You are on page 1of 60

1249/2 SEJARAH 2

SEJARAH 2 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010




BENTUK KERTAS SOALAN
Kertas Sejarah 1249/2 mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
Bahagian A memperuntukkan sebanyak empat soalan struktur. Soalan satu dan dua
diambil daripada Sukatan Pelajaran Tingkatan Empat manakala soalan tiga dan empat
diambil daripada Sukatan Pelajaran Tingkatan Lima. Setiap soalan struktur mempunyai
tiga hingga lima ceraian tugasan. Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan dalam
Bahagian A.
Dalam Bahagian B pula terdapat sebanyak lima soalan esei. Setiap soalan esei
mempunyai tiga ceraian tugasan. Soalan nombor lima dan nombor enam diambil
daripada Sukatan Pelajaran Tingkatan Empat. Manakala soalan nombor tujuh, lapan
dan sembilan diambil daripada Sukatan Pelajaran Tingkatan Lima. Calon dikehendaki
menjawab mana-mana tiga daripada lima soalan dalam bahagian ini.
Masa yang diperuntukkan kepada calon untuk menjawab kertas Sejarah 1249/2 adalah
selama dua jam tiga puluh minit.

PRESTASI KESELURUHAN
Pada keseluruhannya, prestasi calon SPM dalam mata pelajaran Sejarah 1249/2 tahun
ini adalah lebih baik berbanding tahun 2009. Calon dalam kumpulan prestasi tinggi
berjaya memberikan fakta secara tersusun dan kemas. Hal ini bermaksud isi jawapan
yang diberikan memenuhi kehendak tugasan dan mengikut urutan.
Sementara calon dalam kumpulan prestasi sederhana masih memahami kehendak
tugasan, tetapi tidak dapat memberikan fakta yang mantap dan mencukupi.
Bagi calon prestasi rendah pula tidak menjawab mengikut kehendak tugasan.
Terdapat juga calon dalam kumpulan ini yang menjawab soalan Bahagian B secara
ringkas tanpa huraian dan kadang kala terpesong.
SEJARAH 2 2 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON
Kumpulan Tinggi
Calon menjawab dan memahami kehendak soalan dengan baik. Penguasaan fakta
cukup cemerlang di samping berjaya menyenaraikan fakta yang tepat melebihi
daripada kehendak tugasan. Calon tidak melakukan kesalahan mengeja istilah-istilah
sejarah yang dikemukakan. Di samping itu calon juga menggunakan ayat yang
sempurna untuk mempersembahkan fakta.

Sehubungan itu, setiap fakta yang dikemukakan dilengkapi dengan huraian dan contoh
yang tepat. Calon berjaya memilih soalan esei yang benar-benar sesuai dengan
pemahaman, pengetahuan, dan keupayaan masing-masing.

Seperkara lagi, calon juga dapat menguasai konsep sejarah yang diuji dan dapat
menggunakan pengetahuan serta pemikiran sejarah dengan baik.

Selain itu, calon dapat mengaitkan pengalaman kehidupan dalam konteks sejarah
sekali gus dapat menjawab soalan-soalan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
(KBKK). Jawapan yang diberi memperlihatkan kematangan fikiran dan pengetahuan
luas yang dimiliki oleh calon.

Kumpulan Sederhana
Calon boleh menulis dengan baik namun masih gagal memenuhi tugasan soalan
sepenuhnya. Bilangan fakta yang dikemukakan tidak mencukupi. Kadang-kala terdapat
fakta-fakta yang bercampur aduk dan tidak tepat dengan kehendak tugasan.

Terdapat juga pengulangan fakta dalam perenggan yang berasingan. Seterusnya,
calon juga menggunakan ayat yang tidak menepati hukum tatabahasa. Malah ada
kalanya istilah yang digunakan tidak sesuai.

SEJARAH 2 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Calon juga tidak dapat mengaitkan pengalaman hidup dalam konteks sejarah apabila
menjawab soalan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) kerana
pengetahuan am calon tidak meluas. Oleh itu, jawapan calon memperlihatkan
kematangan berfikir pada tahap sederhana. Walaupun mempunyai fakta tetapi
huraian fakta kurang jelas dan banyak ayat yang dibina agak bersifat umum.

Kumpulan Rendah
Pada keseluruhannya, penguasaan fakta calon dalam kumpulan ini adalah terhad dan
lemah. Kesalahan fakta yang disenaraikan amat ketara dan fakta yang dikemukakan
berulang-ulang. Calon gagal mengetahui dan memahami bentuk dan format penulisan
bagi soalan esei. Terdapat calon yang hanya mampu untuk menyalin soalan sahaja.

Di samping itu, calon tidak mempunyai pengetahuan tentang isu yang disoal
terutamanya untuk soalan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK).
Kematangan berfikir kurang memuaskan kerana sering kali memberikan fakta
yang mudah dan ada kalanya kurang logik. Ini menampakkan tahap pengetahuan
sejarah amat terbatas.

Selain itu, calon tidak mampu mengeja istilah-istilah sejarah dengan tepat. Terdapat
juga calon yang mengemukakan fakta yang terpesong. Sementelahan pula,
penguasaan dan gaya bahasa calon adalah amat lemah. Terdapat juga calon yang
seolah-olah tidak menguasai kemahiran asas membaca dan memahami soalan.

Daya usaha yang ditunjukkan agak kurang dan memperlihatkan calon tidak
bersedia untuk menghadapi peperiksaan.

SEJARAH 2 4 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


PRESTASI TERPERINCI
Soalan 1(a)
Calon dapat menyatakan nama tamadun Mesopotamia dan Mesir dengan tepat.






Terdapat calon yang menyatakan nama tamadun dengan betul tetapi tidak bertepatan
dengan lokasi berdasarkan kehendak tugasan.









SEJARAH 2 5 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 1(b)
Calon dapat menyatakan nama Sungai Tigris/Euphrates dan Sungai Nil dengan tepat.





Terdapat calon yang menyatakan nama sungai dengan betul tetapi tidak bertepatan
dengan kehendak tugasan.









SEJARAH 2 6 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 1(c)
Calon dapat mengemukakan pandangannya secara kritis dan kreatif sebab-sebab
sungai menjadi tumpuan manusia tamadun awal. Sebagai contoh, calon dapat
mengemukakan faktor kesuburan tanah, kemudahan air, sumber protein dan menjadi
jalan perhubungan.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.


SEJARAH 2 7 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Jawapan calon terpesong daripada kehendak tugasan.

Soalan 1(d)
Calon dapat menyatakan pendapatnya dengan bernas tentang cara-cara untuk
memulihara sungai. Antara fakta yang dikemukakan ialah tidak mencemarkan sungai,
mengadakan kempen menjaga kebersihan sungai dan menguatkuasakan undang-
undang penjagaan sungai.


SEJARAH 2 8 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.

Soalan 2(a)
Calon dapat mengemukakan bukti-bukti kedatangan agama Islam dari Semenanjung
Tanah Arab, China dan India dengan tepat.


SEJARAH 2 9 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.

Jawapan calon terpesong.



SEJARAH 2 10 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 2(b)
Calon dapat mengemukakan peranan golongan pemerintah dalam membantu
menyebarkan Islam di Asia Tenggara dengan tepat. Antara fakta yang dikemukakan
ialah menjalin hubungan diplomatik, hubungan perkahwinan, peluasan tanah jajahan,
ketaatan rakyat terhadap pemerintah dan pengislaman golongan pemerintah.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.

Jawapan calon terpesong.


SEJARAH 2 11 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 2(c)
Calon dapat mengemukakan sebab agama Islam mudah diterima oleh masyarakat di
Asia Tenggara dengan tepat. Sebagai contoh, faktor kemurnian agama Islam itu
sendiri, pedagang Islam, kebijaksanaan pendakwah dan peranan pusat kebudayaan
Islam.


Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.






Jawapan calon terpesong.


SEJARAH 2 12 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 3(a)

Calon dapat menyatakan ciri Negara dan Bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka
dengan tepat.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.

Jawapan calon tidak menepati kehendak tugasan.


SEJARAH 2 13 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 3(b)
Calon dapat mengemukakan maksud wilayah pengaruh dan kedaulatan dengan tepat.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.


SEJARAH 2 14 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 3(c)
Calon dapat menyatakan lambang kebesaran Kesultanan Melayu Melaka dengan
tepat. Antara lambang tersebut ialah payung kuning, cop mohor, pending, tengkolok di
raja, alat regalia, pedang di raja dan nobat.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.


SEJARAH 2 15 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 3(d)
Calon dapat mengemukakan pendapatnya tentang warisan Kesultanan Melayu Melaka
dalam sistem pemerintahan di Malaysia yang masih kekal hingga ke hari ini. Antara
warisan tersebut ialah sistem pemerintahan beraja, agama Islam, bahasa Melayu dan
adat istiadat.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.

Soalan 3(e)

Calon dapat menyatakan iktibar daripada sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka untuk kegemilangan bangsa dan negara Malaysia. Antara iktibar tersebut ialah
pemerintah haruslah cekap, masyarakat perlu bersatu padu, rakyat mesti menghormati
raja dan mematuhi peraturan negara.

SEJARAH 2 16 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.


Jawapan calon terpesong.



SEJARAH 2 17 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 4(a)
Calon dapat menyatakan matlamat Rancangan Malaya Pertama dengan tepat. Antara
matlamat tersebut ialah mengurangkan kadar kemiskinan, mengurangkan jurang
perbezaan antara bandar dengan luar bandar, membangunkan ekonomi luar bandar
dan mempelbagaikan sumber ekonomi negara.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.


Jawapan calon terpesong.


SEJARAH 2 18 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 4(b)
Calon dapat mengemukakan tumpuan yang diberikan oleh kerajaan dalam Rancangan
Malaya Pertama dengan tepat. Antara tumpuan tersebut ialah aspek sosial, aspek
ekonomi, mendirikan balai polis, pembukaan tanah, pendidikan, kesihatan dan
perlombongan.


Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.

Jawapan calon terpesong.


SEJARAH 2 19 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 4(c)
Calon dapat menjelaskan peranan Lembaga Kemajuan Industri Desa (FAMA) dengan
tepat. Antara peranan tersebut ialah membantu pemasaran hasil pertanian,
membangunkan kawasan luar bandar, menyediakan infrastruktur di luar bandar dan
memajukan industri pertanian desa.


Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.


Jawapan calon terpesong.


SEJARAH 2 20 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 4(d)
Calon dapat menyatakan sebab pencapaian Rancangan Malaya Pertama kurang
memberangsangkan dengan tepat. Antara sebab tersebut ialah ancaman komunis,
kejatuhan harga komoditi getah dan kekurangan kewangan.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.


Jawapan calon terpesong.

SEJARAH 2 21 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 4(e)
Calon dapat menyatakan peranan warganegara Malaysia yang patriotik untuk menjamin
pembangunan negara yang berterusan. Antara peranan tersebut ialah belajar
bersungguh-sungguh, mendalami kemahiran ICT, memajukan bidang sains, bersikap
kreatif dan inovatif dan mempunyai kemahiran perindustrian.


Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kehendak tugasan.


Jawapan calon terpesong.


SEJARAH 2 22 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 5(a)
Calon dapat mengemukakan riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W. dengan tepat.
Antara riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W. ialah nama penuh baginda, berbangsa
Quraisy, nama bapa dan ibu baginda, kehidupan baginda semasa kecil, pekerjaan yang
baginda lakukan dan perkahwinan baginda dengan Siti Khadijah
SEJARAH 2 23 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada riwayat hidup Nabi Muhammad
S.A.W. sebelum baginda dilantik menjadi rasul.


Riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W. yang dikemukakan oleh calon tidak menepati
kehendak tugasan. Fakta yang dikemukakan berulang-ulang dan sering berlaku
kesilapan fakta.


SEJARAH 2 24 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 5(b)
Calon dapat mengemukakan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. dengan tepat
berserta huraian. Antara keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. ialah siddiq/berkata
benar, fatanah/kebijaksanaan, tabliq/menyampaikan, amanah/dipercayai, ketua
keluarga, sabar/tabah, merendah diri dan penyayang. Setiap fakta akan diikuti dengan
huraian. Contohnya keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. yang dikemukakan oleh
calon ialah nabi seorang yang fatanah di mana baginda telah berjaya menyelesaikan
persengketaan perletakkan Hajar Aswad.


SEJARAH 2 25 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010




Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada keperibadian Nabi Muhammad
S.A.W. Keperibadian yang dikemukakan oleh calon tidak disertakan dengan huraian.


SEJARAH 2 26 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. yang dikemukakan oleh calon tidak menepati
kehendak tugasan. Fakta yang dikemukakan berulang-ulang dan sering berlaku
kesilapan fakta.


SEJARAH 2 27 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 5(c)
Calon dapat mengemukakan pengamalan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. yang
boleh membantu pembentukan masyarakat Malaysia yang gemilang dengan tepat.
Antaranya ialah sentiasa amanah dengan tugas, sentiasa bertindak secara bijaksana,
bertanggungjawab sebagai ketua keluarga, menghormati semua lapisan masyarakat,
cekap dalam pentadbiran, mengambil berat masalah orang, sentiasa tabah menghadapi
cabaran dan patuh kepada ajaran agama.
SEJARAH 2 28 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada yang diminta oleh tugasan.


Fakta dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan dan kadang kala fakta
tersebut bersifat umum.


SEJARAH 2 29 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 6(a)
Calon dapat mengemukakan sebab yang mendorong pelaut Eropah melakukan
kegiatan penjelajahan ke kawasan di luar benua Eropah berserta huraian dengan tepat.
Antara sebab dan huraian yang dikemukakan ialah desakan ekonomi/gold untuk
mendapatkan emas/sutera/rempah ratus, semangat keagamaan/gospel untuk
menyebarkan agama Kristian, galakan pemerintah iaitu pembinaan akademi pelaut,
kemunculan monarki yang menyebabkan Eropah mengalami kestabilan politik dan
kejayaan Renaissance yang melahirkan semangat inkuiri.

SEJARAH 2 30 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010




Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada sebab yang diminta oleh tugasan.
Sebab yang dikemukakan oleh calon kadang kala tidak diikuti oleh huraian.



SEJARAH 2 31 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Sebab yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan dan kadang
kala bersifat umum.



Soalan 6(b)
Calon dapat mengemukakan kesan daripada kegiatan penjelajahan pelaut Eropah ke
kawasan di luar benua Eropah dengan tepat. Antara kesan yang dikemukakan ialah
penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah,
mengiktiraf kekuatan kuasa Eropah, daerah luar Eropah menjadi pembekal kepada
keperluan masyarakat Eropah, barangan dari Timur memperkayakan ekonomi Eropah
dan jalan perdagangan dikuasai kuasa Eropah.
SEJARAH 2 32 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010



SEJARAH 2 33 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada kesan yang diminta oleh tugasan.





SEJARAH 2 34 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Kesan yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan dan kadang
kala bersifat umum.


SEJARAH 2 35 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 6(c)
Calon dapat mengemukakan bukti dengan tepat yang menunjukkan kegemilangan
bangsa Eropah hasil daripada usaha penjelajahan. Antara bukti yang dikemukakan
ialah kuasa Eropah menguasai tanah jajahan yang luas, hasil bumi yang dikaut dibawa
balik ke negara asal, ekonomi mereka maju, kuasa Eropah menguasai jalan
perdagangan, pelabuhan utama dikuasai oleh orang Eropah dan mereka
membangunkan teknologi untuk menguatkan cengkaman mereka ke atas tanah
jajahan.




SEJARAH 2 36 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada bukti yang diminta oleh tugasan.

Bukti yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan dan kadang kala
bersifat umum.
SEJARAH 2 37 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 7(a) i.
Calon dapat mengemukakan sebab-sebab penentangan terhadap British di Perak
dengan tepat. Antara sebab penentangan terhadap British di Perak ialah Residen tidak
bertindak sebagai penasihat, menolak sistem pungutan cukai baru, sistem pungutan
cukai menghapuskan hak pembesar, British menguasai kawasan pembesar dan
campur tangan Residen dalam adat istiadat tempatan.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada sebab yang diminta oleh tugasan.

SEJARAH 2 38 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Sebab yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan.




SEJARAH 2 39 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


7(a) ii.
Calon dapat mengemukakan sebab-sebab penentangan terhadap British di Pahang
dengan tepat. Antara sebab penentangan di Pahang ialah pelaksanaan undang-
undang British, undang-undang British bertentangan dengan adat resam tempatan,
undang-undang British bertentangan dengan sistem politik tempatan dan sistem
pungutan cukai.


Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada sebab yang diminta oleh tugasan.


SEJARAH 2 40 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Sebab yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan.



Soalan 7(b)
Calon dapat mengemukakan peristiwa penentangan di Perak dan Pahang dengan
tepat. Di Perak, penentangan bermula dengan bantahan secara terbuka terhadap
campur tangan British, Dato Maharaja Lela membina kubu di Pasir Salak, mesyuarat
pembesar di Durian Sebatang, Dato Maharaja Lela bersetuju mengambil
tanggungjawab membunuh J.W.W.Birch dan J.W.W.Birch dibunuh di Pasir Salak.
Manakala di Pahang penentangan bermula dengan Dato Bahaman dan rakan bersatu
menentang British, Dato Bahaman menentang pembinaan balai polis, Dato Bahaman
menyerang British, Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan Singapura, kubu Dato
Bahaman ditawan, Dato Bahaman berundur dan Dato Bahaman meninggal dunia.
SEJARAH 2 41 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010



SEJARAH 2 42 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010




Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada peristiwa yang diminta oleh
tugasan.



SEJARAH 2 43 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Peristiwa yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan.




Soalan 7(c)

Calon dapat mengemukakan sebab semangat perjuangan menentang British di Perak
dan Pahang wajar dicontohi generasi muda masa kini dengan tepat. Antara sebab
ialah mempertahankan hak politik bangsa, mempertahankan warisan budaya bangsa,
menaikkan semangat untuk berjuang, kesepakatan dalam mempertahankan hak
bangsa, mempertahankan maruah bangsa dan mempertahankan jati diri bangsa.
SEJARAH 2 44 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010




SEJARAH 2 45 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada sebab yang diminta oleh tugasan.


Sebab yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan dan kadang
kala sebab tersebut bersifat umum.
SEJARAH 2 46 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 8(a)
Calon dapat mengemukakan maksud sistem Raja Berperlembagaan dengan tepat.
Antara maksud yang dikemukakan ialah sistem pemerintahan beraja, mengikut
peruntukan perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Perdana
Menteri, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak sendirian dan Yang di-Pertuan
Agong mempunyai kuasa budi bicara.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada maksud yang diminta oleh
tugasan.

SEJARAH 2 47 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Maksud yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan dan kadang
kala bersifat umum.

Soalan 8(b)

Calon dapat menerangkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut
perlembagaan Malaysia dengan tepat. Fakta yang dikemukakan oleh calon diikuti
dengan huraian. Antara bidang kuasa tersebut ialah Yang di-Pertuan Agong sebagai
ketua negara yang mengetuai tiga badan kerajaan, Yang di-Pertuan Agong satu
daripada unsur parlimen yang berkuasa memanggil parlimen, Yang di-Pertuan Agong
ketua tertinggi angkatan bersenjata yang berkuasa mengampunkan kesalahan yang
dibicarakan di Mahkamah Tentera, Yang di-Pertuan Agong ketua agama Islam bagi
negeri baginda sendiri, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk
melantik Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengisytiharkan undang-
undang darurat di bawah Undang-Undang X dan Yang di-Pertuan Agong berkuasa
melantik Pengerusi dan tiga ahli Suruhanjaya Pilihanraya.
SEJARAH 2 48 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010



SEJARAH 2 49 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada bidang kuasa Yang di-Pertuan
Agong sebagai mana yang diminta oleh tugasan.



SEJARAH 2 50 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong yang dikemukakan oleh calon tidak menepati
kehendak tugasan.




SEJARAH 2 51 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 8(c)
Calon dapat mengemukakan dengan tepat sebab sistem pemerintahan beraja di negara
kita perlu dipertahankan. Antara sebab yang dikemukakan ialah telah diamalkan sejak
kerajaan awal, menjadi tonggak pembentukan empayar, warisan politik tradisional,
pelindung kepada semua rakyat, kuasa tertinggi yang melindungi orang Melayu dan
lambang perpaduan.


SEJARAH 2 52 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada sebab yang diminta oleh tugasan.

Sebab dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan dan kadang kala
sebab tersebut bersifat umum.

SEJARAH 2 53 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Soalan 9(a)
Calon dapat mengemukakan dengan tepat maksud globalisasi. Antara maksud yang
dikemukakan ialah perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan, kesan
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, aspek ekonomi, sosial dan nilai
menyeberangi sempadan, dalam masa yang singkat dan meliputi skop yang luas.

Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada maksud yang diminta oleh
tugasan.

SEJARAH 2 54 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Maksud yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan dan kadang
kala bersifat umum.




Soalan 9(b)
Calon dapat menjelaskan dengan tepat usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk
menghadapi cabaran globalisasi. Antara usaha yang telah dikemukakan ialah
menyediakan prasarana ICT, mempromosi penggunaan ICT, melancarkan Koridor
Raya Multimedia/MSC, memulakan e-pendidikan, menyediakan belanjawan bagi projek
berasaskan ICT, menggalakkan perkembangan ICT, melaksanakan k-ekonomi,
menyediakan peruntukan untuk penyelidikan dan pembangunan, menggalakkan
penciptaan baru, menggalakkan penggunaan penemuan baru, mewujudkan k-
masyarakat, membangunkan prasarana untuk pertumbuhan k-masyarakat, menyusun
semula sistem pendidikan/PPSMI, menubuhkan sekolah wawasan dan menubuhkan
sekolah bestari.
SEJARAH 2 55 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010




SEJARAH 2 56 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada usaha kerajaan yang diminta oleh
tugasan.




SEJARAH 2 57 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Sebab yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan dan kadang
kala bersifat umum.




Soalan 9(c)

Calon dapat mengemukakan cara seseorang murid dapat menjayakan usaha kerajaan
untuk menghadapi cabaran globalisasi dengan tepat. Antara cara yang dikemukakan
ialah meningkatkan ilmu pengetahuan, menguasai ICT, meningkatkan kemahiran dalam
bidang teknologi, meningkatkan kemahiran berbahasa dan mengekalkan
kerjasama/perpaduan kaum.
SEJARAH 2 58 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010



Calon hanya mampu memberi sebahagian daripada cara seseorang murid dapat
menjayakan usaha kerajaan untuk menghadapi cabaran globalisasi.
SEJARAH 2 59 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


Cara yang dikemukakan oleh calon tidak menepati kehendak tugasan.



SEJARAH 2 60 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010


SARANAN KEPADA CALON
1. Calon perlu mempelajari kesemua tema yang terdapat dalam sukatan pelajaran
Sejarah. Namun begitu, calon bolehlah meneliti dan mengutamakan tajuk-tajuk
tertentu secara khusus supaya mereka dapat menguasai fakta penting dalam
tajuk tersebut.
2. Calon juga perlu memperbanyakkan perbincangan sesama rakan, membuat
latihan dan menyemak semula jawapan dengan bimbingan guru. Selain itu,
calon perlu membiasakan diri menjawab soalan berbentuk KBKK. Dalam hal ini,
calon perlu mengelakkan daripada terlalu bergantung kepada soalan ramalan.
3. Calon perlu meneliti dan memahami semua soalan sebelum memilih soalan yang
hendak dijawab. Senaraikan isi ringkas terhadap soalan yang telah dipilih
sebelum mula menjawab soalan. Calon dinasihatkan supaya menjawab soalan
yang mudah terlebih dahulu dan diikuti dengan soalan yang sukar. Calon juga
perlu menguruskan masa dengan sebaik mungkin. Tulisan calon perlulah bersih
dan senang dibaca oleh pemeriksa.

SARANAN KEPADA GURU
1. Guru perlu merancang pengajaranya dengan berkesan supaya sukatan
pelajaran dapat diajar sepenuhnya mencakupi sukatan pelajaran tingkatan
empat dan lima.
2. Di samping itu, guru perlu mempelbagaikan kaedah pedagogi yang sesuai
dengan setiap tema yang diajar. Hal ini penting bagi memupuk minat pelajar
terhadap subjek Sejarah.
3. Selain itu, guru perlu mendedahkan teknik menjawab soalan yang betul kepada
pelajar seawal mungkin supaya pelajar dapat menguasainya. Seterusnya,
latihan yang berfokus perlu diberikan kepada pelajar mengikut tahap keupayaan
mereka bagi menimbulkan minat mereka terhadap subjek Sejarah.

You might also like