You are on page 1of 3

KLINIK 1 MALAYSIA PIMPING, MEMBAKUT

Objektif, Visi & Misi K1M Pimping, Membakut



A. OBJEKTIF K1M Pimping, Membakut

Menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk
di kawasan bandar sesuai dengan pendekatan kerajaan Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Dengan wujudnya perkhidmatan ini dijangka dapat mengurangkan beban
kerja di klinik kesihatan di kawasan Bandar sedia ada. Dalam hal ini akses
masyarakat untuk mendapatkan rawatan ringan terutamanya di kawasan
bandar dapat ditingkatkan.

B. VISI K1M Pimping, Membakut

Malaysia akan wujud sebagai sebuah negara yang terdiri daripada
individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan
yang adil dan saksama, mampu memperolehi, efisien, berteknologi
sesuai, berupaya berubah mengikut persekitaran serta serasi dengan
pelanggan dengan mengutamakan kualiti, inovasi, peningkatan taraf
kesihatan serta menghormati martabat insan disamping menggalakkan
tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan
kualiti hidup.








C. MISI K1M Pimping, Membakut

Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan
bagi merangsang dan memudahkan rakyat untuk :

i. Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka.
ii. Menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai.
iii. Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan
status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

You might also like