You are on page 1of 37

TOPIK 8:

TAMADUN
INDIA
PN NOR AZNIDA BINTI NOORUL-DIN
OBJEKTIF:

• Menjelaskan pembentukan tamadun India melalui fasa zaman yang


terlibat.
• Menghuraikan nilai dan unsur utama dalam tamadun India.
• Membincangkan keistemewaan tamadun India daripada sudut jangka
masa dan agama.
• Menilai hubungan tamadun India dengan negara lain di Asia Tenggara .
PENGENALAN TAMADUN INDIA

• Perkembangan awal tamadun India bermula di sekitar Mahenjo-Daro di Harappa ( kini Pakistan),
lembah Sungai Indus.
• Bermula sejak 2500 s.m, ada sesetengah pengkaji berpendapat 4000 s.m
• Telah mencapai kemajuan dalam aspek kehidupan seperti agama, budaya, kemajuan kebendaan , nilai
dan kepercayaan.
• Bukti terdapatnya bandar besar yang maju dan wujud di tebing Sungai Indus meliputi Kawasan satu batu
persegi dengan lorong dalam bandar raya berbentuk 90 darjah. Rumah diperbuat daripada batu-bata dan
ada bilik mandi. Wujud tempat mandi awam, mempunyai taraf kesihatan yang baik, adanya sistem tali
air yang sempurna.
FASA PEMBENTUKAN TAMADUN INDIA

Zaman Lembah Indus (1500 Zaman Pertengahan atau


Zaman Tamadun India Moden
SM) Zaman Kerajaan Islam (1000-
(1750-1947M)
• Ditemui dilembah sungai Indus. 1756M)
• Terdapat banyak pemerintahan • Zaman era penjajahan British
antaranya Vedik, • Pengaruh Islam meresap ke atas India.
Maurya,Gupta, Sangam,Palava setelah kejatuhan kerajaan • India dibahagikan kepada
dan Chola. Chola Hindu. wilayah Islam dan Wilayah
• Berpindah ke kawasan lain • Munculnya kesultanan Hindu.
setelah tamadun tersebut Delhi, Dinasti Khilji, • Imprealis Inggeris telah
runtuh. Tughluq, Sayid, Lodi dan membawa pemodenan
• Penemuan tembikar merah, Babur atau Mungal. kepada India.
periuk dan logam di Gujarat. • Sentiasa mendapat ancaman • Hanya 1/3 India sahaja yang
• Penemuan galian di Ankamedu dari luar seperti orang Greek, ditakluki 2/3 lagi tidak dapat
dan Adichanallur di India Scythia, Parthia dan Hun. dijajah kerana pengamalan
Selatan. sistem beraja.
ZAMAN LEMBAH INDUS (1500
SM)

Zaman Kerajaan Vedik Zaman Kerajaan Sangam


(1500-500 SM) (300-200 M)

Zaman Kerajaan Maurya Zaman Kerajaan Pallava


(321-185 SM) (600-900 M)

Zaman Kerajaan Gupta Zaman Kerajaan Chola


(300- 600 SM) (850-1200 SM)
1. ZAMAN KERAJAAN VEDIK (1500-500 SM)

• Bermula asal usul orang-orang Indo Ayra (mendiami Poland dan Asia tengah).
• Kedatangan mereka disebabkan kekurangan kawasan rumput rampai untuk ternakan.
• Mereka bermigrasi sehingga ke Kawasan utara, barat dan selatan. Sebahagiannya bermigrasi ke Iran
dan Iraq sehingga ke benua kecil India.
• Kedatangan mereka telah menyebabkan berlakunya pertembungan budaya dengan penduduk tempatan
sehingga munculnya budaya komposit di Kawasan utara India ( Budaya Indo Ayra- Budaya Vedik)
• Orang Indo Arya telah mencipta teks agama atau Veda-veda yang mengandungi mazmur agama.
• Munculnya Rig Veda yang disusun pada tahun 1200-1000 SM.
ZAMAN KERAJAAN VEDIK (1500-500 SM)

• Asas organisasi politik dan social masyrakat Indo Arya ialah:

KULA Grama Visya Jana


Keluarga Kampung Bandar Negeri
( Grihaspati ) ( Gramina ) ( Visyapati ) ( Rajana )

• Mantriparishad ( negarawan yang dipilih oleh raja ) adalah penasihat diraja.


• Kuasa dikawal oleh pandangan umum dan rakyat berkuasa untuk menggantikan seorang raja yang menyeleweng.
• Sahha (anggota yang terdiri dari ketua dan orang kaya raya)
• Samriti (perhimpunan rakyat) Berperanan mengawal kuasa
ZAMAN KERAJAAN VEDIK (1500-500 SM)

• Cukai tanah merupakan cukai asas.


• Aktiviti utama orang Indo Arya : Pertanian dan penternakan
• Tanaman utama adalah barli dan gandum.
• Penternakan lembu: pertanian dan sumber tenusu
• Sebahagian orang Indo Arya menjadi nelayan, tukang dobi, penggunting rambut,
penjual daging,pembuat bakul,pembuat tembikar,peminjam wang dan pedagang.
• Bharukachcha dan Tamralipti : kota penting dalam perdagangan luar.
ZAMAN VEDIK TERKEMUDIAN (600-320 SM)

• Zaman penubuhan sebuah republik dan negeri beraja di kawasan utara India.
• Pemerintahan secara republik berpusat di kawasan kaki Gunung Himalaya dan di barat laut
Punjab.
• Pemerintahan sistem beraja pula terletak di kawasan Sungai Ganges.
• Pemerintahan secara republik terdiri daripada Shakya, Koliya dan Malla atau gabungan puak Vriji
dan Yadava.
• Corak pemerintahan: kerjasama antara pihak kerajaan dan rakyat.
• Pangkat dan raja bukan secara turun temurun. Tiada sekatan atau tentangan terhadap pandangan
individu yang berbeza.
ZAMAN VEDIK TERKEMUDIAN (600-320 SM)

• Pengaruh Cyrus dan Persia (Iran) –(558-520 SM) : terletak di barat laut India.
• Kerajaan India (Gandhara) dikehendaki membayar ufti kepada kerajaan Cyrus.
• Bukti pengaruh melalui penemuan duit syiling India dan skrip kesusasteraan lama India (Kharoshti)
yang mempunyai unsur Aramaic yang digunakan di Persia.
• Wilayah Hindush adalah wilayah ke-20 empayar Persia.
• Pada tahun (330 SM): Maharaja Alexander dari Macedonia telah berjaya menewaskan Darius III dan
seterusnya menakluki puak tempatan dan melantik gabenor untuk mentadbir wilayah tersebut.
• Dasar peluasan kuasa tentera Greek telah membentuk penempatan orang Greek di Punjab dan telah
membuka laluan perdagangan antara barat laut India melalui Afghanistan dan Persia ke Laut
Mediteranean ( Selatan Eropah).
ZAMAN VEDIK TERKEMUDIAN (600-320 SM)

• Semasa zaman pemerintahan Magadha dan Bimbisara merupakan zaman keemasan bagi zaman vedik kerana rajanya
seorang yang gigih serta berwawasan politik.
• Baginda telah berkahwin dengan puteri Kosala dan Vaishali, beliau telah menakluki Kawasan di barat dan utara,
mendirikan dan menyusun pentadbiran dengan cekap, membina jalan raya, melantik pengawai mengukur tanah dan
menggalakkan pembangunan dalam bidang pertanian.
• Peperangan antara kerajaan beraja Kasyi, Kosala dan maghada, republic vriji yang berlaku selama 100 tahun telah
menyebabkan kejaraan vedik hancur dan Maghada telah berkuasa di India Utara.
• Pada tahun (413) SM Mahapadma Nanda telah mendirikan kerajaan Dinasti bukan Kshatriya yang pertama.
• Pada tahun (312 SM) Chandragupta Maurya telah dapat mengalahkan Nanda dan merampas kerajaan.
2. ZAMAN KERAJAAN MAURYA ( 321-185 SM)
• Chandragupta Maurya telah menggantikan Nanda (321sm) ketika berumur 25 tahun.
• Beliau telah mencorak dimensi baharu politik India dan telah menakluki Kawasan Indus, Ganges dan barat laut India.
• Pada tahun 297sm Chandragupta telah memeluk agama Jainisme dan telah menyerahkan takhta kepada puteranya
Bindusara.
• Bindusara telah meluaskan empayar sehingga ke Mysore di selatan India. Dan diteruskan oleh penggantinya Asoka
Piyadassi sehingga tertakluknya Kalinga di Timur. Walau bagaimana pun penaklukan kalinga telah menimbulkan
kesedijhan kepada Asoka kerana banyak kemusnahan yang berlaku. Baginda Asoka telah memeluk agama Buddha yang
menekankan Ahimsa ( tidak melakukan kekejaman).
• Sistem Buddisme telah di susun semula dan majlis buddhis ke-3 telah bersidang di Pataliputra (250sm).
• Empayar Maurya telah diganti dengan kemunculan Dinasti Shunga (keluarga Brahmin).
• Dalam masa 100 tahun empayar Maurya semakin mengecil dan Kawasan Madagha (Sunga) telah dikuasai oeleh Dinasti
Kanva. Kanva telah mencapai kegemilangan semasa pemerintahan Raja Kharavela.
3. ZAMAN KERAJAAN GUPTA ( 300-600 M)

• Gupta telah merancang dengan baik bandar, sistem jalan raya yang teratur, sistem perparitan yang
baik, saluran bekalan minuman, sistem pembuangan najis yang teratur dan tempat mandi yang
sempurna.
• Selepas kemerosotan empayar Gupta, India utara telah dibahagikan kepada 4 buah kerajaan iaitu
Gupta di Madagha, Maukhari di Uttar Pradesh Barat, Pushyabhuti di Thanesar (di utara Delhi) dan
Maitraka (asal usul Persia)di Gujarat.
• Harsha telah menggabungkan kedua-dua kerajaan Maukhari dan Pusyabhuti.
• Kerajaan Maitraka kekal sehingga pertengahan kurun ke-8 sebelum diserang oleh orang Arab.
4. ZAMAN KERAJAAN SANGAM (300SM- 200M)

• Berpusat di India Selatan. Kerajaan Chera di barat, Chola di timur dan Pandya di selatan
sering berperang sesame sendiri.
• Kerajaan Chola (200sm) telah menakluki dan memerintah Ceylon Utara sehingga dihalau
oleh Raja Sinhala Duttagamini.
• Masyarakat India Utara mengadakan hubungan dengan India Selatan melalui Kawasan
Deccan.
• Pernah mengadakan hubungan dengan negara barat seperti Romawi dan Greek.
• Chola: mengendalikan perdagangan lautan India, membina kapal besar dan kecil yang
digunakan untuk belayar ke rantau Asia Tenggara.
4. ZAMAN KERAJAAN SANGAM (300SM- 200M)

• Bukti Mengadakan perdaganagn luar: pelabuhan, pangkalan kapal, dermaga,Menara api,


pejabat kastamdan bangunan perdagangan luar (antarabangsa)
• Kapal Yavana (dari Asia Barat dan Mediteranean) belayar ke Kaveripattinam-berdagang
sistem barter-Asia Tenggara- China
• Arikamedu dan Kaveripattinam penting sebagai pusat perdagangan antarabangsa dan
standing dengan Bharukachcha dan Taxila.
5. ZAMAN KERAJAAN PALAVA ( 600-900 M)
• Dikenali sebagai zaman gelap. Golongan Kalabhra telah menguasai India dan agama rasmi adalah
Buddha dan menggunakan Bahasa Sanskrit.
• Raja Accutavikkanta telah menggalakkan kegiatan agama Budhha dan penyair Budhha mendapat
layanan yang baik dan keistemewaan.
• Keadaan ini telah membangkitkan kemarahan orang Tamil dan menyifatkan mereka sebagai raja yang
zalim.
• Raja Pandya Kandungon telah menewaskan Kalabhara pada tahun 575 Masihi dan telah menamatkan
pemerintahan ini selama 300 tahun di India Selatan.
• Beberapa sumbangan penting : Perhimpunan penyair Jain (Sangam Jain) 470M, Karya dan etika Tamil
seperti Naladiyar, Tirukkulal dan Palamoli disusun pada zaman ini.
6. ZAMAN KERAJAAN CHOLA (850 -1200 SM)

• Bertapak di tepi Sunagai Kavari.


• Chola bukanlah sebuah kerajaan yang penting dan dikenali sebagai Rayalaseema.
• Kebangkitan semuala Chola setelah penawanan Tanjore oleh Vijayalaya dan pembinaan kuil untuk
Dewi Durga ( Nishumbhasudini ) pada tahun 850 SM.
• Chola menjadi satu kuasa imperialis selama 350 tahun. Raja yang masyhur ialah Raja Rajendra I dan
Kulotangga dengan menggunakan gelaran Chakravarthigal.
• Kerajaan Chola mengamalkan dasar perluasan kuasa. Giat membina kuil, reklamasi tanah,
menggalakkan kerja tali air, menyelenggara sekolah dan hospital.
• Turut menjalin hubungan luar dengan gugusan kepulauan Melayu. Manigaman (persatuan
pedagang) telah giat berdagang dengan Thailand. Pernah menyerang Srivijaya pada tahun 1025 SM
dan membentuk hubungan erat dengan kerajaan China.
6. ZAMAN KERAJAAN CHOLA (850 -1200 SM)
• Pada kurun ke-13, empayar Chola telah berakhir.
• Muncul 4 buah kerajaan baharu seperti Pandya, Hoysala, Kakatiya dan Yadava.
• Mendapat asakan yang kuat dari tentera Islam (kuasa Mughal) menyebabkan kerajaan menjadi kucar
kacir.
• Pada abad ke-14, ( 1336-1570) telah muncul kerajaan Hindu yang kuat ( Vijayanagar) dan pentadbiran
Harihara I telah berjaya menyatupadukan seluruh wilayah India dan kembali menyatukan golongan
Hindu dan Muslim.
• Semasa zaman Krishnadewa Raya, empayar Vijayanagar terus maju dan gemilang melalui aktiviti
perluasan kuasa , hubungan diplomatikdan perdagangan dengan negara luar.
• Krishnadewa Raya merupakan seorang pahlawan yang sangat berani, pentadbir yang cekap, seorang
yang cintakan agama, penaung seni dan kesusasteraan dan sangat menyayangi rakyat. Kerajaan Chola
runtuh setelah kemangkatan Krishnadewa Raya dan tak ada pemimpin yang dapat menandingi baginda.
ZAMAN PERTENGAHAN ATAU ZAMAN
KERAJAAN ISLAM (1000-1756 MASIHI)

• Zaman ini pengaruh Islam keatas masyarakat India meliputi Kesultanan Delhi, Dinasti
Khilji, Tughluq, Sayis, Lodi dan Babur atau Mughal.
• Kedatangan pengaruh Islam telah dapat mengekalkan agama mereka di India.
• Penyebaran agama Islam dilakukan melalui 2 cara: Hubungan dengan pedagang Arab
serta Pemelukan Islam selepas penaklukan.
• Kerajaan Dinasti Mughal sangat masyhur dibawah pemerintahan Genghis Khan dan
Akhbar (1526 M). Beberapa perkara yang telah dilakukan oleh akhbar melantik orang
Hindu memegang jawatan pentadbiran dan memansuhkan cukai jizyah serta memberi
kebebasan dalam hal berkait dengana gama dan budaya.
ZAMAN PERTENGAHAN ATAU ZAMAN
KERAJAAN ISLAM (1000-1756 MASIHI)

• Selapas Akhbar, politik dan kerajaan India telah dipegang oleh Jahangir (1605-
1627M).
• Jahangir tidak menruskan dasar serta polisi akhbar sehingga mendapat tentangan
daripada masyarakat Hindu.
• Islamisasi India telah memberi kesan dalam pelbagai sector seperti agama , politik,
ekonomi, budaya, seni, Bahasa dan intelektual.
• Terdapat percampuran dalam bidang tersebut khususnya dari segi bahasa urdhu dengan
Bahasa arab. Seni muzik vinai Hindu dengan seni muzik gambus Arab, seni bina dan
termasuklah pakaian Farsi –Hindu.
ZAMAN TAMADUN INDIA MODEN ( 1750-1947 M)

• Zaman ini merupakan era penjajahan British ke atas India serta


bermulanya pembahagian wilayah Hindu dan Islam.
• Hanya 1/3 british dapat menakluk India, 2/3 lagi tidak dapat dijajah kerana
mengamalkan sistem beraja.
• Kerajaan British telah mengamalkan dasar “pecah dan perintah” dengan
membahagikan India kepada 3 residensi: wilayah Bombay di Barat,
Madras di Selatan dan Benggal di Timur. British telah menyerapkan semua
sistem dan amalan British dalam hampir semua lapangan hidup rakyat
India.
ZAMAN TAMADUN INDIA MODEN ( 1750-1947 M)

• Pada kurun ke 19M, pihak British telah memperkenalkan revolusi perindustrian dan dasar
perdagangan dengan membawa masuk mesin pembuatan dan barangan dari England untuk
dipasarkan di India.
• Rakyat dua faktor barang dagangan India gagal bersaing dan British tidak menghiraukan sensitiviti
rakyat India telah menyebabkan kebangkitan orang India bangun melawan British.
• Sistem pendidikan Inggeris diperkenalkan melalui pembinaan sekolah mubaligh yang mengarah
kepada kristianisasi.
• Mahatma Gandhi telah lantang bersuara dan menuntut kemerdekaan India. India mendapat
kemerdekaan melalui persetujuan pembahagian India : India diperintah oleh orang Hindu manakala
Pakistan oleh orang Muslim.
NILAI TAMADUN INDIA

Sistem Kekeluargaan

Perpaduan Dharma

Nilai dan Kepercayaan


Yang Membentuk Kepercayaan Kepada
Satya
Tamadun India Tuhan

Ahimsa Karma
KONSEP DHARMA

• Diperkenalkan untuk menandakan sifat benar individu dan masyarakat.


• Fungsi : sebagai konsep semula jadi atau deskriptif ( sebagaimana sesuatu itu wujud atau
berlaku).
• Dharma masyarakat : memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang
harus dilakukan.
• Dharma individu : memerlukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran
dan peringkat dalam kehidupan.
• Dharma Khas : keperluan bagi individu atau svadharma yang ditentukan mengikut kedudukan
(varna) dan peringkat dalam kehidupan (asrama) harus dilakukan walaupun tidak sempurna.
KONSEP DHARMA

• Visesa Dharma : merujuk kepada dharma sesuatu kumpulan.


• Vamadharma ( bagi vana)
• Jatidharma ( bagi Jan)
• Rajadharma ( bagi raja )
• Stridharma ( bagi isteri )

Cth: Rajadharma meliputi tugas dan tanggungjawab yang diwajibkan bagi seseorang
pemerintah. Kuasa yang dipegang dikaitkan dengan kedudukannya dalam masyarakat bukan
sebagai individu atau wakil rakyat. Rajadharma perlu menganggap kebahagiaan dan kebajikan
rakyat sebagai tugas utamanya.
KONSEP KEPERCAYAAN KEPADA
TUHAN
• Dikenali sebagai Brahman.
• Bharman mempunyai 2 aspek : Saguna ( Mempunyai sifat) dan Nirguna (tanpa aspek)
• Aspek Saguna:
• Brahman sebagai ketua bagi semua Tuhan.mengetahui segalanya. Brahman juga pemerintah alam semesta,
dialah yang mencipta, memelihara dan akhirnya memusnahkan. Digelar sebaga Isvara.

• Aspek Nirguna :
• Kewujudannya mutlak,pengetahuannya mutlak dan kebahagiaannya mutlak. Tetapi semua ini bukan sifatnya.
Dia yang menerangkan kesemuanya dan Nirguna Brahman dapat diterangkan dalam bentuk penyangkalan
seperti tidak Panjang dan tidak pendek, tidak terbayang atau gelap tiada rasa dan bau dan sebagainya.
KONSEP KARMA
• Merujuk kepada perbuatan, ucapan, pemikiran dan tindakan seseorang dalam kehidupan akan menentukan
kedudukannya dalam kelahiran semula (reincarnation)
• Perbuatan yang baik membantu individu mengumpul Punya karma.
• Perbuatan yang jahat akan mengumpul Pava karma.
• Kepercayaan bahawa seseorang yang mempunyai banyak Pava karma akan lahir semula dalam keadaan
terpaksa menghadapi penderitaan.
• Ajaran Bhagavadgita menekankan Nishkama karma (membuat kerja tanpa mengharapkan hasil
selepasnya)
• Karma Yoga : salah satu cara untuk mencapai pelepasan dari hidup duniawi, seseorang perlu menjalankan
kerja dengan sempurna.
• Agama Sikhisme : suatu agama yang menggabungkan unsur Hinduisme.
• Agama Islam juga menerima prinsip karma
KONSEP AHIMSA

• Bermaksud tidak melakukan kekejaman. Orang yang mencari kebenaran mesti


mempunyai kuasa untuk mengawal emosi dan keinginan, beransur-ansur
melepaskan diri dari ikatan kepada badan.
• Amalan tidak memakan daging menjadi unsur penting dalam budaya India sejak
zaman purba.
• Mahatma Gandhi: beliau mengesyorkan melayan musuh luar dengan kasih saying
dan simpati kerana mereka merupakan mangsa kuasa jahat.
KONSEP
SATYA
• Merupakan kebenaran atau undang-undang mengenai kehidupan yang kekal abadi, tidak berubah dan
terdapat dalam bentuk semulajadi semua manusia.
• Nilai Satya mempercayai bahawa wujudnya suatu kuasa di peringkat duniawi dan dapat dirasai oleh
manusia.
• Satya dianggap sebagai kuasa kebaikan.
• Satya juga boleh diertikan sebagai pengetahuan benar yang merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan
yang benar, ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti yang mutlak atau Tuhan.
• Mahatma Gandhi : menggunakan Satya sebagai senjata sosial dan politik. Sanggup mengorbankan diri
demi mencapai tujuan perjuangan.
KONSEP
PERPADUAN
• Negara India mengandungi masyarakat yang pelbagai kaum dan
agama dan sentiasa menggalakkan hubungan erat dan
keharmonian masyarakat.
• Sejarah India menunjukkan bahawa pemerintah mengeratkan
hubungan antara masyarakat beragama Hindu dengan
masyarakat yang beragama Islam.
SISTEM
KEKELUARGAAN
• Sistem kekeluargaan dalam masyarakat India dipelihara oleh dua aspek utama iaitu:
• i) Ashrama Dharma : Tahap yang harus dilalui oleh manusia
• ii) Purusartha : 4 objektif mulia yang mesti ada bagi setiap insan iaitu :
• Aramldharma : diperolehi melalui Pendidikan yang bersifat kerohanian dan moral serta etika.
• Porullartha : Kekayaan ( individu perlu bekerja, mencari dan mengumpul kekayaan melalui cara yang
halal.
• Inbamlkama : Orang yang mengumpul kekayaan secara halal hendaklah menikmati kekayaan tersebut
berlandaskan moral dan etika.
• Vidulmoksha : Pencapaian kebebasan kerohanian di mana golongan tua yang menunggu saat kematian
dapat mengatasi nafsu dan keinginan terutama dalam perkara duniawi.
CIRI–CIRI UTAMA TAMADUN
INDIA

Sistem Pemerintahan Pentadbiran Wilayah Agama

Ilmu Sains dan


Bahasa dan Sastera Seni Bina Hindu
Matematik

Kemasyarakatan dan Kekeluargaan


KEISTEMEWAAN TAMADUN
INDIA
• Kemampuan bertahan ribuan tahun serta dapat mengekalkan
tradisi kebudayaan tanpa banyak mengalami perubahan.
• Pengaruh agama yang menjadi asas pembentukan terutamanya
agama Hindu, Buddha, Sikh dan Islam
• Penguasaan Tradisi pra- Arya dan kelangsungannya dengan
pembentukan Tamadun India yang baru.
HUBUNGAN TAMADUN INDIA DENGAN TAMADUN
NEGARA LAIN

• Mempunyai hubungan dengan negara luar seperti Greek, Rom,


Mesopotamia, Parsi , bahagian tengah Asia, Burma, China,
Sumatera, Jawa dan Tanah Melayu.
• Bermula dengan pembukaan jalan di genting bseperti Genting
Bolan dan Genting Khyber.
• Jelas melalui hubungan kebudayaan.
HUBUNGAN TAMADUN INDIA DENGAN
KEBUDAYAAN
• Hubungan terjalin sekian lama setelah berlakunya interaksi dan hubungan
antara orang India dengan dunia luar terutama di kawasan rantau Asia.
• Penemuan arkeologi , carigali di Arikamedu di Selatan India, Oceo di Indo
China dan Kuala selinsig di Perak.
• Pedagang India mempunyai hubungan perniagaan dan membawa budaya,
bahasa , sastera , seni dan agama ke merata tempat.
• Interaksi antara tamadun ini telah meninggalkan kesan positif dan juga
impak negatif.
SLIDE TAMAT

You might also like