You are on page 1of 49

KURSUS PENINGKATAN

PROFESIONALISME
KEGURUAN
OLEH :
HJH RUKIAH BT AHMAD TABON
PENSYARAH JABATAN ILMU PENDIDIKAN
IPTI,JB
Pada : 19 Julai 2008
KONSEP PENGUJIAN

SATU TEKNIK UNTUK MENDAPATKAN
MAKLUMAT TENTANG PERUBAHAN
TINGKAH LAKU SESEORANG
UJIAN - SATU SET SOALAN ATAU
TUGASAN YANG MEMERLUKAN
SESEORANG BERTINDAK BALAS
TUJUAN PENGUJIAN
Mengesan hasil pembelajaran yang
patut dikuasai
Mengesan kemajuan yang telah
diperolehi
Menentukan penempatan murid ikut
kebolehan
Tindakan susulan yang boleh diambil
oleh guru dan murid dalam proses p&p

PRINSIP PEMBINAAN DAN
PENTADBIRAN UJIAN
Tentukan tujuan ujian
Tentukan isi kandungan ujian
Membentuk Jadual Penentuan Ujian
Menulis item/soalan
Menyemak item/soalan
Tadbirkan ujian
Pembinaan Jadual Penentuan Ujian
(JPU)
Pengukuran adalah satu proses yang
penting ketika membuat sesuatu
penilaian khususnya dalam proses p&p
Alat pengukuran yang kurang berkualiti
akan menghasilkan penilaian yang
meragukan
Pembinaan JPU untuk memastikan
pembinaan alat pengukuran yang sah
dan boleh dipercayai
Jadual Penentuan Ujian (JPU)
Dikenali juga sebagai jadual spesifikasi ujian
(JSU)
Satu blue print ujian / test specification
Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi
kandungan dan paksi aras kemahiran
Kandungan merupakan topik dalam sukatan
pelajaran manakala aras kemahiran
merupakan taksonomi penguasaan
Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis
dan kandungan ujian
Membantu penggubal membina item soalan
Tujuan JPU
Ujian tidak dibina secara sembarangan
Dapat menjamin kesahan dan
kebolehpercayaan ujian
Panduan kepada penggubal soalan
Menstabilakan taraf dan aras kesukaran
ujian dari semasa ke semasa
Menentukan bidang dan pemberatan
ujian yang seimbang
Siapa yang membuat JPU
Penggubal kurikulum dan sukatan
pelajaran
Guru-guru yang mengajar mata
pelajaran
Ciri-ciri Utama JPU
Ada tajuk yang hendak diuji
Senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji
Paksi menegak mengandungi tajuk yang
hendak diuji dan paksi mendatar , jenis
kemahiran yang diuji
Gambaran tentang bilangan soalan dan aras
kesukaran dalam satu ujian
Merangka secara nyata bidang yang akan diuji
Langkah-langkah Pembinaan JPU
Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji
Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran
Bina carta dua hala
Tentukan nombor item yang akan dibina
mengikut aras kemahiran
Tentukan bilangan item soalan mencukupi
untuk mengukur pencapaian murid
Semak semula jenis item/soalan yang telah
ditetapkan samada menepati kehendak
objektifkurikulum
Contoh JPU

Lihat contoh
DIMENSI DALAM JPU
Kandungan ujian berdasarkan sukatan
pelajaran atau huraian sukatan pelajaran
dan buku teks yang digunakan, meliputi
i skop atau kedalamannya
ii bilangan item untuk setiap tajuk
iii wajaran
Kemahiran meliputi aras kemahiran
yang diuji ( selalunya menggunakan
teksonomi Bloom)
Jenis dan jumlah item berdasarkan
tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang
mengambil ujian, jenis soalan ( samada
item objektif, struktur atau esei ) dan
aras kesukran
Wajaran peratusan item ikut bahagian
atau tajuk berdasarkan masa pengajaran
bagi setiap tajuk
Dalam konteks pendidikan di Malaysia
kebanyakan ujian bilik darjah adalah
berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk
menentukan setakat mana murid telah
menguasai apa yang telah diajar. Oleh
itu ujian mestilah bersifat representative
kurikulum sekolah
aktiviti
Berdasarkan mata pelajaran tertentu
bina JPU untuk ujian bulanan, ujian akhir
semester dan ujian akhir tahun
Jenis Item Ujian


Ujian objektif

Ujian subjektif / esei
Item Ujian Objektif
Calon dibekalkan dengan satu tugasan
berstruktur yang menghadkan tindak balas
dengan cara menanda, membulat atau
menggaris gerak balas (respons) yang tepat
Jawapan pendek berbentuk perkataan, angka
atau frasa.
Hanya satu jawapan yang betul
Mengikut Gronlund ujian terbahagi kepada
item yang memerlukan calon membuat pilihan
yang diberi dan memberi jawapan yang
diperlukan
Jenis-jenis item ujian objektif

Item pilihan jawapan bebas
Item pilihan jawapan tetap
Item pilihan jawapan bebas
Memerlukan murid memberi jawapan bukan
memilih jawapan yang diberikan
Soalan boleh berbentuk soalan atau
pernyataan tergantung
Soalan berbentuk item jawapan pendek atau
item melengkapkan
Arahan yang diberi seperti isikan tempat
kosong dengan
lenkapkan pernyataan berikut

contoh
Item jawapan pendek
i. Tuliskan dengan perkataan nombor 23
ii. siapakah empat golongan yang dikecualikan
daripada kewajipan menunaikan solat Jumaat?
i. ____________
Item jawapan melengkapkan
i. Haiwan yang memakan daging dinamakan
__________
ii Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikut
a. Johor __________
b. Perlis __________
Item pilihan Jawapan Tetap

Item betul/salah
Item memadankan
Item pengelasan
Item susun semula
Item aneka pilihan
Item Aneka Pilihan
Bentuk soalan
Ayat tidak lengkap
Jenis jawapan terbaik
Jenis negatif
Interpretif
Cantuman
Soalan Objektif Aneka Pilihan
Mengandungi dua bahagian
- Stem pokok soalan / tugasan soalan
- Opsyen - pilihan jawapan yg diberi
Pilihan mengandungi :
Kunci jawapan yang betul
Pengganggu (distracktor) bukan jawapan
Con: Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses
A pemeluwapan
B penyulingan
C pendidihan
D elektrolsis
Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses stem
A,B,C,dan D opsyen
A,B, dan C pengganggu
D - jawapan
Stem Soalan
Mungkin dalam bentuk soalan atau ayat
tidak lengkap
Jelas tugasan yang diperlukan/yang
perlu dijawab oleh calon
Tidak mengandungi sebarang bayangan
(clues) jawapan
Tidak mengandungi maklumat yang tidak
berkaitan dengan tugasan soalan
Opsyen, Pengganggu dan Kunci
Pilihan jawapan sama dengan stem soalan
Tiap pengganggu mempunyai hubungan atau
seragam
Elakan memberi bayangan
Elakan guna perkataan seperti semua di atas,
tiada satu pun
Elak mengulang maklumat yang sama
Pastikan satu sahaja jawapan
Susun kunci secara rawak dan bilangan
seimbang untuk tentukan A,B,C/D


Jenis soalan Aneka pilihan -Bentuk
soalan
Setiap pokok soalan berbentuk soalan diikuti
dengan beberapa pilihan jawapan hanya satu
daripada pilihan itu betul
Contoh:
Apakah alat yang digunakan untuk
menentukan pH tanah?
A Ammeter
B Voltmeter
C Meter pH
D Multi meter
Ayat tidak lengkap
Setiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan
beberapa pilihan. Satu sahaja pilihan yang betul.
Contoh :
Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah
Melayu pada zaman penjajahan British memberi
kesan terhadap
A kemasukan buruh asing beramai-ramai
B industri membuat kereta berkembang pesat
C migrasi penduduk dari luar bandar ke badar
D industri perlombongan bijih timah berkembang
pesat
Jenis Jawapan Terbaik
Setiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan.
Semua pilihan ada kebenarannya tetapi bukan
semuanya tepat. Hanya satu sahaja pilihan yang
paling tepat atau terbaik
Contoh:
Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk
memastikan ujian tersebut mempunyai unsur
keobjektifan yang tinggi?
A. Memeriksa soalan demi soalan
B Menanda kertas jawapan dengan berhati-hati
C memeriksa kertas jawapan demi kertas jawapan
D Menanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan
Memberi Markah
Soalan Item Negatif
Kesemua pilihan adalah betul keuali satu yang salah.
Yang salah inilah yang tidak dikehendaki. Pokok
soalan biasanya mengandungi perkataan seperti
kecuali, yang tidak benar, bukan, dan tidak
Contoh:
Kelebihan ujian bentuk objektif adalah seperti berikut
kecuali
A sesuai digunakan untuk ujian sumatif
B dapat menguji bidang kognitif yang lebih tinggi
C jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan
objektif
D boleh menguji bidang kognitif di peringkat
pengetahuan dan fahaman dengan berkesan
Soalan Item Interpretif
Soalan adalah berdasarkan rangsangan yang
mungkin berupa peta, gambar rajah, jadual,
graf atau petikan karangan
Contoh:
Berdasarkan rajah1 di atas, X adalah merujuk
kepada
A internet
B perdagangan
C telekomunikasi
D pengangkutan
Jenis Cantuman/Gabungan
Soalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang
betul. Murid dikehendaki mencantumkan jawapan menjadi satu
sahaja jawapan yang betul
Contoh:
Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman
dahulu?
I. Jong
II. Rakit
III. Perahu
IV. Kapal layar
A. I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Cara Menulis item Aneka Pilihan
Pokok soalan boleh ditulis dalam bentuk
pertanyaan, atau ayat tidak lengkap
Soalan hendaklah ringkas tetapi padat
Pilihan jawapan juga perlu ringkas
Pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam
struktur atau bentuk yang sama
Pilihan jawapan tidak bertindih atau diulang
Elakkan daripada menggunakan pilihan
jawapan, semua di atas, tiada satu pun yg
betul
Pokok soalan tidak membayangkan jawapan
Aras Item Objektif
Item-item objektif boleh dibentuk
mengikut aras-aras kognitif yang
berbeza
Mengikut Bloom Teksonomi ada 6 aras,
iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisis, sintisis dan penilaian
Item Aras Pengetahuan
Soalan yang menguji kebolehan calon
mengingat semula fakta, istilah, konsep dsb
Soalan berbentuk mudah spt apa, siapa, di
mana, labelkan, dan bila
Con: Bilakah Malaysia merdeka?
(A) 1957
(B) 1964
(C) 1967
(D) 1969
Item Aras Kefahaman
Menguji kebolehan calon untuk memahami,
menterjemah dan menginterpretasi fakta atau konsep
atau prinsip
Bentuk soalan seperti asingkan, terangkan, bezakan
Con: Pokok padi tidak mati walaupun akarnya
tenggelam dalam air kerana
(A) akarnya panjang
(B) batangnya lembut
(C) pokoknya ada pelampung
(D) ada ruang udara dalam batangnya

Item Aras Aplikasi

Menguji kebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum
atau fakta asas
Bentuk soalan seperti kirakan, gunakan, selesaian dsb
Con: Hakim mempunyai wang sebanyak
RM10.00, bapa saudara m emberinya RM 2.00,
manakala kakaknya memberinya RM5.00.
Cari jumlah wang Hakim.

(A) RM17.00
(B) RM19.00
(C) RM 21.00
(D) RM 23.00

Item Aras Analisis
Menguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea
besar kepada bahagian-bahagian kecil, membuat
perbandingan dan menghuraikan perhubungan
Bentuk soalan seperti bezakan, hubungkan dsbnya
Con: Semasa tumbuhan hijau melakukan
proses fotosintis apakah bahan yang
diperlukan
A air dan cahaya
B air dan karbon dioksida
C air, oksigen dan cahaya
D air, karbon dioksida dan cahaya
Item Aras Sintesis

Menguji kebolehan calon untuk menggabungkan idea-idea kecil,
mentafsir dan membuat satu rumusan.
Con: Dalam satu eksperimen, seketul batu kapur
dimasukkan ke dalam bikar yang mengandungi asid. Gas yang
terhasil boleh memadamkan api. Gas itu terdiri daripada gas

(A) oksigen
(B) hidrogen
(C) nitrogen
(D) karbon dioksida

Item Aras Penilaian

Menguji kebolehancalon untuk membuat pertimbangan nilai bagi
sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah.

Con : Langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah
salah laku di kalangan murid-murid ialah

(A) merujuk setiap kes salah laku kepada guru disiplin
(B) meletakan seorang pegawai polis di setiap sekolah
(C) mengenakan tindakan keras ke atas setiap kes
salah laku
(D) memupuk nilai-nilai murni serta menekankan
khidmat bimbingan dan kaunseling

Ujian Esei/Subjektif
Soalan yang memerlukan calon memberi
tindak balas sama ada lisan/bertulis
Tindak balas berbentuk terhad atau
lanjutan
Memerlukan calon menulis jawapan
berbentuk satu ayat, perenggan (terhad)
atau esei penuh (lanjutan)
Jenis soalan subjektif
Jawapan pendek
Soalan berstruktur
Soalan esei

Soalan pendek/respon terhad
Terhad apa yang harus dijawab
Contoh soalan
- senaraikan lima komponen utama
- nyatakan tiga kelebihan
- apakah definisi mengikut ?
Soalan Esei Tindak Balas Lanjutan
Membolehkan calon memilih, menyusun dan
menyampaikan jawapan yang difikir kan sesuai
Soalan jenis ini dapat menguji kebolehan calon
mengemukan pendapat, idea dan membuat penilaian
secara bebas
Soalan ini dapat menguji peringkat kem. Soalan yang
lebih tinggi seperti aras sintisis, analisis dan penilaian
Contoh; Huraikan peranan sektor swasta dalam
usaha memajukan ekonomi negara
Sejauhmanakah anda setuju dengan kenya-
taan kenaikan harga minyak boleh menye-
babkan inflasi
Aras Item Subjektif
Mengingat semula
Con: Berikan definisi
Siapakah
Apakah
Fahaman
Con: Bandingkan
Huraikan
Apakah tujuan

Aplikasi
Con: Bagaimanakah
Terangkan cara
Analisis
Con: Mengapakah / apakah punca
Terangkan sejauh mana
Sintisis
Con: Jelaskan
Berdasarkan, huraikan

Penilaian
Con: Nilaikan idea
Mengikut , apakah pendapat
anda
Panduan Menulis Soalan Esei
Tetapkan dahulu tugasan soalan yang
hendak dibina
Mulakan setiap tugasan dengan perkata
an seperti: huraikan, bandingkan dsb
Tentukan setiap tugasan soalan jelas
dan tidak mengelirukan
Sebaiknya soalan dapat membezakan
calon yang benar-benar belajar dapat
faedah

kesimpulan
JPU perlu disediakan oleh guru bila ingin
membuat satu-satu ujian untuk menentu kan
sama ada ujian itu sah atau boleh dipercayai
Pembinaan item soalan yang teliti mengelakan
keputusan ujian yang diragui
Setiap guru yang mengajar dalam satu- satu
mata pelajaran perlu bertanggung jawab
memastikan pencapian murid setara dengan
apa yang diharapkan
Sekian Terima Kasih
Burung jelatik, burung jeladan,
Membuat sarang di rumpun pandan,
Yang baik jadikan teladan,
Yang kurang jadikan sempadan.

Gunung daik sudah terbelah,
Didaki orang sambil berlari,
Yang baik datang dari Allah,
Yang kurang saya sendiri.

You might also like