You are on page 1of 4

PEREDARAN BULAN DAN FASA BULAN

PEREDARAN BULAN



Bulan beredar mengelilingi bumi mengikut arah lawan jam. Satu peredaran lengkap
mengambil masa selama 27.3 hari.
Oleh kerana masa untuk bulan membuat satu peredaran lengkap mengelilingi bumi sama
dengan masa untuk bulan membuat satu putaran lengkap di atas paksinya, maka bahagian
bulan yang sama akan menghadap ke bumi.
Ketika bulan beredar mengelilingi bumi, bulan dan bumi juga beredar mengelilingi matahari
dalam orbit elips mengikut arah lawan jam.

FASA BULAN
Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan sepanjang pusingan di orbitnya
mengelilingi bumi. Oleh kerana bumi beredar mengelilingi matahari di satah ekliptik maka
kedudukan bumi relatif dengan kedudukan bulan dan matahari sentiasa berubah-ubah.
Perubahan ini menyebabkan permukaan bulan yang bercahaya yang dapat dilihat dari bumi
berubah-ubah bentuk.



Terdapat lapan fasa bulan iaitu :
1. Anak Bulan / Bulan Baru
- berlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dan Matahari iaitu sebaris atau
bersilangan dengan Matahari.
- ketika ini bahagian permukaan Bulan yang gelap akan menghadap kearah Bumi. Oleh
itu Bulan tidak kelihatan pada mata kasar.

2. Bulan Sabit Baru
- sebahagian kecil iaitu 1% - 4% sahaja permukaan Bulan yang disinari cahaya
Matahari menghadap Bumi.

3. Bulan Separa Pertama
- separuh iaitu 50% daripada bahagian permukaan bulan yang disinari cahaya
matahari menghadap bumi.

4. Bulan Purnama Baru
- lebih separuh iaitu 55% - 99% daripada bahagian permukaan bulan yang disinari
cahaya matahari menghadap bumi.

5. Bulan Purnama
- berlaku apabila bulan berada di sebelah bertentangan dengan bumi dan matahari.
- pada kedudukan ini seluruh permukaan bulan yang disinari cahaya matahari akan
menghadap bumi.

6. Bulan Purnama Lama
- lebih separuh iaitu 55% - 99% daripada bahagian permukaan bulan yang disinari
cahaya matahari menghadap bumi.

7. Bulan Separa Akhir
- separuh iaitu 50% daripada bahagian permukaan bulan yang disinari cahaya
matahari menghadap bumi.

8. Bulan Sabit Lama
- sebahagian kecil iaitu 1% - 4% sahaja permukaan Bulan yang disinari cahaya
Matahari menghadap Bumi.


Bentuk dan nama fasa-fasa bulan

You might also like