You are on page 1of 16

Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR12)

disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman, Moktar Hussain, Suhaila Zailani
@ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal & Zainuddin Ismail Unit Bahasa
Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ISBN 978-9675478-49-9 http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm

PENEKANAN ILMU MORFOLOGI DALAM BUKU TEKS BAHASA ARAB


KURIKULUM BARU SEKOLAH MENENGAH
Mohd Zaini Bin Sejo
sahibdhad@yahoo.com.my

Fakulti Bahasa Dan Linguistik,


Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Abstrak: Kajian ini cuba mengenengahkan salah satu permasalahan berkaitan dengan
kandungan pembelajaran subjek morfologi Arab, dalam buku teks Bahasa Arab Kurikulum
Baru Sekolah Menengah (KBSM) kegunaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA) di Malaysia. Buku teks merupakan faktor penting bagi menentukan keberkesanan
aktiviti pembelajaran dan pengajaran dan seterusnya memastikan kejayaan sesuatu matlamat
pendidikan. Dalam kajian ini penulis akan menganalisis kandungan ilmu morfologi yang
ditulis di dalam buku teks bahasa Arab pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
bermula dari buku teks kegunaan pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima bagi
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Penilaian akan dibuat berdasarkan tiga kriteria
sahaja iaitu kandungan persembahan dan latihan. Pengumpulan data-data tersebut dilakukan
bagi mengetahui dan menilai kesesuaian isi kandungan ilmu morfologi yang ditulis untuk
kegunaan pelajar. Adalah diharapkan agar dapatan kajian ini akan memberikan gambaran
yang menyeluruh bagaimana ilmu morfologi ini didedahkan kepada pelajar dan berdasarkan
analisis yang akan dibuat, penulis berhasrat untuk mencadangkan pendekatan yang sesuai
berdasarkan ciri-ciri bahasa Arab yang berbeza daripada bahasa Melayu, dan mengikut
tahap umur serta keperluan pembelajaran itu sendiri. Dapatan ini akan membantu pihak yang
berkepentingan iaitu Kementerian Pelajaran, penulis buku teks, guru- guru dan para pelajar
sendiri dalam usaha meningkatkan pencapaian penguasaan dalam bahasa Arab di Malaysia
secara amnya.
PENDAHULUAN
Bahasa Arab merupakan pecahan daripada rumpun bahasa Semitik yang masih mengekalkan
ciri-ciri klasiknya sehingga hari ini. Bagi menguasai Bahasa Arab, seseorang itu perlu
mempelajari dua belas cabang ilmu Bahasa Arab (Abdul Malik as Sa'die, 1993:17). Antara
cabang ilmu tersebut adalah ilmu nahu (sintaksis) dan ilmu morfologi. Ilmu morfologi adalah
kajian berkaitan dengan perkataan, manakala ilmu nahu itu sendiri merupakan perbahasan
mengenai ayat. Justeru, sebelum seseorang mempelajari nahu,

seseorang itu

mestilah

mempelajari ilmu morfologi Arab. Pada peringkat ini, ilmu morfologi mempunyai fungsi asas
yang amat penting dan mesti dikuasai. Maka dengan itu ilmu morfologi mesti diperjelaskan
190

dengan sebaiknya dan disampaikan dengan cara yang sepatutnya agar tujuan akhir daripada
mempelajari nahu Bahasa Arab akan dapat dicapai. Sesungguhnya tujuan utama daripada
pembelajaran nahu itu supaya dapat menggunakan ungkapan yang betul dan pertuturan yang
selamat (Zabyah al-Saliti, 2002:24).
PERNYATAAN MASALAH
Pengajian bahasa Arab telah sekian lama dilaksanakan di Malaysia, serentak dengan
kedatangan Islam ke Tanah Melayu ketika itu. Menurut W.M Saghir pengajian bahasa Arab
telah pun berlangsung sejak kedatangan Islam di rantau ini iaitu pada abad kedua belas lagi
(dipetik daripada Ahmad Nazuki@ Marzuki Yaaub, 2006:1). Dalam usaha memenuhi
keperluan negara, kerajaan telah menubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA) bermula tahun 1977. Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan sistem
pendidikan negara. Proses penambahbaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah
agama sesuai dengan perkembangan Kementerian Pelajaran pada masa itu telah
mengusahakan agar sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama diselaraskan
dengan sekolah menengah harian. Sukatan pelajaran bahasa Arab yang berbeza dan tidak
seragam telah disatukan dan dibina secara khusus untuk pelajar-pelajar SMKA. Sejak
penubuhannya hinggalah sekarang, sukatan matapelajaran Bahasa Arab telah digubal dan
dipinda beberapa kali di bawah KBSM, sehinggalah perkembangan terkini bermula pada
tahun 2011, sukatan baru diperkenalkan di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) (BPI, 2012). Pada masa yang sama juga, beberapa edisi buku teks bahasa Arab telah
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berdasarkanperubahan kurikulum
tersebut.
Walau bagaimanapun, prestasi pelajar dalam penguasaan Bahasa Arab khususnya
tatabahasa Arab didapati semakin merosot . Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan
antaranya oleh Abdul Aziz Musa (1998), Che Kamarudin Kamel Che Muhammad (1999 )
dan Abdul Ghani Md Hassan (1999), antara dapatan mereka bahawa pelajar yang mempunyai
masalah lemah dalam penguasaan Bahasa Arab didapati sangat lemah dalam pengetahuan
asas bahasa. Che Radiah Mezah (2009: 4) telah membuat kesimpulan bahawa kelemahan
utama pelajar dalam bidang penulisan adalah dalam aspek morfologi yang melibatkan aspek
kata dan penggunaannya dalam ayat. Tamam Hasan (2001:205) telah menyenaraikan lapan
asas yang mesti diambil kira dalam penentuan makna di dalam sesebuah ayat. Perkara yang
ketiga adalah as sighah atau disebut sebagai pola. Pola perkataan pula adalah merupakan
191

satu bidang kajian morfologi. Sejak dahulu Ibn Usfur (dalam Umar Mukhtar Walad Abah,
1996:274)

telah menegaskan bahawa ilmu morfologi

itu hendaklah dipelajari dahulu

sebelum mempelajari ilmu ilmu bahasa Arab yang lain. Hujah beliau bahawa mempelajari
tentang perkataan patut didahulukan sebelum pembelajaran tentang frasa atau ayat.
Bagi meneliti kandungan ilmu morfologi yang disampaikan kepada para pelajar,
hanya terdapat satu rujukan rasmi sahaja iaitu dengan meneliti buku teks bahasa Arab pelajar
yang disediakan oleh Bahagian Buku Teks, KPM. Menurut Kamarul Zaman Abd Ghani
(2011:54) buku teks merupakan bahan asas dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia.
Beliau telah memetik kenyataan daripada Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Islam
dan Moral (JAPIM:2001) :
" Buku teks BAK dan BAT adalah antara bahan pengajaran dan pembelajaran yang
paling dominan dan sering digunakan sebagai sumber pemerolehan ilmu sejak sistem
pendidikan formal Bahasa Arab dijalankan di sekolah. Buku teks Bahasa Arab merupakan
buku khusus yang digunakan untuk menyampaikan pelajar pengetahuan dan kemahiran
Bahasa Arab."
Persoalannya, adakah tajuk-tajuk ilmu morfologi yang ditulis dalam buku teks bahasa
Arab yang disediakan oleh KPM memenuhi dan mencakupi keperluan pengetahuan asas
pelajar-pelajar SMKA dalam bahasa Arab, dan adakah ia dipersembahkan berdasarkan
pemeringkatan isi yang sesuai dengan tahap para pelajar daripada tingkatan satu hingga
tingkatan lima dan dalam masa yang sama mengambil kira perbezaan dan persamaan ciri
bahasa antara bahasa Arab dan bahasa Melayu? Begitu juga dengan pemberatan aktiviti
latihan dan penilaian dalam ilmu morfologi, adakah ia mencukupi sehingga mampu
menjadikan pelajar-pelajar SMKA benar-benar dapat menguasai asas ilmu bahasa Arab itu
sendiri?
Oleh itu, satu kajian kualitatif berbentuk deskriptif dan analisis perlu dijalankan
bertujuan untuk meninjau apakah isi kandungan ilmu morfologi yang ditulis dalam buku teks
bahasa Arab. Data tersebut akan dianalisis berdasarkan tema tema tertentu seperti
kesesuaian kandungan, kesesuaian persembahan dan lain-lain lagi. Hasil daripada analisis
tersebut diharap agar penulis dapat memberikan cadangan penambah baikan sama ada dari
segi kandungan mahupun persembahan berdasarkan dapatan dan kajian yang telah dibuat
oleh mereka yang mahir dalam bidang pembelajaran bahasa kedua atau ketiga. Semoga
dengan cadangan tersebut, kandungan buku teks tidak lagi menjadi satu isu yang besar dan

192

sering dipersalahakan kerana telah dianggap gagal menterjemahkan objektif pembelajaran


Bahasa Arab itu sendiri.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini berhasrat untuk :
1. Meninjau isi kandungan ilmu morfologi Arab di dalam buku teks kegunaan pelajar
daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima.
2. Menganalisis kandungan pembelajaran ilmu morfologi Arab di dalam buku teks
kegunaan pelajar daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima.
3. Menjelaskan pendekatan yang sesuai dalam menyusun tajuk-tajuk morfologi bagi
tujuan pembelajaran tatabahasa Arab.

PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tajuk-tajuk morfologi yang terkandung dalam buku teks Bahasa Arab
daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima ?
2. Bagaimanakah pemberatan kandungan ilmu morfologi pada setiap tahap buku teks
tersebut ? dan bagaimankah ia dipersembahkan?
3. Apakah pendekatan yang sepatutnya diambil dalam menyusun tajuk-tajuk morfologi
di dalam buku-buku teks tersebut ?

KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini cuba mengenalpasti tajuk-tajuk utama kandungan ilmu morfologi Arab di dalam
buku teks bahasa Arab yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi kegunaan
para pelajar dan guru. Selain

itu kajian ini juga bertujuan meninjau pendekatan yang

digunakan dalam penulisan tersebut. Kajian kandungan buku teks amat perlu dalam konteks
Malaysia " kerana pembelajaran bahasa Arab di Malaysia, buku teks merupakan asas dalam
pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah (Kamarul Zaman Abd Ghani, 2011: 54).
Kajian ini memberi kepentingan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan
Pelajaran Negeri, pihak pentadbir sekolah, guru dan murid.
Hasil dapatan kajian di harap dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
menilai kurikulum bahasa Arab yang telah dibuat seterusnya membuat penambahbaikan
193

khususnya dalam bidang ilmu morfologi memandangkan kepada kepentingannya dalam


usaha menguasai bahasa Arab. Dapatan ini boleh dijadikan rujukan oleh pihak yang
menyusun kurikulum bahasa Arab begitu juga penulis-penulis yang akan menulis dalam buku
teks pelajar.
Kajian ini juga memberi kepentingan kepada pihak jabatan pelajaran negeri dan juga
pihak sekolah dalam memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tidak
mengabaikan sebahagian tajuk daripada ilmu bahasa Arab khususnya yang berkaitan dengan
ilmu morfologi Arab. Setiap tajuk hendaklah diberikan pemberatan yang sesuai dengan
objektif mata pelajaran yang telah ditetapkan. Pihak jabatan juga boleh mengadakan siri
kursus atau bengkel dalam uasaha memantapkan pendekatan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran dengan maklumat-maklumat terkini yang disokong oleh kajian-kajian.
Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan dan panduan untuk guru-guru dalam
membuat persediaan pengajaran samada berkaitan kandungan ataupun teknik yang sesuai
juga dalam membina bahan bantu mengajar (BBM) yang boleh digunakan dalam
menyampaikan tajuk morfologi kepada para pelajar.
Kepentingan kajian yang paling besar adalah diharapkan ia dapat membantu para
pelajar memahami dan menguasai ilmu morfologi Arab sebagai satu asas yang amat penting
agar mereka dapat menguasai peringkat pembelajaran tatabahasa seterusnya, disamping dapat
mengekalkan daya tumpuan dan minat berdasarkan pendekatan yang dicadangkan. Maka
diharapkan dengan kajian ini, prestasi para pelajar akan meningkat dalam pencapaian mereka
dalam bahasa Arab.

BATASAN KAJIAN
Kajian ini dibuat berdasarkan kepada amalan dan perkembangan semasa pendidikan bahasa
Arab seperti yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Rujukan Kurikulum
adalah kurikulum semasa, iaitu sebelum kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
dilaksanakan secara menyeluruh. Kajian ini hanya menumpukan kepada kandungan ilmu
morfologi Arab yang terdapat di dalam buku teks bahasa Arab yang disediakan oleh
Bahagian Buku Teks, KPM bagi kegunaan pelajar-pelajar SMKA. Sebanyak 5 buah buku
teks Bahasa Arab yang mewakili setiap tahap iaitu daripada tingkatan satu hingga tingkatan
lima merupakan sampel kajian. Bagi temu bual yang dijalankan pula, penulis hanya akan
melaksanakannya terhadap beberapa partisipan
menengah di Negeri Sembilan sahaja.
194

yang mengajar bahasa Arab di sekolah

DEFINASI OPERASI KAJIAN


1. Penekanan: perihal menekan (menekankan) iaitu sangat-sangat mementingkan,
mengutamakan, menitikberatkan, menegaskan (Kamus Dewan, 2007: 1629). Dalam kajian
ini, penulis berhasrat untuk meninjau sejauh mana penekanan yang diberikan oleh buku teks
bahasa Arab terhadap ilmu morfologi, dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.

2. Ilmu morfologi Arab merujuk kepada ilmu tentang hukum-hukum berkaiatan pembinaan
sesebuah perkataan yang terdiri daripada beberapa huruf. Huruf huruf ini antaranya menjadi
asal atau tambahan, sihah, I'lal, ibdal dan seumpamanya. Ilmu ini boleh dibahagikan kepada
dua iaitu :
Pertama: perubahan pola sesuatu perkataan kepada pola yang lain berdasarkan makna yang
dikehendaki. Contohnya, perubahan daripada pola masdar kepada pola kata kerja kala
lampau, dan kata kerja kala kini, atau kepada pola nisbah dan tasghir .
Kedua: perubahan (huruf) di dalam binaan sesebuah perkataan yang tidak melibatkan
perubahan makna tetapi disebabkan oleh berlakunya ibdal, hazf, qalb dan idgham (Mustafa
al-Ghilayini, 1999: Juzuk 1, 207).

3. Buku teks yang dimaksudkan di sini adalah sebagaimana pentakrifan yang diberikan oleh
UNESCO iaitu " A textbook is a book which an exposition of generally accepted principles in
one subject, intended primarily as a basis for instruction in classroom or pupil-book-teacher
situation." Cambridge International Dictionary of English menyebutkan bahawa buku teks
adalah "A book that contains detailed information about a subject for people who are
studying that subject" (dipetik daripada Bahagian Buku Teks KPM, 2010). Dalam kajian ini,
buku teks adalah merujuk kepada buku teks bahasa Arab yang diperakukan olah Bahagian
Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia, yang mula digunakan pada tahun 2008
(tingkatan satu) dan 2012 (tingkatan lima).

KAJIAN ILMU MORFOLOGI


Tatabahasa Arab sejak dahulu membawa maksud perbahasan berkaitan nahu (tatabahasa) dan
tidak melibatkan perbahasan dalam saraf (morfologi). Namun, sejak kemunculan al-Khalil
Ibn Ahmad al-Farahidi hinggalah al-Mazini, tatabahasa Arab (nahu) telah mengumpulkan
kedua-dua cabang ilmu tersebut (sintaks dan morfologi)(Zabyah al-Saliti, 2002: ). "Ini kerana
sintaks hanya akan memberi makna setelah melihat makna yang terkandung dalam pola
195

sesebuah perkataan. Kerana itulah kita mendapati dalam kalangan sarjana nahu sendiri sangat
sukar untuk memisahkan antara sintaks dan juga morfologi".(Hasan, 2001). Oleh sebab itu,
pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia merangkumi kedua-dua bidang tersebut di bawah
nama qawaid (tatabahasa). Walaupun diletakkan dibawah satu nama, sebagaimana yang
telah diperjelaskan, setiap satunya mempunyai perbahasan yang tersendiri namun saling
berkait antara satu sama lain.
Menurut Mat Taib Pa, pengajaran Bahasa Arab di Malaysia diperingkat awal dan
menengah adalah bersifat kemahiran dan bukannya sebagai ilmu pengkhususan. Bertolak
daripada itu, beliau mencadangkan

dasar-dasar pengajaran nahu Arab antara lainnya

menyatakan, memastikan pelajar-pelajar menguasai dan mahir dalam kaedah-kaedah


sintaksis dan morfologi asas yang merupakan tonggak kepada struktur nahu arab yang lain.
Tanpa penguasaan kaedah morfologi, gambaran pelajar tentang bahasa Arab adalah pincang
dan struktur nahu lain tidak dapat difahami dengan jelas. Menurut beliau lagi, penekanan
harus diberikan kepada bentuk / pola perkataan dan perbezaan-perbezaannya.(Ismail & Pa,
2006)
Abdul Aziz Musa (1998: 69-70), dalam tesisnya bertajuk "Pengajaran Nahu Bahasa
Arab; Satu Kajian Kes Di Maahad Muhammadi Kota Bharu", Kelantan telah membuat kajian
pengajaran Bahasa Arab di sekolah tersebut yang menggunakan 2 sukatan pembelajaran
tatabahasa, iaitu aliran perdana dan aliran thnanawi. Antara dapatan beliau adalah tahap
penguasaan tatabahasa dalam kalangan pelajar amat lemah sekali, sehinggakan ramai pelajar
menganggap pelajaran tatabahasa
difahami. Dapatan berikutnya

adalah pelajaran yang susah dan buku teksnya sukar

menyatakan pelajar kurang mempunyai asas yang kukuh

dalam pelajaran nahu. Ini bermakna kelemahan pelajar dalam ilmu tatabahasa Arab bermula
daripada peringkat asas. Meskipun pelajar tersebut mendapat pendedahan yang banyak
melalui dua sukatan berbeza dalam pengajian nahu Arab, penguasaan pelajar masih lagi pada
tahap amat lemah sekali.
Che Kamarudin Kamel Che Muhammad (1999:70-74), pula merumuskan dalam tesis
beliau, "Satu Kajian Penguasaan Nahu Bahasa Arab Peringkat Menengah Dalam Kalangan
Pelajar Sekolah Menengah Agama Arab", turut menegaskan bahawa pelajar masih tidak
mengetahui banyak perkara asas dalam pelajaran nahu Arab. Kesannya mereka tidak dapat
menguasai tajuk-tajuk lain yang diajar, kerana setiap tajuknya berkait rapat antara satu sama
lain. Dalam huraiannya, beliau menyatakan pelajar tidak mampu membezakan kata kerja
(kala) kini dan kata kerja (kala) lampau dalam khabar jumlah fi'liyah. Selain itu pelajar juga
196

tidak mampu mengubah suai perkataan dengan menambahkan beberapa huruf seperti alif dan
lam, alif dan nun, wau dan nun serta menukarkannya kepada kata terbitan (masdar) dan
sebagainya.
Dapatan ini diperteguhkan lagi dengan rumusan hasil kajian Abdul Ghani Md Hassan
(dalam Sahabuddin Salleh, 2003: 18) dalam tesis beliau, "Kesilapan Membina Ayat Asas
Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah", menyatakan rata-rata pelajar tidak berminat
dengan matapelajaran Bahasa Arab. Keadaan ini timbul ekoran kelemahan penguasaan
tatabahasa dan perbendaharaan kata yang didorong daripada sikap malas melakukan hafalan
serta tidak mampu mengingati tasrif (sistem morfologi bahasa Arab).
Che Radiah Mezah (2009: 6) dalam tesis beliau, "Kesilapan Leksikal Dalam
Pembelajaran Bahasa Arab" telah menjelaskan "bahawa perbendaharaan kosa kata
memainkan peranan yang sangat penting untuk berkomunikasi sama ada secara lisan
mahupun tulisan. Penguasaan bahasa dilihat berkait rapat dengan jumlah kosa kata yang
dikuasai kerana ia memberi kesan kepada kefahaman dalam bacaan, kepetahan bertutur dan
kemahiran menulis." Berdasarkan kajian analisis kesilapan bahasa yang telah dijalankan,
beliau menyatakan antara punca kesilapan leksikal adalah kesilapan dalam penggunaan
bentuk/ pola perkataan yang terdapat dalam penulisan. Beliau menjelaskan pelajar dilihat
masih belum memahami fungsi pola atau bentuk kata bahasa Arab seperti pola kata kerja
berimbuhan. Justeru beliau menyeru agar bidang morfologi diberi perhatian serius di
peringkat sekolah (65).
Kajian yang telah dijalankan oleh Abdul Aziz Musa, Che Kamarudin Kamel Che
Muhammad Abdul Ghani Md Hassan, adalah merupakan kajian tentang penguasaan pelajar
dalam nahu yang bersifat menyeluruh, namun tidak membincangkan kesan ilmu morfologi
secara langsung, akan tetapi dalam dapatan mereka telah dinyatakan antara faktor kelemahan
penguasaan pelajar dalam Bahasa Arab berpunca dari kelemahan mereka menguasai asas
tatabahasa itu sendiri. Kajian Che Radiah Mezah antara lain telah menjelaskan bahawa asas
kepada penguasaan bahasa adalah berpunca daripada aspek penguasaan kata, secara tidak
langsung mengaitkannya dengan kelemahan pelajar dalam bidang morfologi Arab di mana
pelajar tidak mampu pola/ bentuk perkataan serta fungsinya.
Bebeza dengan kajian lepas yang mengkaji pencapaian pelajar dalam penguasaan
asas ilmu morfologi, penulis berhasrat untuk mengkaji apakah kandungan ilmu morfologi
yang telah disediakan untuk para pelajar tersebut, kerana dalam proses pembelajaran dan
pengajaran, penyediaan bahan atau teks yang akan digunakan merupakan prasyarat yang
197

utama sebelum penilaian terhadap faktor-faktor pemerolehan bahasa yang lain seperti faktor
guru, faktor murid mahupun faktor persekitaran diambil kira.

KAJIAN KANDUNGAN BUKU TEKS


Arif Kharkhy (1994: 183) menjelaskan bahawa apa sahaja teknik yeng terkini dan dianggap
maju dalam pengajaran bahasa Arab semuanya saling berkait rapat dengan beberapa faktor
yang lain seperti kurikulum bahasa Arab, buku teks yang digunakan, alat-alat bantu
mengajar, bilangan pelajar, tahap pencapaian pelajar dalam bahasa Arab dan kemampuan
mereka, masa yang diperuntukkan dan peruntukan masa guru dalam pengajaran. Oleh itu
peranan buku teks di sini tidak dapat dinafikan lebih-lebih lagi dalam konteks pembelajaran
bahasa kedua atau bahasa asing di Malaysia.
Ab Halim Mohamad (dalam Muhammad Haron Husaini dan Khairul Anuar Ahmad,
2008: 433) dalam kajian beliau "Buku Teks Bahasa Arab di Malaysia, Antara Teori
Pengajaran dan Realiti" telah menyenaraikan sebelas ciri penting bagi sebuah buku teks yang
baik bagi pelajar IPT , iaitu objektif, bersepadu, peringkat pelajar, latihan, contoh, konteks,
faedah, perlu, berperingkat-peringkat, penting, jelas dan senang.
Kajian analisis kandungan buku teks bahasa Arab masih lagi kurang dijalankan di
Malaysia. Kajian- kajian berkaitan buku teks telah dijalankan oleh pengkaji terdahulu pula
memfokuskan pada bidang atau kemahiran yang berbeza. Contohnya kajian Kamarul Zaman
Abdul Ghani (2011). Tajuk tesis beliau adalah "Kebolehbacaan Buku Teks Bahasa Arab
Tinggi Berasaskan Ujian Kloz Dalam Bahasa Arab ." Antara dapatan kajian beliau adalah
kebolehbacaan buku teks Bahasa Arab Tinngi Tingkatan 4 berada pada tahap kecewa iaitu
tidak sesuai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau lagi, pihak berwajib
seharusnya ambil kira tahap kebolehbacaan teks yang disediakan. Kajian beliau hanya
meliputi petikan-petikan beberapa karangan yang terdapat dalam buku tersebut. Secara tidak
lansung kajian ini menuntut satu penambah baikan dalam membina kandungan buku teks.
Terdapat satu kajian yang dijalankan oleh Azharudin Ahmad Zakaria (2005). Tesis
beliau bertajuk "Penggunaan Buku Teks Dalam Pengajaran Bahasa Arab di Sekolah Rendah
Agama, Satu Kajian Kes." Kajian beliau memfokuskan kepada tahap penggunaan buku teks
dalam kalangan guru di sekolah-sekolah tersebut. Kesimpulan yang dibuat oleh beliau adalah
guru-guru tidak berpuas hati dengan kandungan buku teks. Mereka juga berpendapat buku
teks tersebut tidak dapat memenuhi kehendak pembelajaran pelajar. Buku teks yang dikaji
oleh beliau bukan buku teks yang dikeluarkan oleh Bahagian Buku Teks, KPM, namun
198

penulis dapat melihat kesan pembinaan kandungan sesuatu buku teks terhadap proses
pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah agama di Malaysia.
Mohd Zuhir Abd Rahman (2005) juga telah menjalankan kajian terhadap buku teks
KBSM Bahasa Arab Komunikasi. Tajuk tesis beliau "Penilaian Dalam Pembelajaran: Satu
Kajian Buku Teks KBSM Bahasa Arab Komunikasi." Dalam tesisnya, beliau memberi fokus
hanya kepada kajian terhadap soalan-soalan latihan yang terdapat di dalam buku teks
tersebut. Korpus soalan dikumpul dan dianalisis berdasarkan aspek kemahiran asas
berbahasa, aspek tatabahasa dan aspek penggunaan perbendaharaan kata. Antara dapatan
utama beliau adalah peratusan terbesar latihan adalah dalam aspek kemahiran asas bahasa
iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis sebanyak 74.9%. Diikuti dengan latihan
perbendaharaan kata sebanyak 17.1% dan yang terakhir latihan tatabahasa sebanyak 8%.
Latihan kemahiran asas bahasa mendominasi jenis latihan tersebut kerana buku teks tersebut
ditulis untuk mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi yang memberi fokus kepada
kemahiran berbahasa. Namun begitu, mata pelajaran ini telah ditukar kepada mata pelajaran
Bahasa Arab sahaja pada tahun 2008, dan pendekatan komunikasi tidak lagi digunakan
dalam buku teks yang baharu.
Terdapat satu kajian oleh Heng Buai Chin, Neo Kian Sen dan The Hong Siok (2009)
yang mengkaji kandungan bahan pengajaran (buku teks) bagi Kursus Bahasa Mandarin di
Unitersiti Teknologi Mara (UiTM). Tajuk tesis mereka adalah "Penilaian Bahan Pengajaran
Kursus Bahasa Mandarin di UiTM." Kajian ini berbentuk gabungan kualitatif dan kuantitatif,
dan kedah yang digunakan adalah kaedah tinjauan, temu ramah dan analisis isi kandungan.
Sampel kajian pula adalah daripada kalangan pelajar dan pensyarah bahasa Mandarin di
UiTM.

Antara dapatan penting kajian adalah dalam penilaian para pelajar, isi kandungan

pelajaran buku teks satu (Huayu 1) dipersetujui paling sesuai, buku teks kedua (Huayu 2)
dipersetujui sebagai kedua sesuai dan buku teks ketiga (Huayu 3) dianggap perlu dibuat
sedikit penyemakan semula. Bagi penilaian pensyarah pula, didapati kebanyakan bahan
pengajaran yang sedang digunakan dalam ketiga-tiga buku tersebut masih sesuai dan
dianggap penting, walaupun ada cadangan agar bahan-bahan yang terdapat dalam buku
tersebut dirombak dan disusun semula dalam topik-topik tertentu.
Pengkaji juga mendapati panel penulis buku tersebut mempunyai banyak pengalaman
dalam mengembang dan membangunkan bahan pengajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa
kedua. Mereka telah memberi perhatian dalam pelbagai aspek, antaranya mereka perlu
memastikan kandungan buku-buku itu dapat memenuhi kehendak sukatan pelajaran dan
199

keperluan pelajar. Mereka juga perlu mengambil kira jumlah jam kuliah dan kebolehan
pelajar.
Melihat kepada peri pentingnya peranan buku teks dalam proses pembelajaran dan
pengajaran bahasa Arab, penulis merasakan satu keperluan bagi membuat kajian daripada
aspek yang belum dikaji dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab

iaitu aspek

analisis kandungan dalam buku teks bahasa Arab yang digunakan pada hari ini, bagi melihat
sejauh mana ia menepati kehendak pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua atau
bahasa asing di SMKA.

METODOLOGI KAJIAN
Bab ini akan menjelaskan secara terperinci mengenai metodologi yang digunakan dalam
kajian ini. Beberapa teknik membuat kajian digunakan untuk mendapatkan maklumat dan
data yang signifikan mengenai tajuk ini. Di dalam bab ini akan dibicarakan tentang
rekabentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur menjalankan kajian dan
prosedur penganalisisan data.

Reka Bentuk Kajian


Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen dengan
rekabentuk kajian analisis kandungan. Kajian ini akan melibatkan data dianalisis dan
dihuraikan secara deskriptif. Data-data diperolehi daripada analisis terhadap kandungan ilmu
morfologi yang terdapat dalam buku teks Bahasa Arab tingkatan satu hingga tingkatan lima
sukatan KBSM terkini bagi bahasa Arab. Seterusnya pengkaji akan menjalankan temubual
terhadap beberapa orang guru bahasa Arab yang berpengalaman mengajar daripada beberapa
sekolah bagi mendapatkan pendapat dan pandangan mereka tentang

kandungan ilmu

morfologi di dalam buku teks.


Pensampelan
Kajian ini akan memfokuskan kepada buku teks sebagai sampel kajian. Kajian ini akan
menganalisi kandungan ilmu morfologi dalam lima buah buku teks bahasa Arab yang
diperakukan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia. Siri Buku teks yang
akan dikaji telah mula digunakan sejak tahun 2007 hingga sekarang. Buku tersebut adalah :

200

Bil

Nama Buku Teks

Penerbit

Bahasa Arab Tingkatan Satu

Synergymate Sdn. Bhd

Bahasa Arab Tingkatan Dua

Aras Mega Sdn. Bhd.

Bahasa Arab Tingkatan Tiga

Cerdik Publication Sdn. Bhd.

Bahasa Arab Tingkatan Empat

Aras Mega Sdn. Bhd.

Bahasa Arab Tingkatan Lima

Cerdik Publication Sdn. Bhd.

Sampel untuk temubual pula diambil daripada beberapa orang guru yang mengajar
matapelajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah di Negeri Sembilan. Bilangan sampel tersebut
ialah seramai 14 responden.
Instrumen Kajian
Di dalam kajian ini, penulis menggunakan instrumen analisis kandungan dan temubual bagi
mengumpul dan mendapatkan data. Bagi tujuan analisis kandungan ilmu morfologi bahasa
Arab dalam buku teks, penulis akan membaca dan membuat penelitian terhadap keseluruhan
isi kandungan bagi tajuk-tajuk ilmu morfologi atau isi-isi kandungan yang berkaitan
dengannya walaupun tidak dinyatakan secara jelas bahawa ia merupakan sebahagian daripada
perbincangan ilmu morfologi. Tiga jenis borang analisis dan catatan/ semakan (Hasnan Basri,
2004: iii) telah dibina dan digunakan untuk tujuan tersebut, iaitu :
a) Borang analisis kandungan ilmu morfologi
b) Borang analisis penilaian aktiviti dan latihan
c) Borang analisis persembahan isi kandungan

Satu set soal selidik telah dibentuk untuk digunakan dalam temu bual semi
berstruktur. "Soalan-soalan dalam temu bual semi berstruktur ditentukan terlebih dahulu
tetapi jawapan kepada soalan-soalan tersebut adalah terbuka, boleh dikembangkan mengikut
budi bicara penemu bual dan partisipan (Othman Lebar, 2012: 122). Soalan ini direka khas
untuk mendapatkan maklumat mengenai dapatan dan pandangan mereka tentang pendekatan
yang sesuai dalam menyusun tajuk-tajuk morfologi bagi tujuan pembelajaran tatabahasa
Arab dan juga kandungan ilmu morfologi di dalam buku teks bahasa Arab.
Bagi instrumen soal selidik semi berstruktur, item-item yang terkandung di dalamnya
adalah menyentuh ketiga-tiga aspek kajian di atas dan ditambah lagi dengan dua item yang
201

lain iaitu, permasalahan dalam pembelajaran ilmu morfologi dan strategi atau pendekatan
yang efektif dalam pembelajaran ilmu morfologi.

Prosedur Menjalankan Kajian


Kajian dilakukan berasaskan dua sumber utama iaitu data primer dan data sekunder. Data
sekunder diperolehi melalui kajian ke beberapa perpustakaan awam dan pusat pengajian
tinggi iaitu Universiti Malaya, Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.
Penulis juga melayari internet untuk ke laman-laman web berkaitan dengan strategi
pembelajaran bahasa kedua. Bahan-bahan rujukan pula terdiri daripada jurnal-jurnal bahasa,
buku-buku, tesis, disertasi, laporan kajian, dan lain-lain.
Bagi mendapatkan data-data primer, penulis akan menghubungi terlebih dahulu
semua pastisipan bagi mendapatkan persetujuan mereka seterusnya menetapkan masa dan
tempat bagi pelaksanaan temu bual itu nanti. Sekiranya proses ini terpaksa dilakukan pada
hari persekolahan, penulis akan memohon kebenaran daripada Ketua Jabatan atau Pengetua
bagi tujuan tersebut. Data data akan direkodkan secara rakaman mp3 dan juga mengambil
nota semasa temu bual. Ini bagi memastikan segala maklumat dan dapatan dapat direkod
dengan baik. Langkah seterusnya adalah dengan log temu bual, sebagaimana yang
dicadangkan oleh Merriam (2001) (dalam Othman Lebar, 2012: 134). Ini kerana transkripsi
secara penuh memerlukan masa dan tenaga yang banyak.

Prosedur Penganalisisan Data


Analisis terhadap buku teks akan dibuat mengikut tema yang dibuat oleh Tay Meng Guat
(2010: 7-11) dalam kajian beliau, "Pandangan Guru Pelatih Terhadap Buku Teks Bahasa
Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah." Tema yang akan digunakan adalah seperti
berikut :
1. Kandungan
Bil.

Perkara

Kandungan buku teks sesuai dengan perkembangan semasa

Fakta tepat dan terkini.

Isi kandungan memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan


Kebangsaan (FPK)
Pemilihan bahan sesuai dengan kumpulan sasar.

4
5

Mengandungi aspek pengetahuan yang hendak dikuasai


murid.
202

2. Penilaian aktiviti dan latihan


Bil.

Perkara

Menarik dan kreatif

Pelbagai

Meransang dan mencabar

Praktikal, logikal dan realistik

Menepati keperluan kumpulan sasaran.

3. Persembahan isi kandungan


Bil.

Perkara

Persembahan bahan mempunyai kesinambungan


bertautan.
Pengolahan bahan teks jelas dan sistematik.

Pengolahan bahan grafik jelas dan sistematik.

Pengolahan bahan mudah difahami/ diikuti dan mesra


pengguna.
Murid-murid berpeluang meningkatkan kemahiran secara
berperingkat dan progresif.

dan

Data data daripada temu bual semi berstruktur akan disusun semula mengikut
kategori dan pengekodan berdasarkan aspek yang dinyatakan di atas.

PENUTUP
Bab tiga di atas telah menerangkan mengenai metodologi kajian, perkaedahan yang
digunakan seperti rekabentuk, responden, instrumen kajian, kaedah pengumpulan data dan
prosedur penganalisaan data.

BIBLIOGRAFI
Abdul Azizi Musa, (1998 ). Pengajaran Nahu Bahasa Arab; Satu Kajian Kes di Maahad
Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan . 69-70.
Abdul Ghani Hassan, (1999). Kesilapan Membina Ayat Asas Dalam Kalangan Pelajar
Sekolah Menengah.
Abdul Malik as-Sa'di, (1993). Izalat al-Quyud 'an Alfazi al-Maksud Fi Fan as-Sarf. Ramadi,
Baghdad : Dar al-Anbar .
203

Arif Kharkhy Khudhairy. (1994). Ta'lim al-lughat al-'Arabiyah li ghair al-'Arab Dirasat fi
al-Manhaj wa Turuq al-Tadris. Kaherah: Dar Al-Saqafah lil al-Nasyr wa al-Tauzi'.
Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010 ). Retrieved from
http://www.moe.gov.my/bbt/bukuteks
Bahagian Pendidikan Islam
http://www.bpi.edu.my

BPI,

KPM.

(2012,

Mac).

Retrieved

from

Che Kamarudin Kamel Che Muhammad. (1999). Satu Kajian Penguasaan Nahu Bahasa Arab
Peringkat Menengah Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Arab. 70-74.
Che Radiah Mezah (2009). Kesilapan Leksikal Dalam Pembelajaran Bahasa Arab. Serdang,
Selangor Darul Ehsan: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Hasnan Basri, (2004). Unsur Pemikiran Kretif Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Satu
KBSM. Kuala Lumpur: Universiti Malaya .
Heng B.C; Neo K.S; Teh H.S. (2009). Penilaian Bahan Pengajaran Kursus Bahasa
Mandarin di UiTM. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara.
Irma Martini Mad Yasim ; Khairil Anwar Salim ; Wan Umi Suraya Wan Ismail;. (2010). alLughah al-Arabiyah lil as-Sanah as-Salisah. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan:
Cerdik Publication Sdn .
Kamus Dewan . (2007 ). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mat Nawi Mat Jusuh; Mohd Ridzwan Hj Abd Rasyid; Mohd Zaini Sejo. (2010). al-Lughah
al-Arabiyah lil as-Sanah ar-Rabiah, Bahasa Arab Tingkatan Empat. Kajang, Selangor
Darul Ehsan : Aras Mega Sdn Bhd.
Mohd Rosdi Ismail; Mat Taib Pa, (2006). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di
Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Mohd Zuhir Abd Rahman, (2005). Penilaian dan Pembelajaran: Satu Kajian Buku Teks
KBSM Bahasa Arab Komunikasi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Muhammad Nasruddin Mohd Hasim ; Mohd Zawawi Hj. Awang Hamat ; Aisah Hasmam ;.
(2008). al-Lughah al-Arabiyah lil as-Sanah as-Saniah, Bahasa Arab Tingkatan Dua.
(S. S. Baktal, Ed.) Kajang, Selangor Darul Ehsan: Aras Mega Sdn Bhd.
Muhammad Seman ; Muhammad Afifi Abdullah ; Rusli Othman ; Hasmadi Hamdan ;.
(2011). al-Lughah al-Arabiyah li as-Sanah al-Ula, Bahasa Arab Tingkatan Satu. (H.
S. Hasuna, Ed.) Semenyih,, Selangor Darul Ehsan: Sinar Jimat Sdn Bhd.
Nur Aina Sabariah Mat Isa; Zawiyah Ma'mur; Irma Martini Mat Yasim ;. (2011). al-Lughah
al-Arabiyah lil As-Sanah al-Khamisah, Bahasa Arab Tingkatan Lima. Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan : Cerdik Publication Sdn Bhd.
204

Othman Lebar, (2012). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metod.
Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tammam Hasan, (2001). Allughatul 'Arabiyah, Ma'naha, wa Mabnaha. Dar lbaidha',
Maghribi: Dar Atthaqafah .
Tay M.G, (2010) Pandangan Guru Pelatih Terhadap Buku Teks Bahasa Melayu Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah. Jurnal Penyelidikan IPG KBL , Jilid 9, 7-11.
Zabyah al-Saliti, (2002). Tadris an-Nahw al-Arabi fi Dhou' al-Ittijahat al-Hadithah. Dar alMisriyah al- Banatiyah.

205

You might also like