You are on page 1of 5

MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

MESY. J/KUASA PEMANDU PELANCONGAN :


TAHUN MELAWAT PERAK 2024
Bil.1 / 2023
2 – Pembentangan Laporan
2.1) Pelan Persediaan Tahun Melawat Perak 2024
Satu (1) cadangan MDTM bagi penganjuran program berimpak tinggi sempena TMP 2024. Cabutan
undian dibuat semasa Mesyuarat Bersama Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak Berkaitan Papan
Tanda Dan Perancangan Acara Pelancongan Bagi Tahun 2024 Sempena Tahun Melawat Perak 2024
yang diadakan pada 27 Jun 2023 (Selasa) jam 2.30 petang.

NAMA PROGRAM/ACARA/AKTIVITI TARIKH SINOPSIS


Pesta Pau @Muallim Disember - Kuih pau merupakan antara makanan popular di
(Steamed Bun Festival @Muallim) 2024 Tanjong Malim (daerah Muallim) dan mempunyai
penggemarnya yang tersendiri.

- Program ini bakal menghimpunkan para pengusaha


kuih pau dari seluruh Malaysia dengan kepelbagaian
identiti, citarasa dan keunikannya yang tersendiri.
Selain itu, pelbagai aktiviti/pengisian program turut
diadakan bagi menarik lebih ramai kedatangan
pengunjung.

- Penganjuran program ini telah telah dilaksanakan


dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan
daripada para pengunjung dari dalam mahupun luar
negara pada edisi yang lepas (Tahun 2017 & 2019).
2 – Pembentangan Laporan
2.1) Pelan Persediaan Tahun Melawat Perak 2024
Tiga (3) Cadangan Penganjuran Acara Pelancongan Bagi Tahun 2024 Sempena Tahun Melawat Perak 2024 oleh MDTM
seperti yang dikemukakan kepada Tourism Perak menerusi emel pada 12 Mei 2023 dengan tajuk “Kemaskini
Penganjuran Acara Pelancongan Bagi Bulan Jun Hingga Disember 2023 Dan Cadangan Penganjuran Acara
Pelancongan Bagi Tahun 2024 Sempena Tahun Melawat Perak 2024”.
NAMA PROGRAM/ACARA/AKTIVITI TARIKH SINOPSIS
Muallim Cross Country Run 2024 - Program ini merupakan kesinambungan daripada Muallim Cross Country Run yang telah
dilaksanakan pada tahun 2022 dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada
(MuallimX2024) peserta dari dalam dan luar negara. Sebanyak 3 kategori dipertandingkan:
1. Fun Run 5 KM
2. Mild (M/W) 10 KM
3. Wild (M/W) 21 KM
- Trek 80% adalah kawasan hutan.
- Program ini juga membawa para peserta menyelusuri hutan simpan Behrang yang kaya
dengan produk ekopelancongan dan Ujana Muallim.

Muallim Digital & eSports Festival - Program ini bertujuan membudayakan masyarakat yang berpengetahuan serta celik ICT
dalam usaha mentransformasikan masyarakat Malaysia khususnya penduduk di daerah
Muallim kepada masyarakat bermaklumat (Knowledge Based Society).

-Pertandingan e-Sports ini juga mula mendapat perhatian kerajaan Malaysia sejak
tbc 2024 kebelakangan ini khususnya oleh Kementerian Belia dan Sukan dalam usaha mempromosi e-
Sports di Malaysia setanding dengan negara-negara maju dan melahirkan lebih ramai atlet
yang kompetitif dan mengharumkan nama negara. Pihak penganjur menyambut baik usaha
kerajaan kearah memperkenalkan dan mempromosi e-Sports dan penglibatannya sebagai
salah satu aktiviti Muallim Digital & eSports Festival diharap dapat mempromosi dan
menggalakkan penyertaan lebih ramai golongan belia.

- Program ini juga sebagai galakkan pembangunan produk pelancongan berasaskan sukan
yang mampu menarik penyertaan dari dalam dan luar negara.

Muallim Car Free Day - Muallim Car Free Day merupakan program kesedaran dengan penglibatan komuniti dan peri
pentingnya memelihara alam sekitar secara bersama.

- Program ini dirangka dengan pelbagai aktiviti bagi menarik lebih ramai pengunjung
domestik mahupun antarabangsa.
2 – Pembentangan Laporan
2.2) Kelulusan Projek-projek Infrastruktur Pelancongan 2023
Tiga (3) Senarai Projek Infrastruktur Kawasan Pelancongan Bagi Tahun Melawat Perak 2024 yang
dibentangkan dan telah mendapat kelulusan peruntukan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak
semasa mesyuarat berkaitan Halatuju Pra Pelaksanaan Program-Program Tahun Melawat Perak 2024
Bersama YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan Dan Pembangunan Koridor yang
diadakan pada 1 Jun 2023 (Selasa) jam 8.00 pagi.
JUMLAH
NAMA PROJEK RINGKASAN PROJEK
KELULUSAN
Penyediaan Kemudahan Awam di RM 200,000 - White Water Rafting merupakan produk popular dan utama di daerah
Endpoint White Water Rafting, Ulu Slim Muallim. Namun begitu, tiada prasarana kemudahan awam asas di End
Point White Water Rafting disediakan bagi para pelancong.
- Penyediaan kemudahan awam asas ini akan memberikan keselesaan
kepada para pelancong dan operator bagi menjalankan operasi, ianya
secara tidak langsung memberi manfaat sosioekonomi kepada penduduk
tempatan.

Pembinaan 3D Letter Box Di Tebing - Mewujudkan elemen tarikan “sense of welcoming” ke negeri Perak di
Sungai Sempadan Perak - Selangor kawasan pintu masuk menerusi jalan raya ini adalah penting untuk
membuatkan pengunjung rasa seronok dan teruja untuk melawat ke
negeri Perak.
RM 120,000
Lukisan Mural di Sebuah Premis - Lokasi premis perniagaan yang dipilih sangat sesuai sebagai salah satu
Perniagaan, Pekan Tanjong Malim tarikan promosi pelancongan kerana terletak di persimpangan jalan yang
menjadi tumpuan orang ramai dan berada dalam lingkungan kawasan
pintu masuk ke negeri Perak.

JUMLAH PERUNTUKAN YANG


DILULUSKAN RM 320,000
Sekian, terima kasih

You might also like