You are on page 1of 9

KAJIAN KARYA-KARYA TANAH AIR

1. KAJIAN PERTAMA OLEH ABDUL LATIF MAULAN


Artist: Latif Maulan

Tajuk : Bananas and 9 Oranges


Size: 48 Inch x 48 Inch
tahun : 2008
a. ULASAN KOMPOSISI
Komposisi yang dapat dikenalpasti di sini mempunyai asas seni reka, media dan teknik yang
digunakan serta alirannya. Asas seni reka ini mempunyai unsur seni dan prinsip rekaan iaitu bagi
unsur seni ialah garisan, jalinan, rupa, bentuk, ruang dan warna manakala prinsip rekaan pula ialah
imbangan, pergerakan, kontra, harmoni, irama, dan kepelbagaian.
Unsur seni yang terdapat pada karya ini ialah seperti garisan, garisan dapat dilihat pada keseluruhan
gambar karya seperti kain batik. Jalinan pula dapat dilihat pada garisan-garisan berlapis pada pisang.
Bentuk pula ialah pada buah oren,dan pisang apabila ia dikaryakan dengan gelap dan cerah bagi
menunjukkan bentuk. Warna juga dapat dikenalpasti pada keseluruhan permukaan kerana berwarna
seperti warna kuning pada pisang, merah pada kain batik dan lain-lain lagi.
Prinsip rekaan pula terdapat pada gambar tersebut ialah harmoni iaitu warna buah oren seakan-akan
sama dengan warna merah pada kain batik itu. Kontra pula terdapat pada warna kuning pada pisang
dengan warna merah pada kain batik yang begitu kontra. Kepelbagaian pula dapat dilihat pada objekobjek yang dibuat iaitu buah oren, pisang, dan kain batik.
Di samping itu, media yang digunakan pula ialah seni catan cat minyak. Teknik yang digunapakai jika
dilihat ialah teknik melembut kerana gambar yang dilihat tidak nampak kesan jalinan yang kasar.
Aliran yang digunakan itu dapat dilihat ialah aliran realisme kerana beliau begitu prihatin objek-objek
dan latar belakang yang dibuat itu.
b. ULASAN PENGGUNAAN WARNA

Karya ini menghasilkan warna panas seperti warna merah, oren dan kuning. Justeru kita dapat lihat
pada karya ini seperti pisang warna kuning, buah oren berwarna oren dan kain batik berwarna merah.
c. ULASAN TEKNIK PENCAHAYAAN DAN BENTUK
Teknik pencahayaan yang digunakan ini ialah pengkarya menekankan pada objek pisang dengan
cahaya dan objek-objek lain kelihatan gelap. Hal ini, kita dapat memahami bahawa objek pisang lebih
diutamakan disebabkan cahaya seolah-olah disuluh dengan terang daripada objek lain.
Manakala bentuk pula ialah
Seterusnya, bentuk yang digunakan ini ialah beliau menggunkan cerah dan gelap bagi membentuk
sesuatu objek. Sebagai contoh buah oren kelihatan berbentuk seolah-olah hidup dengan bayangbayang terdapat di tepinya.
d. ULASAN ASPEK RUANG
Pengkarya ini menggunakan ruang dalam kerana pemerhati tidak nampak pada sekitarnya kaki langit.
Ia dilihat dari atas dengan pandangan bawah aras mata. Selain itu, objek yang cerah berada lebih
dekat dan objek yang gelap sedikit berada jauh sedikit. Contohnya sebiji pisang yang berada di
tengah itu lebih bercahaya dan pisang di hujung sekali itu berada di belakang pisang yang cerah
kelihatan gelap sedikit.
2. KAJIAN KEDUA KARYA MOHD NAZIR

Year: 2007
Medium: Poster Color on Paper
Size: 15" 10.5" (38.7 cm 27.4 cm)
a. ULASAN KOMPOSISI
Ulasan komposisi yang terdapat pada karya tersebut melalui komposisis ialah pada asas seni iaitu
unsur seni dan prinsip rekaan. Pada unsur seni ini kita dapat lihat garisan pada bunga tersebut. Di
samping itu, bentuk pula dapat dilihat pada bentuk-bentuk helaian bunga itu. Seterusnya, jalinan pada
bunga tersebut pula dapat dilihat bahawa jalinan tampak tersebut adalah jalinan yang lembut. Walau
bagaimanapun, bagi prinsip rekaan pula ialah seperti kadar bandingnya ialah bunga teratai berada di
tengah-tengah antara daun-daun teratai kelihatan seimbang. Selain itu, pergerakan pula dapat dilihat
pada daun teratai yang tidak rata sahaja tetapi daun teratai itu pada hujung daun ia mendongak ke
atas dan menunjukkan unsur pergerakan. Seterusnya, kontra pada visual tersebut amat jelas di mana
warna bunga teratai berwarna putih dan daun warna hijau, maka ia menunjukkan amat kontra
warnanya. Media yang digunakan ialah media cat minyak dan teknik yang digunapakai juga teknik
melembut kerana karya ini kelihatan halus sekali. Aliran ini ialah aliran realisme kerana menekankan

gambar yang dihasilkan.


b. ULASAN PENGGUNAAN WARNA
Warna yang digunakan ialah warna sejuk iaitu warna hijau dan ungu. Penggunaan warnanya juga
kontra untuk menunjukkan perbezaan antara daun dan bunga. Selain itu, terdapat sedikit warna
panas pada anak-anak bunga teratai yang berwarna oren.
c. ULASAN TEKNIK PENCAHAYAAN DAN BENTUK
Pengkarya menggunakan cahaya yang terang pada bunga teratai dan menggelapkan sedikit pada
bahagian objek-objek lain di sebelahnya seperti daun teratai. Hal ini, menekankan objek bunga teratai
sebagai subjek utama.
d. ULASAN PADA ASPEK RUANG
Pengkarya ini mengunakan ruang dalam iaitu pandangan pada aras bawah mata. Pengkarya juga
menggunakan cahaya untuk menunjukkan objek yang paling dekat seperti bunga teratai amat
bercahaya berbanding objek lain.
3. KAJIAN KETIGA TERHADAP KARYA AMRON OMAR

Amron Omar
Pertarungan II, 1980
a. KAJIAN KOMPOSISI
Asas seni reka yang diguna ini seperti warna kita dapat lihat ia gelap dan cerah yang menunjukkan
objek wujud sebagai bentuk. Jalinan pula dapat dilihat pada kain pelikat objek lelaki yang berada awal
objek. Ruang pula menunjukkan ia ruang dalam dan dilihat dengan
pandangan bawah aras mata. Dominan yang digambarkan pada karya ini ialah pada objek paling
hadapan iaitu objek lelaki memakai kain pelikat. Pergerakannya pula dapat dilihat pada figura lelaki
tersebut yang bergerak seolah-olah sedang bertarung.
Media yang digunakan ialah cat minyak dan teknik yang digunakan ialah boleh dilihat sebagai teknik
kilatan kerana terdapat lut sinar pada figura lelaki seolah-olah dibuat dengan warna berlapis-lapis
untuk menghasilkan kilatan. Aliran yang digunakan ialah aliran impressionisme kerana karya ini dilihat
seperti berkarya sambil menonton pertarungan.

b. ULASAN PENGGUNAAN WARNA

Penggunaan warna pada karya ini kebanyakan dilebihkan warna gelap dan cerah. Ia menggunakan
warna seperti coklat dan gelap. Warna yang digunapakai ini lebih ke arah yang gelap walaupun
terdapat sedikit cerah pada cahaya pada badan lelaki tersebut.
c. ULASAN TEKNIK PENCAHAYAAN DAN BENTUK
Teknik pencahayaan ini kelihatan terdapat pada pantulan dan pada bentuk-bentuk otot lelaki tersebut
agar dapat dihasilkan bentuk yang hidup.
d. ULASAN PADA ASPEK RUANG
Ruang yang digunakan ini ialah ruang dalam di mana ia tidak nampak garisan kaki langit dan ia
seolah-olah seperti dilihat dari atas ke bawah iaitu pandangan aras bawah mata.

4. KAJIAN KARYA HON FATT CHONG


"Petronas Twin Tower by night"
"Petronas Twin Tower by night", oil on canvas, 2004
2004
a. KAJIAN KOMPOSISI
Unsur seni yang terdapat pada karya ini ialah pada bentuk iaitu bentuk-bentuk bangunan yang dibuat
melalui teknik pencahayaan. Jalinan pula dapat dilihat pada tingkat-tingkat bangunan yang disusun
dengan lampu. Bagi prinsip rekaan pula nilai kontra ia amat ketara jika dilihat bahawa warna lampu
dengan suasana malam. Selain itu, pergerakannya terdapat pada kenderaan-kenderaan yang sedang
bergerak pada jalan raya tersebut seolah-olah keadaaan amat sibuk. Media yang digunakan ialah
media cat minyak dan teknik yang digunakan ini kemungkinan teknik sapuan tepat kerana bangunan
yang dibuat itu kelihatan seperti digaris dengan sempurna. Aliran ini dapat dilihat ialah aliran
impressionisme kerana sapuan berus seperti tidak begitu halus.
b. ULASAN PENGGUNAAN WARNA
Penggunaan warna ini dapat dilihat warna gelap seperti biru kehitam-hitaman dan cerah dan cahaya
digunakan ialah warna kuning dan putih. Walau bagaimanapun, warna yang dilihat ini warna yang
paling dominan ialah warna latar belakang dan warna gelap.
c. ULASAN TEKNIK PENCAHAYAAN DAN BENTUK
Teknik pencahayaan ini berjaya menghasilkan bentuk iaitu cahaya yang digunakan ini untuk
menhasilkan bentuk bangunan. Seperti bangunan berkembar itu ia kelihatan bercahaya pada sebelah
kiri dan gelap pada sebelah kanan.

d. ULASAN ASPEK RUANG


Ruang yang digunakan ini melalui cahaya atau warna iaitu gelap pada objek paling hadapan dan
bercahaya pada objek paling belakang. Contohnya, pada paling hadapan sebelum menara berkembar
itu kelihatan gelap tetapi ia cerah objek-objek bangunan yang paling belakang.
5. KAJIAN TERHADAP KARYA CHOW CHIN CHUAN

"Malacca Old Town 1"


"Malacca Old Town 1", 38 x 38 cm, Watercolour
2004
a. KAJIAN KOMPOSISI
Unsur seni pada karya tersebut dapat dilihat pada garisan badan basikal. Di samping itu, jalinan pula
terdapat pada ranting tayar basikal dan raga pada bahagian belakang basikal. Ton pula dapat dilihat
pada bayang-bayang basikal dan gelap-cerah pada tayar basikal. Bagi prinsip rekaan pula ialah nilai
warna kelihatan harmoni kerana kelihatan semua objek kelihatan putih dan cerah.
b. ULASAN PENGGUNAAN WARNA
Penggunaan warna yang dibuat ini ialah cerah seperti keadaan objek sedang dibuat ketika tengah
hari. Dan hampir keseluruhan warna dibuat ialah warna panas iaitu kuning.
c. ULASAN TEKNIK PENCAHAYAAN DAN BENTUK
Pencahayaan ini dibuat seolah-olah ketika sekitar tengah hari kerana ia begitu cerah. Pencahayaan
ini juga menghasilkan bentuk seperti bentuk tayar yang dibuat dengan gelap cerah pada warna
tersebut.
d. ULASAN RUANG
Ruang yang dibuat ini ialah ruang cetek, walaupun ia tiada garisan kaki langit tetapi perletakan objek
sudah dapat dikenalpasti mengenai kedudukannya pada mana-mana ruang.
POSTED BY BERUDI AT 1:05 AM 0 COMMENTS

LATAR BELAKANG CATAN


Penghasilan catan terawal di dunia telah dijumpai di dinding gua yang dihasilkan oleh manusia zaman
purba lagi. Penggunaan bahan semulajadi yang dicampur dengan air dan disapukan pada dinding gua
merupakan suatu penggunaan material pada zaman itu. Sebagai contoh karya seni catan yang
dijumpai di gua Altamira, Santander, Sepanyol yang dipercayai dihasilkan pada 10 000 hingga 20 000
tahun yang lampau dan dihasilkan oleh masyarakat Paleolitik. Oleh hal demikian, lanjutan daripada itu
seni catan berlaku pada zaman Yunani Purba. Media yang digunakan bagi panghasilan seni catan
ialah fresko atau mozek dan sujek seni catannya mengenai peristiwa berkaitan dengan adat istiadat
dan agama. Antara pengkarya-pengkarya yang dapat dikenalpasti ialah Polynotos, Zeuxis, Protognes,
Appelles.
Seterusnya, pada zaman awal Kristian di Eropah pada tahun 200 hingga 1300 Masihi dengan
membawa gerakan aliran-aliran penting iaitu Seni Kristian pada tahun 500 S.M hingga 400 S.M, Seni
Romanesque dan Seni Gotik. Karya-karya ini lebih kepada catan menuskripdan kebanyakannya
terdapat dalam kitab-kitab Bilble, panel dan dinding di gereja dan nama-nama pengkarya tidak
diutamakan Justeru itu, ia tidak bersifat individu dan subjek utamanya keagamaan yang terdapat pada
kitab-kitab keagamaan seperti kitab Bible. Kebanyakannya dilukis juga pada kulit binatang dengan
menggunakan media cat air, dakwat dan tempera.
Walau bagaimanapun, seni catan ini terus dikembangkan lagi dan menjadi seni catan moden yang
bermula di Eropah sejak zaman Renaissance, iaitu pada abad ke-14 lagi. Ia merupakan zaman
kemuncak penghasilan catan di Eropah. Hal ini, ia menunjukkan Negara-negara Eropah telah
mempelopori seni catan sejak sekian lama. Subjek-subjek yang digunapakai ini ialah mengenai
peristiwa kitab suci agama Kristian, potret dan tentang peperangan. Media yang digunapakai pula
ialah Fresko, cat tempera, cat minyak dan cat air. Antara pengkarya-pengkarya yang terkenal pada
zaman ini ialah Leonardo Da Vinci dari Itali yang hidup pada tahun 1452 hingga 1519 dan Albrecht
Durer yang hidup pada zaman 1471 hingga 1528 di Jerman. Perkembangan catan yang paling pesat
pada abad ke-15 dan 16. Catancatan ini juga dihasilkan di gereja, bangunan awam dan rumah-rumah
persendirian dan teknik yang digunapakai ialah Chiotoscuro iaitu kesan cerah yang seolah-olah
datang dari luar kanvas dari latar yang gelap dan kesamaran. Ia menimbulkan kesan tiga dimensi
dalam ruang atmosfera. Perspektif linear pula member gambaran horizon secara sistematik untuk
mempersembahkan lukisan secara tepat berdasarkan sudut pandangan mengikut aras mata dan
perspektif.
Seterusnya, seni catan diteruskan lagi pada zaman abad ke 17 masihi atau 1600 hingga 1800 masihi
yang dikenali sebagai zaman Baroque dan Rococo. Antara gerakan-gerakan aliran penting pada
zaman ini ialah Baroque, Dutch Painting dan Rokoko. Pengkarya-pengkarya yang terlibat dengan
zaman ini antaranya ialah Caravaggio, Domenchino, Rembrant, Fragonard, Gainsborough, Blake,dan
Renolds. Bagi gerakan Baroque, subjek utamanya ialah imej keagamaan yang bersifat ilusi dan
khyalanuntuk membawa audiens ke syurga, figura dan latar belakang seperti landskap. Teknik
utamanya iaitu teknik tenebrism atau kontra terang gelap yang tinggi dan member kesan kepada
bentuk, ruang dan kesan atas cerita. Contohnya kesedihan dan simpati pada cerita yang digambarkan
dengan menggunakan media utama cat minyak. Selain itu, bagi rokoko pula, subjek utamanya
mengenai seni hias di istana yang melambangkan kemewahan dan kisah percintaan. Subjeknya
diolah daripada petikan cerita-cerita hikayat dan agama serta lanskap serta potret individu sebagai
contoh di taman-taman bunga dan dalam istana dengan menggunakan teknik Secco Su Fresco dan
menggunakan media cat minyak.
Oleh hal demikian, pada abad ke-19 dan 20 gerakan-gerakan dalam aliran catan ini berkembang
dengan begitu meluas dan banyak aliran yang wujud. Pada abad ke-19, gerakan aliran yang penting
dalam catan ialah Neo-klasik (1770-1820) pengkaryanya seperti Jacques-Louis David dan Ingres,
Romantisisme (1880-1850) pengkaryanya Delacroix, Goya dan William Turner, aliran Realisme (1850-

1880) pengkarya yang terlibat seperti Daumier, Millet dan Courbet, aliran Impressionisme (1870-1880)
pengkaryanya seperti Claude Monet, Renoir dan Manet, aliran catan seterusnya Post-Impressionisme
(1880-1905) pengkaryanya seperti Paul Cezanne, Seurat, Van Gogh, Gauguin dan gerakan aliran
seni catan pula ialah aliran Symbolism, pengkaryanya ialah France dan Bonard. Selain itu, pada abad
ke-20, gerakannya ialah Fauvisme (1905) pengkaryanya ialah Hendri Mattise dan Andre Derain, aliran
Espressionisme (1902-1907) pengkaryanya ialah Nolde dan Kandinsky, aliran Kiubisme (1906)
pengkaryanya Picasso dan George Braque, aliran Futurisme (1906) pengkaryanya Boccioni dan
Giacomo Balla, aliran seterusnya ialah aliran Dadaisme (1914) pengkaryanya Marcel Dunchamp, Arp
dan Man Ray, aliran Surelisme (1920-an) pengkaryanya pula seperti Salvado Dali dan Giocometti dan
aliran Abstrak Ekspressionisme (1940-an) pengkaryanya seperti Salvado Dali, Rene Magritte, Joan
Miro, Jacson Pollock, Mark Rothko, Willem de Kooning dan Jasper John.
Di samping itu, perkembangan seni catan ini terus berlaku lagi setelah berlaku perang dunia atau
dikenali sebagai War Art. Gerakan-gerakan aliran catan dikembangkan lagi menjadi beberapa aliran.
Antaranya ialah Seni Pop pada tahun 1958 hingga 1965 iaitu pengkaryanya ialah Robert
Rauschenberg, AndyWarhol dan Jasper John, aliran Seni Op pula (1964-1970-an) pengkaryanya
ialah Bridget dan aliran seterusnya ialah Seni Minimal (1964-1975) pengkaryanya ialah Louis Newman
dan Carl Andre. Selepas era itu, era catan yang masih lagi segar iaitu pada tahun 1965-1990 iaitu
aliran Posmodenism.
POSTED BY BERUDI AT 12:39 AM 0 COMMENTS
SUNDAY, JULY 19, 2009
APAKAH ITU CATAN?

CATAN IALAH HASIL KARYA PELUKIS YANG MENGGUNAKAN MEDIA CAT AIR, CAT MINYAK
DAN CAT ARKILIK SEBAGAI BAHAN UNTUK MEWARNA LUKISAN. KEBANYAKKAN PELUKIS
MELUKIS GAMBAR YANG DIPILIH DIATAS KEPINGAN KERTAS ATAU DIPERMUKAAN KANVAS
SEBAGAI SEBAHAGIAN DARI MEDIA YANG DIGUNAKAN. TERDAPAT BEBERAPA ALIRAN
CATAN TELAH DIPERKENALKAN. ANTARANYA IALAH CATAN ALIRAN REALISME, ABSTRAK
EKSPRESIONISME, KUBISME, SURREALISME DAN SEBAGAINYA. DALAM MENGHASILKAN
SEBUAH CATAN YANG BERKUALITI , PENERAPAN ELEMENT-ELEMENT DAN PRINSIP SENI
AMAT PENTING. ANTARA ELEMENT-ELEMENT YANG PERLU ADA DALAM SESEBUAH KARYA
CATAN IALAH MESEJ ATAU MAKSUD YANG INGIN DISAMPAIKAN. SETIAP KARYA YANG
DIHASILKAN OLEH PELUKIS YANG MEMPUNYAI PENDIDIKAN, MEREKA SERING MENGAITKAN
KARYA MEREKA DENGAN ISU-ISU GLOBAL YANG BERLAKU DI SEKITAR MEREKA. RAMAI
DALAM KALANGAN MEREKA MENJADIKAN ISU TERSEBUT UNTUK MENGKRITIK ATAU MEMUJI
APA YANG BERLAKU. ANTARA CONTOH ISU YANG SERING DIKAITKAN IALAH ISU POLITIK,
SOSIAL, EKONOMI, KESENIAN, IDENTITI KAUM DAN MASYARKAT, NASIONALISM DAN
SEBAGAINYA. ELEMENT KEDUA IALAH KOMPOSISI PERLETAKAN 'SUBJEK MATTER'.
KEBANYAKKAN PELUKIS MELUKIS BERDASARKAN "RULE OF THIRD". DENGAN ADANYA
PEMILIHAN KOMPOSISI BEGINI, CATAN YANG DIHASILKAN OLEH MEREKA SEIMBANG DARI
SEGI PERLETAKKAN OBJEK. SELAIN ITU JUGA, ELEMENT YANG PERLU ADA DALAM
SESEBUAH CATAN IALAH PENGGUNAAN WARNA. WARNA MEMAINKAN PERANAN PENTING
DIMANA IA DAPAT MENARIK PERHATIAN PENONTON UNTUK MELIHAT KARYA MEREKA.
KEBIASAANNYA PELUKIS MENGGUNKAN WARNA PANAS DAN SEJUK DALAM CATAN
MEREKA. TERDAPAT SEGELINTIR ARTIS JUGA MENGGUNAKAN SATU UNSUR WARNA
SAHAJA. INI BERGANTUNG KEPADA KEKUATAN MESEJ YANG INGIN DISAMPAIKAN. ELEMENT
SENI YANG LAIN SEPERTI TEXTURE DAN GARISAN. ELEMENT INI TURUT DITERAPKAN
DALAM SEMUA JENIS CATAN KERANA ELEMENT INI DAPAT MEMBENTUK 'FORM' SESUATU
'SUBJEK MATTER' YANG DILUKIS KELIHATAN SEPERTI REALISM. ELEMENT YANG TERAKHIR
IALAH CAHAYA DAN BAYANG. CAHAYA DAN BAYANG DAPAT MEMPENGARUHI 'MOOD' CATAN

YANG DIHASILKAN. INI KEBIASAANNYA DITERAPKAN DIDALAM CATAN REALISM. CAHAYA


DAN BAYANG JUGA DAPAT MEMBENTU 'FORM' SESUATU OBJEK. OLEH YANG DEMIKIAN
ELEMNET SENI PENTING DALAM PENGHASILAN KARYA CATAN BERKUALITI. MELIHAT
KEPADA ASPEK PRINSIP SENI PULA, PEKARA YANG PERLU ADA DALAM SESEBUAH CATAN
IALAH HARMONI, KONTRA DARI ASPEK WARNA, KESEIMBANGAN, KESATUAN,
PERGERAKAN,RHYTHM DAN ULANGAN DARI ASPEK SUBJEK ATAUPUN WARNA

SENI MODEN MALAYSIA RINGKASAN UMUM


Posted on | March 31, 2011 | No Comments
Boleh dikatakan seni catan di Malaysia merupakan seni yang berbentuk kontemporori. Bagaimanapun
dalam permulaan seni catan di Malaysia masih menunjukkan tahap penggunaan bahan yang terhad.
Penggunaan seperti cat air, cat minyak dan arkilik masih menjadi satu bentukan dalam penghasilan
dalam karya.
Pada 1977 telah diadakan satu pameran di National Art Gallery dengan 39 artis dan 113 karya. Ini
termasuklah dari water color oleh Yong Mun Sen 1951 hingga ke Latif Mohidin dengan Langkawi
1977.
Kebayakan pelukis pada masa itu masih mengamalkan konsep Pictorial. Pelukis-pelukis seperti
Abdullah, Yong Mun Sen, Hoessein Enas, Syed Ahmad Jamal, Cheong Lai tong, Patrick Ng (sekadar
menyebut beberapa artis) masih lagi terikat dnegan penggunaan water color, pastel dan cat minyak.
Di tahun 60an memperlihatkan akan perkembangan abstrak ekspressionis seperti Khoo sui Heo
dengan lanskap, Grace Selvanayagam Suria Seri Mersing (1968), Josep Tan Love Me In My Batik
(1968). Dalam tahun 1969 pula memperlihatkan keberanian Redza Piyadasa berkarya dengan
menggabungkan unsur 2D dan 3D dalam Trengganu 3?.
Manifestasi Dua seni dalam tahun 1970 sedikit sebanyak membawa kepada pembaharuan di dalam
seni catan apabila dua seni antara plastik art dengan berbentuk peotry digabungkan. Syed Ahmad
Jamal dengan simbiolik menghasilkan sidang Ruh oleh sajak Kassim Ahmad. Ibrahim Hussien
menghasilkan Pak Utih sajak dari Usman Awang dengan sosial politik figura yang dikompos
manakala Abdul Latif Mohidin pula menghasilkan sungai Mekong. 1970an juga memperlihatkan juga
bagaimana Ismail Zain berkarya dengan komposisi architectonic dengan kombinasi dari gesture cat,
semburan yang rata dan lembut menyelubungi kawasan cat dan pengaturansemula ruang-ruang
bertajuk Surface in Space No. 3?, 1971.
Di tahun ini juga memperlihatkan kepada printmaking dalam seni grafik oleh Long Thein Shin yang
berbentuk sensual. There Steps To Nowhere 1975, dengan silkscreen juga Ahmad Khalid yusuf
menghasilkan skrip jawinya. Raja zahabudin Luar Yang Tidak Diketahui 1972, juga dengan
silkscreen.
Lee Kian Seng juga membawa pem baharuan dalam seni arca dengan penghasilan Resumption and
Consumption 1974, melalui menestasi kayu. Dalam tahun 1977, sekali lagi Latif Mohidin
menghasilkan Samudra , begitu juga dengan siri Langkawi nya.
Seni kontemporari di Malaysia mula berkembang pesat selari dengan pembangunannya walaupun
boleh dikatakan seni di Malaysia ini tertinggal jauh ke belakang oleh seni di Barat. Artis-artis seperti
Ibrahim Hussin, Syed Ahmad Jamal, Choong Kam Kow, Josep Tan, Redza Piyadasa, Latif Mohidin
(menyebut beberapa artis) telah mewarnakan seni catan mahupun arca kepada seni yang lebih bererti
melalui pembaharuan-pembaharuan dalam sekitar 60an dan 70an amnya.

Dalam tahun-tahun 80an pula memperlihatkan akan penggunaan bahan campuran yang agak ketara
dalam menghasilkan karya. Artis-artis seperti Nirmala Shanmugam telah menggunakan teknik kolaj
dalam karya yang bertajuk Diri Anak Asia. Penggunaan photo silkscreen disempurnakan pula
dengansapuan berus yang agak agresif dalam mempertemukan akan penggunaan bahan campuran.
Begitu juga dengan karyanya Vietnam ii yang menggunakan teknik kolaj melalui rencana dan
keratan akhbar.
Begitu juga dengan Ponorin Amin yang menggunakan bahan campuran dalam karya bertajuk Alibi
catur pulau Bidong . Penggunaan imej catur, jala dan beberapa bahan lain telah memperlihatkan
keberanian dalam memecahkan seni yang bersifat statik kepada beraktif. Penggunaan bahan juga
dapat dilihat melalui siri Jendela oleh Cik Ruzaika Ahmad Basri memperlihatkan tingkap orang
melayu yang dihasilkan melalui penebukan ke atas sekeping plywood, diwarnakan ke atasnya dalam
memperseimbangkan ke atas latarnya yang di lukis. Begitu juga seperti siri pulut panggang oleh
Choong Kam Kow, menggunakan bahan campuran seperti paper mache.
Penggunaan bahan lama-kelamaan telah menjangkiti akan penggunaanya dalam penghasilan karya.
Dalam tahun 90an ini boleh dikatakan pada setiap pameran yang dianjurkan, akan terlihat oleh kita
penggunakan bahan campuran. Pelukis seperti Romli Mahmud, Din Omar, Zainal, Roskang jailani,
Tan Chin Kuan, Fauzin Mustaffa, Mohd. Noor, Fauzan Omar dan ramai lagi telah mewarnakan seni di
Malaysia ini lebih kontemporari dalam penghasilannya.
Jelaslah disini penggunaan bahan campuran telah mula mendapat tempat di hati para pengkarya di
Malaysia dalam menghasilkan seni yang sebegitu. Penilai juga memperlihatkan akan kematangan
mereka dalam menilai seni begitu juga dengan masyarakat di sini yang mula memperlihatkan satu
tindakbalas dalam mengaprisiasikan seni yang baru kepada mereka.

You might also like