You are on page 1of 1

Tajuk: punca berlakunya pencemaran alam sekitar

Nilai: Kemapanan alam sekitar


Pada hari Isnin, 6 Oktober 2014 yang lepas, saya telah meluangkan masa untuk mencari pelbagai
maklumat tentang punca pencemaran alam sekitar secara menyeluruh. Saya juga telah menyumbang idea
untuk mencari maklumat melalui internet kerana isu ini semakin hangat diperkatakan. Saya juga telah
menyumbang tenaga dalam usaha mencari maklumat tambahan dengan menggunakan buku-buku rujukan
Geografi tahun lepas.
Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah pencemaran
alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab dan juga
tidak bermoral. Mereka tidak sedar bahawa kelakuan mereka seperti membuang sampah merata-rata
tempat telah membahayakan dan menjejaskan keseimbangan ekosistem. Dengan ini, saya akan lebih
prihatin terhadap isu semasa tentang pencemaran alam sekitar. Saya juga telah sedar bahawa menjaga
kebersihan alam sekitar merupakan tanggungjawab bagi semua manusia.
Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan kapal
terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya pencemaran alam sekitar.
Hal ini kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas yang
berbahaya. Dengan ini, saya akan rajin dengan memimpin kawan saya menaiki kenderaan awam untuk
menjadi teladan kepada remaja lain yang asih tidak tahu kebaikan menaiki kenderaan awam.
Antara punca lain penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pembakaran secara
terbuka. Pembakaran secara terbuka ini akan meningkat suhu bumi yang semakin tinggi dan
menyebabkan keadaan cuaca di bumi semakin panas. Dalam isu ini, saya akan bekerjasama dengan
masyarakat untuk membendung masalah pencemaran alam sekitar yang semakin serius ini. Saya akan
bertoleransi semasa menasihat dan memberitahu masyarakat yang tidak tahu kepentingan ekosistem dan
juga kesan yang akan dibawa oleh pembakaran terbuka. Saya juga akan selalu mengawal keadaan
kawasan perumahan saya dan membuat laporan kepada pihak berkuasa jika terjumpa sesiapa sedang
membuat pembakaran terbuka dengan barangan bertoksik tanpa kebenaran.
Kesimpulannya, saya telah sedar bahawa keseimbangan ekosistem adalah begitu penting sekali
dalam kehidupan manusia. Saya telah insaf bahawa saya perlulah memberikan perhatian yang lebih
terhadap masalah pencemaran alam sekitar yang semakin serius ini supaya generasi hadapan masih dapat
hidup dalam bumi yang masih bersih dan ceria. Melalui tugasan harian ini juga, saya telah mengambil
iktibar bahawa kerjasama masyarakat adalah penting untuk memelihara kebersihan alam sekitar. Saya
berjanji akan berubah sikap untuk menjadi seorang yang boleh bekerjasama dengan masyarakat di
sekeliling bagi bersama-sama memastikan keseimbangan ekosistem terjaga.

You might also like