You are on page 1of 15

Ketaksamaan Peluang Pendidikan di Malaysia

Kepelbagaian kaum yang wujud didalam bilik darjah di Malaysia adalah satu
gambaran sebenar tentang kepelbagaian budaya dan bahasa dalam
masyarakat. Kepelbagaian ini telah menimbulkan beberapa isu penting di
dalam bilik darjah.

1.0

Pengenalan
Sistem dan falsafah pendidikan telah lama bermula sejak zaman

dahulu lagi. Pendidikan dapat ditakrifkan sebagai satu aktiviti perkembangan


dan

penyuburan

pemikiran

dimana

meliputi

pendidikan

formal

dan

pendidikan bukan formal. Pendidikan juga merupakan satu usaha sistematik


yang

disengajakan,yang

dibuat

oleh

sesuatu

masyarakat

untuk

menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya,


usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku
dalam diri manusia.. Manakala pendidikan pelbagai budaya atau kaum boleh
dikatakan sebagai sebuah struktur pendidikan, komitmen, dan proses yang
menggambarkan realiti budaya majmuk di Malaysia.
Kepelbagaian kaum atau budaya kadang kala dilihat menjadi satu
bentuk ketaksamaan peluang dalam pendidikan. Kepentingan pendidikan
pelbagai budaya membantu dalam memahami budaya sesuatu kaum.
Namun begitu masalah ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia masih

memerlukan usaha yang lebih dan berterusan dalam menjamin pendidikan


dapat diberi kepada semua rakyat.

2.0

Faktor- Faktor Berkaitan dengan Ketaksamaan Peluang Pendidikan Di


Malaysia.
Malaysia merupakan sebuah Negara yang lahir daripada kelompok

masyarakat yang berbilang etnik sepeti Melayu, Cina, India , kaum pribumi
Sabah dan Sarawak serta masyrakat orang asli yang menjadi kaum minoriti.
Oleh yang demikian, tidak dinafikan akan terdapatnya perbezaan dan
kepelbagaian sosio-budaya. Sekiranya dilihat daripada sudut pendidikan,
kepelbagaian sosio- budaya itu merangkumi skop yang lebih luas, bukan
sahaja dilihat dari segi ras, etnik, dan adat budaya. Menurut Slavian
( 1997), kepelbagaian murid terdapat dalam tahap prestasi,kadar belajar,
gaya kognitif, etnik, budaya,, kelas sosial,, bahasa, jantina, bakat dan minat.
Kepelbagaian antara murid ini akan memberi implikasi secara langsung
terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Konsep ketidaksamaan dapat ditakifkan sebagai satu pandangan, pemikiran
dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap
anggota atau kelompok etnik lain. Diskriminasi dan ketaksamaan peluang
pendidikan wujud sejak zaman dahulu dimana kelas sosial masyrakat dari
sistem feudal muncul. Pada zaman sekarang, faktor kelas sosial yang
mempengaruhi pencapaian akademik murid ialah seperti tahap ekonomi dan

tahap kesihatan. Perbezaan antara murid miskin dan murid berada dapat
dilihat dari segi kemudahan mendapatkan bahan-bahan rujukan, kemudahan
untuk mendapatkan rawatan atau makanan berkhasiat. Murid berada
tentunya akan memperolehi peluang yang jauh lebih baik. Selain itu,faktor
kelas

sosial

seperti

suasana

tempat

tinggal

yang

lengkap,

struktur

kekeluargaan juga memainkan peranan dalam pembentukan kelas sosial


dalam masyarakat.
Faktor jantina juga memainkan peranan dalam ketaksamaan peluang
pendidikan di Malaysia. Ini kerana, kebanyakkan murid perempuan dan lelaki
lebih cenderung untuk memilih matapelajaran yang bersifat lebih kearah
mereka. Seorang penyelidik, Aminah Ahmad ( 2000) menyatakan bahawa
penglibatan wanita menggalakkan tetapi masih wujud segreagasi mengikut
gender terutamanya dlam pendidikan sekolah menengah teknik atau
vokasional, dan juga institusi pengajian tinggi seperti di politeknik. Selain
daripada faktor kelas sosial dan jantina, terdapat juga faktor daripada
kumpulan minoriti dan murid berkeperluan khas.
Terdapat 2 kelompok yang dikatakan sebagai kumpulan minoriti
didalam faktor ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia, kelompok yang
pertama ialah dari kumpulan etnik dalam sesebuah masyrakat dimana
kumpulan etnik ini mempunyai jumlah yang sangat kecil dan tidak mampu
mempengaruhi kumpulan etnik yang lain. Mereka adalah kaum Siam, Baba
dan Nyonya serta masyarakat pedalaman kaum Asli, Kadazan, Murut dan

sebagainya. Mereka ini tidak menerima pendidikan formal malah sebaliknya


melalui keturunan ibu bapa mereka sahaja. Kaum Siam contohnya,
mengalami masalah untuk menghantar anak mereka ke sekolah kerana tiada
sekolah yang khusus seperti SK, SKJC atau SKJT. Mereka hanya mempunyai
pilihan untuk menghantar anak ke salah satu pilihan sekolah tersebut.
Kelompok yang kedua ialah kumpulan minoriti di sekolah yang
dikategorikan sebagai kumpulan yang bersifat negatif. Tingka laku mereka
yang bermasalah boleh menggugat ketenteraman sekolah walaupun mereka
dikategorikan sebagai kumpulan minoriti. Oleh yang demikian, pihak sekolah
perlu menyediakan pelbagai alternatif lain supaya mereka ini tidak
mengalami keciciran dalam proses pembelajaran di sekolah.
2.1

Isu-Isu Utama Berkaitan dengan Ketaksamaan Peluang Pendidikan Di

Malaysia.
Melihat kepada sejarah negara, pembangunan pendidikan di Malaysia
pada peringkat awal hanya tertumpu kepada pembinaan sekolah di kawasan
bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi. Namun, pada masa yang sama,
peluang pendidikan di kawasan luar bandar dan pedalaman amat terhad.
Keadaan

ini

akhirnya

telah

menyebabkan

wujudnya

jurang

dalam

pendidikan, diantara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi


dan tahap keupayaan pelajar.
Kadar keciciran pelajar telah dikaji secara serius berdasarkan Laporan
Murad yang membuat kajian penuh keatas masalah keciciran pelajar. Pada

tahun 2002, Ketua Pengarah Pendidikan mengumumkan seramai 90 000


orang pelajar tidak dapat meneruskan persekolahan. Setelah meneliti
masalah tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati bahawa
masalah

kemiskinan,

penceraian,dan

ibu

tunggal

serta

kesukaran

menghantar ibu bapa di pedalaman untuk menghantar anak ke sekolah. Oleh


yang

demikian,

Kemeterian

Pelajaran

Malaysia

telah

mengenalpasti

beberapa jurang pendidikan yang membawa kepada ketaksamaan peluang


pendidikan di Malaysia.
Jurang yang utama ialah jurang diantara bandar dan luar bandar
dimana

ketaksamarataan

dari

segi

penyediaan

infrastruktur

dan

penempatan guru terutama di sekolah Orang Asli dan pedalaman. Jurang


seterusnya ialah jurang digital iaitu perbezaan dari segi akses kepaada
kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi dan jurang antara murid.
Jurang ini

ialah jurang antara tahap pencapaian murid dimana kelemaha

murid dalam menguasai 3 M.


Seterusnya ialah jurang anatara pelajar normal dan pelajar berkeperluan
khas dimana perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi
pelajar

berkeperluan

khas.

Namun

begitu,

isu

yang

utama

dalam

ketaksamaan peluang pendidikan ialah berkaitan dengan Orang Asli,


Indigenous dan masyarakat pedalaman.
Orang Asli merupakan masyarakat yang tinggal di dalam atau pinggir
hutan. Menurut Rusli Zaenal, (2002), keserasian cara hidup yang berharmoni

dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang


sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan
sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada kehidupan
mereka. Mereka disitu dirujuk sebagai Orang Asli. Hal ini menjadikan Orang
Asli satu komuniti yang kaya dengan ilmu pengetahuan mengenai lama
semulajadi.
Namun begitu, kadar keciciran di kalangan murid Orang Asli dalam
pendidikan adalah yang tertinggi. Ini terbukti apabila pada tahun 2006 ,
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli mengeluarkan laporan yang menunjukkan
seramai 24.31% murid Orang Asli yang tidak meneruskan persekolahan
setelah tamat tahun enam. Masalah ini perlu ditangani bersama selaras
dengan dasar pendemokrasian pendidikan yang bertujuan untuk memberi
peluang kepada semua kanak-kanak mendapat peluang belajar yang sama
rata.
Masalah ini mempunyai kaitan dengan taraf sosioekonomi yang rendah
dalam kalangan Orang Asli. Kemampuan ibu bapa Orang Asli terbatas untuk
menghantar dan menyekolahkan anak-anak mereka kerana beranggapan
mencari nafkah lebih menjadi keutamaan dari mendapatkan pendidikan.
Taraf ekonomi yang rendah juga menyebabkan kebanyakkan kanak-kanak
Orang Asli menghadapi masalah kesihatan kerana tidak mendapat makanan
yang seimbang.

Selain itu,faktor infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di


kawasan tempat tinggal juga menyebabkan Orang Asli terpinggir dalam arus
pendidikan. Kebanyakkan sekolah terletak di kawasan pedalaman yang tidak
mempunyai kemudahan asas yang mencukupi sperti bekalan elektrik,
bekalan air bersih dan sistem jalan raya yang hanya boleh dihubungi melalui
jalan balak atau jalan ladang.

Kekurangan kemudahan asas ini juga

menyebabkan murid Orang Asli tidak berpeluang untuk belajar dalam


keadaan yang selesa di dalam bilik darjah.
Tambahan lagi, dalam aspek pendidikan, tiada persaingna yang sihat
diantara mereka kerana kurangnya golongan bijak pandai dkalangan
masyrakat Orang Asli. Kajian juga mendapati minat belajar dalam kalangan
anak Orang Asli juga adalah rendah. Ini turut didorong oleh faktor
persekitaran seperti ibu bapa yang kurang mengambil berat mengenai
pelajaran anak-anak mereka. Oleh sebab itu, kebanyakan murid Orang Asli
mudah patah semangat untuk menghadiri kelas disamping terpaksa berjalan
jauh menerusi denai dan jalan becak serta berisiko berhadapan dengan
haiwan buas dalam perjalanan ke sekolah.
Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Bong Muk Shin, ibu bapa
Orang Asli masih belum faham kepentingan pendidikan dan kesedaran untuk
belajar juga rendah. Hubungan kekeluargaan masyarakat Orang Asli yang
sangat rapat menjadikan murid-murid Orang Asli enggan ke sekolah
memandangkan jarak sekolah yang jauh dan mereka terpaksa tinggal di

asrama dan terpisah dengan keluarga. Malah, katanya lagi, kebanyakkan


pelajar perempuan tidak menyambung persekolahan ke peringkat menengah
kerana biasanya akan dikahwinkan pada usia yang muda.
Selain masyarakat Orang Asli yang mengalami masalah ketaksamaan
peluang pendidikan, terdapat juga masyarakat lain yang turut mengalaminya
iaitu masyarakat indigenous dan masyarakat pedalaman. Indigenous paling
sesuai untuk ditafsir ialah peribumi dan mereka ini dilihat bersesuaian dengan keadaan
dan sekeliling mereka. Oleh itu adalah jelas orang Melayu dan native di Sabah dan
Sarawak adalah sama sebagai peribumi. Mereka ini terdiri daripada pelbagai
kaum dan dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan
budaya.
Masyarakat indigenous pula dirujuk sebgai kelompok masyarakat dan
etnik yang tinggal jauh di pedalaman dan masih sukar menerima sebarang
perubahan dunia luar.Mereka ini dikatakan masih taksub dengan kehidupan
sistem masyarakat mereka. Ketaksamaan peluang pendidikan dikatakan
berlaku di kalangan masyarakat indigenous kerana sistem pendidikan yang
berkembang di Malaysia masih belum menyentuh sistem belajar asli
masyakat tradisional. Masalah ini juga dikaitkan dengan sikap masyarakat
indigenous yang masih belum bersedia sebarang perubahan dalam dunia
pendidikan kerana berpegang kepada budaya hidup tradisional mereka.
Sistem pendidikan di Malaysia dengan sistem belajar asli mempunyai
perbezaan dan kurang dapat dikaitkan antara satu sama lain. Hal ini kerana

penyataan sistem pendidikan nasional yang kurang member tumpuan


tehadap kesinambungan antara kurikulum sekolah dengan budaya belajar
yang mewarnai masyarakat tradisional. Sistem belajar asli masyarakat
indigenous diwarisi secara turun temurun yang berpandukan pengalaman
merupakan satu proses pendidikan yang berbentuk manusiawi. Dikatakan
berbentuk manusiawi kerana proses pendidikan itu disesuaikan dengn kudrat
dan perkembangan manusia.
Dalam sistem belajar asli, proses belajar seseorang akan mencakupi
empat perkara iaitu manusia akan mengalami sesuatu secara nyata,
memikirkannya secara konseptual, mengamati sesuatu sambil merenung,
dan mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas. Hal ini sedikit
berbeza dengan proses belajar di sekolah yang cenderung melakukan proses
belajar secara deduktif iaitu proses yang dialami adalah pengetahuan
konseptual dulu barulah mengalami pengalaman nyata. Berbeza dalam
sistem belajar asli masyarakat indigenous. Dalam sistem belajar asli,
masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan nilai-nilai budaya.
Sekiranya

masyarakat

Orang

Asli

dan

Indegenous

mengalami

ketaksamaan peluang pendidikan kerana amalan hidup dan perbezaan


proses belajar, masyarakat pedalaman mengalami masalah ketaksamaan
peluang pendidikan dari segi kekurangan tenaga pengajar yang pakar dan
berpengalaman dalam satu-satu bidang. Hal yang demikian menyebabkan

cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh guru di dalam kelas semasa
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik.
Kesannya, murid tidak berminat untuk belajar apatah lagi kebanyakan
murid-murid di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak
pada kebiasaanya akan menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka
sendiri. Oleh

yang

demikian,

guru

pertuturan satu-satu kaum agar

perlu

belajar

menguasai

bahasa

apa yang disampaikan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran difahami oleh anak muridnya dan secara tidak
langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar dan meningkatkan
tahap pencapaian akademik mereka.
Faktor yang kedua ialah dari segi pertumbuhan pusat urban yang
lembab. Ia

merujuk

kepada

kegagalan

sesuatu

kawasan

itu

untuk

berkembang sebagai pusat penawaran khidmat perbandaran yang efektif.


Sebagai contoh, kurangnya kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik ,
pengangkutan serta kemudahan prasarana sekolah yang

teruk. Apabila

segala kesulitan ini dihadapi oleh murid-murid, secara tidak langsung ia


menjadi sebagai satu halangan kepada murid-murid untuk pergi menuntut
ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan
tertarik pergi ke sekolah untuk memajukan diri mereka sendiri.
pedalaman, sesuatu kawasan itu yang

Di

mengalami pertumbuhan yang

lembab memberi kesan kepada sistem pendidikan di kawasan berkenaan.

Faktor yang ketiga pula ialah suasana persekitaran fizikal dan sosio
budaya yang kurang merangsang.Ia merujuk kepada masyarakat pedalaman
yang boleh dikatakan masih tebal dengan ciri-ciri penduduk desa, boleh
dikatakan tidak berfikiran terbuka terutama dalam aspek pendidikan.Sebagai
contoh, ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran
anak-anak mereka. Hal ini berlaku kerana ibu bapa itu sendiri turut tidak
berpendidikan ataupun tidak berpelajaran. Mereka lebih suka anak-anak
mereka melakukan aktiviti harian seperti menangkap ikan dan mencari hasil
hutan.

3.0

Cara sebagai Seorang Guru untuk Menangani Isu-Isu Tersebut di dalam


Bilik Darjah.

Menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang


merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini
penting

bila

murid

keluar

dari

sistem

persekolahan

kelak,

mereka

mempunyai budaya Malaysia yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan


masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum
Untuk merealisasikannya, guru perlu menerapkan amalan-amalan berikut
didalam bilik darjah.Bilik darjah yang kondusif merupakan bilik darjah yang
dapat memberikan persekitaran yang membantu keinginan murid untuk

belajar. Bukan sahaja bilik darjah dilengkapi dengan kemudahan asas,


peranan guru dalam mengawal dan menguruskan bilik darjah juga penting
terutama melibatkan percampuran murid dari pelbagai latar belakang. Guru
perlu bijak memainkan peranan agar proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar. Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus
menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Ini
boleh dibuktikan dengan guru perlulah mengajar tanpa membezakan bangsa
murid yang terdapat di dalam kelas.
Guru

juga

harus

mengajar

dengan

tidak

mengelompokkan

murid

mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Contohnya ialah mengelaskan dan


membuat kumpulan murid mengikut kaum sahaja seperti murid Melayu
berkumpulan dengan kaum Melayu sahaja. Guru perlu mengambil langkah
dengan setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza
ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka
berinteraksi terbuka luas. Selain dapat membuka peluang mereka untuk
berinteraksi, langkah mencampurkan mereka dalam satu kumpulan sedikit
sebanyak membantu mereka untuk mempelajari secar tidak langsung
mengenai budaya kaum kaum lain.
Sekiranya didalam kelas, terdapat perbezaan kelas sosial dikalangan
murid, guru harus memberi perhatian dan bersifat lebih sensitif supaya
murid yang datang dari kelas sosial yang rendah tidak berasa tersisih dan
malu terhadap rakan mereka yang datang dari kelas sosial atasan. Guru

harus bijak dalam menggalakkan murid murid untuk bergaul dengan bebas
tanpa ada sekatan budaya. Guru juga dapat menerapkan nilai murni did lam
kelas yangmempunyai perbezaan kelas sosial dengan menggalakkan murid
dari kelas atasan untuk saling membantu murid dari kelas sosial bawahan
serta meningkatkan keyakinan diri murid kelas sosial bawahan.
Sebagai seorang role model kepada murid, guru perlu peka terhadap
amalan

dan

kepercayaan

yang

dipegang

oleh

murid.

Guru

perlu

mengelakkan dari menyentuh atau mempertikaikan amalan kepercayaan


murid.

Ini

penting

sekiranya

seorang

guru

itu

mempunyai

murid

berketurunan Orang Asli yang mengamalkan amalan nenek moyang mereka.


Guru perlu memikirkan dan merancang aktiviti pengajaran yang sesuai
supaya mereka tidak tersinggung.
Jika seseorang guru itu mempunyai murid yang mengamalkan pelbagai
kepercayaan, guru perlu mengelak dari menjadikan kepercayaan mereka itu
sebagai contoh kerana dikhuatiri akan menjadi bahan ejekan murid lain. Oleh
itu, guru perlu mengetahui dan mengkaji latar belakang murid agar
perancangan aktiviti pengajaran besesuaian dengan semua kepercayaan,
nilai, dan agama murid.
Guru harus bijak bertindak sekiranya berhadapan dengan situasi dimana
berlakunya pertelingkahan atau perselisihan faham antara murid yang
melibatkan kaum yang berbeza atau berlainan kelas sosial atau berlainan
jantina. Guru perlu mempunyai kemahiran untuk melihat masalah dari sudut

pandangan yang berlainan, belajar berunding dan menjadi pengantara


apabila konflik menjadi hangat kerana secara tidak langsung mewujudkan
kerjasama dalam kehidupan dan pembelajaran di sekolah.
Antara kemahiran lain untuk menanggani masalah perselihan faham ini
ialah menyatakan pendirian guru, berunding antara pihak yang terlibat dan
membuat keputusan berdasarkan persetujuan murid yang terlibat. Sifat guru
yang adil ketika menanggani permasalahan ini membantu mengelakkan
berlakunya ketidakpuasan hati terutama di kalangan murid yang berbeza
kaum atau berbeza status kelas sosial.
Tambahan lagi, penggunaan bahasa perlu dititik beratkan oleh guru ketika
mengajar didalam kelas. Dialek bahasa yang pelbagai akan dikesan
sekiranya mempunyai murid yang berbilang kaum. Guru perlu menggunakan
bahasa standard bagi mengelakkan jurang jika menggunakan bahasa dialek.
Penggunaan bahasa standard akan membuka peluang yang sama rata untuk
murid mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
serta

memudahkan sesi

pengajaran kerana

murid

dapat memahami

penggunaan bahasa murid. Hal ini kerana, jika guru berasal dari Kelantan,
dialek Kelantan perlu dikurangkan apabila mengajar di luar kawasan
Kelantan kerana tidak semuamurid dapat memahami dialek Kelantan dengan
baik.
Jika dikaitkan dengan jantina, isu yang timbul dari segi pendidikan ialah
isu-isu yang melibatkan unsur bias kepada jantina atau dikatakan pilih kasih.

Sebagai contoh, guru perempuan bias kepada murid perempuan dan


sebaliknya. Isu ini perlu dielakkan kerana akan wujudnya jurang diantara
murid. Guru sememangnya harus mengelakkan dari melakukan perkaraperkara

begini.

Selain

itu,

dalam

sesetengah

matapelajaran,

wujud

ketaksamaan peluang antara pelajar permpuan dan pelajar lelaki seperti


matapelajaran berkaitan dengan kejuruteraan. Seakan menjadi kebiasaan,
kebanyakan murid lelaki lebih banyak terlibat, oleh itu guru perlu merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat melibatkan lebih ramai
murid perempuan. Ini dapat membuka peluang untuk pelajar perempuan
untuk berkecimpung dalam bidang yang dimonopoli oleh lelaki.

You might also like