You are on page 1of 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS

LARIAN PERLING
Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum Waramatullahiwabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam 1
Malaysia.

Yang Berusaha Puan Woo Sow Pheng
Pengetua SMK Dato Usman Awang

Yang Dihormati Puan Madiah binti Jaafar
Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati Puan Azura binti Amir
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati Puan Hjh Hasmah binti Haji Ibrahim
Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati Pn. Zalilah binti Ibrahim
Penolong Kanan Petang

Yang Diraikan Pn. Suhailah binti Sukelan

Guru-guru Kanan

Guru-guru

Serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah bersyukur kehadrat yang Maha Esa atas kesempatan yang diberikan untuk kita berhimpun
pada hari ini bagi menjayakan Larian Perling. Sesungguhnya usaha dalam pelaksanaan larian ini bukan
sahaja untuk mewujudkan persaingan sihat dalam kesukanan tetapi juga bertujuan untuk memastikan
setiap pelajar menitikberatkan amalan bersukan dalam kehidupan.


Hadirin sekalian,
Majlis hari ini juga diadakan bagi meraikan majlis perpisahan seorang guru SMK Dato Usman Awang
iaitu Pn. Suhailah binti Sukelam yang telah memberi sumbangan dan tenaga demi mengharumkan nama
negara di peringkat kebangsaan seperti kejayaan Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi dan PIDM.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha Puan Woo Sow Pheng Pengetua SMK
Dato Usman Awang untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Puan Woo Sow Pheng atas bacaan ucapan sebentar tadi. Diharapkan
semua pelajar dapat menyahut seruan agar lebih aktif dalam bidang sukan selain dapat meningkatkan
kualiti kesihatan.

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Diraikan Pn. Suhailah binti Sukelan untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Suhailah binti Sukelan atas ucapan sebentar tadi. Diharapkan Pn.
Suhailah akan terus mengekalkan prestasi cemerlang di sekolah.

Hadirin sekalian
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kenang-kenangan kepada Pn. Suhailah Sukelan.
Majlis dengan ini mempersilakan Pn. Suhailah bt. Sukelan untuk menerima cenderamata.
(Baca nama pemberi hadiah).
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Suhailah atas kesudian menerima cenderamata kenang-kenangan
sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi acara Larian Perling. Majlis dengan ini
mempersilakan Pn. Hasmah binti Hj. Jaafar untuk mengiringi Pn. Woo Sow Pheng, Pengetua SMK Dato
Usman Awang untuk menyampaikan hadiah.
(Baca nama penerima hadiah)
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Woo Sow Pheng dan Pn. Hasmah binti Hj. Jaafar atas kesudian
menyempurnakan penyampaian hadiah sebentar tadi. Dengan berakhirnya penyampaian hadiah sebentar
tadi, maka berakhirlah Program Larian Perling pada hari ini. Kita akhiri majlis dengan nyanyian lagu
Negaraku.
Sekian sahaja, wabillahitaufiqwalhidayah assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

You might also like