You are on page 1of 6

Cabaran dalam Hubungan Etnik di Malaysia serta Implikasinya

Pemisahan fizikal
wujud akibat dasar pecah dan perintah pada zaman British. Sesuatu
golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluanag untuk berinteraksi
dengan lebih kerapdenagn etnik lain. Pemisahan fizikal ini bukan sahaja
merenggangkan hubungan dan interaksi,malah menguatkan lagi
semangat kekitaan dan etnosentrism. ini boleh menimbulkan prasangka,
stereotaip dan mengekalkan kejahilan terhadap golongan etnik lain

Demografi
Corak & ciri-ciri demografi Malaysia mempunyai pertalian rapat dgn latar
kesejarahan khususnya pd zaman penjajahan British.
Pengenalan kaum diidentifikasikan mengikut tempat tinggal dan kegiatan
ekonominya.
a) Taburan Penduduk (1957 1970)
Kebanyakan Orang Melayu tinggal di luar bandar & bergiat dlm sektor
pertanian. Tertumpu di negeri Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah dan
Pahang.
Orang Cina bergiat dlm ekonomi moden, berpusat di bandar & kawasan yg
pesat membangun terutamanya di negeri P.Pinang, Selangor, Perak, Melaka,
N.Sembilan & Johor.
Orang India pula kebanyakannya tertumpu di Selangor, Perak, N. Sembilan
dan P.Pinang.
Pola kependudukan ini secara tidak langsung telah memisahkan kelompok2
etnik ini & menunjukkan ketidakseimbangan taburan antara etnik
b)Taburan Penduduk Tahun 2000
Terdapat sedikit perubahan dalam taburan strata bandar & luar bandar
mengikut kaum.
Dlm keadaan semasa, pertumbuhan & pembangunan sektor industri di pusat2
bandar serta jaringan infrastruktur moden telah menarik perhatian golongan
muda dari luar bandar berhijrah ke bandar.
Migrasi dari kampung ke bandar telah mencorakkan satu pola demografi yg
baru.
Namun disebabkan para penghijrah ini terdiri drp kalangan tenaga kerja
kurang kemahiran, menimbulkan pelbagai masalah lain yg perlu ditangani.
Cabaran dalam aspek demografi:
a. Pemisahan penempatan: bukan shj boleh merenggangkan hbgn & interaksi
pelbagai etnik tetapi memperkuatkan lagi perasaan kekitaan & etnosentrisme
dlm kalangan anggota yg seterusnya menimbulkan prasangka, streotaip &
mengekalkan kejahilan di klgn etnik trhadp etnik yg lain.

Pendidikan
Sistem pendidikan yang berasingan
Setiap etnik iaitu Melayu,Cina dan India empunyai sistem pendidikan
sendiri.Sistem persekolahan pmemisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan
perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan untuk memupuk
integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar.
Menyebabkan interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam golongan etnk
yang sama. Justeru itu , program RIMUP digunakan bagi mengeratkan interaksi
dan perpaduan antara etnik seawal usia pelajar.
Polarisasi dalam kalangan pelajar
Walaupun integrasi antara kaum adalah baik semasa peringkat prasekolah,
tetapi keterasingan pada peringkat sekolah rendah dan kerengganan pada
peringkat sekolah menengah serta IPTA/IPTS masih wujud.
Situasi ini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia
Mempunyai adunan & acuan pendidikan yg berbeza, ini menyebabkan wujud
pelbagai aliran dalam sistem pendidikan dan perbezaan dari segi kurikulum
dan orientasi matlamatnya.
Pengenalan sistem pendidikan kebangsaan yg dibentuk berasaskan
keseragaman kurikulum dan orientasi untuk menyatukan kepelbagaian
budaya,nilai dan norma masyarakat bagi membentuk identiti kebangsaan
Usaha membentuk sistem pendidikan kebangsaan ini dilaksanakan
berdasarkan Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960).
Kebimbangan orang Melayu akibat keciciran pelajar bumiputera. Cth:
kemasukan pelajar ke IPT. Di Universiti Malaya (1966-1967) 70% adalah
bukan Melayu.
UMNO yg menerajui Perikatan telah menegaskan bahawa pendidikan perlu
diseimbangkan bagi memperkasakan orang Melayu.
Penggunaan BM sbg bhs pengantar utama di semua sekolah bantuan
kerajaan dan sistem kuota, biasiswa dan penubuhan lebih banyak IPTA
dilaksanakan.
Kesan drp dasar kerajaan, kemasukan pelajar Melayu ke universiti telah
meningkat drp 20% pd tahun 1960-1964 kpd 65% pd tahun1975.
Kaum bukan bumiputera khususnya masyarakat Cina merasakan satu
keperluan utk melindungi budaya warisan nenek moyang mereka dgn
menggunakan wadah pendidikan.
Serentak dgn usaha UMNO, kaum Cina juga berjaya mempromosikan &
mengangkat status sekolah menengah Cina menjadi sekolah persendirian.
Hubungkait antara pendidikan dgn sosiobudaya dan politik menjadikannya
sbg satu isu emosional yg boleh membangkitkan perbalahan etnik.

Ekonomi
Penguasaan ekonomi
Terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi.kebanyakan orang
melayu terlibat sektor pertanian, cina pula terlibat dalam sektor perniagaan
atau lebih maju. Ini menyebabkan wujud jurang pendapatan yang ketara.
Perbezaan ini merupakan cabaran yang sering membawa kepada
ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk.
Perpaduan negara tidak boleh dipupuk andainya sebahagian besar penduduk
kekal miskin dan jika peluang pekerjaan produktif yang mencukupi tidak
diwujudkan untuk tenaga buruh yang kian meningkat.
Sistem ekonomi Malaysia adalah berasaskan laissez faire atau sistem
ekonomi pasaran bebas yg diadaptasi drp warisan penjajah British.
Semasa era penjajahan wujud dualisme ekonomi yang membezakan
pencapaian setiap etnik dalam ekonomi. Org Melayu yg bergiat dlm ekonomi
tradisional manakala bukan Melayu terlibat dlm ekonomi moden. Kadar
kemiskinan begitu tinggi dlm sektor ekonomi tradisional.
Ketidakseimbangan antara etnik berlaku dlm sektor ekonomi. Sektor ekonomi
termaju dikuasai oleh orang Cina manakala kaum Melayu dan India masing-
masing menguasai sahaja.
Separuh drp org Melayu terlibat dlm sektor kerajaan manakala dlm bidang
swasta,:
kaum Cina menguasai bidang pengangkutan, perniagaan & kewangan.
kaum India pula ramai terlibat dlm sektor pengangkutan awam (kereta api),
perkhidmatan awam, perniagaan & kewangan.
Drp corak taburan perekonomian semasa, jurang purata pendpatan antara
kumpulan etnik masih belum seimbang (laporan RMK-8).
Keperluan utk memperbetulkan kedudukan dimensi ekonomi ini amat
mendesak kerana ia menjadi asas utama dlm memupuk kerjasama antara
kaum.
Perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi
- setiap golongan etnik dikelaskan mengikut sektor ekonomi tertentu seperti
pertanian, perniagaan, perindustrian dan pentadbiran awam.
- hal ini nampak lebih ketara semasa zaman British apabila orang Melayu
kebanyakanya terlibat dalam sektor pertanian, nelayan dan penjawat awam,
cina pula dala bidang perindustrian dan India pula sebagai buruh di estet.
- perbezaan ini menghalang interaksi antara kaum.
- ini mengukuhkan lagi semangat perkauman

a. Perbezaan pekerjaan.
b. Dominasi sektor ekonomi : wujudnya jurang pendapatan antara etnik
merupakan cabaran yang sering membawa kpd ketidakstabilan masyarakat
majmuk.
Politik
Di kebanyakan negara sedang membangun (termasuklah Malaysia), isu
perkauman selalunya mencorakkan pentas politiknya.
usaha memelihara kestabilan politik yg bersandarkan kpd kerjasama antara
kaum terus menjadi agenda utama negara.
Wlpun berhadapan dgn pelbagai cabaran, Malaysia masih berupaya
melaksanakan sistem demokrasi dgn berkesan.
Perikatan menjadi pengikat bagi ketiga-tiga kumpulan etnik untuk bersatu
dalam satu pakatan untuk memperjuangkan tuntutan kemerdekaan.
Pimpinan Perikatan yg mengamalkan sikap bersederhana juga turut
mengukuhkan kerjasama antara kumpulan2 etnik yg mereka wakili.
Pakatan dlm Perikatan pd dasarnya tlh menerima kepimpinan Melayu tanpa
menjejaskan hubungan harmoni antara etnik.
Selepas era 1960-an, perjalanan politik Malaysia terus berkembang dinamik.
Kerjasama parti2 politik dlm pakatan parti pemerintah tlh berkembang dgn
peningkatan keahliannya.
Dasar2 kerajaan dlm menguruskan pelbagai perkara yg berkaitan dgn
perhubungan etnik melalui formula tolak ansur tlh berjaya mengekang anasir2
yg cuba memecahbelahkannya.
Namun cabaran dasar yg dihadapi ialah kewujudan kumpulan tertentu yg
memanipulasi isu tertentu dan mengaitkannya dgn keetnikan yg sempit demi
kepentingan mereka.
Cth: Perkara ini sering berlaku dlm tempoh2 tertentu spt dlm pilihan raya dan
kemasukan ke institusi pengajian tinggi.
Cabaran dari aspek politik:
Politik boleh menimbulkan perasaan tidak senagn hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik
tertentu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu
perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan
ekonomi diperalat oleh sesuatu pihak untuk mendapat sokongan rakyat,
tindakan ini akan tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu
padu.
Perbezaan agama, bahasa, dan kebudayaan akan bertambah sukar
apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka
sendiri. Ini menyebabkan anggota etnik sendiri lebih diutamakan dalam
pemilihan sahabat atau mendapatkan pekerjaan. Menyebabkan polarisasi
antara etnik wujud. Masalah yang lebih besar akan wujud sekiranya fahaman
etnosentrism dijadikan pegangan dalam masyarakat.
Politik perkauman : menjadi lebih parah apabila isu-isu perkauman diperalatkan utk
kepentingan sesuatu pihak dan mendapat sokongan rakyat.
Globalisasi.
Proses globalisasi atau pembaratan corak hidup berasaskan gagasan
ekonomi & politik Barat sejagat.
Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima dlm rangka nilai & kebebasan
manusia masa kini, maka kuasa Barat memperjuangkan pula hak asasi
manusia.
Pengaruh Barat dari segi ideologi, budaya hedonisme & nilai negatif, ekonomi
bebas, sains & teknologi yg memusnahkan, serta sistem politik yg dianggap
terbaik bagi semua manusia dieksport / dibawa masuk ke seluruh dunia.
Malaysia tidak terkecuali drp pengaruh arus pembaratan dan globalisasi yg
mendesak. Globalisasi menjadi faktor perubah budaya yg amat kuat & deras,
mengakibatkan lenyapnyanilai2 luhur secara tidak disedari dan pemikiran
Barat diterima secara halus ke dalam masyarakat
IMPLIKASI
Asas hubungan sosial tidak dapat direalisasikan oleh kerana berlakunya
masalah dalam hubungan etnik. Antaranya ialah, ketiadaan:
1. Kemesraan komunikasi.
2. Budaya ziarah menziarahi.
3. Mengambil berat atau mengambil tahu.
4. Saling hormat menghormati / memuliakan.
5. Semangat kejiranan.
6. Toleransi dan adab pergaulan dlm kehidupan orang Islam dan bukan Islam.

You might also like