You are on page 1of 21

1.

0 SEJARAH PERKEMBANGAN AKIVITI KAYAK


Pengenalan Am
Sebelum saya secara lebih lanjut menerangkan tentang kronologi aktiviti
kayak, adalah lebih baik saya mentakrif dan menerangkan kepada anda tentang
kenu dan kayak agar ia dapat memantapkan lagi kefahaman anda.

Definisi Kenu dan Kayak


Kenu merangkumi semua aktiviti air yang melibatkan penggunaan kenderaan
atau alatan yang menjadikan air sebagai medium utamanya serta digerakkan dengan
menggunakan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam. Kayak pula
merupakan pecahan daripada keluarga kenu. Rujuk gambarajah 1.

Perbezaan Antara Kayak dan Kenu


Kayak
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua
bilah mata dayung dan didayung secara melunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air
yang digunakan oleh orang Eskimo. Rujuk gambarajah 2.
Kenu
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka, menggunakan satu
bilah mata dayung dan didayung secara berlunjur. Contoh kenu ialah sampan yang
digunakan oleh Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh nenek
moyang kita. Rujuk gambarajah 3.

2.0 PERKEMBANGAN KAYAK DI MALAYSIA


Di negara kita, kegiatan kayak telah bermula seawal peradaban manusia.
Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan perdagangan. Antara
kenu yang mula-mula digunakan ialah sampan kotak, perahu dan kolek.
Sejarah kayak moden pula bermula sekitar tahun 1960an. Ia diperkenalkan
oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Namun begitu, ia
tidak popular di kalangan umum kerana kegiatannya hanya bertumpu di kalangan
anggota tentera dan kakitangan kanan kerajaan sahaja.
Sekitar tahun 70an, Pulau Pinang telah mempelopori semula aktiviti berkayak.
Aktiviti tumpuannya ialah ekspedisi dan pertandingan. Antara kejohanan yang telah
dianjurkan ialah Kejohanan Merentas Selat Pulau Pinang ke Butterworth. Dalam
tahun 80an, Penang Canoe and Recreation Club telah ditubuhkan. Ia merupakan
kelab kenu yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Namun begitu, aktivitinya hanya
tertumpu di sekitar Pulau Pinang dan tidak berkembang menyeluruh ke serata
Malaysia.
Iltizam dan usaha yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan
kemudiannya telah merangsang kegiatan kayak di seluruh Malaysia. Program
Malaysia Cergas merupakan indikator utama perkembangan aktiviti ini. Bantuan
kewangan dan peralatan berkayak telah disalurkan keseluruh negara. Aktiviti
ekspedisi merupakan tumpuan utamanya.
Pada tahun 1988, tercatit di lembaran sejarah apabila buat pertama kalinya 2
orang

anak

Malaysia

telah

berjaya

mengelilingi

Semenanjung

Malaysia

menggunakan kayak solo. Perjalanan mereka mengambil masa selama 63 hari dan
sejauh 1846km. Kejayaan ekspedisi ini telah menjana lagi perkembangan cabang
ekspedisi kayak negara.
Cabaran-cabaran telah dipertingkatkan lagi sehingga terlaksananya ekspedisiekspedisi meredah lautan antarabangsa seperti Ekspedisi Kayak Nusantara JohorRiau, Ekspedisi Kayak Antarabangsa Johor-Surabaya-Bali dan Ekspedisi Kayak

Antarabangsa Merentas Selat Inggeris. Ekspedisi-ekspedisi yang dijalankan ini telah


mengharumkan nama negara dan membuktikan kemampuan anak bangsa. Lihat
gambarajah 8.

3.0 PERALATAN
Kayak
Kayak merupakan peralatan terpenting dalam aktiviti berkayak. Setiap bidang
kayak memerlukan kayak yang spesifik bentuk dan ukurannya. Sekiranya anda
merujuk kepada catalog atau majalah untuk mencari jenis kayak yang sesuai untuk
anda, anda pasti akan menemui berbagai-bagai jenis dan bentuk kayak yang
pastinya akan menyukarkan anda membuat pilihan. Penerangan dalam bahagian ini
diharapkan dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat.
Bagaimana Memilih Kayak Yang Sesuai
Kayak yang anda pilih seharusnya bersesuaian dengan saiz badan dan aktiviti
yang akan anda jalankan. Kayak arus deras selalunya pendek (2.86m 3.7m),
berbentuk bulat dan mempunyai geladak depan dan belakang yang nipis bertujuan
untuk memudahkan memotong air dan berpusing dengan cepat di arus deras. Kayak
yang digunakan di laut pula lebih panjang (4.6m 5.7m) dan mempunyai geladak
yang lebih tinggi unutk memudahkannya bergerak lurus dan meredah ombak. Rujuk
gambarajah 10.

3.1 Jenis-jenis kayak


Secara amnya, kayak boleh dibahagikan kepada 3 kelas utama berdasarkan
bahagian bawahnya (hull).
i)

Mandesta (berbentuk V)
Bahagian bawah kayak ini berbentuk V. ini bertujuan untuk memudahkan

memotong air dan bergerak dalam garisan lurus dengan pergerakan yang amat laju.
Namun begitu, ia memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi. Antara kayak ini
ialah kayak yang digunakan di arena pertandingan pecut iaitu K1, K2 dan K4. Rujuk
gambarajah 11.

ii)

Ottersport (berbentuk U)
Bahagian bawah kayak ini pula berbentuk U ataupun rata. Ia amat stabil di

semua situasi air dan amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan
aktiviti kayak. Walau bagaimanapun, pergerakannya amat perlahan dan mudah
tersasar haluannya kerana bahagian bawahnya lebih mudah menampan ombak
berbanding kayak lain. Antara contoh kayak ini ialah kayak rekreasi dan TK (Touring
Kayak). Rujuk gambarajah 12.
iii)

Slalom (berbentuk O)
Keratin rentas bahagian atas dan bawah kayak ini berbentuk O ataupun bulat.

Ia selalunya digunakan untuk aktiviti arus deras. Bentuknya memudahkan kemahiran


gulingan dilakukan. Ia lebih laju daripada Ottersport. Kemahiran imbangan yang
diperlukan pula sederhana. Kayak ini lebih mudah berpusing kerana darjah kenaikan
bahagian bawahnya (rocker) lebih tinggi berbanding kayak jenis lain. Contoh kayak
jenis ini ialah kayak slalom, kayak polo dan kayak rodeo. Rujuk gambarajah 13.

4.0 PENGENDALIAN KAYAK


Am
Pengendalian kayak adalah satu kemahiran yang dimestikan bagi setiap
pengguna kayak.pelajaran ini membimbing anda ke arah cara-cara praktikal bagi
mengendalikan kayak supaya kayak dapat dipergunakan sebagai kenderaan bagi
tujuan bergerak di air.
Membawa Kayak
Bagi mengendalikan aktiviti, kayak boleh dibawa ke mana-mana sahaja yang anda
suka. Bagi tujuan itu, anda boleh menggunakan cara-cara berikut:
1. Pikulan di Bahu
Kayak diangkat ke atas bahu. Ubahsuaikan posisi kayak anda di bahu supaya
terasa selesa sewaktu mengangkat tadi, tentukan anda bekerjasama dan
serentak melakukannya dengan rakan. Supaya kayak tidak terjunam dan
seterusnya menggelunsur ke dalam lebih-lebih lagi apabila kayak ber ada di
dalam keadaan basah (kayak yang basah adalah licin). Selepas berada di
bahu, bawalah kayak ke tempat yang ia hendak diletakkan sambil
menggunakan tangan anda bagi mengunci kayak itu di bahu anda. Apabila
meletakkannya semula, anda hendaklah berhati-hati supaya kayak tidak
terlepas dari tangan dan seterusnya ia terhempas.
2. Kelekan di Pinggang
Kayak dianggkat hingga ke paras pinggang dan segera dirapatkan hingga
selesa. Dengan menggunakan pautan tangan, kayak akan dikunci dipinggang
bagi mengampu atau menahan kayak dari melurut ke bawah. Selepas itu
barulah anda boleh berjalan bagi membawa kayak itu dan seterusnya
meletakkannya di tempat yang sesuai. Sewaktu meletakkan kayak, anda
hendaklah berhati-hati membawa kayak. Cara ini adalah sedikit sukar apabila
kayak berkeadaan basah di mana kelicinan kayak akan menyebabkan ianya
mudah melurut ke bawah.
3. Menggunakan Kenderaan

Bagi tujuan pengangkutan jauh, kayak adalah dibawa dengan kenderaan


seperti lori, van atau trailer. Dalam hal ini, kayak mestilah disusun dengan baik
dan jika perlu hendaklah diikat supaya mengurangkan kesan geseran dan
hentakkan ke atasnya sewaktu dalam perjalanan. Posisi kayak di dalam
kenderaan seelok-eloknya biarlah di dalam keadaan melentang bagi menjaga
ketahanan deck dan coaming.
Catatan : Perbuatan membawa kayak dengan tenaga manusia dipanggil
portage.

5.0 MELANCAR DAN MENDARATKAN KAYAK


Melancar
Untuk melancarkan kayak, perhatikan perkara-perkara berikut:i)

Apabila meletakkan kayak untuk berdayung, tentukan ianya berada dalam


air di tepi pantai. Elakkan mana-mana bahagian kayak dari bersentuhan
dengan pasir atau tanah. Kalau bersentuhan, kayak akan terlekat di dasar
air apabila ianya dinaiki. Ini menyukarkan berdayung.

ii)

Bahagian bow kayak mestilah bersudut tepat menghala ke laut. Tujuan


posisi begini ialah bagi mengelakkan ombak dari menghempas bahagian
rusuk kayak. Jika ombak memukul rusuk kayak, kayak akan mudah
terpesong ke kiri atau ke kanan hinga menyukarkan tindakan untuk
menaiki kayak atau berdayung. Bahagian bow yang menghala ke laut
dalam posisi bersudut tepat akan membelah ombak yang mar ake pantai.
Ia memudahkan supaya kayak dapat segera dinaiki dan seterusnya
didayung supaya kayak dapat segera dibawa keluar dari kawasan pantai
yang sentiasa diitimpa oleh ombak.

Mendarat
Bagi tujuan mendarat, perhatika perkara-perkara berikut pula:-

i)

Apabila hampir sampai ke pantai kira-kira dalam jarak 10 meter atau


mengikut

keadaan

ombak

dan

kedalaman

air,

kayak

hendaklah

dipusingkan supaya menghadap semula ke laut di dalam posisi bersudut


tepat. Tujuan posisi ini adalah supaya hanya bahagian bow yang
dipengaruhi oleh ombak.
ii)

Setelah kayak menghadap ke laut, dayunglah ke belakang (mengundur)


sehingga sampai ke bibir pantai yang mengizinkan bagi tindakan turun dari
kayak.

Melancar dan mendarat di Sungai dan Tasik


Bagi maksud melancarkan kayak dan mendarat di tebing sungai dan tasik di mana
ombak tidak terdapat, maka kedudukan bow mestilah bersudut tepat dengan
kemaraan arus. Jika tidak, kayak akan dilencongkan oleh arus menyebabkan
kesukaran bagi mengawal kayak.

6.0 NAIK DAN TURUN KAYAK


Oleh kerana kayak merupakan sebuah kenderaan yang kecil, ianyak tidak boleh
dinaiki dan dituruni dengan sewenang-wenangnya sebagaimana kenderaan laut yang
8

lebih besar seperti bot dan kapal. Pijakan kaki yang tidak boleh sewaktu menaiki dan
menuruninya akan menyebabkan kayak mudah tersenget sehingga memunginkan
kayak terbalik. Oleh itu, tindakan yang betul hendaklah dilakukan apabila anda naik
dan turun dari kayak.
Naik kayak
Untuk menaiki kayak, bowman akan mendahuluinya. Ini bagi membolehkan
sternman untuk mengawal kayak dengan memegangnya samada bagi maksud
imbangan atau mengelakkan kayak dari melencong ke sebelah. Bowman akan
melakukan tindakan-tindakan berikut:i)

Ia akan berdiri di sebelah kiri kayak sambil memegang dayung di tangan

ii)

kanan (dayung boleh juga diserahkan kepada sternman).


Bowman akan membengkok dan langsung memegang

iii)

coaming di kiri dan kanan sambil tangan kanan terus memegang dayung.
Setelah itu, ia akan segera memasukkan kaki kanan ke dalam kayak

iv)

melalui cockpit.
Apabila kaki kanan telah mencecah lantai kayak, maka badan hendaklah

bahagian

segera dibawa masuk ke dalam kayak dan menempatkan punggung di


v)

atas tempat duduk.


Kemudian segeralah memasukkan kaki kiri ke dalam kayak supaya dapat

vi)

duduk dengan selesa dimana kaki akan diluruskan di lantai kayak.


Selepas itu, ia akan menggunakan badan bagi mengimbang kayak dan
menggunakan dayung bagi mengawal kayak. Jika dayung diberikan pada
sternman

sewaktu

mula

naik

tadi,

maka

bowman

hendaklah

menghulurkan tangan kebelakang sebagai isyarat meminta dayung dari


vii)

sternman.
Setelah mendapat isyarat dari bowman, maka sternman akan menaiki
kayak dengan cara yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh

viii)
ix)

bowman.
Setelah selesai, maka tindakan berdayung hendaklah segera dilakukan.
Jika kayak di tebing yang lebih kurang sama paras dengan kayak tetapi
airnya dalam, anda boleh menaiki atau menuruni kayak dengan cara

menggunakan dayung yang dipalangkan bagi menghubungkan kayak


x)

dengan tebing.
Jika tebing lebih tinggi dari paras kayak, anda bolehlah menaikinya dengan
mengangkat sebelah kaki supaya dapat memijak lantai kayak kemudian
terus duduk sambil menarik kaki yang sebelah lagi ke dalam kayak. Keduadua belah kaki kemudiannya hendaklah diluruskan.

Turun kayak
Untuk turun dari kayak, maka mestilah berada dalam posisi untuk mendarat. Orang
yang akan turun dahulu ialah sternman kerana ia saling berhampiran dengan pantai.
Ketika sternman turun dari kayak, bowman akan mengimbang dan mengawal
kayak. Tindakan untuk turun adalah seperti berikut:i)

Sternman akan memegang bahagian kiri dan kanan coaming dengan


kedua belah tangannya, sambil mengepit dayung di tangan kanan (tangan

ii)

kanan juga memegang coaming).


Tarikkan kaki ke belakang sehingga kaki bengkok dan rapat ke badan.
Dengan mengangkat punggung dari tempat duduk, ia akan membuang

iii)

kaki keluar melalui cockpit.


Apabila kaki kiri telah berpijak, maka ia akan mengangkat badan-badan ke
atas dengan menggunakan kekuatan tangan yang bertahan pada
coaming sehingga berada di dalam posisi berdiri dan seterusnya
membawa kaki kanan keluar dari kayak. Satu cara lagi ialah dengan sekali

iv)

gus membuang kedua-dua kaki dan badan keluar kayak.


Setelah keluar dari kayak, sternman akan memasukkan dayung ke dalam
kayak dan sambil memegang kayak bagi tujuan mengimbang dan

v)

mengawal kayak.
Selepas itu, bowman akan turun dari kayak dengan cara yang sama
sebagaimana yang dilakukan oleh sternman (dayung bowman boleh
diserahkan kepada sternman sebelum bertindak turun dari kayak).

Catatan : Samada bagi maksud turun dan naik, mana-mana kaki boleh
didahulukan. Berikan koordinasi melalui isyarat supaya rakan anda dapat naik
atau turun kayak setelah anda selesai melakukannya.
10

7.0 BERDAYUNG
Berdayung adalah satu gerak laku yang dilakukan oleh anggota kayak (canoeist)
bagi menggerakkan kayak samada dari satu tempat ke satu tempat atau dari satu
posisi ke satu posisi yang lain. Berdayung adalah satu kemahiran asas yang
dimestikan kepada setiap individu yang ingin melibatkan diri dengan kegiatan kayak.
Cara memegang Dayung/Berdayung

11

Sebelum anda mula belajar mendayung, terlebih dahulu anda mestilah tahu
memegang dayung dengan cara yang betul.
i) Ketika memegang batang dayung, hendaklah dengan kedua-dua belah tangan.
Pegangan ini janganlah terlalu ketat kerana ini akan menyukarkan batang
dayung untuk digerak-gerakkan ketika mendayung.
ii) Posisi kedua belah tangan yang memegang dayung hendaklah sedikit keluar dari
bahagian bahu.
iii) Posisi badan anda hendaklah dibawa kebelakang seberapa yang boleh supaya
bahagian belakang anda dapat bersandar pada kayak. Sementara itu, bahu anda
mestilah berada di dalam keadaan yang selesa (relaxed).
iv) Apabila berdayung, kedudukan papan dayung (blades) mestilah keseluruhannya
berada di daam air. Dayungan (stroke) mestilah seberapa panjang yang boleh
supaya kelajuan maksima kayak diperolehi. Kadar dayungan ialah antara 45-50
dayungan bagi seminit.
v) Berdayung akan menyebabkan otot-otot berasa letih dan sakit-sakit. Oleh itu,
janganlah berkali-kali memaksa otot anda bekerja lebih dari kemampuannya
kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan jangka panjang, selalulah berehat
sewaktu berdayung. Beberapa pegangan pada batang dayung hendaklah dicuba
dan diubah-ubah dari satu pegangan ke satu pegangan yang lain supaya otototot boleh direhatkan.
vi) Jangan sekali-kali berdayung dengan menggunakan kedua belah tangan sekali
gus. Dan ketika sedang berdayung, elakkan dair perbuatan memukul air atau
naik radang apabila kayak anda segera mematuhi kehendak dayungan ini.
Perbuatan ini tidak akan membantu malah ianya akan melengahkan anda.

8.0 JENIS-JENIS DAYUNGAN DAN TEKNIK BERDAYUNG


Terdapat beberapa jenis dayungan seperti berikut yang boleh digunakan dan setiap
dayungan itu akan memberi bantuan untuk mengendalikan kayak dengan betul:Dayungan Junam untuk bergerak ke hadapan dan ke belakang
Setelah berada di dalam kayak dan memegang dayung dengan betul

12

i)
ii)

Tegakkan badan dengan sedikit condong ke hadapan.


Hulurkan dayung ke hadapan dengan membawa tangan ke hadapan
(maka papan dayung hendaklah mengadap ke belakang).

Dayungan Tusukan untuk membelok dan memberhentikan kayak


Jika hendak membelokkan kayak yang sedang bergerak supaya pergi ke kanan,
maka tangan kanan hendaklah melakukan tusukan dayung ke belakang. Tindakan ini
hanya dilakukan oleh orang belakang.
Lebih ke belakang tusukan dibuat, lebih kuat dan besar belokan yang akan terjadi
hingga boleh berpusing 3600 darjah. Tindakan ini berkesan pada kayak yang tidak
bergerak.
Dayungan Sapu (sweep) untuk membelok atau memusing kayak
Tindakan ini berkesan bagi membelok atau memusingkan kayak yang sedang
berhenti atau yang sedang bergerak. Untuk membelok ke kanan, perhatikan
pergerakan perikut:i)

Dayung dihulurkan ke depan melalui sebelah kiri sehingga tanan kiri

ii)
iii)
iv)

menjadi lurus dan bahu kiri ke hadapan.


Tangan kanan dibengkokkan.
Letakkan papan dayung dalam posisi separuh terbenam
Tarik dayung kebelakang seberapa keluar yang boleh hingga menyentuhi
buritan kayak dengan tangan mengikuti hingga berada disebelah kiri
cockpit.

Catitan : Jika kayak untuk dua orang, tindakan ini akan dilakukan oleh sternman.
Bowman hendaklah merehatkan diri.
Dayungan Tarikan (draw) untuk merapatkan kayak ke sesuatu objek secara
mengiring.
Untuk merapatkan kayak selari dengan objek seperti untuk tujuan berkumpul (raftup), maka dayungan tarikan (draw) hendaklah digunakan. Katakana anda ingin
merapatkan kayak ke kiri maka tindakan-tindakan berikut hendaklah diperhatikan:-

13

i)
ii)

Peganglah dayung sebagaimana biasa.


Tegakkan dayung di sebelah kiri kayak dengan papan dayung berada di
atas air. Keseluruhan dayung mestilah bersudut tepat dengan permukaan
air. Kedudukan tangan kanan ialah di atas dalam posisi lurus dan tangan

iii)

kiri di bawah pada batang dayung.


Benamkan papan dayung ke dalam air seberapa tegak yang boleh dan

iv)

tarik tangan kiri hingga ke paras bahu.


Pusingkan badan ke kanan dengan bahu kiri ke depan dan bahu kanan ke

v)
vi)

belakang.
Tolakkan tangan kiri kearah yang dikehendaki.
Anda akan merasakan bahawa kini papan dayung sedang berada di
bawah kayak. Posisi ini mendedahkan anda dengan bahaya terbalik.
Pusingkan papan dayung kira-kira 900 dan bawalah papan dayung keluar
semula ke tempat permulaan tadi. Ulangi proses ini sehingga anda sampai
ke tempat yang dikehendaki. Untuk merapatkan kesebelah kanan, maka
lakukanlah tindakan yang serupa di sebelah kanan kayak.

Catatan : Awas kayak anda dari terbalik jika dayungan ini dilakukan oleh keduadua pendayung. Untuk lebih selamat, sternman hendaklah melakukan dayungan
tolakan (push-over) jika bowman melakukan tarikan ini.
Dayungan Tolakan (push over) untuk menjauhkan kayak dari sesuatu objek
Dayungan jenis ini adalah kembalikan kepada dayungan tarikan. Dayungan ini
akan menyebabkan kayak anda menjauhi objek/sasaran jika objek/sasaran itu
berada disebelah yang sama dengan kayak. Sebaliknya kayak akan merapatkan
kepada objek/sasaran jika anda berdayung di sebelah luar.
Dayungan J untuk meluruskan haluan kayak ketika sedang berdayung
Dayungan ini bertujuan bagi mengemudikan kayak supaya tidak terpesong dari
arah perjalanan yang dituju. Ia boleh dilakukan samada anda di sebelah kiri atau
kanan dengan menghasilkan tujuan yang sama. Selepas sahaja dayungan junam
dibuat (dayungan kehadapan), apabila papan dayung sudah hampir ke belakang,
maka papan dayung hendaklah dipusingkan hingga 90 0. Dayungan ini seakan-

14

akan dayungan tusukan. Jika waktu berdayung kayak anda sedikit membelok ke
kanan, maka dayungan J hendaklah dilakukan di sebelah kiri. Papan dayung
dibiarkan pada posisi tadi sehingga kayak anda kembali kea rah perjalanan yang
asal.
Dayungan Goyangan (sculling) untuk merapatkan kayak secara mengiring
Dayungan jenis ini akan memberikan kesan yang sama kepada pergerakan kayak
anda sebagaimana dayungan tarikan. Dengan dayungan goyangan ini, kayak
anda adalah lebih terjamin dari bahaya terbalik. Papan dayung dibenamkan ke
dalam air dengan mukanya menghadap ke arah kayak. Goyangkan dayung anda
ke hadapan dan ke belakang. Jika dayungan ini dibuat di sebelah kanan, maka
kayak anda akan merapatkan ke sebelah kanan.
Catitan : Untuk merapatkan kesasaran, maka dayungan goyangan ini lebih
selamat dari dayungan tarikan.

9.0 FORMASI
i)

Pergerakan semasa berkayak adalah pergerakan berkumpulan. Bagi


maksud kawalan maka beberapa bentuk atau fromasi boleh dibuat
sewaktu berdayung.
a. Formasi Sebaris (Single File)
b. Formasi Dua Baris (Double File)
c. Formasi Berbentuk Panah (Diamond Formation)
d. Formasi Melintang (Abbrest)

ii)

Formasi sebaris adalah sesuai bagi kumpulan kecil atau bagi melalui
lorong yang sempit seperti anak sungai. Formasi baris berbentuk panah
dan melintang adalah sesuai bagi kawasan perairan yang luas seperti di
laut.

15

iii)

Raft-up ialah satu formasi di mana semua kayak berkumpul rapat-rapat


dengan posisi kelompok dan selari antara satu sama lain.

10.0 KAWAD TERBALIK


Kawad terbalik adalah satu latihan bagi memahirkan kedua-dua canoeist supaya
dapat membetulkan semula posisi kayak yang terbalik dan seterusnya naik ke kayak
dan berdayung semula. Kawad terbalik ini terbahagi kepada empat peringkat:i)
ii)
iii)
iv)

Membebaskan diri dari kayak


Membetulkan semula posisi kayak
Menimba air dari kayak
Menaiki semula kayak

Membebaskan diri dari kayak


Apabila kayak sudah terbalik, jangan sekali-kali anda tinggal di dalam kayak. Anda
hendaklah segera keluar darinya dengan cara menolak diri anda keluar dengan
16

menggunakan kaki dan tangan anda. Jika spray skirt terpasang pada kayak, bukalah
spray skirt itu dahulu supaya tindakan anda menolak keluar dari kayak tidak
terhalang. Setelah keluar dari kayak, tentukan rakan anda berada di dalam keadaan
selamat. Ambillah dayung yang telah terkeluar dari kayak atau barang-barang lain
yang mungkin akan hanyut jika dibiarkan. Kemudian, anda periksalah kayak anda
supaya ianya benar-benar terbalik dengan bahagian keelnya berada di atas. Kalau
kayak anda separuh terbalik, air akan masuk ke dalam kayak dan ini akan
menghalang usaha anda seterusnya.

Membetulkan semula posisi kayak


Apabila kayak berada di dalam posisi terbalik, udara yang terperangkap di dalam
kayak akan menghalang kemasukan air. Di sini apa yang perlu diperhatikan ialah
supaya kayak dibalikkan ke atas supaya kembali ke posisi asal tanpa air meredah
masuk ke dalam kayak dengan banyak. Jika air dapat masuk, maka kayak akan
mudah bergolek ke kir atau ke kanan apabila ianya dinaiki semula. Cara yang betul
untuk membetulkan semula posisi kayak ialah seperti berikut:i)

Elakkan kayak dari senget ke kiri dan ke kanan apabila ianya di dalam
keadaan

terbalik.

Kalau

ianya

berkeadaan

senget,

udara

yang

terperangkap akan meredah keluar dan menyebabkan air merempuh


ii)

masuk ke dalam kayak.


Jika menggunakan spray sirkit, pasanglah semula spray sirkit tersebut
(anda tentu telah menanggalkannya sewaktu keluar dari kayak apabila
kayak terbalik tadi). Cara untuk memasang spray sirkit ialah dengan
menyelam di situ terdapat ruangan yang membolehkan anda bernafas
seperti biasa. Setelah berada di dalam keadaan ini, pasanglah spray sirkit

iii)

itu di tempatnya.
Kemudian kedua-dua anggota hendaklah berada di sebelah yang samam
di sisi kayak. Posisi masing-masing janganlah terlalu di hujung kayak.
Hulurkan tangan ke atas hingga melewati bahagian keel sehingga
seberapa jauh yang boleh. Setelah mendapat isyarat dari salah seorang
17

anggota kayak, maka kedua-duanya akan menaiki sambil memutar.


Perbuatan ini akan menyebabkan kayak yang terbalik itu akan berpusing
dan kembali kepada posisi asal. Awasilah ketika ini supaya anda tidak
ditimpa kayak atau lain-lain barang yang mungkin akan tercampak keluar
dari kayak. Satu cara lain untuk membalikkan kayak ke atas kepada posisi
asalnya ialah dengan menolak deck kayak ke atas. Tolakan ini akan
membuat kayak naik ke atas dan akhirnya kembali kepada posisi yang
betul.
Menimba air dari kayak
Apabila kayak telah kembali ke dalam posisi yang betul, maka air yang telah masuk
ke dalam kayak hendaklah ditimba dahulu. Sekiranya tiada air atau air terlalu sedikit
di dalam kayak, maka tindakan menimba iar ini tidak perlu dilakukan. Jika anda
menaiki kayak yang banyak air, kayak itu mudah bergolek dan ini akan menyebabkan
ia akan terbalik semula. Orang yang akan menimba air ialah bowman sementara
sternman akan bergantung pada kayak dibahagian stern dengan menyepitkan kaki
pada kayak.
Menaiki kayak semula
Bowman setelah selesai menimba air akan bergantung pada kayak di bahagian
bow dengan menyepitkan kaki di situ. Kedua-dua tangan akan memegang bow,
setelah bowman berada di dalam posisi yang selesa, ia akan memberikan isyarat
pada sternman untuk naik ke dalam kayak. Sternman akan menolak dirinya ke atas
dengan menendang air dan dengan pantas menggunakan tangan bagi membantu
sehingga badannya berada di atas deck (bahagian badan yang mesti berada di atas
deck ialah antara dada dan perut). Sebelah tangan akan dihulurkan supaya dapat
berpegang pada coaming. Apabila coaming telah dipegang maka ia akan
menaikkan kedua-dua belah kakinya ke atas sementara tangan yang satu lagi terus
memegang deck. Posisi ini membolehkan sternman untuk menarik badannya ke
hadapan ke arah cockpit. Apabila sampai ke cockpit, ia akan mengubah kedudukan
tangan lebih ke hadapan lalu menegakkan badan dan menguruskannya memasuki

18

kayak dengan didahului oleh bahagian kaki. Bila sudah berada di dalam kayak,
sternman akan mengambil dayung untuk mengawal dan mengimbangi kayak.
Setelah mendapat isyarat dari sternman, maka bowman akan menaiki kayak
dengan cara yang sama. Ketika sampai di cockpit, dia akan memusingkan badan
untuk masuk ke dalam kayak supaya ia dapat mengadap ke hadapan semula.
Setelah itu, bolehlah kayak didayung semula.

11.0 PERSIAPAN KAYAK


Oleh kerana kayak merupakan sebuah kenderaan air yang sempit, maka persiapan
yang betul hendaklah dibuat ke atasnya sebelum anda bergerak dengannya.
Persiapan kayak yang betul akan menghasilkan pergerakan yang selesa dan
selamat.
Persiapan
Bagi mempersiapkan kayak, maka langkah-langkah berikut hendaklah diperhatikan:i)

Periksalah ketahanan kayak dan alat-alatnya. Mana-mana yang tidak

ii)

selamat digunakan hendaklah digantikan.


Barang-barang yang hendak dimuatkan ke dalam kayak hendaklah
dimuatkan ketika kayak berada di tepi pantai atau di tebing. Ini ialah bagi

19

mengelakkan supaya and atidak terpaksa memikul kayak yang berat


iii)

dengan muatan. Ini juga bagi mengelakkan kayak dari rosak.


Barang yang berat hendaklah dimuatkan ketika kayak sudah berada di

iv)

dalam air.
Barang-barang yang hendak dimuatkan ke dalam kayak hendaklah diisikan
ke dalam beg plastik dan diikat pada kayak (bahagian dalam). Ini dapat
mengelakkan barang-barang tersebut dari basah atau hilang apabila kayak

v)
vi)

terbalik.
Tentukan anda tidak terlupa dayung simpanan dan penimba air.
Tentukan barang-barang yang memerlukan penggunaan segera hendaklah
dimuatkan di tempat yang mudah bagi tujuan mengambilnya pada bila-bila

vii)

masa.
Bahagian-bahagian kayak yang dicadangkan bagi barang-barang muatan
yang hendak dibawa adalah seperti berikut:a. Pakaian
b. Dapur dll
c. Peralatan tidur
d. Air
e. Makanan
f. Khemah dan peti pertolongan cemas
g. Alat membaiki kayak

Catatan :
i)
ii)
iii)

Dayung simpanan boleh disimpan atau diikat pada deck.


Alat-alat seperti kompas, peta dan teropong boleh dibawa di badan sendiri.
Kalau anda memuatkan barang-barang lebih berat kepada bahagian bow,
maka kayak anada akan mudah berpaling mengadap kea rah angin dan
akan membuat bow lebih membenam. Kalau muatan lebih berat ke arah
stem, maka ayak akan mudah berpaling dari angin dan menyebabkan
bow akan menampar air ketika kayak sedang didayung.

20

Sediakan oleh :
Kumpulan Aktiviti Air
Chew Soon Choy
Ling Hoong Chin
Cheok Li Ching
Lee Ye Fui
Phan Mei Sim
Saw Yi Ning
Chean Tze Soon

21

You might also like