You are on page 1of 2

ASAS SENI REKA

A. UNSUR SENI
1. Garisan
- Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu
- Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk,
ruang, dan pergerakan.
2. Rupa
- Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula
- Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar
- Terdapat 2 jenis rupa iaitu:
a- Rupa geometri bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb.
b- Rupa organic rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb.
-Rupa boleh diolah dalam bentuk:
a- Rupa positif rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan
b- Rupa negative ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.
3. Bentuk
- Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan
- Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:
a- Bentuk konkrit bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan
dirasai. (bukan berbentuk gambar)
b- Bentuk ilusi bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau
catan.
4. Jalinan
- Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda
- Terdapat 2 jenis jalinan iaitu:
a- Jalinan sentuh jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan
catan teknik impasto
b- Jalinan tampak jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan
seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.
5. Ruang
- Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam
sesuatu objek.
-Terdapat 2 jenis ruang iaitu:
a- Ruang nyata ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit
b- Ruang tampak ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan
cetakan (bukan sebenar)

6. Warna
- Terdapat 3 jenis warna iaitu:
a- Warna asas iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain)
b- Warna sekunder iaitu campuran dua warna asas (Hijau Biru + Kuning, Jingga Kuning + Merah
dan Ungu Merah + Biru)
c- Warna tertier iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder
- Terdapat 3 gubahan warna iaitu:
a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan

seimbang)
b- Warna penggenap warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar,
kaya, kontra, getaran dan pergerakan)
c- Warna sewarna hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada
gelap)
- Terdapat 2 suhu warna iaitu:
a- Warna panas warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna
(menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb)
b- Warna sejuk warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk,
sedih, damai dan tenang)

You might also like