You are on page 1of 15

1

1.0 PENDAHULUAN
Menurut Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1 (2008) oleh Siti Hajar Abdul
Aziz, morfologi merupakan bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan
cara-cara pembentukannya. Nik Safiah Karim et. al (2010) pula
mendefinisikan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji
perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. Maksud yang
cuba ditafsirkan oleh kedua-kedua buku ini mempunyai makna yang
membawa maksud yang sama iaitu morfologi merupakan bidang tatabahasa
yang mengkaji perkataan daripada pelbagai aspek seperti struktur, bentuk
dan golongan kata. Abdullah Hassan (2006) menyatakan morfologi sebagai
satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. istilah morfologi diambil
daripada bidang biologi yang bermaksud kajian mengenai bentuk tubuh
haiwan serta tumbuh-tumbuhan di mana konsep tersebut diterapkan kepada
bentuk perkataan bahasa manusia.
Dalam bidang morfologi, unit yang terkecil adalah morfem. Morfem
merupakan unsur perkataan dalam unit-unit tatabahasa yang mempunyai
fungsi gramatis dan turut berperanan bagi membentuk perkataan. Asmah
Haji Omar (2009) mengatakan morfem adalah unit nahu yang paling kecil
yang mempunyai makna. Morfem merupakan unsur bagi kata, kata bagi
frasa dan seterusnya. Oleh sebab ayat merupakan unit yang paling besar
maka ayat tidak menjadi unsur bagi mana-mana unit dalam nahu.

Rajah 1.1 : Tatatingkat Unit-unit Nahu
morfem kata frasa klausa ayat
2

2.0 GOLONGAN KATA NAMA
Golongan kata dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada empat iaitu kata
nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Bagi setiap golongan kata ini,
ia terpecah lagi kepada beberapa subgolongan kecil. Menurut Arbak Othman
(1985), golongan perkataan dibuat berdasarkan fungsinya dalam struktur
dasar ayat-ayat dan fungsinya dalam ayat-ayat dasar yang diperluaskan
serta penerbitan ayat-ayat yang lebih besar. Namun demikian, Arbak
Othman golongan perkataan kepada sembilan jenis.
Kata nama didefinisikan oleh Siti Hajar Abdul Aziz dalam
bukunya Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1 (2008) sebagai perkataan
yang dapat menerbitkan frasa nama di mana kata nama menjadi unsur inti
dalam binaan frasa nama dan perkataan lain yang hadir dalam binaan frasa
nama itu hanya sebagai penentu atau penerang. Selain itu, nama adalah
perkataan yang menduduki gatra nama dalam struktur tertentu ayat-ayat
Bahasa Melayu. Golongan kata nama ini dipecahkan mengikut ciri-ciri
semantik perkataannya bagi membentuk subgolongan kecil. Subgolongan ini
ialah kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. Ciri-ciri semantik
kata nama yang membentuk subgolongan adalah makna yang didukung oleh
setiap perkataan yang tergolong dalam kata nama.

2.1 Kata Nama Khas
Bagi merujuk manusia, haiwan, bangunan dan tempat serta dieja dengan
huruf besar pada awal perkataan, perkataan ini dikategorikan sebagai kata
nama khas. Kata nama yang merujuk kepada sesuatu benda yang khusus
dan ejannya dimulai dengan huruf besar nerupakan kata nama khas. Kata
nama khas dibahagikan kepada kata nama khas bagi benda hidup dan
benda tak hidup. Dalam kata nama khas hidup boleh dipecahkan kepada
manusia dan bukan manusia. Kata nama khas hidup manusia seperti Tun
Abdul Razak dan Jalil Hamid. Si Tompok atau Vanda Diana, nama bagi
sejenis orkid boleh diklasifikasikan sebagai kata nama khas hidup bukan
manusia. Contoh bagi kata nama khas tak hidup Kuala Kangsar dan Honda.
3

2.2 Kata Nama Am
Kata nama am pula merujuk kepada benda atau perkara yang umum
sifatnya. Asmah Haji Omar (2009:33), kata nama am adalah kata yang tidak
merujuk kepada nama-nama secara khas dan tidak ditulis dengan huruf
besar. Kata nama am terdiri daripada kata nama am konkrit dan kata nama
am abstrak. Kata nama am konkrit membawa konsep kebendaan seperti
rumah dan kereta. Manakala kata nama am abstrak seperti keamanan dan
kezaliman pula membawa konsep mujarab atau bukan kebendaan. Nik
Safiah Karim et. al dalam Tatabahasa Dewan Edisi Kelima (2010),
menerangkan kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara
atau konsep yang umum sifatnya. Contoh bagi benda seperti komputer,
pohon dan orang. Iklim dan cahaya tergolong dalam contoh bagi perkara.
Contoh bagi konsep adalah keadilan dan peperangan.
Selain itu, kata nama am turut dipecahkan kepada beberapa
subgolongan kecil seperti kata nama am hidup manusia, kata nama am
hidup bukan manusia, kata nama am tak hidup institusi, kata nama am tak
hidup bukan institusi konkrit, kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak
berbilang dan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang.
Kata nama am diterangkan secara terperinci dan menyeluruh. Kata nama am
hidup manusia seperti guru dan ibu. Manakala kata nama am hidup bukan
manusia seperti bunga dan kumbang. Bagi mendukung makna kata nama
am yang merujuk kepada institusi yang bersifat tidak hidup, perkataan
daripada dan kepada hadir sebelum kata nama institusi. Kata nama am tak
hidup institusi seperti kepada sekolah. Kata nama am tak hidup bukan
institusi konkrit pula didahului dengan ke atau dari. Kebanyakkan kata nama
dalam golongan ini merujuk kepada tempat.
Di samping itu, kata nama am mengandungi kata nama am tak hidup
bukan institusi abstrak berbilang dan kata nama am tak hidup bukan institusi
abstrak tak berbilang. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak
berbilang digunakan untuk benda atau perkara yang tidak hidup, bukan
institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang, di mana turut disertai oleh
kata bilangan. Contohnya, tiap-tiap hembusan dan satu gangguan. Benda
4

atau perkara yang bukan jenis hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya yang
tidak dapat dibilang seperti kecantikan dan keseronokan dirujuk sebagai kata
nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang.

2.3 Kata Ganti Nama
Kata ganti nama turut tergolong dalam kata nama. Kata ganti nama
dibahagikan kepada dua iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama
diri. Kata ganti nama diri terdiri daripada dua subgolongan iaitu kata ganti
nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri tanya
merujuk kepada pertanyaan untuk hal benda, perkara atau manusia. Kata
ganti nama diri pula mempunyai tiga kategori iaitu orang pertama, orang
kedua dan orang ketiga. Kata ganti nama diri merupakan kata nama yang
menjadi pengganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama
tunjuk pula digunakan ketika menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk
seperti situ, sini dan sana.
Kata ganti nama diri
orang pertama
Kata ganti nama diri
orang kedua
Kata ganti nama diri
orang ketiga
Saya
aku
beta
patik
kami
kita
saudara
kamu
awak
engkau
anda
ia
dia
beliau
mereka
-nya
Jadual 2.1 : Kata Ganti Nama Diri
Jadul 2.1 menunjukkan kata ganti nama diri bagi orang pertama, orang
kedua dan orang ketiga. Kata ganti nama diri orang pertama digunakan oleh
penutur tersebut bagi menggelar dirinya seperti saya, aku, beta dan kita.
Manakala bagi penggunaan saudara, kamu dan awak dikategorikan sebagai
kata ganti nama diri kedua yang digunakan bagi menggelar penutur kedua.
Bagi merujuk kepada orang lain, kata ganti nama diri orang ketiga seperti
dia, mereka dan beliau digunakan.
5

3.0 PEMBENTUKAN KATA NAMA
Golongan kata nama boleh dibahagikan kepada empat bentuk iaitu kata
nama tunggal, kata nama terbitan, kata nama majmuk dan kata nama ganda.
Perkataan-perkataan yang digolongkan dalam golongan kata nama boleh
dikaji dari segi pembentukan dan unsur-unsur yang ada di dalamnya. Bidang
pembentukan kata merupakan subsistem dalam sistem bahasa.
Pembentukan kata dilihat sebagai proses mengolah unsur-unsur bahasa
tersebut sehingga menjadi bahasa tersebut sehingga menjadi perkataan
yang boleh diujarkan dan difahami oleh penuturnya. Pembentukan kata
lazimnya dihuraikan daripada sudut prosesnya. Pembentukan satu-satu
perkataan itu diterangkan melalui proses-proses pengimbuhan,
penggandaan atau pemajmukan.

3.1 Kata Nama Tunggal
Kata nama tunggal didefinisikan sebagai perkataan yang terdiri daripada satu
morfem bebas dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat
sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Wang
dan bumi merupakan antara contoh kata nama tunggal. Dalam kata nama
tunggal, terdapat kata nama tunggal jenis akronim di mana perkataan yang
dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkai kata.
Bahagian-bahagian tersebut terdiri daripada huruf, suku kata atau bahagian
perkataan. Kata nama tunggal jenis akronim dipecahkan kepada empat
bahagian iaitu kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan, kata
nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan, kata nama akronim
cantuman suku kata awal perkataan dan kata nama akronim cantuman
bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian awal perkataan yang
mengikutinya.



6

Kata nama akronim cantuman huruf awal
perkataan
ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri
Kata nama akronim cantuman huruf dan
suku kata perkataan
Mara Majlis Amanah Rakyat
Kata nama akronim cantuman suku kata
awal perkataan
kugiran kumpulan gitar rancak
Kata nama akronim cantuman bahagian
awal perkataan pertama dengan
bahagian lain perkataan yang
mengikutinya.
debunga debu bunga
Jadual 3.1 : Jadual Kata Nama Tunggal Jenis Akronim
Jadul 3.1 menunjukkan jadual kata nama tunggal jenis akronim beserta
contoh-contohnya. Kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan
dibentuk melalui cantuman huruf awal beberapa perkataan yang
kebanyakkannya terdiri daripada nama khas. Oleh yang demikian, akronim
tersebut dieja dengan huruf besar keseluruhannya. Hasil daripada
percantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan membentuk kata
nama akronim cantuman huruf dan suku kata awal perkataan. Kata nama ini
turut membentuk kata nama khas dan ejaannya bermula dengan huruf besar.
Kata nama akronim cantuman suku kata awam perkataan dibentuk melalui
percantuman suku kata awal sejumlah perkataan.
Kata nama tunggal jenis akronim terakhir iaitu kata nama akronim
cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain yang
mengikutinya. Akronim ini terhasil daripada huruf atau suku kata perkataan
dengan bahagian bukan awal perkataan yang lain. Selain itu, terdapat kata
nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan dan menjadi
penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya.
Perkataan tersebut dikelompokkan sebagai penjodoh bilangan. Contoh bagi
kata nama golongan ini adalah sepucuk pistol dan sepapan petai.


7

3.2 Kata Nama Terbitan
Kata nama yang terbentuk hasil daripada proses pengimbuhan ialah kata
nama terbitan di mana proses menggandingkan imbuhan kata nama pada
kata dasar. Terdapat empat jenis imbuhan yang boleh beringan dengan lima
kata nama iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Lima jenis kata dasar
yang menerima imbuhan seperti kata akar, kata tunggal, kata terbitan, kata
majmuk dan rangkaian kata. Kata akar merupakan bentuk morfem terikat
yang bukan imbuhan. Perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas
ialah kata tunggal. Manakala bagi perkataan yang melalui proses
pengimbuhan, perkataan tersebut tergolong dalam kata terbitan. Kata
majmuk pula terhasil daripada dua morfem bebas atau lebih. Rangkaian kata
turut digolongankan dalam kata dasar yang boleh bergandingan dengan
empat jenis imbuhan terbabit.
Imbuhan awalan yang membentuk kata nama seperti peN-, pe-, peR-,
ke- dan juru-. Dalam awalan peN- contohnya terdapat lagi empat bentuk
awalan seperti pe-, pem-, pen-, dan peng-. Bentuk-bentuk awalan yang
berbeza ini bergantung kepada dua faktor iaitu faktor fonologi dan faktor
perkembangan. Faktor fonologi dikaitkan dengan jenis huruf pertama pada
kata dasar yang akan bercantum dengan awalan itu. Faktor perkembangan
dan perancangan bahasa menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi
kelaziman peraturan fonologi bahasa. Sebagai contoh peN- menjadi pe-
apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula huruf seperti m, n, ny,
ng, r, l dan w. Perkataan masak akan menjadi memasak dan begitu juga
dengan perkataan-perkataan lain yang bermula dengan huruf-huruf terbabit.
Kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s turut tergolong
dalam jenis ini. Namun demikian, penambahan imbuhan yang dibuat tidak
seperti huruf m dan n. Bagi huruf-huruf ini, huruf pertama dalam kata dasar
akan luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada
tempat yang sama daerah atrikulasinya dengan bunyi pertama dalam kata
dasar iaitu m bagi p, n bagi r, ng bagi k, dan ny bagi k. Pukul contohnya akan
menjadi pemukul apabila ditambah dengan imbuhan peN-. Selain itu,
terdapat perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya bagi
8

mempertahankan etimologi kata asalnya seperti tadbir yang menjadi
pentadbir dan terjemah yang menjadi penterjemah.
Terdapat satu kecualian iaitu pada kata dasar kaji yang bukan kata
pinjaman tetapi menerima awalan peng- iaitu pengkaji bagi membezakan
dengan perkataan pengaji. Bagi perkataan peng- pula akan menjadi penge-
apabila bergabung dengan kata dasar yang berekasuku kata di mana kata
dasar tersebut mempunyai satu suku kata sahaja sama ada perkataan
Melayu atau perkataan pinjaman. Contohnya perkataan cat menjadi
pengecat. Dari sudut aspek makna awalan peN-, bentuk yang digandingkan
pada kata dasar untuk menghasilkan kata nama terbitan dengan mendukung
makna tertentu yang ditambahkan pada makna asal kata dasar dan
dianggap sebagai penanda makna pada kata terbitannya. Contohnya, penuai
yang merupakan penanda makna orang yang melakukan sesuatu bagi
awalan peN-. Awalan peN- bagi perkataan pensyarah adalah penanda
makna orang yang menjawat jawatan atau tugas.
Awalan pe- ialah imbuhan yang digandingkan pada kata dasar tanpa
melibatkan apa-apa perubahan pada bunyi awal kata dasar tersebut seperti
labur menjadi pelabur. Aspek makna awal pe- pula mempunyai dua penanda
makna iaitu penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan
dalam kata dasar atau keadaan dan penanda makna orang yang melakukan
kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar. Pelapik ialah benda yang
dijadikan pelapik dan merupakan penanda makma orang atau benda yang
mengalami perubahan dalam kata dasar. Manakala contoh bagi penanda
makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata
dasar ialah peniaga.
Awalan peR- boleh bergabung dengan kata dasar daripada jenis kata
nama dan kata kerja tanpa melibatkan apa-apa perubahan bunyi pada awal
kata dasar seperti perkataan perasap. Dalam aspek makna awalan peR-
pula menunjukkan penanda makna atau tempat. Perkataan perasap
membawa penanda makna tempat membakar kemenyan. Awalan peR- juga
merupakan penanda bagi orang yang melakukan kerja iaitu seperti pertapa.

9

Awalan ke- dan juru- antara awalan kata nama. Awalan ke- hanya
bergabung dengan beberapa perkataan dan tidak melibatkan sebarang
perubahan huruf. Aspek makna awalan ke adalah sebagai satu penanda
makna iaitu orang atau benda yang menjadi tumpuan seperti kekasih.
Manakala awalan juru- mendukung penanda makna ahli atau orang yang
terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan dalam kata dasar
dariapada golongan kata nama, kata kerja dan kata akar. Jurutera
merupakan gabungan awalan juru- dan kata akar tera yang membawa
makna pekerjaan jurutera.
Akhiran kata nama hanya mempunyai satu akhiran kata nama asli, iaitu
an yang boleh bergabung dengan kata dasar tanpa melihat sebarang
perubahan huruf seperti kutipan. Akhiran an apabila bergabung dengan
kata nama dan kata kerja tertentu membawa makna kerja atau perkara atau
benda hasil daripada melakukan maksud yang terkandung dalam kata dasar.
Contohnya, kritikan dan tanaman. Akhiran an juga boleh bercantum dengan
kata dasar daripada golongan kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Bagi
membawa makna yang banyak seperti ratusan, akhiran an boleh
bergabung dengan golongan kata nama tertentu.
Apitan turut terkandung dalam membentuk apitan kata nama terbitan
bahasa Melayu. Terdapat empat bentuk apitan dalam apitan kata nama
terbitan seperti apitan peN-...-an, apitan pe-...-an, apitan peR-...-an dan
apitan ke-...-an. Bentuk-bentuk apitan juga dibezakan berdasarkan dua faktor
iaitu faktor fonologi dan faktor perkembangan. Faktor fonologi merupakan
jenis huruf pertama pada kata dasar yang akan bercantum dengan bentuk
apitan tersebut. Bagi faktor perkembangan dan perancangan bahasa ialah
yang menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan
fonologi bahasa Melayu.
Kata nama mempunyai tiga bentuk sisipan iaitu el, -er dan em di
mana perbezaan bentuk-bentuk itu bukan berpandukan faktor fonologi tetapi
faktor morfologi iaitu kelainan bentuk itu bergabung dengan kata dasar yang
berlainan. Dalam penggunaan sekarang, bentuk sisipan tidak produktif lagi
kerana perkataan yang bersisipan sudah membeku. Sisipan el dapat
10

bergabung dengan kata nama, kata kerja, kata adjektif bagi menerbitkan kata
nama dengan maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam
kata dasar seperti gelanggang dan kelemumur. Kuping menjadi keruping
bagi sisipan er yang membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang
terkandung dalam kata dasar. Manakala, sisipan em yang digabungkan
dengan perkataan menerbitkan kata yang membawa maksud sesuatu yang
mempunyai ciri dalam kata dasar seperti gemerlap.
Abdullah Hassan (2006), menerangkan secara terperinci analisis
mengenai kata nama dalam bentuk, fungsi dan makna kata nama tersebut.
Sebagai contoh, sisipan -er- berbentuk konstan dimana sisipan tersebut tidak
berubah dalam sebarang konteks bunyi dalam kata dasar. Sisipan -er- dapat
membentuk kata nama terbitan yang merujuk makna seperti kata nama
pelaku, alat, hasil dan neka. Contoh kata nama alat yang mengandungi
sisipan -er- ialah seruling. Perkataan suling yang merupakan kata kerja
transitif tunggal dan sisipan -er- dapat menerbitkan kata nama alat.
Suling s-er-uling alat muzik yang dimainkan
Pendapat yang diberikan oleh setiap tokoh bahasa memberikan makna
dan tujuan yang sama walaupun berbeza cara penerangkan dan
penghuraian.

3.3 Kata Nama Majmuk
Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna
tertentu menghasilkan kata nama majmuk. Selain bertindak sebagai satu
unit, iaitu tidak boleh disisipkan sebarang unsur, kata nama majmuk turut
dieja sebagai terpisah. Kata nama majmuk mempunyai jumlah yang banyak
dan dipecahkan kepada tiga jenis iaitu kata majmuk yang terdiri daripada
rangkai kata bebas, kata majmuk yang merupakan istilah khusus dalam
bidang ilmiah dan kata majmuk yang mendukung maksud kiasan. Contoh
kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas ialah urus setia dan
kertas kerja. Dalam golongan kata nama majmuk yang terdiri daripada
rangkai kata bebas turut mengandungi gelaran seperti Perdana Menteri dan
11

Menteri Pelajaran. Segi tiga dan deria rasa merupakan kata majmuk istilah
khusus dalam bidang ilmiah. Simpulan bahasa iaitu kata majmuk yang
mendukung maksud kiasan seperti ubat jerih dan ringan tulang turut
tergolong dalam kata nama majmuk.
Bagi perkataan yang dianggap mantap penggunaannya sebagai satu
perkataan utuh walaupun mengandungi dua kata dasar, dieja sebagai satu
perkataan. Antara bentuk kata yang tergolong sebagai kata nama iailah
warganegara dan pilihanraya. Kata majmuk turut menerima imbuhan untuk
membentuk kata terbitan. Pengimbuhan ini dibahagi kepada kata nama
majmuk yang menerima awalan atau akhiran tetap dieja terpisah dan kata
nama majmuk yang menerima apitan dieja secara bercantum. Berumah
tangga contohnya adalah rumah tangga sebelum menerima imbuhan
awalan. Kata nama majmuk yang menerima apitan dieja secara bercantum
seperti ibu bapa dieja sebagai keibubapaan.

3.4 Kata Nama Ganda
Bentuk kata nama iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata
nama majmuk boleh digandakan. Kata nama boleh melalui proses
penggandaan bagi melahirkan makna-makna tertentu. Penggandaan yang
melibatkan kata dasar jenis kata nama ialah penggandaan penuh,
penggandaan separa dan penggandaan berentak. Penggandaan penuh
melibatkan seluruh kata dasar jenis kata nama yang digandakan tanpa
sebarang perubahan bentuk. Bentuk kata nama tunggal, kata nama terbitan
dan kata nama majmuk merupakan hasil kata dasar.





12

Penggandaan penuh kata nama tunggal rumah rumah-rumah
Penggandaan penuh kata nama
berimbuhan dengan awalan
kekasih kekasih-kekasih
Penggandaan penuh kata nama
berimbuhan dengan akhiran
hantaran hantaran-hantaran
Penggandaan penuh kata nama
berimbuhan dengan apitan
kedamaian kedamaian-kedamaian

Jadual 3.2 : Jenis Kata Dasar yang Digandakan
Jadual menunjukkan jenis kata dasar yang digandakan bagi
menghasilkan penggandaan penuh kata nama berimbuhan dengan awalan,
penggandaan penuh kata nama tunggal, penggandaan penuh kata nama
berimbuhan dengan akhiran dan penggandaan penuh kata nama
berimbuhan dengan apitan. Contoh-contoh yang dinyatakan bagi setiap
penggandaan penuh tidak jauh beza antara setiap jenis penggandaan penuh
yang dibuat.
Terdapat penggandaan separa dalam jenis penggandaan melibatkan
kata dasar jenis kata nama. Kata dasar yang dilibatkan terdiri daripada kata
nama tunggal atau kata nama berimbuhan. Penggandaan separa kata nama
tunggal melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar. Vokal tengah akan
mengalami perubahan e pepet apabila bunyi-bunyi vokal dalam suku kata
pertama perkataan digandakan. Contoh bagi penggandaan separa ini seperti
daun yang digandakan separa menjadi da-daun dan apabila mengalami
perubahan dedaun dihasilkan. Penggandaan separa kata nama berimbuhan
pula hanya melibatkan pengulangan kata dasar tanpa imbuhannya. Di
samping itu, terdapat perkataan yang menerima akhiran an setelah
mengalami proses penggandaan jenis ini seperti perkataan bayang yang
menjadi bayang-bayangan.
Penggandaan berentak kata nama merupakan proses menggandakan
kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar
itu. Bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah dan seluruh kata dasar
digandakan melalui penggandaan jenis ini. Penggandaan berentak kata
13

nama dapat dibahagikan kepada tiga iaitu penggandaan berentak kata nama
pengulangan vokal, penggandaan berentak kata nama pengulangan
konsonan dan penggandaan berentak kata nama bebas. Penggandaan
berentak kata nama vokal penggandaan pada bunyi vokal tertentu yang
mempunyai ciri-ciri persamaan dan turut mempunyai keharmonian vokal.
Contoh bagi penggandaan berentak ini ialah lauk yang menjadi lauk-pauk.
Perkataan tersebut digandakan pada vokal a dan u. Konsonan juga boleh
melalui proses penggandaan di mana penggandaan yang mempunyai ciri-ciri
persamaan pada bunyi konsonan seperti kayu menjadi kayu-kayan.
Perkataan saudara boleh melalui proses penggandaan walaupun berbeza
pada bunyi vokal atau konsonan. Penggandaan ini dikelompokkan sebagai
penggandaan berentak bebas kata nama. Perkataan saudara akan
digandakan menjadi saudara-mara.
Kata majmuk yang dieja secara berpisah dan hanya bahagian awal
sahaja digandakan tergolong dalam penggandaan kata nama majmuk.
Penggandaan kata nama majmuk turut terhasil daripada kata majmuk yang
dieja bercantum akibat kelaziman penggunaan dan seluruh kata digandakan
seperti kakitangan-kakitangan yang berasal daripada kakitangan. Terdapat
juga aspek makna penggandaan kata nama yang mempunyai lima aspek.
Aspek pertama ialah gandaan sebagai penanda jamak yang menunjukkan
jumlah yang banyak seperti kayu-kayu dan kerusi-kerusi. Gandaan sebagai
penanda beberapa nama haiwan turut disenaraikan sebagai salah satu
aspek makna penggandaan kata nama. Contoh gandaan ini seperti kupu-
kupu yang menunjukkan nama haiwan. Kuda-kuda atau kekuda merupakan
gandaan sebagai penanda makna kesamaan atau keserupaan. Gandaan
kepelbagaian jenis bagi sesuatu perkataan terkandung dalam aspek makna
penggandaan kata nama. Perkataan tanah-pamah adalah contoh bagi
perkataan tanah. Aspek terakhir ialah gandaan sebagai penanda tidak tentu
seperti bila-bila atau mana-mana.



14

4.0 BUKU CERITA
4.1 Sinopsis
Pak Abu merupakan seorang tukang kayu yang terkenal di kampungnya. Dia
sangat rajin bekerja. Dia banyak menerima tempahan oleh penduduk sekitar
untuk membuat rumah mereka. Hasil kerja Pak Abu sangat cermat dan teliti
yang membuatkan penduduk meminta Pak Abu membuat rumah mereka.
Pak Abu juga disukai penduduk kampung kerana sifatnya yang suka
merendah diri, baik hati dan menghormati orang lain. Selain itu, Pak Abu
tidak menolak tawaran yang diberikan oleh sesiapa sahaja. Dia gigih dalam
menyelesaikan kerjanya dan dalam masa yang singkat, dia dapat
menyiapkannya. Pak Abu juga membina rumah menggunakan duit yang
diterima hasil daripada dia membuat rumah.

4.2 Watak dan Perwatakan
Watak dalam cerita ini ialah mengenai Pak Abu yang bekerja sebagai tukang
kayu. Pak Abu digambarkan sebagai seorang yang baik hati, gigi, bertolak
ansur dan sentiasa merendah diri. Dia gigih dalam menyiapkan rumah yang
diminta oleh penduduk kampung. Terdapat watak sampingan penduduk
kampung tempat Pak Abu tinggal yang suka akan hasil kerja Pak Abu.

4.3 Latar Masa dan Tempat
Latar tempat dalam cerita ini ialah di kampung atau tempat tinggal Pak Abu.
Latar masa pula bermula pada fajar menyinsing ketika Pak Abu menyiapkan
rumah yang diminta penduduk kampung. Selain itu, Pak Abu juga melakukan
kerjanya sehingga lewat malam. Hal ini boleh dilihat pada penceritaan yang
dibuat oleh penulis yang menunjukkan Pak Abu bersengkang mata bagi
menyiapkan rumah.


15

5.0 PENUTUP
Perkataan digolongkan berdasarkan kepada beberapa kriteria seperti
struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan
kriteria semantik. Golongan kata utama terdiri daripada kata nama, kata kerja
dan kata adjektif. Dalam bab golongan kata bagi Tatabahasa Dewan Edisi
Keempat, penerangan hanya dibuat secara umum. Bagi menghuraikan
dengan lebih terperinci setiap bab bagi kata nama, kata kerja, kata adjektif
dan kata tugas perlu dibuat pembacaan agar penghuraian yang berkesan
dapat dilakukan. Selain itu, setiap tokoh bahasa mempunyai pendapat dan
huraian yang berbeza. Namun demikian, mereka tetap menghuraikan
mengenai topik yang sama yang membawa kepada tujuan yang sama.
Proses pembentukan kata turut tersenarai dalam bidang morfologi.
Pembentukan kata terdiri daripada bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan,
bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda. Dalam kata tunggal contohnya
mengandungi kata tunggal satu suku kata, dua suku kata dan lebih. Kata
terbitan pula merupakan bentuk perkataan yang terhasil melalui proses
pengimbuhan iaitu imbuhan digandingkan dengan kata dasar. Manakala kata
majmuk pula merujuk kepada rangkaian dua kata dasar atau lebih yang
membawa makna khusus. Bagi proses pembentukan kata ganda pula adalah
melalui penggandaan kata dasar.

You might also like