You are on page 1of 13

TATABAHASA BAHASA MELAYU

Azhar Salleh
7645831
Munsyi Dewan DBP

witra@pd.jaring.my 012http://witra.blogspot.com

MORFOLOGI
PROSES PEMBENTUKAN KATA
1) Penggandaan
2) Pemajmukan
3) Pengimbuhan
4) Pengakroniman
PENGGANDAAN
Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata
dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau
penggandaan separa. Kata dasar boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan
rentak bunyi tertentu.
Tiga Jenis Penggandaan
a) penggandaan penuh
b) penggandaan separa c) penggandaan berentak
Penggandaan Penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar, sama
ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.
pulau-pulau
suku-suku
tinggi-tinggi
pemimpin-pemimpin
kehendak-kehendak
pelatih-pelatih
Penggandaan Separa
Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian daripada kata
dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.
Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.
berlari-lari
sepandai-pandai
berturut-turut
lelaki
tetamu
sesiku
Penggandaan Berentak
Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak
bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Penggandaan ini dibahagikan kepada tiga jenis.
Pengulangan vokal
Pengulangan konsonan
Bebas
sayur-mayur
gunung-ganang
anak-pinak
kuih-muih
mundar-mandir
saudara-mara
Kata ganda perlu diletakkan tanda sempang (-).

1
2
3
4
5
6
7
8
9

Tandakan (/) bagi ejaan yang betul.


ibu-bapa
(
)
ibu bapa
semak-samun
(
)
semak samun
sampah-sarap
(
)
sampah sarap
bukit-bukau
(
)
bukit bukau
mandi-manda
(
)
mandi manda
pinggan-mangkuk (
)
pinggan mangkuk
jimat-cermat
(
)
jimat cermat
sopan-santun
(
)
sopan santun
bersatu-padu
(
)
bersatu padu

(
(
(
(
(
(
(
(
(

)
)
)
)
)
)
)
)
)

10
1

rempah-ratus

)
rempah ratus
(
)
Pilih Ayat yang Betul
I
Banyak kanak-kanak yang belajar di situ menghidap demam selesema.
II
Kertas-kertas yang bersepah-sepah itu akan dibuang ke dalam bakul.
III
Mereka berehat sebaik sahaja tiba di rumah.
IV
Penonton saling tolak-menolak ketika keluar dari stadium.
Jawapan : ___________________
I

Di sungai itu, banyak buaya yang ganas-ganas muncul sejak akhir-akhir


ini.
II
Umat-umat Islam diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan.
III
Adik memasukkan semua rama-rama yang ditangkapnya itu ke dalam
balang kaca.
IV
Banyak reranting pokok itu sudah reput dan sekah.
Jawapan : ___________________

PEMAJMUKAN
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan
bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan
bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan
unsur lain.
Contohnya:
jalan raya
tengah hari
lebuh raya
warga kota
bandar raya
atur cara
kereta api
sari kata
Kata yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan.
antarabangsa
beritahu
bumiputera
jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
olahraga
matahari
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara
pesuruhjaya
perkataan yang tergolong dalam golongan kata tertentu dieja
bercantum juga
peribadi (kn)
peribahasa (kn)
dinihari (kn)
hulubalang (kn)
perikemanusiaan (kn)
sukacita (ka)
dukacita (ka)
kepada (ksn)
daripada (ksn)
apabila (kh)
manakala (kh)
padahal (kh)
darihal (kh)
barangkali (kh)
kadangkala (kh)
apakala (kh)
walhal (kh)
bagaimana (kt)
Pengimbuhan kata majmuk
Kata yang menerima awalan atau akhiran sahaja ditulis sebagai dua perkataan.
diambil alih
menerima pakai
kenal pastikan
Kata yang menerima apitan ditulis sebagai satu perkataan.
pengambilalihan
pengenalpastian
mencampuradukkan
Penggandaan kata majmuk
Kata yang dieja bercantum hendaklah digandakan keseluruhan kata atau unsur.
tandatangan-tandatangan
setiausaha-setiausaha
pesuruhjaya-pesuruhjaya
Kata yang ditulis terpisah digandakan pada unsur atau kata pertama sahaja.

alat-alat tulis
gambar-gambar rajah
Menteri-Menteri Besar
Tandakan (/) bagi ayat yang betul dan tandakan (X) bagi ayat yang salah
1
Pihak sekolah akan menubuhkan jawatan-jawatankuasa untuk mengatasi
masalah disiplin pelajar. (
)
2
Stor itu akan dijadikan tempat simpanan alat sukan-alat sukan. (
)
3
Balai-balai raya di seluruh negeri akan digunakan sebagai penempatan mangsa
banjir. (
)
4
Semua matapelajaran yang diambilnya amat sukar sekali. (
)
5
Berpandukan atur cara, majlis suai kenal itu akan berakhir pada jam 12.30
tengah hari. (
)
PENGIMBUHAN
Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan
dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:
1) awalan
2) akhiran
3) apitan
4) sisipan
Lengkapkan jadual kesalahan imbuhan di bawah.
SALAH
mengenengahkan
beserta
mempastikan
mengwujudkan
mengswastakan
patriotisma
perlaksanaan
perletakan
menakrifkan
peruntukkan
menakibatkan
perlesenan
pengembala
organisme
beserban
memperluaskan
memperhebatkan
memperteguhkan
mempertingkat
memperakui
kesesakkan
menggalakan
pengkebumian
memperkuasai
mempersetujui
kebaikkan
mengsabotaj
menyintai

BETUL
mengetengahkan
memastikan
patriotisme
pelaksanaan
mentakrifkan
peruntukan
mengakibatkan
pelesenan
organisma
berserban
memperhebat
memperteguh
mempertingkatkan
memperakukan
kesesakan
menggalakkan
menguasai
mensabotaj

SALAH
mengenepikan
memperolehi
mengkagumkan
merbahaya
nasionalisma
pesaraan
perlantikan
mekanisma
memperuntukan
perlabelan
pengwartaan
pemerosesan
pengemblengan
berkerjasama
memperindahkan
memperlebarkan
mempertajamkan
memperjernihkan
mempersembah
memperhalusi
kebanyakkan
persisiran
memperbaiki
memperdalami
keburukkan
perlancaran
mengalakkan
memasukan

BETUL
memperoleh
berbahaya
nasionalisme
mekanisme
pelabelan
pemprosesan
penggemblengan
bekerjasama
mempertajam
memperjernih
mempersembahkan
kebanyakan
pesisiran
mendalami
keburukan
pelancaran
memasukkan

PENGAKRONIMAN
Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku
kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan
ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.
Contohnya:
Bernama
- Berita Nasional Malaysia
Gapena
- Gabungan Penulis Nasional
Mara
- Majlis Manah Rakyat
kugiran
- kumpulan gitar rancak
BEBERAPA KESALAHAN TATABAHASA YANG LAZIM
1
Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di dengan imbuhan di
a) salah
- disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara
- di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan
b) betul
- di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara
- diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan
2
Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke
a) salah
- keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan
b) betul
- ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, kekasih
3
Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada
a) dari
- rumus A (arah), T (tempat), M (masa) = dari
- dari belakang, dari Perak, dari semalam
b) daripada - punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad
- sumber atau asal kejadian sesuatu benda
- perbezaan dan perbandingan
- daripada guru besar, daripada getah, daripada markah
4
Mengulang kata selepas penanda jamak (banyak)
a) salah
- semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
b) betul
- semua guru, segala alat, kebanyakan ahli
5
Tidak menggandakan kata bilangan himpunan
a) salah
- beratus orang, beribu penonton, berguni padi
b) betul
- beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi
6
Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan
a) salah
- paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali
b) betul
- paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali
7
Menggandakan kata selepas saling
a) salah
- saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan
b) betul
- saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan
8
Pembentukan ayat pasif
a) Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)
Surat itu telah kami hantar. (betul)
b) Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)
Laporan itu perlu anda siapkan. (betul)
c) Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)
Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)
9
Penggunaan kan menggantikan akan
a) salah
- sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan
b) betul
- sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan
10
Menjarakkan imbuhan pinjaman
a) salah
- juru taip, ko kurikulum, pasca moden, anti dadah

b) betul
- jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah
GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU
1)
Kata nama
2)
Kata kerja
3)
Kata adjektif
4)
Kata tugas
KATA NAMA
Subgolongan kata nama:
a)
kata nama am
b)
kata nama khas
c)
kata ganti nama
KATA KERJA
Subgolongan kata kerja:
a)
kata kerja tak transitif
b)
kata kerja transitif
Kata Kerja Tak Transitif
a)
tak berpelengkap (bangun, tersenyum, berjalan, melancong, meninggi)
b)
berpelengkap (beransur, tinggal, menjadi, berbuat, ada, berbantalkan)
Kata Kerja Transitif
a)
aktif (membeli, melihat, memasukkan, mengabaikan, memperisteri)
b)
pasif (dibeli, dilihat, dimasukkan, diabaikan, diperisteri)
KATA ADJEKTIF
Subgolongan kata adjektif:
a)
sifatan (baik, sihat, segar, layu, tegap, sibuk, tenang)
b)
warna (putih, biru, kuning, hijau, merah, ungu, perang)
c)
ukuran (panjang, pendek, nipis, cetek, kecil, tohor)
d)
bentuk (bulat, bundar, leper, bujur, lonjong)
e)
pancaindera
(rasa sedap, manis, masam, kelat, tawar)
(pandang cantik, molek, hodoh, ayu, buruk)
(dengar merdu, mersik, nyaring, bising)
(bau harum, wangi, busuk, hapak)
(sentuh halus, licin, keras, kasar, lembut)
f)
waktu (cepat, spontan, lewat, lambat, awal)
g)
cara (laju, deras, perlahan)
h)
perasaan (rindu, geram, asyik, berahi, benci)
i)
jarak (jauh, dekat, hampir, nyaris)
KATA TUGAS
Subgolongan kata tugas:
a)
kata hubung (dan, atau, kerana)
b)
kata seru (wah, amboi, aduh)
c)
kata tanya (apa, siapa, bagaimana)
d)
kata perintah (sila, tolong, harap)
e)
kata pangkal ayat (hatta, maka, syahadan)
f)
kata bantu (akan, sudah, pernah)
g)
kata penguat (sangat, paling, nian)
h)
kata penegas (juga, -lah, -tah, pun)
i)
kata nafi (bukan, tidak)
j)
kata pemeri (ialah, adalah)
k)
kata sendi nama (dari, dengan, di, ke)

l)
m)
n)
o)
p)
q)

kata pembenar (ya, benar, betul)


kata bilangan (dua, segala, masing-masing)
kata arah (atas, bawah, dalam)
kata adverba (begini, selalu, diam-diam)
kata pembenda (-nya)
kata penekan (-nya)

SINTAKSIS
AYAT

Anak saya sedang membaca buku.

KLAUSA

anak saya sedang membaca buku

FRASA

anak saya/sedang membaca buku

PERKATAAN

anak/saya/sedang/membaca/buku

AYAT DASAR ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua
ayat lain.
Pola Ayat Dasar Bahasa Melayu
Pola
Pola 1
FN+FN
Pola 2
FN+FK
Pola 3
FN+FA
Pola 4
FN+FS

Subjek
Encik Ahmad

Predikat
guru sekolah

Bapa mereka

sedang berehat

Anak itu

sungguh sihat.

Pejabat saya

di Kuala Lumpur.

AYAT TUNGGAL ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja (satu subjek dan
satu predikat)
Perbezaan ayat dasar dengan ayat tunggal
Ayat dasar
Ayat tunggal
Terdiri daripada ayat penyata sahaja
Terdiri daripada ayat penyata , ayat
perintah, ayat seru dan ayat tanya
Struktur ayat : Susunan biasa sahaja
Susunan biasa atau susuanan
songsang
JENIS-JENIS AYAT
Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat penyataan. Ayat
penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu
hal.
Pokok di hadapan sekolah itu amat tinggi.

Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan
berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat
digolongkan kepada dua jenis:
(i)
Ayat tanya tanpa kata tanya
Encik Zulkifli pengurusnya?
(ii)
Ayat tanya dengan kata tanya
Tuan tinggal di mana ?
Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu
tindakan. Perintah ditujukan kepda orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama
orang kedua. Berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan
kepada empat jenis:
(i) Ayat suruhan :
Ambil wang ini.
Awak siapkan kerja itu sekarang.
(Awalan meN- untuk kata kerja transitif digugurkan)
Menangislah sepuas-puas hati.
(Kata kerja tak transitif berawalan meN-, awalan tersebut tidak boleh digugurkan)
(ii) Ayat larangan:
Jangan ambil harta orang.
(iii) Ayat silaan :
Sila datang ke rumah saya
(iv) Ayat permintaan :
Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan.
Tolong hantarkan jawapan sebelum hari Ahad.
Ayat Seruan.
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan
untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram,
sakit dan lain-lain. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!)
yang biasanya terletak pada akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau
tidak.
Eh, Ali yang datang rupa-rupanya!
Wah, besarnya kereta ayah awak!
Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat.
Subjek ialah bahagian yang diterangkan dan predikat ialah bahagian yang
menerangkan subjek.
Subjek
Predikat
Pasukan bola kebangsaan
bermain bersungguh-sungguh.
Sabar itu
separuh daripada iman.
Susunan Konstituen Ayat tunggal
Susunan Biasa
Subjek
Predikat
Seorang guru
telah memenangi hadiah itu.
Bapa saya
dia.

Susunan Songsang
Dalam susunan songsang unsur-unsur dalam konstituen predikat dipindahkan ke
hadapan subjek. (songsang penuh), sebahagian predikat dikedepankan (songsang
sebahagian)
Predikat
Subjek
Keterangan
Berjaya juga akhirnya
pendaki itu.
Dialah
bapa saya
Datangkah
adik kami semalam?
Berkejar-kejaran
kanak-kanak itu
di padang.
Membaca buku
dia
di perpustakaan.
Sedang mengajar
guru itu
di kelas.
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
Jika dilihat dari segi ragamnya, ayat-ayat tunggal dalam bahasa Melayu terdiri daripada
ayat aktif dan ayat pasif.
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal
sebagai unsur yang diterangkan.
Ali / menendang bola.
Saya / membaca buku itu.
Ayat pasif terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja
yang mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan.
Bola itu / ditendang oleh Ali.
Buku itu / saya baca.
AYAT PASIF
(i) Ayat pasif dengan dengan imbuhan pasif (di, ter)
Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam.
Istana raja terbina oleh rakyat dalam masa satu tahun.
(Oleh tidak boleh digugurkan)
*Istana raja terbina rakyat dalam masa satu tahun.
0leh + FN selepas kata kerja boleh digugurkan
Barang itu sudah diambil Ali semalam
0leh + FN terletak jauh daripada kata kerja, oleh tidak boleh digugurkan
Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali.
* Barang itu sudah diambil semalam Ali.
(ii) Ayat pasif dengan kata kerja mengandungi imbuhan ber- dan kean
Mereka kehujanan sepanjang hari.
Baju itu berjahit dengan benang sutera.
(iii) Ayat pasif dengan kata ganti nama orang pertama dan kedua
Kerja itu sudah saya siapkan semalam.
Makanan itu belum aku rasai lagi.
Makanan itu belum kurasai lagi.
Hutang itu akan engkau jelaskan sepenuhnya.
Hutang itu akan kaujelaskan sepenuhnya.
Bola itu saya tendang.
Ayat pasif songsang: Saya tendang bola itu.

(iv) Ayat pasif dengan kata bantu pasif kena


Pencuri itu kena tangkap (oleh polis).
Budak itu kena kejar (oleh anjing ).
AYAT MAJMUK
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau
lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga
menjadikannya ayat baharu.
Ali berdiri tegak, memperhatikan gerak-geri mereka.
1. Ayat Majmuk Gabungan
Beliau memandang saya sambil tersenyum.
Kain yang dibelinya terlalu mahal, padahal ada yang lebih murah.
2. Ayat Majmuk Pancangan
Dia menerangkan bahawa murid itu sakit.
Bahawa ekonomi negara kita pada masa itu telah merosot adalah kurang tepat.
Untuk Ali melakukannya sangat sukar.
Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu.
Dia kebingungan bagai rusa masuk kampung.
3. Ayat Majmuk Campuran
Ahmad sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah
lama tidur.

BENGKEL TATABAHASA
Latihan 1
Arahan : Ayat-ayat di bawah tidak gramatis. Betulkan ayat tersebut.
1. Pihak sekolah akan melawat Melaka Bandaraya Bersejarah. Justeru itu, manamana murid yang berminat untuk menyertainya, bolehlah berjumpa Cikgu Fauzi.
(3 kesalahan)

2. Di antara kumpulan-kumpulan muzik yang terkenal di tanahair ialah kumpulan


XPDC. (3 kesalahan)

3. Kami mengucapkan setinggi penghargaan di atas kerjasama yang mereka


hulurkan. (3 kesalahan)

4. Notis itu ditampal oleh saya di papan kenyataan sejak dari semalam lagi.
(3 kesalahan)

5. Penghulu kampung saya amat prihatin terhadap kebajikan pendudukpenduduk kampung yang kebanyakkannya berpendapatan rendah. (3
kesalahan)

6. Sikap saling hormat-menghormati perlulah dipupuk sejak kecil lagi demi untuk
mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera. (3 kesalahan)

7. Untuk mempertingkat keupayaan pasukan polis, kerajaan akan memperhebatkan


usaha menarik golongan belia menyertainya. Berbagai-bagai peruntukkan akan
disediakan.(3 kesalahan)

8. Ibu-ibu bapa diharap dapat menjelaskan dengan segera yuran


persekolahan agar proses pembelajaran tidak terjejas. (3 kesalahan)

9. Perkara itu kami akan selidiki dari masa ke semasa agar kebenaran dapat
ditemui. (3 kesalahan)

10. Di dalam perbicaraan itu, hakim telah menjatuhi hukuman penjara seumur hidup
terhadap penjenayah yang paling dikehendaki sekali oleh pihak berkuasa. (3
kesalahan)

Pilih Ayat yang Betul


1
I
Nurul tidak bersalah dalam hal itu, benarkah?
II
Pameran sains dan teknologi itu sungguh menarik perhatian para
pengunjung.
III
Penglibatan belia dalam bidang pertanian mendapat sokongan daripada
kerajaan.
IV
Semasa majlis Hari Ibu melangsung, adik Syafiq menghadiahkan
sejambak bunga kepada ibunya.
A I, II
B II, III
C I, II, IV
D II, III, IV
2
I
Janganlah kita merajuk bila dimarahi ibu kita.
II
Tidak terangkat oleh saya meja yang berat itu.
III
Latihan bola sepak akan tetap diteruskan walaupun hujan lebat.
IV
Buatlah kerja sambilan dahulu sementara mendapat pekerjaan tetap.
A I, II, III
B I, II, IV
C I, III, IV
D II, III, IV
3
I
Semua guru yang sedang berkhidmat di sekolah yang baru dibuka itu.
II
Lembu-lembu yang bertempiaran di padang itu sedang meragut rumput.
III
Penemuan barang-barang lama di kawasan itu sangat penting kepada
ahli-ahli sejarah.
IV
Kerja-kerja membaik pulih bangunan bersejarah itu dijangka menelan
perbelanjaan yang besar.
A I, II
B III, IV
C I, II, IV
D II, III, IV
4
I
Hujung jari pengantin itu kelihatan kemerah-merahan setelah
dibubuh inai.

II
III
IV
5

10

Kita berdoa semoga Tuhan mencucurkan kita semua dengan rahmat-Nya.


Rimbunan pokok di tepi sawah itu menjadi tempat berteduh para petani.
Kerajaan telah menyediakan kemudahan asas yang lengkap sama ada di
bandar atau di luar bandar.
A I, II, III
B II, III, IV
C I, II, IV
D I, III, IV
I
Penyanyi itu telah memperdengarkan nyanyiannya kepada penonton di
dewan itu.
II
Peragawan-peragawan itu memperagakan fesyen-fesyen pakaian yang
terbaru.
III
Pelajar itu mendapat hadiah daripada gurunya kerana lulus di dalam
peperiksaan di sekolahnya.
IV
Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada usahanya sendiri.
A I, II
B II, III
C III, IV
D I, IV
I
Adik saya pucat lesi setelah melihat tragedi itu.
II
Sekembalinya ke tanah air, cara hidup Halil lebih ke barat.
III
Dalam pasukan bola sepak sekolah kami, dialah yang termuda.
IV
Pokok-pokok cili Pak Abu terbantut pertumbuhannya kerana diserang
penyakit.
A I, II, III
B II, III, IV
C I, II, IV
D I, III, IV
I
Saya tulis karangan itu pada waktu rehat.
II
Di sinilah tempat di mana Perdana Menteri kita dilahirkan.
III
Terlalu amat indah pemandangan di puncak Bukit Bendera.
IV
Di antara lagu kegemarannya ialah lagu dendangan Syarifah Aini.
A I dan II
B II dan III
C I dan III
D III dan IV
I
Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi juga
membazirkan wang.
II
Undang-undang jalan raya yang dikuatkuasakan dapat menjamin akan
keselamatan para pengguna.
III
Setelah memenangi peraduan SMS itu, Amirah kemaruk berbelanja untuk
membeli pelbagai peralatan rumah.
IV
Lima penumpang berbangsa Amerika menjadi korban dalam nahas kapal
terbang itu.
A I, III
B II, IV
C I, II, III
D II, III, IV
I
Batu yang bertaburan di tepi jalan itu tersepak oleh saya.
II
Penyanyi yang terkenal sekali di Malaysia ialah Siti Nurhaliza.
III
Rombongan itu akan melawat Terengganu pada minggu hadapan.
IV
Adalah sukar untuk mengatasi masalah itu.
A I, II
B II, III
C III, IV
D I, II, IV
I
Kejayaannya dalam pertandingan itu amat membanggakan pihak sekolah.
II
Saya tidak pernah memusuhinya justeru menolongnya pada setiap masa.
III
Di Kuala Lumpur mengalami masalah bekalan air sejak akhir-akhir
ini.
IV
Untuk menyiapkan kerja-kerja itu memerlukan perbelanjaan yang besar.
A I
B I, II
C II, III
D III, IV
BIASAKAN YANG BETUL
BETULKAN YANG BIASA

BENGKEL PEMAHAMAN TATABAHASA


LATIHAN 1
1
Frasa tidak berapa mahal amat merupakan frasa
A nama
B kerja
C adjektif
D sendi nama
2
Rangkai kata yang berikut tidak menepati Hukum D-M, kecuali
A timbalan menteri B kereta lembu
C naib canselor
D ibu pejabat
3
Cahaya bulan menyinari alam maya.
Frasa nama yang bergaris di atas berfungsi sebagai
A konstituen subjek
C konstituen frasa sendi nama
B konstituen objek
D konstituen predikat
4
Perkataan lunak, lazat, licin, dan cantik merupakan kata adjektif jenis
A sifatan
B perasaan
C pancaindera
D bentuk
5
Antara yang berikut, yang manakah bukan frasa adjektif darjah penghabisan?
A teramat dalam B paling nakal
C lebih cantik
D hebat sekali
6
Mahasiswa harus sedar bahawa perjuangan mereka masih belum selesai.
Perkataan yang bergaris ialah
A kata hubung pancangan
C kata hubung relatif
B kata hubung komplemen
D kata sendi nama
7
Kekasihnya menangis. Ayat ini mengandungi kata kerja
A tak transitif berpelengkap
C tak transitif tanpa pelengkap
B transitif aktif
D transitif pasif
8
Padi Wan Empuk berdaunkan emas.
Ayat di atas terdapat binaan
A kata kerja transitif + objek
B kata kerja tak transitif + pelengkap adjektif
C kata kerja tak transitif + pelengkap frasa sendi nama
D kata kerja tak transitif + pelengkap kata nama
9
Kisah hidupnya amat menyedihkan.
Perkataan menyedihkan dalam ayat di atas merupakan
A kata kerja yang berfungsi sebagai kata adjektif
B kata adjektif yang berfungsi sebagai kata kerja
C kata kerja transitif yang perlu diikuti oleh objek
D kata adjektif yang berfungsi dalam ayat komplemen
10
Kakak memasakkan datuk bubur nasi.
Penyataan yang benar tentang ayat di atas ialah
A memasakkan merupakan kata kerja transitif dengan satu objek
B memasakkan merupakan kata kerja transitif dengan dua objek
C datuk merupakan objek sipi manakala bubur nasi merupakan objek tepat
D jika dipasifkan, ayatnya ialah Bubur nasi dimasakkan oleh datuk untuk kakak.
11
Kata sendi nama pada berfungsi untuk
I
menyatakan waktu
II
menyatakan tempat perbuatan kata kerja
III
hadir selepas perkataan ada yang merujuk kepada benda bernyawa
IV
merujuk kepada institusi yang ada kaitan dengan manusia
A I dan II
B I dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
12
Pilih ayat yang menggunakan perkataan dari dan daripada dengan tepat.
I
Ubahlah sikapmu daripada hari ini.
II
Kapal laut itu datang dari utara.
III
Baju batik yang dibelinya dibuat daripada kain sutera.
IV
Pensyarah itu menganalisis dapatan kajiannya dari pengamatannya.

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
13
Pilih ayat yang betul.
A Wanita itu kasihkan ibunya di kampung.
B Nenek merindukan akan cucunya di bandar.
C Kami amat bencikan akan sikapnya yang bongkak.
D Perasaan sayang akan negara dapat dipupuk melalui aktiviti lawatan.
14
Pilih ayat-ayat di bawah yang ditulis dalam susunan songsang.
I
Hujahkah malam tadi?
II
Manis sungguh wajahnya.
III
Menanam padi ibu di sawah setiap hari.
IV
Pemburu itu tertembak sahabatnya sendiri.
A I dan II
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV
15
Perkataan ialah dan adalah merupakan kata
A nafi
B pemeri
C pangkal ayat
D adverba
LATIHAN 2
1
Kata sendi nama oleh merupakan unsur pilihan dalam ayat pasif diri ketiga.
A betul
B salah
2
Kata sendi nama tidak boleh wujud selepas kata berasaskan.
A betul
B salah
3
Perkataan memperalat dan memperalatkan mempunyai bentuk yang hampir
sama tetapi maknanya berbeza.
A betul
B salah
4
Perkataan membincangkan ialah kata kerja transitif aktif.
A betul
B salah
5
Rangkai kata lebuh raya merupakan frasa nama.
A betul
B salah
6
Perkataan memastikan ialah kata kerja yang memerlukan objek selepasnya.
A betul
B salah
7
Ayat Majalah ini telah dibaca oleh kakak saya merupakan ayat yang salah.
A betul
B salah
8
Ayat Kita mengetahui bahawa amalan merokok mendatangkan bahaya
mengandungi kata hubung pancangan relatif.
A betul
B salah
9
Ayat Telah kalian baca surat itu merupakan bentuk susunan songsang.
A betul
B salah
10
Kata sendi nama mestilah diikuti oleh frasa nama.
A betul
B salah
11
Kata kerja tak transitif berpelengkap tidak boleh dipasifkan.
A betul
B salah
12
Amin mengutip buah durian yang gugur itu lalu diserahkan kepada ibunya.
Ayat di atas mengandungi dua kata hubung.
A betul
B salah
13
Mengandung lagi isterinya merupakan ayat yang tidak gramatis.
A betul
B salah
14
Perkataan telefon dail terus merupakan kata majmuk yang terdiri daripada
rangkai kata bebas.
A betul
B salah
15
Ayat Petir berdentum lalu kilat sabung-menyabung merupakan ayat majmuk
gabungan.
A betul
B salah

You might also like