You are on page 1of 4

Slide 1

KONSEP PERLEMBAGAAN PERBANDINGAN PERLEMBGAAN BERTULIS DAN


TIDAK BERTULIS
Slide 2
PENGENALAN Perlembagaan bermaksud undang-udang yang dipersetujui bersama melalui
badan perundangan . Malaysia mempunyai dua jenis perlembagaan: (a)Perlembagaan bertulis
(b)Perlembagaan tidak bertulis Kedua-dua perlembagaan tersebut memainkan peranan yang
penting: (a)Mengekalkan keharmonian masyarakat (b)Memastikan pemerintahan dan
pentadbiran negara berjalan dengan lancar (c)Memberi jaminan perlindungan kepada rakyat .
Slide 3
KONSEP PERLEMBAGAAN Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi
semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang penting . Perlembagaan menentukan
bidang kuasa pemerintahan,bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat . Perlembagaan
juga menyatakan kuasa dan peranan setiap institusi seperti eksekutif, perundangan dan
kehakiman .
Slide 4
KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan Persekutuan adalah undang-
undang tertinggi di Malaysia dan menjadi tunggak kepada semua undang. Semua undang
yang digubal tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan persekutuan ,jika wujud
percanggahan, undang-undang tersebut dianggap tidak sah . Badan eksekutif , kehakiman dan
perundangan tertakluk kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan . Yang Dipertuan Agong
perlu menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam
Perlembagaan .
Slide 5
PERLEMBAGAAN BERTULIS Perlembagaan bertulis Malaysia merupakan sumber
undang-undang yang utama di Malaysia . Merupakan undang-undang yang diluluskan oleh
badan perundangan. Contoh-contoh perlembagaan bertulis : (a)Perlembagaan Persekutuan
(b)Perlembagaan Negeri (c)Akta (d)Enakmen (e)Ordinan (f)Perundangan subsidiari
(g)Undang-undang Islam
Slide 6
PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS Merujuk kepada undang-undang Malaysia yang
tidak dikanunkan oleh badan perundangan dan tidak terdapat dalam Perlembagaan
Persekutuan dan Perlembagaan Negeri . Contoh-contoh perlembagaan tidak bertulis :
(a)Undang-undang lazim(common law) (b)keputusan-keputusan mahkamah (c)undang-
undang Hindu (d)undang-undang adat : -Adat Perpatih -Adat Temenggung
Slide 7
(I)Adat Perpatih Adat Perpatih dibawa masuk ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabau
dari Palembang , Sumatera pada abad ke-16 . Diwarisi secara lisan . Tidak menggalakkan
perkahwinan antara sepupu. Hukuman yang dikenankan bersifat mencegah . Pembahagian
harta lebih mengutamankan nasab keturunan sebelah ibu .
Slide 8
(II)Adat Temenggung Adat Temenggung dibawa masuk dari Palembang , Sumatera . Adat ini
menggalakkan perkahwinan antara sepupu. Dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Islam .
Hukuman di bawah Adat Temenggung jauh lebih berat daripada Adat Perpatih dan bersifat
pembalasan. Pembahagian harta lebih mengutamakan nasab keturunan sebelah bapa .
Slide 9
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN SECARA UMUM Perlembagaan Persekutuan terdiri
daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 Perkara seperti yang diberikan dalam jadual
berikut:
Slide 11
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN Secara umunnya perlembagaan Malaysia terbahagi
kepada 3 isi kandungan terbesar iaitu: (a)Kebebasan asasi (b)Kewarganegaraan (c)Sistem
pemerintah
Slide 12
(a)Kebebasan Asasi Kebebasan asasi seseorang individu diperuntukkan dalam bahagian 2
Perlembagaan Persekutuan . Kebebasan asasi individu boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu
: (a)Kebebasan mutlak Bermaksud kebebasan asasi yang tidak boleh disekat (b)Kebebasan
bersyarat Merujuk kepada kebebasan yang dihadkan oleh sekatan undang-undang.
Slide 13
(b)Kewarganegaraan Dalam Bahagian 3,Perkara 14 hingga 22 Perlembagaan Persekutuan
menyenaraikan peruntukan-peruntukan pemerolehan kewarganegaraan. Berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan ,seseorang boleh memperoleh kewarganegaraan melalui 4 cara
iaitu : (I)Secara kuatkuasa undang-undang (II)Secara pendaftaran (III)Secara
naturalisasi/masukan (IV)Secara percantuman wilayah
Slide 14
(I)Kewarganegaraan secara kuatkuasa undang-undang Dilahir sebelum Hari Malaysia dan
menjadi warganegara Persekutuan akan mendapat kewarganegaraan secara automatik.
Seseorang yang lahir selepas Hari Malaysia dapat menjadi warganegara Persekutuan dengan
syarat-syarat berikut: (a)Ibu atau bapa mrupakan warganegara. (b)Dilahirkan diluar
Persekutuan dan bapanya merupakan warganegara atau berkhidmat dengan kerajaan
persekutuan atau negeri. (c)Dilahirkan di Singapura dan ibu atau bapanya merupakan
warganegara. (d)Dilahirkan di persekutuan dan semasa kelahirannya tidak menjadi
warganegara lain .
Slide 15
(II)Kewarganegaraan secara pendaftaran Seseorang boleh memohon warganegara melalui
pendaftaran dengan memenuhi beberapa syarat berikut : (a)Berumur kurang daripada 21
tahun ,ibu atau bapanya merupakan warganegara (b)Berumur 18 tahun atau lebih dan
menetap di Sabah atau Sarawak daripada 7 tahun hingga 10 tahun dan berkelakuan baik serta
berpengetahuan tentang bahasa Melayu .
Slide 16
(III)Kewarganegaraan secara naturalisasi Seseorang yang berumur lebih daripada 21 tahun
boleh memohon menjadi warganegara Malaysia jika: (a)Seseorang itu telah bermastautin 10
daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan (b)Berniat menjadi warganegara Malaysia
(c)Berkelakuan baik (d)Berpengetahuan dalam Bahasa Melayu
Slide 17
(IV)Kewarganegaraan secara percantuman wilayah Jika ada satu wilayah baru yang masuk ke
dalam Malaysia selepas hari Malaysia,maka semua penduduknya akan menjadi warganegara
Malaysia. Contohnya seperti : (a)Sabah (b)Sarawak
Slide 18
(c)Sistem Pemerintahan Mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan
Raja Berperlembagaan . Melalui sistem ini ,rakyat akan melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan negara . Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya . Sistem
pemerintahan Malaysia dibahagi kepada 3 badan : (a)Badan Eksekutif (b)Badan Perundangan
(c)Badan Kehakiman
Slide 19
(I)Badan Eksekutif(Pelaksana) Badan Pelaksana dasar-dasar kerajaan ialah Jemaah Menteri
atau Kabinet . Kabinet adalah pembuat dasar tertinggi negara . Tugas Jemaah Menteri atau
Kabinet ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara . Perdana Menteri ialah
Ketua Jemaah Menteri yang bertanggungjawab mengetuai bebrapa kementerian.
Slide 20
(II)Badan Perundangan Fungsi badan perundangan ialah menggubal undang-undang bagi
menjamin keadilan dan kesejahteraan . Parlimen ialah sebuah badan perundangan yang
bertanggungjawab menggubal undang-undang . Parlimen terdiri daripada: (a)Yang di-Pertuan
Agong (b)Dewan Negara (c)Dewan Rakyat
Slide 21
(III)Badan Kehakiman(Judisiari) Badan Kehakiman merupakan suatu badan yang
mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah . Badan
Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan
perundangan dan badan pelaksana . Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir perlembagaan
Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
Slide 22
KESIMPULAN Perlembagaan memainkan peranan yang penting . Perlembagaan berfungsi
sebagai panduan pentadbir negara untuk mentadbir sesebuah negara. Tanpa perlembagaan,
tidak akan wujud negara yan aman dan damai.

You might also like