You are on page 1of 2

Soalan:

Bincangkan kebaikan dan keburukan kelas tuisyen.



PENDAHULUAN:-

Dewasa ini kecemerlangan pendidikan anak-anak menjadi matlamat para ibu bapa.
Mereka sanggup berkorban apa-apa sahaja asalkan anak-anak mereka berjaya dalam
akademik.
Ibu bapa sedia menghabiskan wang ringgit demi memberikan pendidikan yang berkualiti
kepada anak-anak seperti menyediakan peralatan lengkap persekolahan, mengadakan kelas
tuisyen berbayar, membeli peralatan multimedia pembelajaran dan sebagainya.
Kelas tuisyen berbayar telah menjadi fenomena baharu dalam sistem pendidikan kita,
dan boleh dikatakan lebih daripada lapan puluh peratus pelajar menghadiri kelas tuisyen ini
khususnya pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM
dan STPM.
Pelbagai kebaikan yang diperoleh pelajar melalui pembelajaran di kelas tuisyen, namun
jika tidak dilaksanakan secara berhemah, kelas tuisyen juga boleh mengundang beberapa
keburukan.
ISI-ISI PENTING:-

Kebaikan-kebaikan:-
1. Menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar.
2. Menyediakan pembelajaran yang lebih khusus kepada teknik menjawab soalan
pepeiksaan.
3. Memberikan pendedahan pelbagai kaedah pembelajaran kepada pelajar.
4. Membantu pelajar membuat persiapan lengkap bagi menghadapi peperiksaan.
5. Meluaskan peluang pelajar untuk bergaul dengan pelajar yang datang dari
pelbagai latar sekolah.
6. Menggalakkan pelajar menggunakan masa lapang untuk aktiviti yang lebih
berfaedah.
7. Membantu pelajar lemah dan ketinggalan dalam pelajaran di sekolah.
8. Mengelakkan pelajar daripada tercebur kepada aktiviti yang kurang sihat.
Keburukan-keburukan:-
1. Memerlukan belanja yang agak besar.
2. Mengurangkan masa rehat pelajar pada hujung minggu.
3. Merenggangkan hubungan pelajar dengan ahli keluarga.
4. Mendedahkan pelajar kepada rakan-rakan baharu yang mungkin terlibat dengan
aktiviti negatif.
5. Pembelajaran di kelas tuisyen kadang-kadang tidak berkualiti kerana lebih
mengira keuntungan.
6. Menyebabkan pelajar dibebani dengan pelbagai tugasan yang lebih banyak.
7. Mengurangkan aktiviti riadah pelajar.
8. Memberikan tekanan kepada sesetengah pelajar.
PENUTUP:-
1. Tidak dapat dinafikan bahawa kelas tuisyen amat berguna kepada sesetengah
pelajar jika diaplikasikan dengan sebaiknya. Namun, jika sebaliknya, kelas tuisyen juga
mampu menjadi faktor kegagalan seseorang pelajar.
2. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

You might also like