You are on page 1of 2

KERTAS KERJA

SUMBER DAN KHIDMAT INTERNET DALAM PSS


SMK SERI INTAN, KLUANG
TAHUN 2011
1. Rasional
Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha membantu
meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran dan membantu guru-guru dalam
menjalankan
pengajaran yang lebih kondusif. Oleh itu, penggunaan PSS perlulah
dioptimumkan dengan menyediakan suasana bilik yang lebih selesa dan kemudahan
mendapatkan maklumat serta bahan-bahan rujukan yang pelbagai dan berkualiti.
2. Nama program
Sumber dan khidmat internet dalam PSS.
3. Matlamat
Menjadikan PSS SMKSI sebagai satu tempat yang menyediakan perkhidmatan dan
kemudahan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber. Selain itu, menjadikan
PSS SMKSI juga sebagai satu tempat yang menyediakan koleksi bahan pengajaran dan
pembelajaran secara sistematik dalam berbagai-bagai sumber dalam bentuk media cetak
dan elektronik. Selain bahan buku, internet juga merupakan salah satu bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran yang sangat penting kepada guru dan pelajar. Oleh itu, PSS
SMKSI amat memerlukan komputer untuk kemudahan guru dan pelajar mengakses internet
di sekolah. Tambahan pula, pihak sekolah telah menyediakan talian internet Streamyx bagi
memudahkan pelajar, guru dan kakitangan sekolah untuk mendapatkan maklumat dengan
mengakses internet.
4. Objektif
1. Mendedahkan pelajar, guru dan kakitangan SMKSI kepada teknologi maklumat
khususnya internet.
2. Pelajar, guru dan kakitangan SMKSI dapat mengakses internet di PSS SMKSI sebagai
salah satu cara pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
3. Penggunaan komputer juga dapat meningkatkan fungsi dan perkhidmatan yang
ditawarkan di PSS SMKSI.
4. Menggalakkan guru dan kakitangan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi
menyemai tabiat membaca dalam kalangan pelajar dengan menggunakan kemudahan
internet.
5. Anjuran
Pihak pentadbiran dan PSS SMKSI
6. Pelaksanaan Program
1. Perbincangan PSS SMKSI dengan pihak pentadbiran sekolah
2. Perbincangan pihak pentadbiran sekolah dengan PIBG SMKSI
3. Mesyuarat AJK Induk PSS SMKSI
4. Penilaian dan pelaporan
7. Kumpulan Sasaran
1. Semua pelajar SMKSI
2. Semua guru SMKSI
3. Semua kakitangan SMKSI
8. Aktiviti Program

1. Program P&P di PSS SMKSI menggunakan kemudahan internet untuk mencari


maklumat
2. Jejak Maklumat di internet
3. Kuiz internet
9. Sumber Kewangan
PIBG SMKSI
10. Anggaran Perbelanjaan
RM 4,000 ( 2 buah komputer )
11. Jawatankuasa Pelaksana
1. AJK Induk PSS SMKSI 2011
2. AJK Kerja PSS SMKSI 2011
12. Pemantauan / Kawalan
1. Pengetua
2. GPK 1
3. Guru Kanan Mata pelajaran
4. Penyelaras PSS
5. Ketua Panitia
13. Plan Kontigensi
Perkara
Punca
kegagalan
Penyelesaian

Hasil

Pengurusan peralatan
yang lemah.

Tindakan
Murid merosakkan
komputer.

Murid terlalu ramai


menggunakan
komputer pada satusatu masa.
Membuat jadual
penggunaan
komputer.

Penjagaan
dan Memberi taklimat
membaik
pulih sayangi harta
komputer oleh AJK sekolah.
PSS.
Penggunaan komputer berinternet dioptimumkan

14. Penilaian Program


1. Jumlah pelajar menggunakan komputer untuk mengakses maklumat akan semakin
meningkat
2. Jumlah pelajar yang datang ke PSS juga akan turut meningkat
3. Jumlah guru yang menggunakan kemudahan PSS juga akan meningkat
15. Tindakan Susulan / Program Penambahbaikan
1. Menyediakan AJK penggunaan komputer yang terdiri daripada pelajar.
2. Menambah bilangan komputer supaya lebih ramai pelajar dapat menggunakan
kemudahan internet pada masa akan datang.

Disediakan oleh;

Disemak dan disahkan oleh;

.
..
Pn Rahayu bt Hj Ismail,
Penyelaras PSS,
SMKSI 2011.

Tn Hj Mohamad b Yusof,
Pengetua,
SMKSI 2011.

You might also like