You are on page 1of 6

Cabaran dalam Hubungan Etnik di Malaysia serta Implikasinya Pemisahan fizikal wujud akibat dasar pecah dan perintah

h pada zaman British. Sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluanag untuk berinteraksi dengan lebih kerapdenagn etnik lain. Pemisahan fizikal ini bukan sahaja merenggangkan hubungan dan interaksi,malah menguatkan lagi semangat kekitaan dan etnosentrism. ini boleh menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan terhadap golongan etnik lain Demografi Corak & ciri-ciri demografi Malaysia mempunyai pertalian rapat dgn latar kesejarahan khususnya pd zaman penjajahan British. Pengenalan kaum diidentifikasikan mengikut tempat tinggal dan kegiatan ekonominya. a) Taburan Penduduk (1957 1970) Kebanyakan Orang Melayu tinggal di luar bandar & bergiat dlm sektor pertanian. Tertumpu di negeri Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah dan Pahang. Orang Cina bergiat dlm ekonomi moden, berpusat di bandar & kawasan yg pesat membangun terutamanya di negeri P.Pinang, Selangor, Perak, Melaka, N.Sembilan & Johor. Orang India pula kebanyakannya tertumpu di Selangor, Perak, N. Sembilan dan P.Pinang. Pola kependudukan ini secara tidak langsung telah memisahkan kelompok2 etnik ini & menunjukkan ketidakseimbangan taburan antara etnik b)Taburan Penduduk Tahun 2000 Terdapat sedikit perubahan dalam taburan strata bandar & luar bandar mengikut kaum. Dlm keadaan semasa, pertumbuhan & pembangunan sektor industri di pusat2 bandar serta jaringan infrastruktur moden telah menarik perhatian golongan muda dari luar bandar berhijrah ke bandar. Migrasi dari kampung ke bandar telah mencorakkan satu pola demografi yg baru.

Namun disebabkan para penghijrah ini terdiri drp kalangan tenaga kerja kurang kemahiran, menimbulkan pelbagai masalah lain yg perlu ditangani. Cabaran dalam aspek demografi:

a. Pemisahan penempatan: bukan shj boleh merenggangkan hbgn & interaksi pelbagai etnik tetapi memperkuatkan lagi perasaan kekitaan & etnosentrisme dlm kalangan anggota yg seterusnya menimbulkan prasangka, streotaip & mengekalkan kejahilan di klgn etnik trhadp etnik yg lain.

Pendidikan Sistem pendidikan yang berasingan

Setiap etnik iaitu Melayu,Cina dan India empunyai sistem pendidikan sendiri.Sistem persekolahan pmemisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan untuk memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Menyebabkan interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam golongan etnk yang sama. Justeru itu , program RIMUP digunakan bagi mengeratkan interaksi dan perpaduan antara etnik seawal usia pelajar. Polarisasi dalam kalangan pelajar

Walaupun integrasi antara kaum adalah baik semasa peringkat prasekolah, tetapi keterasingan pada peringkat sekolah rendah dan kerengganan pada peringkat sekolah menengah serta IPTA/IPTS masih wujud. Situasi ini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia Mempunyai adunan & acuan pendidikan yg berbeza, ini menyebabkan wujud pelbagai aliran dalam sistem pendidikan dan perbezaan dari segi kurikulum dan orientasi matlamatnya. Pengenalan sistem pendidikan kebangsaan yg dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum dan orientasi untuk menyatukan kepelbagaian budaya,nilai dan norma masyarakat bagi membentuk identiti kebangsaan Usaha membentuk sistem pendidikan kebangsaan ini dilaksanakan berdasarkan Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960). Kebimbangan orang Melayu akibat keciciran pelajar bumiputera. Cth: kemasukan pelajar ke IPT. Di Universiti Malaya (1966-1967) 70% adalah bukan Melayu. UMNO yg menerajui Perikatan telah menegaskan bahawa pendidikan perlu diseimbangkan bagi memperkasakan orang Melayu.

Penggunaan BM sbg bhs pengantar utama di semua sekolah bantuan kerajaan dan sistem kuota, biasiswa dan penubuhan lebih banyak IPTA dilaksanakan. Kesan drp dasar kerajaan, kemasukan pelajar Melayu ke universiti telah meningkat drp 20% pd tahun 1960-1964 kpd 65% pd tahun1975. Kaum bukan bumiputera khususnya masyarakat Cina merasakan satu keperluan utk melindungi budaya warisan nenek moyang mereka dgn menggunakan wadah pendidikan. Serentak dgn usaha UMNO, kaum Cina juga berjaya mempromosikan & mengangkat status sekolah menengah Cina menjadi sekolah persendirian. Hubungkait antara pendidikan dgn sosiobudaya dan politik menjadikannya sbg satu isu emosional yg boleh membangkitkan perbalahan etnik.

Ekonomi Penguasaan ekonomi

Terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi.kebanyakan orang melayu terlibat sektor pertanian, cina pula terlibat dalam sektor perniagaan atau lebih maju. Ini menyebabkan wujud jurang pendapatan yang ketara. Perbezaan ini merupakan cabaran yang sering membawa kepada ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Perpaduan negara tidak boleh dipupuk andainya sebahagian besar penduduk kekal miskin dan jika peluang pekerjaan produktif yang mencukupi tidak diwujudkan untuk tenaga buruh yang kian meningkat. Sistem ekonomi Malaysia adalah berasaskan laissez faire atau sistem ekonomi pasaran bebas yg diadaptasi drp warisan penjajah British. Semasa era penjajahan wujud dualisme ekonomi yang membezakan pencapaian setiap etnik dalam ekonomi. Org Melayu yg bergiat dlm ekonomi tradisional manakala bukan Melayu terlibat dlm ekonomi moden. Kadar kemiskinan begitu tinggi dlm sektor ekonomi tradisional. Ketidakseimbangan antara etnik berlaku dlm sektor ekonomi. Sektor ekonomi termaju dikuasai oleh orang Cina manakala kaum Melayu dan India masingmasing menguasai sahaja. Separuh drp org Melayu terlibat dlm sektor kerajaan manakala dlm bidang swasta,: kaum Cina menguasai bidang pengangkutan, perniagaan & kewangan.

kaum India pula ramai terlibat dlm sektor pengangkutan awam (kereta api), perkhidmatan awam, perniagaan & kewangan. Drp corak taburan perekonomian semasa, jurang purata pendpatan antara kumpulan etnik masih belum seimbang (laporan RMK-8). Keperluan utk memperbetulkan kedudukan dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana ia menjadi asas utama dlm memupuk kerjasama antara kaum. Perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi - setiap golongan etnik dikelaskan mengikut sektor ekonomi tertentu seperti pertanian, perniagaan, perindustrian dan pentadbiran awam. - hal ini nampak lebih ketara semasa zaman ritish apabila orang Melayu kebanyakanya terlibat dalam sektor pertanian, nelayan dan penjawat awam, cina pula dala bidang perindustrian dan India pula sebagai buruh di estet.

- perbezaan ini menghalang interaksi antara kaum. - ini mengukuhkan lagi semangat perkauman

a. Perbezaan pekerjaan. b. Dominasi sektor ekonomi : wujudnya jurang pendapatan antara etnik merupakan cabaran yang sering membawa kpd ketidakstabilan masyarakat majmuk. Politik

Di kebanyakan negara sedang membangun (termasuklah Malaysia), isu perkauman selalunya mencorakkan pentas politiknya. usaha memelihara kestabilan politik yg bersandarkan kpd kerjasama antara kaum terus menjadi agenda utama negara. Wlpun berhadapan dgn pelbagai cabaran, Malaysia masih berupaya melaksanakan sistem demokrasi dgn berkesan. Perikatan menjadi pengikat bagi ketiga-tiga kumpulan etnik untuk bersatu dalam satu pakatan untuk memperjuangkan tuntutan kemerdekaan. Pimpinan Perikatan yg mengamalkan sikap bersederhana juga turut mengukuhkan kerjasama antara kumpulan2 etnik yg mereka wakili. Pakatan dlm Perikatan pd dasarnya tlh menerima kepimpinan Melayu tanpa menjejaskan hubungan harmoni antara etnik.

Selepas era 1960-an, perjalanan politik Malaysia terus berkembang dinamik. Kerjasama parti2 politik dlm pakatan parti pemerintah tlh berkembang dgn peningkatan keahliannya. Dasar2 kerajaan dlm menguruskan pelbagai perkara yg berkaitan dgn perhubungan etnik melalui formula tolak ansur tlh berjaya mengekang anasir2 yg cuba memecahbelahkannya. Namun cabaran dasar yg dihadapi ialah kewujudan kumpulan tertentu yg memanipulasi isu tertentu dan mengaitkannya dgn keetnikan yg sempit demi kepentingan mereka. Cth: Perkara ini sering berlaku dlm tempoh2 tertentu spt dlm pilihan raya dan kemasukan ke institusi pengajian tinggi. Cabaran dari aspek politik: Politik boleh menimbulkan perasaan tidak senagn hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi diperalat oleh sesuatu pihak untuk mendapat sokongan rakyat, tindakan ini akan tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Perbezaan agama, bahasa, dan kebudayaan akan bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Ini menyebabkan anggota etnik sendiri lebih diutamakan dalam pemilihan sahabat atau mendapatkan pekerjaan. Menyebabkan polarisasi antara etnik wujud. Masalah yang lebih besar akan wujud sekiranya fahaman etnosentrism dijadikan pegangan dalam masyarakat.

Politik perkauman : menjadi lebih parah apabila isu-isu perkauman diperalatkan utk kepentingan sesuatu pihak dan mendapat sokongan rakyat. Globalisasi.

Proses globalisasi atau pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi & politik Barat sejagat. Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima dlm rangka nilai & kebebasan manusia masa kini, maka kuasa Barat memperjuangkan pula hak asasi manusia. Pengaruh Barat dari segi ideologi, budaya hedonisme & nilai negatif, ekonomi bebas, sains & teknologi yg memusnahkan, serta sistem politik yg dianggap terbaik bagi semua manusia dieksport / dibawa masuk ke seluruh dunia.

Malaysia tidak terkecuali drp pengaruh arus pembaratan dan globalisasi yg mendesak. Globalisasi menjadi faktor perubah budaya yg amat kuat & deras, mengakibatkan lenyapnyanilai2 luhur secara tidak disedari dan pemikiran Barat diterima secara halus ke dalam masyarakat IMPLIKASI

Asas hubungan sosial tidak dapat direalisasikan oleh kerana berlakunya masalah dalam hubungan etnik. Antaranya ialah, ketiadaan: 1. Kemesraan komunikasi. 2. Budaya ziarah menziarahi. 3. Mengambil berat atau mengambil tahu. 4. Saling hormat menghormati / memuliakan. 5. Semangat kejiranan. 6. Toleransi dan adab pergaulan dlm kehidupan orang Islam dan bukan Islam.

You might also like