You are on page 1of 13

Antara Tamadun yang tertua di dunia.

India terbahagi
kepada dua iaitu India Utara dan India Selatan.
Masyarakat India Utara dikenali sebagai Indo-Arya
manakala masyarakat India Selatan dikenali sebagai Dravida.
Tamadun India terbahagi kepada tiga zaman iaitu:

ZAMAN AWAL/HINDU

ZAMAN PERTENGAHAN (1200-1750M)

ZAMAN PENJAJAHAN BARAT (Mulai 1750 M)

1) Zaman Prasejarah (100 000 SM 1000 SM)
-Zaman Paleolitik
-Zaman Mesolitik
-Zaman Neolitik

2) Tamadun Lembah Indus (3000 SM1500SM)

Dibina oleh bangsa Dravida. Dikenali sebagai Tamadun Harappa
dan Mohenjo-Daro di Lembah Sungai Indus di wilayah Punjab .
Telah mencapai tahap pencapaian yang tinggi dalam semua aspek
kehidupan manusia seperti agama, budaya, kebendaan, nilai dan
kepercayaan.
Harappa dan Mohenjo-Daro sangat sangat popular kerana
terdapat sistem perancangan bandar yang tersusun.
Antara contoh monumen adalah Kolam Permandian Agung dan
Benteng Pengawal Banjir.

3) Zaman Vedik (1500 SM-1000 SM)
Peradaban Lembah Indus yang lenyap dan kedatangan bangsa Aryan
dari Asia Tengah dan Poland memulakan peradaban baru. Terbahagi
kepada dua zaman iaitu:
Zaman Veda Awal
Zaman Veda Akhir
Lahirnya budaya baru Indo-Aryan.
Bermulanya sistem Kasta.

4) Empayar Maurya (326 SM 185 SM)
Bermulanya sistem pemerintahan bercorak empayar. Maharaja Asoka
yang terkenal menjadi penaung kepada perkembangan agama Buddha.

5) Zaman Serangan Luar ( 185 SM 320M)
Kesan kehadiran Alexander The Great wujudnya masyarakat Indo Greek
yang menjadi kelompok nomadik yang bergerak dari Asia Tengah
hingga ke India dan mengancam China hingga menyebabkan Maharaja
Shih Huang Ti membina Tembok Besar China.



6) Empayar Gupta (320 M 520M)

Zaman period klasik merujuk kepada perkembangan
kesusateraan Hindu.
Kemunculan Dinasti Gupta.

7) India Selatan (300 SM 300M)

Wujud Kerajaan-kerajaan Chera, Chola & Pandhya
Dikenali sebagai zaman Sangam kerana sumbangan dalam
bidang kesusasteraan.

Dikenali sebagai zaman Islam.
Kuasa baru wujud di India, iaitu Islam.
Faktor yang mendorong kepada proses Islamisasi ialah jalan
perdagangan daratan dan lautan.
Dengan Kehadiran Islam pada abad ke 8 melalui Muhammad al-Qasim
yang berjaya menguasai Wilayah Sind pada 706 M wujudlah kuasa yang
dominan tanpa menyekat kewujudan kuasa-kuasa tempatan.
Mendorong kepada kemunculan kerajaan-kerajaan Islam di India.

a) Dinasti Ghazni
Diasaskan oleh Sabuktigin yang berbangsa Turki. Zaman penggantinya
Mahmud al-Ghazni dianggap sebagai zaman permulaan Islam di India.

b) Dinasti Ghuri
Diasaskan oleh Muhammad al-Ghuri yang berasal dari Afghanistan. Ia
meletakkan seluruh India Utara di bawah kekuasaan Islam.


c) Kesultanan India
Seorang hamba Qutbuddin Aibak menubuhkan kerajaan Delhi
yang dikenali sebagai kerajaan Mamluk/Hamba. Diperintah oleh
26 orang sultan termasuk seorang wanita Roziyya.

d) Dinasti Khalji
Diasaskan oleh Jalaluddin.

e) Empayar Mughal ( 1526 1857 M )
Diasaskan oleh Muhammad Zaheeruddin Babur. Zaman
kegemilangan terutama pada zaman pemerintahan Akbar.
Diperintah oleh Maharaja Akbar (1556-1601M), Jahangir (1605-
1627M), Shah Jehan (1628-1658 M) dan Aurangzeb (1658-1707
M).Kejayaan yang tercapai oleh pemerintah Empayar Mughal
adalah dari segi seni dan pembinaan hasil gabungan budaya
antara agama Islam dan Hindu contohnya Taj Mahal.

Bermula dengan kedatangan British

Syarikat Timur British India (1600 M 1857 M)

Kemerdekaan India ( 15 Ogos 1947 )


ASRAMA/VARNASRAMADHARMA :
Sistem kekeluargaan terbahagi kepada empat peringkat kehidupan iaitu :

Brahmacarya
Iaitu zaman bujang, perlu menimba banyak ilmu dan kemahiran.

Grhastra
Iaitu orang berumahtangga yang menikmati kehidupan berkeluarga dan mempunyai
anak.

Vanaprahasta
Iaitu tahap orang tua, telah menyelesaikan tanggungjawab keluarga dan mendalami
agama.

Sannayasa
Iaitu orang pertapa yang menumpukan perhatian kepada khidmat masyarakat,
menyampaikan nasihat dan ajaran kerohanian.



SISTEM KASTA/VARNA
Sistem Varna merupakan pembahagian sosial yang mempunyai sistem hierarki tetap dan tidak
berubah.

Ia terdiri daripada :

Brahmin
Bertindak sebagai penjaga kebudayaan rohani masyarakat dan bertanggungjawab melahirkann
sami-sami.

Ksyatria
Kelompok yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan dan terbabit secara
langsung dengan pemerintah. Daripada kasta ini lahirnya kalangan pemerintah, raja dan lain-lain.

Vaisya
Kalangan perniagaan dan urusan kewangan dan biasanya kasta ini menguasai bidang perniagaan
dan menjadi saudagar, ceti dan lain-lain.

Sudra
Kalangan petani

Sistem varna kukuh di kalangan masyarakat Indo-Arya yang dipelihara raja-raja.

Sistem ini berfungsi mengikut pengkhususan pekerjaan
dan membentuk kumpulan mengikut identiti sosial dan
ekonomi.
Bagi setiap jati ada satu republik yang mempunyai
undang-undang, kawasan atau wilayahnya sendiri, unit
politik, sosial dan ekonomi yang terkecil.
Keanggotaan jati adalah mengikut kelahiran.
Dalam sistem ini berlaku pengasingan sosial yang
bertujuan menjaga identiti sesuatu kelompok atau status.


KEDUDUKAN KAUM WANITA.
Wanita mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat dan
keistimewaan serta ketinggian kedudukan mereka dapat dilambangkan
dari kewujudan apa yang dikenali sebagai Mother Goddess.
Dalam masyarakat Vedik misalnya wanita diberi kedudukan yang tinggi
dan dihormati.
Kalangan masyarakat Dravida di India Selatan, kaum wanita yang
digelar amma amat dihormati tetapi tidak sampai setaraf lelaki.

BIDANG EKONOMI.
Pekerjaan mereka juga berbeza mengikut kawasan dan yang bersesuaian
dengan alam sekitar mereka.
Cukai yang diperolehi daripada hasil eksport menambahkan
pendapatan negara dan raja-raja menggunakan hasil-hasil ini untuk
memajukan negeri mereka.
Pedagang dikehendaki membayar cukai kepada antapala (pegawai tol)
yang bertanggungjawab menjaga keadaan jalan raya.



BIDANG POLITIK
Kerajaan-kerajaan dibahagikan kepada wilayah, bahagian,
daerah dan kampung dan diperintah oleh raja. Raja bukan
seorang yang autokratik kerana mereka menghormati
beberapa prinsip demokrasi seperti pemilihan raja dan
penguatkuasaan undang-undang.

BIDANG PELAJARAN.
Tujuan pendidikan ialah untuk mencari kebahagiaan dalam
kehidupan seharian.
Matapelajaran yang diajar adalah teks-teks Veda.

You might also like