You are on page 1of 5

LAPORAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR RIMUP 2011


MELAKA
Tarikh:

08 November 2011 (Selasa)

Masa

8.00 hingga 10.00 malam

Tempat

Melaka

Matlamat

Melahirkan serta mendorong murid-murid menanam sikap


perpaduan dan bekerjasama di antara satu sama lain yang berbilang
kaum dan berlainan agama.

Peserta

Seramai 9 orang murid perempuan dan 9 orang murid lelaki


daripada tahun 5( rujuk pada lampiran)

Penglibatan :

Guru
Pengiring

Guru-guru RIMUP dan murid-murid dari:


i. SK Taman Mutiara Rini
ii. SK Taman Mutiara Rini 2
iii.
SJK (C) Ping Ming
iv. SJK (T) Ladang Rini

1. Cik Nurul Ain Amylia Binti Ahmad


2. En. Mohd Alias Bin Samad

Pada 8 November 2011 , program lawatan sambil belajar RIMUP anjuran Kementerian Pelajaran
Malaysia telah diadakan di Melaka. Program ini diadakan bagi memupuk semangat perpaduan dan
kerjasama sesama murid-murid yang berbilang kaum dan berlainan agama. Untuk mencapai objektif
program tersebut, 4 buah sekolah telah terlibat yang terdiri daripada 2 buah sekolah kebangsaan (SK)
dan selebihnya sekolah jenis kebangsaan (SJK). Sekolah-sekolah tersebut adalah SK Taman Mutiara
Rini, SK Taman Mutiara Rini 2, SJK(C) Ping Ming dan SJK(T) Ladang Rini. Di samping memupuk
nilai perpaduan, lawatan ini juga bertujuan menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid
terutamanya tentang sejarah awal Melaka.
Program lawatan sambil belajar RIMUP di Melaka berjalan dengan lancar sepertimana yang
dirancang dengan adanya komitmen yang tidak berbelah-bagi oleh guru-guru yang merangkap AJK
pelaksana. Selaras dengan tentatif program, murid-murid yang terlibat berkumpul di Taman Mutiara
Rini 2 dan diberi taklimat ringkas tentang lawatan tersebut.
Pada jam 8.30 pagi, murid-murid bergerak ke Melaka dengan menaiki 2 buah bas yang disediakan dan
tiba pada 12.30 tengahari seperti yang dijadualkan. Destinasi pertama yang dilawati ialah Melaka
River Cruise. Di sini, murid-murid berpeluang menaiki bot serta dapat melihat bangunan-bangunan
lama di sepanjang sungai Melaka. Setelah sampai di Bandar Melaka, murid-murid bergerak melawat
muzium-muzium yang terdapat di sekitar kawasan tersebut. Antaranya ialah Muzium

Istana

Kesultanan Melaka, Muzium Sejarah dan Ethnografi dan Galeri Laksamana Cheng Ho. Di samping
muzium, murid-murid turut melawat bangunan-bangunan bersejarah seperti Kota A-Famosa dan
bangunan Stadhuys.
Aktiviti yang paling menarik ialah lawatan ke Zoo Melaka juga merupakan destinasi terakhir lawatan
mereka di Melaka. Di zoo tersebut, murid-murid dapat melihat pelbagai spesies binatang antaranya
badak sumbu, zirafah dan monyet. Persahabatan antara murid-murid berlainan bangsa dapat terjalin
apabila mereka berkongsi kegembiraan melihat gelagat binatang-binatang di sana.
Pada jam tepat 6.00 petang, murid-murid bergerak menuju pulang ke SK Taman Mutiara Rini 2.
Murid-murid juga sempat menunaikan solat Maghrib dan makan malam di Pagoh. Kira-kira jam
10.00 malam, murid-murid selamat tiba di SK Taman Mutiara Rini 2 dan dibenarkan pulang bersama
ibu bapa dan penjaga mereka.
Program lawatan sambil belajar RIMUP ini telah berjalan dengan jayanya. Diharapkan segala ilmu
pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dapat dikongsi bersama warga SK Taman Mutiara Rini
disamping dapat menjadikan mereka seorang insan yang prihatin dan bertolak ansur sesama rakan-

rakan yang berlainan bangsa dan juga agama. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada
masa yang akan datang.

Laporan disediakan oleh,

(NURUL AIN AMYLIA AHMAD)


Guru Pengiring lawatan RIMUP

Disahkan oleh,

(HAPISAH BINTI ABD. MAJID)


Guru Besar
SK Taman Mutiara Rini

AKTIVITI
LAWATAN SAMBIL BELAJAR RIMUP 2011
(MELAKA)

You might also like