You are on page 1of 14

PROGRAM MESRA KELUARGA RASHID

TARIKH
2 Disember 2012

TEMPAT
PANTAI TELUK KEMANG, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

ANJURAN
Sekretariat Sahsiah dan Pembangunan Insan Kolej Mohamad Rashid, Sekretariat
Kerohanian dan Jaringan Hubungan Kolej Mohamad Rashid,
Dengan Kerjasama
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia


1) TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan, bantuan kewangan dan
pengangkutan sebanyak dua buah bas daripada Yang Berbahagia Ayahanda Pengetua
Kolej Mohamad Rashid dan Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar
dan Alumni), Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia untuk mengadakan
Program Mesra Keluarga Rashid.

2) PENGENALAN

Sekretariat Sahsiah dan Pembangunan Insan Kolej Mohamad Rashid mengambil inisiatif
untuk menganjurkan program berbentuk lawatan sambil belajar ke Pantai Teluk
Kemang, Negeri Sembilan. Objektif utama program ini dianjurkan ialah agar tali
silaturrahim yang terjalin dalam kalangan pelajar dapat dikukuhkan. Tambahan itu,
kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran berkomunikasi juga dapat dimantapkan.
Selain itu, kesedaran mengenai pentingnya menjaga alam sekitar dapat ditingkatkan lagi
dalam diri pelajar.

3) OBJEKTIF

i. Memupuk semangat bersatu padu dan kerjasama dalam kalangan pelajar.(C2,CS1)
ii. Memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai pentingnya menjaga alam
sekitar demi kesejahteraan manusia sejagat.
iii. Memberi pengajaran dalam membentuk satu Team Building yang kukuh.(A2,CS5)
iv. Menerapkan kemahiran insaniah seperti mendengar dan berkomunikasi dangan
baik sejajar dengan misi dan visi UPM.(P4,LS2)

4) TARIKH
2 Disember 2012 (Ahad)

5) TEMPAT

Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

6) ANJURAN
Sekretariah Sahsiah dan Pembangunan Insan Kolej Mohamad Rashid

7) KERJASAMA

Sekretariat Kerohanian dan Jaringan Kolej Mohamad Rashid,
Dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia

8) PENYERTAAN

Ahli Sekretariat Sahsiah dan Pembangunan Insan, ahli Sekretariat Kerohanian dan
Jaringan serta para pelajar Kolej Mohamad Rashid.

9) JUMLAH PESERTA

Program ini melibatkan seramai 80 orang pelajar dan staf Kolej Mohamad Rashid.



10) TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 1

11) JAWATANKUASA INDUK

Rujuk Lampiran 2

12) ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN

Rujuk Lampiran 3

13) KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, penganjuran program seperti ini dapat mengasah kemahiran
bekerja dalam kumpulan dan kemahiran komunikasi dalam diri para pelajar. Selain itu,
hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar dapat dieratkan lagi. Di samping itu,
semangat cintakan alam sekitar dapat diimplementasikan dan ditingkatkan lagi dalam
diri pelajar.













14) PENGESAHAN

Disediakan Oleh (Pengarah Program),

Tandatangan :
Nama : Ezzah Binti Abd Manan
Jawatan : Pengarah
No. Telefon : 0126058540
Tarikh : 17 Oktober 2012

Disokong oleh,
Tandatangan & Cop rasmi :

Nama : En. Azwan Bin Wan Ghazali
Jawatan : Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Mohamad Rashid
No. Telefon : 0195549803
Tarikh : 17 Oktober 2012


Disemak oleh,
Tandatangan & Cop Rasmi :

Nama : En. Abdul Hadi Bin Samsi
Jawatan : Felo, Kolej Mohamad Rashid, UPM
No. Telefon : 0176764463
Tarikh : 17 Oktober 2012


Disahkan oleh,
Tandatangan & Cop Rasmi :

Nama : Dr. Roselan Bin Baki
Jawatan : Pengetua, Kolej Mohamad Rashid, UPM
No. Telefon : 0123787927
Tarikh : 17 Oktober 2012



Cadangan Pegawai Pemantau,
Nama : En. Abdul Raub Bin Abdurrahman
Jawatan : Felo, Kolej Mohamad Rashid, UPM
No. Telefon : 0193718326


































Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM MESRA KELUARGA RASHID

Tempat : PANTAI TELUK KEMANG, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
Tarikh : 2 Disember 2012 (Ahad)
MASA PERKARA
6.30 pagi Pendaftaran peserta
7.00 pagi Bertolak ke Pantai Teluk Kemang
8.30 pagi Tiba di Pantai Teluk Kemang dan taklimat aktiviti
9.00 pagi LDK
11.00 pagi Solat sunat Dhuha
12.00 pagi Makan tengah hari
1.00 petang Solat Zohor dan tazkirah
2.00 petang LDK
4.30 petang Solat Asar
5.00 petang Aktiviti sendiri
7.00 petang Rehat dan solat maghrib
8.00 petang Bertolak balik ke UPM

















Lampiran 2
STRUKTUR ORGANISASI
PROGRAM MESRA KELUARGA RASHID

Ahli Jawatankuasa Induk

Penaung Kehormat:
Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Bin Hj. Ramlan
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,
Universiti Putra Malaysia

Penaung :
Y. Bhg. Dr. Roselan Bin Baki
Pengetua
Kolej Mohamad Rashid

Pengarah program:
Ezzah Binti Abd Manan

Timbalan pengarah:
Muhammad Farhan Bin Abdul Rahman





AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL JAWATAN NAMA NO.
MATRIK
NO. TELEFON
1. Pemantau En. Abdul Raub Bin Abdurrahman

0193718326
2. Pengarah Ezzah Binti Abd Manan 169996 0126058540
3. Timbalan Pengarah Muhammad Farhan Bin Abdul
Rahman
157348 0139071671
4. Setiausaha NurHasanah Binti Hamzah 157532 0136214406
5. Bendahari Norizzati Binti Norzali 157747 0136811051
6. Ajk Aktiviti

Muhd Helmi Izzudin Bin Yusof

170550

0145858492

7. Ajk Hadiah

Nadhirah Amani

170060 0148441614
8. Ajk Publisiti & Media Nor Aisyah Binti Mohamad Nor
Azmi
167266 0172395436
9. Ajk Kebersihan Nor Jamila Binti Ahmad 170557 0134580834
10.

Ajk Peralatan

Muhammad Al Imran Bin Mohd
Azman

170627

0125702717

11. Ajk Makanan NorHaniza Binti Romzan 170142 0174028051


Lampiran 3
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Harga seunit Jumlah
1 Jamuan makan
1. Air Mineral (6 kotak)
2. Makan Pagi
3. Makan Tengah hari
4. Minum petang

RM 12.00 x 6
RM 3.00 x 76
RM 5.00 x 76
RM 3.00 x 76

RM 72.00
RM 228.00
RM 380.00
RM 228.00
Jumlah RM 908.00
2 Cenderahati
1. Hamper

RM 25.00 x 10


RM 250.00

Jumlah RM 1158.00
3 KONTIGENSI (10%) RM 200.00
Jumlah RM 1358.00

ANGGARAN PENDAPATAN
Bil Perkara Jumlah
1 Sumbangan dari Kolej Mohamad Rashid


RM 858.00
2 Sumbangan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Putra Malaysia

RM 500.00
Jumlah RM 1358.00













No. Rujukan Kami : UPM/KMR/KKASUPM/2012/PERMOHONAN/01
Tarikh : 12 Oktober 2012


Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Bin Hj. Ramlan,
Timbalan Naib Canselor,
Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor.


Melalui,

Dr. Roselan Bin Baki
Pengetua,
Kolej Mohamad Rashid,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan


Y. Bhg. Datuk,

MEMOHON KELULUSAN, BANTUAN KEWANGAN, DAN PENGANGKUTAN BAGI PROGRAM
MESRA KELUARGA RASHID

Dengan segala hormat dan penuh takzimnya, perkara di atas adalah dirujuk.

1. Sekretariat Sahsiah dan Pembangunan Insan KMR akan mengadakan Program Mesra
Keluarga Rashid. Matlamat utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan
silaturrahim antara para pelajar KMR di samping memupuk semangat cintakan alam sekitar.

2. Oleh yang demikian, program tersebut dirancang seperti maklumat berikut :

Tarikh : 2 Disember 2012
Tempat : Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik dan pertimbangan Y. Bhg. Datuk
untuk meluluskan permohonan ini.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak Y. Bhg. Datuk amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.


Sekian.

BERILMU BERBAKTI

Yang menjalankan tugas,

..............................................
EZZAH BINTI ABD MANAN
Pengarah,
Program Mesra Keluarga Rashid
Kolej Mohamad Rashid

No. Tel : 012-6058540
Emel : ezzahmanan@yahoo.com



s.k

1. Fail Presiden
2. Setiausaha Agung
3. Fail Aktiviti













RINGKASAN EKSEKUTIF
PROGRAM MESRA KELUARGA RASHID

Nama Program

Program Mesra Keluarga Rashid





Pengenalan

Sekretariat Sahsiah Dan Pembangunan Insan Kolej Mohamad Rashid
mengambil inisiatif untuk menganjurkan program berbentuk lawatan
sambil belajar ke Pantai Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Objektif utama
program ini dianjurkan ialah agar tali silaturrahim yang terjalin dalam
kalangan pelajar dapat dikukuhkan. Tambahan itu, kemahiran kerja
berpasukan dan kemahiran berkomunikasi juga dapat dimantapkan.
Selain itu, kesedaran mengenai pentingnya menjaga alam sekitar dapat
ditingkatkan lagi dalam diri pelajar.


Tarikh & Tempat


2 Disember 2012 (Ahad)
Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

Anjuran


Sekretariat Sahsiah Dan Pembangunan Insan Kolej Mohamad Rashid
dengan kerjasama Sekretariat Kerohanian Dan Jaringan Hubungan Kolej
Mohamad Rashid dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UPM.

Hasil
pembelajaran
i. Memupuk semangat bersatu padu dan kerjasama dalam kalangan
pelajar. (C2,CS1)
ii. Memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai pentingnya
menjaga alam sekitar demi kesejahteraan manusia sejagat.
iii. Memberi pengajaran dalam membentuk satu Team Building yang
kukuh.(A2,CS5)
iv. Menerapkan kemahiran insaniah seperti mendengar dan
berkomunikasi dangan baik sejajar dengan misi dan visi
UPM.(P4,LS2)



Jumlah peserta

76 orang pelajar Kolej Mohamad Rashid
Pengisian
program
i. Ice breaking
ii. Team building and leadership
iii. Outdoor activity

Anggaran
perbelanjaan
Anggaran perbelanjaan bagi Program Mesra Keluarga Rashid adalah
sebanyak RM 1358.00 (Ringgit Malaysia: Satu ribu tiga ratus lima
puluh lapan sahaja).
Kesimpulan Sebagai kesimpulan, penganjuran program seperti ini dapat mengasah
kemahiran bekerja dalam kumpulan dan kemahiran komunikasi dalam
diri para pelajar. Selain itu, hubungan silaturrahim dalam kalangan
pelajar dapat dieratkan lagi. Di samping itu, semangat cintakan alam
sekitar dapat diimplementasikan dan ditingkatkan lagi dalam diri
pelajar.

You might also like