You are on page 1of 2

Hasil Perbincangan

Sepanjang tempoh sebulan praktikum saya telah melakukan sesi perbincangan dengan
pelbagai pihak bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan praktikum.
Perbincangan-perbincangan yang dilakukan adalah bagi melancarkan urusan praktikum
saya dan berbincang mengenai rancangan pengajaran harian (RPH), kawalan kelas,
buku serta fail praktikum dan sebagainya.

1. Hasil Perbincangan Dengan Pihak Sekolah
Seminggu sebelum bermula sesi praktikum, saya telah ke sekolah bagi
membincangkan tentang jadual dan tugas-tugas yang bakal saya lakukan di
sekolah. Selain itu, saya juga turut jumpa dengan guru pembimbing bagi
mendapatkan jadual kelas dan membahagikan jadual mengikut jam yang
diperuntukkan oleh pihak praktikum iaitu selama 8-12 jam seminggu.

Pada hari pertama praktikum juga saya telah mengadakan satu sesi
perbincangan dengan Guru Penolong Kanan 1 bagi sesi pendaftaran dan
taklimat awal.

2. Hasil Perbincangan Dengan Guru Pembimbing
Sesi perbincangan pertama dengan guru pembimbing En Ahmad Jimizamri Zuki
bagi mengetahui persekitara kelas yang diajar. Bukan itu sahaja, sekiranya
terdapat persoalan mengenai RPH, kawalan kelas dan perancangan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, saya akan berjumpa beliau untuk mendapatkan
tunjuk ajar dan bimbingan beliau. Ulasan dan teguran oleh guru sentiasa
dilakukan apabila terdapat kekurangan di dalam RPH saya dan saya sendiri
akan melakukan tindakan susulan seterusnya bagi membetulkan kekurangan
tersebut.



3. Hasil Perbincangan Dengan Pensyarah Pembimbing
Sesi perbincangan pertama dengan pensyarah pembimbing iaitu Encik Ahmad
Salleh Haji Ahmad dilakukan semnggu sebelum memulakan praktikum ke
sekolah. Sesi perbincangan dilakukan di Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus
Ipoh. Perbincangan ini penting untuk saya dan pasangan praktikum untuk
mengenal pasti kehendak pensyarah. Sesi perbincangan diteruskan dengan
minggu pertama (pra-penyeliaan). Sesi ini difokuskan kepada objektif pdp.
Minggu ketiga diteruskan lagi dengan penyeliaan pertama dan minggu keempat
penyeliaan bersama.

You might also like