You are on page 1of 26

950129-05-5192

2


1.0 Pengenalan
Pelancongan mempunyai pelbagai maksud mengikut perspektif dan
pandangan pihak yang teribat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung
dengan industri pelancongan. Pelancongan juga dikatakan gerakan sementara
manusia ke destinasi lain dengan kegiatan yang mana mereka lakukan selama
tinggal di destinasi tersebut dan kemudahan yang disediakan di destinasi itu untuk
memenuhi keperluan mereka. Pelancongan bukan sahaja dilakukan ke sesuatu
destinasi yang jauh seperti melancong ke luar negara tetapi boleh melancong ke
luar negeri atau melancong dalam negeri. Bilangan pelancong akan meningkat
dengan adanya ekonomi yang baik, kemudahan pengangkutan yang sempurna
telah bergabung untuk membolehkan lebih banyak orang untuk melancong.

Malaysia merupakan antara destinasi pelancongan yang kaya dengan
keindahan pantai semula jadi yang cantik. Kebanyakkan negeri di Malaysia
terdapat lebih dari satu pantai untuk melancong. Antaranya ialah Teluk Rubiah di
Perak, Teluk Godek di Mersing,Johor, dan Pantai Tanjung Rhu di Langkawi.
Namun demikian, keindahan pantai sering diancam oleh sikap segelintir manusia
yang tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah-sarap, pencemaran air
yang mengakibatkan kepupusan spesis lautan dan pencemaran budaya merupakan
antara isu yang kerap berlaku di kawasan pantai.

Isu pembuangan sampah di merata-rata kawasan pantai oleh para
pelancong dari luar dan dalam negara merupakan isu yang paling ketara. Menurut
(Sinar Harian) pada 13 Januari 2014 yang tedapat di laman
www.sinarharian.com.my, longgokan sampah-sarap di kawasan tumpuan
pelancong di Malaysia tidak sepatutnya berlaku, terutama ketika negara sedang
mempromosikan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014. Dimaklumkan, juga
bahawa pihak jabatan telah mengadakan program serta kempen kesedaran
berhubung menjaga kebersihan pantai namun perubahan ke arah yang lebih
positif belum dihasilkan dan tempat itu masih dipenuhi dengan longgokan
sampah.


950129-05-5192


3

2.0 Objektif

Dalam melaksanakan kerja kursus ini, beberapa objektif telah dikenal pasti
seperti :

(a) Mengenal pasti aktiviti pelancongan di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

(b) Membincangkan jenis perniagaan, perkhidmatan, dan kemudahan sosial di Pantai
Teluk Kemang, Port Dickson.

(c) Menghuraikan faktor setempat yang mempengaruhi kedatangan pelancong ke
Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

(d) Mengkaji isu yang timbul berkaitan aktiviti pelancongan terhadap Pantai Teluk
Kemang, Port Dickson.


(e) Mencadangkan aktiviti yang boleh dilaksanakan di Pantai Teluk Kemang, Port
Dickson untuk menarik lebih banyak bilangan pelancongan ke kawasan kajian.
















950129-05-5192

4

3.0 Lokasi Kajian

Para pelancong tertarik dengan pantai-pantai yang menarik di negara kita.
Antaranya ialah Pantai Teluk Kemang, Port Dickson yang mana dipilh sebagai
kawasan kajian. Kawasan ini dipilih sebagai kawasan kajian kerana tempatnya
yang strategik untuk aktiviti pelancongan. Keluasan pantai ini ialah 1.8 km dan
mempunyai jumlah penduduk persekitaranya kira-kira sebanyak 10 ribu orang.
Berbilang bangsa yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan lain-lain yang
tinggal berhampiran dengan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Jarak bandar
Port Dickson ke Pantai Teluk Kemang, Port Dickson terletak 10 kilometer. Selain
itu, Seremban ke Pantai Teluk Kemang, Port Dickson adalah sejauh 38 kilometer.

Pantai Teluk Kemang, Port Dickson ini mempunyai pelbagai ciri berasakan
alam sekitar fizikal dan budaya. Antara ciri alam sekitar fizikal yang terdapat di
Pantai Teluk Kemang, Port Dickson adalah keadaan pantai yang bersih,berpasir
berair jernih dan indah. Selain itu, Pantai Teluk Kemang, Port Dickson berada di
lokasi yang strategik dan tidak jauh dari kawasan pedalaman.

Selain itu itu, alam sekitar budaya yang terdapat di Pantai Teluk Kemang, Port
Dickson adalah kemudahan sosial seperti stesen minyak, pasar raya, hotel, balai
polis dan sebagainya. Antara hotel yang terdapat berhampiran dengan Pantai
Teluk Kemang ialah Marine World Resort. Tambahan pula, terdapat juga
hotel-hotel lain yang berhampiran dengan kawasan Pantai Teluk Kemang, Port
Dickson seperti Glory Beach Resort, Angkasa Hotel, Pearl Villa Hotel and
Resort, Boungainvilla Hotel dan sebagainya. Bukan itu sahaja, Pantai Teluk
Kemang juga mempunyai kemudahan asas seperti tandas awam, bilik mandi,
pondok, tempat duduk, pelbagai kedai seperti kedai makanan, kraf tangan,
pakaian dan lain-lain.







950129-05-5192


5

Gambar : Peta Daerah Port Dickson


Peta : Lakaran dari bulatan Sunggala hingga Pantai Teluk Kemang
Port Dickson


























950129-05-5192

6

4.0 Kaedah Kajian
Bahagian ini menjelaskan cara pengkaji mendapatkan data dan maklumat untuk
kajian luar ini. Antaranya ia
Data primer
(a) Kaedah pemerhatian
Pengkaji telah melakukan kajian ini bersama 2 orang ahli kumpulannya di Pantai
Teluk Kemang, Port Dickson pada 21 Jun 2014, hari Sabtu. Pengkaji dan 2 orang
ahli kumpulan telah sampai ke kawasan kajian pada pukul 8.30 pagi bersama 37
orang pelajar lain yang turut menjalankan kajian dengan menaiki bas
perkhidmatan awam. Kaedah ini telah digunakan untuk mengenal pasti aktiviti
pelancongan, jenis perkhidmatan dan kemudahan sosial yang terdapat di kawasan
ini. Pengkaji telah membuat pemerhatian dan meninjau terhadap faktor setempat
yang mempengaruhi kedatangan pelancong.
(b) Kaedah temu bual
Pengkaji bersama 2 orang ahli kumpulan telah temu bual dengan 5 orang
responden yang datang melancong ke Pantai Teluk Kemang, Port Dickson dari
dalam dan luar negeri serta dari luar negara. Responden telah disoal tentang
tujuan responden melancong ke Pantai Teluk Kemang, Port Dickson serta adakah
kemudahan asas yang terdapat itu memuaskan bagi mereka dan cadangan dari
mereka untuk menarik lebih ramai pelancong ke pantai tersebut.
Data sekunder
a) Kaedah rujukan
Pengkaji bersam 2 orang ahli kumpulan telah ke perpustakaan awam pada 28 Jun
2014 untuk membuat rujukan tentang aktiviti pelancongan serta mendapatkan
maklumat tentang maksud pelancongan daripada buku rujukan
Atlas Eksplorasi Geografi. Selain itu, pengkaji telah mengkaji isu-isu semasa
yang timbul daripada akbati pelancongan dari surat khabar di perpustakaan.
b) Internet
Pengkaji telah melayari laman sesawang seperti www.sinarharian.com,
http://portdickson.info, hashimrahman.blogspot.com dan sebagainya untuk
mendapatkan maklumat tambahan tentang aktiviti pelancongan di Pantai Teluk
Kemang, Port Dickson serta di pantai-pantai lain di Malaysia.


950129-05-5192


7

5.0 Hasil dan dapatan kajian
5.1 Jenis aktiviti pelancongan di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

5.1.1 Aktiviti Sukan Pantai
Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan di Pantai Teluk Kemang Port Dickson.
Antaranya ialah aktiviti sukan pantai seperti membina istana pasir. Aktiviti ini
amat digemari oleh semua masyarakat tanpa mengira usia misalnya kanak-kanak
mahupun orang dewasa. Ini merupakan aktiviti yang biasanya dilakukan dan
gemar dilakukan oleh pelancong.
Gambar : Membina istana pasir bersama keluarga di Pantai Teluk Kemang

Selain itu, aktiviti sukan pantai yang dilakukan di Pantai Teluk Kemang oleh
pelancong ialah bermain bola tampar. Kebanyakkan remaja melancong ke pantai
ini bersama kawan-kawan mereka dan bermain bola tampar, terutamanya pada
hujung minggu. Tambahan pula, ahli keluarga juga mengadakan permainan bola
tampar dan bermain bersama-sama keluarga serta merapatkan hubungan
silaturahim.
Gambar : Bermain bola tampar bersama ahli keluarga

950129-05-5192

8

5.1.2 Aktiviti Berkelah
Selain dari aktiviti sukan pantai, aktiviti lain yang biasanya dijalankan di Pantai
Teluk Kemang, Port Dickson ialah berkelah. Aktiviti berkelah ini kebiasanya
dijalankan oleh pelancong tempatan iaitu dari dalam dan luar negeri. Malah,
kebelakangan ini pelancong dari luar negara juga telah mula melakukan aktiviti
berkelah di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson terutamanya bersama ahli
keluarga kerana mendapati budaya negara kita dapat mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan dan dapat memberi peluang kepada ahli keluarga untuk meluangkan
masa bersama-sama dengan menikmati keindahan pantai.

Gambar : Ahli keluarga yang berkelah di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson


Gambar : Ahli keluarga yang makan bersama-sama di tepi pantai

950129-05-5192


9

5.2 Jenis perniagaan, perkhidmatan dan kemudahan sosial yang terdapat di
Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.


Jenis Perniagaan

Bilangan
Kedai makanan / minuman 36
Kedai pakaian / cenderahati 17
Kedai peralatan sukan air 22



Jenis Perkhidmatan

Bilangan
Balai polis 1
Klinik 1
Chalet 1
Sekolah 1
Pejabat Penerangan 1



Jenis Kemudahan Sosial

Bilangan
Tandas / bilik air 2
Surau 1
Taman permainan 1
Telefon awam 13
Gelanggang takraw 1
Tempat letak kereta 3
Pondok istirehat / wakaf 10





950129-05-5192

10

Peta : Lakaran persekitaran kawasan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

































950129-05-5192


11








36
17
22
Jenis Perniagaan
Kedai makanan / minuman
Kedai pakaian / cenderahati
Kedai peralatan sukan air
1
1
1
1
1
Jenis Perkhidmatan
Balai Polis
Klinik
Chalet
Sekolah
Pejabat Penerangan
2
1
1
13
1
3
10
Jenis Kemudahan Sosial
Tandas / bilik air
Surau
Taman Permainan
Telefon awam
Gelanggang Takraw
Tempat letak kereta
Pondok istirehat / wakaf
950129-05-5192

12

5.3 Faktor setempat yang mempengaruhi kedatangan pelancong ke Pantai
Teluk Kemang, Port Dickson.
Terdapat pelbagai faktor setempat yang mempengaruhi kedatangan pelancong
ke Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Antaranya adalah dari segi keunikan
ekologi, kemudahan asas yang terdapat di persekitaran pantai dan kemudahan
penginapan di kawasan persekitaran.

Pengkaji telah menebu bual dengan 5 orang pelancong yang melancong ke
Pantai Teluk Kemang, Port Dickson tentang faktor setempat yang mempengaruhi
kedatangan pelancong. Antaranya, Kabhi raj 16 tahun yang berasal dari Seremban
Mengatakan bahawa keunikan ekologi adalah salah satu faktor yang menarik
kedatangan pelancong. Keunikan ekologi di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson
seperti pantai yang bersih dan indah, tumbuhan yang menghijaui di sekitar
kawasan pantai, keadaan udara yang nyaman dan lain-lain. Menurutnya, keunikan
ekologi ini dapat melegakan perasaan seseorang, merehatkan minda dan
pelancong juga turut memelihara sikap cinta akan alam semulajadi selain dari
menikmati alam semulajadi di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

Menurut Pn Azidah, 30 tahun berasal dari Kuala Lumpur mengatakan bahawa
faktor yang menarik kedatangan pelancong ke Pantai Teluk Kemang, Port
Dickson ialah kemudahan asas dari pelbagai segi seperti tempat letak kereta,
pondok istirehat di tepi pantai, tandas, bilik persalinan dan sebagainya yang
datang memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelancong tempatan dan
pelancong asing yang melancong ke Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

Menurut seorang pelancong asing dari Pakistan berpendapat bahawa terdapat
banyak kemudahan penginapan di sekitar Pantai Teluk Kemang dan sekitar
kawasan Port Dickson. Antara kemudahan penginapannya ialah chalet dan hotel
yang bertaraf antarabangsa iaitu Glory Beach Resort, Marine World Resort dan
lain-lain. Sehubung dengan itu, dengan adanya kemudahan penginapan ini ramai
pelancong tempatan dan luar negara dapat mencari tempat penginapan mereka
tanpa sebarang masalah penginapan. Tambahan pula, harga penginapan hotel
yang berpatutan dan tawaran hebat ini menarik lagi lebih ramai pelancong untuk
melancong ke kawasan ini.
950129-05-5192


13

5.4 Isu yang timbul berkaitan dengan aktiviti pelancongan terhadap Pantai
Teluk Kemang, Port Dickson.
5.4.1 Pencemaran Sampah-Sarap
Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pelancong yang membuang sampah-
sarap di sekitar kawasan Pantai Teluk Kemang telah menyebabkan masalah ini
meningkat secara berterusan. Pelancong yang datang melancong ke Pantai Teluk
Kemang membuang sampah-sarap di merata-rata tempat walaupun pihak Majlis
Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah menyediakan tong sampah di serata-rata
kawasan persekitaran pantai. MPPD telah bertindak begini bagi memudahkan
para pelancong untuk membuang sampah-sarap serta dapat mengekalkan
kebersihan pantai daripada pencemaran. Walau bagaimanapun, sikap tidak
prihatin pelancong yang membuang pelbagai jenis sampah seperti bekas
makanan, tin-tin minuman, plastik dan sebagainya merosakkan keindahan pantai.
Pelancong sahaja tidak boleh disalahkan tetapi kelemahan pengurusan sampah-
sarap oleh para peniaga seperti penjual makanan dan minuman yang tidak
membuang sampah dengan terurus dengan membuang sisa-sisa makanan
bertaburan di persekitaran kedai mereka dan ke dalam longkang. Ini merupakan
punca lain dalam berlakunya pencemaran sampah-sarap di Pantai Teluk Kemang,
Port Dickson. Sampah yang berkelompok ini membawa kepada pencemaran
meningkat.

Gambar : Keadaan yang kotor dan penuh dengan sampah di tepi pantai


950129-05-5192

14

5.4.2 Pencemaran Air
Pencemaran air ini berlaku di segelintir kawasan di Pantai Teluk Kemang.
Pantai ini tidak tercemar secara menyeluruh tetapi ada sebahagian kawasan yang
berhampiran dan berdekatan pasir yang tercemar. Selain itu, pencemaran air juga
berlaku di longkang-longkang kawasan itu. Hal ini kerana banyak pelancong dan
peniaga yang tidak mengambil berat tentang kebersihan air dan persekitaran yang
membuang sisa buangan seperti sisa makanan, bekas polisterin, tisu dan sampah-
sarap ke dalam pantai atau longkang-longkang yang berhampiran kawasan pantai
dan gerai. Kumbahan dari hotel atau chalet yang berhampiran juga mencemarkan
kebersihan pantai yang tercampur dengan air pantai. Tindakan yang cuai ini
menyebabkan air pantai serta air longkang Pantai Teluk Kemang tercemar, kotor,
dipenuhi sampah-sarap serta perubahan warna air.
Gambar : Keadaan air longkang dan air pantai yang tercemar di Pantai Teluk Kemang


950129-05-5192


15

5.4.3 Kesesakan lalu lintas
Isu ini banyak berlaku di kebanyakkan kawasan pelancong yang
mempunyai masalah meletak kenderaan. Pantai Teluk Kemang kebiasanya
dikunjungi oleh ramai pelancong yang membawa kenderaan sendiri seperti kereta
dan motor dan ada pelancong yang mengunjung dengan menaiki bas atau van
sewa terutamanya pelancong asing dan bagi memudahkan keselesaan mereka
Pantai Teluk Kemang disediakan kemudahan meletak kenderaan tetapi
kebanyakkan pelancong tidak meletak kenderaan di tempat yang disediakan. Oleh
sebab itu, isu ini menyebabkan kenderaan pihak lain sukar untuk memasuki atau
melalui kawasan tertentu. Bukan itu sahaja, keadaan jalan raya di kawasan Pantai
Teluk Kemang yang sempit dan one way menyukarkan lagi keadaan
persekitaran serta menyebabkan kesesakan lalu lintas. Lebih-lebih lagi, masalah
ini bertambah merosot pada hujung minggu, cuti umum, dan cuti sekolah di mana
ramai pelancong yang datang melancong ke Pantai Teluk Kemang di mana
keadaan ini menambahkan lagi kesesakan. Kesesakan ini juga menyebabkan
banyak kereta diletak di bahu-bahu jalan yang menganggu aliran trafik.

Gambar : Kesesakan lalu lintas di tempat letak kereta tepi pantai


Gambar : Papan tanda di tepi Pantai Teluk Kemang

950129-05-5192

16


5.5 Cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan di Pantai Teluk Kemang untuk
menarik lebih banyak bilangan pelancong.

5.5.1 Kempen Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar
Kempen kesedaran sangat penting bagi menanam sikap cinta akan alam sekitar
dalam jiwa seseorang pelancong. Penjagaan alam sekitar merupakan
tanggungjawab stiap insan bukan sahaja pelancong tempatan malah pelancong
dari luar negara untuk mengekalkan keseimbangan dan kebersihan alam semula
jadi serta keindahan pantai yang dianugerahi oleh Tuhan dengan baik dan
selamat. Aktiviti gotong-royong seperti membersihkan kawasan pantai dan
longkang tercemar boleh dijalankan melalui kempen kesedaran yang mana
dijalankan dengan mengedarkan risalah dan memberi pendedahan tentang
kepentingan menjaga alam sekitar secara bersama kepada pelancong pada setiap
hujung minggu. Hal ini kerana jumlah para pelancong yang melancong ke Pantai
Teluk Kemang pada hujung minggu lebih ramai berbanding hari-hari lain.
Kempen ini bukan sahaja boleh dianjurkan oleh badan kerajaan dan badan bukan
kerajaan tetapi para pelajar sekolah rendah dan menengah, para pelajar di IPTA
dan IPTS serta kumpulan remaja bagi menjaga kebersihan pantai dan menjamin
keindahan pantai secara bersama.

Seterusnya, Pendidikan Alam Sekitar yang diterap dan diwajibkan dalam
sukatan pelajaran bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dalam
subjek Geografi, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidkan Moral
dapat memberi kesedarandan tanggungjawab dalam diri seseorang untuk menjaga
keindahan alam sekitar dari kecil lagi. Walau bagaimanapun, sikap ini harus
diterap dalam jiwa setiap rakyat tanpa mengira usia supaya menjadi insan yang
peka terhadap isu-isu alam sekitar seperti menjaga kebersihan pantai. Sehubung
dengan itu, sikap bertanggungjawab dan keinsafan bagi memelihara dan
memulihara alam sekitar seperti pantai dengan memastikan sumber alam
dibangunkan secara lestari dapat diwujudkan dalam diri anak watan. Secara tidak
langsung, sikap ini akan turut dicontohi dan diikuti oleh pelancong dari luar
negara.





950129-05-5192


17

Gambar : Kempen Kesedaran tentang menjaga kebersihan pantai yang
dijalankan oleh sekumpulan remaja dan para pelancong




Gambar : Pendidikan Alam Sekitar yang dijalankan di sekolah melalui subjek
Pendidkan Sivik dan Kewarganegaraan bagi pelajar sekolah menengah








950129-05-5192

18

5.5.2 Amalan pengurusan yang strategi
Masalah pencemaran air dapat diatasi sekiranya para pelancong dan peniaga
mengamalkan sistem pengurusan yang strategi. Para pelancong harus mengambil
insiatif untuk membuang sampah-sarap ke dalam tong-sampah yang disediakan
dan bagi mengelakkan sikap sewenang-wenang yang membuang sampah ke
dalam pantai dan longkang di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Pihak MPPD
harus memperbanyakkan bilangan tong sampah di persekitaran kawasan pantai
dan meletakkan papan tanda Dilarang membuang sampah-sarap di merata-rata
tempat sebagai tanda ingatan kepada para pelancong yang melancong ke Pantai
Teluk Kemang. Para peniaga juga harus memastikan bahawa terdapat sekurang-
kurangnya satu tong sampah di hadapan atau belakang kedainya supaya
mengelakkan sikap membuang sampah ke dalam longkang dan menyebabkan
longkang tersumbat dengan sampah-sarap serta menyebabkan pencemaran air
yang membawa bau busuk dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Hal ini bukan
sahaja dapat mengurangkan sampah-sarap yang bertaburan tetapi dapat
mengurangkan pencemaran bau dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.

Gambar : Pembuangan sampah dengan cara yang betul dan di tempat yang sesuai



950129-05-5192


19

5.5.3 Penguatkuasaan undang-undang
Langkah penguatkuasaan undan-undang harus diambil terhadap segelintir
masyarakat atau pelancong yang menyebabkan kesesakan lalu lintas. Sikap cuai
yang didapati pada diri seseorang pelancong terutama pelancong tempatan yang
tidak meletak kenderaan di tempat yang disediakan dan letak di tempat larangan
harus dikenakan tindakan. Para pelancong tempatan yang kerap menimbulkan isu
ini kerana membawa kenderaan sendiri berbanding pelancong luar negara yang
menaiki kenderaan sewa seperti bas sewa dan van sewa. Hal ini harus diberi
perhatian yang lebih mendalam oleh pihak berkuasa Polis Trafik dengan
mengenakan saman atau denda kepada sesiapa yang melanggar peraturan dengan
meletak kenderaan di sesuka tempat dan meletak di tempat yang disediakan
supaya dapat memberi kesedaran kepada pelancong lain agar tidak mengulangi
perkara yang sama. Pihak berkuasa harus lebih tegas dalam melaksanakan
tanggungjawab mereka.

Gambar : Polis Trafik yang menyaman kereta di letak di kawasan larangan


Gambar : Contoh saman salah letak kenderaan

950129-05-5192

20

6.0 Kesimpulan

Berdasarkan dapatan yang diperoleh daripada kajian luar ini, dengan jelas
dapat dilihat bahawa terdapat pelbagai jenis aktiviti pelancongan, jenis
pelancongan, perkhidmatan dan kemudahan yang dijalankan di Pantai Teluk
Kemang, Port Dickson. Selain itu, dapat melihat juga faktor setempat yang
mempengaruhi kedatangan pelancong dari pandangan serta cadangan aktiviti
yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan bilangan pelancong ke pantai dari
pandangan beberapa orang pelancong dan pengkaji.

Namun, terdapat isu-isu yang membimbangkan timbul akibat daripada aktiviti
pelancongan. Antaranya ialah pencemaran sampah-sarap. Hal ini kerana
kekurangan kesedaran tentang ala sekitar khususnya dalam kalangan pelancong
yang melancong ke Pantai Teluk Kemang telah mencemarkan keindahan kawasan
persekitaran. Pelancong harus mempunyai sikap keinsafan dalam diri setelah
didedahkan dengan Kempen Kesedaran. Sikap keinsafan yang dapat membentuk
pelancong yang lebih bertanggungjawab dari aspek nilai murni yang tinggi dalam
diri untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Pelancong akan lebih peka
dengan memastikan keindahan dan kebersihan pantai terjamin tidak kira
pelancong tempatan atau pelancong dari luar negara. Penyemaian sikap
patriotisme seperti menngamalkan sikap syukur dan cinta akan negara harus ada
pada diri seseorang anak watan bagi mengekalkan keindahan pantai-pantai di
negara kita bagi generasi-generasi akan datang.














950129-05-5192


21

7.0 Rujukan

7.1 Internet
http://hashimrahman.blogspot.com/2013/01/sistem-dan-konsep-pelancongan.html
http://www.sinarharian.com.my/longgokan-sampah-mencemar-imej-1.239927

http://portdickson.info/teluk-kemang.htm

7.2 Akhbar
Osman Sidek, Longgokan Sampah. Sinar Harian, 13 Januari 2014

Intan Maysuri, Pantai Anugerah Tuhan. Sinar Harian, 12 Februari 2014

7.3 Buku
Haji Rodzil Hasim dan Keng Su Seng, 2013. Pelancongan. Buku Teks Oxford
Fajar Tingkatan 6, Penggal 1

Harun Othman, 2014. Sektor Pelancongan. Buku Nota Geografi Tingkatan 6,
Penggal 2

7.4 Atlas
Abd Karim dan Abd Ismail, 1998. Atlas Eksplorasi Geografi

7.5



















950129-05-5192

22

Lampiran

Gambar : Pelancong yang telah ditemu bual oleh pengkaji dan ahli
kumpulan






950129-05-5192


23

Gambar : Papan Tanda di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson







950129-05-5192

24

Gambar : Penkaji dan ahli kumpulan bersama peniaga di pantai









950129-05-5192


25

Gambar : Beberapa jenis perniagaan di Pantai Teluk Kemang





950129-05-5192

26



Gambar : Beberapa jenis kemudahan di Pantai Teluk Kemang







950129-05-5192


27

Borang soalan temu bual dari 3 orang pelancong yang dipilih dari hasil temu
bual oleh pengkaji daripada 5 orang pelancong

Nama pelancong : Kabhiraj
Umur pelancong : 16 tahun
Pelancong dari : Seremban, Negeri Sembilan
Faktor setempat yang mempengaruhi kedatangan pelancong ke Pantai
Teluk Kemang : Keunikan ekologi di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson
seperti pantai yang bersih dan indah, tumbuhan yang menghijaui di sekitar
kawasan pantai, keadaan udara yang nyaman dan lain-lain. Selain itu, keunikan
ekologi ini dapat melegakan perasaan seseorang, merehatkan minda dan
pelancong juga turut memelihara sikap cinta akan alam semulajadi selain dari
menikmati alam semulajadi di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.


Nama pelancong : Pn Azidah
Umur pelancong : 30 tahun
Pelancong dari : Kuala Lumpur
Faktor setempat yang mempengaruhi kedatangan pelancong ke Pantai
Teluk Kemang : Kemudahan asas dari pelbagai segi seperti tempat letak kereta,
pondok istirehat di tepi pantai, tandas, bilik persalinan dan sebagainya yang
datang memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelancong tempatan dan
pelancong asing yang melancong ke Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

Nama pelancong : -
Umur pelancong : -
Pelancong dari : Pakistan
Faktor setempat yang mempengaruhi kedatangan pelancong ke Pantai
Teluk Kemang : Adanya kemudahan penginapan ramai pelancong tempatan dan
luar negara dapat mencari tempat penginapan mereka tanpa sebarang masalah
penginapan. Tambahan pula, harga penginapan hotel yang berpatutan dan
tawaran hebat ini menarik lagi lebih ramai pelancong untuk melancong ke
kawasan ini.

You might also like