You are on page 1of 16

JENIS-JENIS UJIAN

EN. ELANGKO MUNIANDY


JABATAN SAINS SOSIAL
INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN
elangko2003@gmail.com
012-4725355
UJIAN PENCAPAIAN
Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh
guru untuk mengukur sejauh mana seseorang
pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah
diajar oleh guru, yang meliputi pengetahuan,
kefahaman dan aplikasi.
Ujian ini juga dapat menentukan kesediaan
pelajar untuk memulakan tajuk baru dan
mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar
bagi tajuk-tajuk yang diuji.
UJIAN PENCAPAIAN
(Sambung)
Ujian pencapaian boleh dibahagikan kepada dua
(2) jenis, iaitu ujian rujukan norma dan ujian
rujukan kriteria.
Ujian rujukan norma dibina untuk membandingkan
pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar-
pelajar lain, yang biasanya meliputi sukatan
pelajaran yang lebih luas, seperti UPSR.
Ujian rujukan kriteria dibina untuk
membandingkan pencapaian pelajar dengan
beberapa kriteria tertentu,
seperti kemahiran menyelesaikan masalah
matematik bagi tajuk pecahan.
UJIAN PENCAPAIAN
(Sambung)
Pada peringkat bilik darjah/sekolah, ujian
pencapaian biasanya dibina oleh guru/kumpulan
guru, manakala pada peringkat kebangsaan, ujian
ini disediakan oleh institusi tertentu seperti
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) atau Majlis
Peperiksaan Malaysia (MPM).

Contoh ujian pada peringkat bilik darjah/sekolah
ialah ujian diagnosis, ujian bulanan dan ujian
penggal.
Contoh ujian pada peringkat kebangsaan pula
ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),
Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM).
UJIAN KECERDASAN
Ujian kecerdasan, yang juga dikenali sebagai
ujian mental, ialah ujian yang digunakan untuk
mengukur kecerdasan mental seseorang individu
atau perbezaan antara individu.
Ujian ini banyak berubah mengikut perkembangan
ilmu psikologi dalam bidang ini. Bidang pengujian
kecerdasan bermula pada tahun 1796.
Ujian ini terus berkembang apabila Galton, pada
tahun 1969, cuba mengukur ketajaman deria,
gambaran mental dan pencapaian intelektual
antara pelajar-pelajar genius.
UJIAN KECERDASAN
(sambung)
Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam pengukuran
kecerdasan mental termasuklah Wundt, Cattell dan
Binet (Abu Bakar,1986).
Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian
Binet-Simon.
Ujian kecerdasan mental bagi kanak-kanak tidak
menekankan aspek kebahasaan, tetapi menggunakan
gambar rajah, oleh sebab aspek ini belum mereka
kuasai.
Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak
langsung, tentang potensi yang ditunjukkan oleh
murid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian
tersebut. Ujian ini kerap digunakan untuk membuat
telahan pencapaian di sekolah atau institusi
pendidikan tinggi.
Contoh ujian kecerdasan lain ialah Ujian Skala
Stanford-Binet, Ujian Weschler dan Ujian Lorge-
Thorndike.
UJIAN PRESTASI
Ujian prestasi ialah ujian yang digunakan untuk
mengukur keupayaan/kecekapan pelajar melakukan
sesuatu tugas yang melibatkan manipulasi objek yang
kongkrit dan ia memerlukan para pelajar membuat
beberapa tugasan lain sebagai ukuran tambahan.
Lazimnya, ujian ini melibatkan penggunaan alat yang
konkrit, seperti penggunaan gambar dan radas, yang
tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa
dan ujian kertaspensel.
Contohnya ialah ujian pada peringkat prasekolah
yang meminta pelajar membina semula gambar
dengan lengkap daripada potongan-potongan gambar
yang diberi atau mereka bentuk geometri daripada
blok-blok yang diberikan. Mereka juga boleh diminta
untuk menjalankan uji kaji kecil dengan menggunakan
radas tertentu.
UJIAN PRESTASI(sambung)


Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas
menggunakan apa sahaja kaedah seperti pemerhatian atau
laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat daripada
pelajar.
Pemerhatian boleh dilaksanakan semasa pelajar
melaksanakan tugas yang diberikan, misalnya perbincangan
berkumpulan atau peranan pelajar dalam aktiviti.
Manakala melalui laporan kendiri, pelajar akan menilai diri
sendiri melalui soal selidik tertentu, yang dapat menilai
prestasi dirinya.
Selain menguji pelajar-pelajar biasa, ujian prestasi
menggunakan objek adalah sesuai untuk menguji prestasi
pelajar-pelajar yang
bermasalah pertuturan. Mereka lebih mudah diuji
menggunakan objek yang konkrit daripada menggunakan
penulisan atau pertuturan.
UJIAN DIAGNOSTIK
Ujian diagnostik ialah ujian yang digunakan untuk mengenal
pasti masalah yang dihadapi pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk menentukan
punca- punca yang menyebabkan masalah itu berlaku.
Apabila sesuatu sebab dapat dikenal pasti, maka tindakan
lanjutan untuk mengatasi masalah ini dapat dirancang dan
dilaksanakan oleh guru.

Ujian diagnostik biasanya ditumpukan kepada tajuk tertentu
dan
itemnya dibina secara terperinci supaya masalah yang
dihadapi setiap pelajar dapat dikenalpasti bagi tajuk tersebut.

Contoh ujian diagnostik ialah ujian bacaan untuk mengenal
pasti masalah pelajar mengenal dan menyebut huruf.
UJIAN DIAGNOSTIK
(sambung)
Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan
murid dan ini memberikan peluang kepada guru untuk
menjalankan langkah pemulihan kepada murid-murid
berkenaan.
Di samping mengadakan secara formal iaitu melibatkan
pensel dan kertas, ujian ini juga boleh dijalankan secara soal
jawab, inventori, pemerhatian dan tugasan dari semasa ke
semasa.
Ciri-ciri ujian diagnostik ialah:
Ujian ini tidak memberikan skor atau gred kepada pelajar.
Ujian ini dilaksanakan semasa pengajaran dan
pembelajaran
berjalan.
Laporan ujian dibuat dalam bentuk profil perkara yang
belum
dikuasai pelajar.
UJIAN BAKAT
Ujian bakat ialah ujian yang digunakan untuk
membuat telahan tentang bakat atau
keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar. Pada
umumnya, ujian bakat ini dapat dibahagikan
kepada dua kumpulan, iaitu:
(i) ujian bakat yang berasaskan kepada kajian
besar-besaran, misalnya kajian yang dijalankan
oleh Universiti Minnesota pada tahun 1930
tentang bakat mekanikal seseorang; dan
(ii) ujian bakat yang berasaskan kepada
keperluan tertentu.
UJIAN BAKAT (sambung)
Pada umumnya, ujian ini bertujuan untuk
memberikan maklumat asas untuk membuat
telahan tentang prestasi masa depan seseorang
pelajar dalam sesuatu bidang.
Ujian ini lazimnya digunakan untuk memilih calon
yang sesuai dengan tugas tertentu, kemasukan
ke program latihan, permohonan biasiswa dan
sebagainya. Contoh ujian bakat ialah Ujian
Kemasukan Ke Maktab Perguruan (UKELP).
Ujian bakat juga boleh digunakan untuk tujuan
mengelompokkan individu dalam kumpulan
tertentu mengikut kebolehannya.
UJIAN PERSONALITI
Personaliti ialah sifat-sifat yang dimiliki oleh
individu pelajar, seperti sikap, pendirian, nilai,
minat dan motivasi.
Ujian personaliti ialah ujian yang digunakan
untuk mengukur personaliti pelajar, seperti
sikap, pendirian, nilai, minat dan motivasi. Ciri-
ciri ini diukur melalui alat-alat psikologi yang
berbentuk ujian, inventori, indikator atau
indeks.
UJIAN PERSONALITI
(sambung)
Terdapat tiga (3) alat yang dapat digunakan
guru untuk mengukur personaliti pelajar, iaitu
(1) inventori laporan kendiri (apa yang pelajar
kata tentang dirinya);
(2) inventori sosiomerik (apa
yang pelajar lain/orang lain kata tentang
seseorang pelajar); dan
(3) teknik pemerhatian (apa yang dibuat oleh
pelajar dalam situasi tertentu)
UJIAN PERSONALITI
(sambung)
Inventori laporan kendiri dan inventori sosiometrik
ini boleh ditadbirkan sama ada secara lisan atau
secara bertulis menggunakan borang soal selidik
atau senarai semak.
Contoh : senarai semak ialah senarai semak
berkaitan dengan masalah yang dihadapi pelajar.
Senarai ini memberikan segala masalah yang
mungkin dihadapi pelajar, misalnya, yang
menyebabkan dia tidak selesa belajar. Ini
mungkin meliputi masalah kewangan, keluarga
atau kesihatan.
UJIAN PERSONALITI
(sambung)
Jawapan seseorang pelajar itu mungkin dapat
memberikan punca kepada tingkah
laku/personaliti pelajar yang berubah.
Selain inventori-inventori ini, terdapat juga
ujian personaliti yang dibina melalui hasil
penyelidikan atau berdasarkan teori-teori
tertentu, seperti Keirsey Temperament Test
(KTT) dan Edwards Personal Preference
Schedule (EPPS).

You might also like