar nadi sebanyak 173.8 12.7 bpm. Keseluruhannya, purata kadar nadi bagi ketiga-tiga kumpulan posisi pemain adalah 170.7 12.6 bpm (Rajah 7).

Tindakbalas Kadar Nadi Semasa Perlawanan Bola Jaring Mengikut Posisi Adaptasi Latihan dan Kecederaan

47

Pemain

200

190

Kadar Denyutan Jantung (bpm)

180

170

160

150

140

Tengah Penyerang Pertahanan

130

120 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22

Jaringan

Rajah 6

Tindak balas kadar nadi mengikut kumpulan posisi pemain semasa dijaringkan gol

Kadar Nadi mengikut Kumpulan Posisi Ketika Dijaringkan Gol


200.0

190.0

Kadar Nadi (bpm)

180.0

170.0

160.0 150.0

140.0 TENGAH PENYERANG PERTAHANAN SEMUA

Kumpulan Posisi

Rajah 7 Purata kadar nadi bagi setiap posisi pemain semasa dijaringkan gol

48

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Berdasarkan dapatan kajian, terdapat perbezaan purata kadar nadi bagi ketiga-tiga kumpulan posisi pemain tersebut. Namun, analisis statistik One Way ANOVA mendedahkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan di antara kesemua kumpulan posisi pemain ketika menjaringkan (p=0.359) dan dijaringkan gol (p=0.510).

PERBINCANGAN

Tindak balas perubahan kadar nadi bagi setiap posisi di sepanjang perlawanan adalah berbeza. Ini kerana jumlah kerja yang dilakukan oleh setiap pemain adalah berdasarkan posisi dan had kawasan pergerakan bagi setiap posisi tersebut. kadar nadi ini juga mungkin dipengaruhi oleh faktor taktikal dan pergerakan setiap pemain pihak lawan. Kajian mendapati tindak balas kadar nadi bagi posisi wing defence (WD) jelas kelihatan lebih tinggi daripada tindak balas kadar nadi bagi posisi yang lain di mana ia agak konsisten dari permulaan hingga ke akhir perlawanan. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa tahap kerja atau intensiti pemain centre (C) bukan yang tertinggi kerana purata kadar nadi pemain C di sepanjang perlawanan hanya 178.1 7.7 bpm berbanding 198.3 8.8 bpm yang direkodkan oleh WD. Bagaimanapun, terdapat perbezaan di antara tindak balas kadar nadi pemain posisi C dengan WA. Berdasarkan analisis video yang dirakam, pemain WA kebiasaanya berada berhampiran dengan kawasan D (kawasan jaringan). Pemain WA lebih berfungsi sebagai perantara di antara pemain C khususnya dan WD untuk membuat hantaran kepada GA atau GS. Keadaan ini mungkin menyebabkan kadar nadi WA lebih rendah daripada pemain C selain dari faktor had kawasan pergerakannya. Selain itu, GS dan GA juga mencatatkan purata kadar nadi yang rendah. Ini disebabakan GS khususnya sentiasa berada di dalam kawasan D menanti hantaran dari pemain lain untuk melakukan jaringan.

Tindakbalas Kadar Nadi Semasa Perlawanan Bola Jaring Mengikut Posisi Adaptasi Latihan dan Kecederaan

49

Pemain

Bagi tindak balas kadar nadi mengikut kumpulan posisi, didapati kadar nadi bagi posisi tengah lebih tinggi berbanding dengan posisi penyerang dan pertahanan. Keputusan ini disebabkan oleh posisi tengah terdiri daripada C, WA dan WD di mana ketiga-tiga posisi tersebut bermain di dalam kawasan yang besar terutamanya posisi C. Berdasarkan analisis video, didapati kumpulan posisi tengah adalah yang paling aktif di sepanjang perlawanan di mana ia terlibat dalam melakukan gerakan serangan dan membantu pertahanan ketika tidak mempunyai penguasaan bola. Dapatan kajian turut menunjukkan purata kadar nadi pemain GK (173.6 11.7 bpm) adalah lebih tinggi daripada GS (152.1 12.2 bpm). Analisis video menunjukkan bahawa di sepanjang perlawanan GK lebih banyak mengekori GS pihak lawan sedangkan GS bagi kajian ini kurang bergerak dan hanya melakukan pergerakan kecil yang pantas untuk menerima hantaran dari pemain lain sekaligus memastikan dirinya berada hampir dengan tiang gol untuk membuat jaringan. Pergerakan yang banyak oleh pemain GK dalam kajian ini turut mempengaruhi kadar nadinya hingga hampir sama dengan kadar nadi pemain GD (171.5 14.3 bpm). Sekalipun hampir semua dapatan kajian ini secara amnya bersifat individu, namun dari aspek kumpulan posisi menunjukkan bahawa tindak balas kadar nadi bagi kumpulan pertahanan adalah hampir sama dengan kumpulan tengah.

PENUTUP

Tindak balas kadar nadi bagi setiap individu semasa perlawanan adalah berbeza. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semasa perlawanan simulasi, tahap kerja yang dilakukan oleh setiap posisi pemain adalah tidak sama kerana terdapat had kawasan yang membataskan pergerakan pemain. Di samping itu, tindak balas kadar nadi turut dipengaruhi oleh strategi dan pergerakan yang

50

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

dilakukan oleh pemain ketika melakukan serangan dan ketika bertahan.

RUJUKAN Achten, J. dan Jeukendrup, A.E. (2003). Heart Rate Monitoring: Applications and Limitations. Sports Medicine. 33, 517-538. Alonso, M.R., Garcia, B.F., Landaluce, J.P. dan Terrados, N. (2003). Blood Lactate and Heart Rate During National And International Womens Basketball. Journal Of Sports Medicine and Physical Fitness. 43, 432-436. Arakawa, K. (2000). Physical Exercise In The Management Of Hypertension. Asian Medical Journal. 43(3), 107-113. Astrand, P. and Rodahl, K. Dahl, H.A. and Stromme, S.B. (2003). Textbook of work physiology: Physiological bases of exercise, 4th ed. Human Kinetics.. Bompa, T. (1999). Periodization: Theory And Methodology Of Training. (4th ed). Champaign, IL: Human Kinetics. Brooks, G.A., Fahey, T.D., dan White, T.P. (1996). Exercise Physiology: Human Bioenergetics and Its Applications. (2nd ed). Mountainview, CA: Mayfield. Charlton, G.A., dan Crawford, M.H. (1997). Physiology Consequences of Training. The Athletes Heart and Cardiovaskular Disease. 15(3), 345-354. Furlan, R., Piazza, S., Dell Orto, S., Gentile, E., Cerutti, S., Pagani, M., dan Malliani, A. (1993). Early and Late Effects Of Exercise And Athletic Training On Neural Mechanisms Controlling Heart Rate. Cardiovascular Research. 27, 482488. Ghosh, A.K., Rauf Iqbal, V.K., Soni, N.S. dan Mukhopadhyay, S. (1995). Heart Rate and Blood Lactate Response In Limited Over Criket Match. Scientific Journal. 23(2), 21-23. Iellamo, F., Legramante, J.M., Massaro, M., Raimondi, G., dan Galante, A. (2000). Effects of A Residential Exercise Training on Baroreflex Sensitivity and Heart Rate Variability

Tindakbalas Kadar Nadi Semasa Perlawanan Bola Jaring Mengikut Posisi 51 Adaptasi Latihan dan Kecederaan Pemain

in Patients with Coronary Artery Disease. A Randomized, Controlled Study. Circulation. 102, 2588-2592. Kano, H., Koike, A., Yajima, T., Koyama, Y., Marumo, F., dan Hiroe, M. (1999). Mechanism of Overshoot in Cardiac Function during Recovery from Submaximal Exercise in Man. CHEST. Bunkyo-ku, Tokyo, Japan. 116, 868-873. Nishime, E.O., Cole, C.R., Blackstone, E.H., Pashkow, F.J. dan Lauer, M.S. (2000). Heart Rate Recovery and Treadmill Exercise Score as Predictors of Mortality in Patients Referred for Exercise ECG. JAMA, 2000;284:1392-1398 Noble, B.J. (1986). Physiology of Exercise And Sport. St. Louis, Missouri: Times Mirror/Mosby College Publishing. Sherpard, R.J. dan Astrand, P.O. (1992). Endurance in Sport. Oxford: Blackwell Scientific Publications. Steele, J.R. dan Chad, K.E. (1987). An Analysis Of The Movement Patterns Of Netball Players During Match Play: Implications For Designing Training Programmes. Sports Coach, 15(1), 21-28. Theophilos, P., Antonios, C., Helen, D., Antonios, A. and Savva, T.P. (2005). Heart Rate Responses and Blood Lactate Concentration of Goal Ball Players During The Game. 10th Annual Congress of the European College of Sport Science. 13-16 July. Belgrade, Serbia, 397-398. Wilmore, J.H. and Costill, D.L., (1994). Training for Sport and Activity. In The Physiological Basis of The Conditioning Process. Dubuque, IA: Brown. Winnick, J.P. (2004). Adapted Physical Education and Sport. (4th ed). New York: McGraw-Hill. Woofford and Angrove, M. (1991). A Comparison Of Training Techniques and Game Intensities for National Level Netball Players. Sports Coach. 14, 18-21.

52

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

5 PERBANDINGAN KAPASITI ANAEROBIK ANTARA PEMAIN FUTSAL DAN PEMAIN BOLA SEPAK MENGGUNAKAN UJIAN WINGATE
Zainal Abidin Zainuddin Mohd Redzuan Mohd
PENGENALAN

Sukan bola sepak merupakan sukan yang sangat popular di seluruh dunia. Ia dianggap sebagai sukan yang mempunyai suatu kuasa yang dapat menarik minat semua lapisan masyarakat, bangsa dan semua peringkat umur. Selain daripada bola sepak, sukan futsal juga telah mendapat tempat di hati pencinta-pencinta sukan. Pada hakikatnya, permainan futsal adalah lahir daripada permainan bola sepak cuma dimainkan dengan cara yang berbeza dari segi bilangan pemain, peralatan, masa permainan, undang-undang dan juga tempat permainan. Kebanyakan pemain bola sepak berupaya untuk bermain futsal dan begitu juga sebaliknya. Menurut Reilly (1997), kedua-dua permainan ini memerlukan tahap kecergasan fizikal yang tinggi dari segi kekuatan otot, kelenturan, ketangkasan, kepantasan, kapasiti aerobik dan kapasiti anaerobik. Ia juga tidak bergantung kepada kemahiran dan teknik sematamata. Dengan erti kata lain, kedua-dua sukan ini merupakan gabungan antara aktiviti aerobik dan aktiviti anaerobik. Ia dikatakan aktiviti aerobik kerana kedua-dua sukan ini dimainkan lebih daripada dua minit dan ia memerlukan penggunaan oksigen yang optimum. Semasa permainan, keperluan untuk penggunaan kuasa anaerobik untuk kedua-dua sukan ini adalah tidak dapat dijangka kerana ia berlaku dengan cepat. Dengan erti kata lain, pemain-pemain seharusnya mampu untuk mengulangi

Perbandingan Kapasiti Anaerobik antara Pemain Futsal dan Bola Sepak Adaptasi Latihan dan Kecederaan

53

Menggunakan Ujian Wingate

pergerakanpergerakan pantas berulang kali dalam tempoh masa yang panjang dengan bantuan anaerobik glikolisis. Walau bagaimanapun, adakah kapasiti anerobik bagi pemain bola sepak dan pemain futsal adalah sama? Komponen anaerobik adalah merupakan satu elemen yang penting di dalam permainan bola sepak dan futsal. Di dalam permainan bola sepak dan futsal, penggunaan kuasa adalah banyak dalam jangka masa yang singkat dengan kadar masa rehat dalam 30 saat untuk membekalkan semula creatine phosphate dalam simpanan otot. Dalam kedua-dua permainan ini juga terdapat aksiaksi yang memerlukan daya lompatan, pecutan, tukaran arah yang mendadak dan larian yang eksplosif. Ini berlaku dalam jangka masa yang singkat di mana daya usaha tenaga secara maksimum akan dibebaskan. Oleh itu bagi menghadapi situasi ini, sintesis ATP mesti selaras dengan penghuraian ATP bagi memelihara aktiviti pengecutan otot. Masa rehat yang terdapat dalam aksi-aksi permainan jenis ini hanya boleh diukur dalam saat sahaja.Dalam aplikasi sebegini, kuasa anaerobik yang diperlukan datang daripada keperluan untuk mengatasi inersia. Kajian ini bertujuan untuk mengukur kapasiti anaerobik Pemain Futsal Universiti Teknologi Malaysia dengan menggunakan Ujian Wingate.Mengukur kapasiti anaerobik Pemain Bola Sepak Universiti Teknologi Malaysia dengan menggunakan Ujian Wingate. Membuat perbandingan kapasiti anaerobik Pemain Futsal dan Pemain Bola Sepak Universiti Teknologi Malaysia. Kejayaan atlet-atlet yang terlibat dengan sukan padang (field sports) bukan hanya bergantung kepada kemahiran dan teknik tetapi juga bergantung kepada unsur-unsur fisiologi seperti gabungan terhadap kekuatan, kelenturan, ketangkasan, pecutan, kapasiti aerobik dan juga kapasiti anaerobik. Haris, Lovely dan Oram (1982) di dalam Nor Azilah (2003) menyatakan bahawa seseorang ahli sukan itu mungkin mempunyai kekuatan tetapi sekiranya ia tidak boleh menukarkan kekuatan tersebut menjadi satu pergerakan yang berkesan, ia dikatakan tidak mempunyai kuasa. Dalam bidang fisiologi, kuasa bermaksud keupayaan oksigen semasa melakukan sesuatu aktiviti. Fox dan Matthew

54

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

(1998) dalam Nor Azilah (2003) membahagikan kuasa kepada dua jenis iaitu keupayaan kuasa aerobik dan anaerobik. Kuasa aerobik ialah keupayaan untuk melakukan latihan pada intensiti yang sederhana dalam jangkamasa yang panjang dengan menggunakan oksigen manakala kuasa anaerobik pula ialah keupayaan melakukan latihan intensiti tinggi pada masa yang singkat tanpa atau dengan menggunakan oksigen yang sangat minimum. Penggunaan Kuasa Anaerobik dalam Sukan Futsal dan Bola Sepak Lamb (1978) di dalam Nor Azilah (2003) menyatakan bahawa aktiviti aktiviti seperti membaling, melompat dan lombol bergalah, lari pecut sehingga 800 meter, berenang 200 meter, pecutan lumba basikal, rutin-rutin gimnastik perseorangan dan pertandingan angkat berat adalah antara contoh-contoh aktiviti serbuan singkat maksimum yang dilakukan terutama pada pengeluaran ATP, fosfat kreatin dan glikogen yang tersimpan. Menurutnya lagi sekiranya aktiviti-aktiviti inidiulangi beberapa kali diselangkan dengan masa rehat maka penggantian ATP dan fosfat kreatin akan berlaku pada masa rehat tersebut. Contohcontoh kerja yang diikuti oleh penurunan ATP, fosfat kreatin dan glikogen otot ialah dalam pertandingan ragbi, pecutan berulangan oleh penyerang dalam permainan bola sepak dan serangan kilat dalam futsal. Barbero et al. (2006) dan Castagna et al. (2006) futsal ialah sejenis permainan indoor dari versi bola sepak yang secara rasminya diperakui oleh FIFA dan dimainkan secara professional, amatur dan sebagai rekreasi di seluruh dunia. Walaupun sukan ini telah menjadi popular dan diminati ramai, hanya terdapat beberapa kajian yang terhad terhadap sukan ini bagi menunjukkan kesankesan psikologi untuk permainannya. Menurut Castagna et al. (2006) lagi, permainan futsal pada peringkat profesional adalah sukan yang berintensiti tinggi yang memerlukan kuasa anaerobic dan aerobik. Tahap kuasa aerobik yang tinggi melebihi 55ml kg-1 min1 adalah diperlukan oleh pemain-pemain futsal pada peringkat ini. Di dalam kajian Sampaio, Macas, Abrantes dan Ibanez (2006), menyatakan bahawa sukan futsal peringkat tinggi (profesional) ialah sejenis sukan berpasukan yang berintensiti

Perbandingan Kapasiti Anaerobik antara Pemain Futsal dan Bola Sepak Adaptasi Latihan dan Kecederaan

55

Menggunakan Ujian Wingate

tinggi dan memerlukan pemain-pemainnya membuat pengulangan yang kerap terhadap intensiti ini. Repeated Sprint Ability (RSA) adalah satu komponen kecergasan yang penting di dalam sukan ini (Barbero Alvarez et al., 2006).

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk eksperimental yang dijalankan ke atas lima orang Pemain Bola Sepak dan lima orang Pemain Futsal Lelaki Universiti Teknologi Malaysia yang berumur di antara 20 hingga 26 tahun. Perbandingan antara subjek kedua-dua jenis sukan diuji dengan menggunakan Ujian Wingate. Ujian Wingate dijalankan menggunakan basikal ergometer jenis Pro-Energy (IB 400 Upright Bike) Subjek dikehendaki mengayuh menggunakan basikal ergometer ini seberapa pantas yang boleh dalam jangka masa 30 saat. Prosedur Ujian Wingate melibatkan pengiraan untuk menentukan rintangan yang tetap pada basikal ergometer untuk setiap subjek. (% berat badan = 1N kg1 atau 0.075 x berat badan. Level untuk rintangan pada basikal ergometer adalah dibundarkan dari hasil % berat badan). Proses memanskan badan juga menggunaan basikal ergometer dengan keadaan bebas rintangan. Kedudukan setiap subjek (untuk permulaan di atas basikal ergometer) adalah mengikut kesesuaian ketinggian subjek. Selepas sesi memanaskan badan subjek dikehendaki mengayuh basikal ergometer selaju yang mungkin. (rintangan belum ditetapkan pada basikal ergometer). Selepas 2 saat kayuhan, rintangan akan diletakkan pada basikal ergometer dan subjek akan menyambung kayuhan sekuat tenaga untuk 30 saat. Bagi tujuan pengiraan Power Output tertinggi biasanya diambil semasa lima saat pertama semasa ujian untuk menunjukkan kapasiti penghasilan tenaga pada sistem (ATP-PC). PP adalah dalam unit watt (W). 1 W = 6.12 kg - mmin-1.

56

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

ANALISIS DATA

Rajah 1 Peak Power untuk semua subjek

Rajah 1 menunjukkan Peak Power (PP) bagi kesemua subjek iaitu pemain futsal dan pemain bola sepak. Daripada graf didapati Subjek 10 iaitu pemain bola sepak menunjukkan Peak Power tertinggi iaitu 1078.86 Watt dan Peak Power terendah ialah daripada Subjek 5 iaitu daripada pemain futsal iaitu 863.09 Watt. Terdapat dua subjek pemain bola sepak yang mempunyai Peak Power yang sama iaitu Subjek 8 dan Subjek 9 dengan nilai 980.78 Watt manakala Subjek 4 dan Subjek 6 juga mempunyai nilai Peak Power yang sama iaitu 882.71 Watt dan masing-masing merupakan pemain futsal dan bola sepak. Secara keseluruhannya,

Perbandingan Kapasiti Anaerobik antara Pemain Futsal dan Bola Sepak Adaptasi Latihan dan Kecederaan

57

Menggunakan Ujian Wingate

purata Peak Power (PP) bagi pemain futsal ialah 914.09 Watt manakala purata Peak Power (PP) bagi pemain bola sepak ialah 988.63 Watt.

Rajah 2

Rajah 2: Anaerobic Fatigue semua subjek

Rajah 2 menunjukkan Anaerobic Fatigue (AF) bagi semua subjek. Rajah menunjukkan peratusan Anaerobic Fatigue (AF) bagi semua subjek iaitu pemain futsal dan pemain bola sepak dapat dilihat dengan jelas. Daripada graf, didapati Subjek 4 dan Subjek 6 masing-masing daripada pemain futsal dan bola sepak menunjukkan Anaerobic Fatigue (AF) tertinggi iaitu 33 % dan Anaerobic Fatigue (AF) terendah ialah daripada Subjek 5 iaitu daripada pemain futsal dengan 18 %. Secara keseluruhannya, purata Anaerobic Fatigue (AF) bagi pemain futsal ialah 26.8 % manakala purata Anaerobic Fatigue (AF) bagi pemain bola sepak

58

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

ialah 28.2 %. Peratus yang lebih rendah menunjukkan kadar Anaerobic Fatigue yang lebih baik.

Rajah 3: Purata kapasiti anaerobik subjek

Purata kapasiti anaerobik pemain futsal dan bola sepak dijelaskan melalui Rajah 3. Maklumat yang diperolehi daripada graf menunjukkan pemain bola sepak mempunyai purata kapasiti anaerobik yang lebih tinggi iaitu 2552 kg-m berbanding purata kapasiti anaerobik pemain futsal iaitu sebanyak 2370 kg-m. Perbezaan purata di antara kedua-dua kumpulan subjek ialah sebanyak 182 kg-m.

Perbandingan Kapasiti Anaerobik antara Pemain Futsal dan Bola Sepak Adaptasi Latihan dan Kecederaan

59

Menggunakan Ujian Wingate

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

Hasil daripada penganalisaan data mentah, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras keertian 0.05 dalam Standard Critical Value t-Test terhadap perbezaan kapasiti anaerobik pemain futsal dengan pemain bola sepak.Ini bermakna, dengan kata yang lebih mudah dapat digambarkan bahawa kadar kapasiti anaerobik pemain futsal dan pemain bola sepak adalah berada pada tahap yang sama. Keputusan analisis data jelas menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan terhadap kapasiti anaerobik pemainpemain futsal dan bola sepak. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada dapatan daripada hasil kajian ini. Faktor yang paling penting di sini adalah latar belakang subjek. Lima orang subjek pemain futsal adalah merupakan pemain-pemain yangmewakili universiti dalam pertandingan futsal di peringkat universiti. Walau bagaimanapun, kelima-lima subjek ini juga merupakan bekas pemain bola sepak di peringkat amatur sekurang-kurangnya pernah mewakili daerah atau kelab sebelumberkecimpung di arena futsal. Kebanyakan tahap kemahiran, kecergasan serta tahap kematangan dalam permainan futsal adalah diperolehi daripada pengalamanpengalamansemasa bermain bola sepak. Selain daripada itu, semua subjek futsal ini masih lagi bermain bola sepak pada masa lapang dan juga masih menyertai pertandingan bola sepak di peringkat rendah contohnya mewakili kolej. Di sini jelas menunjukkan bahawa perkaitan di antara sukan futsal dan sukan bola sepak adalah sangat rapat. Kenyataan ini disokong oleh Barbero et al. (2006)dan Castagna et. al (2006) di dalam kajian mereka menyatakan bahawa futsal adalah sejenis permainan indoor versi bola sepak dan secara rasminya telah diperakui oleh FIFA dan dimainkan secara professional, amatur dan sebagai rekreasi di seluruh dunia. Satu lagi faktor yang membuktikan bahawa sukan futsal mempunyai hubungkait yang rapat dengan sukan bola sepak adalah dari segi intensiti permainan. Menurut Castagna et al. (2006), permainan futsal pada tahap

60

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

profesional adalah sukan yang berintensiti tinggi yang memerlukan kuasa aerobik dan anaerobik yang tinggi. Pendapat ini juga di sokong oleh Barbero di dalam Alvarez et al. (2006) yang menyatakan bahawa sukan futsal peringkat tinggi ialah sejenis sukan berpasukan yang berintensiti tinggi dan memerlukan pemain-pemainnya membuat pengulangan yang kerap terhadap intensiti ini. Faktor kedua yang menyumbang terhadap dapatan kajian adalah disebabkan oleh faktor umur subjek. Semua subjek yang dipilih adalah berumur di antara 20 hingga 26 tahun. Peringkat umur setiap subjek adalah berada pada tahap dewasa dan matang. Bagi orang dewasa, tahap kapasiti anaerobik mungkin lebih tinggi berbanding remaja mahupun kanak-kanak. Satu kajian telah dijalankan oleh Cendric et al. (2006) terhadap 186 orang pemain bola sepak junior kebangsaan Belgium iaitu bawah 15 tahun, 16 tahun, 17 tahun, 18 tahun dan bawah 19 tahun untuk mengenalpasti kuasa anaerobik mereka mengikut kategori umur masing-masing. Kajian mendapati bahawa kuasa anaerobik adalah meningkat secara progresif mengikut kategori umur sampel. Fournier et al. (1982) di dalam Balciunas et al. (2005) juga menyatakan bahawa kuasa anaerobik akan meningkat dari peringkat kanak-kanak sehingga menjelang dewasa dan peningkatan drastik berlaku semasa proses akil baligh. Ini adalah kerana peningkatan aktiviti enzim glycolitic terutamanya Phosphofructokinase. Kenyataan ini juga disokong oleh Sherpard (1999) di dalam Alvarado (2005) yang menyatakan kapasiti anaerobik meningkat secara progresif semasa proses matang sehingga mencapai umur. Ini bermakna, aktiviti glucolite bergantung kepada peringkat umur. Faktor ketiga yang menyumbang terhadap dapatan kajian adalah disebabkan oleh faktor cuaca atau suhu persekitaran. Semua subjek yang di ambil telah terbiasa dengan keadaan kajian cuaca di Malaysia dengan suhu persekitaran 27 C hingga 30 C semasa menjalani latihan atau semasa pertandingan. Keadaan ini juga mungkin menjadi faktor terhadap kapasiti anaerobik mereka yang hampir sama. Tambahan pula, tiada sebarang kajian yang menunjukkan kapasiti anaerobik adalah dipengaruhi oleh faktor

Perbandingan Kapasiti Anaerobik antara Pemain Futsal dan Bola Sepak Adaptasi Latihan dan Kecederaan

61

Menggunakan Ujian Wingate

cuaca atau suhu sekeliling. Kenyataan ini telah dibuktikan oleh Finn et al. (2003) yang mendapati tiada perbezaan yang signifikan terhadap kapasiti anaerobik atlet di dalam suhu sekitar 20 C hingga 30 C. Faktor keempat yang menyumbang terhadap dapatan kajian ini ialah disebabkan oleh komposisi badan. Pengujian untuk kapasiti anaerobik juga dipengaruhi oleh komposisi badan iaitu Lean Body Mass (LBM) serta peratus lemak. Sehubungan dengan itu, keempat-empat faktor ini dianggarkan mempunyai perkaitan yang rapat terhadap dapatan kajian serta menjadi penyumbang kepada dapatan kajian ini. Secara keseluruhannya, kajian ini dilakukan ialah untuk membuat perbandingan kapasiti anaerobik ke atas sampel yang melibatkan dua jenis sukan iaitu sukan futsal dan bola sepak. Dengan kata yang lebih mudah, kajian ini adalah bertujuan untuk melihat adakah terdapat perbezaan di antara pemain futsal dan pemain bola sepak dari segi kapasiti anaerobik walaupun keduadua sukan ini mempunyai perkaitan yang sangat rapat di antara satu sama lain. Memandangkan kadar kapasiti anaerobik untuk sukan futsal dan bola sepak adalah sama dan tiada perbezaan, ini bermakna sebarang latihan untuk kuasa anaerobik dalam kedua-dua sukan ini boleh disatukan. Dengan kata lain, latihan spesifik untuk kuasa anaerobik bola sepak boleh dibuat semasa bermain futsal, atau menerapkan elemen-elemen futsal di dalam bola sepak dan juga sebaliknya. Dapatan kajian ini menunjukkan kadar kapasiti anaerobic pemain bola sepak dan pemain futsal adalah sama, maka ia boleh disimpulkan bahawa dengan bermain futsal juga dapat meningkatkan kapasiti anaerobic seseorang. Sebagai contoh, jika seseorang yang cuba untuk memperbaiki tahap kecergasannya dari segi kuasa anaerobik tetapi tidak mempunyai kesempatan untuk bermain bola sepak, maka permainan futsal adalah merupakan alternatif terbaik.

62

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

RUJUKAN

Alemdaroglu, U., Asci, A., Tahir Hazir, Sinem Hazir, Zambak Sahin, Acikada, C. (2007). Comparison of Anaerobik Tests in Young Socceer Players. Physiological Testing of Football Players. Journal of Sport Science and Medicine. Suppl. 10: 114. Ali Ozkan, Bayrak Ariburun, Isler, A. K. Relationship of Body Composition, Anaerobic Performance and Isokinetic Knee Strength in American Football Players. Physiological Testing of Football Players. Journal of Sport Science and Medicine (2007). Suppl. 10: 127. Alvarado, M. U. (2005). Nutrition for Young Soccer Players. International Journal of Soccer and Science, 3 (1), 12-20. University of Costa Rica. Castagna, C., DOttavio, S., Alvarez, J. C. B. (2007) . Physiological Effects of Playing Futsal in Professional Futsal Players. Poster Presentations, Physiological Testing of Football Players. Journal of Sport Science and Medicine.Suppl. 10: 117. Castagna, C., DOttavio, S., Vincenzo, M., Alvarez, J. C. B. (2007) Ability to Repeat Sprint and Maximal Aerobic Power in Young Soccer Players. Physiological Testing of Football Players. Journal of Sport Science and Medicine. Suppl. 10: 123. Edis, A. S., Tahir Hazir, Zambak Sahin, Sinem Hazir, Asci, A., Acikada, C. (2007). Physiological Responses to Submaximal and Maximal Exercise Intensities: Field versus Laboratory. Physiological Testing of Football Players. Journal of Sport Science and Medicine Suppl. 10: 129. Landry, G. (2003). Raising Your Anaerobic Threshold. Internet Marketing Inc. Lollo, P. C. B., Salgado, J. B. V., Endrighi, P., Shibucawa, R., Chiminazzo, J. G. C.,Matias, F. H., Arruda, M. D.,

Adaptasi Latihan dan Kecederaan Perbandingan Kapasiti Anaerobik antara Pemain Futsal dan Bola Sepak

63

Menggunakan Ujian Wingate

Miyasaka, C. K. (2007). Yo-yo Intermittent Recovery Performance Test, Body Composition and Biochemistry Markers in YoungSoccer Players. Poster Presentations, Physiological Testing of Football Players. Journal of Sport Science and Medicine Suppl. 10: 111. Maughan, R. J. (2007). Nutrition and Football. London: Routledge Taylor and Francis Group. Nor Azilah binti Zakaria (2003). Perbandingan Kuasa Anaerobik di antara Pemain Ragbi MSSM Kedah dan Pemain Bola Keranjang. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai: Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia,Skudai. Reilly, T., Williams, A. M. (2003). Science and Soccer. 2th edition. London: Routledge Taylor and Francis Group.

64

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

6 INTENSITI PERLAWANAN MENGIKUT KUMPULAN POSISI PEMAIN BOLA JARING


Syahrul Ridhwan Morazuki Ida Haryati Satibi
PENGENALAN

Permainan bola jaring terdiri daripada tujuh pemain sepasukan. Setiap pemain bermain untuk posisi tertentu di mana setiap posisi mempunyai had kawasan yang membataskan pergerakan pemain dalam mengatur gerakan sama ada ketika menyerang atau bertahan. Di antara posisi-posisi tersebut ialah Center (C), Goal Attack (GA), Goal Defence (GD), Goal Shooter (GS), Wing Attack (WA), Wing Defence (WD) dan Goal Keeper (GK). Berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan penyelidik, had kawasan pergerakan bagi setiap posisi semasa perlawanan bola jaring mungkin mempengaruhi kadar kerja atau intensiti setiap pemain tersebut. Sebagai contoh, pemain Center (C) diramalkan sebagai pemain yang bermain pada intensiti tertinggi berdasarkan kawasan pergerakannya yang meliputi seluruh gelanggang kecuali kawasan jaringan atau dikenali sebagai kawasan D. Ini diikuti dengan dua pemain yang banyak bergerak di tengah gelanggang iaitu Wing Attack (WA) dan,Wing Defence (WD). Sebaliknya, pemain yang hanya banyak bergerak di dalam kawasan D diramalkan bermain pada intensiti yang paling rendah berbanding pemain-pemain lain. Walaubagaimanapun, penyelidik berpendapat kajian mengenai intensiti perlawanan bola jaring secara umum dan posisi pemain khususnya masih terbatas termasuk di negara ini. Bagi sukan bola keranjang, satu kajian telah dikalankan oleh

Intensiti Perlawanan Mengikut Posisi Pemain Bola Jaring AdaptasiKumpulan Latihan dan Kecederaan

65

Rodriguez et al. (2003), di mana penyelidik tersebut mengkaji intensity perlawanan bola keranjang wanita berdasarkan tindak balas kadar nadi dan tahap konsentrasi asid laktik. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap intensiti perlawanan bola jaring yang merangkumi intensiti setiap posisi dan kumpulan posisi pemain.

METODOLOGI

Subjek Kajian Kajian ini melibatkan seramai tujuh orang pemain bola jaring yang mewakili universiti. Kesemua subjek kajian juga berpengalaman bermain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Umur subjek adalah di antara 21 dan 22 tahun. Rekabentuk Kajian Kajian ini melibatkan dua fasa pengujian iaitu Ujian Makmal (Fasa I) dan Perlawanan Simulasi (Fasa II). Bagi setiap fasa pengujian, subjek-subjek dilengkapkan dengan alat pengesan kadar nadi (Polar Heart Rate Monitor, S 720i, Finland) dan sampel darah diambil sebelum (LApre) dan selepas (LApost) sesi ujian bagi mengukur tahap konsentrasi asid laktik dengan menggunakan set peralatan yang dikenali sebagai meter (Accutrend Lactate, Germany). Bagi perlawanan simulasi, setiap subjek bermain untuk posisi masing-masing dan mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan posisi iaitu kumpulan penyerang, tengah dan pertahanan. Data tindak balas kadar nadi dan konsentrasi asid laktik yang diperolehi digunakan untuk analisis perbezaan intensiti perlawanan bola jaring mengikut kumpulan posisi-posisi pemain tersebut

66

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Fasa I: Ujian Makmal Semua subjek dalam kajian ini dikehendaki berlari di atas treadmill sehingga mencapai tahap keletihan yang maksimum bagi mendapatkan kadar nadi maksimum (HRmax) dan juga konsentrasi asid laktik akhir (LApost). Protokol yang digunakan bagi ujian ini adalah mengikut Bruce Protocol (ACSM, 1986). Ujian ini dijalankan secara berperingkat di mana jangkamasa setiap peringkat ialah tiga minit di mana kelajuan permulaan bagi ujian ini ialah 2.7 km/h manakala darjah kecerunan permulaan ialah 10%. Kelajuan dan kecerunan bertambah pada setiap tiga minit pengujian. Fasa II: Perlawanan Simulasi Pada fasa ini, subjek kajian bermain dalam satu perlawanan simulasi bola jaring menentang pasukan yang hampir sama kemampuan di mana pemain-pemain pasukan lawan juga berpengalaman menyertai pertandingan sekurang-kurangnya di peringkat kebangsaan. Tempoh perlawanan ditetapkan selama 30 minit tidak termasuk tiga minit masa rehat di antara separuh masa pertama dan separuh masa kedua. Tiada pertukaran pemain dibenarkan bagi kedua-dua pasukan dan pemain kekal bermain pada posisi yang sama dari permulaan hingga tamat perlawanan. Sebelum perlawanan bermula, subjek terlebih dahulu dipakaikan dengan alat pengesan kadar nadi Polar Heart Rate Monitor (S 720i, Finland) bagi merekod tindak balas kadar nadi (kadar nadi direkod setiap 15 saat) di sepanjang perlawanan. Selain itu, sampel darah diambil pada hujung jari subjek sejurus sebelum (LApre) dan sejurus selepas (LApost) perlawanan bagi mengukur kadar konsentrasi asid laktik. Selain itu, perlawanan simulasi juga dirakam bagi tujuan pemerhatian pergerakan setiap posisi pemain di sepanjang perlawanan.

Adaptasi Latihan dan Kecederaan Intensiti Perlawanan Mengikut Kumpulan Posisi Pemain Bola Jaring

67

Persampelan Darah Sampel darah untuk analisis konsentrasi asid laktik dalam darah diambil dengan menggunakan set peralatan yang dikenali sebagai meter (Accutrend Lactate, Jerman). Kesemua sampel darah dalam kajian ini diambil dari bahagian hujung jari subjek. Terlebih dahulu, hujung jari subjek dibersihkan dengan kapas pelembap yang mengandungi 70% isopropil alkohol untuk mengelakkan risiko jangkitan. Sejenis jarum atau lancet (Accu-Check Softclix Pro, Jerman) digunakan untuk mengeluarkan darah pada permukaan kulit dengan mencucuk bahagian hujung jari subjek. Darah yang keluar di permukaan kulit dititiskan sehingga memenuhi bahagian test strip (BM-Lactate, Jerman) yang berwarna kuning. Sampel darah pada test strip yang diambil tersebut seterusnya dianalisis untuk menentukan tahap konsentrasi asid laktik dalam darah dengan menggunakan alat penganalisis asid laktik atau meter (Accutrend Lactate, Roche, Jerman).

Penganalisaan Data Semua data deskriptif kajian ini diterjemahkan dalam bentuk purata dan sisihan piawai. Bagi analisis statistik perbandingan intensiti perlawanan berdasarkan kumpulan posisi pemain, analisis ANOVA sehala digunakan menerusi perisian Computer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.0.

DAPATAN KAJIAN Rekod Fizikal Subjek Umur, berat dan tinggi subjek mengikut kumpulan posisi penyerang, tengah dan pertahanan ialah 21.9 0.4 tahun, 60.3 3.1 kg dan 170 5.0 sm.

68

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Ujian Makmal: Kadar Nadi Maksimum dan Konsentrasi Asid Laktik Berdasarkan dapatan ketika ujian makmal, purata kadar nadi maksimum di kalangan atlet bola jaring peringkat universiti ialah 181.9 + 0.8 bpm. Posisi WD mencatatkan kadar nadi maksimum yang paling tinggi iaitu 200.0 + 0.0 bpm berbanding dengan posisi WA yang mencatatkan kadar nadi maksimum yang terendah iaitu 171.7 + 1.6 bpm. Ini diikuti dengan posisi GK (183.7 + 0.4 bpm), GD (181 + 0.5 bpm), GS (180.8 + 0.4 bpm) dan C (179.3 + 0.9 bpm).

KADAR NADI MAKSIMUM MENGIKUT POSISI


210 200 HRmax (bpm) 190 180 170 160 150 GA GS WA WD C GK GD ALL 176.8 180.8 171.7 179.3 183.7 181 181.9 200

POSISI

Rajah 1 Kadar nadi maksimum bagi setiap posisi pemain

Berdasarkan kumpulan posisi pemain, kumpulan posisi pemain tengah mencatatkan purata kadar nadi maksimum yang paling tinggi iaitu 183.7 + 0.8 bpm, diikuti dengan kumpulan posisi pemain pertahanan (182.4 + 0.3 bpm) dan kumpulan posisi penyerang (178.8 + 1.2 bpm)

Intensiti Perlawanan Mengikut Posisi Pemain Bola Jaring Adaptasi Kumpulan Latihan dan Kecederaan

69

KADAR NADI MAKSIMUM MENGIKUT KUMPULAN POSISI


186 184 HRmax (bpm) 182 180 178 176 174 Penyerang Tengah POSISI KUMPULAN Pertahanan 178.8 183.7 182.4

Rajah 2 Kadar nadi maksimum mengikut kumpulan posisi pemain

Di samping itu, ujian makmal juga mendapati tahap konsentrasi asid laktik subjek selepas menamatkan larian di atas treadmill adalah di antara lima hingga sembilan mmol/L. GK mencatatkan konsentrasi asid laktik tertinggi dengan 9.7 mmol/L diikuti dengan WA dan GA, masing-masing 8.2 mmol/L dan 7.4 mmol/L. Sebaliknya, pemain posisi C mencatatkan tahap konsentrasi asid laktik terendah dengan hanya 5.8 mmol/L. Secara purata, tahap konsentrasi asid laktik bagi semua subjek kajian adalah selepas ujian makmal (LApost) adalah 7.3 1.2 mmol/L berbanding 2.6 0.4 sebelum subjek menjalani ujian makmal. Dari segi kumpulan posisi, konsentrasi asid laktik (LApost) selepas ujian makmal bagi kumpulan pertahanan adalah yang tertinggi (7.8 + 2.7 mmol/L). Ini diikuti dengan kumpulan posisi penyerang dan posisi tengah, masing-masing 7.3 + 0.2 mmol/L dan 7.1 + 1.2 mmol/L.

70

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

KONSENTRASI ASID LAKTIK MENGIKUT KUMPULAN POSISI


LApre 12 10
ASID LAKTIK (mmol/L)

LApost 7.8 7.1

8 6 4 2 0 2.8

7.3

2.6

2.3

Penyerang

Tengah KUMPULAN POSISI

Pertahanan

Rajah 3

Purata konsentrasi asid laktik mengikut kumpulan posisi pemain

Intensiti Perlawanan Simulasi Di sepanjang 30 minit perlawanan, pemain WD merekodkan purata kadar nadi tertinggi dengan 198.3 + 8.8 bpm yang bersamaan kira-kira 99.2% HRmax berbanding posisi GS yang mencatatkan tindak balas kadar nadi pada keseluruhan perlawanan yang paling rendah iaitu 152.1 + 12.2 bpm (84.1% HRmax). Purata kadar nadi perlawanan bagi posisi-posisi lain serta kumpulan posisi pemain adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 1.

Adaptasi Latihan dan Kecederaan Intensiti Perlawanan Mengikut Kumpulan Posisi Pemain Bola Jaring

71

Jadual 1 Purata kadar nadi dan intensiti perlawanan bola jaring mengikut posisi pemain

Posisi GA GS WA WD C GD GK Keseluruhan

Kadar Nadi (bpm) 166.3 23.0 152.1 12.2 159.6 13.0 198.3 8.8 178.1 7.7 171.5 14.3 173.6 11.7 171.4 12.9

Intensiti (%) 94.1 84.1 93.0 99.2 99.3 94.8 94.5 94.1

Data yang diperolehi bagi setiap posisi dikategorikan mengikut kumpulan masing-masing iaitu kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan. Didapati intensiti perlawanan bagi kumpulan posisi tengah yang terdiri daripada WA, WD dan C adalah yang tertinggi dengan 97.2% HRmax dengan purata kadar nadi 178.7 + 9.2 bpm. Ini diikuti dengan kumpulan posisi pertahanan dan penyerang, masing-masing dengan 94.7% HRmax (172.6 + 12.6 bpm) dan 89.1% HRmax (159.2 + 15.2 bpm). Analisis statistik ANOVA sehala menunjukkan bahawa tiada perbezaan intensiti yang signifikan berdasarkan kadar nadi di antara ketigatiga kumpulan posisi pemain.

72

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

INTENSITI PERLAWANAN MENGIKUT KUMPULAN POSISI


98 INTENSITI (%) 96 94 92 90 88 86 Penyerang Tengah KUMPULAN POSISI Pertahanan

Rajah 4 Intensiti perlawanan mengikut kumpulan posisi pemain

Di samping itu, kajian mendapati tahap konsentrasi asid laktik selepas perlawanan (LApost) bola jaring bagi semua pemain adalah 4.1 0.8 mmol/L, lebih tinggi berbanding konsentasi asid laktik sebelum perlawanan iaitu 2.8 0.2 mmol/L. Dapatan kajian menunjukkan julat konsentrasi asid laktik bagi GS adalah yang terendah dengan catatan 2.9 mmol/L manakala WD merekodkan konsentrasi asid laktik tertinggi (5.3 mmol/L). Konsentrasi asid laktik selepas perlawanan bola jaring bagi posisi GA, WA, C, GD dan GK masing-masing adalah 3.4 mmol/L, 3.9 mmol/L, 4.1 mmol/L, 4.5 mmol/L dan 4.6 mmol/L. Berdasarkan kumpulan posisi pemain, kajian mendapati tahap konsentrasi asid laktik bagi kumpulan tengah dan pertahanan hampir sama iaitu 4.4 0.8 mmol/L dan 4.6 0.1 mmol/L. Kumpulan penyerang sekadar merekodkan konsentrasi asid laktik pada tahap 3.2 0.4 mmol/L. Walaupun tahap konsentrasi asid laktik bagi kumpulan penyerang lebih rendah namun analisis statistik ANOVA sehala mendapati tiada perbezaan konsentrasi

Adaptasi Kumpulan Latihan dan Kecederaan Intensiti Perlawanan Mengikut Posisi Pemain Bola Jaring

73

asid laktik yang signifikan di antara kumpulan posisi penyerang, tengah dan pertahanan.

KONSENTRASI ASID LAKTIK MENGIKUT KUMPULAN POSISI


6 KONSENTRASI ASID LAKTIK (mmol/L) 5.5 5 4.5 4 3.5 3 2.5 2 Penyerang Tengah Pertahanan Semua

KUMPULAN POSISI

Rajah 5 Perbandingan tahap konsentrasi asid laktik selepas perlawanan bola jaring mengikut kumpulan posisi pemain

PERBINCANGAN Dapatan kajian berdasarkan tindak balas kadar nadi subjek bagi semua posisi menunjukkan intensiti perlawanan bola jaring adalah sangat tinggi di mana purata intensiti mencecah kira-kira 94% daripada kadar nadi maksimum mereka. Di antara semua posisi, hanya GS merekodkan intensiti perlawanan di bawah 90%. Kajian ini mendapati intensiti perlawanan bagi WD dan C adalah hampir sama walaupun secara umumnya C mempunyai had kawasan pergerakan yang lebih besar berbanding WD. Dapatan ini berlaku mungkin disebabkan oleh faktor taktikal pemain ketika melakukan serangan atau ketika bertahan.

74

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Di samping itu, perbezaan intensiti yang ketara didapati antara subjek yang bermain pada posisi GS dan GK di mana intensiti perlawanan GS (84.1%) adalah lebih rendah daripada GK (94.5%). Berdasarkan rakaman video yang dilakukan, penyelidik mendapati GS biasanya melakukan gerakan-gerakan pendek dan pantas ketika cuba mencari ruang dan untuk menerima hantaran. Sebaliknya, GK dalam kajian ini pula lebih aktif di mana subjek sentiasa mengekori pergerakan GS pasukan lawan yang begitu aktif di sepanjang perlawanan. Intensiti bagi kumpulan posisi tengah dan pertahanan juga hampir sama di mana purata kadar nadi masing-masing direkodkan 178.7 9.2 bpm dan 172.6 12.6 bpm. Analisis video juga menunjukkan bahawa strategi yang biasa dilakukan oleh subjeksubjek kajian ini adalah hantaran pendek dan pantas yang bermula dari GK atau GD dan bertunjangkan kepada dua pemain utama iaitu WD dan C. Pemain di posisi WA bermain lebih rapat dengan GA yang sentiasa berada hampir dengan kawasan jaringan atau kawasan D. Keadaan ini menjelaskan mengapa intensiti posisi GD sedikit tinggi daripada WA. Selain itu, purata konsentrasi asid laktik yang mencecah 4.1 0.8 mmol/L menggambarkan situasi sebenar sesuatu perlawanan bola jaring yang bersela di mana terdapat pergerakan pantas dan eksplosif dan ada ketika pemain kurang bergerak atau berhenti khususnya ketika bola keluar dari permainan dan ketika percubaan jaringan dilakukan oleh GS. Ini bermaksud ketika pergerakan pantas dan eksplosif dilakukan (Bursztyn, 1990; Bergeron et al., 1991), tenaga pemain terhasil dari sistem anaerobik yang boleh meningkatkan tahap konsentrasi asid laktik dalam darah manakala ketika pemain berhenti atau kurang bergerak, maka intensiti permainan menjadi rendah dan pernafasan aerobik berlaku sekaligus menyebabkan asid laktik dalam darah dapat dimansuhkan (Fernandez et al., 2006).

Intensiti Perlawanan Mengikut Posisi Pemain Bola Jaring Adaptasi Kumpulan Latihan dan Kecederaan

75

PENUTUP Bola jaring merupakan permainan yang berintensiti tinggi. Namun, ciri perlawanan bola jaring yang bersela atau start-stop memberikan sedikit ruang pemulihan kepada pemain-pemain untuk bersedia sebelum permainan bersambung semula. Maklumat berkenaan intensiti perlawanan bola jaring adalah sangat penting kepada jurulatih khususnya kerana ia dapat memberikan gambaran keperluan fizikal dan fisiologi yang perlu dihadapi oleh setiap pemain mengikut posisinya. Ini sekaligus membantu jurulatih melakukan latihan yang memenuhi keperluan fizikal dan fisiologi bagi setiap posisi pemain ketika perlawanan sebenar dan mengikut corak taktikal yang diaplikasikan bagi setiap posisi pemainnya.

RUJUKAN

Achten, J. dan Jeukendrup, A.E. (2003). Heart Rate Monitor: Application And Limitation. Sports Medicine. 33:517-538. Allison, B. (1978). A Practical Application Of Specificity In Netball Training. Sports Coach. 2 : 9 13. Arts, F. J. P. dan Kuipers, H. (1994). The Relation Between Power Output, Oxygen Uptake And Heart Rate In Male Athletes. International Journal of Sports Medicine. 15:228-231. Astrand, P.O. dan Rodahl, K. (1985). Textbook Of Work Physiology. New York: McGraw-Hill. Bale, P. dan Hunt, S. (1986). The Physique, Body Composition And Training Variables Of Elite And Good Netball Players In Relation To Playing Position. Australian Journal Of Sciences And Medicine in Sports. 18:16-19. Bangsbo, J. (1998). Quantification Of Anaerobic Energy Production During Intensity Exercise. Medicine and Science in Sports and Exercise. 30: 47-52.

76

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Bergeron, M.F., Maresh, C.M., Kraemer, V.J., Abraham, A., Conroy, B. and Gabaree, C. (1991). Tennis: A physiological profile during match play. Int J Sports Med. 12, 474-479 Bowers R., Fox, E. dan Foss, M. (1993). The Physiological Basis For Exercise And Sport. (5th ed.) Madison, W.I: Brown dan Benchmark. Brooks, G.A., Fahey, T.D., dan White, T.P. (1996). Exercise Physiology: Human Bionergetics And Its Application.(2nd ed.) Mountainview, CA: Mayfield. Bursztyn, P.G. (1990). Physiology for sportspeople: a serious users guide to the body. Manchester University Press. Pp.41-50 Fernandez, J., Mendez-Villanueva, A. and Pluim, B.M. (2006). Intensity of tennis match play. Br J Sports Med. 40, 387-391 Karvonen, J. dan Vuorimaa, T. (1998) Heart Rate And Exercise Intensity During Sports Activities. Sports Medicine. 5:303 312. King, C.N. dan Senn, M.D. (1996). Exercise Testing And Prescription, Practical Recommendations For The Sedentary. Sports Medicine. 21:326-336. Meyer, T., Gabriel, H.H.W. dan Kimdermann, W. (1999). Is Determination Of Exercises Intensities As Percentage Of VO2max or HRmax adequate? Medicine and Science In Sports Exercises. 31:1342-1345 Otago, L. (1983). A Game Analysis Of The Activity Patterns Of Netball Players. Sports Coach. 7:24-28 Rodriguez-Alonso, M., Fernandez-Garcia, B., Perez-Landaluce, J., dan Terrados, N. (2003). Blood Lactate And Heart Rate During National And International Womens Basketball. Journal Of Sports Medicine and Physical Fitness. 43:432436. Steele, J.R. dan Chad, K.E. (2000). An Analysis Of The Movement Patterns Of Netball Players During Match Play: Implications For Designing Training Programmes. Sports Coach. 15 (1):21- 28.

Adaptasi Kumpulan Latihan dan Kecederaan Intensiti Perlawanan Mengikut Posisi Pemain Bola Jaring

77

Weltman, A. (1995). The blood lactate response to exercise. (1st ed.) Human Kinetics, Champaign, Illinois. Wilmore, J. dan Costill, D. (1994) Physiology of Sport and Exercise. (1st ed.) Human Kinetics, Champaign, Ilinois. Woolford dan Angrove. (1992). Game Intensities In Elite Netball Players. Sports Coach. 15: 28-32.

78

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

7 PERBANDINGAN INTENSITI LATIHAN DAN SIMULASI UJIAN MASA ACARA 1000M BAGI PELUMBA BASIKAL PERINGKAT NEGERI
Syahrul Ridhwan Morazuki Ruziyanti Ibrahim
PENGENALAN

Pelumba basikal khususnya bagi acara pecut memerlukan kekuatan otot, kemampuan melakukan kayuhan pada kelajuan yang tinggi, serta kekuatan fisiologi yang tinggi kerana sukan ini memerlukan atlet menggunakan seluruh anggota badan untuk menghasilkan kayuhan yang pantas dan bertenaga di sepanjang tempoh perlumbaan. Dengan itu, atlet lumba basikal perlu menjalani latihan yang khusus serta bersesuaian dengan tahap kerja yang akan dilakukan semasa perlumbaan sebenar. Acara lumba basikal secara umumnya merupakan sukan yang melibatkan perlumbaan jarak dekat, sederhana dan jauh. Ia turut diadakan di velodrom atau di jalan raya bergantung kepada jenis acara yang disertai. Kepelbagaian serta perbezaan keperluan fizikal dan fisiologi bagi setiap acara dalam sukan lumba basikal membataskan kemampuan seseorang atlet lumba basikal untuk terlibat dalam banyak acara perlumbaan. Kebiasaannya, seseorang pelumba basikal hanya menumpukan kepada satu atau dua acara sahaja kerana faktor program latihan yang diterapkan kepada mereka bagi menghadapi kejohanan yang disertai. Bagi mencapai prestasi yang optimum pada sesuatu kejohanan, salah satu aspek penting yang perlu diber penekanan ialah tahap intensiti latihan yang dilaksanakan dalam program

Latihan dan Kecederaan Perbandingan IntensitiAdaptasi Latihan dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m

79

bagi Pelumba Basikal Peringkat Negeri

latihan atlet tersebut. Tahap intensiti latihan berlebihan untuk suatu tempoh yang panjang mungkin menyebabkan atlet mengalami sindrom overtraining (Hartmann dan Mester, 2000). Sebaliknya, intensiti latihan yang terlalu rendah mungkin menyebabkan persediaan seseorang atlet tidak mencapai tahap keperluan fizikal dan fisiologikal bagi acara yang disertai seseorang atlet tersebut. Oleh itu, keupayaan atlet perlu dikenalpasti supaya dapat meningkatkan lagi intensiti sesuatu latihan yang dijalankan. Dalam kajian ini, intensiti latihan yang dilakukan oleh pelumba basikal direkodkan dan dibandingkan dengan intensiti ketika sesi ujian masa bagi jarak 1000m. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji perbezaan intensiti latihan dengan intensiti ketika ujian masa sama ada ia hampir sama atau terdapat perbezaan yang ketara.

METODOLOGI

Seramai tiga pelumba basikal lelaki peringkat negeri terlibat dalam kajian ini. Ketiga-tiga subjek tersebut merupakan pelumba basikal yang mengambil bahagian dalam acara ujian masa dalam jarak 1000m di peringkat kebangsaan. Kajian ini melibatkan dua fasa kajian iaitu fasa Latihan (Fasa I) dan Simulasi Ujian Masa 1000m (Fasa II). Kedua-dua fasa kajian dijalankan di sekitar kawasan Sekolah Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Pada Fasa I, subjek-subjek menjalani dua sesi latihan pada hari yang berasingan. Jangkamasa dan jenis latihan yang dilaksanakan adalah di bawah kawalan jurulatih. Di antara bentuk latihan yang dijalankan oleh subjek ialah mengayuh basikal pada kelajuan biasa dan diselangi dengan pecutan maksimum pada jarak tertentu di permukaan jalan yang lurus dan rata. Sebelum sesi latihan dimulakan, subjek-subjek dilengkapkan terlebih dahulu dengan alat pengesan kadar nadi (Polar Heart Rate Monitor S720i, Finland) bagi tujuan merekod intensiti latihan semasa latihan berdasarkan purata perubahan kadar nadi di sepanjang latihan yang

80

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

dijalankan. Selain itu, sampel darah subjek turut diambil sejurus sebelum latihan bermula (LApra) bagi menganalisis tahap konsentrasi asid laktik dalam darah. Sejurus tamat sesi latihan, sampel darah (LApost) setiap subjek diambil bagi tujuan analisa perubahan tahap konsentrasi asid laktik. Pada Fasa II, dua sesi simulasi ujian masa acara 1000m dijalankan. Prosedur pengumpulan data adalah seperti pada Fasa I di mana subjek terlebih dahulu dilengkapkan dengan alat pengesan kadar nadi dan seterusnya sampel darah diambil bagi analisis tahap konsentrasi asid laktik. Setelah subjek memanaskan badan dan bersedia, subjek dikehendaki melakukan kayuhan pada keupayaan maksimum dalam jarak 1000m.

PERSAMPELAN DARAH DAN ANALISA ASID LAKTIK

Dalam kajian ini, semua sampel darah diambil dari hujung jari subjek. Prosedur persampelan darah dimulakan dengan membersihkan salah satu jari subjek dengan kapas pelembap yang mengandungi 70% isopropil alkohol. Ini bertujuan membersihkan dan mengelakkan sebarang risiko jangkitan pada jari subjek ketika pengambilan darah dilakukan. Seterusnya, lancet (Accu-Check Softclix Pro, Jerman) digunakan untuk mengeluarkan darah pada permukaan kulit dengan mencucuk bahagian hujung jari subjek. Darah yang keluar di permukaan kulit dititiskan pada test strip (BM-Lactate, Jerman) sehingga memenuhi bahagian yang berwarna kuning test strip tersebut. Sampel darah pada test strip yang diambil tersebut seterusnya dianalisis untuk menentukan tahap konsentrasi asid laktik dalam darah dengan menggunakan alat penganalisis asid laktik atau meter (Accutrend Lactate, Roche, Jerman).

Perbandingan Intensiti Latihan Latihan dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m Adaptasi dan Kecederaan

81

bagi Pelumba Basikal Peringkat Negeri

DAPATAN KAJIAN Rekod Fizikal Subjek Rekod fizikal bagi ketiga-tiga subjek kajian dari segi umur, berat dan tinggi masing-masing adalah 20.7 1.2 tahun, 59.7 2.5 kg dan 172.7 1.2 sm. Intensiti Latihan Dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m Berdasarkan Kadar Nadi Secara purata, jangkamasa bagi dua sesi latihan pada Fasa I yang dijalani oleh kesemua subjek ialah 62.3 13.7 minit. Subjek 1 mencatatkan kadar nadi terendah di sepanjang sesi latihan dengan 147.7 22.5 bpm dan diikuti oleh Subjek 2 dan Subjek 3 masingmasing dengan 158.6 20.5 bpm dan 161.9 18.1 bpm. Secara purata, intensiti latihan dalam jangkamasa 62.3 13.7 minit berdasarkan tindakbalas kadar nadi yang direkodkan adalah 156.1 20.4 bpm.

190.0 180.0 170.0 Kadar Nadi (bpm) 160.0 150.0 140.0 130.0 120.0 110.0 100.0 1 2 Subjek 3 Semua
147.7 158.6 161.9 156.1

Rajah 1 Purata tindak balas kadar nadi (bpm) bagi dua sesi latihan

82

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Jadual 1 Tindak balas kadar nadi semasa simulasi ujian masa 1000m Subjek 1 2 3 Jangkamasa Simulasi Ujian Masa (saat) 81.0 7.1 Kadar Nadi (bpm) 172.9 9.8 175.0 9.2 172.0 10.2

Merujuk kepada Jadual 1, berdasarkan dua sesi simulasi ujian masa acara 1000m yang dijalankan, purata jangkamasa ujian masa yang dilakukan bagi ketiga-tiga pelumba basikal adalah 81.0 7.1 saat. Dalam jangkamasa tersebut, kajian mendapati purata kadar nadi subjek adalah di antara 172.0 10.2 bpm hingga 175.0 9.2 bpm. Keseluruhannya, kajian mendapati intensiti simulasi ujian masa 1000m bagi ketiga-tiga pelumba basikal adalah 173.3 9.7 bpm.

190.00 180.00 K ad ar N ad i (b p m ) 170.00 160.00 150.00 140.00 130.00 1 2 Subjek


Rajah 2 Purata tindak balas kadar nadi (bpm) bagi dua sesi simulasi ujian masa 1000m
172.9 175.0 172.0 173.3

Semua

Adaptasi dan Kecederaan Perbandingan Intensiti Latihan Latihan dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m

83

bagi Pelumba Basikal Peringkat Negeri

Berdasarkan intensiti latihan yang diperolehi daripada sesi latihan dan simulasi ujian masa 1000m, kajian mendapati intensiti latihan pelumba basikal dalam kajian ini lebih rendah berbanding intensiti aktiviti ketika subjek melakukan simulasi ujian masa. Perbezaan intensiti ini adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.

Kadar Nadi Latihan 190.0 180.0 K ad ar N ad i (b p m ) 170.0 160.0 150.0 140.0 130.0 120.0 1 2 Subjek

Kadar Nadi Ujian Masa

Semua

Rajah 3

Perbandingan intensiti latihan dan simulasi ujian masa 1000m berdasarkan tindak balas kadar nadi (bpm)

Intensiti Latihan Dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m Berdasarkan Tahap Konsentrasi Asid Laktik Dari aspek tahap konsentrasi asid laktik, kajian mendapati purata tahap konsentrasi asid laktik dalam darah sebelum latihan ialah 2.6 0.3 mmol/L. Namun selepas kira-kira 62.3 13.7 minit latihan, purata tahap konsentrasi asid laktik didapati mencapai 6.3 2.6 mmol/L. Julat tahap konsentrasi asid laktik selepas latihan adalah di antara 4.9 1.6 mmol/L hingga 8.2 5.6 mmol/L.

84

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

LA_pra 16.0 14.0


Konsentrasi Asid Laktik (mmol/L)

LA_post

12.0 10.0 8.0 6.0 4.0 2.0 0.0 1 2


Subjek

Semua

Rajah 4

Tahap konsentrasi asid laktik (mmol/L) sebelum dan selepas sesi latihan

Berdasarkan Rajah 5, purata tahap konsentrasi asid laktik selepas simulasi ujian masa 1000m bagi ketiga-tiga pelumba basikal didapati mencapai 11.7 2.9 mmol/L. Tahap konsentrasi asid laktik selepas ujian masa didapati lebih tinggi dibandingkan dengan konsentrasi asid laktik sebelum ujian masa (2.5 0.2 mmol/L) dan analisis statistik t-test berpasangan turut menunjukkan perbezaan di antara purata tahap konsentrasi asid laktik sebelum dan selepas ujian masa adalah signifikan (p<0.05).

Adaptasi dan Kecederaan Perbandingan Intensiti Latihan Latihan dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m

85

bagi Pelumba Basikal Peringkat Negeri


LA_pra 18.0 16.0 14.0 12.0 10.0 8.0 6.0 4.0 2.0 0.0 1 2
Subjek

LA_post

Konsentrasi Asid L aktik (m m ol/L )

Semua

Rajah 5

Tahap konsentrasi asid laktik (mmol/L) sebelum dan selepas sesi latihan

PERBINCANGAN Kajian mendapati tindak balas kadar nadi dan konsentrasi asid laktik semasa simulasi adalah lebih tinggi berbanding semasa latihan. Kadar nadi yang tinggi menunjukkan sistem anaerobik mempengaruhi penghasilan tenaga manakala kadar nadi yang rendah menunjukkan sistem aerobik pula mempengaruhi penghasilan tenaga dalam badan (Howald, 1977; McArdle et al., 2000). Kenyataan ini dapat menjelaskan dapatan kajian ini yang menunjukkan tindak balas kadar nadi semasa simulasi ujian masa 1000m (173.3 9.7 bpm) yang menggunakan sistem anaerobik adalah lebih tinggi berbanding kadar nadi semasa latihan (156.15 20.4 bpm). Di samping itu, corak latihan yang dijalani oleh subjeksubjek kajian ini adalah melibatkan kombinasi latihan aerobik dan anaerobik, di mana adakala subjek melakukan kayuhan pada intensiti sederhana untuk suatu tempoh dan pada suatu ketika mereka melakukan kayuhan maksimum dalam jarak tertentu. Ini

86

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

dapat dibuktikan menerusi nilai sisihan piawai purata kadar nadi yang besar ketika sesi latihan. Selain itu, intensiti yang tinggi bagi simulasi ujian masa juga diperkukuhkan dengan dapatan tahap konsentrasi asid laktik. Nilai konsentrasi asid laktik selepas ujian (LApost) meningkat secara mendadak semasa simulasi sehingga mencapai 11.7 2.9 mmol/L dalam jangkamasa kira-kira 81 saat. Nilai ini adalah normal kerana menurut Craig dan Norton (2001), semasa acara basikal trek yang singkat biasanya menghasilkan tahap konsentrasi asid laktik yang tinggi iaitu di antara 11.6 hingga 22.0 mmol/L. Tahap konsentrasi asid laktik yang tinggi menunjukkan sistem anaerobik atau asid laktik mempengaruhi penghasilan tenaga manakala tahap konsentrasi asid laktik yang rendah menunjukkan sistem aerobik mempengaruhi penghasilan tenaga (Bursztyn, 1990). Simulasi ujian masa 1000m yang singkat menyebabkan peningkatan asid laktik dalam darah kira-kira 11.72 mmol/L sekaligus menunjukkan penglibatan glikolisis anaerobik dalam penghasilan tenaga. Konsentrasi asid laktik semasa latihan pula menunjukkan nilai yang lebih rendah iaitu 6.3 2.6 mmol/L. Ini adalah disebabkan corak latihannya yang bersela telah menyebabkan konsentrasi asid laktik dalam darah selepas menjalani latihan adalah lebih rendah berbanding selepas simulasi ujian masa 1000m. Nilai ini menunjukkan metabolisme anaerobik adalah lebih dominan ketika latihan namun ia tidak terlalu tinggi berbanding tahap konsentrasi asid laktik selepas ujian masa. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan asid laktik dalam darah telah ditukarkan kepada glukos apabila terdapat kehadiran oksigen ketika intensiti semasa sesi latihan rendah atau sederhana.

PENUTUP Sekalipun jangkamasa sesi latihan adalah jauh lebih lama berbanding jangkamasa ketika simulasi ujian masa, namun intensiti latihan berdasarkan purata kadar nadi masih rendah jika

Adaptasi dan Kecederaan Perbandingan Intensiti Latihan Latihan dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m

87

bagi Pelumba Basikal Peringkat Negeri

dibandingkan dengan intensiti yang direkodkan ketika simulasi ujian masa. Tambahan lagi, tahap konsentrasi asid laktik selepas sesi latihan dan simulasi ujian masa turut menunjukkan perbezaan yang signifikan. Tahap konsentrasi asid laktik yang mencecah kirakira 11 mmol/L dengan jelas menunjukkan bahawa acara ujian masa 1000m adalah bersifat anaerobik. Sekalipun tahap konsentrasi asid laktik selepas sesi latihan didapati kira-kira enam mmol/L dan bersifat anaerobik, namun intensiti semasa latihan masih belum cukup tinggi bagi mencapai keperluan fisiologi bagi acara 1000m. Justeru, intensiti ketika sesi latihan perlu dipertingkatkan agar pelumba basikal dilatih pada tahap yang bersesuaian dengan intensiti perlumbaan yang sebenar.

RUJUKAN Asker, J. dan Adrie, D. V. (1998). Heart Rate Monitoring During Training and Competition in Cyclists. Journal of Sports Sciences. 16(3) : 91-99 Battinelli, T. (2000). Physique, Fitness and Performance. Florida : CRC Press LLC Bonen, A., Haynes, F. J., Watson-Wright, W., Sopper, M. M., Pierce, G. N., Low, M. P. et al. (1983). Effects of Menstrual Cycle on Metabolic Responses to Exercise. J. Appl. Physiol. 55 : 1506-1513 Brooks, G. A., Fahey, T. D., dan White, T. P. (1996). Exercise Physiology: Human Bioenergetics and Its Applications. (2nd Ed). Mayfield Publishing Company : Mountain View CA. Bursztyn, P. G. (1990). Physiology for Sportspeople, A Serious Users Guide to the Body. Manchester and New York : Manchester University Press. Craig, N. P. dan Norton, K. I. (2001). Characteristics of Track Cycling. Sports Medicine. 31(7) : 457-468. Fernandez-Garcia, B., N. Terrados, J. Perez-Landaluce, dan M. Rodriguez-Alonso (2000). Intensity of Exercise During Road

88

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Race Pro-Cycling Competition. Med. Sci. Sports Exerc., 32 (5) 1002-1006. Fisher, A. L. dan C. R. Jenson (1990). Scientific Basic of Athletic Conditioning. Philadelphia : Lea and Felugar. Foley J.P, Bird S.R. dan White J.A. (1989) Anthropometric Comparison of Cyclists From Different Events. Br J Sports Med. 23(1) : 30-33. Gladden, L. B. (2000). Muscle as a Consumer of Lactate. Med Sci. Sports Exerc. 32 : 764-771. Hartmann, U, dan Mester, J. (2000). Training and overtraining markers in selected sport events. Med Sci Sports Exerc. 209215. Impellizzeri, F., Sassi, A., Rodriguez-Alonso, M., Mognoni, P. dan Marcora, S. (2001). Exercise Intensity During Off-Road Cycling Competitions. Medicine & Science in Sports & Exercise. Jacobs, I. (1986). Blood Lactate, Interpretation for Training dan Sports Performance. Sports Med. 3, 10 Karlsson, J., Davis, J. N. dan Kehr, W. (1971). Muscle Metabolism During Sub Maximal in Maximal Exercise in Man. Scand J. Clin. Invest. 26 : 382. Koning, J. J., Bobert, M. F. dan Foster, C. (1999). Determination of Optimal Pacing Strategy in Track Cycling With an Energy Flow Model. J. Sci. Med. Sport. 2 : 266-277. Kovacs, M.S. (2004a). Energy system-specific training for tennis. Strength Conditioning J. 26, 10-13 McArdle, W. D., Katch, F. I. dan Katch V. I (2000). Essentials of Exercise Physiology 2nd Editor. Lippincott William & Wilkins. USA. Pp. 258. Medbo J. I. dan Toska K. (2001). Lactate Release, Concentration in Blood and Apparent Distribution Volume after Intense Bicycling. Jpn. J. Physiol. 51: 303-312. Myers, J. dan Ashley, E. (1997). Dangerous Curves. A Perspective on Exercise, Lactate and The Anaerobic Threshold. Chest 111 : 787-795.

Perbandingan Intensiti Latihan Latihan dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m Adaptasi dan Kecederaan

89

bagi Pelumba Basikal Peringkat Negeri

Muller E., Benko, U., Raschner, C. dan Schwameder, H. (2000). Specific fitness training and testing in competitive sports. Med Sci Sports Exerc. 32(1), 216-220 Nikiforov, G. (1974). Recovery during High-Intensity Intermittent Anaerobic Exercise in Boys, Teens, and Men. Med Sci Sports & Exerc. 37(3):505-512 Stone, M. H. dan Conley, M. S. (1994). Bioenergetics in Essentials of Strength Training and Conditioning. Champaign, Ilinois : Human Kinetics. Therminarias, A., Dansou, P., Chirpaz-Oddou, M.F., Gharib, C. and Quirion, A. (1991). Hormonal and metabolic changes during strenuous tennis match: Effect of aging. Int J Sports Med. 12, 10-1 Weltman, A. (1995). The Blood Lactate Response to Exercise. Current Issues in Exercise Science, 4. Champaign : Human Kinetics

90

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

8 KETIDAKSELESAAN JARI ATLET MEMANAH BERDASARKAN BILANGAN DAN JARAK LEPASAN ANAK PANAH
Asha Hasnimy Mohd Hashim Hariaty Hamid
PENGENALAN

Kecederaan dalam sukan memanah sememangnya tidak dapat dielakkan sekiranya tidak mengikuti peraturan dan aspek keselamatan dalam mengendalikan ibu panah (busur) ketika melakukan aktiviti tersebut. Antara kecederaan yang biasanya dihadapi oleh atlet memanah ialah kecederaan blister, tergeliat, patah, lebam, benjol, bengkak dan sebagainya. Kebiasaannya kecederaan ini dipengaruhi berat busur, keseimbangan postur badan, bilangan anak panah yang dilepaskan dan jarak semasa aktiviti memanah dilakukan. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap ketidakselesaan di jari atlet memanah akibat geseran tali dan membuat perbandingan tahap ketidakselesaan di antara lepasan anak panah yang dilakukan. Kecederaan blister atau bulla merupakan satu kecederaan yang mempengaruhi prestasi seseorang atlet. Apabila bahagian epidermis pada kulit memisahkan bahagian dermis, pengumpulan limfa dengan bendalir dalam badan terkumpul pada bahagian atas manakala lapisan kulit bawah mula tumbuh. Blister berlaku akibat kecederaan fizikal atau secara kimia. Sebagai contoh kecederaan secara kimia ialah reaksi alergi manakala kecederaan yang secara fizikal adalah disebabkan oleh bahang, reput (fros) atau ibun (frostbite) ataupun berlakunya pergeseran. Kecederaan blister yang berlaku disebabkan oleh

Adaptasi Latihan dan Kecederaan Ketidakselesaan Jari Atlet Memanah Berdasarkan Bilangan dan Jarak

91

Lepasan Anak Panah

geseran dari tali, kasut dan pakaian. Kebiasaanya, kecederaan ini berlaku disebabkan oleh pergeseran yang berulangkali pada kulit. Kecederaan blister sering berlaku kepada ahli sukan, terutamanya atlet memanah. Ini disebabkan oleh pergeseran tali semasa fasa pelepasan anak panah yang mengenai jari atlet. Selain itu juga, atlet marathon dan penjalan kaki cenderung mendapat kecederaan blister.

METODOLOGI

Bahagian ini memberi penekanan terhadap tatacara perlaksanaan kajian dan menerangkan bagaimana kajian ini dijalankan. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti ketidakselesaan jari atlet selepas melakukan lepasan anak panah dan membuat perbandingan di antara kumpulan lepasan anak panah dalam sukan memanah yang punca penyebab kecederaan blister di jari atlet. Perbandingan ini dilakukan kepada 30 orang atlet memanah yang menyertai sekurang-kurangnya kejohanan peringkat negeri. Jenis rekabentuk kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif. Instrumen kajian yang digunakan bagi tujuan pengumpulan data antaranya pemerhatian, Perceived Scale dan borang soal selidik. Kaedah ini digunakan dalam proses penyelidikan bagi mengenalpasti ketidakselesaan di jari akibat geseran tali selepas melakukan lepasan anak panah dan membuat perbandingan di antara kumpulan lepasan anak panah yang mana boleh mendorong ke arah berlakunya kecederaan blister. Kajian ini merujuk kepada pemerhatian, soal selidik dan menggunakan Perceived Scale. Terdapat 3 bahagian dalam borang soal selidik di mana bahagian A adalah berkaitan maklumat diri subjek, bahagian B berkaitan sejarah kecederaan manakala bahagian C adalah berkaitan tahap skor kecederaan subjek yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian tahap ketidakselesaan Perceived Scale.

92

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Bagi mendapatkan keputusan kajian, setiap data yang diperolehi akan dikumpulkan dan diproses dengan menggunakan program Microsoft Office Excel. Antara perkara yang dianalisa adalah berat bow, jarak tarikan dan jarak target, skor latihan dan skor tahap ketidakselesaan. Selain itu juga penyelidik menggunakan kaedah soal selidik bagi mengenalpasti tahap ketidakselesaan di jari atlet memanah akibat geseran tali yang boleh mendorong ke arah pembentukan kecederaan blister di jari atlet. Perbandingan akan dilakukan di antara kumpulan lepasan anak panah.

DAPATAN KAJIAN Berikut merupkan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan.

KetidakselesaanJariBerdasarkanBilangan LepasanAnakPanahPadaJarak30m
30 Peratus 20 10 0 16 712 1318 1924 2530 3136 Lepasan AnakPanah

Rajah 1:

Ketidakselesaan jari berdasarkan bilangan lepasan anak panah pada jarak 30m

Ketidakselesaan Jari Atlet Memanah Berdasarkan Bilangan dan Jarak Adaptasi Latihan dan Kecederaan

93

Lepasan Anak Panah

Rajah 1 menunjukkan ketidakselesaan pada jari subjek di mana merupakan petanda awal yang boleh mendorong kepada kecederaan blister pada jarak 30 meter. Terdapat enam kumpulan lepasan di dalam sesuatu jarak. Setiap kumpulan lepasan terdapat enam lepasan anak panah. Pada lepasan pertama hingga lepasan ke 12 sebanyak 11.11% melaporkan ketidakselesaan pada jari mereka. Manakala pada lepasan ke 13 hingga lepasan ke 24 adalah sebanyak 5.56%, lepasan ke 25 hingga lepasan ke 30 adalah sebanyak 22.22% dan pada lepasan ke 31 hingga lepasan tiga ke 36 adalah sebanyak 5.56%.

KetidakselesaanJariBerdasarkanBilangan LepasanAnakPanahpadaJarak50m
15
Peratus

10 5 0 16 712 1318 1924 2530 3136


LepasanAnakPanah

Rajah 2: Ketidakselesaan jari berdasarkan bilangan lepasan anak panah pada jarak 50m

Rajah 2 di atas menunjukkan ketidakselesaan jari atlet yang pada jarak 50 meter. Pada jarak 50 meter, sebanyak 36 lepasan akan dilakukan oleh subjek mengikut kumpulan lepasan anak panah. Pada lepasan anak panah pertama hingga lepasan ke 18 sebanyak

94

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

5.56% mempunyai tanda awal yang ditunjukkan tidak selesa. Pada lepasan ke 19 hingga ke 30 sebanyak 5.55% berlaku peningkatan terhadap tahap ketidakselesaan manakala pada lepasan ke 31 hingga lepasan ke 36 adalah tidak menunjukkan ketidakselesaan yang cenderung mendapat kecederaan blister di jari.

KetidakselesaanJariBerdasarkanBilangan LepasanAnakPanahPadaJarak70m
20 15 10 5 0 16 712 1318 1924 2530 3136 Lepasan AnakPanah

Rajah 3: Ketidakselesaan jari berdasarkan bilangan lepasan anak panah pada jarak 70m

Rajah 3 pula menunjukkan ketidakselesaan atlet pada jari di jarak 70 meter. Terdapat 36 anak panah telah dilepaskan mengikut kumpulan lepasan anak panah. Hasil kajian yang telah dilakukan, pada lepasan pertama hingga lepasan ke 12 sebanyak 5.56% mengadu ketidakselesaan pada jari mereka. Pada lepasan ke 13 hingga lepasan ke 18 terdapat kenaikan secara mendadak iaitu sehingga 16.67% manakala pada lepasan ke 19 hingga lepasan ke 36 adalah sebanyak 5.56%. Pada kumpulan lepasan ke 19 hingga lepasan ke 36 berlaku penurunan sebanyak 11.11%.

Peratus

Ketidakselesaan Jari Atlet Memanah Berdasarkan Bilangan dan Jarak Adaptasi Latihan dan Kecederaan

95

Lepasan Anak Panah

KetidakselesaanJariBerdasarkanBilangan LepasanAnakPanahDanKumpulanJarak
30
Peratus

20 10 0 16 712 1318 1924 2530 3136


LepasanAnakPanah

30meter 50meter 70meter

Rajah 4: Perbandingan ketidakselesaan jari berdasarkan bilangan lepasan anak panah pada jarak 30 meter, 50 meter dan 70 meter

Rajah 4 di atas menunjukkan peratusan perbandingan ketidakselesaan di jari mengikut jarak yang telah ditetapkan. Terdapat tiga jarak telah digunakan bagi subjek untuk melepaskan anak panah. Antaranya adalah jarak 30 meter, 50 meter dan 70 meter. Setiap kumpulan lepasan anak panah, terdapat enam lepasan anak panah bagi tiap- tiap jarak. Hasil daripada penyelidikan yang telah dilakukan, pada lepasanpertama hingga lepasan ke 6 adalah pada jarak 30 meter didapati sebanyak 11.11% terdapat ketidakselesaan di jari yang dilaporkan manakala pada jarak 50 meter dan 70 meter adalah 5.56%. Pada lepasan ke tujuh hingga lepasan ke 12, pada jarak 30 meter terdapat 11.11% mengalami ketidakselesaan dan diikuti oleh jarak 50 meter dan 70 meter adalah tahap peratusan ketidakselesaan adalah sama iaitu 5.56%. Sebanyak 5.56% subjek mengalami ketidakselesaan pada jarak 30 meter dan 50 meter mengikut kumpulan lepasan ke 13 hingga lepasan ke 18. Manakala pada jarak 70 meter, subjek mengalami

96

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

ketidakselesaan sebanyak 16.67%. Pada lepasan ke 19 hingga lepasan ke 24, ketidakselesaan yang dialami oleh subjek adalah sebanyak 5.56% pada jarak 30 meter dan 70 meter, diikuti oleh jarak 50 meter sebanyak 11.11%. sebanyak 22.22% ketidakselesaan dialami pada jarak 30 meter dan diikuti oleh jarak 50 meter sebanyak 11.11% dan 70 meter iaitu 5.56% pada lepasan kumpulan lepasan yang ke 25 hingga lepasan ke 36. Pada kumpulan lepasan yang terakhir iaitu pada lepasan ke 31 hingga lepasan ke 36, sebanyak 5.56% mengalami ketidakselesaan pada jarak 30 meter dan 70 meter. Pada jarak 50 meter tiada ketidakselesaan yang dicatatkan oleh subjek semasa melepaskan anak panah. Secara kesimpulannya daripada perbincangan ini, dapat dirumuskan bahawa pada lepasan ke 25 hingga lepasan ke 30 merupakan tanda tanda awal kecederaan blister yang direkodkan melalui tahap ketidakselesaan subjek yang berjumlah 38.89% pada keseluruhan jarak.

PENUTUP

Merujuk kepada analisis dapatan ketidakselesaan pada jari ini berlaku disebabkan oleh geseran tali yang berulang kali di jari. Ianya dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu keletihan, postur badan, bilangan anak panah yang dilepaskan dan teknik tarikan dan lepasan anak panah. Idea ini disokong oleh Ertan, et al. (2006) yang menyatakan berlakunya kecederaan blister adalah disebabkan oleh faktor berat busar, panjang tarikan dan bilangan anak panah yang telah dilepaskan di dalam sesuatu sesi latihan atau pertandingan. Pada lepasan ke 25 hingga lepasan ke 30 menunjukkan kumpulan lepasan yang mempunyai peratusan yang tertinggi terhadap tahap ketidakselesaan yang dialami oleh subjek. Ini dapat dinyatakan terdapat perbezaan antara kumpulan lepasan anak panah. Berdasarkan hasil dapatan kajian, kumpulan lepasan ke 25 hingga 30 iaitu 38.89% bagi keseluruhan jarak yang mempunyai

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

97

Ketidakselesaan Jari Atlet Memanah Berdasarkan Bilangan dan Jarak


Lepasan Anak Panah

tahap ketidakselesaan yang tinggi berbanding kumpulan lepasan yang lain disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah faktor keletihan, faktor persekitaran, tidak mengekalkan postur badan dan teknik yang betul semasa fasa melepaskan anak panah yang menyebabkan geseran berlaku (Ertan, et al. 2006). Jester, et al. (2002), menyatakan bahawa blister berlaku adalah disebabkan oleh geseran yang berulang kali. Idea ini juga disokong oleh Cooper (2007), menyatakan bahawa geseran ini dipengaruhi oleh mekanisme geseran disebabkan oleh kelajuan. Pada lepasan ke 25 hingga lepasan ke 30 pada jarak 30 meter, tahap ketidakselesaan dicatatkan sebanyak 22.22%, pada lepasan ke 19 hingga lepasan ke 30 pada jarak 50 meter adalah sebanyak 11.11% manakala kumpulan lepasan ke 13 hingga lepasan ke 18 pada jarak 70 meter sebanyak 16.67%. Perbezaan tahap ketidakselesaan ini berlaku mengikut jarak kerana ianya dipengaruhi oleh faktor bilangan anak panah yang dilepaskan, keletihan, persekitaran dan berat busar. Melalui perbincangan, secara keseluruhanya dapat dirumuskan bahawa aspek am, latihan, teknikal dan latihan harian merupakan salah satu keperluan yang perlu atlet dititik beratkan dalam melakukan aktiviti memanah. Selain itu juga hasil penganalisaaan data mengenai tahap ketidakselesaan yang cenderung ke arah kecederaan blister akibat geseran tali semasa fasa lepasan menunjukkan hampir semua subjek mengalaminya. Walau bagaimanapun keputusannya tidak menunjukkan tahap yang serius, di mana ia boleh menyebabkan gangguan prestasi terhadap sesuatu pertandingan.

RUJUKAN

Basler, R. S., Hunzeker, C. M., Garcia, M. A. (2004). Athletic Skin Injuries-Combating Pressure and Friction. The Physician and SportsMedicine. 32 (5). Borg, G. (1998). Borgs Perceived Exertion and Pain Scales. Human Kinetics. USA

98

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Cooper, R. C., Prebeau, L. M., Butcher, M. T., Bertram, J. E. A. (2007). Step Length and Required Friction in Walking. Global Medical New. Darrigrand, A., Reynolds, K., Jackson, R. (1992). Efficacy of Antiperspirants on Feet. Military Medicine.157:256-9. Ertan, H., dan Tuzun, M. (1998). Injury Pattern among Turkish Archers.Turkey. Ertan, H., Kentel, B., Tumer, S.T., & Korkusuz, F. (2003). Activation Pattern in Forearm Muscles during Archery Shooting. Journal of Dermatology. 22: 37-45. Ertan, H., Korkusuz, F.,Soylu, A.R. (2006). Archery Performance Level and Repeatability of Event-Related EMG. Journal of Electromyography and Kinesiology. 25:767-774. Ertan, H., Soylu, A. R.,Tumer, S. T., & Korkusuz, F. (2005). Quantifications the Relationship between FITA Scores EMG Skill Indexes in Archery. Journal of Electromyography and Kinesiology. 15:222-227. Jester, R., Russell, L., Fell, S., Williams, S., Prest, C. (2002). The Effect of Wound Dressings and Other Related Factors on Skin Blistering. Journal of Orthopaedic Nursing. 4 (2): 7177.

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

99

9 POLA KECEDERAAN ATLET MEMANAH


Asha Hasnimy Mohd Hashim Kamal Talib Zainal Abidin Zainuddin Halijah Ibrahim
PENGENALAN

Sukan memanah merupakan salah satu sukan statik atau berkemahiran tertutup yang memerlukan kekuatan dan daya tahan otot pada bahagian atas badan (upper body) terutamanya pada bahagian otot bahu Ertan, et al. (2003). Selain itu juga ianya merupakan sukan prestasi yang tinggi dalam keupayaan memanah ke sasaran dengan tepat Ertan, et al. (2005). Terdapat 3 fasa dalam acara memanah iaitu pendirian (stance), membidik (aiming) dan pandangan (sighting). Sukan ini merupakan salah satu acara wajib yang dipertandingkan sehingga ke peringkat Olimpik. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1900 dan ia merupakan sukan yang tertua di dunia. Kemahiran dan seni memanah masih kekal dipraktikan sehingga hari ini. Walaupun begitu, sukan ini telah mengalami beberapa perubahan dan peraturan pertandingan dari segi teknik, kemahiran dan peralatan memanah. Perkembangan dan perubahan dari segi teknik, kemahiran dan latihan yang dijalani serta pertandingan yang disertai boleh mendedahkan atlet kepada kecederaan. Ini disebabkan oleh jangkamasa keupayaan setiap individu untuk mengadaptasi perubahan tersebut adalah berbeza. Dan selalunya, jurulatih akan

100

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

mengambil jalan mudah dengan melatih atlet mereka dengan cara yang sama tanpa mengira perbezaaan tersebut. Walaubagaimanapun kecederaan dalam sukan memanah sememangnya tidak dapat dielakkan sekiranya tidak mengikuti peraturan dan aspek keselamatan dalam mengendalikan ibu panah (busur) ketika melakukan aktiviti tersebut. Antara kecederaan yang biasanya dihadapi oleh atlet memanah ialah kecederaan blister, tergeliat, patah, lebam, benjol, bengkak dan sebagainya. Kebiasaannya kecederaan ini dipengaruhi berat busur, keseimbangan postur badan, bilangan anak panah yang dilepaskan dan jarak semasa aktiviti memanah dilakukan. Sehubungan itu, setiap jurulatih mestilah memastikan setiap atlet mereka benar-benar bersedia untuk menyertai sesuatu pertandingan dari segi kecergasan fizikal, teknik dan taktik dalam sukan memanah ini. Semua komponen ini hendaklah dilakukan secara sistematik dan berperingkat mengikut kebolehan dan keupayaan seseorang atlet.

METODOLOGI

Bahagian ini akan memberi penekanan terhadap tatacara perlaksanaan kajian dan menerangkan bagaimana kajian ini dijalankan. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti dan menganalisa pola kecederaan yang dialami oleh atlet yang belum menguasai kemahiran, atlet memanah peringkat negeri dan dan atlet memanah dari kumpulan elit (peringkat kebangsaan). Rekabentuk kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif. Instrumen kajian yang digunakan bagi tujuan pengumpulan data antaranya pemerhatian dan borang soal selidik. Subjek pula terdiri daripada 30 atlet yang dipilih secara rawak yang menyertai satu kejohanan memanah di sebuah negeri di Malaysia. Data-data mengenai pola kecederaan diambil selepas subjek-subjek tersebut menyertai satu kejohanan yang diadakan di

Pola Kecederaan Atlet Memanah Adaptasi Latihan dan Kecederaan

101

sebuah negeri di Malaysia. Data-data tersebut kemudiannya dikumpulkan dan diproses dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science versi 14.0 (SPSS 14.0).

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Berikut merupakan pola kecederaan yang dialami oleh subjek di dalam kajian ini. Pola kecederaan ini dinyatakkan secara keseluruhan dan diperincikan kepada jenis-jenis kecederaan dan penyebab kecederaan seperti yang dilaporkan oleh subjek kepada penyelidik.

Bahagian Kecederaan
80
PeratusKecederaan

60 40 20 0 AtasBadan BawahBadan Atasdanbawahbadan

Rajah 1: Bahagian Kecederaan Anggota Badan

Dapatan kajian menunjukkan peratusan kecederaan yang paling tinggi yang dilaporkan oleh subjek berlaku pada bahagian atas badan sahaja iaitu sebanyak 66.7% manakala pada bahagian bawah badan sahaja menunjukkan peratusan kecederaan yang paling

102

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

rendah iaitu 6.7%. Ini disebabkan perlakuan sukan memanah yang banyak menggunakan perulangan anggota atas badan badan bberbanding anggota bawah badan. Walaubagaimanapun, peratusan kecederaan yang dialami oleh atlet pada kedua-dua bahagian badan dilaporkan sebanyak 26.6%. Melalui pemerhatian, dapatan ini disebabkan oleh postur atlet ketika melakukan lepasan anak panah agak kurang baik dan seterusnya menyebabkan ketegangan dan kesakitan seterusnya kecederaan kepada kedua-dua bahagian tersebut. Seterusnya perincian kecederaan yang dialami oleh subjek pada bahagian badan akan diterangkan melalui rajah 2 dan rajah 3.
BahagianKecederaanAnggotaAtasBadan
PeratusKecederaan 50 40 30 20 10 0 Jari Bahu Siku Pergelangan tangan

Rajah 2: Bahagian Kecederaan Anggota Atas Badan

Rajah 2 menunjukkan bahawa bahagian kecederaan yang banyak dilaporkan oleh subjek berlaku pada bahagian jari iaitu sebanyak (41.5%) diikuti dengan bahu (40.2%), siku (15.8%) dan pergelangan tangan (2.5%). Kecederaan yang berlaku pada jari adalah blister dan koyakan yang disebabkan berlakunya perulangan geseran tali pada jari tersebut. Puncanya berlaku geseran ini adalah disebabkan teknik tarikan dan pelepasan tali

Adaptasi Latihan Atlet dan Kecederaan Pola Kecederaan Memanah

103

busur yang tidak betul. Menurut Leroyer et. al. (1993) seseorang atlet tidak sepatutnya memegang tali busur dengan terlalu ketat dan mengenakan tekanan/daya terhadap tali busur tersebut melalui jari mereka. Sebaliknya tali busur tersebut hanya perlu diletak pada jari dan daya tarikan tali busur tersebut bermula pada bahu. Kecederaan pada bahu adalah disebabkan kekuatan dan daya tahan otot subjek tersebut yang tidak mampu menampung perulangan daya yang dikenakan pada bahu. Ini kerana majoriti subjek memaklumkan kepada penyelidik mereka mengalami ketegangan dan ketidakselesaan pada otot bahu mereka menjelang lepasan anak panah 20 anak panah terakhir. Dan ini seterusnya akan menyebabkan penerbangan anak panah terpencong daripada sasaran sebenar. Kecederaan pada siku dan pergelangan tangan pula adalah disebabkan perlakuan teknik yang tidak betul kerana daya tarikan dan lepasan dikenakan pada bahagian tersebut.

Kecederaan Bahagian AnggotaBawah Badan


60 50 40 30 20 10 0 kaki pergelangan kaki tapakkaki paha lutut
Peratus Kecederaan

Rajah 3: Kecederaan Bahagian Anggota Bawah Badan

Kecederaan bahagian anggota bawah badan diperincikan kepada bahagian-bahagian tertentu seperti yang digambarkan pada rajah 3.

104

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan kecederaan yang dilaporkan oleh subjek berlaku pada otot/sendi/ligamen di bawah lutut iaitu dibahagian kaki, pergelangan kaki dan tapak kaki. Tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan berlaku pada otot/sendi/ligamen di atas paras lutut. Berdasarkan rajah 3, sebanyak 50% melaporkan kecederaan pada bahagian kaki dan masing-masing 25% pada pergelangan kaki dan tapak kaki. Kesemua kecederaan/ketidakselesaan yang dilaporkan melibatkan sedikit ketegangan otot pada bahagian-bahagan tersebut. Ini disebabkan subjek terpaksa berdiri dalam jangkamasa agak lama untuk menyelesaikan jumlah lepasan anak panah mengikut acara yang disertai. Mereka juga perlu mengimbangi badan, busur dan anak panah dengan baik sebelum, semasa dan selepas melepaskan anak panah ke sasaran sepanjang acara dijalankan. Keadaan ini akan memaksa subjek untuk mengenakan daya yang lebih kepada otot-otot kaki terutamanya pada gastrocnemius, Achilles tendon dan otot-otot pada tapak kaki untuk mengimbangi kedudukan mereka dengan baik. Bagi individu yang mempunyai postur yang kurang baik semasa melakukan aktiviti memanah, sudah pasti ia akan memberi daya tekanan yang lebih terhadap otot-otot tersebut.

KESIMPULAN

Kecederaan dikalangan atlet memanah menunjukkan satu trend atau pola tertentu yang boleh digunakan oleh jurulatih dan atlet sukan memanah untuk meningkatkan prestasi mereka. Melalui kajian ini, didapati kebanyakan atlet melaporkan kecederaan/ketidakselesaan berlaku pada bahagian atas badan berbanding bawah badan selepas menyertai kejohanan. Walaupun ada yang melaporkan kecederaan mereka berlaku pada kedua-dua bahagian badan, namun peratusannya masih kecil. Kecederaan banyak berlaku di atas badan disebabkan jenis sukan memanah ini yang banyak menggunakan bahagian atas badan berbanding bawah badan. Walaubagaiamanpun dalam mengimbangi badan untuk

Adaptasi Latihan Atlet dan Kecederaan Pola Kecederaan Memanah

105

melakukan panahan, otot-otot yang terletak pada bahagian bawah badan sangat diperlukan dan penggunaanya yang berlebihan akan menyebabkannya cedera. Sehubungan itu, daya yang dikenakan pada otot-otot anggota atas badan mahupun bawah badan mestilah seimbang dan setanding dengan kekuatan dan daya tahan otot-otot tersebut. Secara keseluruhanya dapat disimpulkan di sini bahawa aspek am, latihan, teknikal dan latihan harian merupakan salah satu keperluan yang perlu atlet atau jurulatih titik beratkan dalam melakukan aktiviti memanah. Ini kerana penggunaan daya yang berlebihan yang dikenakan pada bahagian tertentu anggota badan yang melebihi tahap sebenar kekuatan dan daya otot atlet akan mendorong berlakunya kecederaan dan seterusnya boleh mempengaruhi prestasi atlet tersebut.

RUJUKAN

Emin Ergan , Karol Hibner., (2004). Sports Medicine and Science in Archery. Federation Internationale De Tir A LARC. Switzerland. Ertan, H., dan Tuzun, M. (1998). Injury Pattern among Turkish Archers.Turkey. Leroyer ,P.,Hoecke,J.V.,Helal,J.N.(1993). Biomechanical study of the final push-pull in archery. Journal of Sport Sciences 11,63-69. McArdle , W.D., Katch, F.I., Katch, V.L. (2002) Essentials of Exercise Physiology. Lippincott Williams & Wilkins. USA.

106

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

10 POLA KECEDERAAN ATLET SILAT OLAHRAGA


Asha Hasnimy Mohd Hashim Mat Azmin Bakar
PENGENALAN

Silat merupakan salah satu sukan seni mempertahankan diri yang telah dipertandingkan diperingkat antarabangsa. Memandangkan sukan ini merupakan sukan yang melibatkan pertembungan di antara dua atlet maka kecenderungan untuk atlet cedera adalah tinggi. Kecederaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja terutamanya kepada yang kurang mementingkan ciri-ciri keselamatan semasa latihan mahupun pertandingan. Menurut Jaffe dan Minkoff, (1988), kebanyakkan individu yang mempelajari seni mempertahankan diri adalah lebih fokus untuk menyertai pertandingan dan mereka kurang menitikberatkan aspek keselamatan yang boleh mendatangkan kecederaan. Menyentuh mengenai kecederaan yang mungkin dialami oleh setiap atlet dalam sukan seni mempertahankan diri ini dapatlah dikatakan bahawa kecederaan adalah sesuatu yang amat penting dan perlu dititikberatkan bagi setiap atlet, pihak pengurusan dan setiap individu yang terlibat dalam sukan ini malah semua jenis sukan yang ada di dunia. Jika seseorang atlet yang mengalami kecederaan, sudah semestinya segala harapan yang diharapkan mungkin terkubur begitu sahaja. Oleh itu risiko kecederaan terutamanya kepada atlet amatlah perlu di utarakan kepada semua pihak Masalah kecederaan adalah antara yang paling digeruni oleh setiap atlet malah bagi setiap individu yang bersukan. Apabila

Adaptasi Latihan dan Kecederaan Pola Kecederaan Atlet Silat Olahraga

107

seseorang atlet telah mengalami kecederaan, adalah sukar untuk mereka mengembalikan tahap prestasi sediakala dalam masa yang singkat dan sudah semestinya sukar untuk meneruskan aktivitinya. Setiap atlet adalah berisiko mengalami kecederaan dan sebagai alternatif untuk mengelakkan daripada kecederaan tersebut berlaku adalah dengan memberikan pengetahuan tentang kecederaan dan punca-punca yang boleh mendatangkan kecederaan serta latihanlatihan kecergasan, teknik dan taktik yang mencukupi kepada setiap atlet yang bakal bertanding.

METODOLOGI KAJIAN Subjek: 15 orang atlet silat olahraga di sebuah negeri berumur 17 hingga 23 tahun yang terdiri dari 10 orang lelaki dan 5 orang wanita. Prosedur: Kecederaan atlet akan direkodkan selepas sesuatu pertandingan berlangsung dengan menggunakan borang yang disediakan oleh penyelidik. Kecederaan yang dilaporkan oleh atlet akan dikenalpasti dan direkod sendiri oleh penyelidik.

ANALISA DATA Kecederaan yang dilaporkan oleh atlet silat olahraga sepanjang kejohanan dianalisis dan diklasifikasikan mengikut kategori yang sesuai. Berikut merupakan analisa data yang telah dibuat.
PeratusKecederaanBahagianBadan 60 Peratus 40 20 0 AtasBadan BawahBadan Muka&kepala

108

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Rajah 1: Peratus Kecederaan Bahagian Badan

Hasil kajian menunjukkan bahagian kecederaan yang banyak dialami oleh atlet silat olahraga setelah menyertai beberapa kecederaan adalah pada bahagian badan iaitu sebanyak 54.5% berbanding bahagian bawah badan iaitu 39.8% dan kecederaan paling sedikit berlaku pada bahagian muka dan kepala iaitu 5.7%.
PeratusJenisJenisKecederaan

40
Peratus

30 20 10 0 Lebam Bengkak Melecet Luka Ketegangan Terseliuh Lain lain

Rajah 2: Peratus Jenis-Jenis Kecederaan

Bagi jenis-jenis kecederaan yang sering dialami oleh atlet silat olahraga, peratusan atlet yang mengalami lebam adalah paling tinggi iaitu 36.9% diikuti kebengkakkan 18.5%, melecet 14.8% dan ketegangan 11.3%. Kecederaan terseliuh menunjukkan peratusan agak rendah iaitu 8.2% diikuti luka 4.6% dan kecederaan lain-lain 3.7%. Hasil daripada kajian ini telahpun menjelaskan bahawa kecederaan adalah sesuatu yang utama perlu dititikberatkan apabila menceburkan diri dalam sukan terutamanya sukan seni mempertahankan diri, khasnya silat olahraga. Daripada analisis yang diperolehi menunjukkan hampir setiap atlet yang bertanding dalam silat olahraga akan mengalami kecederaan. Pelbagai jenis

Adaptasi Latihan dan Kecederaan Pola Kecederaan Atlet Silat Olahraga

109

kecederaan dapat dikenalpasti dan bahagian-bahagian kecederaan pada badan adalah menyeluruh. Selain itu sebab kecederaan juga menunjukkan kepelbagaiannya yang boleh berlaku kecederaan. Walaupun tidak menunjukkan tahap kecederaan yang serius, ianya sedikit sebanyak boleh menyebabkan kemerosotan prestasi seseorang atlet. Oleh itu setiap pihak seharusnya sedar tentang risiko sesuatu kecederaan dan cuba untuk mengelakkan daripada berlakunya kecederaan. Sikap mengambil tahu dan ambil berat tentang masalah kecederaan adalah cara yang terbaik dan utama untuk mengelakkan daripada kecederaan berlaku.

PENUTUP

Kajian yang telah dijalankan adalah untuk mengenalpasti kecederaan yang dialami oleh atlet silat olahraga selepas pertandingan termasuk jenis, bahagian, sebab dan tahap kecederaan. Setelah hasil kajian diperolehi didapati terdapat pelbagai kecederaan dikenalpasti dialami oleh atlet silat. Jika dilihat daripada kajian pengkaji-pengkaji lain juga dapatlah kita rumuskan bahawa kecederaan boleh berlaku kepada setiap atlet tidak kira apapun sukan yang diceburi. Tetapi kecederaan ini boleh dielak sekiranya setiap orang mengetahui dan mengambil berat tentang masalah kecederaan serta dapat mengenalpasti jenis-jenis kecederaan dan bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku. Secara automatik setiap individu itu akan berusaha untuk mengelak daripada berlakunya kecederaan dan secara tidak lansung juga dapat mengurangkan kecederaan kepada orang lain. RUJUKAN Cobin, C.B. and Linsey, R. (2004), Definitions: Health, Fitness, and Physical Activity. The President's Council on Physical Fitness and Sports. Dubuque, Iowa.

110

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Falis, E, Bauhaus, G and Rogers, B (1994), Merchantability Or Fitness For A. Particular Purpose, Florida State Universitys. 1185-1190. Fetto, J.F. (1994), Judo and karate-do, In: Sports injuries:mechanisms, prevention and treatment. Baltimore Medical:Williams and Wilkins. Jaffe,L. and Minkoff, J. .(1988), Martial Arts: a perspective on their evolution, injuries, and training formats. Orthop Rev. 66(5): 741-4 James, G. and Clement, W. (1978), Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD) and Risk of Injuries. Department of health and human services, USA. Loes, D.M. and Goldie, I.(1988), Incidence rates of injuries during sport activity and physical exercise in a rural Swedish municipality: Incidence rates in 17 sports. International Journal Sports Medicine. 8(1): 9-14. Willy Pieter (1997), Martial Arts Injuries. School of Health Sciences, Science University of Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia. 15(1): 15-21. Zetaruk, M.N. (2005), Injuries In Martial Arts: A Comparison Of Five Styles. British Journal of Sports Medicine. 66(5): 741-4

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

111

11 AKTIVITI GELOMBANG OTAK SEMASA REHAT, SUDOKU DAN SELEPAS SIMULASI PERLAWANAN TAEKWONDO
Zainal Abidin Zainuddin Izwyn Zulkapri

PENDAHULUAN Otak merupakan organ elektrokimia yang mempunyai kawalan ke atas sistem saraf tunjang dan juga sistem saraf periferi. Ia mengawal kesemua aktiviti tubuh manusia sama ada secara tidak sedar (luar kawal) atau dalam keadaan sedar. Sel-sel otak berkomunikasi antara satu sama lain dengan menghasilkan impuls. Gelombang otak dijana oleh sel-sel yang dikenali sebagai neuron yang merupakan komponen asas otak. Terdapat lima kategori gelombang otak utama yang merangkumi gelombang dengan jumlah aktiviti yang terbanyak (frekuensi tinggi, amplitud rendah) sehingga gelombang dengan jumlah aktiviti yang sedikit (frekuensi rendah, amplitud tinggi). Setiap kategori berbeza dari segi amplitud dan frekuensi. Lima kategori gelombang otak adalah gelombang beta, alpha, delta, theta dan gamma. Gelombang beta (13Hz 40Hz) adalah gelombang otak dengan frekuensi yang paling tinggi dan wujud apabila seseorang itu terlibat secara aktif dalam aktiviti mental seperti berfikir dan menyelesaikan masalah. Ia berhubung kait dengan tahap kepekaan yang tinggi dan tumpuan ditujukan kepada dunia luar. Gelombang alpha (8Hz 13Hz) adalah lebih perlahan jika dibandingkan dengan gelombang beta. Gelombang ini hadir apabila seseorang individu rileks serta berada dalam keadaan yang tenang dan juga

112

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

ketika meditasi dengan mata tertutup. Ia adalah tahap kesedaran mental yang tenang dan sesuai melakukan refleksi diri. Apabila seseorang individu memasuki alam angan-angan, gelombang theta (4Hz 8Hz) memainkan peranannya. Ini juga dikenali sebagai tahap meditasi yang tertinggi di mana pengaliran idea yang bebas tanpa sebarang halangan dapat diperoleh dan ini membolehkan pemikiran secara mendalam dan optimum berlaku. Gelombang dengan amplitud yang terbesar dan frekuensi yang terendah adalah gelombang delta (0.5Hz 4Hz). Ia adalah keadaan di mana seseorang individu tidak lagi berada dalam alam realiti (dari segi pemikiran) dan berupaya mengalami ketenangan yang mendalam. Aktiviti elektrik dalam otak dapat diukur dan direkod menggunakan bacaan yang diperoleh daripada elektrod yang diletakkan di kepala. Ujian yang mengukur aktiviti elektrik otak juga dikenali sebagai electroencephalogram (EEG). EEG tidak mengukur aliran elektrik dalam otak tetapi mengukur perbezaan voltan antara bahagian-bahagian otak yang berlainan. Ujian ini adalah satu proses yang tidak sakit dan tidak menceroboh pemikiran subjeknya. EEG berupaya mengesan perubahan aktiviti elektrik dalam otak pada tahap milisaat. Ia juga boleh mengesan perubahan yang kecil dan kecacatan pada aktiviti elektrik dalam otak. Bacaan EEG dikatakan berbeza dalam keadaan yang berbeza di mana aktiviti yang dijalankan akan mempengaruhi aktiviti setiap gelombang otak dan ini menentukan tahap penggunaan mental mahupun tahap ketenangan mental. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan membandingkan corak gelombang otak atlet taekwondo dalam keadaan dan situasi yang berbeza iaitu semasa rehat, semasa bermain sudoku dan selepas simulasi perlawanan taekwondo.

METODOLOGI

Kajian ini berbentuk eksperimental dan dijalankan ke atas tiga orang atlet taekwondo yang berpengalaman mewakili negeri dalam

Aktiviti Gelombang Otak Sebelum, Semasa Bermain Sudoku dan Selepas Adaptasi Latihan dan Kecederaan Simulasi Perlawanan Taekwando

113

menyertai pertandingan taekwondo peringkat kebangsaan. Pengumpulan data dijalankan dalam tiga fasa iaitu semasa rehat, semasa bermain sudoku dan selepas simulasi perlawanan taekwondo (light simulation sparring). Ketiga-tiga fasa dijalankan di Makmal Kecergasan Sains Sukan, Fakulti Pendidikan. Subjek diberi taklimat mengenai prosedur kajian dan dikehendaki mengisi borang maklumat diri serta borang perjanjian sebagai persetujuan menjadi subjek kajian sebelum dibenarkan menjalankan prosedur ujian. Penyelidik kemudian memasang tiga elektrod mengikut prosedur pemasangan pada kulit kepala di bahagian temporal dan occipital di sebelah kiri otak. Penyelidik akan merekodkan aktiviti elektrik otak subjek menggunakan EEG selama dua minit. Pengambilan data menggunakan EEG dalam perisian Biopac Student Lab dijalankan dalam tiga fasa iaitu semasa rehat, semasa bermain sudoku dan selepas perlawanan simulasi (light simulation sparring). Selepas selesai mengambil data dalam fasa ketiga, subjek dikehendaki melakukan aktiviti cooling down. Fasa semasa rehat. Subjek dikehendaki duduk dengan rileks dan memejam mata tanpa melakukan sebarang pergerakan yang besar sambil mendengar muzik jenis instrumental yang dimainkan. Penyelidik akan merekodkan aktiviti elektrik otak selama dua minit menggunakan EEG untuk mendapatkan data mentah dalam bentuk gelombang otak. Fasa semasa bermain sudoku. Fasa kedua ini dijalankan 30 minit selepas fasa pertama selesai dilaksanakan. Subjek diberi permainan sudoku mengikut tahap kebolehan dan kebiasaan setiap subjek bermain sudoku. Subjek dikehendaki menyelesaikan masalah berbentuk permainan nombor yang diberikan. EEG digunakan untuk merekodkan aktiviti elektrik otak selama dua minit. Fasa selepas simulasi perlawanan taekwondo. 30 minit selepas fasa kedua selesai, subjek dikehendaki melakukan aktiviti memanaskan badan sebagai persediaan untuk simulasi perlawanan taekwondo. Simulasi perlawanan dijalankan sebanyak dua pusingan dengan setiap pusingan selama tiga minit di mana subjek

114

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

akan berlawan dengan pasangan yang telah ditetapkan. Subjek diberi rehat seminit di antara pusingan. Aktiviti elektrik otak direkodkan selama dua minit menggunakan EEG sejurus selepas tamat pusingan kedua perlawanan simulasi. Perkakasan dan perisian Biopac Student Lab digunakan untuk merekodkan data mentah melalui program EEG. Data diperoleh daripada ketiga-tiga fasa dalam bentuk gelombang otak (selama dua minit) yang akan dipecahkan mengikut frekuensi untuk mendapatkan data bagi setiap jenis gelombang otak iaitu beta, alpha, theta dan delta. Data bagi setiap jenis gelombang otak kemudian akan dianalisis. Data mentah dianalisis menggunakan perisian Biopac Student Lab setelah setiap jenis gelombang dipisahkan dengan perubahan tertinggi daripada nilai sifar bagi setiap empat saat ditentukan untuk setiap jenis gelombang. Corak aktiviti gelombang otak yang diperoleh adalah untuk menjawab persoalanpersoalan kajian. Analisis data diteruskan dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 11.5 dalam komputer. Ujian perbandingan repeated measures analysis of variance (ANOVA) digunakan untuk menguji hipotesis kajian dan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan ke atas aktiviti elektrik otak semasa rehat, semasa bermain sudoku dan selepas simulasi perlawanan taekwondo.

KEPUTUSAN Subjek yang dipilih bagi kajian ini berumur dalam lingkungan 18 hingga 21 tahun. Berdasarkan analisis yang dijalankan, purata dan sisihan piawai (min SP) bagi umur, berat dan tinggi subjek ialah umur (19.67 1.53 tahun), berat (57.33 13.65 kg) dan tinggi (163.00 8.19 cm).

Aktiviti Gelombang Otak Sebelum, Semasa Bermain Sudoku dan Selepas Adaptasi Latihan dan Kecederaan Simulasi Perlawanan Taekwando
7 6 5 TAHUN

115

18 16 14 12 10 8 6 4 2 0
A B SUBJEK C
Emas Perak Gangsa

3 2 1 0

BIL

B SUBJEK

Pengalaman subjek dalam pertandingan

Pencapaian subjek dalam pertandingan

Rajah 1: Graf pengalaman dan pencapaian subjek dalam pertandingan

Subjek A dan B mempunyai pengalaman bertanding selama enam tahun manakala subjek C mempunyai lima tahun pengalaman. Pencapaian subjek A ialah 16 emas, lima perak dan empat gangsa. Subjek B mempunyai pencapaian lapan emas, lima perak dan empat gangsa manakala subjek C mempunyai pencapaian lima emas dan enam perak.

116

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

SUBJEK A (REHAT)
55 50 45 40

Gelombang Otak (V)

35 30 25 20 15 10 5 0 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 130

EEG BETA ALPHA THETA DELTA

MASA (saat)

SUBJEK B (REHAT)
130 120 110 100

Gelombang Otak (V)

90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 130

EEG BETA ALPHA THETA DELTA

MASA (saat)

SUBJEK C (REHAT)
70

60

Gelombang Otak (V)

50

40

30

EEG BETA ALPHA THETA DELTA

20

10

0 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 130

MASA (saat)

Rajah 2: Corak gelombang otak subjek A, B dan C semasa rehat

Aktiviti Gelombang Otak Sebelum, Semasa Bermain Sudoku dan Selepas Adaptasi Latihan dan Kecederaan Simulasi Perlawanan Taekwando
SUBJEK A (SUDOKU)
40 35 30

117

Gelombang Otak (V)

25 20 15 10 5 0 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 130

EEG BETA ALPHA THETA DELTA

MASA (saat)

SUBJEK B (SUDOKU)
90 80 70

Gelombang Otak (V)

60 50 40 30 20 10 0 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 130

EEG BETA ALPHA THETA DELTA

MASA (saat)

SUBJEK C (SUDOKU)
100 90 80

Gelombang Otak (V)

70 60 50 40 30 20 10 0 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 130

EEG BETA ALPHA THETA DELTA

MASA (saat)

Rajah 3: Corak gelombang otak subjek A, B dan C semasa bermain sudoku

118

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

SUBJEK B (SIMULASI)
225 200 175

Gelombang Otak (V)

150 125 100 75 50 25 0 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 130

EEG BETA ALPHA THETA DELTA

MASA (saat)

SUBJEK C (SIMULASI)
180 165 150

Gelombang Otak (V)

135 120 105 90 75 60 45 30 15 0 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 130

EEG BETA ALPHA THETA DELTA

MASA (saat)

Rajah 4: Corak gelombang otak subjek A, B dan C selepas simulasi perlawanan

Aktiviti gelombang otak beta dianalisis menggunakan analisis repeated measures ANOVA dengan keadaan ujian (rehat vs. sudoku vs. selepas simulasi taekwondo) sebagai faktor dalam subjek. Sphericity assumption diterima dengan main effect keadaan ujian adalah tidak signifikan, F(2, 4) = 0.531, p = 0.625, p > 0.05. Oleh itu, hipotesis nol yang pertama yang menyatakan tidak terdapat yang signifikan bagi aktiviti gelombang otak beta atlet taekwondo semasa rehat, semasa bermain sudoku dan selepas simulasi perlawanan taekwondo diterima.

Aktiviti Gelombang Adaptasi Otak Sebelum, Semasa Bermain Sudoku dan Selepas Latihan dan Kecederaan Simulasi Perlawanan Taekwando

119

Aktiviti gelombang otak alpha dianalisis menggunakan analisis repeated measures ANOVA dengan keadaan ujian (rehat vs. sudoku vs. selepas simulasi taekwondo) sebagai faktor dalam subjek. Sphericity assumption diterima dengan main effect keadaan ujian adalah signifikan, F(2, 4) = 19.966, p = 0.008, p < 0.05. Perbandingan Post-hoc menggunakan Bonferroni adjustment untuk pelbagai perbandingan dilaksanakan. Aktiviti gelombang otak alpha semasa rehat (M = 22.331, SD = 2.540) dan semasa bermain sudoku (M = 5.647, SD = 1.304) menunjukkan perbezaan yang signifikan p = 0.045, p < 0.05. Manakala perbandingan antara aktiviti gelombang otak alpha semasa bermain sudoku (M = 5.647, SD = 1.304) dan selepas simulasi perlawanan taekwondo (M = 12.054, SD = 4.671) serta aktiviti gelombang otak alpha semasa rehat (M = 22.331, SD = 2.540) dan selepas simulasi perlawanan taekwondo (M = 12.054, SD = 4.671) adalah tidak signifikan dengan nilai p masing-masing ialah p = 0.253 dan p = 0.314 iaitu p > 0.05. Oleh itu, hipotesis alternatif yang kedua yang menyatakan terdapat perbezaan yang signifikan bagi aktiviti gelombang otak alpha atlet taekwondo semasa rehat, semasa bermain sudoku dan selepas simulasi perlawanan taekwondo diterima. Aktiviti gelombang otak theta dianalisis menggunakan analisis repeated measures ANOVA dengan keadaan ujian (rehat vs. sudoku vs. selepas simulasi taekwondo) sebagai faktor dalam subjek. Sphericity assumption diterima dengan main effect keadaan ujian adalah tidak signifikan, F(2, 4) = 1.075, p = 0.423, p > 0.05. Oleh itu, hipotesis nol yang ketiga yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi aktiviti gelombang otak theta atlet taekwondo semasa rehat, semasa bermain sudoku dan selepas simulasi perlawanan taekwondo diterima. Aktiviti gelombang otak alpha dianalisis menggunakan analisis repeated measures ANOVA dengan keadaan ujian (rehat vs. sudoku vs. selepas simulasi taekwondo) sebagai faktor dalam subjek. Sphericity assumption diterima dengan main effect keadaan ujian adalah signifikan, F(2, 4) = 27.842, p = 0.004, p < 0.05. Perbandingan Post-hoc menggunakan Bonferroni adjustment untuk pelbagai perbandingan dilaksanakan. Aktiviti gelombang otak

120

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

delta semasa bermain sudoku (M = 17.409, SD = 4.993) dan selepas simulasi perlawanan taekwondo (M = 100.039, SD = 8.066) menunjukkan perbezaan yang signifikan p = 0.045, p < 0.05. Manakala perbandingan antara aktiviti gelombang otak delta semasa rehat (M = 26.821, SD = 21.114) dan semasa bermain sudoku (M = 17.409, SD = 4.993) serta aktiviti gelombang otak delta semasa rehat (M = 26.821, SD = 21.114) dan selepas simulasi perlawanan taekwondo (M = 100.039, SD = 8.066) adalah tidak signifikan dengan nilai p masing-masing ialah p = 0.253 dan p = 0.314 iaitu p > 0.05. Oleh itu, hipotesis alternatif yang keempat yang menyatakan terdapat perbezaan yang signifikan bagi aktiviti gelombang otak delta atlet taekwondo semasa rehat, semasa bermain sudoku dan selepas simulasi perlawanan taekwondo diterima.

PERBINCANGAN

Corak EEG adalah untuk menunjukkan bahawa alat yang digunakan berfungsi di mana terdapat perubahan pada corak EEG. Corak EEG bagi subjek A dan subjek C adalah hampir serupa dalam ketiga-tiga keadaan manakala subjek B mempunyai corak EEG yang serupa dengan dua subjek yang lain hanya selepas simulasi perlawanan. Corak EEG bagi subjek B semasa rehat adalah lebih tinggi daripada subjek lain dan coraknya berubahubah semasa bermain sudoku. Ini kerana EEG menunjukkan aktiviti gelombang otak secara keseluruhan dengan mengambil kira semua gelombang otak (beta, alpha, theta dan delta). Maka perubahan pada mana-mana gelombang akan mempengaruhi bacaan keseluruhan iaitu EEG. Corak gelombang otak subjek A dan subjek C menunjukkan gelombang alpha yang lebih dominan di sepanjang dua minit bacaan direkodkan berbanding gelombang otak yang lain. Gelombang otak alpha yang tinggi menunjukkan bahawa kedua-dua subjek berada dalam keadaan rileks dan tenang dari segi

Aktiviti Gelombang Otak Sebelum, Semasa Bermain Sudoku dan Selepas Adaptasi Latihan dan Kecederaan

121

Simulasi Perlawanan Taekwando

pemikiran dengan mata tertutup. Keputusan ini disokong oleh Teplan (2002) yang menyatakan dalam kajiannya bahawa gelombang otak alpha dirangsang dengan menutup mata serta relaksasi. Bagi subjek B pula, corak gelombang otak yang diperoleh menunjukkan bahawa gelombang otak delta adalah gelombang yang lebih dominan secara keseluruhannya diikuti oleh gelombang beta. Ini menunjukkan bahawa walaupun subjek berada dalam tahap relaksasi dan ketenangan yang agak tinggi (delta tinggi), terdapat tanda-tanda bahawa subjek tidak rileks sepenuhnya (beta sederhana tinggi). Ini mungkin disebabkan subjek melakukan pergerakan-pergerakan kecil semasa bacaan diambil walaupun diminta untuk rileks tanpa sebarang pergerakan. Pendapat ini serupa dengan pendapat John (1979) yang menyatakan bahawa jika subjek yang diuji bergerak, sama ada mata atau kepala, elektrod yang dilekatkan pada kulit kepala mungkin mengesan tindak balas elektrik yang mungkin dikelirukan sebagai isyarat gelombang otak. Corak gelombang otak semasa bermain sudoku bagi ketigatiga subjek adalah hampir serupa di mana gelombang otak delta adalah lebih dominan berbanding gelombang otak yang lain manakala gelombang otak beta adalah gelombang yang kedua tinggi aktivitinya. Hasil kajian ini bercanggah dengan kenyataan Teplan (2002) dalam kajiannya iaitu ketika tahap kesedaran yang normal dengan mata terbuka, gelombang otak beta adalah gelombang otak yang dominan. Hasil kajian yang diperoleh berbeza dengan kajian dahulu mungkin kerana permainan sudoku tidak berupaya merangsang subjek untuk berfikir pada tahap yang tinggi, sama ada disebabkan kebiasaan subjek bermain sudoku atau tidak bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan masalah yang diberikan yang seterusnya menyebabkan subjek tenang dalam keadaan tersebut. Corak aktiviti gelombang otak selepas simulasi perlawanan taekwondo menunjukkan corak yang menarik di mana corak gelombang otak bagi ketiga-tiga subjek menunjukkan aktiviti gelombang otak delta yang jauh lebih tinggi daripada aktiviti yang ditunjukkan oleh gelombang-gelombang otak yang lain. Aktiviti

122

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

bagi gelombang yang lain berada pada paras yang rendah dengan pengecualian bagi subjek C di mana kelihatan gelombang beta yang tinggi sedikit berbanding gelombang alpha dan theta. Gelombang otak delta yang tinggi menunjukkan bahawa aktiviti fizikal seperti simulasi perlawanan taekwondo boleh menyebabkan seseoarang itu berada pada tahap relaksasi mental yang sangat tinggi. Ini dapat dilihat bukan sahaja pada seorang subjek tetapi ketiga-tiga subjek yang digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian ini selari dapatan kajian Rau et al. (1998) yang dijalankan ke atas atlet judo. Mereka mendapati bahawa gelombang delta meningkat ke tahap yang signifikan selepas lakuan mencekik dalam judo. Simulasi perlawanan taekwondo telah menyebabkan keletihan fizikal yang berupaya memberikan ketenangan mental. Ketenangan mental yang wujud hasil daripada aktiviti fizikal dalam bentuk simulasi perlawanan taekwondo menunjukkan bahawa aktiviti fizikal berupaya meningkatkan tahap relaksasi dan seterusnya akan memulihkan mood seseorang. Dapatan kajian ini serupa dengan dapatan kajian Shunichi (2007) yang menyatakan bahawa selepas aktiviti fizikal dan kecergasan yang dijalankan, didapati mood pelajar universiti adalah lebih baik. Beliau mencadangkan bahawa aktiviti fizikal dalam kelas pendidikan jasmani dapat meningkatkan mood pelajar. Ini diperkukuhkan lagi oleh kajian yang dijalankan oleh Meeusen (2005). Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa latihan fizikal boleh dianggap sebagai satu anti-depressant semula jadi kerana terdapat neurotransmitter yang dipengaruhi oleh latihan fizikal yang berkala.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti corak aktiviti gelombang otak dalam tiga keadaan yang berbeza iaitu semasa rehat, semasa bermain sudoku dan selepas simulasi perlawanan taekwondo. Kemudian perbandingan

Aktiviti Gelombang Otak Sebelum, Semasa Bermain Sudoku dan Selepas Adaptasi Latihan dan Kecederaan

123

Simulasi Perlawanan Taekwando

terhadap aktiviti gelombang otak bagi ketiga-tiga keadaan dilakukan untuk melihat persamaan atau perbezaan aktiviti gelombang otak antara keadaan. Dapatan kajian telah mencapai semua objektif yang telah ditetapkan iaitu dengan menggunakan electroencephalography (EEG), aktiviti gelombang otak direkodkan dan kemudian perbezaan tertinggi dari nilai sifar dikenal pasti untuk mendapatkan corak aktiviti gelombang otak. Ketiga-tiga keadaan (rehat, sudoku dan selepas simulasi perlawanan) memberikan corak gelombang otak yang berbeza disebabkan keperluan setiap keadaan adalah berlainan sama ada duduk dengan rileks, berfikir untuk menyelesaikan masalah ataupun menjalani aktiviti fizikal. Walaupun corak gelombang otak setiap keadaan kelihatan berbeza, hanya gelombang otak alpha dan delta yang menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan apabila analisis statistik menggunakan repeated measures ANOVA dijalankan. Kedua-dua gelombang otak beta dan theta pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tiga keadaan. Corak gelombang otak selepas simulasi perlawanan adalah menarik di mana aktiviti simulasi perlawanan dapat merangsang peningkatan tahap relaksasi mental yang drastik.

RUJUKAN

Susmakova, K. (2004). Human Sleep and Sleep EEG. Measurement Science Review. Volume 4, Section 2. Institute of Measurement Science. Teplan, M. (2002). Fundamentals of EEG Measurement. Measurement Science Review. Volume 2, Section 2. Institute of Measurement Science. Crevecoeur, G., Hallez, H., Van Hese, P., Asseler, Y. D., Dupre, L., and Van de Sforza, E., Grandin, S., Jouny, C., Rochat, T., and Ibanez, V. (2002). Is Waking Electroencephalographic Activity A Predictor Of Daytime

124

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Sleepiness In Sleep-Related Breathing Disorders? European Respiratory Journal. 19, 645-652, European Respiratory Journal. Susmakova, K. (2004). Human Sleep and Sleep EEG. Measurement Science Review. Volume 4, Section 2. Institute of Measurement Science. Meeusen, R. (2005). Exercise and Brain, Is There Any Evidence That Exercise Works for Rehabilitation? 10th Annual Congress of the European College of Sport Science. 13-16 July. Belgrade, Serbia, 29-30. Shunichi, T. (2007). The Mood Before and After Physical Activity in Two Different Physical Education Classes At University In Japan. 12th Annual Congress of the European College of Sport Science. 11-14 July. Jyvaskyla, Finland. Susmakova, K. (2004). Human Sleep and Sleep EEG. Measurement Science Review. Volume 4, Section 2. Institute of Measurement Science.

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

125

12 LATIH TUBI DAN TAHAP KEBIMBANGAN DALAM PERMAINAN BOLING PADANG


Hafizah Harun Norashida Abdul Rahman
PENGENALAN

Persatuan Boling Padang Malaysia (PBPM) telah ditubuhkan pada tahun 1997. Asas kewujudan PBPM ialah keanggotaan daripada negeri-negeri dan peranan persatuan ini adalah mengadakan skimskim latihan, motivasi dan sains sukan. Sebaik sahaja kerajaan Malaysia mendapat keputusan untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada tahun 1998, kerajaan Malaysia mulai serius dalam membina infrastruktur bagi permainan boling padang. Terdapat beberapa gelanggang sintetik dibina di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Perlis, Alor Star, Perak, Selangor, Melaka, Johor dan Terengganu (Ahmad Sarji, 2005). Di Malaysia, sukan ini dimainkan oleh golongan muda berbanding dengan negara-negara Eropah yang kebanyakkan pemain terdiri dari golongan yang telah bersara. Boling padang dimainkan di padang berukuran 40m x 40m. Terdapat beberapa rink (kawasan khas) di padang dimana pemain perlu bermain di dalam rink dan empat kategori dipertandingkan dalam permainan ini iaitu; single, pairs, triple, dan fours (Judson, 2004). Setiap pemain perlu membaling empat biji bola (bowl) satu demi satu dan matlamat utama balingan yang dilakukan adalah untuk mendekati bola putih yang dikenali sebagai jack. Jarak di antara pembaling (bowler) dan jack selalunya berada lebih dari 30 m yang dipengaruhi oleh balingan mula dari salah seorang dari

126

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

pertanding. Mata akan diperolehi jika bola yang dibaling paling dekat jack berbanding pihak lawan- contohnya satu bola bersamaan satu mata (Silk, Hammond, dan Weatherby, 2006). Keadaan yang perlu diterapkan semasa membuat balingan adalah kawalan minda supaya fokus dan tenang (Salter dan Bliss, 1997). Sukan ini juga menekankan penguasaan membuat balingan yang konsisten. Antara kemahiran teknikal ialah kemahiran membuat balingan/bowl delivery berjarak dekat, sederhana dan jauh. Dalam sesuatu perlawanan kaedah spesifik untuk menguasai dan meningkatkan prestasi ialah melakukan latih tubi balingan kerana atlet yang berupaya membuat balingan jauh selalunya mendapat skor yang tinggi. Balingan jauh merupakan salah satu kemahiran yang sukar untuk dikuasai kerana ianya melibatkan jarak balingan sejauh 36 meter menuju ke arah sasaran jack (Silk, Hammond, dan Weatherby, 2006). Prestasi atlet juga dikatakan mempunyai hubungan yang positif dengan intensiti latihan. Walaubagaimanapun, peningkatan perlulah dilakukan secara beransur-ansur berlandaskan kepada prinsip-prinsip latihan sukan seperti ansur maju dan latih tubi yang berulang-ulang. Dalam sukan ini, balingan yang konsisten memainkan peranan yang penting kerana pemain dikehendaki melakukan beberapa balingan sepanjang masa permainan (Judson, 2003). Selain konsistensi, ketepatan juga merupakan perkara utama yang mempunyai kaitan dalam membantu seseorang atlet mengulangi perlakuan dengan tepat secara maksimum. Menurut Judson (2003), kebiasaannya orang yang baru mempelajari sukan ini sukar untuk melakukan kemahiran balingan jauh. Oleh sebab itu, bagi memastikan ianya berada dalam keadaan yang konsisten, mereka perlulah sentiasa mempraktiskan kemahiran sukan ini sepanjang masa. Objektif mempraktiskan kemahiran sukan boling padang adalah berbeza-beza dan ianya perlulah sesuai dengan tahap prestasi seseorang. Sebagai contoh, orang yang baru mempelajari sukan ini akan menghadapi sedikit kesukaran dalam melakukan kemahiran membaling bola dengan menggunakan teknik yang sepatutnya. Biasanya, lakuan mereka akan kekurangan dari segi kelancaran pergerakan bola dan juga dari aspek

Latih Tubi dan Tahap Kebimbangan Permainan Boling Padang Adaptasi Latihandalam dan Kecederaan

127

konsistensi. Terdapat tiga aspek dalam penguasaan konsistensi iaitu balingan yang tepat secara berturutan, penurunan kesalahan lakuan dan peningkatan ketepatan. Atlet juga perlulah bijak dalam mengawal kebimbangan semasa membuat balingan Oleh sebab itu, setiap atlet boling padang haruslah menguasai aspek kemahiran teknikal dan mengawal psikologi bagi menjamin mutu persembahan mereka. Kebiasaannya, bagi perlawanan antarabangsa pemain melakukan lebih daripada lapan balingan daripada sembilan ends (Silk, Hammond, dan Weatherby, 2006). Jika lakuan yang dibuat oleh seseorang atlet berada dalam keadaan yang konsisten ini seterusnya dapat membantu mereka dalam peningkatan prestasi.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian adalah berbentuk deskriptif dan melibatkan lima belas orang atlet boling padang wanita. Mereka telah dipilh secara rawak daripada populasi atlet yang akan menyertai SUKMA (Sukan Malaysia ) di Terengganu 2008 dari kalangan pemain UTM (Universiti Teknologi Malaysia) dan pemain SUKMA negeri Johor 2007-2008. Purata umur subjek ialah diantara 17-23 tahun. Subjek yang dipilih merupakan mereka yang mempunyai sekurangkurangnya satu tahun pengalaman dalam sukan ini. Selain daripada menjalani program latihan dari jurulatih MSNJ (Majlis Sukan Negeri Johor) secara berpusat selama 6 minggu di Johor Bahru mereka juga mengikuti program yang disediakan oleh penyelidik. Dari lima belas subjek yang terpilih mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan: A- menjalani program latihan balingan jauh 36 meter (BJ36) yang disediakan oleh penyelidik. Mereka perlu melakukan balingan mengikut kadar yang telah ditetapkan dalam jadual latihan. B-Menjalani program latihan balingan jauh disamping latihan bebanan iaitu mengangkat dumbell secara (arm culr) yang disediakan oleh penyelidik. C-

128

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Kumpulan ini adalah kumpulan kawalan. Mereka hanya diuji pra dan pos tanpa apa jua program latihan oleh penyelidik dan hanya menjalani program latihan biasa.
Jadual 1: Demografi subjek (min dan SP) Kump A B C Umur(thn) 19.5 + 1.3 19.3 + 1.5 17.3 + 2.1 Berat (kg) 57.5 + 0.5 50 + 0.2 45.3 + 0.4 Tinggi (cm) 159 + 0.1 157 + 0.2 157 + 0.2 Penglibatan (thn) 2 3 3

Tempat kajian yang dipilih bagi menjalankan kajian ini adalah di Kompleks Belia dan Sukan negeri Johor di Johor Bahru. Tempat ini dipilih kerana tempat ini merupakan salah satu tempat yang mempunyai kelengkapan padang permainan boling padang. Pemerhatian dilakukan oleh penyelidik untuk mengira jumlah balingan bola yang masuk dalam kawasan lingkungan yang ditentukan dan berkedudukan paling dekat dengan jack. Kedudukan atau jarak yang ditentukan ini berukuran 20, 40 dan 60 cm berjejari di sekeliling jack. Cubaan atau ulangan balingan adalah sebanyak 40 kali dari kedudukan pembaling dan jack sejauh (>30m). Rakaman video digunakan bagi membantu proses perekodan skor dan menilai secara kualitatif teknik balingan subjek (untuk penggunaan jurulatih mengenalpasti kesilapan sebjek). Ujian ini dilakukan oleh subjek secara ujian pra dan ujian pos dan min skor jumlah balingan yang memasuki kawasan yang ditentukan sahaja direkodkan. Aspek konsistensi pula dilihat melalui ketepatan yang berturutan terhadap jejari yang ditandakan. Apabila sesi pengujian selesai dijalankan penyelidik mengedarkan borang soal selidik SCAT. Terdapat dua jenis data yang dikumpul sepanjang kajian ini dijalankan. Data tersebut terdiri daripada ketepatan balingan jauh ke arah jack dalam lingkungan jejari yang disediakan semasa ujian

Latih Tubi dan Tahap Kebimbangan dalam Permainan Boling Padang Adaptasi Latihan dan Kecederaan

129

pra dan ujian pos. Data kedua adalah daripada soal selidik SCAT iaitu tahap kebimbangan atlet semasa ujian pra dan ujian pos.

Rajah 1: Lakaran kedudukan subjek dan target semasa menjalani latihan dan ujian balingan jauh > 30 m

Setiap data yang diperolehi dikumpulkan kemudian data tersebut diproses bagi mendapatkan suatu keputusan kajian. Kesemua data yang dianalisa menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5.

130

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

Rajah 2: Subjek dalam fasa persediaan

Rajah 3 Subjek dalam fasa menghayun

Rajah 4 Subjek dalam fasa perlepasan

Rajah 5 Target jack ditengah dengan lingkungan jejari 20, 40 & 60 cm dari jack


Latih Tubi dan Tahap Kebimbangan dalam Permainan Boling Padang 131

Skor pemarkahan SCAT berkala dan dikategorikan iaitu; tahap 1 ialah tahap kebimbangan yang rendah ( skor 17 dan ke bawah), tahap 2 (skor 17-24) adalah tahap kebimbangan sederhana dan tahap 3 i(skor melebihi 24) menunjukkan tahap kebimbingan yang tinggi.

DAPATAN KAJIAN

Terdapat dua jenis analisis statistik yang digunakan bagi menganalisis data yang diperolehi iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi. Penganalisaan deskriptif melaporkan min skor jumlah balingan, iaitu jumlah bola yang masuk dalam kawasan jejari yang telah ditentukan (berkedudukan 20, 40 dan 60 cm dari jack). Min skor ini berdasarkan min dari 40 kali cubaan balingan jauh, dan juga min ujian SCAT (tahap 1 -rendah, 2- sederhana dan 3 -tinggi). Penganalisaan inferensi melaporkan ujian ANOVA, perbandingan di antara kumpulan dan di antara skor pra dan pos latihan. Nilai signifikan ditetapkan pada paras p>0.05.

Jadual 2 Skor min dan SP jumlah balingan bola yang hampir dengan jack (yang masuk ke dalam kawasan jejari yang ditentukan) dan tahap kebimbangan SCAT Kumpulan Pra latihan (balingan) dan SCAT (tahap ) 6.5 + 0.7 ; 3 10.5 + 0.7 ; 3 7.0 + 0.3 ; 3 Pos latihan (balingan) dan SCAT (tahap) 10.0 + 1.4 ; 2 15.0 + 1.5 ; 2 9.0 + 0.2 ; 2 Peratus perubahan (%) 53.6 42.8 28.6

A B C

Merujuk kepada jadual 2, tiada terdapat perbezaan signifikan jumlah balingan yang tepat dan uijan tahap kebimbangan skor

132

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

SCAT untuk pra dan pos latihan. Perbezaan yang signifikan juga tidak terdapat di antara kumpulan A, B dan C bagi ujian pra dan pos jumlah balingan dan skor SCAT (p>0.05). Walaubagaimana pun, peningkatan dari aspek min skor balingan meningkat bagi ketiga-tiga kumpulan iaitu kumpulan A sebanyak 53.6 %, kumpulan B sebanyak 42.8 %. Dan kumpulan C meningkat dengan kadar yang lebih rendah. Skor ujian kualitatif yang menguji tahap kebimbangan dengan menggunakan soal selidik SCAT menunjukkan perubahan daripada tahap kebimbangan yang tinggi, iaitu 3 sebelum subjek menjalani latihan (ujian pra) kepada tahap kebimbangan 2, sederhana selepas menjalani latihan selama 6 minggu.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Analisa ujian anova pada tahap p > 0.05 telah mendapati tiada perubahan yang signifikan samada perubahan skor balingan yang tepat dengan jack di antara ujian pra dan pos, dan di antara ketigatiga kumpulan A, B dan C. Kemungkinan ini berlaku kerana persampelan yang kecil dan homogonous. Jumlah atau bilangan sampel kajian yang rendah adalah disebabkan oleh faktor jumlah pemain dalam sukan ini. Dalam sesuatu kejohanan setiap pasukan hanya perlu menghantar tujuh orang atlet sahaja bagi pasukan wanita. Dan memandangkan permainan ini masih baru berbanding permainan padang yang lain, sukar untuk penyelidik mendapatkan bilangan subjek yang lebih ramai dan lebih heterogenous contohnya dari aspek pengalaman dan kemahiran. Antara sebab lain ialah jumlah kekerapan balingan yang masuk ke dalam kawasan yang ditandakan (jejari 20, 40 dan 60 cm) tidak banyak. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Judson (2003), ia menjelaskan bahawa konsistensi dalam permainan boling padang ini dapat dibentuk apabila seseorang atlet dapat membuat balingan yang tepat secara berturut-turut. Subjek dalam kajian ini telah diberi 40 kali cubaan atau ulangan membaling bowl

Adaptasi Latihan dan Kecederaan Latih Tubi dan Tahap Kebimbangan dalam Permanian Boling Padang

133

atau bola kepada jack, tetapi mereka hanya berjaya membuat lebih kurang 6 15 kali balingan sahaja yang memasuki kawasan lingkaran < 60 cm dekat kepada jack. Berkemungkinan jika subjek kajian mempunyai kemahiran yang lebih tinggi, dapatan yang signifikan boleh diperolehi selepas diberi latihan tambahan selama enam minggu, atau pun jangka masa yang lebih panjang boleh memberi kesempatan untuk subjek menigkatkan kemahiran spesifik kepada tatacara balingan jauh >30 m. Selain itu, atlet juga perlu meningkatkan ketepatan dan mengurangkan kesalahan teknik balingan. Namun, daripada dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan subjek kajian tidak dapat melakukan balingan yang tepat secara berturutan. Dengan ini, konsistensi dalam balingan jauh tidak dapat dikuasai oleh subjek semasa sesi pengujian dijalankan. Walaubagaimana pun, hasil kajian menunjukkan tahap kebimbangan boleh dikurangkan apabila mereka menjalani latihan intensif berpusat dan berulang. Menerusi pelbagai latihan fizikal (bebanan) dan spesifik (ulangan >40 kali balingan jarak jauh >30 m) pemain lebih yakin untuk mencuba. Dalam masa enam minggu atlet telah berjaya meningkatkan skor iaitu jumlah balingan yang lebih tepat kepada jack. Latihan yang dilakukan adalah secara berulang kali walaupun kumpulan kawalan yang hanya mengikuti program latihan yang disediakan oleh jurulatih juga menunjukkan peningkatan dalam aspek balingan yang tepat. Kepentingan latihan secara berjadual mengikut rutin dibuktikan oleh Singer (2000), menjelaskan bahawa mempraktiskan sesuatu kemahiran sukan secara berulang kali merupakan suatu usaha dalam membentuk teknik yang konsisten. Jika latihan psikologi seperti visualisasi atau mental imageri, teknik pernafasan yang betul dan lain-lain dapat diberikan kepada atlet kemungkinan skor tahap kebimbangan boleh dikurangkan lagi serta kadar balingan yang tepat kepada jack dapat ditingkatkan. Menurut Mohd Salleh Aman (2005), latihan mental dalam sukan adalah prinsip psikologi sains yang diaplikasikan kedalam sukan untuk membantu atlet mencapai tahap sebenar mereka. Latihan

134

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

mental terdiri daripada keyakinan diri, motivasi, kata kendiri, konsentrasi, visualisasi dan imageri. Melalui pengawalan emosi yang positif dapat melahirkan dalam diri seseorang dan seterusnya membantu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang tenang. Salah satu faktor yang memainkan peranan penting dalam pengujian ini adalah dari aspek jarak. Keadaan yang konsisten sukar dibentuk mungkin disebabkan oleh faktor jarak >30 m . Sepatutnya, seseorang atlet perlu menganggap bahawa aspek jarak tidak menjadi penghalang untuk membuat balingan dalam keadaan yang konsisten. Ia berbeza dari dapatan Viitasalo et al. (2001), yang dilaporkan oleh Edwards, Lindsay dan Waterhouse (2005). Kajian ini menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan dalam aspek konsisten bagi balingan jarak dekat dan jarak jauh. Faktor keletihan (fatigue) juga merupakan salah satu faktor yang akan mempengaruhi ketepatan balingan dan konsisten. Carrier dan Monk (2000), dalam kajian Edwards, Lindsay dan Waterhouse (2005), menyatakan apabila kita melakukan sesuatu aktiviti dalam jangka masa panjang cecair dalam badan akan kurang dan seterusnya badan akan menjadi letih. Dari itu tumpuan semasa latihan dan pertandingan perlu diberikan kepada hidrasi dan pemakanan yang seimbang kerana ia dapat membantu atlet melambatkan keletihan. Selain itu, ketepatan juga membabitkan fungsi sistem saraf dalam badan serta kekuatan otot (Monk 2000), latihan bebanan berintensiti rendah untuk meningkatkan kekeuatan tubuh secara keseluruhan semestinya dimasukkan dalam program latihan atlet boling padang.

RUJUKAN

Ahmad Sarji (2005). Lawn Bowls In Malaysia. Pelanduk Publication Cheng Tyen Yee (2006). Perkaitan Di antara BMI dengan Pencapaian Prestasi Pemanah di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Latih Tubi dan Tahap Kebimbangan Permaian Boling Padang Adaptasi Latihandalam dan Kecederaan

135

Edwards, B.J., Lindsay, K., Waterhouse, J., (2005). Effect of Time of Day on The Accuracy and Consistency of The Badminton Serve. Taylor & Francis Group. 48 (1114):1488-1498. Grassi, G.P., Santini, T., Lovecchio, N., Turci, M., Ferrario, V.F., and Sforza, C., (2005). Spatiotemporal Consistency of Trajectories in Gymnastics: A Three- Dimensional Analysis of Flic-Flac. Journal of Sports Science and Medicine. 26 (4): 134-138. Hagtvet, K.A and Hanin, Y.L. (2007). Consistency of Performance-related Emotion in Elite Athletes: Generalizability Theory Applied to The IZOF Model. Science Direct Psychology of Sports and Exercise. 8 (1): 47-72. Hume, Patria, A. , Keogh, Justin, Read, Duncan (2005). The Role of Biomechanics in Maximising Distance and Accuracy of Golf Shoots. Journal of Sports Science. 35 (5):429-449. Jackson and Robin C (2003). Pre-performance Routine Consistency: Temporal Analysis of Goal Kicking in The Rugby Union World Cup. Journal of Sports Science. 29 (5):536-550. Judson, R. (2003).Lawn Bowls Coaching. ebook-3rd.ed.pdf. http//www.bowlers.com Mohammed, M. N. (1992). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur, DBP. Mohd Salleh Aman (2005). Sukan Dalam Masyarakat Malaysia. Penerbit Universiti Malaya. Salter, B., and Bliss, J., (1997). The A To Zen of Lawn Bowls. IRONBARK. Silk A.J., Hammond, J., and Weatherby, R.P, (2006). Resting Toucher: A Time and Motion Analysis of Elite Lawn Bowls. Journal of Sports Science and Medicine. (2006) 5,:582-589. Singer, R.N. (2000). Performance and human factors: considerations about cognition and attention for self-paced

136

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

and externally-paced events. Ergonomics. 43,:1661-1680.

INDEKS

Aerobik, 12, 54, 56, 57, 62, 76, 88, 89 Alpha, 114, 117, 122, 123, 125, 126 Anaerobic Fatigue, 59, 60 Anaerobik, 54, 55, 56, 60, 61, 62, 63, 64, 76, 88, 89, 90 Anthropometri, 1 Asid laktik, 42, 67, 68, 69, 71, 72, 74, 75, 76, 82, 86, 87, 88, 89, 90 Bangkit tubi, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38 Blister, 93, 94, 95, 96, 97, 99, 100, 103, 105 Crunches, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38

Curl-up, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39 Diskriptif, 4 Eksplosif, 15, 16, 42, 55, 76 Fisiologi, 12, 42, 56, 77, 80, 90 Gelombang, 114, 124, 125 Glycolitic, 62 Intensiti, 12, 42, 50, 56, 57, 62, 66, 67, 69, 73, 75, 76, 77, 81, 82, 83, 84, 85, 86, 88, 89, 90, 129 Kadar nadi, 42, 43, 44, 45, 46, 47, 48, 49, 50, 51, 52, 67, 68, 70, 71, 72, 73, 75, 76, 81, 82, 83, 84, 85, 86, 88, 90 Komposisi, 1, 12, 63

Adaptasi Latihan dan Kecederaan

137

Kuasa, 15, 16, 26, 56, 65, 140, 149 Lilitan, 2, 3, 5, 7, 11 Otot, 1, 2, 3, 10, 11, 12, 15, 16, 18, 21, 22, 23, 25, 28, 29, 30, 31, 32, 35, 36, 37, 38, 39, 54, 55, 56, 80, 102, 106, 107, 108, 137 Pecutan, 16, 41, 55, 56, 81 Perceived Scale, 94 Pliometrik, 16, 17, 18, 21, 22, 23, 24, 25 Prestasi, 1, 2, 3, 4, 9, 10, 11, 12, 15, 16, 28, 80, 93, 100, 102, 107, 108, 110, 112, 129, 130

Rectus abdominis, 28, 29, 30, 31, 32, 36, 37, 38, 39 Sel-sel otak, 114 Simulasi, 43, 44, 45, 48, 52, 67, 68, 69, 82, 84, 85, 86, 87, 88, 89, 90, 115, 116, 117, 121, 122, 123, 124, 125, 126 Skinfold, 10, 12 Statistik, 43, 50, 69, 73, 74, 87, 126, 134 Sudoku, 115, 116, 117, 120, 121, 122, 123, 124, 126 Taktikal, 50, 76, 77 Ujian Wingate, 55, 57

You might also like