You are on page 1of 15

Sektor pelancongan memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi negara.

Hari ini,
sektor pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan negara dan penduduknya.
Destinasi pelancongan yang banyak merupakan salah satu faktor yang mendorong
kedatangan pelancong ke Malaysia. Malaysia mempunyai pantai yang boleh dikunjungi oleh
pelancong bagi merehatkan badan dan minda mereka. Mereka juga dapat menikmati keindahan
alam semulajadi di pantai-pantai ini, selain mandi manda dan menjalankan aktiviti menyelam.
Kerajaan sentiasa memberikan galakan bagi pengusaha pelancongan menjalankan aktiviti yang
berkaitan supaya kebersihan dan keindahan pantai ini terus terpelihara dan seterusnya dapat
menarik pelancong untuk terus mengunjungi pantai-pantai tersebut. Tegasnya, destinasi
pelancongan amat berperanan bagi menarik pelancong datang ke negara kita.
Rakyat yang berbilang kaum di Malaysia menyebabkan wujudnya pelbagai jenis makanan
tempatan. Situasi ini dapat menarik minat pelancong untuk datang ke Malaysia. Pelancong dapat
menikmati pelbagai makanan yang menjadi hidangan masyarakat majmuk Malaysia. Lazimnya,
mereka tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba semua jenis makanan yang dihidangkan
oleh pihak pengurusan hotel. Kelazatan makanan tempatan seperti sate dan sebagainya
menyebabkan pelancong begitu tertarik untuk datang ke Malaysia. Situasi ini seterusnya akan
membantu industri makanan tempatan berkembang maju. Jelaslah di sini bahawa kepelbagaian
makanan yang terdapat di negara ini menggamit kehadiran para pelancong.
Kebudayaan pelbagai kaum juga merupakan faktor penarik kedatangan
pelancong. Masyarakat majmuk di negara ini telah membentuk pelbagai kebudayaan yang unik.
Di samping keunikan alatan muzik tradisional, jenis-jenis persembahan kebudayaan yang
pelbagai rupa serta corak merupakan daya penarik untuk pelancong datang ke Malaysia. Tarian
tradisional seperti zapin, inang, ngajat sering menggamit tumpuan para pelancong. Mereka akan
merakam gambar dan ada kalanya turut mengambil bahagian dalam persembahan yang diadakan.
Ringkasnya, keadaan kebudayaan yang pelbagai telah menjadi daya penarik kepada pelancong.
Kita sebagai rakyat haruslah berganding bahu dengan pihak kerajaan bagai aur dengan tebing
dalam usaha memaju dan memperkembangkan lagi sektor pelancongan negara kita.









7. Langkah-langkah Memajukan Industri Pelancongan Negara

Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula
jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan
industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itu
dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara
kita sejak belakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya
yang tersendiri. Buktinya, sepanjang tahun 2008, Malaysia telah dikunjungi oleh 22 juta
orang pelancong yang menyumbangkan pendapatan sebanyak RM48 bilion kepada
negara. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha negara
menggamit kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato
Sri Dr. Ng Yen Yen menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi
tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja supaya industri
pelancongan dapat dimajukan. Setiap anak watan perlu merancang usaha-usaha yang istiqamah,
pragmatik dan efektif perlu diambil untuk melihat industri ini merentasi benua dan dunia.

Langkah prima untuk meningkatkan industri pelancongan negara ialah kerajaan perlu
memperlengkapkan kemudahan dan prasarana pengangkutan dan perhubungan di negara kita
sehingga menjadi prasarana kelas pertama terutamanya destinasi yang menjadi tumpuan
pelancong. Faktor utama pelancong datang di sesebuah negara adalah kerana kemudahan
prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan yang terdapat di sesebuah negara. Hal ini
kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara ingin keselesaan dan mencari
ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkapkan kemudahan pengangkutan dan
komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan
dituju. Misalnya, banyak pelancong yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati
keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot
atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk
memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan
kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang
ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut. Sudah terang lagi bersuluh
bahawa kemudahan yang baik akan memudahkan para pelancong menelusuri dari satu destinasi
pelancongan ke satu destinasi pelancongan yang lain dan dapat membangunkan industri ini.

Selain itu, kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, tandas, bekalan air dan
elektrik turut menjadi faktor penting dalam menarik banyak pelancong mengunjungi negara kita.
Kemudahan penginapan penting kerana situasi ini akan menentukan sama ada seseorang
pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, hal
ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini sekali gus
membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah
penginapan yang tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan di bandar atau di desa di
seluruh negara membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong
ke negara ini. Penyediaan kemudahan penginapan harus juga mengambil kira kadar sewa dan
taraf sesebuah hotel yang dibina itu. Masalah tandas yang terhad dan berbau busuk selain
bekalan air dan elektrik yang kerap meragam perlu diatasi. Prasarana ini hendaklah dijaga agar
pelancong tertarik untuk berkunjung lagi ke sini. Tegasnya, keselesaan pelancong ketika
menginap di negara kita perlu dititikberatkan agar industri ini dapat dibangunkan.

Bukan itu sahaja, kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
(LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat
di negara ini, khususnya di tempat-tempat baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan
yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti risalah,
buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu,
dengan kewujudan halaman pelancongan dalam internet juga merupakan cara terbaik untuk
memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing.
Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah bas
di kota London pada suatu ketika dahulu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam menarik
lebih banyak pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap sampai ke
pengetahuan pelancong, mereka tentunya akan datang melawat negara kita pada suatu hari kelak.
Pendek kata, komitmen kerajaan dengan badan-badan tertentu dalam menyebarkan keunikan
negara kita ke peringkat global turut merancakkan perkembangan industri ini.

Di samping itu, langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi menjamin
kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita. Kita tidak seharusnya lupa
dengan gelagat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas pelancong. Oleh itu,
Unit Keselamatan Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak polis menangani jenayah
ke atas pelancong. Kejadian-kejadian rogol, mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut,
rompak dan tipu harus ditangani secepat mungkin. Kejadian seumpama ini akan
membimbangkan pelancong untuk melancong di negara kita dan sekali gus akan mengancam
industri ini. Oleh itu, pihak berautoriti perlulah menambahkan bilangan anggota keselamatan
terutamanya di destinasi tumpuan pelancong agar keselamatan dan kesejahteraan pelancong akan
terjamin. Rondaan juga perlu dilakukan dengan lebih kerap dan lebih banyak pondok
keselamatan didirikan. Dengan ini, pihak yang ingin melakukan perbuatan yang terkutuk tidak
dapat dilakukan kerana adanya kawalan dan pemantauan yang ketat oleh pihak berkuasa.
Ringkasnya, aspek keselamatan perlu dititikberatkan agar pelancong asing terus berkunjung ke
negara ini dan memelihara imej negara.

Seperkara lagi, pelbagai aktiviti yang menarik perlulah diadakan oleh pihak kerajaan dan
badan-badan bukan kerajaan. Aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti pameran kejohanan
sukan bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan
Kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. Kejohanan-kejohanan
dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan
promosi yang lengkap dan meluas. Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa dapat
memperkenalkan negara kepada perwakilan atau atlet-atlet dari luar negara seterusnya dapat
menarik kedatangan pelancong dari seantero dunia dan membuktikan kepada mereka bahawa
Malaysia bukan sahaja cemerlang dari segi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa tetapi juga
terbilang dalam bidang pelancongan. Kesannya, kedatangan pelancong ke negara kita juga akan
berterusan tanpa menunggu musim-musim tertentu sahaja. Dengan cara ini, kita dapat
meningkatkan ekonomi negara dan mengekalkan pulangan yang diperoleh daripada kedatangan
pelancong ke negara kita. Hal ini dapat diibaratkan sambil menyelam minum air. Jelaslah
bahawa industri pelancongan dapat dimajukan dengan mengadakan pelbagai aktiviti negara yang
menarik.

Masyarakat juga seyogianya boleh bersama-sama membantu memartabatkan bidang
pelancongan negara. Sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat
Malaysia. Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu
kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang dianggap sebagai duta pelancongan negara haruslah
bersikap ramah, mesra dan menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan atas kehadiran
pelancong asing bagi mengaut keuntungan dengan mudah. Rakyat perlulah menunjukkan nilai
sopan santun dan lembut bahasa kerana budi bahasa budaya kita. Rakyat negara ini harus
mengubah sikap mereka dengan melayan para pelancong dengan lebih baik agar kunjungan
mereka ke Malaysia sentiasa memberikan memorabilia sepanjang hidup mereka. Masyarakat
Malaysia perlulah mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing. Deduksinya, sinergi daripada pelbagai lapisan masyarakat dapat membantu
meningkatkan bidang pelancongan negara seterusnya dapat menyumbang kepada kemajuan
negara.

Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa terdapat pelbagai cara yang
dapat dilakukan untuk memajukan industri ini. Segala usaha yang direncanakan itu memerlukan
obligasi dan komitmen jitu daripada semua pihak serta perlu dijalankan secara bijaksana
umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.
Usaha yang holistik dan syumul ini perlu dijalankan secara sistematik dan tidak hanya sekadar
melepaskan batuk di tangga. Diharapkan industri pelancongan negara ini akan terus
berkembang dan sentiasa meniti dari bibir ke bibir rakyat di peringkat glokal dan global. Bukan
itu sahaja, diharapkan juga industri pelancongan di Malaysia dapat berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dengan negara-negara pelancongan yang lain

Langkah-langkah Membangunkan Industri Pelancongan di Malaysia
Sering dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk merealisasikan Wawasan 2020, pembangunan
dalam pelbagai bidang, khususnya pembinaan, pengeluaran, dan pelancongan menjadi agenda
utama negera. Pembangunan yang pesat ini menjadi kemegahan bagi sesebuah negara.
Sektor pelancongan telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
memandangkan pendapatan yang memberangsangkan. Kemajuan industri pelancongan ternyata
mempunyai masa depan yang cerah kerana banyak lagi usaha yang boleh dirancang bagi
membangunkan industri ini.

Kita harus berasa amat bersyukur kerana Malaysia sebuah negara yang indah dan kaya dengan
destinasi pelancongan mampu menjadi daya tarikan pelancong. Antaranya termasuklah Pulau
Tioman, Pulau Langkawi, dan Pulau Redang. Seperti yang kita maklum, pihak kerajaan telah
mengambil pelbagai langkah drastik untuk memajukan industri pelancongan di negara ini.
Sebuah kementerian yang khusus untuk pengendalian sektor pelancongan iaitu Kementerian
Pelancongan telah diwujudkan. Bagi menarik minat pelancongan, kerajaan disarankan membaik
pulih atau menambah infrastruktur di destinasi-destinasi pelancongan. Perkhidmatan
pengangkutan udara, hotel-hotel, tempat penginapan, dan kemudahan asas juga perlu disediakan
dengan baik dan teliti supaya dapat menambat hati setiap pelancong yang memjejaki negara kita.

Di samping itu, kerajaan seharusnya memelihara flora da fauna bagi memajukan eko-
pelancongan dalam jangka masa panjang. Dalam arus pemodenan yang rancak, hutan-hutan
tropika di negara kita telah dibuka tanpa perancangan yang sistematik. Sikap peneroka seperti
melempar batu sembunyi tangan, sebahagian besar daripada khazanahhutan ini telah diterokai
untuk dijadikan kawasan perumahan demi keuntungan yang melimpah luah. Usaha yang
bersungguh-sungguh dan berterusan perlu dilaksanakan bagi mewartakan hutan simpanan negara
agar menjadikannya sebagai tempat ekspedisi yang popular di persada dunia, bak kata
pepatah,"kalau tidak dudipecahkan ruyung,manakah dapat sagunya".

Selanjutnya, taraf hidup penduduk di kawasan tunpuan pelancongan hendaklah ditingkatkan
setelah mengenal pasti punca masalahnya kerana tiada angin masakan pokok boleh bergoyang.
Hal ini demikian kerana kajian menunjukkan kemusnahan alam sekitar adalah berpunca daripada
kedaifan penduduk setempat yang mengamalkan cara hidup yang konservatif. Bagi mencapai
matlamat ini, kerajaan boleh memberi sumbangan kewangan dan khidmat nasihat kepada mereka
melalui kempen-kempen kesedaran dan subsidi wang tertentu.

Tambahan pula , media massa seperti televisyen dan internet merupakan satu wahana yang dapat
mempergiatkan industri pelancongan di Malaysia atas peranannya sebagai satu propaganda untuk
mempromosikankelebihan destinasi pelancongan di mata dunia. Karnival pelancongan harus
dianjurkan dari semasa ke semasa untuk memberi penerangan kepada pelancong asing supaya
lebih memahami dan menghayati budaya dan adat tempatan.

Secara tuntasnya, rakyat Malaysia sepatutnya menggembleng tenaga untuk memberi imej yang
baik kepada pelancong asing.

KAN SEKTOR PELANCONGAN KEPADA NEGARA
Kebaikan sektor pelancongan kepada negara

Negara Malaysia sudah menjadi destinasi pelancongan bertaraf lima
bintang sejak kempen Cuti-cuti Malaysia dilancarkan. Realitinya, sektor
pelancongan banyak membawa kebaikan kepada negara.

Dari segi ekonomi, negara kita mendapat banyak keuntungan. Hal ini
demikian kerana aktiviti pelancongan meningkatkan peluang pekerjaan dan
perniagaan. Fenomena yang sihat ini sekali gus menstabilkan ekonomi
negara.

Di samping itu, pengaliran masuk mata wang asing ke Malaysia dapat
membaik pulih kegawatan ekonomi yang pernah melanda negara.
Kedudukan ringgit terus kukuh dan stabil setaraf mata wang asing utama.
Hal ini berlaku demikian kerana peningkatan aktiviti jual beli di dalam
negara.

Sementara itu, sektor pelancongan turut menjadi pemangkin pembangunan
negara. Hal ini terjadi demikian kerana kita dapat membangunkan negara
dengan lebih lancar akibat keperluan sektor pelancongan. Olel hal yang
demikian, Wawasan 2020 yang menjadi aspirasi kerajaan mampu dicapai
mengikut jadual.

Konklusinya, kempen pelancongan di Malaysia perlulah dipergiat. Dengan
kemajuan sektor ini, kerajaan dapat membangunkan pelbagai bidang
maslahat yang lain.

INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA: SUMBANGAN DAN MASA
DEPAN (THE DEMAND OF FOREIGN TRAVELLER)
Sesebuah negara yang berjaya memanipulasikan panorama persekitaran yang cantik, tinggalan
sejarah, keunikan budaya, kemajuan ekonomi, peluang pendidikan dan rawatan, serta
penganjuran acara bertaraf antarabangsa akan menarik kadar ketibaan pelancong yang tinggi dari
serata pelosok dunia. Sektor pelancongan bukan sahaja muncul sebagai penyumbang besar
pendapatan negara, bahkan menjana kesan pengganda yang besar dalam kegiatan ekonomi.
Peluang pekerjaan dan penyelidikan dalam bidang pelancongan juga dapat dikembangkan secara
lebih agresif. Dengan kemudahan perkhidmatan atas talian, keberkesanan kos dalam aspek
pemasaran pelancongan dapat dioptimumkan.

Secara tradisional, pelancongan menjurus kepada keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan
yang mempersonakan. Pelancong dalam dan luar negara menikmati pemandangan yang
mendamaikan jiwa, sehingga menjadi terapi dan pelarian daripada urusan hidup yang begitu
rencam. Malaysia memang kaya dengan destinasi pelancongan yang terhebat seperti Langkawi,
Pulau Pinang, pesisiran pantai Terengganu, Hutan Belum dan Taman Negara di Pahang, Sabah
dan Sarawak. Kehijauan hutan tropika, desiran angin sepoi-sepoi bahasa di pinggir pantai dan
pengembaraan di tempat-tempat peranginan menjadikan Malaysia bagaikan syurga dunia yang
menggamit kedatangan pelancong.

Pelancongan berkonsep pengembaraan dan santai seperti yang disebutkan telah merancakkan
perkembangan sektor perkhidmatan, serta perusahaan kecil dan sederhana. Agensi pelancongan
berdaftar, penyedia penginapan, operator pengangkutan, sajian makanan, cenderamata, kraf
tangan dan pemandu pelancong bebas tidak menang tangan dalam melayan keperluan pelancong.
Pelesenan yang dikenakan kepada pemain-pemain industri pelancongan bertujuan bagi
meningkatkan profesionalisme dan mutu perkhidmatan yang ditawarkan. Lebih banyak kolej dan
universiti menawarkan kursus pelancongan hingga ke peringkat doktor falsafah bagi menyiapkan
pemain industri pelancongan yang lebih berdaya saing dan dihormati. Perkhidmatan yang
dikendalikan secara teratur bakal memberi melonjakkan imej sektor pelancongan negara.

Malaysia juga memiliki sejarah pembentukan negara bangsa yang sangat unik. Kepelbagaian
budaya dan etnik sama ada di tanah Semenanjung atau Malaysia Timur menjadi modal yang
sangat berharga kepada sektor pelancongan. Melaka Bandaraya Bersejarah sebagai contoh
hanyalah sebuah bandar yang lengang dan sepi pada suatu ketika dahulu. Pemuliharaan
bangunan bersejarah seperti A Farmosa, deretan premis cat merah tinggalan Belanda dan lokasi
pengisytiharan kemerdekaan di Bandar Hilir dan banyak lagi telah meletakkan Melaka di peta
pelancongan dunia, lebih-lebih lagi dengan status tapak warisan dunia yang dianugerahkan oleh
Unesco. Monumen sejarah bersekali dengan maklumat yang disediakan menjadikan Malaysia
lebih berbaloi untuk dikunjungi.

Di Sabah dan Sarawak, kegiatan seni dan manipulasi fabrik suku kaum Kadazan dan Iban telah
dipromosikan dengan begitu berkesan. Kehidupan di rumah panjang dan rumah kelong (kawasan
berair) juga diuar-uarkan sebagai pengalaman pelancongan yang begitu istimewa. Udara yang
segar dan nyaman tanpa pencemaran menjadi nilai tambah yang menjadi lambang sebuah
kehidupan yang tenang dan bersahaja. Pelancong antarabangsa, khususnya dari negara maju
menganggap negara kita sebagai destinasi percutian murah kerana kadar tukaran asing yang
menarik. Sektor pelancongan dapat menyumbang terhadap saiz rezab asing yang lebih besar.

Pelabur asing, pakar runding dan kakitangan syarikat multinasional yang berurusan di negara ini
juga akan tertarik dengan kemajuan ekonomi negara yang pesat. Kawasan Lembah Kelang telah
lama menjadi tumpuan kerana terdapatnya ibu pejabat institusi kewangan antarabangsa dan
syarikat teknologi tinggi. Begitu juga dengan pembangunan pusat kewangan pesisir Labuan dan
projek Iskandar Malaysia di Johor. Dengan promosi dan tawaran pakej pelancongan yang
menarik, ekspetariat asing tentu akan membawa anggota keluarga melancong ke nagara ini,
selain cerita mulut ke mulut dan rangkaian maya seperti facebook dan twitter tentang
pengalaman indah berkunjung ke Malaysia.

Malaysia juga telah memajukan sektor pengajian tinggi dan hospital pakar swasta. Promosi
seberang laut yang agresif telah menjadikan sebagai salah satu destinasi pelancongan untuk
tujuan pendidikan dan kesihatan. Program pertukaran pelajar antarabangsa akan memberi impak
positif dalam jangka panjang kepada sektor pelancongan. Ketibaan pesakit dan kaum keluarga
bagi mendapatkan rawatan pakar dengan kos yang berdaya saing menyumbang terhadap
permintaan barang dan perkhidmatan tempatan oleh warga asing. Pembukaan kampus perubatan
John Hopkins baru-baru ini menunjukkan kepercayaan universiti terkemuka dunia itu tentang
prospek bidang rawatan di Malaysia. Maka, ketibaan pelajar asing dan pelancong kesihatan
dijangka meningkat secara drastik.

Penganjuran acara sukan bertaraf dunia dan persidangan antarabangsa juga meletakkan Malaysia
di peta pelancongan sukan dan forum. Acara sukan pemotoran F1, Monsoon Cup kejohanan golf
dan tenis terbuka Malaysia, dan Le Tour de Langkawi sebagai contoh telah menggamit kehadiran
penyokong-penyokong bintang sukan antarabangsa ke Malaysia. Perbelanjaan pelancong sukan
untuk pembelian tiket, makanan, penginapan dan cenderamata, serta hak iklan dan siaran telah
menjana pendapatan bernilai bilion ringgit. Sekali pelancong sukan tertawan dengan keindahan
alam dan budi bahasa masyarakat Malaysia, mereka pasti datang lagi. Begitu juga dengan
pembinaan pusat konvensyen seperti Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC),
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dewan persidangan hotel bertaraf lima
bintang telah merancakkan ketibaan pelancong yang gemar menyertai perbincangan peringkat
tinggi serta acara-acara korporat antarabangsa. Kesempatan mempromosi destinasi pelancongan
negara untuk semua peserta dan penyokong mereka akan menyumbang terhadap kepesatan
sektor pelancongan negara dalam jangka panjang.

Kesimpulannya, perspektif tentang sektor pelancongan di Malaysia telah menjangkau segmen di
luar tarikan keindahan alam semula jadi. Strategi kepelbagaian segmen tarikan pelancongan
memberikan kelebihan kepada Malaysia untuk menawarkan produk pelancongan yang lebih
berdaya saing. Sumbangan sektor pelancongan terhadap pendapatan negara akan terus
meningkat. Kedudukan ekonomi, politik, sosial dan keselamatan yang baik menjamin bahawa
negara ini akan menjadi pilihan utama pelancong asing. Kedatangan hampir 30 juta pelancong
asing saban tahun membuktikan bahawa Malaysia memiliki masa depan yang sangat cemerlang
dalam sektor pelancongan.




Huraikan kebaikan sektor pelancongan kepada negara kita.
Pengenalan
Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha ini menunjukkan
bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri pelancongan kerana langkah
ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia
semakin meningkat. Persoalannya, apakah kebaikan yang diperoleh negara dalam usaha mempromosikan
negara yang kita cintai ini, iaitu Malaysia kepada pelancong dari negara luar.

Satu daripada kebaikan sektor pelancongan negara ialah kita dapat memperkenalkan negara Malaysia ke
seantero dunia. ( Ayat topik ) Misalnya, melalui kejohanan perlumbaan kereta Formula 1 di litar Sepang,
Sukan Komanwel 1998, kita dapat mempopularkan negara kita dalam kalangan peminat sukan dunia. Selain
itu, kita dapat membuktikan bahawa kita mampu menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij dunia yang
lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana. Slogan Malaysia Boleh telah membuktikan keupayaan
negara kita dalam penganjuran sukan yang bertaraf antarabangsa tersebut. Melalui penganjuran Kejohanan
F1, Malaysia dapat dipromosi ke seluruh dunia dengan kos yang rendah melalui siaran langsung kejohanan
tersebut ke seluruh dunia. Ini membuktikan bahawa tarikan penganjuran sukan bertaraf dunia bukan
sahaja menggalakkan kedatangan pelancong ke negara kita bahkan dapat mempromosi Malaysia kepada
dunia luar secara meluas dengan kos yang minima bertepatan dengan maksud peribahasa, Sambil
Menyelam Minum Air.

Seterusnya, sektor pelancongan juga dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing
masuk ke negara kita. (Ayat topik). Pelancong yang datang dari negara luar terpaksa menukar mata wang
negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini. Ini dapat dilakukan
sama ada di bank tempatan mahupun di pusat pertukaran mata wang asing. Mata wang asing ini kemudian
disimpan untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport barang dari luar negara. Peniaga
mata wang asing juga mendapat keuntungan daripada pernigaan yang dijalankan. Pengaliran masuk mata
wang asing ke negara kita bukan sahaja menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk
membeli barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negara.

Sektor pelancongan dapat memajukan industri kraftangan di Malaysia. ( Ayat topik ). Barangan kraftangan
buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Barangan
kraftangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan
kulit amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong pasti
membeli-belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, dan lain-lain sebagai buah
tangan atau ole-ole buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan
sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha
kraftangan tempatan.

Sektor pelancongan dapat memajukan bidang perniagaan di Malaysia. Pelancong asing yang datang ke
Malaysia memerlukan tempat penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan pengangkutan, juru
pandu pelancong dan perkhidmatan lain. Pelancong asing amat menggemari makanan sama ada makanan
tradisonal mahu pun makanan barat di Malaysia. Mereka diberi pilihan yang amat banyak sama ada
menikmati makanan di hotel bertaraf lima bintang, medan selera yang besar dan berhawa dingin mahupun
di kedai dan warung yang terletak di tepi jalan. Mereka juga boleh menikmati hidangan makanan laut di
restoran yang didirikan secara terapung di atas air. Sambil menikmati makanan, mereka dapat menghirup
panorama yang amat cantik dan menghirup udara segar di tepi laut. Permintaan yang tinggi terhadap
makanan ini mewujudkan peluang perniagaan yang luas kepada usahawan tempatan. Pusat-pusat
penginapan juga giat dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan peranginan seperti di pulau
dan tepi pantai. Pelancong asing diberi pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort atau
menginap secara pakej seperti Eco-Tuorism yang membolehkan pelancong asing menginap di rumah
kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan tradisional dan
sebagainya. Pelancong juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk bergerak dari satu lokasi
pelancongan ke lokasi yang lain. Ini membolehkan pengusaha bidang pengangkutan seperti bas, teksi, van,
bot, feri dan lain-lain mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan. Tidak dinafikan peluang yang
datang memberi rezeki yang melimpah ruah kepada peniaga yang ringan tulang.

Sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik lagi istimewa kepada dunia luar.
Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu,
Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain. Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat, budaya
dan cara pemakanan yang berbeza dan istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Selain itu, sektor
pelancongan dapat mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ke
serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan dengan persembahan
kesenian tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda kepang. Mereka juga
diberi peluang untuk mencuba permainan tradisional seperti sepak raga, galah panjang, congkak, batu
seremban dan lain-lain. Pakaian tradisional seperti baju kurung yang diperbuat daripada kain batik dan
songket boleh cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan pengalaman yang dibawa pulang ke negara
asal pelancong akan menjadi memori indah yang akan menggamit mereka untuk datang semula ke negara
kita. Keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berjaya dipromosi melalui sektor pelancongan sebenarnya
memberi imej yang sangat baik kepada negara Malaysia.

Akhir kalam, industri pelancongan banyak memberikan sumbangan yang besar terutama dari segi ekonomi
kepada negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
mempromosikan Malaysia di mata dunia kerana tak kenal maka tak cinta
Sektor pelancongan merupakan salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara. Sebagai remaja
berwawasan, berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak dalam memajukan undustri
pelancongan negara.

Pendahuluan
Sektor pelancongan merupakan salah satu sektor yang vital vis--vis sektor-sektor yang lain.
Negara yang indah mampu menggamit kedatangan pelancong asing
Sektor ini member banyak manfaatnya kepada negara antaranya ialah dapat meningkatkan
pendapatan negara melalui pertukaran valuta asing.
Menteri Pelancongan memberitahu bahawa sektor ini merupakan asset prima kepada sumber
kewangan negara.


Isi Pertama
AT : peranan pihak kerajaan
AH :-menaik taraf pusat-pusat pelancongan di negara dengan memberikan bantuan kewangan
-menganjurkan kempen-kempen yang boleh menarik kedatangan pelancong asing
AC :-kempen Mari Melawat Malaysia dan Cuti-cuti Malaysia
AP :-jelaslah pihak kerajaan memainkan peranan yang penting dalam memastikan kemajuan dalam
industry ini
UM :


Isi kedua
AT :peranan pihak media
AH :-menyebarkan iklan mengenai keindahan negara kita ke seantero dunia
-tetapi janganlah iklan yang dikhabarkan itu indah khabar dari rupa
AC :media cetak dan elektronik mestilah bekerjasama membuat siaran atau rancangan khas mengenai
tempat-tempat yang menarik yang terdapat di negara
AP leh hal yang demikian pihak media sayogianya memainkan peranan bagi memajukan industry ini di
persada internasional.
UM :


Isi ketiga
AT :peranan masyarakat
AH :-menunjukkan budi bahasa dan akhlak yang baik kepada pelancong asing lebih-lebih lagi negara kita
adalah sebuah negara islam.
-masyarakat juga perlu menunjukkan identity dan imej negara
-menggalakkan lagi sektor ini dengan pergi melancong ke tempat-tempat menarik di negara kita
bukannya ke luar negara
AC :-masyarakat perlu bersikap lebih ramah dengan memberikan pertolongan kepada mereka apabila
memerlukan
AP :-ternyatalah masyarakat memainkan peranan yang penting dan tidak bersikap evasif dengan
tanggungjawab yang diamanahkan
UM : Budi Bahasa Budaya Kita


Isi keempat
AT :peranan pemilik tempat-tempat pelancongan
AH :-menjaga keindahan dan kecantikan tempat-tempat pelancongan di negara kita
-tidak bersikap sambil lewa dan hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata
AC :-mengenakan denda kepada pelawat yang cuba mengotorkan atau merosakkan kemudahan awam
yang disediakan di kawasan-kawasan pelancongan amnya.
AP leh itu sudah terang lagi bersuluh pemilik tempat pelancongan juga memainkan peranan dalam
memajukan sektor ini
UM

Isi kelima
AT :peranan pihak berkuasa tempatan.
AH :
- Memastikan tahap kebersihan sentiasa terjaga di tempat tumpuan pelancong
AC :
- Menjaga kebersihan di sekitar Pantai Morib, Port Dickson dan Pantai Cahaya Bulan yang tercemar
AP :
- PBT perlu melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas
UM :
- Kebersihan sebahagian daripada iman
- Bandar bersih rakyat sihat


Penutup :
- Kesimpulannya, semua pihak seharusnya memainkan peranan masing-masing sektor ini
- Oleh itu, kita tidak harus bersikap lepas tangan sebaliknya berganding bahu bagi memajukan
industry ini di persada antarabangsa bak kata pepatah hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah
Karangan Industri Pelancongan
Negara
Industri pelancongan membawa sumber
pendapatan negara.
Huraikan usaha-usaha yang mampu
dilakukan untuk meningkatkan industri
pelancongan negara.

Tahun 2007 telah diumumkan sebagai Tahun
Melawat malaysia oleh kerajaan kita.
Industri pelaancongan berpotensi untuk
dimajukan di negara ini kerana Malaysia
ialah destinasi pelancongan yang unggul dan mampu memantapkan ekonomi negara kita. Banyak
tempat yang boleh dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing dan tempatan di negara ini. Jadi,
memang ada banyak usaha yang boleh dijalankan untuk memajukan industri pelancongan kita.

Kerajaan boleh menambahkan kemudahan prasarana seperti kemudahan pengangutan dan
perhubngan ke destinasi-destinasi yang menarik. Kemudahan ini memberi lebih banyak peluang
kepada pelancong untuk pergi ke destinasi yang mereka suka. Jadual penerbangan juga perlu
ditaambah terutama dengan mengadakan promosi tambang murah. Cuma mutu perkhidmatan
pengangkutan ini hendaklah diselia sepanjang masa untuk memastikan keselesaan pelancong.

Selain itu, usaha untuk meningkatkan jumlah tempat-tempat penginaan seperti hotel dan chalet.
Usaha ini boleh dilaksanakan dengan mengenakan kadar bayaran yang berpatutan bersama-sama
bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong. Keadaan yang selesa ini menimbulkan rasa
untujk mekawt semula kepada pelancong tersebut. Mereka akan mngajak kawan kawan untuk
datang ke malaysia dan menyebabkan kemasukan mata wang asing.

Malahan, kerajaan perlu mengadakan lebih banyak promosi untuk menjelaskan aktiviti
pelancongan. Promosi tentang destinasi, kebudayaan dan karnival jualan di laksanakan dengan
giat. Usaha mempromosikan negara ini bokeh dijalankan melalui penggunaan teknologi
maklumat seperti internet untuk menyebarkan maklumat pelancongan ini. Penggunaan internet
memastikan semua pelancong memperoleh maklumat apabila mereka melayari internet untuk
mendapatkan maklumat pelancongan. Jelaslah, promosi yang giat ini memastikan bahawa semua
maklumat pelancongan disebarkan secara berkesan.

Salah satu aspek penting yang ditekankan oleh pelancong terutama pelancong asing ialah aspek
kebersihan. Kemudahan pelancongan ssemestinya bersh dan diselenggarakan dengan baik.
Ketiadaan pencemaran terutama kekotoran memastikan pelancong akan terus datang ke destinasi
tersebut tanpa rasa ragu-ragu lagi. Jelaskan, kebersihan yang diberikan penekanan ini
menyebabkan pelancong dapat menikmati udara yang segar dan keadaan yang selesa.

Manakala itu, usaha menarik pelancong ini turut dipikul oleh rakyat negara ini. sikap ramah dan
suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat negara ini. Pelancong tidak suka rakyat
negara ini mengambil kesempatan atau menipu mereka selama mereka berada di negara ini.
Keramahan rakyat negara iini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu.
Jadi, rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka dengan melayan pelancong tempatan atau
asing ini dengan lebih baik.

Kesimpulannya, industri pelancongan ini memang penting dberi penekanan oleh rakyat dan
kerajaan negara ini. Pelbagai usaha yang dilakukan itu memerlukan gandingan tenaga semua
pihak untuk memastikan kejayaannya. Mungkin semua pihak harus merenung dan melihat
peranan yang telah dilakukan oleh mereka






Keindahan alam semula jadi seperti Pulau Langkawi, Genting Highlands, Pulau Sipadan, Tasik
Kenyir dan Taman Negara begitu mengagumkan para pelancong. Oleh itu, tidaklah
menghairankan apabila 12.77 juta orang pelancong telah mengunjungi destinasi pelancongan di
seluruh negara kita. Hasilnya, kerajaan telah berjaya memungut RM24 bilion daripada industri in
Namun, di sebalik keghairahan kita mengaut keuntungan, beberapa kesan negatif juga timbul
ekoran industri pelancongan yang berkembang pesat.
Antara kesan buruk yang timbul akibat perkembangan industri pelancongan ialah iakunya
pembaziran. Walaupun industri ini menguntungkan, tetapi kos yang digunakan utuk
mengindahkan kawasan-kawasan pelancongan terlalu tinggi. Untuk membangunkan Pulau
Langkawi sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia, pihak kerajaan dan swasta terpaksa melabur
sebanyak RM4.5 bilion. Kos yang terlalu tinggi ini tentulah lebih bermanfaat dan bererti
seandainya disalurkan untuk memenuhi keperluan rakyat yang lebih mendesak. Contohnya,
membina lebih banyak rumah kos rendah untuk mereka yang masih tidak berumah. Dengan cara
ini, kehidupan masyarakat kita, terutamanya di kalangan mereka yang miskin dan terabai akan
lebih terjamin.
Selain itu, industri ini juga turut memberi kesan buruk kepada para penduduk di kawasan-
kawasan yang akan dimajukan sebagai destinasi pelancongan. Contohnya, ramai tuan tanah dan
pengusaha chalet di Pantai Kok, Pulau Langkawi terpaksa melepaskan hak milik mereka kepada
pihak-pihak tertentu untuk dibangunkan hotel lima bintang, padang golf dan pusat rekreasi.
Walaupun pampasan diberikan, namun mereka sukar memulakan hidup baru tanpa tanah
berpotensi seperti itu. Fenomena ini bukan sahaja akan menjadikan mereka tidak bertanah,
bahkan lebih malang lagi apabila pampasan yang diterima itu lesap dalam sekelip mata.
Akhirnya, mereka akan hidup menderita dan terumbang-ambing di tempat sendiri.
Industri pelancongan juga turut memberi kesan buruk kepada masyarakat tempatan. Ini kerana
para pelancong asing, terutamanya telah membawa bersama mereka nilai-nilai hidup Barat yang
tidak sesuai dengan selera tempatan. Ini termasuklah perbuatan bercumbu dan berbogel di tepi-
tepi pantai. Selain itu, ada juga kalangan pelancong yang meminum arak dan melakukan seks
dengan pasangan tanpa nikah. Unsur-unsur negatif ini tentulah mudah mempengaruhi pemikiran
para remaja tempatan. Laporan Utusan Pengguna tentang gelagat anak muda Pulau Langkawi
yang berseronok dengan meminum arak di tempat terbuka merupakan bukti betapa nilai-nilai
hidup asing telah berjaya merobohkan benteng iman mereka yang masih mentah.
Selain itu, kepesatan perkembangan industri pelancongan telah mewujudkan banyak kes jenayah
yang dilakukan oleh penduduk tempatan. Kedatangan pelancong asing dengan pelbagai
penampilan ke negara ini telah mendorong mereka untuk menipu, mencuri, merompak dan
merogol. Hal ini terbukti apabila berbagai-bagai media kita sering melaporkan tentang
kehilangan bagasi penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perkara yang sama juga berlaku apabila Berita Harian melaporkan kisah seorang warga Britain
yang terpaksa membayar 350 kepada seorang pemandu teksi untuk perjalanan dari KLIA ke
Salak Tinggi. Kes-kes jenayah ini boleh menjejaskan imej negara pada pandangan negara lain.
Akhir sekali, perkembangan industri pelancongan turut memberi kesan buruk kepada pembiakan
flora dan fauna di negara kita. Alam semula jadi negara yang cantik telah dieksploitasikan oleh
pihak-pihak tertentu untuk dijadikan lokasi pelancongan. Pembinaan chalet, rumah tumpangan
dan prasarana lain telah menyebabkan banyak pokok yang terpaksa ditebang seperti yang berlaku
di Pusat Peranginan Stong, Jelawang, Kelantan. Pembangunan sekitar Tasik Kenyir dan Tasik
Pedu pula telah menyebabkan banyak kawasan daratan ditenggelami air. Eksploitasi ini boleh
mengganggu pembiakan flora dan fauna di tempat tersebut.
Kesimpulannya, banyak kesan negatif yang timbul ekoran perkembangan pesat industri
pelancongan. Namun, keburukan ini tidak seharusnya mematahkan semangat kita untuk terus
bergiat dalam industri ini. Keindahan negara kita sewajarnya dimanipulasikan seoptimum
mungkin demi meraih pendapatan untuk pembangunan negara

You might also like