You are on page 1of 2

(2) Hadits-hadits dha`if dan maudhu` rekaan Syi`ah yang tersebar di kalangan Ahli as-Sunnah wa alJama`ah.

Walaupun ia tersebut di dalam kitab-kitab turats (warisan) Sunni, tetapi pengarang kitabkitab turats itu biasanya mengemukakannya dengan sanad-sanad yang mengandungi perawi-perawi
Syi`ah. Tujuan mereka memasukkan hadits-hadits Syi`ah itu ke dalam kitab-kitab mereka antara
lainnya ialah untuk:

a) Memperkenalkan perawi-perawi Syi`ah.


b)

Menyatakan bahawa perawi-perawi itulah yang merupakan paksi dalam penyebaran


fahaman-fahaman Syi`ah di kalangan masyarakat Sunni.

c)

I`tibar iaitu untuk perbandingan di antara riwayat-riwayat yang dikemukakan oleh mereka
dengan riwayat-riwayat yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh perawi Sunni.

d) Menyatakan ciri-ciri riwayat mereka. Riwayat dengan ciri-ciri tertentu seperti mengandungi
unsur kebencian kepada sahabat Nabi s.a.w. atau memburuk-burukkan mereka, tidak
terdapat kecuali pada golongan Syi`ah. Merekalah orang-orang yang bertanggungjawab
menyebarkannya.
e)

Perbezaan yang terdapat di dalam riwayat yang dikemukakan oleh perawi Syi`ah dengan
fahaman dan pegangan mereka yang sebenar. Keadaan ini berlaku apabila perawi-perawi
Syi`ah bertaqiyyah dalam masyarakat Sunni.

(3) Hadits-hadits rekaan syi`ah yang dikatakan tersebut di dalam kitab-kitab utama Ahli as-Sunnah wa
al-Jama`ah tertentu seperti Sahih Bukhari sebagai contohnya, padahal ia tidak ada pun di dalam
Sahih Bukhari. Dengan cara ini golongan Syi`ah cuba mengelirukan orang-orang awam Ahli asSunnah wa al-Jama`ah, kononnya ia terdapat di dalam kitab berkenaan.
(4) Hadits-hadits rekaan syi`ah yang dikatakan tersebut di dalam kitab-kitab tokoh-tokoh Sunni.
Padahal kitab-kitab itu tidak pernah diterima sebagai kitab Ahli as-Sunnah wa al-Jama`ah oleh
sesiapa pun. Penulis-penulisnya yang dikatakan Sunni itu pula sebenarnya adalah Syi`ah. Sebagai
contohnya kitab Yanaabi` al-Mawaddah dan pengarangnya Sulaiman bin Ibrahim al-Qanduzi.
(5) Hadits-hadits dha`if dan maudhu` yang memang tersebut di dalam kitab-kitab karangan tokohtokoh Ahli as-Sunnah wa al-Jama`ah. Tetapi kitab-kitab itu ditulis mereka khusus untuk menghimpun
dan membahaskan hadits-hadits dha`if dan maudhu`. Ia tidak ditulis untuk dijadikan hujah.
Kewujudan hadits-hadits seperti itu tidak lebih daripada contoh-contoh yang diberikan sahaja. Seperti
Kitab al-Kaamil Fi Dhu`afa ar-Rijaal oleh Ibnu `Adi, ad-Dhu`afaa oleh al-`Uqaili, Mizaan al-I`tidaal
oleh az-Zahabi dan lain-lain.
6) Hadits-hadits rekaan syi`ah yang terdapat kononnya di dalam kitab-kitab tokoh Sunni tertentu. Dan
tokoh itu menjadikannya sebagai dalil. Sedangkan ia adalah karangan tokoh Syi`ah yang senama
dengan tokoh Sunni yang dida`wakan. Sebagai contohnya Ibnu Qutaibah dan kitabnya al-Imaamah
wa as-Siaasah. Sebenarnya terdapat dua orang yang dikenali sebagai Ibn Qutaibah. Pertama:
Ibrahim bin Qutaibah seorang Syi`ah pelampau dan kedua ialah `Abdullah bin Muslim, seorang tokoh

Ahli Sunnah. Kitab al-Imaamah wa as-Siaasah yang dida`wa karangan tokoh Sunni `Abdullah bin
Muslim itu sebenarnya ialah karangan tokoh Syi`ah Ibrahim bin Qutaibah tersebut.
(7) Hadits-hadits yang dihukum oleh sesetengah `ulama Sunni seperti Tirmizi sebagai hasan gharib
menurut istilahnya sendiri. Pada hakikatnya hadits-hadits itu adalah hadits dha`if bahkan ada kalanya
maudhu`. Tetapi golongan Syi`ah mengambil sebahagian saja daripada keputusan Tirmizi tentangnya.
Misalnya dikatakan Imam Tirmizi menghukum hadits ini hasan sahaja. Tanpa menyebutkan juga
gharib. Padahal Tirmizi telah mengatakan hasan gharib.
(8) Hadits-hadits yang zahirnya sahih, tetapi ia syaz daripada segi sanad atau daripada segi
matannya. Hadits-hadits seperti ini pada hakikatnya dha`if juga. Ia tidak harus dikatakan sahih dalam
erti kata sebenarnya. Seperti hadits Kisaa dan lain-lain.
(9) Hadits-hadits yang menjadi bahan sendaan golongan Syi`ah terhadap golongan Ahli as-Sunnah
wa al-Jama`ah kerana menerima dan berpegang dengannya. Padahal di dalam kitab-kitab mereka
juga ada hadits-hadits itu. `Ulama-`ulama mereka bahkan mensahihkannya. Sebagai contohnya
hadits, Kami para nabi tidak diwarisi . Hadits Nabi s.a.w. kencing sambil berdiri dan sebagainya.

You might also like