You are on page 1of 1

[SEKOLAH KEBANGSAAN KELEDANG JAYA]

TENGKU MOHAMAD FARHAN.....T4/SN1 |



PERNYATAAN HASRAT SEBELUM

Program Internship merupakan satu medium peralihan yang memberi peluang
kepada guru pelatih untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang
dipelajari semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara
reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Program Internship selama
sebulan akan dilakukan di sekolah yang sama sewaktu menjalani praktikum kali
ketiga iaitu di Sekolah Kebangsaan Keledang Jaya.
Sebelum melakukan program Internship, pelajar guru semester 8 telah diberikan
satu taklimat khas daripada Unit Praktikum Institut Perguruan Guru Kampus Pulai
Pinang. Sewaktu taklimat ini diberikan, pelatih guru akan diberitahu yang mereka
akan ditempatkan di sekolah yang sama sewaktu menjalani praktikum ketiga. Pelatih
guru diberikan tugas iaitu menjalani tiga projek sewaktu menjalani program
Internship.
Selain itu, pelajar guru juga diberitahu yang mereka akan mengajar subjek major
sahaja di sekolah nanti dan bilangan waktu mengajar hanya 2 waktu bagi minimum
dan 4 waktu bagi maksimum. Pelajar guru juga diberi khabar berita yang baik iaitu
penulisan rancangan pengajaran juga bertambah ringkas seperti yang ditulis oleh
guru bertauliah di sekolah.
Selain itu, pihak unit praktikum juga berpesan kepada kami untuk sentiasa ringan
tulang dalam membantu program yang dijalankan di sekolah nanti. Oleh itu, saya
berharap saya sentiasa bersedia untuk menjalani tugasan yang diberikan oleh pihak
sekolah, menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, menghadirkan
diri di setiap perjumpaan guru-guru.
Jadi saya berharap agar program Internship ini dapat mendidik saya dan
mengajar saya untuk belajar menjadi guru yang berdedikasi. Biarpun berbagai
dugaan dan cabaran yang akan bakal menimpa, saya berharap saya dapat
menempuhnya dengan tabah dan sabar demi anak-anak bangsa.

You might also like