You are on page 1of 22

Oleh: Natasya Puteri

Sebelum itu, mari kita lihat


antara insan-insan istimewa yang
telah diciptakan oleh Tuhan
Yang Maha Esa..

Mari
baca
sajak ini!
Seorang insan istimewa
menapak dalam reda
menggalas payah dalam senyum
terpaksa
betapa pun simpati mata memandang
pasti tiada bandingan
dengan derita diri
menempuh cabaran.
Dia tidak pernah meminta
untuk lahir sebegitu rupa
namun kecilnya diri
menyanggah takdir Yang Maha Esa
sebuah suratan tertulis sudah
sebuah kehidupan tetap harus diteruskan.
Rangkap 1
Rangkap 2
Bantulah, bimbinglah
seikhlas hati setulus budi
Tuhan pasti merestui.
Seorang insan istimewa
anugerah suatu ujian
amanah suatu tuntutan
biar sukar mesti disempurnakan
luas buana
mereka tetap punya ruang
meneruskan kehidupan
selagi Tuhan mengizinkan.
Rangkap 3
Rangkap 3
Maksud Sajak
Insan istimewa, atau juga dipanggil kurang upaya
atau kelainan upaya menjadi demikian bukan atas
kemahuan sendiri, namun tetap menerima dengan
reda suratan takdir Ilahi (nasib yang tertulis sejak
azali). Hakikat kelahiran mereka yang demikian
diterima seadanya bagi menjalani kehidupan.
Insan istimewa menanggung segala
derita dalam kegembiraan yang
dibuat-buat. Simpati dan belas
kasihan masyarakat tidak sama
dengan derita diri dan kesusahan
yang mereka sendiri alami.


Kewujudan insan istimewa menjadi ujian kepada institusi
keluarga, masyarakat dan negara. Mereka menjadi amanah
yang pelu dijaga walaupun bukan mudah untuk
dikendalikan. Insan istimewa mempunyai hak dalam
kehidupan bermasyarakat selagi masih bernyawa. Mereka
tidak boleh diabaikan.




Masyarakat diseru supaya membantu dan
membimbing insan istimewa dengan tulus ikhlas.
Orang yang berbuat baik akan dikasihi dan direstui
oleh Tuhan.


Tema sajak ini ialah dugaan yang
perlu dilalui oleh golongan kurang
upaya dalam meneruskan
kelansungan hidup
Ketabahan
dalam
menempuh
dugaan
Pasrah
menerima
ketentuan atau
takdir Ilahi
Hak golongan
orang kurang
upaya perlu
diberikan dan
dihormati
Simpati dan
bantuan
kepada
golongan
kurang upaya
~Melankolik
Nada
Terdiri daripada 4 rangkap
Rangkap pertama mempunyai 6 baris, rangkap kedua
mempunyai 7 baris, rangkap ketiga mempunyai 8
baris, dan rangkap keempat mempunyai 3 baris
Bilangan katanya 2-5 patah kata sebaris
Terdiri daripada 5-15 suku kata sebaris
Rima akhir rangkap 1 ialah aabacd, rima akhir
rangkap 2 ialah aaabcdc, rima akhir rangkap 3 ialah
abbbacbb, dan rima akhir rangkap 4 ialah abb.

Asonansi
(perulangan vokal a)
Contohnya: menapak
dalam reda, pasti
tiada bandingan
Aliterasi
(perulangan konsonan d)
Contohnya: dengan
derita diri
GAYA BAHASA



Anafora (perulangan kata pada awal
baris). Contohnya, perkataan sebuah
pada rangkap 1 baris 5 dan 6

Responsi (perulangan kata di tengah
ayat). Contohnya:
anugerah suatu ujian
amanah suatu tuntutan

Perulangan. Contohnya, ayat Seorang
insan istimewa pada baris pertama
rangkap 2 dan 3

Inversi (ayat sonsang). Contohnya, biar
sukar, mesti disempurnakan



N
I
L
A
I
a) Kita perlulah reda atau pasrah menerima
ketentuan Tuhan.
b) Kita hendaklah membantu golongan kurang
upaya dengan bersungguh-sungguh.
c) Kita hendaklah memberikan hak-hak golongan
kurang upaya.
d) Golongan kurang upaya janganlah berasa rendah
diri atau tersisih kerana kekurangan diri.
e) Kita janganlah menyisihkan golongan kurang
upaya
PENGAJARAN
Berbuatlah baik kepada
golongan kurang upaya!

You might also like