You are on page 1of 3

Sejarah tentang kehidupan Saidina Ali banyak menceritakan tentang ketaatan terhadap Rasulullah

S.A.W. Ini adalah kerana beliau telah mula membantu Rasulullah S.A.W menyebarkan ajaran Islam
sejak usia beliau masih lagi muda belia. Sebagai seorang khalifah, Saidina Ali telah menempuh
pelbagai cabaran demi cabaran sepanjang pemerintahannya. Walaubagaimanapun, semua itu tidak
menghalangnya daripada memperjuangkan prinsip yang beliau telah pelajari dari Rasulullah S.A.W
sendiri. Beliau juga mempamerkan banyak kualiti yang baik untuk dijadikan amalan bagi seluruh
umat Islam. Ketika Saidina Ali memegang jawatan sebagai seorang khalifah, beliau telah banyak
melakukan transformasi yang menjurus kepada pemulihan akhlak para pegawai tinggi pemerintah. Ini
kerana, beliau mempunyai pegangannya yang tersendiri dimana beliau berpendapat bahawa pemimpin
yang mempunyai akhlak yang terpuji boleh menyumbang kepada kemajuan serta kemakmuran negara
kerana jikalau pemerintah sesuatu negara itu memiliki akhlak yang terpuji, maka rakyatnya juga akan
turut mencontohi dan mengamalkan sikap yang telah ditonjolkan oleh pemerintah mereka. Beliau juga
tidak memberi kelonggaran sehingga boleh menyebabkan para pegawai tinggi mengabaikan
tanggungjawab mereka.
Saidina Ali pernah menghantar satu surat atau warkah kepada Malik Bin Al-Haris Al-Ashtar
setelah beliau dlantik sebagai gabenor Mesir pada 658 M (38 H). Khalifah Ali. antara lain
mengingatkan Malik bahawa pemilihannya untuk memikul amanah memimpin rakyat merupakan
ujian bagi dirinya. Justeru itu, Malik diberikan panduan yang begitu terperinci bagi melaksanakan
amanah kepemimpinan tersebut yang merangkumi sikap dan layanan terhadap segenap lapisan rakyat
selain hak dan tanggungjawab mereka, nasihat yang perlu diterima dan dituruti, syarat-syarat
pemilihan pegawai-pegawai utama kerajaan, usaha meneladani kejayaan yang dicapai pemimpin
terdahulu, langkah yang harus diambil dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul
berkaitan dengan urusan kepemimpinan dan sebagainya. Malah Khalifah Ali juga menegaskan
bahawa sekiranya kuasa yang dimiliki oleh Malik itu mendorongnya berasa bangga dan megah, maka
beliau harus mengingatkan dirinya tentang kebesaran dan keagungan Allah s.w.t. Demikian juga
tentang kekuasaan Maha Pencipta itu terhadap dirinya kerana kekuasaan seumpama itu tidak sama
sekali dimiliki terhadap dirinya sendiri. Tindakan itu, menurut Khalifah Ali akan mendorong gabenor
yang dilantik itu supaya sentiasa menilai atau bermuhasabah akan cita-cita serta impian dirinya dan
mengekalkan pertimbangan diri yang waras.
Antara nasihat-nasihat lain, gabenor Malik dilarang sama sekali mendengar nasihat daripada
orang yang kedekut dan keji kerana penasihat yang paling keji ialah orang yang pernah menjadi
penasihat kepada pemimpian-pemimpin yang tidak adil dan turut sama bersubahat melakukan
kemungkaran.
Nasihat-nasihat yang bernas daripada tokoh kepimpinan yang terulung tidak perlu
dipertikaikan lagi dan perlu diamalkan dalam pengurusan dan kepimpinan di sekolah. Didiklah anak-
anakmu sesuai dengan zaman mereka. Kata-kata hikmah Khalifah Ali bin Abi Talib merupakan asas
utamauntuk menerajui pengurusan sesebuah sekolah. Nasihat Saidina Ali bin Abi Talib yang berbunyi
tanamkanlah semangat cintakan rakyatmu dalam dirimu semoga rakyat memperoleh manfaat dan
rahmat daripadanya. Janganlah kamu menjadikan milik mereka hak kamu.
Berdasarkan contoh itu, pemimpin perlu mengetahui keadaan orang dibawah pimpinannya
agar dia boleh menjadi pemecah masalah. Pemimpin tidak boleh sekali-kali mematahkan semangat
tetapi harus selalu menggembirakan. Walaupun orang yang dipimpin itu melakukan kesalahan,
pemimpin perlu menggunakan kebijaksanaan agar dia tidak kecewa tetapi sebaliknya timbul
keinginan untuk berbuat yang lebih baik lagi.
Dalam keadaan yang lain pula, pemimpin perlu menitikberatkan pengabdian. Dia harus suka
memberi dan kurang suka menerima. Ini memerlukan keikhlasan. Dengan melihat sifat baik yang
seperti ini berterusan, banyak orang yang akan mengakuinya. Prestasinya meningkat. Dia dipercayai.
Kewibawaannya akan bertambah. Dari sini dia lebih mudah menjalankan kepemimpinannya. Orang
akan senang mengikutnya. Dalam masa yang sama harus diingat bahawa mengajak ke arah kebaikan
itu lebih berkesan dengan perbuatan. Pemimpin sebagai orang yang paling menonjol selalu
diperhatikan. Perbuatannya meninggalkan kesan yang mendalam di kalangan orang yang
dipimpinnya.
Dalam mentadbir dan menguruskan sesebuah sekolah, kecekapan dan kecemerlangan
organisasi tersebut bergantung kepada kepimpinan yang ada. Justeru sekolah amat memerlukan
seorang pemimpin yang mempunyai sifat-sifat terpuji seperti yang digariskan oleh Saidina Ali bin Abi
Talib iaitu pemimpin yang beristiqamah yang mempunyai pendirian yang teguh dan diikuti dengan
keperibadian yang mantap. Pendirian ini tercermin pada perkataan dan perbuatan, iaitu sesuatu yang
diyakini dipertahankan sungguh-sungguh dengan tidak terumbang-ambing oleh pengaruh apa pun.
Selain itu, pemimpin atau ketua organisasi tersebut perlulah bijak memelihara diri sendiri
kerana keadaan diri sendiri akan sentiasa dihitung dan dianalisis. Apabila terjadi sesuatu kegagalan
diri sendiri diperhatikan terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain. Walaupun kita diberi
kuasa untuk membuat sebarabg keputusan, tetapi pandangan orang sekeliling juga perlu diberi
keutamaan selagi pandangan mereka tidak menyeleweng dari objektif sekolah. Pemimpin itu juga
perlu elak daripada sikap takkabur seperti tidak membanggakan diri, berlebihan-lebihan sama ada
dengan perbuatan, perkataan atau sikap.

Berdasarkan kepada fakta inilah bolehlah disimpulkan bahawa kuasa seorang khalifah akan
menjadi kuasa yang diamanahkan kepada orang yang memegang sesuatu tampuk pemerintahan atau
kekuasaan. Merujuk kepada perbincangan di atas jelaslah menggambarkan bahawa seorang khalifah
itu mestilah seorang yang memiliki perwatakan dan personaliti yang sangat tinggi dan menarik.

You might also like