You are on page 1of 6

4.

0 KESAN PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM) Pergerakan Negara-negara Berkecuali(NAM) yang ditubuhkan pada tahun 1961 di Belgrade (Yogoslavia) merupakan satu gabungan negara-negara membangun di Asia, Afrika, dan Amerika Latin. Prinsip-prinsip dan objektif NAM seperti diterapkan dalam persidangan Afro-Asia 1955 di Bandung, Indonesia adalah menghormati hak asasi manusia dan prinsipprinsip piagam PBB; menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara; mengakui persamaan semua negara; mengelakkan campur tangan dalam hal-ehwal sesebuah negara; penyelesaian semua pertelingkahan antarabangsa secara aman seperti perundingan; dan memajukan kepentingan-kepentingan bersama. NAM tidak memihak kepada Blok Barat ataupun Blok Timur(negara-negara Timur). Malaysia menyokong kuat dasar-dasar NAM. Malaysia telah menyertai mesyuarat-mesyuarat NAM yang berlangsung di Alagiers, Colombo, Havana, New Delhi dan Wanda. Malaysia mempunyai pejabat perwakilan di beberapa negara berkecuali seperti Ethopia, India, Nigeria, Sri Lanka, Yugoslavia, dan Mesir. Selaras dengan prinsip-prinsip NAM, kesan pertubuhannya ialah NAM Berjaya mengurangkan konflik yang berlaku di dunia seperti Dasar Apartheid dan perjuangan rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel. Malaysia dan negara anggota yang lain telah menentang Dasar Apartheid yang diamalkan oleh kerajaan Afrika Selatan serta menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Malaysia telah meningkatkan perdagangan dengan negara berkecuali seperti India, Pakistan dan Yugoslavia. Pergerakan negara-negara berkecuali (NAM) telah memberi kesan yang cukup mendalam kepada konflik dunia. Antaranya ialah pendirian Malaysia dalam Masalah Kemboja. Malaysia dan negara-negara ASEAN yang lain telah menentang pencerobohan Vietnam di Kemboja atas beberapa prinsip. Malaysia berpendapat bahawa negara-negara luar tidak boleh campur tangan dalam hal-ehwal sesebuah negara. Malaysia juga berpendapat bahawa rakyat sesebuah negara harus menentukan nasib mereka sendiri. Malaysia berpegang teguh pada prinsip penyelesaian sebarang pertikaian secara aman dan bukan dengan menggunakan kekerasan. Pergolakan politik di Kemboja mengancam keamanan di rantau Asia Tenggara memandangkan terdapat penglibatan kuasa-kuasa Besar. Rusia memihak Vietnam manakala Negara China memberi sokongan moral kepada Kerajaan Campuran Demokratik Kemboja.

Justeru itu, Malaysia telah memperjuangkan sesuatu penyelesaian politik secara aman di Kemboja. Tentera Vietnam harus berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang untuk memilih kerajaan kesukaan mereka di bawah pengawasan PBB.

5.0 SUMBANGAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM) Pergerakan ini telah memainkan peranan yang aktif dan utama, sejak penubuhannya, dalam isu yang berkenaan dan penting kepada ahli-ahli, seperti dekolonisasi, apartheid, keadaan di Palestin dan Timur Tengah, pelucutan senjata, penghapusan kemiskinan dan pembangunan sosio-ekonomi. Selepas lebih daripada 40 tahun penubuhannya, dan selepas melalui pelbagai cabaran dan perubahan, adalah bertepatan dan sesuai untuk mengkaji semula secara komprehensif peranan, struktur dan pendekatan kerja Pergerakan ini untuk menyesuaikannya dengan keadaan semasa dan realiti baru, bertujuan bagi mengukuhkan lagi Pergerakan. Dengan berakhirnya Perang Dingin, kemunculan unipolariti, corak ke arah unilateralisme dan timbulnya cabaran dan ancaman baru seperti keganasan antarabangsa, adalah kritikal untuk Pergerakan ini mempromosikan multilateralisme, mempertahankan kepentingan Negara-Negara Membangun dengan lebih baik dan mengelakkan mereka dari dipinggirkan. Dengan globalisasi dan kemajuan pesat sains dan teknologi, dunia telah berubah secara dramatik. Negara kaya dan berkuasa menggunakan pengaruh tanpa dikawal untuk menentukan persekitaran dan arah perhubungan antarabangsa, termasuk hubungan ekonomi dan perdagangan, dan juga peraturan yang mengawal hubungan ini, yang sebahagian besar daripadanya merugikan Negara-Negara Membangun. Dengan itu, Pergerakan ini perlu bertindak balas dalam cara yang akan memastikan relevensi dan kegunaannya kepada ahli-ahli berterusan. Globalisasi menyediakan banyak cabaran dan peluang kepada masa depan dan daya maju semua Negara. Dalam bentuknya sekarang, ia menyebabkan dan meningkatkan lagi peminggiran negara-negara membangun. Revolusi Teknologi Komunikasi dan maklumat sedang merubah dunia pada kadar yang amat pantas dan cara yang amat fundamental, dan telah pun mewujudkan jurang digital yang luas dan semakin besar antara negara-negara maju dan membangun, yang perlu dirapatkan jika negara membangun mahu mendapat faedah daripada proses globalisasi. Inovasi teknologi baru ini perlu dijadikan lebih mudah untuk diperoleh negara-negara membangun dalam usaha

mereka untuk memodenkan dan menyuburkan semua ekonomi mereka bagi mencapai sasaran pembangunan. Pencapaian sasaran pembangunan itu memerlukan persekitaran antarabangsa yang memudahkan dan mematuhi komitmen dan janji yang dibuat oleh semua negara, termasuk rakan kongsi kita di dunia maju. Masa depan mempunyai cabaran dan peluang yang sama banyak dengan masa lampau dan Pergerakan ini perlu terus kekal kuat, bersepadu dan berdaya tahan. Relevensi berterusan Pergerakan ini akan banyak bergantung kepada kesatuan dan perpaduan ahli-ahlinya termasuk kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Dalam hal ini, proses menyuburkan semula Pergerakan, yang dimulakan dalam sidang-sidang kemuncak sebelum ini, mesti diberikan lebih banyak dorongan. Untuk merealisasikan matlamat kami menyuburkan semula Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, kami perlu menumpukan segala usaha untuk mempromosi dunia yang multipolar melalui pengukuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebagai organisasi antarabangsa yang tidak boleh diketepikan dalam mengekalkan keselamatan dan keamanan antarabangsa, promosi hak asasi manusia, pembangunan sosial dan ekonomi dan pematuhan kepada undang-undang antarabangsa, seperti yang dinyatakan dalam Piagamnya.

6.0 MASALAH YANG DIHADAPI OLEH NAM Saat ini dunia berdebar-debar menanti bila kuasa besar tunggal, Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya akan menyerang Iraq. Di Korea Utara pula, tidak ada jaminan yang perang mungkin tidak melanda di situ sehingga mencetuskan ketegangan semula di Semenanjung Korea. Begitu juga di Palestin, sehingga ke hari ini, tiada satu langkah konkrit dan meyakinkan diambil oleh kuasa-kuasa besar dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengelakkan `pembersihan kaum' daripada semakin menjadi-jadi. Walaupun pelbagai sidang antarabangsa dianjurkan namun rejim Zionis Israel semakin galak membunuh rakyat PalEstin tanpa rasa bersalah, lebih-lebih lagi selepas peristiwa 11 September 2001.

Selain itu, India dan Pakistan, dua kuasa besar nuklear negara membangun, masih terkial-kial mencari pendekatan untuk menangani kemelut dua hala terutamanya isu Kashmir. Di Filipina pula, kerajaan negara itu berhadapan dengan salah satunya ancaman pejuang pemisah Islam, selain kegawatan ekonominya. Begitu juga di Indonesia, sejak kejatuhan Presiden Suharto, republik itu sudah tidak tenteram lagi. Demonstrasi merupakan satu perkara yang lumrah di situ. Indonesia masih belum boleh bangkit daripada tempias kegawatan ekonomi pada tahun 1997-1998. Di benua Afrika, isu lama masih belum lagi dapat ditangani. Menjatuhkan sesebuah rejim perkara lumrah. Kebuluran, penyakit paling berbahaya di dunia dan masalah ekonomi serta kemelut sosial semuanya berakar umbi di benua itu. Inilah masalah dunia yang penuh dengan pelbagai konflik yang berakhir dengan kematian orang awam yang tidak berdosa. Malangnya kesemua negara yang terlibat dalam kancah dan kemelut antarabangsa, merupakan anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM). Inilah cabaran sebenar yang dihadapi oleh NAM yang baru memperbaharui tekad dan azam selepas sidang kemuncak ke-13 berakhir Selasa lalu, untuk terus relevan ke arah melahirkan dunia aman dan sejahtera. Tidak guna dilahirkan pelbagai deklarasi berkajang-kajang dan berperenggan-perenggan kalau masalah sebenar gagal ditangani. Kita tidak perlu pergi jauh untuk mencari puncanya. Akar umbi kepada konflik dunia sekarang ialah di dalam negara anggota NAM sendiri. Persoalannya bagaimana dan kenapa ia berlaku dan jawapannya perlu dicari segera jika NAM mahu menjadi satu pertubuhan yang mantap dan berkesan memperjuangkan nasib negara-negara Selatan. Contoh ketara, ketika sidang kemuncak ketua-ketua negara dan kerajaan, `ketegangan' dapat dirasakan jika kita mengikuti dengan teliti ucapan kedua-dua pemimpin negara kuasa nuklear, India dan Pakistan. Baik India mahupun Pakistan, masing-masing berkeras mahu mempertahankan pendirian masing-masing berhubung isu Kashmir. Kedua-dua negara itu tidak mahu mengaku kalah dan menampakkan tolak ansur untuk menyelesaikan perbalahan mereka atas nama NAM. Untuk mengadakan dialog, jauh sekali. Kita juga masih ingat punca bergolak rantau Teluk sehingga ke hari ini ialah serangan Iraq ke atas Kuwait. Kedua-dua negara itu pula

merupakan anggota NAM. Serangan terbaru AS selepas peristiwa serangan berani mati di AS 2001 di Afghanistan juga anggota NAM. Kesemua ini menampakkan jalan ke arah melahirkan dunia aman dan sejahtera masih jauh dan berliku-liku. Negara-negara NAM perlu berfikir secara serius tentang hal ini. Jalan penyelesaian di tangan mereka. Walau beribu-ribu saranan penyelesaian konflik dunia dikemukakan, pada akhirnya keputusan di tangan mereka. Negara-negara NAM sudah tidak boleh lagi membiarkan mereka dijadikan boneka oleh kuasa besar tunggal dunia, AS. Sudah sampai masanya mereka bertindak bersama untuk menghalang kuasa besar dunia dan negara-negara maju menjadikan negara NAM sebagai tempat `memperadukan kekuatan senjata' dan `bahan ujian senjata ekonomi globalisasi.' Jika kita amati keseluruhan perbahasan sidang kemuncak ketua-ketua kerajaan dan negara dua hari itu, kebanyakannya membincangkan konflik Iraq dan Palestin. Sekali sekala disentuh juga mengenai perkembangan terbaru yang semakin membimbangkan dunia iaitu di Korea Utara. Apa yang terserlah, terlampau banyak masalah pada anggota NAM yang merupakan kedua terbesar selepas PBB. Kita pun ragu-ragu sama ada apa yang dihasilkan dalam Deklarasi Kuala Lumpur, Dokumen Akhir, Kenyataan Mengenai Iraq dan Palestin dapat dijadikan realiti. Bagaimanapun, Pengerusi baru NAM, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mempunyai pandangan yang berbeza pula. Baginya: ``NAM lebih relevan hari ini bagi melindungi dan membela kepentingan negara-negara Selatan.'' Dr. Mahathir juga yakin pergerakan itu akan bangkit sebagai satu suara yang dihormati ekoran kesedaran baru yang timbul berhubung relevansi NAM. Perdana Menteri yang terkenal dengan suara lantang di pentas dunia memperjuangkan nasib negara-negara Selatan, melahirkan keyakinan itu semasa menutup sidang kemuncak tengah malam Selasa lalu di tengah-tengah ketegangan konflik AS dan Iraq; pembunuhan berterusan di Palestin; ujian peluru berpandu Korea Utara dan suara-suara sumbang mempertikaikan relevansi NAM. Menjadi Pengerusi NAM ketika ini tentulah mencabar buat Malaysia. Bagaimanapun, sepanjang sidang kemuncak, para pemimpin meletakkan harapan tinggi kepada Dr. Mahathir untuk melakukan sesuatu. Dr. Mahathir sudah memulakannya, mungkin ramai yang tidak menyedarinya apabila beliau meletakkan hala tuju NAM tiga tahun akan datang iaitu `Haramkan Perang'. Sehubungan itu, isu utama NAM ialah mengelakkan peperangan di Iraq dan hentikan

konflik Palestin. Untuk ekonomi, Malaysia sudah memulakannya dengan menganjurkan Forum Perniagaan Selatan-Selatan untuk faedah dan kepentingan anggota NAM. Ini menampakkan Malaysia tidak mahu NAM setakat bercakap sahaja tetapi perlu bertindak untuk mencapai apa juga resolusi yang mereka putuskan. ``Malaysia tidak boleh sekadar mengatakan ia akan `buat itu dan ini' kerana ia belum tentu boleh dilakukan,'' kata Dr. Mahathir. Walau apa pun, teras kepada Deklarasi Kuala Lumpur, Dokumen Akhir setebal lebih 300 perenggan dan Kenyataan Mengenai Iraq dan Palestin _ semua menjurus ke arah melahirkan keamanan dan kesejahteraan dunia. Untuk mencapai matlamat mega tersebut, dunia perlu menolak kuasa besar tunggal - unipolar dan kembalikan semula kewibawaan PBB untuk menangani masalah global tanpa pilih kasih dan rasa gentar. Ini yang hampir berlaku pada Iraq. AS dan sekutunya Britain sudah berkira-kira mahu menyerang Iraq tanpa mempedulikan bantahan masyarakat antarabangsa dan PBB. Dengan menggunakan `semangat Deklarasi Kuala Lumpur' negara NAM terutamanya yang terlibat dalam kancah sengketa dunia perlu melakukan sesuatu. Negara seperti Iraq, Palestin, Korea Utara dan Afghanistan perlu `membersihkan rumah' dan jangan memberi ruang seinci pun kepada kuasa-kuasa besar dan maju untuk mempergunakan mereka. Manakala soal kuasa besar dan PBB, biarkan NAM uruskan. Jika ini dapat dilakukan, dunia berkemungkinan dapat diamankan. Ini kerana paksi kemelut dunia di perut NAM. Jika tidak, sampai bila-bila negara NAM akan dipergunakan oleh negara maju dalam pelbagai bentuk untuk kesenangan mereka.

You might also like