You are on page 1of 58

KULIAH 1

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SECARA


UMUM

Pengenalan
- Malaysia telah berjaya keluar drp kumpulan
negara mundur kpd negara sedang
membangun dan kini menuju ke arah status
negara maju (cita-cita dlm Wawasan 2020).
- Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa
pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak
zaman penjajahan sehingga selepas merdeka
(Peristiwa 13 Mei 1969)

- Daripada pengalaman pahit tsb, pengajaran


penting yg diperoleh ialah:
1.

Kemajuan ekonomi shj tidak lengkap


sekiranya tidak disertai kestabilan politik.
2.
Kestabilan politik shj tidak memadai
tanpa
pembangunan ekonomi yg
seimbang.
3.
Pembangunan ekonomi dan kestabilan
politik
perlu berjalan dgn lancar dan
seimbang agar tidak wujud kepincangan
sehingga menimbulkan konflik.

Keseimbangan : melibatkan agihan habuan


ekonomi yg saksama & perkongsian kuasa
pemerintahan yg matang.
Persoalannya
1.
Apakah faktor yg boleh membawa
keseimbangan?
2.
Apakah perkara yg perlu dipertahankan
atau dipelihara untuk menjamin
keseimbangan secara berterusan?
Usaha berterusan untuk memupuk dan
mengekalkan hubungan etnik yg harmonis

KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN


ETNIK
1.
Malaysia merupakan sebuah negara
berbilang kaum yg pernah menghadapi
konflik etnik.
2.
Hubungan etnik berkait rapat dengan
seluruh
struktur sosial masyarakat dan
memberi
pemahaman tentang darjah
pluralisme sosial dan kebudayaan, punca
konflik serta
sejauhmana struktur
masyarakat bersifat
kolonial.
3.
Hubungan etnik mencerminkan
perkembangan sejarah dan kemampuan
sosioekonomi
sesebuah negara.

4.
Hubungan etnik mencerminkan darjah
dan sumber ketegangan sosial dlm sesebuah
masyarakat.
5.
Melalui hubungan etnik juga dapat
difahami isu
prasangka dan diskriminasi di
sesebuah negara
serta gambaran
peranan faktor personaliti
dalam
menentukan tingkah laku ahli
masyarakat.
6.
Hubungan etnik penting dalam
memahami
kesan pengindustrian di
sesebuah negara (kesan pengindustrian dan
perubahan sosial).
7.
Hubungan etnik mempengaruhi dasar
sosial
dan perancangan sosial sesebuah
negara.

Usaha-usaha Ke Arah Memupuk


Perpaduan Nasional
-

Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara


(kini Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi
Nasional /JPNIN).
Pengenalan Rukun Negara (ideologi
kebangsaan).
DEB, Dsr Pendidikan Kebangsaan, Dsr
Kebudayaan Kebangsaan.
Gabungan parti-parti politik (Barisan
Nasional)

Integrasi antara wilayah (antara bandar


dgn luar bandar) dan antara Semenanjung
Malaysia
dgn Sabah &
Sarawak.
Usaha kerajaan (top-down) shj tidak
memadai tetapi mesti digenapkan dgn usaha
yg berbentuk (bottom-up)
menerusi
kerjasama & sumbangan drp sektor swasta,
sektor
komuniti dan semua parti politik.

Keharmonian Hubungan Etnik di


Malaysia
tidak bergantung semata-mata kpd
keadaan
berbaik-baik antara
pelbagai
kumpulan etnik tetapi juga antara kumpulan
kelas sosial yg
berbeza (pekerja/kelas
menengah/golongan
yg kaya drp pelbagai
kumpulan)
HE merupakan satu ciri penting yg
mencorakkan sistem sosial Malaysia
walaupun tahap perpaduan nasional di negara
kita sukar diukur, namun negara
luar melihat
Malaysia sbg negara yg berjaya
mewujudkan
HE yg harmonis

KULIAH 2

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN


ETNIK
Tiga konsep penting yg ditumpukan ialah:
Masyarakat, Budaya, dan Perpaduan
Masyarakat
Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang
berhubung
secara tetap dan tersusun dalam
menjalankan aktiviti secara kolektif dan
merasakan bahawa mereka adalah hidup
bersama. Terdapat perhubungan terus menerus
di kalangan mereka yang masih hidup dan kekal
selama berabadabad.

Satu kumpulan / kelompok manusia yang


hidup saling
berorganisasi, berbincang,
bekerjasama
dalam
mengatur kerja
secara kolektif, mampu menyatukan buah
fikiran dan tindakan sehingga terjalin
hubungan antara satu sama lain
serta lahir
satu sistem yang dinamakan sebagai
kebudayaan.
Ciri-ciri utama masyarakat:
a) berkelompok;
b) berbudaya;
c) mengalami perubahan;
d) berinteraksi (dalaman & dgn pihak luar)

e)
mempunyai kepimpinan; dan
f) mempunyai aturan sosialnya (susun lapis,
kelas, status dan kasta)
Konsep Etnik / Kaum
- Satu kelompok yang boleh dikaji hubungan
persaudaraan mereka melalui nenek moyang
yang sama. Etnik boleh didefinisikan sbg
sekelompok manusia yg mengamalkan budaya
yg hampir seragam, termasuk adat resam,
pakaian, bahasa, & kegiatan ekonomi.
- Konsep kelompok etnik digunakan untuk
merujuk kepada golongan yg berbeza dari segi
kebudayaan.

- Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya


seperti adat resam, pola keluarga, pakaian,
pandangan tentang kecantikan, orientasi
politik, kegiatan ekonomi, & hiburan.
Konsep Suku
- kelompok masyarakat yg membentuk rumpun
bangsa (cth: dalam rumpun Kadazandusun
terdapat sub etnik seperti Tatana, Bisaya,
Lotud,
Kimaragang, dll)

Konsep Bangsa / Nasion


Mempunyai maksud yg lebih luas dan
terbentuk
berasaskan gagasan ras atau
etnik yg sedia ada
Menurut John Stuart Mill : Bangsa - Rumpun
manusia yg terikat oleh rasa taksub bersama
& lebih rela bekerjasama sesama mereka,
berbanding
dengan rumpun bangsa yg lain.
Lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa,
kesatuan wilayah,
budaya, sejarah & agama.
Bangsa Malaysia sbg bangsa idaman yg kita
kehendaki. Pembentukan bangsa Malaysia
berteraskan hubungan etnik yg harmonis.

Konsep Masyarakat Majmuk.


- Menurut J.S.Furnivall: Masyarakat majmuk terdiri
drp pelbagai kaum yg mempunyai kebudayaan,
agama, bahasa dan adat resam yg tersendiri.
Walaupun mereka (pelbagai kaum) berganding
bahu di bawah sistem politik yg sama, tetapi
kehidupan mereka adalah berasingan; interaksi
sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan
hubungan mereka amat terbatas dan
pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis
ras.

Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah


campuran pelbagai kelompok manusia. Dari
segi
politik pula masyarakat majmuk timbul
akibat
dominasi penjajah.
Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah
ketiadaan /
kelemahan azam sosial bersama
(common social
will) yg merupakan satu set
nilai yg dipersetujui anggota masyarakat bagi
mengawal dan memberi
panduan kepada
tingkah laku sosial.

Konsep Kelas Sosial

- Konsep ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu

kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan


sehari-hari, segolongan individu yg mempunyai
kedudukan yg sama dari segi kuasa, politik,
kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau
hubungan dengan punca-punca pengeluaran.

Cth: Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada dua


golongan:
1.Bourgeoisie : yg memiliki punca-punca
pengeluaran, pengagihan dan pertukaran.
2.Proletariat : yg tidak memiliki perkara di atas
hanya tenaga kerja sahaja

Konsep Institusi Sosial


- Sebagai konsep utama dalam memahami
masyarakat dan kebudayaan. Konsep ini berkait
rapat dengan pola tingkah laku yg telah menjadi
kebiasaan atau suatu pola hubungan sosial yg
mempunyai suatu matlamat sosial yg tertentu.
Cth: Institusi sosial yg utama: Institusi
keluarga, institusi politik, institusi agama,
institusi pelajaran dll.

Konsep Jarak Sosial


- Satu perasaan pemisahan / pemisahan sosial yg
benar-benar wujud di antara individu-individu,
individu dengan kelompok atau kelompok dengan
kelompok. Istilah ini digunakan untuk
menganalisis hubungan dalam sesuatu kelompok
atau di antara kelompok.

- Jarak sosial berkait rapat dengan interaksi dan

persefahaman antara kelompok. Semakin besar


jarak sosial di antara dua kelompok, maka
semakin kurang hubungan atau interaksi dan
persefahaman antara kedua-duanya.

Konsep Mobiliti Sosial

- Merupakan satu proses perubahan individu atau

kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan


sosial yg lain dalam satu sistem stratifikasi sosial.
Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur
sosial sesuatu masyarakat.

- Dalam sistem yg lebih terbuka, peluang untuk

mobiliti sosial adalah lebih terbuka. Sebaliknya


dalam sistem tertutup seperti dalam sistem kasta
yg bercorak tradisi, mobiliti sosial jarang sekali
berlaku.

- Konsep Etnik membentuk konsep etnisiti dan


etnosentrisme
Etnisiti :
merujuk kpd rasa kekitaan sesuatu kumpulan
etnik
tertentu. Wujudnya satu kebudayaan atau sub
budaya
yg jelas dan dapat menyatukan anggotanya
berasaskan
satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yg
sama.

Etnosenterisme:
- Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan
sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya
daripada kebudayaan kelompok lain.
- Sesuatu kelompok dikatakan etnosentrik apabila
mereka menilaikan kebudayaan lain berdasarkan
standard dan nilai kebudayaan sendiri dan
menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yg
lebih rendah.
- Etnosentrisme membayangkan keengganan /
ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk
menghargai pandangan kelompok daripada
kebudayaan masyarakat yg lain.
- Selagi manusia menjadi etnosentrik, selagi itulah
mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan
stereotaip yg sedia ada (biasanya yg bersifat
negatif)

- Walau bagaimanapun Etnosentrisme berfungsi

penting dalam mengukuhkan unsur budaya sesuatu


masyarakat dan mengukuhkan perpaduan di antara
anggota sesuatu kelompok masyarakat. Cth:
Ketaatan kepada budaya dan kelompok
diterjemahkan dalam ketaatan kepada parti dapat
mengatasi konflik politik dalam sesuatu kelompok
masyarakat.

Konsep Ras dan Rasisme


Ras: Kelompok manusia yang mempunyai persamaan
dari
segi ciri-ciri fizikal (warna kulit dll). Ciri-ciri
fizikal
tersebut ditentukan oleh baka yang
diwarisi dari
generasi ke generasi cth: Mongoloid,
Negroid dan
Austroloid.

Pd dasarnya, ras boleh dikatakan sbg kelompok


sosial yg mempunyai tanda pengenalan kolektif
berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yg nyata
seperti warna kulit, warna mata, warna rambut
dsbnya. Ciri yg paling ketara untuk membezakan
kumpulan manusia ialah warna kulit.

- Ras juga merujuk kepada satu kelompok manusia


yg menganggap diri dan / atau dianggap oleh
kelompok lain sebagai berbeza drp kelompok
mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yg
tidak dpt diubah dan sifat2 ini berkaitan dgn sifat2
atau kebolehan moral & intelek mereka.

Rasisme
-

Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran, atau kepercayaan


negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para
anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan
perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata
yg dilakukan secara terbuka melalui perilaku atau
tindakan.

- Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap


seseorang berasaskan keturunan bangsanya.
- Fahaman yg menekankan bahawa suku kaum sendiri
sahaja yg paling unggul.
- Rasisme wujud pd 2 tahap:
1. Tahap Individu kepercayaan & sikap individu
2. Tahap Institusi melibatkan dasar & pelaksanaan
yg bersifat diskriminasi

Konsep Prejudis dan Stereotaip


Prejudis
- Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik
lain yg tersemat dlm hati seseorang atau kelompok
etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka.
Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yg
jelas, tepat atau mencukupi.
- Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kpd
generasi yg lain. Kesannya semakin mudah dilihat
apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu
yg terhad sama ada dlm aspek politik, ekonomi atau
sosial.
- Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi
stereotaip.

Stereotaip
- merupakan kenyataan-kenyataan umum yg negatif
terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti semua orang
X bersifat kasar dsbnya.
- Stereotaip ialah gambaran yg berlebih-lebihan tentang
sesuatu perlakuan baik atau buruk yg ditujukan kpd
sesuatu kumpulan etnik oleh etnik yg lain. Hal ini terhasil
drp pertembungan dua atau lebih komuniti etnik.
- Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yg
negatif dlm kalangan masyarakat khususnya masyarakat
majmuk di Malaysia kerana fahaman ini mengakibatkan
sesuatu kumpulan etnik memandang rendah terhadap
kumpulan etnik yg lain dan seterusnya membataskan
interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat
perkauman yg menebal.

Konsep Diskriminasi
- Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran dan kepercayaan
negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap
anggota atau kelompok etnik lain yg mempengaruhi perilaku
pihak yg berpandangan negatif.
- Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang
individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri
etnik semata-mata.
-

Merupakan manifestasi prasangka yg wujud dlm kalangan


kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis &
stereotaip dlm sesebuah masyarakat.

- Diskriminasi berlaku dlm banyak bentuk (individu atau


kumpulan etnik) dan mencapai tahap tertinggi apabila
melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka
atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik.

Konsep Budaya
Kebudayaan : ditakrifkan Sebagai satu
keseluruhan cara hidup manusia
(yg
merangkumi cara bertindak, berkelakuan
dan berfikir). Kebudayaan meliputi hasil-hasil
kehidupan kelompok yg bercorak kebendaan dan
bukan kebendaan. Kebudayaan berbeza
dari satu masyarakat ke masyarakat yg lain,
namun
beberapa aspek yg sama didapati
wujud dalam
kalangan semua masyarakat
(seperti bahasa, objek-objek kebendaan,
amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai
kesenian dll). Persamaan
tersebut dikatakan
sebagai pola kebudayaan
sejagat.

Perubahan merupakan sifat yg penting


bagi
sesuatu kebudayaan.
-

- Terdapat dua peranan utama bagi


pembentukan sesuatu budaya:
1.
Membina imej negara ke arah
mewujudkan keperibadian
serta identiti.
2.
Memupuk kesedaran kebangsaan &
kenegaraan bercirikan
kerohanian,
kemanusiaan,
spiritual, & mental.
Ciri-ciri penting sesuatu budaya:
1. Dipelajari.
2. Dikongsi.
3. Bersifat sejagat.

4.
5.
6.
7.

Diwarisi
Berubah-ubah
Mempunyai unsur simbolik
Adanya pandangan semesta (world view)

Terdapat perbezaan budaya antara satu


masyarakat dgn masyarakat yg lain. Manusia itu
sendiri yg membentuk budaya dan
perkembangan budaya akan mengikut
perkembangan masyarakat itu sendiri.

Konsep Perpaduan & Integrasi


Perpaduan
sbg satu proses yg menyatupadukan
seluruh
masyarakat & negara supaya setiap
anggota
masyarakat dapat membentuk satu
identiti & nilai bersama serta perasaan cinta &
banggakan tanah air.
Integrasi
Satu proses penyesuaian bersama
pelbagai
kebudayaan & ciri-ciri sosial yg
diterima oleh
semua kelompok etnik dlm
negara. Identiti, hak
& budaya hidup sesuatu
kelompok etnik tidak
dihapuskan tetapi
disuburkan.

Dalam konteks Malaysia, integrasi


merupakan
satu proses bagi mewujudkan
satu identiti
nasional dlm kalangan
kumpulan yg terpisah dari
segi kebudayaan,
sosial & lokasi dlm sesebuah unit politik.
Unsur-unsur integrasi:
1.
Integrasi wilayah mengurangkan jurang
perbezaan pembangunan ekonomi & sosial
antara wilayah
2.
Integrasi ekonomi mengurangkan jurang
perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik
3.
Integrasi kebudayaan pembentukan satu
kebudayaan kebangsaan

4.
Integrasi sosial usaha menyatupadukan
rakyat
melalui program sosial (sukan,
pendidikan,
perumahan, kesihatan dll)
5.
Integrasi pendidikan mewujudkan sistem
pendidikan yg bercorak kebangsaan dan
sempurna dari segi intelek, rohani, emosi,
jasmani & sosial
6.
Integrasi politik kerjasama &
pembahagian
kuasa politik
Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi
bukanlah sesuatu yg mudah dan integrasi ialah
satu proses yg amat kompleks.

Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari


segi darjah kedekatan bermula dgn hubungan
terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan
yg berbentuk sebati iaitu amalgamasi
Konsep Segregasi
merupakan pemisahan & pengasingan
antara
satu kumpulan etnik dgn kumpulan
etnik yg lain
dlm sesebuah negara.
Pemisahan berlaku dlm
beberapa keadaan,
antaranya dari segi kawasan tempat tinggal,
sistem persekolahan, pengangkutan &
kemudahan awam. Segregasi
wujud sama
ada didasari oleh undang-undang atau
sebaliknya.

Konsep Akomodasi
- merupakan proses yg menyebabkan setiap
kumpulan etnik menyedari serta menghormati
norma & nilai kumpulan etnik yg lain & tetap
mempertahankan budaya hidup masingmasing.
Formula: A + B + C = A + B + C
A, B & C merujuk kepada budaya
-

Satu keadaan atau proses apabila kelompokkelompok yg berkonflik bersetuju untuk


menghentikan / mengelakkan konflik dengan
mengadakan interaksi secara aman damai baik
untuk sementara atau untuk selama-lamanya.
Interaksi sosial seumpama ini membolehkan
kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan
identiti serta sikap mereka yg berasingan.

Pd peringkat pemerintahan pusat, setiap


kumpulan etnik mempunyai wakil dlm bidang
ekonomi & pendidikan & mereka saling
bergantung.

- Proses penyesuaian ini banyak berlaku di

Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas


mengamalkan budaya mereka dlm keadaan
harmoni (penggunaan pelbagai bahasa,
pengamalan pelbagai agama & kepercayaan
secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik).

- Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar

untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan


etnik.

- Kejayaan atau berkesannya penyesuaian

sebagai satu dasar amat bergantung kepada


sikap golongan pemerintah dan kelompokkelompok etnik berkenaan.

Konsep Asimilasi
- Adalah satu proses percantuman dan penyatuan
di antara kelompok / individu dari berlainan
kebudayaan supaya menjadi satu kelompok
dengan kebudayaan dan identiti yg sama.
Konsep ini berhubungan dengan penyerapan
sehala individu / kelompok ke dalam kelompok
lain.
- Satu proses yg berlaku apabila mana-mana
kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan,
menjadi satu dlm kesatuan sosial serta budaya
yg sama. Asimilasi mutlak atau sempurna
menyebabkan berlakunya penghapusan penuh
perbezaan dari segi kebudayaan & identiti
Formula: A + B + C = A
A mewakili golongan dominan, B & C mewakili
kumpulan etnik minoriti.

- Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya


interaksi yg erat antara ahli kumpulan etnik yg
berbeza budaya bagi suatu tempoh yg lama.
- Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada
beberapa faktor penting:
1. Kesanggupan golongan minoriti untuk
menghilangkan identiti mereka.
2. Kesanggupan golongan majoriti untuk
menerima
golongan lain.
3. Terdapat banyak persamaan budaya
antara
kumpulan etnik.
- Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz
kumpulan minoriti, tingkat perbezaan di antara
golongan minoriti dengan majoriti dan juga
kadar imigrasi.

- Umumnya - kumpulan minoriti yg bilangan

anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan


berbanding kumpulan minoriti yg bilangan
anggotanya besar. Minoriti yg mempunyai
kebudayaan dan tradisi yg jauh berbeza
daripada golongan majoriti sukar
diasimilasikan.
- Cth. Di Thailand, org Melayu mengalami proses
asimilasi yg menyebabkan nama, bahasa, cara
hidup (kecuali agama) disatukan dgn amalan
& cara hidup org Thai.
- Di Malaysia proses asimilasi berlaku bagi
masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba &
Nyonya. Namun asimilasi bagi etnik Cina
Kelantan serta Baba & Nyonya berlaku dlm
konteks budaya tanpa melibatkan anutan
kepercayaan atau agama.

Konsep Amalgamasi
- Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik
dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti
kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan
melalui perkahwinan campur dan akhirnya
mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini
memakan masa yang lama dan biasanya melalui
beberapa generasi.
- Formula: A + B + C = D. A,B dan C mewakili
kumpulan etnik yg berlainan dan D mewakili
kumpulan baharu yg terhasil drp penyatuan A, B
dan C.
- Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses
ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau
dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup
melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku).

Konsep Akulturasi
- Satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan
daripada suatu budaya kepada budaya yang lain.
Perubahan budaya terjadi hasil daripada
hubungan yg berkesinambungan antara dua
budaya berbeza dalam satu jangka masa yg
berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama
ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut.
- Hasil daripada akulturasi ini, perubahanperubahan yg bakal terjadi terhadap individu
atau kelompok adalah seperti perubahan fizikal,
biologikal, budaya, sosial dan psikologikal.
- Akulturasi lebih mudah dicapai dlm budaya yg
bersifat kebendaan.

KONTRAK SOSIAL
- Merupakan satu persetujuan yg dicapai di
antara pelbagai kaum untuk mencapai
sesuatu matlamat yang dapat menjaga
kepentingan semua pihak.

Cth: Di Malaysia, kontrak sosial antara kaum


Melayu, Cina dan India tentang perkara
penting dalam perlembagaan (kedudukan
Raja-raja Melayu, Hak Istimewa Melayu, Hak
kerakyatan, Islam sebagai agama rasmi dan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

PEMBENTUKAN NASION MALAYSIA

Konsep Nasion / Nation berasal dari Barat. Ia


berkait rapat dgn identiti nasional.

Negara : mempunyai 4 elemen penting -

Rakyat yg diperintah, wilayah yg dimiliki,


kerajaan yg memerintah dan kedaulatan.

Menurut Eric Hobsbawm: sesebuah nasion


dikenal pasti melalui 2 sifat asas:
1. Kewarganegaraan
2. Etnisiti

Kehadiran sifat-sifat Nasion itu boleh


melahirkan Nasionalisme.

-Menurut Hans Kohn: Nasionalisme adalah suatu


keadaan fikiran yg menyerap masuk ke dlm
jiwa sebahagian besar rakyat. Ia juga adalah
idea yg bertenaga yg berpunca drp perasaan
cintakan tempat asal, adat resam dan
merupakan fahaman yg matang serta berupaya
mengiktiraf kedaulatan rakyat yg melihat negara
bangsa sebagai organisasi politik yg unggul &
sah.

Pengaruh nasionalisme menyebabkan adanya


usaha atau kegiatan yg tersusun utk
mewujudkan negara berdaulat.

Nasionalisme adalah fenomena sejagat yg

mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia utk


menubuhkan negara, memelihara
kedaulatannya & menuntut kesetiaan unggul
individu kpd negaranya.

Negara yg pernah dijajah- memanifestasikan

semangat nasionalisme dgn cara menamatkan


penjajahan utk membina negara bangsa yg
bebas & berdaulat.

Negara yg tidak pernah dijajah-menggulingkan


sistem kerajaan tradisional &
menggantikannya dgn sistem kerajaan
berlandaskan kedaulatan rakyat.

Konsep Nasion -Negara bangsa.


boleh

Pembinaan negara bangsa umumnya


disamakan dgn integrasi nasional.

Kepentingan pembentukan nasion:


- untuk memastikan nasion itu terus kekal
dalam keadaan sepadu, sejahtera &
tenteram.
Negara adalah tumpuan kesetiaan nasion.
Pengukuhan negara memerlukan
penyertaan
dan dukungan komuniti etnik yg
memberikan
kesetiaannya.

MODEL PEMBENTUKAN NASION


Cth: Model Asimilasi, Model Integrasi, Model
Akomodasi Politik / penyelesaian politik, Model
Amalgamasi dll.
APAKAH MODEL YG SESUAI BAGI NEGARA
MALAYSIA ?
- Malaysia - penduduknya terdiri drp pelbagai kaum.
Sebelum merdeka, org Melayu, Cina & India tidak
berkongsi satu pengalaman penderitaan &
kegembiraan yg sama pd masa lampau.
- Kesan dasar pecah dan perintah oleh British,
sistem ekonomi duaan & pengasingan pendidikan
menyukarkan perpaduan kaum dicapai.

- Pembentukan nasion Malaysia tidak melalui


proses
asimilasi tetapi mengekalkan identiti
kepelbagaian yg dibentuk melalui pelbagai
dasar seperti dasar pendidikan & bahasa
kebangsaan.

Menurut Tun Abdul Razak (PM ke-2)


Dasar kerajaan mengenai perpaduan negara
bukanlah melalui proses asimilasi tetapi
melalui integrasi iaitu melalui penyesuaian
bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial
yg diterima oleh semua bangsa dlm negara.
- Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok
etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.

- Komposisi bangsa menjadi asas utk memahami


keadaan politik, ekonomi & sosial di Malaysia.
- Tidak semua permasalahan masyarakat
majmuk boleh diselesaikan semata-mata dgn
kaedah penyelesaian politik tetapi juga
bergantung kpd faktor-faktor lain seperti
kemajuan ekonomi, keadilan sosial &
sosiobudaya.

TERAS PEMBENTUKAN NASION MALAYSIA.

- Malaysia membentuk nasion mengikut acuan


sendiri: menggabungkan pendekatan politik,
ekonomi & sosial.

- Berpendirian pragmatik - keupayaan membuat


penyesuaian, berani membuat keputusan,
memiliki pemikiran & sikap pro-aktif serta
berwawasan.

- Berdasarkan DEB, DPN, Wawasan 2020 dan


Islam Hadhari.

Usaha pembentukan nasion Malaysia


dilaksanakan melalui pelbagai strategi:
1. Kerjasama & perkongsian politik.
- Awal kemerdekaan - politik kompromi melalui
Parti Perikatan (kerjasama & perkongsian elit
pemerintah pelbagai kaum)
- Selepas 13 Mei 1969 - formula Perikatan ubah
pendekatan. Pendekatan baharu-Barisan
Nasional dibentuk - pengukuhan kerjasama &
perkongsian politik pelbagai kaum.
- Kawalan politik utk kawal politiking yg
berlebihan & utk menjamin kestabilan politik.

- Pindaan perlembagaan - cth: menghalang

rapat-rapat umum & perbincangan isu-isu


sensitif pelbagai kaum (kewarganegaraan,
bahasa, dasar pendidikan kebangsaan, hak
istimewa Melayu, Agama)

- 1970 - Parlimen meluluskan Akta Hasutan,


Rukun Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan,
Dasar Bahasa Kebangsaan, DEB)
2. Kerjasama & perkongsian ekonomi.
- DEB sbg asas baru kerjasama ekonomi
peringkat
kaum. Pencapaiannya mencetuskan peluang
kerjasama yg lebih luas & perkongsian hasil yg
saksama di kalangan penduduk.

DEB berjaya menurunkan kadar kemiskinan


mutlak drp 49.3% (1970) kepada 15% (1990).
Perbezaan pendapatan berkurangan antara
penduduk bandar & luar bandar & antara
kumpulan etnik.
Peningkatan penyertaan bumiputera dlm
kegiatan ekonomi moden, pemilikan harta &
melahirkan lebih ramai usahawan.
Adanya program sokongan utk meningkatkan
penyertaaan bumiputera dlm sektor ekonomi
moden.

3. Keadilan sosial.
- Kesan drp kerjasama politik & ekonomi pengagihan yg adil & memerangi pemusatan
kekayaan segelintir manusia melalui program
pembangunan luar bandar.
4. Sistem pendidikan & bahasa kebangsaan.
- dibentuk untuk memupuk perpaduan & rasa
kekitaan serta jati diri sbg bangsa Malaysia.
5. Kebudayaan Kebangsaan.
- keupayaan menerima kepelbagaian unsur
hidup
& budaya bersama.

6. Pembangunan kerohanian yg berteraskan


nilai-nilai agama, etika & moral.
Teras, Model dan usaha membentuk nasion
Malaysia berbeza dgn negara lain kerana
sejarah, sistem politik, ekonomi & sosial
berbeza dgn
negara luar.

You might also like