You are on page 1of 2

STATUS PEKERJAAN

KOD

KLASIFIKASI

DEFINISI

Majikan

Seorang yang menjalankan sesuatu


perniagaan, perusahaan ladang atau
perniagaan lain dan menggaji seorang
pekerja atau lebih untuk menolongnya.

Pekerja kerajaan

Seorang yang bekerja untuk majikan


awam.
Kerajaan
termasuklah
Kementerian/
Jabatan
Kerajaan,
Badan-badan
berkanun, angkatan bersenjata dan Majlismajlis Kerajaan Tempatan. Pembiayaan
kewangan dan pentadbiran kakitangan
adalah di bawah kawalan kerajaan. Bagi
agensi-agensi
kerajaan
yang
telah
diperbadankan atau diswastakan, hanya
dianggap kerajaan sekiranya kawalan
sumber kewangan dan pengambilan dan
pembuangan kakitangan masih dalam
kawalan kerajaan.

Pekerja swasta

Seorang yang bekerja untuk majikan


bukan kerajaan atau persendirian dan
menerima ganjaran tetap seperti upah,
gaji, komisen, tip atau upahan yang
berbentuk mata benda.
Bukan Kerajaan/ Swasta ialah orang
perseorangan, pertubuhan atau syarikat
yang beroperasi secara bebas iaitu selain
daripada kategori Kerajaan. Mereka
mentadbirkan sumber kewangan dan
kakitangan masing-masing dengan bebas.
Termasuk juga dalam kategori ini ialah
syarikat di mana Kerajaan menjadi
pemegang saham utama. Contohnya,
Malaysia Airline System (MAS), Keretapi
Tanah Melayu Berhad (KTMB), Syarikat
Telekom Malaysia Berhad dan Pos
Malaysia Berhad. Syarikat-syarikat ini
walaupun milik Kerajaan tetapi mempunyai
otonomi dalam pentadbiran kewangan dan
sumber tenaga manusia.

KOD

KLASIFIKASI

DEFINISI

Bekerja sendiri

Seorang yang mengerjakan ladang,


perniagaan atau perusahaan sendiri tanpa
menggaji pekerja di ladang, perniagaan
atau perusahaannya.

Pekerja keluarga tanpa


gaji

Seorang yang bekerja tanpa menerima


sebarang bayaran atau upah di ladang,
perniagaan
atau
perusahaan
yang
dijalankan oleh ahli keluarganya yang lain.

Nota:
Kustodian bagi variabel ini ialah Inter-Agency Technical Committee (IATC),
JP

You might also like