You are on page 1of 15

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

BAB 5 : ASAS

5.1 Asas
5.1.1

Pengenalan

Setiap binaan yang terletak di atas tanah perlu mempunyai asas yang sesuai.
Binaan tidak terhad kepada bangunan sahaja tetapi meliputi binaan jalan raya,
jambatan,landasan lapangan terbang, landasan kereta api, empangan dan lainlain. Binaan memerlukan sokongan yang teguh dan kukuh daripada keseluruhan
anggotanya, terutamanya anggota terbawah yang dikenali sebagai asas. Asas
biasanya terletak dibawah permukaan bumi dan berhunbung terus dengan tanah
dibawahnya.
Peranan utama asas adalah membolehkan beban daripada anggota lain binaan
dipindahkan ke lapisan tanah di bawahnya dengan selamat. Selain itu, asas juga
berfungsi untuk mengelakkanberlakunya endapan pada binaan. Oleh itu, adalah
perlu untuk mengetahui dan mengambil kira jumlah beban yang digalas oleh asas
dan juga keadaan serta kekuatan tanah berkenaan bagi tujuan reka bentuk binaan.
Memandangkan asas merupakan penyokong utama binaan, ia perlu teguh
serta mempunyai ketahanlasakan yang tinggi.

94

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA


LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

5.2 Faktor Pemilihan Sesuatu Jenis Asas


Faktor penting yang perlu diambil kira semasa memilih dan mereka bentuk asas
ialah keadaan tanah. Jenis serta saiz struktur asas yang akan dibina.
5.2.1 Keadaan Tanah
Keadaan tanah bagi sesuatu tapak binaan diperoleh daripada penyiasatan
tanah yang dilakukan. Hasil penyiasatan tanah menunjukkan keupayaan galas
tanah dan kandungan lembapan dalam tanah mempengaruhi kekuatan tanah.
Untuk tujuan reka bentuk awal, BS 8004 memberikan anggaran nilai keupayaan
galas seperti yang ditunjukkan dalam jadual 5.0.
Jadual 5.0 menunjukkan jenis keupayaan galas berdasarkan CP 2004 : 1872 (BS
8004 : 1986).
Nilai
Jenis tanah
- Kerikil tumpat atau pasir

keupayaan

Catatan

galas (kn/m2)
>600

tumpat dan kerikil


-Kerikil sederhana tumpat atau

200 600

Lebar asas (B) yang diambil

pasir sederhana tumpat dan

tudak kurang daripada 1m

kerikil.

(B 1m).

-Kerikil longgar atau pasir

<200

longgar dan kerikil.


-Pasir padat.

Aras air bumi sekurang


>300

-Pasir sederhana tumpat.

100 300

-Pasir longgar.
-Tanah liat tongkol yang sangat

<100
300 600

kaku dan tanah liat keras.

kurangnya berada dibawah


dasar asas.

Tertakluk pada enapan

-Tanah liat kaku

150 300

-Tanah liat kukuh

75 150

pangukuhan jangka panjang.

-Tanah liat lembut dan kelodak.


< 75
5.2.2 Jenis dan Saiz Struktur Yang Akan Didirikan.

95

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA


LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Walaupun syarat syarat keadaan tanah dan kandungan lembapan tanah diikuti
semasa proses pemilihan jenis asas dibuat, faktor jenis dan saiz struktur binaan
yang akan didirikan juga perlu diambil kira.
Jadual 5.1 menunjukkan rumusan pemilihan jenis asas mengikut jenis dan saiz
strukturnya.
Jadual 5.1 menunjukkan pemilihan kenis asas.
Jenis dan Saiz Struktur

Jenis Asas

- Binaan yang mempunyai beban


struktur yang kecil dan kurang

Asas Jalur

daripada empat tingkat. Berbentuk


panjang dan berdinding.
- Binaan berkerangka kurang
daripada empat tingkat di mana

Asas pad dibawah setiap tiang

struktur disambungkan ke asas


dengan menggunakan tiang.
- Binaan yang kedudukan tiang yang

Asas jalur bertiang

terlalu hamper dan dalam.


- Binaan dengan tiang dan dinding
yang berada pada struktur yang

Asas jalur bertiang dan dinding

sama.
- Binaan dengan beban tiang yang
tinggi dan keupayaan galas yang

Asas rakit dan asas cerucuk

rendah.
- Binaan dengan luas asas bagi setiap
tiang melebihi separuh daripada
jumlah keluasan binaan.

Asas Rakit

- Binaan seperti tembok penahan


yang melibatkan kerja pembinaan
membrane kalis lembap.

5.3 Fungsi Asas


Asas mempunyai beberapa fungsi. Antaranya adalah seperti berikut :

96

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA


LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

FUNGSI ASAS

Memindahkan beban
ke lapisan tanah
dibawahnya.

Mengelakkan
berlakunya enapan.

Mengekalkan
kedudukan bangunan.

Fungsi asas yang paling utama adalah untuk memindahkan beban struktur
bangunan ke lapisan tanah dibawahnya. Luas permukaan asas dapat di perolehi
daripada nilai beban per keupayaan galas tanah.

Semakin luas permukaan seseuatu asas, semakin bertambah ketebalannya.


Apabila keadaan ini berlaku, berat asas itu sendiri menjadi beban terhadap
lapisan dibawahnya. Disamping itu, kos yang diperlukan juga bertambah
tinggi. Untuk mengatasinya, asas akan dibina daripada konkrit tetulang. Asas
konkrit tetulang pada amnya lebih murah dan lebih mudah dibina jika
dibandingkan dengan asas konkrit tanpa tetulang yang terlalu besar. Namun
demikian, perkhidmatan jurutera struktur diperlukan untuk menyediakan
rekabentuk asas konkrit tetulang yang selamat dan ekonomi itu.

Dengan reka bentuk yang sesuai, asas tidak sepatutnya mengalami enapan.
Sekiranya salah satu asas mengalami enapan, bahagian struktur atas akan
mengalami keretakan. Lebih besar enapan yang berlaku, lebih besarlah
keretakan yang dihasilkan. Keretakan ini pula akan menjadi punca
kecacatan bangunan yang lain. Oleh sebab itu, luas permukaan asas mesti
mencukupi dan sesuai dengan keupayaan galas tanah supaya beban dapat
dipindahkan ke tanah dengan selamat tanpa mengalami enapan.

Untuk mengekalkan kedudukan bengunan pada kedudukan yang awal. Ini


penting bagi bangunan bangunan pencakar langit yang mungkin
mengalami pergerakan akibat tiupan angin kencang. Dalam hal ini, asas

97

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA


LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

bertindak sebagai pengikat supaya bangunan tetap tidak berubah pada


kedudukan asalnya.

Ini dapat dilakukan dengan menentukan jenis asas yang sesuai dengan
kedalaman yang mencukupi berdasarkan ketinggian bangunan dan keadaan
tanah. Secara umumnya, kedalaman 1m hingga 1.5m dibawah aras bumi.
Kedalaman ini cukup untuk mengelakkan pergerakkan bangunan secara
mendatar dan juga mengelakkan kerosakkan asas akibat pengembangan
dan pengucupan tanah. Pada bengunan tinggi, asas dibina jauh lebih dalam
bagi maksud ini. penggunaan cerucuk dapat mempertingkatkan keupayaan
asas dalam mengekalkan kedudukan bangunan kerana cerucuk bertindak
seperti akar pokok yang mencengkam bumi.

5.4 Faktor Yang Mempengaruhi Reka Bentuk Asas Dan Pemilihan Jenis
Asas
Pemilihan jenis jenis asas yang bersesuaian kebiasaannya bergantung
kepada :
a) Magnitud.
b) Penempatan serta penyusunan beban beban struktur.
c) Nilai keupayaan galas tanah selamat.
d) Sifat sifat enapan tanah.
Sebagaimana

yang

telah

dinyatakan,

fungsi

utama

asas

adalah

untuk

memindahkan beban ke lapisan bawahnya. Oleh itu, dua faktor yang paling utama
yang mempengaruhi reka bentuk asas ialah beban dan keadaan tanah. Selain itu
ada faktor faktor lain seperti dalam rajah 5.1(a).

FAKTOR FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


REKA BENTUK ASAS

98

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA


LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

BEBAN

BEBAN
MATI

KOS

BEBAN
HIDUP

BEBAN
ANGIN

BAHAN

KEADAAN
TANAH

LOJI

KEADAAN
TANAH

KEUPAYAAN
GALAS

KEPAKARAN
PEKERJA
MAHIR

ARUS AIR BUMI

BAHAN KIMIA
Rajah 5.2 menunjukkan faktor yang mempengaruhi reka bentuk asas.
5.4.1 Beban
Sebenarnya, beban terdiri daripada 3 komponen iaitu beban mati, beban hidup
dan beban angin. Beban mati ialah beban bengunan itu sendiri tang meliputi tiang,
rasuk, dinding, lantai, bumbung, kemasan dan kemudahan yang terdapat dalam
sesebuah bangunan. Beban ini merupakan bahagian yang paling besar antara
beban beban yang lain. Jumlah beban mati dapat dikurangkan dengan memilih
bahan bahan binaan yang ringan bagi unsur unsur tertentu.
Beban hidup pula terdiri daripada perkara perkara yang diletakkan dalam
bangunan. Ini termasuklah manusia yang menggunakan bangunan, perabot,
peralatan dan lain lain. Bagi bengunan pejabat, beban hidup yang utama adalah
perabot dan peralatan pejabat yang lain. Sementara bagi bangunan kilang, beban
hidup yang utama adalah jentera, simpanan bahan mentah dan stok keluaran yang

99

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA


LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

belum dijual. Ini bermakna, beban hidup sentiasa berubah ubah dari masa ke
semasa.
5.4.2 Keadaan Tanah
Keadaan tanah hanya dapat diketahui secara terperinci melalui penyiasatan
tanah. Antara perkara utama yang perlu dikenal pasti ialah keupayaan galas beban,
aras air bumi dan bahan kimia yang terkandung di dalam tanah.
Keupayaan galas beban banyak bergantung pada jenis tanah. Tanah berbatu
biasanya lebih kukuh daripada pasir dan tanah liat. Keupayaan galas beban
sebenar perlu ditentukan melaui beberapa jenis ujian tanah seperti kaedah korekan
dan gerekan atau kaedah geofizik. Keperluan terhadap ujian ini menjadi lebih
penting bagi bangunan yang lebih tinggi dan lebih besar. Laporan ujian tanah yang
lengkap dan terperinci akan dijadikan panduan asas dalam menyediakan reka
bentuk asas.
Aras air bumi turut mempengaruhi keupayaan galas tanah. Air akan menambah
berat tanah itu sendiri disamping menjdai bahan pelincir bagi zarah zarah tanah.
Akibatnya keupayaan galas beban tanah akan menurun. Selain itu, aras air yang
tinggi akan memberi kesan terhadap asa yang telah dibina. Kesan ini mungkin
berpanjangan jika air tersebut meresap ke dalam asas yang telah dibina itu. Kesan
buruk air terhadap asas perlu dikenal pasti dan cuba dielakkan. Umpamanya, air
yang meresap akan menyababkan tetulang di dalam asas konkrit berkarat. Oleh itu,
lapisan pelindung perlu mempunyai ketebalan yang mencukupi dan dibina dengan
kualiti yang tinggi untuk mengurangkan kadar penyerapan air kedalam konkrit.

5.4.3 Kos

100

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA


LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Sumber kewangan klien adalah terhad. Oleh itu, kos yang dapat dibayar kepada
konktraktor juga terhad. Oleh itu, binaan yang berkualiti tinggi selalunya dibataskan
oleh kos yang terhad itu. Kos diperlukan untuk memilih bahan, menyewa loji dan
membayar gaji pekerja. Bahan bahan utama bagi pembinaan asa ialah simen,
batu baur kasar dan batu baur halus. Manakala loji yang diperlukan adalah
berkaitan dengan penggunaan konkrit. Konkrit yang bermutu tinggi adalah lebih
mahal kerana memerlukan bahan bahan yang juga bermutu tinggi di samping
kawalan mutu yang ketat. Begitu juga dengan saiz dan bentuk yang turut
mempengaruhi kos. Oleh itu, kos biasanya menentukan jenis konkrit, bahan dan loji
yang akan digunakan.
5.4.4 Teknologi
Pilihan reka bentuk asas juga dipengaruhi oleh teknologi yang wujud di sesuatu
tempat. Faktor paling utama ialah kepakaran yang dapat diperoleh untuk membina
sesuatu reka bentuk asas. Selain kepakaran, pekerja mahir juga sama pentingnya
dalam menangani perubahan dalam teknologi. Oleh yang demikian, penyediaan
reka bentuk perlu mengambil kira kepakaran teknologi yang terdapat disesuatu
kawasan.
5.5 Jenis Jenis Asas
Asas dapat diperoleh dalam berbagai bagai bentuk mengikut keperluan dan
kesesuaian. Antara jenis jenis asas yang biasa digunakan adalah :
1. Asas Pad.
2. Asas Jalur
3. Asas Rakit
4. Asas Cerucuk

ASAS
PAD

101

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA


LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

ASAS
JALUR

JENIS JENIS
ASAS

ASAS
RAKIT

ASAS
CERUCU
K
5.5.1 Asas Pad
Asas pad merupakan jenis asas yang paling banyak digunakan untuk binaan
rumah atau bangunan satu dan dua tingkat. Hal ini kerana kebanyakan bangunan
tersebut di bina dengan menggunakan kerangka. Kerangka tersebut mungkin di
bina daripada konkrit, keluli atau kayu. Dalam binaan seperti ini, semua beban
bangunan akan dipindahkan ke tanah melalui tiang dan seterusnya melalui asas
pad. Bagi bangunan yang mempunyai beban yang besar, asas pad mungkin tidak
sesuai untuk digunakan. Sebaliknya asas cerucuk dapat menanggung beban yang
lebih besar.
Sebagai alas tiang, asas pad berbentuk segi empat sama. Keluasannya
bergantung pada jumlah beban yang diterima daripada tiang dan juga keupayaan
galas tanah. Jumlah beban yang lebih besar memerlukan keluasan alas yang lebih
besar. Sebaliknya, jika keupayaan galas lebih tinggi, keluasan asas semakin kecil.
Ketebalan asas pad pula bertambah mengikut pertambahan keluasan.
Asas pad biasanya di bina daripada konkrit. Campuran konkrit yang biasa
digunakan adalah 1:2:4 20mm (simen:pasir:batu baur saiz garis pusat purata
batu baur). Keluli tetulang digunakan untuk memperkukuhkan binaan di samping
mengurangkan saiz asas. Ini kerana konkrit lemah dalam menanggung beban

102

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA


LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

tegangan. Sebaliknya, konkrit amat kukuh dalam menanggung beban mampatan.


Jenis tetulang yang digunakan ialah bar tegangan tinggi.
Kadang kala dua asas pad dicantumkan untuk mengalas dua tiang yang
berdekatan. Susunan seperti ini dinamai asas pad bergabung. Ini dilakukan untuk
memudahkan kerja dan mengurangkan kos binaan. Selain itu, asas pad juga ada
kalanya dihubungkan dengan asas julur. Asas pad tersebut dinamai sebagai asas
pad julur.
5.5.2 Proses Pembinaan Asas Pad
Proses pembinaan asas pad terdiri daripada beberapa aktiviti seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 5.3.
PEMANCANGAN
PENGOREKAN
PENYEDIAAN BAHAN
- Tetulang
- Papan acuan
- Simen
- Pasir
- Batu Baur
- Batu
KERJA ACUAN
PEMASANGAN
TETULANG
KERJA KONKRIT
- Mencampur
- Menuang
- Mengawet
- menguji

Rajah 5.3 menunjukkan aktiviti pembinaan asas pad.

103

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA


LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Antara aktiviti utama yang diperlukan ialah pemancangan, kerja korekan, kerja
acuan, penyediaan keluli tetulang dan kerja konkrit. Ada sesetengah dapat
dijalankan secara serentak. Secara umumnya, urutan aktiviti yang biasa
dilaksanakan adalah seperti dalam rajah 5.3.
Pemancangan untuk pembinaan asa pad dibuat setelah aras pembentukan
di sediakan. Sebenarnya, ketepatan pemancangan adalah penting bagi menentukan
kedudukan asa pad yang banyak bilangannya. Setelah kedudukan asas pad
ditentukan, kerja korekan lubang berbentuk segi empat boleh dijalankan. Kerja
korekan ini biasanya menggunakan excavator.

Rajah 5.4 Menunjukkan asas pad.


Ketika kerja pengorekan dan kerja acuan dijalankan, keluli tetulang boleh
disediakan. Kerja kerja yang terlibat adalah pemotongan dan pembengkokan bar
keluli tegangan tinggi. Bar keluli yang telah dipotong dan di bengkokkan perlu
disusun mengikut lukisan pelan. Kemudian tetulang tersebut akan di masukkan
kedalam acuan kayu yang telah siap di pasang. Acuan yang telah di pasang
haruslah di pasang penupang agar ketika kerja kerja konkrit dijalankan, acuan
tersebut dapat menahan konkrit yang masih cair. Walaupun konkrit tersebut masih
cair namun ia amat berat dan dapat memecahkan acuan tersebut.

104

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA


LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Konkrit yang sedang mengeras di dalam acuan perlu diawet. Tujuannya


adalah untuk menahan air yang terkandung di dalamnya daripada sejat sebelum
proses pengerasan selesai. Ini dilakukan dengan menutup konkrit tersebut dengan
menggunakan guni yang basah atau menyiramnya jika perlu. Akhirnya acuan akan
dibuka dan terhasillah asas pad yang dikehendaki.
5.5.3 Asas Jalur
Asas jalur digunakan dalam bangunan yang mempunyai struktur dinding galas
beban. Dalam struktur ini, semua beban bangunan di pindahkan menerusi dinding.
Ini termasuk beban mati, beban hidup dan beban angin. Daripada dinding, beban
tersebut akan di pindahkan ke lapisan tanah menerusi asas jalur. Oleh sebab itu,
asas jalur perlu di bina di bawah sepanjang dinding galas beban.
Asas jalur biasanya dibina daripada konkrit. Campuran konkrit yang di gunakan
ialah 1:3:6 40mm (simen:pasir:batu baur saiz garis pusat batu baur). Asas jalur
dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu :
a) Asas jalur biasa
b) Asas jalur lebar
c) Asas jalur dalam

Rajah 5.5 Menunjukkan contoh asas jalur.


Asas Jalur Biasa

105

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA


LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Asas jalur biasa digunakan untuk bangunan setingkat dan dua tingkat yang
terletak di atas tanah yang baik. Tanah tersebut mestilah kukuh dan tidak mengecut.
Asas Jalur Lebar
Asas jalur lebar diperlukan apabila keupayaan galas beban tanah rendah jika
dibandingkan dengan jumlah beban yang hendak di galasnya. Contohnya ialah
tanah liat lembut, tanah lembah dan tanah tambun. Sekiranya luas permukaan asas
tidak cukup lebar, ada kemungkinan berlaku enapan tak sekata. Biasanya asas jalur
lebar juga dibina daripada konkrit tetulang. Tetulang diperlukan untuk mengelakkan
berlakunya kegagalan pada konkrit akibat tegangan.
Asas Jalur Dalam
Asas jalur digunakan pada tanah yang mengandungi kelodak. Ia juga digunakan
pada tanah liat yang mengecut dan mengembang mengikut keadaan persekitaran
yang berubah. Asas ini lebih teguh dan menjimatkan jika dibandingkan dengan
penggunaan bata. Asas jalur dalam mempunyai kelebaran lebih sedikit daripada
dinding.
5.5.4 Asas Rakit
Asas rakit dibina meliputi keseluruhan atau sebahagian besar tapak. Ia di bina di
bawah keseluruhan lantai bawah bangunan. Oleh itu, beban bangunan akan di
pindahkan menerusi lantai, asas rakit dan seterusnya ke lapisan tanah di bawah
asas rakit tersebut.
Asas rakit di gunakan pada tanah yang lemah. Pada tanah seperti ini, jika asas
pad digunakan, jarak antara satu sama lain mungkin terlalu rapat dan hamper.
Penggunaan asas rakit adalah lebih murah jika dibandingkan dengan penggunaan
asas pad yang mungkin meliputi 80% daripada keluasan tapak sesuatu bangunan.
Asas rakit dapat dibahagikan kepada tiga mengikut reka bentuk dan binaan.
Antaranya adalah seperti berikut :

106

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA


LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

a) Papak Padu
Asas rakit papak padu terdiri daripada papak konkrit padu yang di tetulangkan
dalam kedua dua arah. Papak padu ringan digunakan untuk bangunan jenis
dinding galas beban yang kecil seperti rumah setingkat atau dua tingkat. Papak
yang lebih tebal di perlukan untuk bangunan yang mempunyai beban yang lebih
besar. Walau bagaimanapun, asas jenis ini hanya ekonomi bagi ketebalan sehingga
305mm. Biasanya, papak ini di perkuatkan dengan keluli tetulang pada kedua dua
arah. Sekiranya tiang atau dinding menanggung beban yang terlalu tinggi, keluli
tetulang tambahan akan di letakkan di bawah garis garis tiang atau dinding
tersebut.
b) Rasuk Dan Papak
Sekiranya ketebalan papak yang diperlukan melebihi 305mm, penggunaan
binaan rasuk dan papak adalah lebih ekonomi. Papak galas beban di bina di atas
tanah, manakala rasuk dibina di atas papak tersebut.
c) Bersel
Sekiranya asas rakit mengalami tegangan yang tinggi dan memerlukan
ketegaran, ia memerlukan rasuk yang lebih dalam. Akibatnya, keseluruhan tebal
asas rakit mungkin melebihi 1 meter. Dalam keadaan seperti ini, bentuk binaan
bersel adalah lebih ekonomi. Ia terdiri daripada papak atas dan papak bawah
bersam sama dengan rasuk hujung dan pertengahan membentuk asas bersel
geronggang. Kedalaman asas rakit bersel ini mungkin mencapai kedalaman satu
tingkat lantai bawah tanah atau mungkin lebih dalam lagi. Ini di perlukan sekiranya
ketegaran yang lebih besar di perlukan sekiranya ketegaran yang lebih besar di
perlukan bagi mengelakkan enapan tidak sekata.

5.6 Komen Dan Cadangan

107

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA


LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Dalam pembinaan asas bangunan, pekerja haruslah menitik beratkan tentang


keselamatan ketika bekerja. Ini adalah untuk memastikan perkara yang tidak diingini
berlaku dan menyebabkan kerja kerja pembinaan tergendala akibat kemalangan
yang berlaku.
Selain itu, bahan bahan binaan haruslah digunakan sebaik mungkin. Ini
adalah untuk mengelakkan faktor pembaziran berlaku di tapak bina dan akan
menyebabkan kerugian kepada syarikat.
5.7 Kesimpulan
Kesimpulannya adalah pemilihan sesuatu jenis asas bergantung pada beberapa
faktor seperti tapak, jenis tanah dan beban yang di tanggung. Pemilihan asas
biasanya bergantung pada pengalaman tetapi reka bentuk perbandingan perlu
dilakukan bagi menentukan jenis asas yang yang paling ekonomik untuk digunakan.
Saiz asas bergantung pada keupayaan galas tanah yang selamat. Keupayaan galas
itu pula bergantung pada kekuatan ricih yang mampu menanggung beban tanpa
menyebabkan sebaran endapan yang berlebihan.
Oleh itu, asas yang di bina haruslah mampu menanggung beban yang
dikenakan terhadap bangunan. Ini adalah untuk memastikan asas yang dibina
mampu menanggung beban yang dikenakan terhadap bengunan. Selain itu, asas
yang digunakan juga perlu bersesuaian dengan kehendak piawaian agar tidak
berlakunya kerugian terhadap syarikat.

108

You might also like