You are on page 1of 10

BAB 7: PENGURUSAN HASIL

7.1

Kenyataan Dasar

Semua terimaan hasil hendaklah direkod dengan tepat pada masanya bagi
mengelakkan kerugian dan penyelewengan. Pengurangan, pengecualian dan
kemudahan kredit diberikan kepada yang layak sahaja.
7.2

Tafsiran

Hasil bermaksud semua terimaan daripada pesakit, bukan pesakit,


sumbangan kerajaan dan lain-lain terimaan dari perkhidmatan yang
diberikan.

Pengenepian bermaksud pengecualian yang diberikan kepada pesakit yang


ditaksirkan kurang mampu membayar caj rawatan dan perkhidmatan.
Pengurangan bermaksud diskaun yang diberikan kepada pesakit yang
ditaksirkan tidak mampu membayar caj rawatan dan perkhidmatan.
Kemudahan kredit bermaksud kemudahan pembayaran secara kredit yang
dibenarkan oleh PPUM kepada syarikat yang melantik PPUM sebagai panel
perubatan.
Perbankan Internet bermaksud terimaan melalui portal bank bagi urusan
pembayaran bil pesakit.

Kad Kredit/Kad Debit adalah merupakan satu kaedah pembayaran secara


elektronik

yang

digunakan

untuk

mendapatkan

perkhidmatan

tanpa

menggunakan wang tunai.

Daftar Resit Rasmi bermaksud daftar yang menunjukkan semua stok Resit
Rasmi yang diterima dan dikeluarkan dan diselenggara oleh tiap-tiap
pemungut.

JKPP bermaksud Jawatankuasa Kecil Pengenepian dan Pengurangan.

7.3

Skop

Semua perkhidmatan dan rawatan yang diberikan kepada pesakit atau orang
awam mesti dibilkan dan hasilnya dikutip. Bagi pesakit yang kurang
berkemampuan untuk menjelaskan bil rawatan, mereka boleh membuat
rayuan

pengurangan atau pengecualian bayaran melalui proses taksiran

yang dibuat oleh pegawai yang diberi arahan bertulis. Kemudahan kredit
boleh diberikan kepada syarikat yang melantik PPUM sebagai panel
perubatan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh
PPUM.

7.4

Kuasa dan Tanggungjawab

Seorang staf yang menerima wang perlu mendapatkan arahan bertulis


daripada Pegawai Kewangan untuk menerima wang bagi pihak PPUM dan
menyimpannya

dengan

selamat

serta

bertanggungjawab

ke

atas

pelaporannya. Lembaga Pengurus, Jawatankuasa Kecil Pengenepian dan


Pengurangan, Pegawai Kewangan dan pegawai yang diberi arahan bertulis
adalah bertanggungjawab dalam pemberian pengenepian dan pengurangan
mengikut bidang kuasa yang ditetapkan oleh PPUM.

7.5

Prosedur

7.5.1

Resit Rasmi

a) Dikeluarkan sama ada secara manual atau elektronik sebagai


bukti akuan terimaan wang.

b) Dikeluarkan serta merta dan diserahkan kepada pembayar jika


pembayar hadir atau

c) Dikeluarkan pada hari bekerja berikutnya jika diterima secara pos


atau hantaran (kurier).

d) Pindaan dan pembatalan resit adalah dilarang dan hanya boleh


dibuat oleh pegawai yang diberi arahan bertulis sahaja.
e) Mana-mana resit (manual) yang rosak atau tidak boleh digunakan
hendaklah di BATAL kan dan disimpan untuk diaudit.
f)

Bagi pengeluaran resit secara elektronik, resit batal dan laporan


resit batal perlu dikemukakan untuk tujuan pengauditan.

7.5.2

Pemberitahuan Kepada Orang Awam

a) Hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat dan dibuat


dalam bahasa yang mudah difahami oleh orang awam.

b) Pemberitahuan hendaklah memaklumkan kepada orang awam


mengenai :

i.

hak untuk mendapatkan resit bagi setiap pembayaran yang


dibuat

termasuk

bagi bayaran yang

dibuat

melalui

perbankan internet.

ii.

hanya menerima resit yang mempunyai nombor resit.

iii.

resit rasmi yang dikeluarkan bagi terimaan melalui cek,


hanya sah apabila ianya ditunaikan oleh bank.

7.5.3

Kawalan Resit Rasmi

a) Pengeluaran

resit

rasmi

melalui

sistem

elektronik

mempunyai butiran yang lengkap dan mudah disemak

mesti

b) Buku resit rasmi disimpan di tempat yang selamat dan berkunci


c) Memastikan nombor resit yang dicetak adalah lengkap dan betul.
d) Mana-mana

resit

rasmi

yang

didapati

rosak

hendaklah

dikembalikan kepada syarikat yang dilantik untuk mencetaknya


semula.
e) Stok resit hendaklah dikeluarkan mengikut susunan nombor yang
betul.
f) Apabila pemungut diganti, stok resit hendaklah disemak oleh
kedua-dua pegawai yang menyerah dan mengambil alih, direkod
dan ditandatangani oleh mereka.
g) Pengeluaran resit hendaklah ditulis dan ditandatangani oleh 2
orang pegawai yang berlainan kecuali :

i.

dikeluarkan dengan menggunakan sistem elektronik

ii. dimana hanya seorang pegawai pemungut sahaja yang


bekerja dan tiada pegawai lain dengan syarat diberi
penyeliaan yang rapi.

h) Jika pengeluaran mengunakan sistem elektronik, katalaluan dan


kata pengenalan hendaklah dirahsiakan, ditukar dari semasa ke
semasa dan perlu ditukar apabila berlaku pertukaran pegawai.

i)

Di mana jika pengeluaran resit mengunakan kad pintar, pemungut


hendaklah menyimpan dengan selamat kad tersebut dan tidak
boleh diberikan kepada orang lain.

7.5.4

Terimaan Melalui Mel

a) Terimaan melalui pos atau kurier hendaklah direkodkan di dalam


satu daftar mel di bawah tanggungjawab seorang pegawai.
Pegawai ini bukanlah terdiri dari mereka yang terlibat dengan
terimaan dan pengeluaran resit.

b)

Butiran yang perlu direkod di dalam daftar mel mestilah


mempunyai butiran yang lengkap dan mudah disemak.

c)

Daftar mel hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang


merekod, mengeluarkan resit terimaan dan disemak oleh
pegawai yang diberi kuasa untuk memastikan semua terimaan
melalui mel diresitkan.

7.5.5

Merekod Pungutan

a)

Hendaklah direkodkan di dalam Buku Tunai pada hari yang sama


kecuali ianya melibatkan pungutan melalui ejen pungutan dan
dengan seberapa segera jika ianya melibatkan pungutan di luar
kawasan.

b)

Hendaklah direkodkan oleh pegawai lain daripada pegawai


pemungut kecuali jika seseorang pegawai lain tidak ada dan
arahan kebenaran khusus telah didapati dari Pegawai Kewangan
atau sekiranya sistem bermesin atau elektronik berupaya
menjanakan buku atau daftar tunai.

7.5.6

Memasukkan Pungutan Ke Dalam Bank

a)

Semua wang kutipan hendaklah dihantar ke bank sebelum tamat


tempoh bekerja hari berikutnya atau jika diterima lewat, pada hari
kerja pertama selepas hari kelepasan tertakluk kepada :

i.

Pungutan wang kertas dan duit syilling melebihi RM500

ii.

Jumlah pungutan (termasuk wang kertas, duit syilling, cek


wang pos dan kiriman wang) melebihi RM2,000

b)

Pungutan menerusi cek boleh dimasukkan ke dalam bank


tidak lewat dari satu (1) minggu dari tarikh cek diterima.

c)

Kenyataan bertulis amaun yang dibankkan hendaklah sama


dengan amaun yang dimasukkan ke dalam bank.

7.5.7

Pengeluaran Inbois/Bil

Inbois/bil hendaklah dikeluarkan dalam tempoh yang telah ditetapkan


dan disampaikan kepada penerima samada secara dengan tangan,
pos atau secara elektronik.

7.5.8 Kadar Caj Rawatan

Kadar caj rawatan yang dikenakan perlu mendapat kelulusan


Lembaga Pengurus dengan mengambilkira kadar caj dikenakan oleh
hospital kerajaan (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan hospital
swasta.

7.5.9 Taksiran Pesakit

a) Pegawai Taksiran merupakan pegawai yang dilantik untuk


menjalankan kerja-kerja taksiran ke atas kemampuan pesakit
untuk membayar bil rawatan.

b) Tugas dan tanggungjawab Pegawai Taksiran adalah seperti


berikut :

c)

i.

Membuat taksiran pesakit.

ii.

Mengesyorkan pengurangan / pengecualian

iii.

Membuat pindaan bil rawatan pesakit

iv.

Menyediakan Laporan Taksiran Pesakit

Mana-mana pesakit yang tidak mampu menjelaskan bil akan


dirujuk kepada Pegawai Taksiran.

Pesakit yang layak:

7.5.10

i.

Melibatkan bil pesakit sahaja

ii.

Pembelian ubat khas di bawah senarai ubat PPUM

iii.

Dirujuk oleh Kebajikan Perubatan

iv.

Pelepasan dari agen pengutip hutang

v.

Pesakit yang tidak dapat dikenalpasti (unknown)

vi.

Lain-lain kategori

Pemberian Kredit

a)

Pemberian kredit hanya boleh diberi kepada sesuatu syarikat


setelah mendapat kelulusan pegawai yang diberi arahan
bertulis.

b)

Peraturan pemberian kredit boleh dikemaskini dari semasa ke


semasa oleh Pegawai Kewangan.

7.5.11 Pemberian Pengurangan dan Pengenepian

a) Jenis-jenis pemberian pengurangan dan pengenepian:

i.

Pemberian pengurangan dan pengenepian hanya boleh


diberi kepada individu setelah taksiran dibuat terhadap
status sosio-ekonomi individu tersebut.

ii.

Kes-kes rayuan yang diluluskan oleh Lembaga Pengurus

iii.

Kes-kes rayuan yang diluluskan oleh JKPP

iv.

Kes-kes yang didaftar sebagai Mediko-Iegal

7.5.12 Cara Terimaan

a)

Penerimaan boleh dibuat dalam bentuk

a.

Tunai

b.

Cek - dikeluarkan atas nama PUSAT PERUBATAN


UNIVERSITI MALAYA dan di palang AKAUN PENERIMA
SAHAJA.

b)

c.

Perbankkan Internet

d.

Lain-lain

Kaedah-kaedah terimaan yang diamalkan :

i. bayaran di kaunter
ii. bayaran melalui mel
iii. bayaran melalui ejen pemungut hutang
iv. bayaran melalui kad kredit
v. bayaran melalui kad debit
vi. bayaran melalui perbankkan internet

c)

Matawang yang diterima pakai hanyalah dalam Ringgit


Malaysia (RM) sahaja. Matawang asing adalah tidak sah
diperakukan dan tidak boleh diterima sebagai bayaran.

7.5.13

Lebihan/Kurangan

Lebihan yang didapati ketika mengimbangkan buku-buku atau


laporan pungutan dengan nilai pungutan hendaklah dikreditkan
kepada hasil PPUM dan kekurangan mestilah dilaporkan dan
pegawai pemungut diberitahu secara bertulis tentang amaun
kekurangan tersebut.

7.5.14

Pulangan Balik

a)

Hasil yang terlebih atau tersalah pungut hanya boleh


dipulangkan dengan syarat tidak ada hutang tertunggak dan
mendapat kelulusan pegawai yang diberi arahan bertulis.

b)

Disertakan dengan resit asal pembayaran.

c)

Perlu ada surat kuasa (authorize letter).

d)

Dikembalikan dalam bentuk tunai, cek atau perbankkan


internet.

7.5.15

Akaun Belum Diterima

Rekod akaun belum diterima hendaklah diselenggarakan dengan


sempurna dan dapat menunjukkan sebarang wang awam yang
boleh diterima dan ianya juga dapat menunjukkan penyata hutang
pengumuran.

7.5.16 Susulan Terhadap Hutang-hutang Yang Tertunggak

a)

PTj Sumber Kewangan akan membuat susulan dan kawalan


terhadap bil-bil yang masih terhutang dengan menghantar
peringatan
ditetapkan.

dan

penyata

mengikut

tempoh

yang

telah

b)

Melantik ejen pemungut dan memantau proses kutipan


mereka supaya tidak menjejaskan nama baik PPUM.

7.5.17

Cek Tak Laku

a)

Pemungut hendaklah bertanggungjawab untuk mendapatkan


amaun gantian, menghubungi pembayar atau pengeluar cek
untuk membatalkan resit asal yang telah dikeluarkan dan
mengambil tindakan sewajarnya untuk mengutip amaun yang
tertungak.

7.5.18

b)

Satu daftar cek tak laku hendaklah diselenggarakan.

c)

Membuat pelarasan di dalam Buku Tunai

Penyata Hutang Pengumuran

Analisis secara berkala terhadap penyata akaun belum diterima


mengikut pengumuran dibuat untuk memastikan kedudukan hutang
tertunggak dan berkemungkinan rnenghadapi masalah kutipan.

7.5.19

Peruntukan Hutang Lapuk

a) Peruntukan Hutang Lapuk hendaklah diambilkira bagi hutang


yang tidak dapat dikutip.

b) Kelulusan

untuk

menghapuskira

hutang

lapuk

hendaklah

diperolehi daripada Lembaga Pengurus bagi membolehkan ianya


dikeluarkan daripada lejar penghutang.

7.6

Dokumen Berkaitan

Pegawai Kewangan adalah bertanggungjawab untuk menyediakan dokumendokumen kualiti yang berkaitan.

You might also like